Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pada petang itu, mereka berdua merancang nak menghabiskan masa (dalam erti kata lain yang lebih senang difahami, diorang nak membuang masa) di Carrefour, Alamanda. Cheh, Putrajaya juga perginya diorang ni. Berjiwa art juga ye. Kononnya nak release tense sambil menikmati pemandangan yang indah. Huh, ye sangatlah tu! Padahal, masing-masing dah mati kutu tak tahu nak buat apa sepanjang pagi tu! Hmm... merayap punya merayap akhirnya...
"Sedap jugak sandwich tuna kat Delifrance ni ek?! Tak rugi aku order untuk kau tadi. Ku sangkakan roti panjang yang keras cam batu ni takleh dimakan, tapi sebaliknya pula. Heheh. Sungguhpun coffee dia kemain pahit nye tapi lasagna yang aku makan ni tetap ummph," omel Aishah non-stop. Komennya boleh tahan tapi mulutnya tetap mengunyah. Hikhik.
"Iyolah Cik Aishah oi! Aku punya sandwich pun kau kebas sekali. A'ah. Memang sedap, nama pun aku yang bayor sat lagi. Hish, engkau ni memang ratu komen tau tak. Huh, kalau dah orang Malaysia tu orang Malaysia la jugak," keluh Izzah.
Sengaja dia membiarkan ayatnya tergantung. Huhu. Itu pun salah satu tactic nak nyakat Aishah juga!
"Aiik. Nape plak? Nape ngan orang Malaysia? Bukan ke kau pun orang Malaysia? Isk, tak faham betullah aku bila cakap ngan engkau. Tau la kau tu advocate and solicitor, tapi takkan ngan aku pun kau nak berteka-teki," luah Aishah tak puas hati.
Mana taknya, sebelum ni Izzah la mangsanya dan dia adalah pemangsanya.
"Yelah, asal je benda free semua jalan! Licin. Huhu," bidas Izzah sambil tersengih.
Seronok betul dia dapat pekena Aishah. Isshh, macam-macam betul kerenah diorang ni. Pening dibuatnya. Mengalahkan kanak-kanak bawah umur keletahnya!
"Hehe, tau takpe!" terkekeh-kekeh Aishah menahan ketawa daripada tersembur keluar.
Mengaku la tu. Hahaha... Tak malu betul Aishah ni.
"Hish, engkau ni. Ade ade jela. Aku baru nak cuci mata nengok mamat-mamat ensom kat sini. Potong tul la dia neh!" leter Aishah terus-terusan.
"Ewah ewah, sempat lagi budak ni. Agak agak la pun kot nak cuci mata tu. Takkan mamat foreigner pun kau rembat sekali! Heheh, terasa nak tukar mykad ker?" duga Izzah mengenakan.
Aishah masih leka membiarkan matanya ‘makan angin' tengok orang yang lalu lalang. Tambah saham aje si Aishah ni. Apa yang best sangat pun tak tahu la. Khusyuk betul, tak berkelip langsung matanya memerhati!
"Amboi, syoknya pekena aku arini! Yelah yelah aku ikut ni. Kau nak buat ape gi kedai spec tu? Bukan ke kau baru buat ‘mata kau yang kedua' tu? Hikhik, ke kau nak pakai double spec?" balas Aishah.
Kakinya cepat cepat cuba menyamakan langkah supaya seiring dengan Izzah. Takut jugak si Aishah ni ditinggalkan Izzah sorang sorang kat situ... Rasakan. Izzah dah berjalan menonong ke hadapan meninggalkan Aishah jauh di belakang.
"Isk, kau ni. Aku nak beli stok contact lens aku ler. Tak kuasa aku nak pakai dua spec satu satu masa. Tak logik la kau ni. Kan aku nye lens dah abis last week. Alang alang dah keluar ni, sekali jalan je la. Tak buang masa. Masa tu kan emas, doctor!" bidas Izzah tatkala Aishah berjaya berjalan di sisinya.
Tak dinafikan kerjaya mereka berdua sememangnya menuntut agar mereka menepati masa tak kira walau dalam apa jua keadaan. Bagi Aishah, setiap saat adalah amat berharga tatkala merawat pesakitnya yang sedang tenat. Setiap kali on call, hatinya akan tak keruan. Usaha yang keras dilipatgandakan bagi membantu pesakit yang mendambakan rawatan dan bantuan darinya. Bukan itu sahaja, malah doa yang tidak putus putus dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar setiap langkahnya diberkati oleh Allah selalu.
Manakala bagi Izzah, ketepatan masa jugalah yang akan menentukan hak anak guamnya terbela. Baginya, setiap pihak yang memerlukan khidmatnya mempunyai locus standi mereka sendiri. Sungguhpun tahap kemampuan mereka berada di tingkat yang paling rendah sekalipun, mereka masih lagi memliki legal capasity masing-masing dalam mempertahankan prinsip dan maruah mereka dalam apa yang mereka tuntut. Masa juga yang akan menjadi beban bukti dalam mensabitkan seseorang yang dituduh itu benar benar bersalah atau pun tidak.
"Owh. Ok ok. Aku lupe plak kau dah beritahu aku semalam last set of your contact lens had expired, right. Sorry mam, lupa ar, " ucap Aishah dengan tangan kanannya diangkat ke dahi laksana tabik hormat. Hehehe...
"Banyaklah kau punya tabik hormat. Sejak bila tukar profession ni? Tak bagi tahu pun yang kau dah join ATMA!" sahut Izzah kemudiannya.
Hehe, kena lagi si Aishah hari ni. Namun... gelak tawa itu tidak akan berpanjangan. Sesuatu yang tidak dijangka bakal terjadi!
"Huhu... tak ada lah. Pandai je kau buat gosip. Amboi. Seronok yer hari ni, ketawa manjang. Ni dah sampai pun. Ape lagi yang dok tercegat kat luar kedai tu? Bukannya boleh membeli jarak jauh sayang oi. Tadi kau jugak yang beria-ia mengajak aku singgah kedai ni. Bila dah sampai ni kau pula tak mahu masuk," bidas Aishah apabila melihatkan kawannya itu masih terpaku di luar dengan muka yang suddenly berubah menjadi pucat!
Situasi tiba-tiba berubah untuk Izzah. Jika ditoreh sekalipun mukanya, pastinya tiada darah yang akan mengalir. Tidak pernah lagi perkara seperti ini terjadi di hadapan mata Izzah. Sungguh! Dia terkedu saat itu. Buntu! Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Akal dan mindanya mengarahkan supaya dia bergerak, namun, mesej itu tidak dapat disampaikan melalui impuls saraf yang diarahkan. Dia masih terkaku tidak bergerak walaupun setapak dari situ. Akalnya masih tidak dapat menerima mahupun mempercayai apa yang ditonton oleh matanya saat itu!
*** *** ***
"Ooi, kau ni kenapa? Risau aku dibuatnya," soal Aishah keliru.
"Lailahaillallah. Maaf Aishah, aku betul-betul minta maaf. Jom," tangan Aishah ditarik untuk segera beredar dari kedai optometri tadi.
"Aik, nak blah pulak dah! Tak faham betul aku," keluh Aishah penuh persoalan. Soalannya masih belum berjawab tapi diajak pula beredar dari situ.
Terpinga-pinga Aishah dibuatnya. Yelah, dah la pelik tadi belum hilang, tambah pula dengan kelam kabut Izzah secara tiba-tiba ni, isk, lagilah! Sambil dok tarik tarik tangan si Aishah tu, sempat lagi si Izzah ni menoleh ke belakang dua tiga kali. Entah apa yang hendak dipastikan pun Aishah tak dapat nak meneka. Huh, pelik dan ajaib betul budak sorang nih, omel Aishah di dalam hati. Tapi, sekali lagi... tiba-tiba...
thanks ^_^ sambungannya dah ada. jangan lupa komen ya. thanks for ur support dear, really appreaciate it.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tinta emas, teruskan penulisan anda, sy tertunggu2 sambungannya...
^sakura hana^