Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kazaf Darius.. I’m sorry for what I’ve done. Tak patut saya buat awak macam tu selepas apa yang sanggup awak korbankan untuk saya. Maafkan saya awak, semuanya diluar kemahuan saya. Saya berharap masih ada ruang kemaafan untuk saya dalam hati kecil awak..
Awak, kenapa semua yang bercinta tak dapat bersama. Kenapa orang yang kita sayang tak bersama kita hingga ke akhirnya. Kenapa Ashraf tinggalkan saya. kenapa dia tinggalkan saya sebaik sahaja akad nikah dilafazkan. Namun, apalah daya saya. Saya menerima kenyataan yang Ashraf tak lagi bersama saya. Ashraf dah menghadap ya-khaliq tika ini.
Awak, Tanggal 13 oktober merubah segala-galanya. Sebaik sahaja Ashraf menghembuskan nafasnya yang terakhir, saya pitam. Pemergian Ashraf adalah secara tiba-tiba. Saya lemah untuk menerima ketentuan ini. Apabila saya sedar, wajah awak yang saya nampak. Awak, kembar Ashraf Darius. Saya terbangun secara total. Keadaan bising sangat. Mama awak mengarahkan agar pernikahan saya diteruskan. Apa, diteruskan?? Saya nak kawen dengan siapa. Ashraf dah tak ada lagi. "Aku terima nikahnya Alea Athirah bt Suhaimi dengan mas kahwinnya Rm 100 tunai.."
Saya nyaris pitam tatkala suara awak yang menyempurnakan akad nikah sebentar tadi. Saya dah jadi isteri awak. Jasad Ashraf dikebumikan 2 jam selepas pernikahan kita selesai. Kenduri di siang hari tahlil pada malamnya. Saya rasa semuanya bagai mimpi, awak. Saya bercinta dengan orang lain dan menikahi orang lain. Tatkala malam menjelma, saya menangis. Gaun tidur merah tanpa lengan dan jarang yang dihadiahi Ashraf dahulu saya sorokkan. Saya kerap berangan bagaimana rupa saya ketika memakai baju ini pada malam pertama saya dengan Ashraf nanti. Tapi, angan-angan saya selama ini musnah. Sedang asyik saya menangis dan berteleku dibirai katil, tiba-tiba pintu diketuk. Tiba-tiba wajah awak muncul membawa sedulang makanan. Makanan itu awak letak kat meja bulat di tepi tingkap. Awak papah saya. Awak suapkan makanan kat saya. Saya menerimanya dengan rela mungkin kerana saya terlalu lapar saat ini. Saya pandang awak. Awak, kenapa awak kembar Ashraf. Kenapa wajah awak terlalu seiras. Awak, sakit hati saya pandang wajah awak!! Saya menepis tangan awak yang ingin menyuapkan makanan ke mulut saya. Awak kelihatan kaget. Saya tahu awak mesti melenting, kan. Tapi, tanggapan saya salah. Awak hanya senyum sambil mengutip makanan yang tumpah tadi. Saya mendengus dan berbaring di katil. Apabila awak menghampiri saya, saya sengaja memejamkan mata. "Abang tahu sukar bagi Lea untuk terima perkahwinan ni. Abang pon macam tu juga. Abang tak akan paksa Lea untuk menerima perkahwinan ni. Terpulanglah pada Lea sendiri. Abang sanggup menunggu walau berapa lama pon asalkan Lea dapat menerima pernikahan ini dan diri abang seadanya. Selamat malam Lea."
Saya terkejut. Abang?? Saya menjeling awak yang mengaturkan tilam dan bantal di atas lantai. Tiba-tiba hati kecil saya berbisik perlahan. Suhu bilik semakin menyejuk, sanggupkah saya membiarkan awak kesejukan dibawah?? Saya ingin mengajak awak tidur dikatil saya..tetapi ego saya mengatasi segala-galanya..
Genap 2 minggu perkahwinan kita, mama awak suruh kita pindah. Mama awak amat sayangkan saya sejak saya kapel dengan Ashraf lagi. Saya rasa terharu kerana masih ada yang menyayangi anak yatim piatu macam saya ni. Kita menurut sahaja perintah mama awak. Kita pindah ke seksyen 11 Shah Alam iaitu rumah awak yang sebelum ni. Saya tak dapat agak macam manalah rumah bujang awak. Mesti tunggang langgang. Saya terkejut. Rumah awak macam hotel. Teramat kemas dengan susun atur perabut yang sesuai dengan warna dan persekitaran. Opps, saya lupa, awakkan arkitek. So, saya tak payah kemaskan rumah ni.
Di rumah ni, kita tidur di dalam bilik yang berasingan. Kehidupan kita berjalan lancar walaupun kita berkomunikasi sekali-sekala sahaja. Kita lebih banyak bersms walaupun bilik kita hanya sebelah menyebelah sahaja. Awak kata, supaya hubungan kita bertambah rapat melalui sms. Seperti kapel zaman sekarang. Ada-ada je awak nih. Hari-hari yang mendatang meneyebabkan kehidupan kita bahagia. Saya mula memanggil awak abang. Saya ingat lagi sewaktu mula-mula saya memanggil awak abang. Habis wajah saya disembur air milo yang awak minum. Sepanjang hari tu 7 kali awak call saya just nak dengar saya panggil awak abang. Bila awak balik kerja, awak tak nak masuk rumah. Awak berdiri je depan pintu tu. "Kazaf, masuklah. Kenapa kat luar tu. Kan dah sampai rumah ni." "Pergilah masuk dulu. Nak rehat dulu kat luar ni" ujar awak. Awak merajuk ke. Seronok saya tengok muka awak yang mencuka tuh. Awak nak saya panggil awak abangkan?? "Kazaf, masuklah..kalau tak nak masuk saya kunci pintu ni" "Tak nak masuk. Nak tidur kat luar" Saya menggeleng. Saya kuncikan pintu tuh. 1 jam kemudian, saya keluar dan tengok awak tidur kat birai kolam renang. Saya sentuh rambut awak. Saya perhatikan awak. Saya renung wajah awak. Memang..awak dan Ashraf langsung tiada perbezaan. Kulit, kening, mata, hidung dan bibir semuanya sama. Saya sentuh wajah awak. 1st time saya berani buat macam nih. Tiba-tiba, awak terjaga. Terkejut baboon saya awak. Saya hampir jatuh ke kolam renang tetapi sempat ditarik awak. Last-last, kita sama-sama terhumban ke dalam kolam tu. Awak ni memang gila. Awak buang semuanya sampai tinggal boxer je. Saya menjeling nakal. "boxer tu tak buang ke??" soalku nakal. Aku lihat dia memegang boxernya. "Jangan buang tu..jom naik.." "Jomlah mandi. Seharian abang tak mandi tau. Bestnye dahlah mandi dengan Lea.." katanya nakal. Aku ketawa. Awak simbah saya dengan air. Habis saya tertelan air kolam tu. Yekk!!tak best tau. Kita berenang dan bersuka ria dalam kolam tu. Tepat jam 12 tengah malam. Tiba-tiba awak menarik saya kedalam dakapan awak. Saya terpaku. Mata saya terbelalak. "Abang sayangkan Lea. Lea masih tak dapat menerima abang ke??" soalnya. Aku bingung. Namun, hati ini kuat mengatakan yang aku masih mengingati Ashraf. "takpelah Lea, abang faham.." katanya sayu. Selepas itu kita naik dan masuk ke rumah. Sebelum masuk ke bilik, saya memanggil awak.. "Kazaf…abang, terima kasih kerana faham diri Lea. Lea dah cuba tapi tak boleh. Gud nite abang..mimpi yang indah-indah.." kataku. Aku lihat dia senyum. "mimpi indah abang ialah Lea"katanya perlahan. Terlalu perlahan sampai aku tidak bisa mendengarnya.. Awak menghampiri saya. ubun-ubun saya awak kucup. Lembut dan hangat. Keesokannya, kita sama-sama demam..demam sehingga mama terpaksa datang menjaga kitakan awak..
Sudah 3 hari berturut-turut awak balik lewat. Selalunya tak pernah pulang selepas pukul 8 malam. Tapi, masuk hari, setiap jam 12 tengah malam, barulah awak pulang. Tatkala awak masuk ke rumah, saya yang sedang menunggu awak di ruang tamu seolah-olah tak wujud. Awak, kenapa nih?? Saya buat awak terasa hati ke?? Apa salah saya?? Hari ni tergerak hati saya nak ke Giant. Banyak barang dapur kita yang dah habis. Semalam ahad, sepatutnya, kita sama-sama keluar membali barang dapur. Tapi, awak tak balik rumah pun semalam. Awak dah bosan ke tunggu saya?? Awak dah jumpa orang lain ke?? Takpelah awak, saya redha. Lagipun memang semua ni salah saya. Selesai membeli, saya ke mc’d.
Dulang yang saya tatang jatuh. Air dan makanan jatuh ke lantai. Saya terduduk. Benarkah apa yang saya lihat. Saya lihat awak sedang berbual mesra dengan seorang perempuan. Cantik perempuan tu. Tanpa membuang lebih banyak masa kat situ, saya berlari dan terus pulang. Barang-barang yang saya beli tadi semuanya tertinggal di mc’d. saya menangis sambil memandu. Kenapa saya nak menangis sedangkan saya tak mencintai awak. Kenapa saya nak menangis sedangkan saya tak pernah sayangkan awak..Tapi, hati saya dah terluka dengan tindakan awak. Sampai hati awak buat saya macam ni. Tapi, ini memang balasan untuk saya. Jam 8 malam, saya pulang ke rumah. Suasana gelap gelita. Saya menolak pintu perlahan-lahan..Tiba-tiba.. "Surprise…" Saya ternganga. Saya lihat awak, mama, perempuan yang saya jumpa kat mc’d tadi dan jiran-jiran kita semua menjerit dan nyanyikan lagu hepy burfday kat saya. Awak menghampiri saya.. "Lain kali kalau jealous pon jangan tinggal barang yang dibeli ni merata-rata tau. Barang mahal sekarang ni" katanya selamba menghulurkan plastic bag yang saya tinggalkan tadi. Saya tersipu malu. Saya menampar dada awak lembut. Selepas itu, kita berpelukan. "Abang, Lea sayangkan abang.."kataku "Alhamdulillah..lagi..sayang je ke" "Lea rindukan abang.." "Lea pon dah pandai jealous ye..thanks coz sudi terima abang..dah lama abang nantikan saat nih. Can I…"katanya."Err..takpelah".
Saya mencebik. Dengan beraninya, saya tarik dan kiss bibir awak. Tetamu kita semuanya ternganga. Beranikan saya..Awak minta izin ke tandas. Dari ruang tamu, saya boleh dengar suara awak yang menjerit ‘yahoooo’ dari dalam tandas tingkat 2. Awak ni, memang tak tahu malu..
Setahun kita kawen, saya minta izin untuk bekerja. Tanpa banyak soal, awak membenarkannya. Awak, saya cintakan awak!! Saya bekerja sebagai pegawai di Concorde hotel. Di tempat kerja saya, ada seorang lelaki yang selalu usha saya. Pernah sekali saya mengadu kat awak. Awak suruh saya sabar dan teruskan bekerja. Kalau tak tahan baru berhenti.
Yang anehnya, semakin lama saya kerja, semakin tinggi sayang saya kat lelaki yang bernama Haikal. Saya sayangkan dia, awak. Saya tak tahu kenapa. Semakin saya sayangkan dia, semakin menebal benci saya kat awak. Saya tak tahu kenapa. Saya kerap membohongi awak dan pulang lewat dengan alasan ‘jumpa client’, ‘jalan jam’, ‘banyak kerja’..banyak alasan yang saya bagi kat awak. Sebenarnya saya pergi date ngan Haikal. Hari tu, sewaktu saya dan Haikal lunch kat Seol Garden, awak tiba-tiba datang. Saya kaget. Awak tumbuk Haikal dan saya menampar awak. Saya menjerit memberitahu bahawa saya mencintai Haikal. Entah syaitan apa yang merasuk saya, saya pon tak tahu. Saya bingung dengan keadaan saya sendiri. Entahlah, sejak awak disahkan mandul, saya menjadi tawar hati dan bosan hidup bersama awak. Yelah, saya takkan ada zuriat saya sendiri kalau terus bersama awak. Dengan kemarahan yang tinggi, saya menghina awak. "Kalau I terus hidup dengan you, sampai tualah I tak ada anak.."jeritku "Lea, kenapa ni. Kenapa Lea ungkit benda ni. Dulu Lea cakap takpe. Kenapa sekarang Lea berubah" "Lea berubah sebab Lea nak lelaki yang kuat..kau faham tak Kazaf..dia nak lelaki yang kuat macam aku. Yang boleh berikan zuriat untuk dia" sampuk Haikal tiba-tiba.
Saya benci awak!!Benci!! Saya mengajak Haikal ke tempat yang menghiburkan. Dia membawa saya ke disco, awak. Dia belikan saya air. Belum habis segelas saya minum, saya rasa dunia berputar selepas tu, saya rasakan dunia saya kelam. Tolong saya, awak!!Tolong saya!!
Matahari semakin meninggi. Saya terjaga. Tiada seurat benang pon pada badan saya. Saya lihat Haikal yang bertuala. Air mata saya tumpah. Mengertilah saya kenapa Haikal baik dengan saya selama ni. Awak, saya menyesal!! Sumpah!! Saya menyesal..menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun tiada gunanya. Dengan juraian air mata yang tidak putus, saya pulang ke rumah. Sesampainya saya dirumah, awak memeluk saya. saya lihat ada seorang ustaz bersama beberapa uncang merah yang berbau busuk. Ustaz itu menjelaskan keadaan saya yang membenci awak. Rupa-rupanya Haikal menggunakan makhluk halus dalam mendapatkan saya. Sebab itu, saya tiba-tiba sayang padanya. Saya menangis teresak-esak. Semuanya terlambat awak, dia dah rape saya, awak. Saya tak sanggup beritahu awak!! Saya takut awak tak dapat menerima saya..
Dua bulan kemudian, saya disahkan hamil. Saya melihat wajah awak yang merah menyala. Telinga awak merah sangat. Awak memang marahkan saya. "Kenapa tak cakap awal-awal..Alea, kenapa tipu I salama ni." "Lea, takut abang. Lea takut sebab Lea dah kotor. Dia dah rape Lea, abang." "Kalau Lea beritahu awal-awal maybe I boleh terima. Lea, hati I dah sakit sangat. I tak mungkin dapat maafkan Lea. Sorry, tapi memang I tak boleh maafkan Lea. Semuanya terlalu melukakan dan mencabar I." "Tapi..tapi..ni bukan kehendak Lea, abang. Binatang tu yang buat Lea macam ni. Lea tak sedar masa tu." "I knew that Alea Athirah. Tapi, Lea sepatutnya milik mutlak I..tapi Lea dah jadi bekas orang lain. Lea ingat senang I nak terima Lea balik. Luka yang Lea tinggalkan terlalu dalam. I pergi dulu. Jaga baby baik-baik. Maybe I akan balik..maybe juga tak. Jangan tunggu I..I akan cuba maafkan Lea..Assalamualaikum.."
Itu kali terakhir saya jumpa awak.
Masuk hari ni dah 6 bulan awak pergi. Mama menjaga saya dengan baik. Setiap pagi saya bangun dan mengemaskan kamar awak. Selepas itu saya menunggu awak di muka pintu dengan air mata yang berlinangan di pipi saya. awak, bila awak nak balik?? Saya rindukan awak?? Tiba-tiba saya tertidur. Dalam mimpi saya, saya melihat awak yang senyum kepada saya. awak tak bercakap dengan saya pon. Saya kucup tangan awak. Selepas itu awak pergi..puas saya jeritkan nama awak, tapi…awak menghilang ditelan angin…
Minggu kedua bulan 6, awak akhirnya pulang. Saya tak dapat mengecam awak yang berjambang. Rambut awak panjang melepasi telinga. Keadaan awak tak terurus. Badan awak kurus. Wajah awak pucat dan mata awak..kuyu sahaja. Jelas awak menderita sepanjang 6 bulan ni. Awak berlari ke rumah dan memeluk saya. Lama kita berpeluk. Awak teresak-esak dalam dakapan saya sedangkan saya tak mampu menangis. Mama turut memeluk kita, awak. Awak sentuh perut saya..
"anak kita sihat, lea"
Saya tersentak. Anak kita?? Awak membahasakan anak yang saya kandung sekarang ini sebagai anak kita?? Saya senyum dan menangis. Saya memberitahu awak tentang Haikal yang ditangkap polis kerana perbuatannya terhadap saya. Selama ketiadaan awak, saya juga berusaha keras menuntut keadilan atas apa yang dilakukan Haikal terhadap saya. Akhirnya, Haikal dihukum penjara seumur hidup disamping menerima 4 sebatan..
Sejak awak pulang, awak sering menjaga saya. awak kerap menyentuh anak kita. Pada waktu malam sebelum tidur awak mebacakan surah Luqman dan Yusuf untuk anak kita. Awak cakap agar anak kita berwajah bersih dan berfikiran cerdas. Sebelum tidur juga awak akan mengucup saya dan perut saya. Awak bekerja dirumah sekarang ini. Awak menghabiskan masa awak dengan menjaga saya serta memikirkan nama-nama yang sesuai untuk anak kita.
"Kalau boy Samad kalau girl Bedah". Saya mencebik. Awak ni, takkan nak letak nama macam tu kat anak kita. Awak ketawa.. "Nak merajuklah macam ni" kataku. Awak berubah panic. Awak berusaha memujuk saya. Saya buat donno jer. Tiba-tiba..perut saya mencucuk sakit.. "Abang, dah sampai masanya.."kataku.
Saya lihat awak yang naik turun tangga. Satu persatu barang awak masukkan dalam kereta. Awak, saya dah nak bersalin ni. Melihatkan awak yang pucat dan berpeluh-peluh saya sempat ketawa. Akhirnya mama menjerit.. "Kazaf, cepatlah. Kau ke bini kau yang nak bersalin nih.."
Dalam kesakitan, aku ketawa..
Selepas berhempas pulas selama beberapa jam, akhirnya seorang putera lahir ke dunia disusuli seorang puteri. Saya lahirkan kembar untuk awak..awak meluru masuk. Awak azankan anak-anak kita. Selepas tu awak hulurkan anak kita. "Samad, Bedah..duduk baik-baik tau.."kata awak. Saya menampar lembut bahu awak. "Abang, takmo nama tu" kataku.
Saya lihat awak senyum. Awak meminta izin untuk memanggil mama yang tertidur di surau. Sebelum keluar awak termenung di muka pintu. Awak pandang saya..lama awak pandang saya sambil tersenyum.. "Jaga anak kita baik-baik. Lea jaga diri Lea baik-baik..pilihlah nama yang mulia maksudnya. Bimbing anak kita jadi anak yang soleh dan solehah.."
Saya keget dengan perangai awak. Selesai awak bersuara, awak tiba-tiba jatuh..
Awak, dah 6 bulan awak tidur. Awak tak nak bangun ke tengok anak kita. Awak, bangunlah. Saya rindukan awak. Anak-anak kita dah pandai merangkak tau. Bangunlah awak, dah lama saya tak bercakap dengan awak. Saya rindu usikan awak. Saya rindukan awak..awak, kenapa tak beritahu awak sakit buah pinggang. Kedua-dua buah pinggang awak rosak teruk. Dah terlambat nak buat transplant, awak.
Awak, walaupun awak akan koma untuk setahun lagi, sepuluh tahun lagi atau selama-lamanya, saya akan menunggu awak. Saya takkan paksa awak untuk bangun. Sedarlah bila awak benar-benar bersedia. Saya akan bimbing anak kita untuk jadi muslim yang sejati.. Setelah 3 tahun kita menikah barulah saya mampu menjawah soalan awak yang dahulu..
Why me sweety?? -sebab abang anugerah tuhan buat Lea.. -sebab abang suami Lea yang terbaik -sebab abang cinta Lea -sebab abang, Lea ada semangat semula -akhir kata, sebab Lea cintakan abang
Kertas pink bercorak hati yang awak berikah dulu, saya lipat dan letakkan dalam genggaman tangan awak yang terkulai layu. Assalamualaikum awak, tidurlah dengan tenang dan bangunlah bila awak dah bersedia…mimpi yang indah-indah awak.. kerana mimpi indah awak ialah saya..
Kau begitu sempurna Dimataku kau begitu indah Kau membuat diriku Akan selalu memujamu Di setiap langkahku Ku akan selalu memikirkan dirimu Tak bisa ku bayangkan hidup ku tanpa cintamu Janganlah kau tinggalakan diriku Takkan mampu menghadapi semua Hanya bersamamu ku akan bisa Kau adalah darahku Kau adalah jantungku Kau adalah hidupku Lengkapi diriku Oh sayangku Kau begitu Sempurna..
cerita nie sangat padat(mcm org ats kate) and tak mengarut pun ! memang best ! cerita nie tak banyak kata2 jwang yang kadang2 uat saye menyampah ! ape yg jelas , cerita nie best ! and , mampu buat saye menangis ! menangis bukan sebab sedih ! saye sendiri tak tahu kenape saye sedih ! sungguh ! crita ney , memang best ! harap dpt bace lagi karya awk ! and berharap lebih bagus dari yg bagus nie ! keep it up oke ? good job ! well done and teruskan berkarya ! :))
butbut , nak tanye sagtu soklan agk sengal ney , kazaf tuh , Coma kan ? bkan meniggal , kan ? heeee ! :DD
cuz ta bape dpt tgkap skit hjung2 uh ! last prnggan uh :)
best.. rse cm sdey pon ad.. author berjaya wat pembaca rse sdey.. ad sambungan ke?? x sabo rsenye.. hopefully laki 2 dpt bgun dr koma 2.. hopefully it will be a happy ending story.. gudluck.. raihan_d0lphin94
saya perhatikan dalam banyak karya di sini, penulis sangat berkira untuk mencari nama-nama watak yang kedengaran agak 'glamour' dan lain daripada yang lain, tanpa mempedulikan maksudnya. tapi maaf saya perlu tegur, KAZAF itu maksudnya 'menuduh zina' i.e. menuduh perempuan yang baik2 melakukan zina tanpa mengemukakan 4 saksi yang adil...
other than that, jalan cerita bagus dan tersusun, serta bahasa yang digunakan juga bagus.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
uwaa...
cdeynyer! =(
-mieya_ed0ya-