BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 17, 2008
Cerpen : Tragis Sebuah Pemergian
Nama Pena : Hasni binti Jamali (insahjohana)

Sara keluar dari kamar Mak Su Fida dengan wajah riang dan berseri. Tawanya kecil tetapi cukup jelas kelihatan lesung pipit yang tertusuk dalamnya. Rembesan dari mata Sara yang bundar itu mengalir jernih di pipinya. Dia menekup separuh wajah putih gebu itu sambil mengucap syukur pada Yang Maha Esa. Segala yang dihajat kini tercapai jua. Langkahnya laju menuju ke wad peadiatrik lalu menghampiri meja pendaftaran. Sara lantas menyambar telefon bimbitnya dan mendail beberapa digit yang istimewa. Jururawat yang bertugas kehairanan melihat gelagat Sara.

Sesekali Sara menyeka air matanya yang menderu laju. Sesekali jua dia bercekak dan berjalan ke hulu dan ke hilir. Kanak-kanak yang berumur antara satu ke enam tahun di wad peadiatrik itu terlopong melihat aksi kakak kesayangan mereka sebegitu rupa. Semuanya seperti tak menjadi. Yang sedang bermain terhenti dan berpaling. Yang sedang ria melakar warna di helaian lukisan turut bingung. Sara menyedut mukus yang hampir terkeluar. Dia tidak segan perlakuannya dipertontonkan seperti itu. Hanya yang berligat dalam mindanya cuma suatu panggilan yang perlu dijawab oleh si penerima digit istimewa itu.

Sara senyum. Panggilannya berhasil. Nek Suya kini ditalian. Nek Suya ialah seorang tua yang amat disayangi Sara. Nek Suyalah tempat Sara bermanja sejak dia merah lagi. Nek Suya jugalah yang menjadi bidan kelahirannya. Adat memberi salam dan bertanya khabar antara satu sama lain selesai sudah. Keterujaan Sara semakin jelas memecah kesunyian seisi ruang wad itu. Jururawat dan kanak-kanak di situ terpempan seperti penonton pertandingan bola sepak yang menanti saat bola ditendang ke pintu gol. Akhirnya, bak sorakan padu tersembur keluar dari setiap mulut yang ada di situ. Begitu juga dengan Nek Suya. Terpaksa Sara menjauhkan sedikit genggaman telefon bimbitnya akibat bingit dan nyaringnya suara Nek Suya. Sara berjaya meluahkan rasa riangnya setelah keluar dari kamar Mak Su Fida sebentar tadi. Seperti Sara, amalan bersyukur turut diucap Nek Suya. Hanya nadanya sahaja yang berlainan. Nek Suya lebih panjang isinya. Penuh haru dan kesayuan. Segalanya hanya kerana Dia Yang Maha Berkuasa.

Seusai perbualan atas angin antara Sara dan Nek Suya, terasa hangat tubuhnya diliputi suatu tubuh yang lain. Dia pantas menoleh. Nadia berbisik halus dan mengucap tahniah. Nadia seorang matron dan juga sahabat baiknya. Kini, penantian Sara dan Emir semakin bersinar. Hanya perlu menanti tujuh bulan dan berikutnya untuk dia dan Emir mendapat nur baru dalam rumah tangga mereka. Kanak-kanak yang sedari tadi melihat gelagat kakak kesayangan mereka itu bertepuk tangan selamba. Bagi yang tidak faham akan situasi yang sedang berlaku juga turut bersorak riang.

Kebanyakan kanak-kanak yang ditempatkan di wad ini menghidapi pneumonia, demam kuning dan demam biasa. Sudah menjadi rutin Sara singgah dan melawat kanak-kanak itu yang dianggapnya seperti adik sendiri. Setiap pesinggahannya di situ, ada sahaja permainan baru untuk adik-adik kesayangannya. Sifat seorang ibu jelas sekali dibawanya. Penyayang dan lembut. Sara bukanlah seorang jururawat atau doktor. Dia hanya seorang sukarelawan yang datang membawa keceriaan kepada kanak-kanak di situ. Kadang-kala dia turut ke wad perempuan dewasa, bertanya khabar dan berbual mesra. Paling disukainya menemani wanita seusia ibu dan neneknya.

"Tahniah Sara. Tahniah buat dirimu dan juga Emir. Moga tercapai hasrat kalian bermanja dengan nur yang bakal tiba." Nadia menyalami erat Sara dan kelihatan butiran jernih mengalir di pipinya.

"Terima kasih Kak Nad. Hey, kakak bila pula? Sudah tu, jangan hiasi kisah gembira ini dengan air mata. Mari kita ke kantin. Tapi, Kak Nad yang belanja tau!" Sara pulih daripada esaknya. Nadanya sedikit manja. Dia kembali kepada sifat asal, penghibur dan ramah.

"Sara, kau ni. Ish, dah nak jadi mama pun masih berperangai keanak-anakkan. Maaf ya, hari ni kakak tak boleh makan dengan kau. Kakak ada pesakit baru yang perlu diziarah."

"Baiklah andai itu keputusannya. Oh ya, bukan mama tapi ibu tau. Sara inginkan nur yang bakal hadir dalam hidup Sara nanti memanggil Sara, ibu. Selembutnya." Sara cuba berseloroh. Dia sebenarnya mahu mengawal keadaan gara-gara lidahnya yang terlanjur menutur bicara. Sudah berpuluh tahun lamanya Nadia mendirikan rumah tangga, namun sebarang hasil mendapatkan nur masih belum kelihatan. Pernah sekali dia meluahkan kepada Sara. Tuturnya, nur masih lagi jauh di tasik sana. Jika ditakdirkan dia menghampirkan diri maka muncullah sinarnya nanti. Begitu sabar dan tabah Nadia mengungkap kata. Sekali lagi mereka bersalaman. Situasi kini berbeza kerana berpisah haluan menjadi judul perlakuan itu.

Beriringan senyum manis Sara ke kamar Mak Su Fida. Doktor muda itu yang hanya sedekad lebih usianya daripada Sara tersengih panjang. Diletakkannya stetoskop di atas meja lalu bangun menghampiri Sara yang juga merupakan anak saudara kesayangannya. "Amboi, bakal ibu kita ni, dari tadi tersengih je dia. Tahniah sekali lagi Mak Su ucapkan." Spontan saja jemari Mak Su Fida menarik lembut hidung Sara. Tidak kurangnya tangan Mak Su Fida kini menuruti telapak tangan Sara yang sedang membelai lembut perutnya.

"Mak Su, nur inilah yang dinantikan setiap isteri di dunia ini. Hari ni Sara sangat gembira, dan Sara berdoa agar kegembiraan ini begini jua duduknya. Hingga nur lahir dan selamanya. Tak terbayang rasanya jika ia hanya impian dipertengahan..." Seketika ini Sara kelihatan sayu. Kata-katanya itu membekas di hati Mak Su Fida. Pantas saja telunjuk Mak Su Fida menyekat bicara Sara. Hatinya seperti ditoreh dan berdarah apabila Sara menyatakan frasa seperti itu. Sesungguhnya Sara menjadi kesayangan setiap yang mengenalinya. Perbualan hanya tersekat di situ. Mak Su Fida mencapai beg tangannya dan mengeluarkan kunci kereta. Simbol untuk Sara faham dan menurutinya pulang ke rumah. Sara akur dan hanya terkerisin sendiri dari belakang. Usik bicaranya itu tanpa disedari meratah detik-detik rianya sedikit demi sedikit.

"Seperti kereta Emir tu Sara, tidak kerjakah dia hari ini?" kelihatan Nissan Sentra berwarna hitam pekat diparkir elok di perkarangan laman rumah Sara. Sara hanya mengangkat bahu apabila diaju soalan tersebut. Dia lalu menyalami Mak Su Fida dan keluar dari mobilnya. Agak pelik dengan tingkah Sara, Mak Su Fida hanya menggelengkan kepalanya dan berlalu pergi.

Sara mula mengorak langkahnya menuju ke dalam rumah. Dia berjalan lembut sambil jemarinya membelai susuk kereta suaminya. Terasa hangat di bahagian depan kereta. Akalnya berteka. Gerangan apakah suaminya pulang awal ke rumah? Saki baki embun masih lagi belum kering di pucuk-pucuk daun. Sudah tahukah dia tentang kehamilannya? Jika ya jawapannya, terasa hampa untuk Sara membuat kejutan. Dahinya dikerut. Dia lantas menerjah ke ruang rumah. Menerjah ke seluruh isi rumah. Tiada. Ke mana suaminya?

Sekali lagi dia ke dapur. Seketika itu terasa perit rongga kerongkongnya. Dahaga. Sara berjalan laju ke dapur. Dituangnya air putih ke dalam gelas kegemarannya yang tercetak gambar ketika dia dan suaminya sewaktu di alam universiti. Kerana terlalu dahaga, dia minum sambil berdiri dan berulang-alik di sudut dapur. Tika mindanya mahu menyusun persoalan yang bersepah di ruang benaknya, dadanya tersentak pantas. Kaki kirinya terpijak sesuatu yang lembik berwarna merah. Dia berpaut pada badan kerusi yang diamnya berhampiran. Hampir sahaja dia tergelincir. Sara mengucap panjang sambil tangan kanannya mengurut-urut dada. Tangan kirinya pula memeluk erat perutnya. Keadaan menjadi sunyi seketika.

Belum habis rasa debar di hati, Sara seperti terdengar sesuatu yang sedang merusuh keadaanya. Cepat-cepat Sara mencari arah bunyi tersebut. Cermat langkahnya ketika dia menaiki tangga di suatu sudut rumah banglo itu. Cupingnya semakin rapat menangkap bunyi yang beralun. Bunyi itu membawa dia ke kamarnya. Dikuak pintu perlahan-lahan. Cukup berhati-hati. Dilihatnya keadaan katil libang-libu amat. Stoking kelabu, tali leher merah berbintik putih dan kemeja merah lembut bersepah di sana sini. Keanehan situasi ini menambah debaran di hati Sara.

Sara tidak mahu berfikir yang asing. Tidak mungkin suaminya ada yang lain. Walaupun ketiadaan Sara di rumah setiap pagi sudah diketahui Emir, tidak mungkin suaminya akan membawa wanita lain dan berfoya-foya di kamar cinta sucinya. Hal itu boleh disangkal sedalam-dalamnya kerana tiada sehelai pun pakaian wanita lain yang ditemui di situ. Hatinya sedikit lega. Tetapi keadaan itu sebentar cuma. Jantungnya sekali lagi berdegup pantas apabila terdengar suatu suara memanggil namanya. Suara itu terketar-ketar. Terasa berat untuk Sara menoleh. Jiwanya resah dan ketakutan. Dia kiam kaku. Semakin payah dia menoleh, semakin dekat suara itu menerobos lubang cupingnya.

Kerana keingkarannya untuk menyahut panggilan suara itu, kini bahunya pula dipegang. Sara hanya kejang di situ. Dia menutup mata serapat-rapatnya. Tidak sanggup melihat rupa pemilik suara yang berketar-ketar umpama datuk kebayan itu. Terasa telapak tangan yang menyentuh bahunya itu sedikit demi sedikit menyelusuri ruang hadapannya. Senyap. Tiada lagi erangan bergema. Hanya nafas sahaja yang berhembus tepat-tepat di wajah Sara. Kaget Sara semakin memuncak. "Sara!" namanya dipekik lembut. Bau hamis menerjah ke rongga hidungnya. Tubuhnya digoncang. Serta-merta dibuka matanya. "Abang? Kenapa ni? Apa bau dari mulut Abang ni?" Sara mengambil selendang yang menutupi kepalanya lalu disapu ke mulut Emir. Lemah pucat wajah suaminya.

"Tak tahu lah Sara. Perut Abang rasa tak sedap sejak subuh tadi. Sekarang ni Abang muntah-muntah pula. Dah macam perempuan mengandung rasanya." Lesu benar Emir. Sara hanya senyum melihat keletah suaminya yang sejak tadi menggesek-gesek dada. Habis basah singlet putih yang dipakainya.

"Abang." Sara menarik lembut tangan Emir seraya disisikan di perutnya. Senyuman Sara melirik. Emir terpinga-pinga. "Abang, bagaimana rasanya jadi perempuan hamil? Hmmm...?"

Emir mula memahami maksud yang ingin disampaikan Sara. Dia mengucup dahi Sara lantas mendakap erat isteri yang dikasihinya itu. Dalam sendu, dia mengucap syukur kepada Ilahi. Jua dihulurkan salam kasih buat Sara. Dua insan itu kebahagiaan. Hilang langsung loya dan letih Emir yang dirasa sebentar tadi. Dia lantas menarik lembut Sara dan didudukannya di ranjang suci. Bersama senyum nan manis dibibir, Emir melangkah dan mula memungut pakaian yang ditabur di lantai. Hatinya berbunga. Begitu juga Sara. Syukurnya kerana benih yang disemai kini terhasil jua. Nur yang dinanti kan bersinar jua. Emir menanam janji akan menjaga dan mengasihi Sara dan bakal si kecil sepenuhnya.

"Abang, kita ke rumah Nek Suya tengah hari nanti ya. Sara mahu Nek Suya masakkan sambal pucuk pegaga dan ikan keli salai. Hmm, sedapnya"

"Boleh sayang. Nanti Abang hantarkan. Tapi lepas Abang hantar Sara ke rumah Nek Suya, Abang nak balik pejabat dahulu. Ada sedikit kerja yang perlu dibereskan. Dan Abang nak sebarkan pada semua bahawa Abang tidak lama lagi akan bergelar ayah. Habis waktu pejabat nanti Abang pulang ke rumah Nek Suya, ya." Emir begitu teruja. Riak wajahnya berseri-seri. Sara yang mula bangkit dari ranjang mengambil beg dan berkemas sehelai dua pakaian.

Dalam perjalanan ke rumah Nek Suya yang hanya 10 kilometer dari teratak mereka berdua, Nissan Sentra Emir berhenti di tepi jalan. Idea Sara. Di seberangnya terdapat sebuah gerai yang menjual buah-buahan. Sara melangkah keluar dari perut kereta selepas mendapat izin suaminya. Berhati-hati Sara menoleh ke kiri dan ke kanan kemudian kiri semula. Langkahnya yakin meredah dada jalan yang sekejap-sekejap sibuk dengan kenderaan. Lagi pula di waktu tengah hari sebegini. Emir di perut kereta sibuk membetulkan siaran radio.

Sedetik yang berlalu pantas, cupingnya lantas menangkap bunyi hon sebuah lagi kenderaan lain. Fikirnya bunyi itu tidak jauh dari keretanya. Seraya dikeluarkan kepalanya dan menoleh ke belakang. Cepat-cepat Emir membuka pintu. Sara kaku di tengah jalan. Emir semakin cemas. Pergerakkannya dilajukan. Sara didakapnya. Sara masih lagi kiam. Entah yang ke berapa kali selawat ke atas Nabi s.a.w diulang-ulang Emir lalu dihembus ke wajah Sara. Sara tersedar. Emir memegang lembut tangan Sara dan memimpinnya ke dalam kereta. Sebungkus limau mandarin diletakkan di kerusi belakang. Emir menghulurkan Sara sebotol kecil air mineral yang sudah diselawatkannya. Sara meneguk perlahan. Dia masih lagi dalam kejutan. Dua kali hatinya direnjat.

"Abang, apa ya benda berwarna merah yang membuatkan Sara hampir tergelincir di dapur tadi?" Sara menyelak semula peristiwa yang berlaku pada siang hari di rumahnya. Pandangannya tegak ke hadapan. Kata suaminya, ketulan merah itu ialah lengkong sirap yang diberi oleh tukang bersih pejabat. Entah mimpi apa Mak Cik Nab pagi itu, memberi bekalan buat suaminya. Lupakan sajalah. Insan itu berniat baik. Mungkin...Ah, jangan sesekali sangsi terhadap insan lain. Peristiwa dia hampir dilanggar dilupakan begitu sahaja.

Sara kembali mengukir senyum. Emir disebelah hairan melihat ragam Sara tengah hari itu. Hatinya disuntik kebimbangan, namun bibirnya tidak tergerak meluah sebarang bicara. Nissan Sentra mula mengorak redah arus di jalanan. Sara sibuk menyeluk bungkusan buah-buahan yang diletaknya di riba. Seketika dikeluarkan satu lagi bungkusan kecil. Dikoyak bungusan itu. "Abang, buka mulut. Ni Sara belikan asam boi untuk Abang. Kulum ni. Boleh hilangkan rasa loya tu. Tapi kalau Abang loya lagi, petang nanti Sara buatkan air halia untuk Abang ya."

Nek Suya berlari-lari anak menuruni tangga di beranda rumahnya. Senyumnya lebar. Jelas terlihat beberapa batang gigi sahaja yang melekat di gusinya. Namun begitu, tubuhnya masih lagi gagah berdiri. Sara mengucup tangan Nek Suya sebagai tanda hormat dan kasih. Mereka berdua berjalan seiring menuju ke dalam rumah. Sepanjang berjalan, duduk, berjalan semula, rumah itu dibisingi suara mereka berdua. Masing-masing meluah rasa rindu. Akhirnya, Sara rebah di pangkuan Nek Suya. Kepenatannya terasa lagi-lagi ditambah pelbagai kejutan sepanjang setengah hari ini. Ubun-ubun Sara dibelai lembut Nek Suya. Jemari tuanya mengusap-ngusap wajah gebu Sara. Ditenungnya Sara agak lama. Sayangnya pada Sara sehingga mengalirnya titisan tulus jernih. Sara jaga dari lenanya. Pipinya terasa hangat disentuh air mata Nek Suya.

"Nek Suya menangis? Mengapa ni?" Nek Suya bungkam. Jarinya terus mengesat air mata yang entah apa sebabnya mengalir. "Ha, baby tengok ni. Nek Suya menangis. Eii...tak malu kan Nek Suya ni. Menangis pula." Sara berseloroh. Nek Suya memandang tepat-tepat ke dalam mata Sara. Dia juga lalu ketawa dengan usikan itu. Sudah faham benar Nek Suya dengan keletah Sara yang tidak mahu insan di sisinya bersedih.

Mereka berdua bangun melangkah ke dapur. Sambal pucuk pegaga dan beberapa hidangan lain telah tersedia di atas meja. Sempat lagi Sara menyingkap tudung saji yang menutupi hidangan enak-enak itu. Hatinya hampa. Ikan keli salai yang diidamnya tiada dalam senarai hidangan tersebut. Akan diajukan kepada Nek Suya selepas mereka selesai berjemaah Asar nanti. Khusyuk keduanya. Itulah yang dipinta setiap muslim. Tidak mudah mendapat kesempurnaan dalam solat melainkan dari hati yang suci. Seusai berselawat dan memanjat kesyukuran kepada Ilahi, Sara berlalu meninggalkan Nek Suya yang sedang mengaji al-Quran.

Deringan telefon bimbit Emir bergetar memecah keheningan petang itu. "Sara Sayang" tertera berkelip-kelip di muka telefon bimbit model Sony Ericsson W550i itu. Panggilan dijawab. Sara meluah rasa rindunya kepada Emir. Dua hati itu berpuisi kasih seketika. Keanehan meresap ke jiwa masing-masing. Tiada sangkalan dari mana-mana pihak. "Abang, kita ni dah macam nak berpisah lama pula, kan. Tiba-tiba saja hati Sara rasa ingin dekat di sisi Abang. Abang lekaslah ke sini, ya. Hmm, belikan ikan keli untuk disaji malam ini. Sudah petang sangat jika mahu dikail." "Abang, hati-hati memandu ya. Sara sayang Abang. Assalamualaikum." Panggilan diputuskan. Emir dan Sara terpinga-pinga dalam sendu petang itu. Mereka seperti diajak berduka.

Terdengar sayup kayuhan basikal tua Nek Suya menuju ke jalan besar. Lekas Sara menyingkap tirai jendela. Ya, Nek Suya sudah jauh berkayuh. Ke manakah Nek Suya ingin pergi? Mengapa tidak dikhabarkan kepada Sara? Ah, tidak sempat ingin dikhabarkan padanya tentang ikan keli salai. Sara hanya tersenyum melihat telatah Nek Suya mengayuh basikal. Terketar-ketar namun masih berdaya. Dia membawa hatinya yang resah dengan pelbagai soalan itu ke sumur di belakang rumah. Ditarik timba berisi air dan diisi perlahan-lahan ke dalam baldi. Terasa pula ingin membasahi diri dengan kesejukan air sumur walau kelengkapan di rumah Nek Suya sama seperti rumahnya di bandar sana. Sedang dia mengangkut sebiji baldi ke bilik air yang hanya beberapa meter sahaja jauhnya, ingatannya tiba-tiba menangkap kenangan bersama Emir. Lesung pipit di pipinya jelas melekuk. Wajah Nek Suya juga mengejar-ngejar bayangnya petang itu. Sara berjalan cepat-cepat. Terasa sesuatu yang mengusik hatinya.

Emir memarkir mobilnya di tepi sebatang jalan. Entah mengapa perjalanannya ke rumah Nek Suya terasa jauh pula. Tidak seperti tengah hari tadi, perjalanannya bersama Sara. Adat bersama yang dikasih. Sekejap terasa saat berlalu. Di seberang jalan sana kelihatan seorang tua menjual pelbagai jenis ikan. Tidak pernah dilihatnya sebelum ini gerai tersebut. Namun diturut jua langkah kaki untuk membeli ikan keli. Harapnya ada. Ya, harapannya dimakbulkan.

"Ini bungkusannya nak. Ambil sajalah, terlalu kecil saiznya untuk dikira. Alhamdulillah, rezeki hari ini banyak hasilnya. Ambillah. Jangan ditunggu lagi. Lama pula isteri kamu menunggu di rumah nanti. Pak cik juga sudah mahu pulang." Emir terpinga. Tangannya akur dengan keikhlasan pak cik itu. Terima kasih diucap tanda hormat. Dia berjalan agak laju menuju ke keretanya. Bimbang lama pula Sara menunggunya. Sambil memerhati gelagat ikan keli yang masih galak meliang-liuk di dalam bungkusan plastik berwarna merah, hatinya tersenyum mengenangkan ikan keli salai yang bakal diratah Sara.

Hatinya lega, hajat insan disayanginya bakal tertunai. Emir menoleh lagi ke belakang. Tiada. Fikirnya, pantas sungguh seorang tua itu berkemas. Bertemu yang tersayang, mana mungkin ditangguhkan. Emir terkerisin. Saat itu juga bungkusan ikan keli di tangannya jatuh ke dasar jalan raya. "Ish, kucing ni. Selamat ikan aku. Nasib baik tak terlepas. Kalau tak, berenang pula ikan-ikan ni di jalanan." Bebelan Emir terhenti apabila suatu sinar terang dilihatnya semakin hampir ke arahnya. Semakin terang dan jelas. Tubuhnya ditabrak. Bungkusan ikan keli yang digenggam erat terlepas jatuh. Hempasan yang kuat menyebabkan plastik merah itu bocor dan koyak. Terhambur keluar segala isi di dalamnya. Meliang-liuk ikan-ikan keli itu di atas kepekatan cecair bewarna merah. Terdampar kaku makhluk di sebelahnya.

Nun jauh dari situ pula Nek Suya sibuk mengail ikan keli di parit berhampiran surau. Rupanya dia terdengar perbualan antara Sara dan Emir. Dia sedaya memerah keringat tuanya demi Sara yang disayangi. Beberapa ekor di dalam baldi merah bergeliang-geliut mencorak riak air. Nek Suya mengukir senyum. Dia tidak sabar untuk pulang dan melihat senyuman manis cucunya itu. Dibilang-bilang ikan di dalam baldi itu, lima ekor semuanya. Gemuk dan berisi. Nek Suya memegang lututnya, terasa sengal kerana lama mencangkung di tepi parit itu. Terketar tubuhnya ketika memanjat tebing parit.

Dari jauh kedengaran bersiang-siung bunyi enjin motorsikal anak-anak muda sedang menunjuk hebat aksi masing-masing. Berdesing seimbas lalu, Nek Suya terkejut, baldi merah yang digenggam erat terlepas jatuh. Tiga ekor ikan keli terbang semula ke dalam air. Yang dua lagi terkapar-kapar di daratan. Nek Suya pula tertumus dihempap basikal tuanya. Tiada lagi daya kudratnya. Perlahan-lahan tubuhnya terheret ke dalam parit. Baldi merah dan basikal tuanya menjadi petanda dia pernah ke situ. Lambat benar si penunggang penyebab angkara berpatah balik. Terdampar kaku makhluk di dalamnya.

Baldi yang berisi air habis tumpah ke tanah. Dinginnya petang itu lain macam sekali. Sara kekejangan. Kakinya tersadung akar kecil yang melata di sekitar sumur. Erangannya didengari Mak Kiah yang sedang sibuk memanggil ayam itiknya pulang ke reban. Tangannya ditekan keras di sisi perut. Sebelah lagi mengurut kakinya yang kejang. Perit sungguh punggungnya apabila terhempas ke tanah. Sebagai muslim yang sentiasa meningati Tuhan Yang Maha Esa, hatinya tidak pernah putus berzikir dan berdoa agar dia dan bayi dalam kandungannya selamat. Mak Kiah dan anak gadisnya memapah Sara ke dalam rumah. Punggung Sara sedikit lencun dek basahan air sumur.

Diteguknya segelas air yang dihulurkan anak gadis Mak Kiah. Tubuhnya dibaringkan. Lemah dan lesu. Serta-merta ingatannya melayang kepada Emir dan Nek Suya. "Mak Kiah, di mana Nek Suya? Mengapa begitu lama Nek Suya meninggalkan Sara?" Mak Kiah hanya memandang sepi kepada Sara. Seketika kemudian, tubuh kaku Nek Suya tiba di rumah. Baldi merah berisi dua ekor keli tersadur pepasir parit dan basikal tua mengiringinya. Segalanya berlaku dengan pantas sekali. Penduduk kampung sudah mula memenuhi kawasan rumah Nek Suya. Sara memandang sepi setiap perlakuan makhluk di hadapan matanya itu. Masing-masing berlegar-legar di sampingnya. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Tiada berkelip walau sekali. Mak Kiah mengusap ubun-ubun Sara. Seketika dilihatnya dari jauh seorang anak muda berbisik sesuatu di cuping anak gadis Mak Kiah. Mak Kiah tertunduk sayu apabila menerima berita yang disampaikan anak gadisnya itu. Hatinya berbelah bagi. Namun dibisik lembut ke cuping Sara pula.

"Sabar ya nak." Sara memejamkan matanya. Hatinya merusuh. Tajamnya duri yang mencencang hatinya, berdarah dan hancur. Berita Emir ditabrak Waja benar-benar seperti cuka yang disiram ke hatinya yang sememangnya parah itu. Tangannya terkulai di pangkuan Mak Kiah. Matanya tertutup rapat. Air mata masih lagi membekas di wajahnya. Kehadiran Mak Su Fida memperlahankan keriuhan suasana ketika itu. Sara dimasukkan ke wad di hospital yang sama dilawatinya pagi itu. Emir juga. Jenazah Nek Suya diuruskan penduduk kampung. Esok paginya baru dikebumikan. "Sara, jaga diri dan bayimu. Didiklah dia seperti mana Nenek mengemudimu. Nur itu sinar dari Tuhan. Peliharalah dia sebaiknya, ya. Khabarkan bahawa Nenek sayang kamu sekeluarga. Nenek minta maaf kerana tidak dapat memberimu ikan keli salai. Peliharalah sehabis baik keluargamu. Nenek sayangmu Sara. Nenek pergi dahulu."

"Sara!" Emir muncul dalam lenanya. Sara membuka mata. Tubuhnya yang lemah meminta diberi air. Mak Su Fida memapahnya untuk minum. Matanya melilau mencari-cari sesuatu. "Mak Su, Nek Suya!?" bicaranya terputus di situ. Erat bahu Mak Su Fida didakap Sara. Dia meminta keras dirinya dibawa berjumpa Emir. Nalurinya yakin bahawa Emir masih hidup. Mak Su Fida memapahnya ke kamar Emir. Seribu balutan menyelimuti tubuh suaminya. Hidup Emir bergantung kepada keajaiban. Kepalanya terhentak kuat di batuan jalan. Juraian air mata masih belum kering. Lama Sara duduk di sisi Emir. Mengadu kasihnya yang dicarik dan dirobek. Mengkhabarkan jua kehilangan Nek Suya.

"Abang. Puisi Kasih Buat Kanda belum terluah lagi. Janganlah Abang tinggalkan Sara begini. Bangunlah. Akan Sara habiskan puisi itu buat Abang. Janji kita belum tertunai lagi. Melihat nur membesar bersama. Celiklah matamu. Dengar ya, akhir baris puisi yang ingin sekali Sara bisikkan di telinga Abang." Di sisikan telapak tangan Emir di atas perutnya. Sambil suaranya dibisik sayu ke cuping Emir. Ketar dalam sendu nadanya.


"Kanda kasihku,
Segeralah pulang ke sangkar hati ini,

Kami,
Menanti harum denyut nadimu,

Kami,
Ingin berpuisi kasih denganmu.

Kami,
Ungkapan kasih dinda jua bakal si kecilmu."


Sara mengukir senyum. Puisi kasihnya dihayati Emir. Terasa di pipinya air mata Emir yang jatuh. Jemarinya bergerak-gerak. Sara menoleh wajahnya kepada Mak Su Fida. Tangis disambut senyum. Sara berbisik lagi meminta izin ke rumah Nek Suya, mengurus jenazahnya. Mak Su Fida turut menemani Sara. Dikucupnya dahi Emir penuh kasih.

Seharian yang dipenuhi pelbagai kejadian. Sara tidak sekali menduga. Kegembiraanya bertemu Nek Suya berakhir penuh tragis. Ditenungnya baldi merah berisi keli di samping basikal tua tersandar sepi di pohon pauh. Alunan bacaan ayat-ayat suci bergema seisi ruang rumah. Sambal pucuk pegaga di atas meja masih lagi tidak terjamah. Tempatnya beriba manja bersama Nek Suya petang itu kini dimiliki penduduk kampung yang sedang asyik mengalun ayat-ayat suci. Sara reda dan akan diingatinya setiap pesanan Nek Suya yang hadir dalam lenanya. Tangannya mengusap lembut perut yang akan membesar kelak. Dicium dahi biru dan sejuk Nek Suya. Tika air mata masih lagi mengalir.
posted by Penulisan2u @ 2:35 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 17/11/08 11:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nyer cerita ni..
    urm.. terharu.. cedih..

     

  • At 17/11/08 11:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah, cerpen ini penuh suspen...sangat teliti...sedih di akhir cerita. Tahniah hasni binti jamali(insahjohana).

     

  • At 17/11/08 1:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cara mengolah cerpen sgt teliti.. rasa macam membaca novel budak sekolah menengah punye..!terharu pada part last.. ingatkan emir yang meninggalkan sara..huhu..sedihnya bile org yg kita syg pergi meninggalkan kita..

     

  • At 17/11/08 3:28 PTG, Blogger nana_yoong said…

    PUITIS SUNGGUH GARAPAN MU SANG PENULIS, TERUSKAN YA, MARTABATKAN LENGGOK BAHASA KITA YG INDAH INI

     

  • At 18/11/08 2:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam....
    tahniah kpd penulis.
    best citer ni & yang paling saya suka ejaan dan bahasa yg digunakan menjaga kualiti bahasa melayu.

     

  • At 19/11/08 5:21 PTG, Blogger bartdaer said…

    hurm..sedih..sedih sgt..
    arap baby yg bakal lahir tu.. berbaloi ngan sume pengorbanan yg d curah kan...

     

  • At 19/11/08 10:05 PTG, Blogger hasni Jamali said…

    salam kepada semua pembaca....terima kasih kerana sudi singgah membaca cerpen saya....harap suka dan terkesan dengan plot cerita ini.

    saudara2 sekalian boleh juga kenal saya di blog, www.insahjohana.blogspot.com

    salam, ya!

     

  • At 31/12/08 10:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmm.. sedihnya.. tragik lagi tue..
    meruntun emosi wanita ku..
    huhu.. :(

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group