BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 04, 2008
Cerpen : Terima Kasih ibu
Nama Pena : kaira_syuma

"Apa? Kahwin?" Mizi bertanya bodoh. Wajahnya segera berubah warna. "Yelah. Kahwin. Tak faham lagi? Nikah… ada isteri," Puan Ramlah berkata senang sambil tersenyum. "Mak dah ada calon untuk kamu. Nak atau tak kamu mesti terima," Mizi terpinga-pinga."Mak!!!!! Mak nak kahwinkan saya? Dengan siapa?" Mizi kehairanan. ‘Mimpi apa pulak orang tua ni?’ Mizi berbisik sendirian. Dia terkejut bila ibunya menyuruh dia menamatkan zaman bujangnya. Selama ini, Mizi tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Berita yang disampaikan oleh ibunya itu sama sekali tidak terlintas difikirannya. Apatah lagi calon sudah ditetapkan. Seperti zaman dahulu kala pula. "Mak….. zaman sekarang ni, mana ada orang kahwin ditentukan keluarga." Mizi tidak puas hati. "Dengan anak Mak cik Gayah. Masih ingat tak, mak cik yang jual kuih kat kantin sekolah kamu dulu tu? Anak tunggal dia baru tamat tingkatan 6. Mak cik Gayah kamu tu, tak nak anak dia belajar tinggi sangat. Takut terikut-ikut budaya tak sihat kat bandar ni. Dia suruh mak carikan calon suami untuk anak dia. Mak suka budak tu. Baik, lemah lembut. Yang penting hormat orang tua. Cantik lagi tu," Puan Ramlah memuji gadis yang diharapkan dapat menjadi sebahagian dari hidup anak bujangnya. Mizi mendiamkan diri sambil merenung kakinya. Kemudian dia memandang wajah tua ibunya yang menanti dengan sabar persetujuan darinya. ‘Mak ni. Buat muka kasihan pula,’ Mizi menggaru kepala yang tidak gatal. "Perempuan tu setuju ye mak?" Mizi bertanya sambil wajahnya jelas kelihatan berat untuk menerima cadangan dari ibunya. "Hal tu kamu jangan bimbang. Kalau kamu kata setuju, dia pun setuju. Dia tak kisah dengan sesiapa pun dia berkahwin, yang penting restu dari ibunya sahaja." Puan Ramlah berkata dengan penuh semangat. "Mak, kahwin tu bukan perkara mudah. Saya kena hidup dengan dia untuk seumur hidup. Mak tak takut nanti hidup anak tunggal mak ni menderita?" Mizi buat muka sedih. "Mak nak tangok kamu bahagia. Sebab itu mak mahu jodohkan kamu dengan Suraya. Dia layak untuk kamu. Walaupun dia masih muda lagi, tetapi dalam hal-hal rumahtangga dia memang sudah bersedia." Mizi mengeluh. Tidak tahu bagaimana lagi untuk menolak. Tuan Hanif geleng kepala melihat anak dan isterinya yang bersoal jawab. "Ayah….. tolong Mizi." Mizi menghampiri bapanya. Tuan Hanif hanya tersenyum. "Memang dah sampai jodoh kamu Mizi. Ayah dah temgok budak tu, memang sesuai sangat untuk kamu." Tuan Hanif turut memuji Suraya. Mizi geleng kepala. "Lelaki macam kamu ni sepatutnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. Kamu dah ada pendapatan sendiri, umur pun dah masuk 28 tahun. Ayah dulu kahwin masa ayah masih muda tau. Nak bagi makan isteri pun susah. Yelah, belum ada kerja tetap. Lainlah kamu tu, dah lama bekerja. Dah mampu dari segala segi." Panjang lebar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Hanif kepada anak tunggalnya itu. Mizi tunduk. Memang dia seorang yang berjaya. Sebagai Arkitek yang disegani dalam syarikat besar milik seorang Datuk Sri di Malaysia, dia memang sepatutnya sudah berkeluarga. Rakan-rakannya yang sebaya sudah ramai yang berkeluarga. "Atau…. Mizi dah ada calon?" Soal Puan Ramlah bimbang. "Calon apa pulak ni mak. Siapa yang nak mengundi?" Mizi sempat berseloroh. "Budak ni…. Calon isterilah. Mengundi pulak," Puan Ramlah membebel. "Mana yang baik bagi mak. Mizi dah tak kisah lagi." Mizi terus naik tangga menuju kebiliknya di tingkat atas.
‘Apalah orang kampong ni. Baru habis belajar, dah fikir nak kahwin. Tak pulak nak cari kerja untuk bantu orang tua mereka. Baik tak payah pergi sekolah,’ Mizi merungut. Dia menggeleng kepala mengingatkan bakal isterinya. ‘Tak sangka pulak perkahwinan aku di atur oleh keluarga. Kalau teman-teman yang lain tahu, tentu kena ketawa,’ Mizi merenung siling biliknya. "Semoga dia baik seperti yang mak gambarkan. Tentu ada hikmahnya," Mizi berdoa.

"Mak, betul ke ni? Boleh ke Su jadi isteri yang baik? Dia orang kaya. Nanti dibuatnya saya macam orang gaji, macam mana?" Suraya bertanya. Malam itu malam terakhir dia tidur bersama ibunya. Esok adalah hari pertunangan dan pernikahan dia dengan jejaka kota. Mak cik Gayah memeluk tubuh anak daranya. "Kasihan anak mak. Mak yakin Su mampu jadi isteri yang baik. Dan lelaki tu dari keturunan orang baik-baik. Jangan risau sayang," Mak Gayah membelai rambut lurus anaknya. Suraya memeluk erat tubuh ibunya.

Majlis pertunangan dan pernikahan dijalankan serentak pada hari yang sama. Kehadiran keluarga Tarmizi yang terdiri daripada golongan berada memeriahkan lagi majlis. Mizi dan Suraya tidak pernah berjumpa atau berhubung sebelum hari perkahwinan mereka tiba. Mizi mencuri pandang wajah bakal isterinya. Dia terpana seketika.renungannya terus ke wajah mulus itu. Suraya yang menyedari Mizi sedang merenungnya terus menundukkan kepala. Malu bila menjadi tatapan orang ramai dan juga renungan dari seorang yang bakal bergela suami kepadanya.

"Aku terima nikahnya Suraya binti Azmin dengan mahar yang tersebut." Dengan sekali lafas sahaja, Suraya sah menjadi isteri Mizi. selepas berdoa, upacara pembatalan air sembahyang pula. Suraya nampak cantik dengan baju biru berlabuci serta kepalanya dilitupi kain tudung warna putih. Mizi pulak tampan dan segak sekali memakai baju melayu biru. Dengan sopan, Suraya menyambut huluran tangan oleh Mizi dan mencium tangan kasar itu. Terasa begitu tenang jiwa mereka bila tangan saling bertautan. Mizi tergamam seketika saat tangannya dikucup lembut oleh seorang wanita yang bergelar isteri. Giliran Mizi pula mengucup syahdu dahi Suraya. Suraya pejam mata saat bibir Mizi singgah didahinya. Agak lama mereka begitu kerana ada yang menangkap gambar mereka. Pada saat itu timbul satu perasaan halus dalam diri mereka. Mizi tidak menyangka gadis kampong yang dikahwininya itu cantik dan menawan. Jauh sekali dengan apa yang dibayangkan olehnya ketika ibunya menyuarakan tentang calon isterinya sebulan lalu. Majlis persandingan di buat sederhana pada keesokan harinya. Bagai pinang dibelah dua, pasangan pengantin duduk di atas pelamiin dengan wajah tenang. Pelbagai aksi dirakamkan selepas upacara menepung tawar. Senyuman tidak lekang dari dari bibir Puan Ramlah serta suami.
Keadaan rumah agak sunyi setelah tetamu beredar. Yang tinggal hanya sanak saudara yang terdekat sahaja. Suraya menukar pakaiannya. Dia bergegas ke dapur membantu apa yang patut. Sementara di bilik tetamu, Mizi sedang tidur setelah penat menjadi raja sehari. "Hai mak pengantin, dah mula bekerja ke? Berehat dulu. Temankan cik abang kamu tu," Suara Mak su Timah kedengaran menegurnya. Suraya hanya tersenyum kecil. "Tak pe mak su, biar dia berehat dulu. Lagipun saya tak penat. Kasian tengok mak su kemas rumah ni sorang diri," Jawab Suraya sambil tangannya tangkas sekali mencuci pinggan mangkuk yang kotor. "Su, beruntung tau kamu dapat kahwin dengan anak orang kaya ada rupa pulak tu. Hati-hati tau. Tentu ramai yang cemburu dengan nasib kamu tu," Mak su Timah berkata perlahan. "Pasti ramai yang berkenan kat dia tu," Suraya mendengar dengan tenang. Walaupun hatinya turut merasa bimbang, tetapi dia cuba membuang perasaan tersebut. Dia cuma perlu berdoa semoga kehidupannya berjalan lancar dan kebahagiaan menjadi milik mereka. "Mak su doakan sahaja kebahagiaan kami berdua ye. Tapi kalau jodoh dengan dia tak panjang nak buat macam mana mak su. Semoga kami dapat mengharungi dugaan dan cabaran hidup ini," Suraya memeluk tubuh tua itu. "Dah jadi isteri orang, jangan masih perangai macam budak-budak." Mak su Timah menolak kepala Suraya. "Cerita karton tak pernah tinggal, bila lagi nak buang tabiat tu. Hairan suami kamu nanti," Mak su Timah membebel. "Eh…. Mana boleh, cerita karton tu dah sebati dengan Su tau, kalau dia sayangkan Su, dia mesti terima kebaikan dan keburukan Su. Dia kena terima hakikat yang isteri dia ni masih mentah dan budak lagi," Suraya tersengih. "Kamu ni kan. memang tak pernah berubah. Mulai sekarang, kamu kena jadi lebih matang. Kamu dah jadi isteri orang. Ingat tu. Jangan ingkar perintah suami tau," Pesan ibunya. "Ala… mak janganlah susah hati. Sampai saatnya nanti, Su berubah lah." Suraya memeluk ibunya. "Ha… tengok. Masih sempat lagi nak bermanja," Suraya mencebik. "Su belum puas lagi bermanja dengan mak, mak dah suruh Su kahwin," Suraya berkata perlahan. "Masih marah? Kalau kamu tak berkahwin sekarang, lambat laun kamu kena juga berkahwin. Masa tu nanti, entah sempat atau tidak mak tengok kamu bersanding," Suara Mak Gayah sedih. Suraya memeluk ibunya. "Mak janganlah menangis. Su gurau aje tadi. Tentu mak dah buat keputusan yang terbaik untuk Su. Terima kasih mak," Suraya memeluk ibunya dengan lebih erat. "Ermm… mulai sekarang Su bukan budak lagi," Katanya sambil mencucuk pinggang mak su dan ibunya. Suraya berlari mengelilingi meja makan bila orang tuanya cuba membalas. Tanpa sedar Suraya tersepak kaki meja dan hampir jatuh. Mujur badannya di sambut oleh seseorang. Suraya terkejut dan memeluk erat tubuh yang sedang memeluknya itu. Suraya asyik mendengar denyutan jantung orang yang sedang memeluknya itu. Suraya mendongak, wajahnya serta merta merona merah apabila menyedari dia sedang memeluk Mizi. Dengan cepat Suraya menolak tubuh Mizi. Mizi tersentak. "Apa yang gembira sangat tu mak?" Soalnya perlahan sambil duduk di kerusi makan. ‘Aihhhh.. tadi bukan main kecoh mulut dia. Sekarang diam macam batu pulak,’/ Mizi berbisik sendirian. Matanya terus menatap wajah putih bersih itu. Suraya memang cantik dan kecantikannya asli tanpa perlu di tambah sesuatu pada wajah itu. Mizi leka seketika. "Tu… isteri kamu tu, perasan diri dia masih muda. Umur dah nak masuk 20 tahun, masih tengok cerita karton," Jawab Mak Gayah sambil tersenyum melihat muka Suraya yang mencuka itu. "Mak!!!!" Suraya membentak. Mizi tergelak besar. Suraya memberi jelingan tajam ke arah Mizi. Mizi menggunakan peluang itu untuk menyelami hati gadis yang sudah menjadi isterinya itu. ‘Terima kasih mak. Sebab jodohkan Mizi dengan Suraya. Mizi akan bahagiakan dia,’ Mizi berbisik di dalam hati. ‘Ya Allah ya Tuhan ku, kalau dia adalah jodohku, aku berserah padamu. Dan bukakan pintu hatiku untuk menerimanya dalam hidupku,’ Doa Suraya dalam hati. Hampir 5 minit berlalu, Suraya melarikan pandangan. Mizi tersenyum menang. Suraya memandang sekeliling. Hanya mereka berdua di dapur itu. Azan Magrib kedengaran dari masjid berdekatan. Mereka beredar menuju ke bilik untuk menunaikan solat Magrib.

Kali pertama berjemaah sebagai suami isteri, mereka agak kekok. Penghuni lain rumah tersebut sembahyang di masjid. Kadua-dua orang tua Mizi sudah pulang selepas majlis selesai petang tadi. Suraya dan Mizi masing-masing mendiamkan diri sambil menonton tv sementara menunggu masuk waktu Isyak. ‘Alamak!!!! Shin Chan lah, macamana ni?’ Suraya menggosok tangannya. Matanya liar mencari alat kawalan jauh. Matanya memandang ke arah Mizi yang memegang alat kawalan jauh tersebut. Suraya menggaru dahinya sambil matanya mencuri pandang wajah Mizi. Mizi juga gelisah. Walaupun umurnya hampir 28 tahun tetapi dia masih minat menonton cerita karton. Minat yang tidak dapat di buang sejak kecil lagi. ‘Nak panggil dia apa ye. Kalau aku bagitau dia aku nak tengok Shin Chan, tentu dia ketawakan aku,’ Suraya garu kepala. "Biar dia ketawakan aku, yang penting aku dapat tengok Shin Chan,’ Suraya mengatur suaranya. "Errrr… Awak, pinjam remote kejap," Suraya buat muka kasihan. Mizi tersentak. "Nak tengok cerita apa?"Soalnya hairan. "Errr.. adalah," Suraya terus merampas remote tersebut dari tangan Mizi. "Owhhh… minat Shin Chan ya." Soal Mizi sambil tersenyum. "Kenapa?" Suraya pelik. "Abang pun minat jugak." Mizi menjawab selamba. Suraya dan Mizi sama-sama tergelak. "Su, boleh tanya beberapa soalan?" Mizi memandang Suraya yang leka melipat kain baju. Suryaa mendongak memandang wajah Mizi. "Ye," Soalnya pula sambil angkat kening. "Ermmmm Kenapa Su terima lamaran mak abang?" Soalnya terus. Mizi sabar menanti jawapan dari mulut Suraya. Pada fikiranya, penerimaan Suraya terhadap pinangan ibunya, seperti ada sesuatu yang tersembunyi. Suraya tunduk sambil bermain jari-jari tangannya. "Err. Sebenarnya, Su…. Su sayang sangat pada mak dan ayah awak, mereka baik dan sentiasa menyayangi saya walaupun saya ni dari keluarga yang miskin. Dan saya menerimanya kerana saya yakin anaknya juga seorang yang baik." Suraya menjawab tenang. Mizi angguk kepala. "Bagaimana jika abang bukan lelaki yang baik?" Soal Mizi spontan. Suraya merenung wajah Mizi. "Saya hanya berserah pada takdir saya. Pasti ada hikmah yang kita tidak tahu dan Tuhan telah tentukan untuk kita. Dan saya yakin, awak lelaki yang baik. Kalau tidak, mak takkan terima pinangan tu," Suraya menjawab yakin. Mizi tersenyum. "Awak pulak? Kenapa terima cadangan mak awak tu? Tentu ramai yang kecewa bila dapat tahu wak berkahwin dengan saya. Yelah, lelaki Berjaya dan tampan macam awak, tapi kahwin dengan orang kampong." Suraya berkata selamba. "Zaman sekarang ni, lelaki sudah tahu hala tuju masing-masing. Tentang jodoh dan kehidupan mereka ditentukan sendiri. Su hairan bila awak sudi menerima gadis kampong seperti Su," Mizi tersenyum. ‘Cerdik jugak budak ni,’ Mizi memandang wajah wajah Suraya yang putih bersih tanpa make up itu. "Boleh tak Su jangan ber’awak’ dengan abang. Dan lagi satu, panggil abang ye, baru mesra." Mizi mencapai tangan halus itu lalu menciumnya. Suraya tersentak. "Tapi…" Tangan Mizi menutup mulut Suraya. "Panggilan yang mesra dapat mengeratkan hubungan. Abang terima Su, kerana abang yakin dengan pilihan mak. Mustahil dia nak musnahkan hidup anaknya kan? Kita harus berterima kasih dengan mereka kerana telah menyatukan kita," Mizi berkata perlahan sambil ssebelah tangannya membelai pipi Suraya. Suraya tersentak dengan tindakan berani Mizi. "Su pernah bercinta?" Mizi menanti dengan sabar jawapan dari bibir merah itu. "Apa?" Soal Suraya kurang jelas. "Su pernah dicintai dan menyintai?" Soalnya terus. Suraya geleng kepala. "Su tak nak tanya abang pulak?" Usik Mizi sambil mencuit hidung Suraya. Jelingan manja dilontarkan. Mizi tergelak. "Sebelum kita bernikah, hanya seorang wanita dalam hidup abang. Dia wanita yang paling abang sayang sehingga sekarang. Dan abang berjanji akan menjaganya seumur hidup abang." Mizi mencuri pandang wajah Suraya yang tunduk memandang lantai. Perlahan Suraya menarik tangannya. Setitis air mata hampir jatuh menitis di pipi. "Kalau awak sayangkannya, kenapa awak setuju dengan cadangan mak awak?" Soal Suraya sedih. "Kalaulah saya tahu, saya takkan setuju. Saya tak sanggup melukakan hati perempuan lain hanya untuk kebahagiaan diri.’ Suraya menggosok matanya. Mizi tersenyum sambil menarik tangan Suraya kembali. "Kenapa? Su menangis?" Soal Mizi selamba sambil mencari anak mata Suraya. Suraya pula berusaha melarikan wajahnya yang basah kerana air mata yang mengalir tanpa henti. "Mana ada," Suraya mengelak. Walaupun suaranya jelas kedengaran sebak. Mizi menyentuh dagu Suraya lalu membawa wajah itu menghadapnya. "Abang tahu, Su sedihkan? Su menangis. Perempuan tu bukan sesiapa. Dia wanita yang patut kita sayang. Mak abang. Sekarang abang ada tiga orang lagi wanita dalam hidup abang. Mak, mak mertua abang, mak su Timah dan akhir sekali isteri abang ni," Mizi mengucup dahi Suraya lembut. Suraya pandang wajah Mizi mencari kebenaran pada kata-kata itu. Mizi angguk kepala. Akhirnya Suraya terunduk malu. Perlahan Mizi menghampiri Suraya lalu bibir nipis dan merah itu menjadi sasarannya. Suraya tidak sempat mengelak.

"Assalammualiakum," Mereka berdua tersentak. Mizi dan Suraya membetulkan baju masing-masing sebelum menjawab salam dari ibunya. "Waalaikumsalam," Mereka menyahut serentak. Suraya segera membuka pintu. Mizi dengan selamba menonton berita. Biarpun kecewa kerana terpaksa melepaskan Suraya sebentar tadi, tetapi Mizi puas hati. Mizi yakin cintanya adalah milik wanita yang dinikahinya siang tadi. Pandangannya tidak lari dari wajah Suraya. Setiap gerak langkah Suraya diekori anak matanya.
"Mak, kata nak sembahyang di masjid? Cepat nya habis?" Suraya bertanya kepada ibunya. "Lepas sembahyang Magrib tadi, tak dapat tunggu Isyak, sakit perut." Mak Gayah terus menuju ke tandas. Suraya tergelak. "Apalah mak ni. Buat lawak pulak," Suraya terus mengekori langkah Mak Gayah. Sebenarnya dia ingin lari dari pandangan Mizi yang penuh dengan makna tersirat itu. "Apa pulak buat lawak? Mak sakit perut ni. Malas nak layan kamu. Kamu berdua sudah makan?" Soalnya sebelum masuk ke tandas. Suraya garu kepala. "Belum mak. Lepas Isyak nantilah," Jawabnya sambil tersengih. "Bertuah punya budak. Suami kamu lapar barangkali. Itu pun nak kena bagitau," Marah ibunya. "Abang Mizi belum lapar lah. Su dah tanya tadi," Dalihnya. Mak Gayah geleng kepala. Suraya berlari ke ruang tamu. "Kenapa dengan mak tu?" Soal Mizi hairan. "Mak sakit perut." Jawabnya sambil tergelak. "La… tak baik ketawakan mak. Berdosa tau," Mizi menegur isterinya. Suraya tutup mulut. "Mak taka pa-apa. Dia dah biasa dengan anaknya yang nakal dan comel ini," Mizi geleng kepala. "Nampaknya abang pun kena biasakan diri dengan isteri yang nakal dan comel ini," Mizi memeluk Suraya dengan penuh kasih sayang. "Ehemmm. Kalau nak bermesra pun, masuklah dalam bilik tu," Mereka berdua tersentak dan berpaling ke muka pintu. Mak Su Timah sedang menyaksikan adegan panas mereka. Mereka berdua tersipu malu.

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 11 malam. Suraya sudah mengantuk. Seharian melayan tetamu membuatkab badannya letih. "Mengantuk?" Mizi berbisik ke telinga Suraya. Dengan manja Suraya angguk kepala sambil menggosok matanya. Mizi cubit hidung Suraya sambil tergelak. Lucu melihat wajah kelat isterinya yang berusaha membuka matanya. "Mak, mak Su, kami tidur dulu ye. Tengok Su ni, tertidur-tidur pulak dia," Mizi membimbing tangan Suraya lalu di bawa ke bilik peraduan mereka. Sebaik sahaja badannya berada di atas katil, Suraya terus memeluk bantal peluknya dan tidur dengan nyenyak sekali. Mizi tersenyum melihat gelagat Suraya yang jelas masih keanak-anakan itu. Mizi berbaring di sebelah Suraya. "Dia belum bersedia agaknya," Mizi berbisik sendirian serta merenung wajah polos yang sedang tidur nyenyak disebelahnya. Terlalu asyik menatap wajah Suraya yang lembut itu, Mizi akhirnya terlelap.

Paginya, Suraya tersedar awal dan merasa seseorang sedang memeluk tubuhnya. Dengan pantas Suraya menolak tubuh yang sedang memeluknya itu sambil menjerit memanggil ibunya. Mizi yang terjaga mendengar jeritan Suraya terus memasang lampu bilik mereka. "Kenapa Su?" Soalnya bimbang. "Haaa… Eh,… Siapa awak?" Soalnya bingung. Mizi memandang pelik wajah isterinya. Pintu bilik terbuka, dua wajah tua yang bimbang serta penuh tanda tanya memandang hairan ke arah mereka. "Kenapa menjerit pagi-pagi buta ni Su. Mizi kenapa dengan isteri kamu tu? Mengigau?" Soal Mak Gayah bimbang. "Entah mak. Tiba-tiba je dia menjerit. Terkejut saya dibuatnya." Mizi menggosok matanya yang masih mengantuk itu. "Errr.. Sebenarnya… Su… Su lupa yang Su dah kahwin." Jawabnya malu. "Apa?" Mereka bertiga bertanya serentak. Mak Gayah dan Mak su Timah geleng kepala. Kemudian mereka beredar meninggalkan pasangan muda itu. Mizi merenung wajah Suraya. Suraya terus menundukan kepalanya kerana malu dengan tindakkan bodohnya. "Su ingat abang ni perogol bersiri?" Soal Mizi perlahan. Suraya angguk kepala. "Maaf. Su lupa yang awak ni suami Su. Su betul-betul lupa yang kita sudah berkahwin semalam. Lagipun, saya baru jumpa awak semalam, jadi saya belum biasa." Suraya menerangkan keadaan sebenarnya. "Tak mengapa. Ambil masa untuk biasakan diri. Pertama panggil abang tau. Susah betul mulut ni nak panggil abang," Mizi memeluk pinggang Suraya. Suraya tersentak tetapi tidak menolak. "Sekarang sudah tahu yang abang ni suami Su. Jadi jangan menjerit lagi ye," Mizi mengucup pipi Suraya. Suraya angguk kepala. Bibir merah itu menjadi mangsa ciumannya. "Su, sudikah Su menjadi sebahagian dari hidup abang?" Soal Mizi lembut sambil bibirnya menjalar di leher Suraya. "Ermmm," Suraya menjawab perlahan sambil angguk kepala. Dia terbuai dengan belaian yang Mizi beri. "Errrr… Abang, Subuh tinggal sikit lagi. Nanti terlepas pulak," Suraya menolak perlahan tubuh Mizi yang semakin erat memeluk tubuhnya. Mizi belum bersedia untuk melepaskan gadis kesayangannya itu. "Kita sembahyang dulu ye?" Suraya masih cuba menyedarkan suaminya yang sedang di amuk badai asmara. Mizi memandang wajah Suraya. "Tapi.." Suraya menutup mulut Mizi dengan tapak tangannya. "Su janji. Lepas Sembahyang nanti, Su jadi milik," Suraya tersenyum manis. Mizi akur dan keinginan untuk bermesra dengan Suraya hilang buat sementara bila melihat senyuman dari bibir comel itu. "Ye… Maaf. Abang tak dapat kawal diri tadi. Kita sembahyang dulu," Mereka menunaikan solat Subuh berjemaah. Seperti yang dijanjikan Suraya rela mngabdikan dirinya untuk Mizi. pertama kali dalam hidup mereka sebagai pasangan pengantin dan kenangan itu tidak mungkin dilupakan. Cinta hadir dengan sendirinya tanpa mereka sedari kerana Tuhan adil dengan hambanya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

p/s : Cinta selepas berkahwin adalah lebih nikmat dan yang terindah kerana cinta lahir dalam hubungan yang halal. Saat cinta hangat membara, kita bebas untuk melakukan apa saja. Kerana perkahwinan menghalalkan lelaki dan perempuan bersentuhan.
posted by Penulisan2u @ 2:01 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
12 Comments:
  • At 4/11/08 12:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez..suker suker suker..betul betul betul..cinta lps kawin lg indh tp sume tu dgn izn ALLAH Taala jgk..good job!!trskn usaha.. chaiyok3x..
    *violet_purple*

     

  • At 4/11/08 2:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sy suka cerita awak....
    suka...suka....suka....
    suka... suka....best sesangat....

     

  • At 4/11/08 3:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best..sgt...suka2

     

  • At 4/11/08 7:21 PTG, Blogger senyumsokmo said…

    salam...best giler la citer ni...wat sy tgelak besar..lbh2 lgi time su jerit tu...hahaha...sy pun trasa malu..hhehe...bestnya kalu dpt suami yg mcm tu...wakaka..pe2 pun teruskan usaha anda...gudluck!!!

     

  • At 4/11/08 9:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    great job!

     

  • At 5/11/08 12:59 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ye ke cinta lps kawin lg bez...erm ak xpon....

     

  • At 6/11/08 9:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    btol3x!!! best! cinta lps kwin best r...sbb sume pn dh halal...nk watpe pn bole...doa r byk2 supaya dpt jdoh yg baik...lelaki yg baik utk pmpn yg baik...camtu r sebaliknyer... ;)

     

  • At 7/11/08 1:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang best citer ni.part su terjerit2 sbb lupa dia dh kwin tu buat aku tergelak sorang2...hehehe nasib baik member x prsn klu x malu aku...

     

  • At 13/11/08 10:05 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terima kasih kerana sudi membaca cerpen saya. (kaira_syuma)

     

  • At 21/11/08 12:38 PG, Blogger Puteri Diana said…

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

     

  • At 21/11/08 12:40 PG, Blogger Puteri Diana said…

    assalamualaikum,
    salam perkenalan,

    cerita ni best..romantik giler..ade part yg mmg sy ketawa hbs2..ambil komen2 yg d berikan oleh pembaca2 sbg pengajaran n ikhtibar.. smoga maju jaya..jgn berhenti mengarang n menulis cerpen yg seterusnya..jgn putus asa menulis n mengarang cerpen yg seterusnya..sy sokong penulis dr belakang..ok..

    p/s:sy harap penulis sambut salam perkenalan sy..wassalam

    puteri nor alya diana

     

  • At 24/11/08 4:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam buat puteri diana...
    terima kasih krn sudi bc cerpen saya dan bagi komen yg membina. cerpen kedua sy bertajuk. Dugaan sambungan Terima kasih ibu.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group