Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sofia Adrine tersenyum melihat papan tanda kedai yang baru sahaja siap digantung. ADRINE’S GARDEN. Setelah hampir dua tahun bertungkus lumus berusaha untuk melupakan tragedi hitam yang pernah melanda hidupnya, akhirnya dia menemui hidup baru. Meninggalkan kerjaya lama dan membuka sebuah kedai bunga ternyata percubaan yang bukan mudah. Bukan sedikit keringat dan airmatanya tumpah sebelum Adrine’s Garden wujud. "Hai kak..termenung ajer..ingat saper yer.." kedengaran suara pekerjanya Salmi, menegurnya yang sedang asyik melihat sejambak bunga ros putih bercampur merah yang masih segar yang baru sahaja diterimanya. "Wah! Cantiknya bunga ni..sape kirim ni kak..?" Salmi teruja melihat jambangan bunga yang tak pernah dilihat dijambak sebegitu rupa. "Ntahla..pagi-pagi lagi dah sampai.." Sofia masih bingung memikirkan gerangan si penghantar bunga itu. "Ni mesti secret admire akak la ni..ada kad tak..?" Salmi masih membelek-belek jambangan bunga yang dirasakan sangat cantik itu. "Ada..ni ha…" Sofia menghulurkan kad berwarna kuning keemasan itu kepada Salmi. Baginya Salmi telah dianggap seperti adiknya sendiri. Tambahan pula mereka tinggal berjiran di kawasan perumahan Sri Kencana. Bezanya Sofia tinggal sendiri manakala Salmi tinggal bersama dengan abang dan kakak iparnya. Sejak berhijrah dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Sofia merasa tenang kerana tidak lagi dikelilingi dengan sejarah hidupnya yang lalu. "To Princess..Aku mahu mendampingimu..aku mahu cintai kekuranganmu..From: Prince…" "Wah..romantik siot ni..akak ni bertuah betul lah.." Salmi tergelak sambil memandang wajah selamba Sofia. "Akak ni macam takde perasaan je..Tak hepi ke..?’’ "Ala..akak malas nak layan la..dah la..banyak lagi keje nak buat ni.." Sofia berlalu meninggalkan jambangan bunga yang masih berada dalam pegangan Salmi. "Habis bunga ni..?" Salmi menggeleng kepala melihat kelakuan Sofia yang berlalu begitu sahaja. Dia lantas menyimpan jambangan bunga tersebut bersama-sama kad itu di dalam almari kecil disebelahnya. "Hai..akak akak..kenapa agaknya ek..?" Hatinya menggumam sendiri. ****** "Betul ke ni Fia.." Sofia memandang wajah ayah dan ibunya silih berganti. "Ye mak..ayah..Fia dah buat keputusan..lagipun kami dah tak bersama kan..Fia nak bina hidup baru." "Tapi takkan sampai Pulau Pinang..jauh tu..mak risau nanti Fia sorang kat sana.." Hajah Maimunah masih bingung memikirkan cadangan Sofia yang mahu berpindah. "Munah..biar aje la..Fia dah boleh berfikir..Kita bagi sokongan aje kat dia.." Kedengaran suara ayahnya yang garau. "Fia jaga diri baik-baik.nanti apa-apa hal bagitau mak ngn ayah.." Sofia hanya mengangguk dan memeluk ibunya.
Perlahan-lahan Sofia mengeluarkan sekeping gambar yang terselit di celahan dompetnya. Sekeping gambar yang agak lunyai itu memperlihatkan sepasang kekasih yang sedang tersenyum duduk dia atas rumput dan berlatarbelakangkan sebuah tasik. "Abang…’’ satu keluhan berat hinggap di bibir Sofia. Setelah setahun lebih berpisah, mereka langsung tidak berhubung. Sofia membawa diri jauh dari lelaki yang pernah bergelar suaminya itu lantaran kekecewaan yang mendalam. Namun, kadang-kadang jiwa wanitanya terasa rapuh saat kilasan rindu menyambar tangkai hatinya. "Semoga abang bahagia.." ****** Rizwan tekun membelek risalah tentang pakej pelancongan ke Korea. Hatinya agak tertarik dengan tawaran yang diberikan oleh pihak agensi tersebut. Namun, seketika hatinya terdetik..kalaulah Fia ada.. Dia singgah di agensi pelancongan itu secara kebetulan sahaja apabila ternampak papan tanda dan promosi yang dilakukan. Teringat tentang rancangannya bersama Sofia, bekas isterinya itu yang ingin sangat melancong ke Korea. Namun, semunya kini tinggal sejarah. Semuanya salah aku!
"Akak.." Kelihatan Salmi mengunjukkan sejambak lagi bunga ros putih bercampur merah bersama sekeping kad keemasan kepadanya. ‘To Princess.. terima kasih kerana hadir dalam mimpi-mimpiku..From Prince.’ "Adoi..sapelah yang jiwang sangat ni..?" Salmi kagum dengan si penghantar bunga itu. "Kalaulah Fariz sejiwang ni kan best.." Sofia hanya ketawa mendengar ngomelan Salmi. "Bersyukurla ngan apa yang ada k.." Selepas Salmi berlalu, Sofia meneliti kad ucapan itu. Tulisan siapa ni..tak pernah tengok pun..takkan dia..ah tak mungkin..
Sudah sebulan Sofia menerima jambangan bunga yang sama dengan kata-kata yang berlainan dari seseorang yang tidak dikenalinya. Kadang-kadang dia menjadi takut kalau-kalau sesuatu yang buruk akan menimpanya. Tidurnya masih terganggu dengan tragedi silam yang sesekali datang bertandang. Pernah suatu malam dia menangis sendirian memanggil nama Rizwan selepas dikejutkan mimpi itu. Mimpi dirinya diperkosa dua lelaki jahanam yang telah menghancurkan hidupnya hampir dua tahun yang lalu. "Assalamualaikum.." Sofia agak terkejut menerima salam seorang lelaki sewaktu dia sedang leka menggubah bunga yang sudah ditempah oleh pelanggannya. "Waalaikumussalam..Er..encik nak beli bunga or nak tempah?" Agak gugup dia apabila dilihatnya lelaki itu merenungnya mesra. Seorang yang tinggi dengan kumis nipis dan sedikit janggut..kacak la jugak..hatinya memuji. "Cik Sofia Adrine.." Sofia tersentak. Macamana tau nama aku ni? "Maaf..Saya Lukman..sebenarnya saya tak nak beli or tempah or apa-apa aje lah..saya nak ajak Cik Adrine kuar makan boleh..?" Terbeliak mata Sofia mendengar permintaan selamba lelaki itu. "Awak ni sape? Senang-senang je cakap macam ni.?" Entah mengapa hatinya membara. Seketika bencinya terhadap lelaki menyerang. "Eh..jangan salah faham Cik Adrine..sebenarnya saya tak berniat jahat pun.." Sofia memandang wajah lelaki tersebut yang kelihatan tenang. "Saya nak kenal ngan Cik Adrine..sebenarnya dah lama saya nak tegur cik..tapi takut tak dilayan pulak..terus terang saya kata..saya minat ngan Cik Adrine.." Agak lambat-lambat ayat itu dituturkan. Sofia kaget mendengar ucapan lelaki itu. "Jadi awaklah…" Kringg kring.. Belum sempat ayat dihabiskan telefon kedai berbunyi. Kebetulan Salmi keluar lunch maka dia soranglah yang terpaksa menguruskan kedai. "Sekejap yer.." Sambil menjawab panggilan dari pelanggannya, mata Sofia memerhatinya tingkahlaku lelaki tersebut. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Digenggamnya botol penyembur mata yang sengaja dibeli untuk mempertahankan dirinya jika diganggu oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. "Saya sibuk sekarang..lain kali kalu taknak beli bunga, awak tak payahlah datang. Saya bukan jenis perempuan yang senang diajak keluar.’’ Tegas kata-kata yang diutarakan itu disambut dengan senyuman oleh Lukman. "Well..kalu gitu saya balik dulu sebab saya ada meeting..nanti saya datang lagi..tapi mungkin masa tu saya nak beli bunga pulak.." Sejurus selepas itu lelaki itu meninggalkan Sofia yang masih terpinga-pinga menerima kehadirannya. Rupa-rupanya Lukman inilah Prince tu yer…Sofia hanya menggeleng kepalanya. ******
Rizwan teragak-agak untuk meneruskan langkahnya. Setelah berfikir beberapa kali, dikuatkan jugak semangatnya untuk menghampiri sekujur tubuh yang sedang membelakanginya itu. Wanita itu sedang membersihkan bunga-bunga yang berada di luar kedainya dengan tekun. Sudah lama pemilik tubuh lampai itu dijejaki, akhirnya dia ketemu. Hampir dua bulan dia berkira-kira untuk bertemu muka ataupun tidak. Namun, hari ini dia nekad. Adrine’s Garden dihampiri dengan sejuta degupan yang mengetuk penjuru hatinya dengan hebat layak pesta lagaknya.
"Fia.." Sejurus memalingkan wajah, Sofia Adrine terkesima. Apa ni? Mindanya segera teringat ayah dan ibunya. Kenapa ayah ngn mak bagitau dia?? Hatinya mendengus marah meskipun perasaan gembira sedikit muncul lewat jiwanya saat wajah sayu bersama renungan yang redup itu singgah di tubir matanya. "Fia..Abang datang…" Rizwan melihat riak wajah bekas isterinya itu berubah. Hatinya agak risau melihat perubahan itu. "Apa awak buat kat sini..?" Acuh tak acuh pertanyaan itu diajukan. Sedikit terasa Rizwan mendengar perkataan itu. "Kan saya dah kata jangan cari saya lagi…saya tak nak ingat dah tentang dulu..faham ke tak?" Sofia merasa terganggu yang sungguh-sungguh dengan kedatangan Rizwan. Hatinya celaru, berdebar, terkejut…semuanya bercampur. Ahh..kenapa dengan aku..? "Abang sengaja datang cari Fia..Abang rindu.." Rizwan masih seperti dulu. Mengharap agar Sofia sudi menerimanya semula setelah wanita itu pernah dikecewakannya dahulu. Sehingga menyebabkan tragedi menimpa dan perpisahan berlaku. Salmi hanya memandang adegan itu dari jauh..sape pulak ni..? "Sudahlah…" Sofia bingung. Tiba-tiba hatinya digigit sayu. Masing-masing kehilangan kata-kata. "Adrine.." Kedua-dua pasang anak mata melirik ke arah datangnya suara itu. Rizwan agak terkejut melihat seorang pemuda sebayanya tersenyum melihat Sofia. Hati lelakinya disambar api cemburu yang tiba-tiba menyapa. Siapa ni?? "Eh..Lukman…baru sampai?..tadi lagi saya tunggu." Sofia sengaja melembutkan nada suaranya sambil melirik ke arah Rizwan yang seperti cacing kepanasan. Lukman sedikit terkejut mendengar teguran mesra itu. Tunggu? Tunggu aku?? "Err…saya.." "Kita nak lunch mana yer..Oh ya..kenalkan..ni kawan saya dari KL..Rizwan." Sofia dengan jelas dapat melihat riak muka Rizwan yang berubah seratus peratus. Mujur tangan yang dihulurkan Lukman disambut dengan baik. "Saya Lukman..Ada keje ke datang Penang?" Lukman mengagak ada sesuatu yang tidak kena. Namun, dia cuba berlagak biasa. "Ada..datang jumpa a part of my life..kebetulan lalu sini.." Sofia pura-pura tersenyum. Namun hatinya hanya tuhan yang tahu. "Oh yeke.." Lukman turut tersenyum. "Well..u all nak g lunch kan. I pun kene balik dah ni..Fia..take care..See u again.." Rizwan pantas melangkah meninggalkan pasangan itu dengan hati yang walang. Jiwa lelakinya diburu cemburu yang datang menyerang. Tak sanggup dia berdiri melihat Sofia tersenyum memandang wajah lelaki lain. Terasa kecil sekali dirinya di mata wanita itu. Seketika jiwanya terasa kecewa yang amat..ahh..sakit sungguh perasaan ni..
"siapa tadi tu?" Lukman merenung sepasang mata milik Sofia Adrine yang beralis cantik. "Hmmm…ex husband saya.." Dia meneliti raut wajah Lukman. Sedikit terkejut dengan kata-kata Sofia yang dirasakan terlalu selamba. "So…u all dan berpisah?" Macam bodoh je soalan ni..Lukman menggumam dalam hati. Tak menyangka sama sekali wanita yang dipuja selama ini rupanya janda. "Sebab tu kita tak boleh lebih dari kawan..saya ni janda..awak tu bujang.." "So? Apa yang tak kenanya?" Bagi Lukman dia bersedia menerima diri Sofia seadanya. Yang lepas biar saja berlalu. "Awak tak kisah?" Lukman hanya menggeleng. "Ex awak nak rujuk balik ke..? "Ntahlah..dahla citer pasal dia..Oh ya..pasal bunga yang awak kirim tu..thanks a lot..rajin ye awak kirim bunga kat pompuan.." Sofia sememangnya kagum dengan kesungguhan Lukman. Selama lebih sebulan dia mendapat kiriman bunga dengan kata-kata yang indah. Sedikit sebanyak jiwa wanitanya tersentuh. "Hehe..biasa aje.." Agak berlainan wajah Lukman saat itu. Malu barangkali. "Hmm..mana awak ambik ayat-ayat jiwang tu..?" "Err..malu la nak cakap…biarlah rahsia k.." kemudian mereka sama-sama ketawa tanpa menyedari ada sepasang mata sedang memerhatikan adegan itu dengan perasaan yang hampa. ****** Hubungan Sofia dengan Lukman bertambah rapat sejak peristiwa itu. Sedikit sebanyak fobianya pada lelaki hilang. Terasa selamat saat Lukman ada disisinya. Sama seperti perasaan yang pernah ada sewaktu Rizwan menjadi suaminya..tapi..betul-betul sama ke..? Dia juga langsung tidak mengambil tahu tentang Rizwan meskipun lelaki itu berkali-kali menghubunginya mengajak untuk berbincang. "Kenapa dengan awak ni? Gila talak ke?" Sofia berang dengan tindakan Rizwan yang selalu menghubunginya saban malam. Naik rimas dan kadang-kadang takut dibuatnya. "Fia…sampai hati cakap macam tu..abang dah lama minta maaf..kenapa susah sangat Fia nak maafkan kesalahan abang..?" "Saya dah lama maafkan..sejak kita belum berpisah secara sah lagi..saya tak nak tengok awak muncul dalam hidup saya lagi..awak faham tak..?" "Jadi betullah Fia nak kat lelaki tu..?" Rizwan menunggu jawapan dari bekas isterinya itu dengan resah. Lama menunggu, akhirnya.. "Yer..sebab dia tak pernah tinggalkan saya untuk bersama perempuan lain walaupun saya layan dia acuh tak acuh.." Jawapan itu ternyata memberi kejutan kepada Rizwan. "Fia.." "Saya harap saya takkan tengok awak lagi." Sebaik sahaja kata-kata itu dihabiskan, Sofia memutuskan talian dan terus mematikan telefon bimbitnya. Perasaan sayu dan sebak tiba-tiba menyerang. Seketika rasa bersalah bercampur rindu menjadi satu mendesak airmata untuk tumpah juga mengenangkan Rizwan yang ternyata masih mempunyai tempat di hatinya. Mana mungkin semudah itu untuk dia melupakan segala kenangan manis antara mereka. Namun, ego dan kelukaan lama masih terasa lantas mematikan segala hasrat. Sofia masih menangis saat telefon rumahnya menjerit nyaring. Dibiarkan sahaja sehingga akhirnya dia tertidur bersama esakan yang memanjang.
Rizwan sedar. Benar-benar sedar kini. Antara dirinya dan Sofia sememangnya tiada lagi yang perlu dibincangkan. Malam itu juga dia nekad untuk pulang ke Kuala Lumpur. Meninggalkan Sofia Adrine yang sedang berbahagia dengan pilihannya kini. Hati yang luka dan hampa dibiarkan sahaja. Sewaktu mengemas beg pakaian ke dalam kereta, jiwanya terasa begitu ingin bertemu dengan Sofia..mungkin untuk kali terakhir. Meronta-ronta jiwa lelakinya saat itu. Kenapa ni?? Perlu ke aku pergi rumah dia..?? Rizwan berkira-kira dan akhirnya memutuskan untuk singgah sekejap di rumah Sofia, memberikan sesuatu untuk terakhir kalinya meskipun dia tahu waktu itu sudah agak lewat.
Sofia terjaga dari tidurnya saat terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Siapa?? Hatinya diburu ketakutan. Suasana yang suram membataskan penglihatannya. Pencurikah? Dia berpura-pura tidak sedarkan diri. Berharap jika pencuri, biarlah dicuri sahaja apa yang diingini, janganlah sesekali mendekati dirinya. Peluh dingin mengalir saat telinganya menangkap langkah kaki yang semakin menghampirinya. Ya Allah..selamatkan aku..imbasan kejadian silam menerpa.Rizwan! Tolong Fia..Airmata merembes laju. Tiba-tiba bahunya disentuh. Sofia bingkas dan belum sempat dia menjerit mulutnya ditutup. Matanya menangkap dengan jelas wajah itu! Sofia meronta-ronta. Ada isyarat diam dari Rizwan. Namun dia tidak menghiraukan. Benci sungguh dia melihat Rizwan saat itu. Apa yang dimahukan? Sofia menolak tubuh Rizwan yang menghimpitnya sambil cuba menggigit tangan Rizwan yang sedang menutup mulutnya. Berjaya! "Apa kau buat ni? Pergi!!" "Fia..please diam..Abang tak berniat jahat. Abang.." Belum sempat ayat habis, kelihatan dua orang yang memakai topeng meluru ke dalam bilik Sofia. Terbeliak mata Sofia melihat kedua-duanya. "Korang boleh ambik apa yang korang nak..tapi jangan apa-apakan kami.." kedengaran Rizwan cuba berdiplomasi. "Kau ingat aku bodoh?" Seorang dari lelaki itu dengan suara yang garau mengeluarkan kata-kata. Sofia baru tersedar yang dia telah salah faham terhadap Rizwan. Tapi..macamana dia boleh ada kat sini..? Salah seorang dari lelaki itu kelihatan semakin menghampiri mereka. "Apa yang kau nak? Barang kemas? Duit? Aku boleh bagi." Rizwan cuba melindungi Sofia dari pandanga mata kedua-dua penyamun itu. Sofia juga menyembunyikan diri di sebalik tubuh Rizwan sambil tangannya memegang erat tangan Rizwan. Dia diburu ketakutan sehingga menggigil tubuhnya. "Aku nak dia.." ayat tersebut merentap jantung Rizwan dan Sofia. "Aku takkan benarkan..langkah mayat aku dulu.." Rizwan terasa marahnya memuncak.tidak dipedulikan lagi apa yang akan terjadi selepas itu. Sebaik sahaja salah seorang dari mereka cuba menghampiri Sofia, Rizwan segera menghalang. Terjadi pergelutan antara mereka. Namun sukar baginya untuk menentang dua lelaki dalam masa yang sama. Tubuhnya terasa lemah saat sepakan dan pukulan singgah bertubi-tubi. "Abang!" Sofia menjerit nyaring. Tiba-tiba seorang daripada lelaki itu menghampiri Sofia. "Abang..Abang..Tolong Fia..Abang!!!" Kedengaran suara Sofia. Rizwan sempat melihat lelaki itu telah menindih tubuh Sofia. Jahanam!! Dia cuba bangun dan satu sepakan padu dihayunkan kepada lelaki yang berdepan dengannya. Terperosok lelaki itu dengan sepakan yang tiba-tiba itu. Rizwan menyinga. Hatinya terbakar yang amat saat matanya melihat lelaki seorang lagi sedang cuba memperkosa Sofia. Ditumbuknya kepala lelaki jahanam itu dengan sekuat tenaga. Lantas ditarik tubuh itu menjauhi Sofia yang kelihatan lemah akibat ditampar. Rizwan semakin kuat melepaskan amarahnya. Ditendang dan disepak sekuat hatinya melepaskan kemarahan. Tiba-tiba.. "Abang!!!" Rizwan terhenti. Terasa ngilu yang amat di bahagian belakangnya. Dirabanya dan dilihat ada darah merah..sebaik sahaja pisau dicabut dari belakangnya yang ditikam, Rizwan rebah. "Abang..!!" Sofia meluru mendapatkan Rizwan. Dipeluk tubuh itu sambil menangis.Kedua-dua lelaki tersebut panik melihat Rizwan rebah. Sudah matikah?? Tanpa membuang masa mereka melarikan diri. "Abang…abang…bertahan..please..jangan tinggalkan Fia.." Sofia tersayat melihat mata Rizwan yang terbuka tertutup menahan kesakitan. Seketika dia berlari mencapai telefon dan terus menghubungi ambulans. ****** Sofia masih setia disisi Rizwan yang sudah tiga hari tidak sedarkan diri. Kehilangan darah yang banyak dan luka yang dalam menyebabkan keadaannya agak kritikal. Baru hari itu dia dibenarkan keluar dari wad ICU. "Fia..kita balik dulu..Fia tentu penat kan.." suara Hajah Maimunah memecah lamunan. "Takpelah mak..Fia nak tunggu abang sedar.." Hajah Maimunah akur apabila suaminya mengangguk. Besannya juga begitu. Mereka membiarkan Sofia menunggu Rizwan memandangkan terlalu banyak peristiwa hitam antara keduanya . mungkin ini adalah titik penyatuan semula antara dua hati yang pernah terpisah.
Lukman melihat Sofia tertidur disisi Rizwan saat wad peribadi itu dikunjungi. Hatinya sayu..cinta yang berputik nampaknya takkan ada kesudahan. Namun, dia akur. Telah dititipkan surat untuk Sofia sebelum kedatangannya ke situ. Salam untuk Adrine yang setia.. Pertama sekali..maaf kerana tak mampu untuk berhadapan dengan awak..saya malu..malu atas sikap berdiam diri saya selama kita kenal. Untuk pengetahuan awak, saya sememangnya ikhlas terhadap perhubungan kita..namun saya sedar..saya bukanlah insan yang ditakdirkan untuk menjaga awak seumur hidup ini..tiada yang lain melainkan dia..Rizwan..orang yang sanggup mati untuk awak..saya benar-benar telah kalah padanya.. Adrine..tak dinafikan saya sukar untuk melepaskan awak..tapi saya rasa ini yg terbaik..saya undur diri sebab saya tak layak untuk awak..hanya Rizwan yang layak.. Prince awak sekarang sedang tidak sedarkan diri..demi awak..yer..dialah Prince..bukan saya..sebab awak adalah satu-satunya Princess dalam hatinya. Semua kiriman bunga dan ayat-ayat cinta itu adalah miliknya..bukan saya..saya takut untuk mengakuinya kerana bimbang awak akan pergi padanya..tapi, kalu dah jodoh antara awak dengannya takkan ada siapa mampu menghalang kan.. Saya minta maaf sebab menipu…langsung tiada niat di hati ini..akhir sekali saya doakan kesembuhan Rizwan..dan semoga awak dan dia akan bersatu semula..maaf atas segalanya.. ****** "Macamana abang boleh ada kat umah Fia hari tu..?" Sofia merenung wajah Rizwan yang semakin berseri selepas dua minggu dibenarkan keluar dari hospital. Pada masa itu mereka berada di halaman rumah Sofia. Bekas ibu mertuanya juga tinggal di situ sementara menunggu Rizwan benar-benar sembuh. "Hmmm…Malam tu abang rasa nak sangat jumpa Fia. Sebenarnya abang nak balik KL dah..tapi hati ni tergerak nak jumpa Fia..nak bagi bunga untuk kali terakhir.." Rizwan berhenti dari berkata-kata. Matanya membalas renungan Sofia. Seketika hatinya berdebar-debar. Tetapi disembunyikan perasaan itu. Sofia juga tak menyangka rupa-rupanya Prince yang disangka Lukman itu adalah Rizwan sendiri. Surat Lukman yang dibaca telah membuatkan hati wanitanya diburu rasa bersalah yang amat terhadap Rizwan. Apatah lagi apabila melihat tubuh Rizwan yang terbaring di katil hospital, juga kerananya. "Habis macamana abang tau ada pencuri kat umah Fia?" Sofia masih mahu bersoal jawab. Hatinya hairan dengan kedatangan Rizwan malam itu. Namun, dia bersyukur kerana maruahnya masih terpelihara dengan adanya Rizwan. "Okey..abang citer k.." "Masa abang sampai tu abang tengok je kat bilik Fia..abang agak je la tu bilik Fia sebab tu bilik utama rasanya. Pastu masa abang nak ambik bunga tu abang nampak ada bayang-bayang kat tepi rumah Fia. Mungkin dorang tak perasan abang ada sebab abang parking jauh jugak." "Pastu abang panjat pagar..abang tengok pintu belakang dah terkopak. Abang terus masuk dan pegi bilik Fia terus. Nasib baik dorang tak sampai kat Fia lagi masa tu. Tapi, Fia lak salah faham ngan abang kan.." Rizwan tersenyum melihat Sofia yang tekun mendengar ceritanya. "Yelah..tiba-tiba aje ada tengok abang kat umah Fia..terkejut la jugak..Fia takut benda tu jadi lagi.." Kendur suaranya saat menuturkan kata-kata itu. "Takde apa dah..dorang pun dah kena tangkap kan..abang akan bunuh dorang kalu dorang apa-apakan Fia malam tu.." Sofia terkejut mendengar pengakuan Rizwan. "Fia..kita rujuk.." Rizwan agak malu sewaktu menuturkan ayat itu. Sofia dilihatnya agak terkesima dan tertunduk. "Fia sudi tak..jadi isteri abang untuk sekali lagi..isteri abang satu-satunya..untuk selama-lamanya." Dia mencapai tangan Sofia dan mengucupnya lembut. Sofia agak tersentuh dan matanya berair menahan rasa terharu."Fia sudi.."
****** Rizwan tersenyum melihat Sofia..isterinya itu sedang meneliti cadar yang baru dibeli. "Sayang.." Sofia membalas senyuman Rizwan. Hatinya cukup bersyukur dengan apa yang dimiliki kini. "Abang suka tak warna ni.." "Suka.." Rizwan menjawab dengan suara yang sengaja dimanjakan. Sofia mencubit paha Rizwan apabila dilihat suaminya itu mengenyitkan mata sambil tersenyum-senyum padanya. "Gatal.." "Ala..gatal pun ngn isteri abang jugak kan..hehe.." Bahagia dirasakan seperti di awang-awangan. "Abang..thanks sebab sanggup tunggu Fia..thanks sebab sanggup berkorban nyawa untuk f Fia..dan thanks untuk bunga-bunga tu semua.." Sofia merbahkan diri ke pelukan Rizwan. Cintanya terasa kembali memekar. " Abang sanggup lakukan apa saja untuk Fia..asalkan Fia tak tinggalkan abang lagi.." Rizwan bersyukur kerana selepas peristiwa dia dtikam, hati Sofia telah terbuka untuknya. Tambahan pula Sofia telah mengetahui bahawa dialah yang selama ini telah mengirim bunga untuknya berserta kad yang mencurahkan isi hati. Lukman pula telah berhijrah ke luar negara memandangkan terikat dengan urusan kerja. Mereka sempat bertemu sebelum pemergian lelaki itu. "Abang..mana abang belajar tulis ayat-ayat jiwang macam tu.." Sofia merenung wajah suaminya itu dalam-dalam. Terpancar sinar cintanya di sebalik renungan yang lembut. Hilang sudah segala ego dan sakit hati. Yang ada hanyalah kemanisan. "Adalah..mana boleh bagitau..hehe.." Rizwan mendakap erat tubuh Sofia, tidak mahu kehilangan lagi. Cukuplah sekali hatinya menderita kehilangan wanita itu. Terima kasih Ya Allah..
wahwahwah.. heBatzz...memang hebatzz.... Hahh!! JGN luper warwarkan cerpen terbaru key.....tak sabau2 nieh tunggu cieter dari u agiek...
- zureen -
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sweetnyer...i like it..rse nk nangis jek time rizwan kna tikam ,ingtkan hero akn mati..huhu..