BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 17, 2008
Cerpen : Kelahiran Semula
Nama Pena : Azra Mirza

Ketukan di pintu menghambat lamunannya pergi, membawanya ke alam sedar. Jevon bingkas bangun dan memulas tombol pintu.

"Trick or treat?" sahut sekumpulan kanak-kanak berkostum pelik di hadapannya. Sudah menjangkakan ketibaan mereka, Jevon mencapai bungkusan Hershey\'s Kisses dan menghulurnya. Berteriak riuh mereka sambil beredar. Entah mengapa, Jevon hilang mood malam itu. Kalau tidak, masakan dia mahu bersendirian di rumah. Apatah lagi di malam Halloween seperti ini. Dia patut ikut sahaja teman-temannya melepas geram di parti, menogok Guinness barang sebotol dua. Tapi malam itu dia sedar dia mahu bersendirian. Benaknya masih dibuntui peristiwa semalam.

Alat kawalan jauh dicapainya, lalu ditukar siaran TV. Malam-malam begini semua siaran dewasa sahaja, getus hatinya memberontak. Dihempas keras alat kawalan itu ke lantai. Jevon merebahkan tubuh tinggi lampainya ke sofa. Kepalanya makin berserabut. Pita rakaman di otaknya berputar lagi.

"Jev, hubungan kita takkan dapat bertahan. I terpaksa pergi, jauh dari sini."

"Ke mana jua you pergi, I sanggup ikut Kris."

"Tidak. Tidak kali ini Jev. Maafkan I."

Tutur kata Kristine itu cukup membuat hatinya luluh. Dia cukup tidak menyangka berita itu yang bakal didengarinya. Fikirnya mungkin Kristine punya rancangan lain, memandangkan cuti musim sejuk bakal menjelma. Butir kata gadis kacukan Anglo Chinese itu membuatnya resah. Satu dunia tahu yang dia sukakan gadis kecil molek itu bagai nak rak. Ke mana-mana sahaja, mereka bagai belangkas, berkepit tidak mahu berpisah. Dia percaya tidak semudah itu hubungan mereka berakhir.

Jevon menggaru-garu belakangnya. Gatalnya bak digigit pepijat, hadir bersama rasa pedih yang tidak mahu pergi. Dia bingkas bangun. Dicapainya arang lalu dicampak ke dalam unggun api. Dingin malam itu menjadi-jadi. Apatah lagi bila keseorangan seperti itu. Tiup angin membawa bersama perasaannya melayang.

"Waaahh, I takut Jev..." Jeritan gabra Kristine ketika mereka dibawa kederasan roller coaster Disneyland masih segar di cuping telinganya. Sepanjang hari, mereka bagai berbulan madu, terpisah dari rombongan rakan-rakan lain. Jevon pula bagai hero, tidak gentar walau selaju mana gondola membawa mereka belayar, walau setinggi mana cable car mengusung mereka, walau senyaring mana pekik hilai vampire di dalam rumah hantu usang selagi Kristine di sisi. Sorenya, menara besi buruk Paris menjadi saksi tautan kasih mereka.

"I love you Jev."

"Me too, Kris."

Kucupan pertama dari bibir mungil itu singgah di pipinya. Dia kelu buat seketika, namun puas jauh di sudut hati.

Bapa Kristine pegawai besar di kedutaan. Tugasnya selesai di sini, dan mereka sekeluarga akan berpindah. Kata Kristine, bapanya ditempatkan di Malaysia, jauh di Asia Tenggara. Malaysia nama yang asing baginya. Jevon hanya maklum negara itu kolot. Negara Islam tidak bertamadun. Namun hatinya pasrah. Dia akan mengikut ke mana sahaja Kristine pergi, walau ke pelosok antartika sekalipun. Di saat dia mula mengenal perasaan ini, dia bertekad untuk tidak melepaskannya pergi semudah itu.

Malam itu. Jevon terlena di sofa. Pagi esoknya, dia dikejutkan dengan deringan loceng bertalu-talu. "Kurang ajar punya posmen," getus hatinya marah. Jevon meneliti bungkusan yang dihulurkan. Memang diutuskan kepadanya. Lantas di bukanya kotak itu, ternyata dikirimkan oleh Kristine. Isinya adalah segala pemberiannya dulu. Jam tangan Dolce & Gabbana serta cincin Swarovski, hadiah daripadanya sempena Krismas dulu juga dipulangkan Kristine. Secebis nota terlekat, bertulis "Terima kasih atas segalanya. Mungkin takdir kita bukan untuk bersama. Semoga hidupmu lebih bermakna tanpa kehadiranku."

Jevon nekad. Walau ke mana Kristine pergi, akan dia ikut sama. Dia mencapai telefon bimbit, mendail nombor gadis itu. Namun jawapannya nyata mengecewakan. "Nombor yang anda dail sudah ditamatkan perkhidmatannya", tanpa rasa bersalah operator itu menyahut. Jevon bingkas dari sofa, mencapai tuala dan bersiap seadanya. VW Golf itu dipecut laju menuju lebuh raya. Kereta kesayangannya itu hasil titik peluhnya sendiri. Walaupun sudah berkarat sana sini, kereta itulah hasil kerja sambilannya di Apache’s Pizza selama ini. Dia tidak kisah dengan gelaran budak penghantar, walau status bapanya sebagai seorang pemegang francais utama cawangan Apache’s di negara itu. Jevon hanya mahukan kepuasan, dengan bermula dari bawah.

Tamat lebuh raya, Jevon mengambil susur keluar. Rumah Kristine betul-betul di luar pagar kedutaan, bertentangan dengan pejabat pendaftaran dan imigresen. Seperti andaian buruknya, rumah Kristine sudah dikosongkan. Dia mengagak Kristine sengaja tidak mahu dijejaki. Jevon bergegas pulang dengan penuh hampa.


**************************


Ibu bapanya telah dimaklumkan. Rakan-rakan terdekat juga sudah tahu. Jevon menerangkan dia bakal bercuti panjang, menangguhkan semester terakhir pengajiannya dalam sarjana pengurusan perniagaan untuk mengembara jauh dari Eropah. Rucksack Karrimor lusuhnya sudah terisi penuh. Passportnya yang sudah hampir tercetak di setiap helaian tersisip kemas di poket sisi. Jevon menggunting beberapa foto Kristine sebagai kenangan. Gadis berambut hitam, bermata biru itu memang manis dipandang. Tidak jemu-jemu dia menatap wajahnya.

Hal perihal Malaysia sudah habis dikajinya, mujur penduduk di sana majoriti berbahasa Inggeris, bacanya dalam sebuah jurnal. Destinasinya pula sudah tentu kota raya negara itu, Kuala Lumpur. Dia percaya hanya Kuala Lumpur kawasan membangun, itu pun kerana wujudnya menara dua tiang itu. Mudah benar misinya kali ini. Sayang pula hendak meninggalkan rumah bujangnya di ceruk Windy Arbour itu. Kawasan itu kawasan perumahan terpencil, kebanyakannya dihuni warga emas. Walau dia mampu menyewa sebuah apartment, rumah lama itu tetap menjadi pilihan. Dia senang hidup sederhana begitu.

Tiket penerbangan Emirates ke Malaysia disimpan rapi dalam fail plastik. Habis duit sakunya dua bulan untuk sekeping tiket itu. Nasib baik bapanya tidak kisah, malah dipindahkannya sejumlah wang ke dalam akaun bank anak tunggalnya itu. Perasaannya bercampur baur lagi. Terasa bodoh baginya untuk mengembara sejauh itu demi mengejar cinta Kristine. Apakah cintanya berbalas, atau Kristine hanya berpura-pura tentang perasaan terhadapnya. Ah, apa nak jadi, jadilah. Alang-alang menyeluk pekasam.


**************************


Boeing 777-300ER Jet itu meluncur laju. Panorama indah muka bumi dari tepi tingkap pesawat semakin samar dikaburi ketulan-ketulan nipis awan. Pramugari berwajah manis menyapa, menawarkan sekeping menu. Dipintanya segelas fresh orange buat menghilang haus anak tekak. Ipod hitamnya berjasa lagi di saat kebosanan bagai membunuh jiwanya. Entah kebetulan atau tidak, lagu "Leaving on a Jet Plane" dendangan John Denver itu benar-benar mengusik jiwanya. Terasa pemergiannya kali ini seperti pergi yang tidak akan kembali.

Fikirannya melayang lagi. Dia tidak pasti akan keputusannya itu tepat atau hanya mengikut perasaan. Walhal ramai lagi gadis yang tergila-gilakannya. Dia pelajar terkenal dalam fakulti. Dengan wajah ala Jared Leto dan tubuh tinggi lampai, gaya maskulinnya cukup menjadi pujaan gadis-gadis kuliahnya. Namun, dia impikan hubungan yang ikhlas dan telus seperti saat-saat bersama Kristine.

Jevon tersentak dari lena yang panjang. Kapten pesawat memaklumkan mereka bakal transit di Dubai. Jevon mengeluh, perjalanannya masih jauh padahal dia sudah separuh hari dia terlelap. Dia menjenguk-jenguk deretan kedai bebas cukai yang penuh sesak dengan pelancong namun tiada satu yang menarik minatnya. Di kiri kanan laluan ramai yang baring-baring di lantai. Mungkin jemu menunggu transit pesawat mereka, fikirnya.
Akhirnya dia hanya bersandar di kerusi, sambil menyedut sepuntung Dunhill di dalam bilik khas untuk merokok.

Lama menunggu, akhirnya penerbangannya berlepas. Kali ini Jevon tidak berdaya lagi untuk melelapkan mata walau badannya tersangat letih. Dia cuba mengajak gadis di sebelah berbual.

" Awak orang muslim?" soalnya apabila perbualan semakin rancak. Dia tahu wanita Islam bertudung litup seperti itu. Gadis itu mengiyakan. Gadis itu pelajar Malaysia di Bristol, UK. Dia kagum seketika, tidak menyangka anak gadis semoden itu masih mengekalkan budaya yang mengongkong sebegitu. Namanya Sakinah. Pelbagai perkara mereka bualkan. Sangkaan Jevon ternyata meleset, anggapannya terhadap Malaysia berubah sama sekali. Dia cukup tertarik dengan perwatakan Sakinah. Kalaulah dari awal penerbangan lagi mereka bersembang begini, tentu masanya lebih terisi. Dari Sakinah, Jevon mendapat gambaran awal tentang suasana di Kuala Lumpur. Ibu kota itu panas terik, seperti Dubai kadang kala, jelas Sakinah. Malamnya meriah, tidak seperti kota London di musim sejuk. Pasaraya dan kedai-kedai mamak ada yang dibuka 24 jam.

"Cubalah nasi lemak, awak pasti sukakannya," usul Sakinah mengakhiri perbualan mereka.

Di terminal, Jevon ketemu Sakinah lagi semasa menuntut bagasi. Terpandang sahaja dirinya, Sakinah lantas menghulur sekeping kertas. Di dalamnya tercatat nombor telefon bimbit gadis itu. Memang itu yang diharapkannya.

"Kalau ada apa-apa kesusahan atau masalah, hubungilah saya," ucap gadis itu buat kali terakhir.

"OK. Harap kita dapat jumpa lagi," balasnya, mengharapkan mereka benar-benar bertemu lagi nanti.


**************************

Seminggu di Kuala Lumpur menerbitkan suatu perasaan yang sukar ditafsirkannya. Malaysia negara yang sungguh unik. Alamnya indah, orangnya ramah. Dia senang bergerak ke sana sini walau tidak ramai penduduknya petah berbahasa Inggeris. Jurnal tidak sentiasa benar, getusnya. Tujuan sebenar kedatangannya juga semakin dilupakan. Saban hari dia menjelajah setiap inci pejabat kedutaan. Sudah kenal benar dia akan Jalan Tun Razak itu kerana kerapnya berulang-alik mencari nama Adams FitzGerald, bapa Kristine. Mustahil sebegini sukarnya menjejak Kristine. Dia langsung mati akal. Harapan terakhirnya adalah menunggu panggilan telefon daripada pihak pejabat kedutaan yang bersetuju membantunya menjejak si duta besar itu. Dia geram, marah kepada dirinya sendiri kerana percayakan kekasih lamanya itu bulat-bulat. Benarkah Kristine di bumi Malaysia ini? Persoalan itu mengganggu setiap tidurnya.

Seminggu Jevon menunggu tanpa ada apa-apa berlaku. Dia kecewa, ingin dilupakan sahaja gadis itu. Setiap pagi dia hanya bertemankan nasi lemak dan teh tarik. Nasi lemak menjadi menu kegemarannya walau sedikit pedas, benar kata-kata Sakinah dulu. Kadang-kadang kotak Dunhill itu disentuhnya di kala kebosanan menggigit. Pagi itu, dia ceria kembali. Brochure Tahun Melawat Malaysia itu ditelitinya berkali-kali. Dia mahu beralih angin. Menarik juga kalau dijelajahinya satu tanah melayu. Matanya tertumpu ke suatu sudut. Sekilas pandang, Pulau Perhentian terus menggamit hatinya. Malam itu, Jevon menghubungi ejen pelancongan domestik, menyatakan hasratnya mengikut rombongan ke destinasi pantai timur itu.


**************************

Bas ekspres terhenjut-henjut dipecut laju. Gila! Marah Jevon dalam hatinya. Tanpa disangka, bayangan Kristine muncul di depan tempat duduknya. Kristine bertudung! Sah dia bermimpi lagi.

"Maafkan saya, botol air saya terjatuh. Boleh awak tolong ambil di bawah seat awak?" si gadis itu bersuara.

"Err…Nah," hulur Jevon teragak-agak.

Jevon yakin dia tidak bermimpi kali ini. Gadis itu bukan Kristine. Jevon mempedulikan perasaannya. Seketika kemudian, dia enak dibuai mimpi. Sedar sahaja, stesen bas Kuala Besut sudah kelihatan di depan matanya.

Jeti ke Pulau Perhentian tidak jauh dari situ. Dia bingkas, menyarung haversack dan menggosok muka serta menggeliat keenakan. Udara segar kampung nelayan itu disedutnya puas-puas. Bau laut amat mengasyikkan. Bot kecil sampai tidak lama kemudian. Muatan bot itu cukup untuk separuh isi bas.

Jevon terpandang lagi wajah gadis itu. Mirip Kristine alur wajahnya, cuma anak matanya hitam seperti peribumi di sini. Gadis itu menyapanya dahulu.

"Emm….Terima kasih untuk semalam. Saya Danisha."

"Saya Jevon." Tangan kanan dihulur sebagai tanda perkenalan, tapi tidak bersambut. Jauh di sudut hati, Jevon rasa terkilan. Perempuan muslim memang sombong, fikirnya. Jabat tangannya kepada Sakinah dulu juga tidak berbalas.

"Awak melancong? Dari mana?" Penuh rasa ingin tahu gadis itu bersuara.

"Belfast, Northern Ireland. Hajatnya ingin mencari seseorang tapi tak kesampaian."

Mereka berbual rancak. Olengan bot itu langsung tidak menggugat mereka. Sekali sekala, siulan kawanan camar laut mencuri perhatian mereka.

"Lupa bertanya, awak datang seorang saja?" Jevon ingin tahu lagi.

Danisha membuka cerita. Sepatutnya percutian itu menjadi destinasi bulan madunya. Malangnya, tunangnya menemui Sang Pencipta seminggu sebelum akad nikah. Hariz bakal suaminya, dilanggar sebuah lori kontena dari arah bertentangan ketika mahu memotong. Danisha teresak-esak. Rasa bersalah menyelubungi hatinya. Dialah yang menggesa Hariz datang cepat menemuinya, ada surprise katanya. Busana pengantin krim berlabuci di dada itu tidak sabar ditunjukkannya kepada Hariz. Dialah wanita paling bahagia apabila menyarung busana itu nanti.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Bukan sahaja awan mendung datang menyapa, tapi ribut pelakar turut menjengah. Hariz hilang kawalan. Dia menekan brek sekuat hati, memulas stereng ke kanan, mahu mengelak dari bertembung. Tapi semuanya sudah terlambat, rempuhan lori itu membuatkan bumper hadapannya remuk ke dalam. Entah dari mana, besi bagai cerucuk menembus ruang rusuk kirinya di bawah sternum. Doktor percaya dia sempat diselamatkan lagi kalau bukan disebabkan hentakan kuat di kepala, yang mana kesan trauma itu menyebabkan pendarahan dalaman otaknya. Hariz mengalami brain death di tempat kejadian.

"Usah dikenang barang yang lepas," pujuk Jevon sunguh-sungguh. Seminggu di Pulau Perhentian, mereka kian akrab. Jevon menjadi tempat Danisha mengadu. Mereka sering berjalan bersama menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Dalam tidak sedar, Jevon semakin melupakan Kristine. Hatinya terpaut pada kelembutan gadis bernama Danisha itu biarpun tidak pernah bergaul mesra, walau berpegang tangan. Dia hormat pegangan gadis itu. Dia semakin menyenangi budaya Melayu. Jevon sudah pandai makan tanpa sudu garpu, tapi masih janggal duduk bersila.


**************************


Malam itu Jevon bermimpi lagi. Cahaya umpama kelip-kelip mendorongnya terus berjalan. Dalam gelap pekat itu, dia nampak satu penghujung yang silau, berseri-seri cahayanya. Dia berlari, mahu terus keluar dari kegelapan yang memenjaranya selama ini. Setiap kali dijejak sahaja kakinya ke lembah penuh bercahaya itu, mimpinya putus.

Jevon nekad mahu tinggal lebih lama di negara ini. Bapanya menentang keras, rakan-rakannya juga tidak bersependapat. Dikeraskan juga hatinya. Mungkin itulah alamat mimpinya selama ini. Bersaksikan imam masjid dan tok siak, dia mengucap dua kalimah syahadah yang pertama. Selepas itu, saban hari dia berulang-alik ke masjid, mendalami ilmu agama. Perasaannya tenang. Tenang yang tidak tergambar olehnya. Tiada lagi kerisauan tentang hidupnya walau dia jauh di negeri orang.

Tiga tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia banyak mengajarnya tentang hidup beragama. Dulu dia kristian, tapi tidak pernah seumur hidup dia menjejakkan kaki ke gereja, apatah lagi mengenal siapa Jesus. Danisha, tunangnya kini banyak memberi tunjuk ajar. Dia cukup bersyukur atas dorongan dan nasihat rakan-rakan muslim di fakulti serta pensyarah dan ustaz yang sabar menjawab segala kemusykilannya.
Tamat pengajian di UIAM, Jevon dan Danisha melangsungkan perkahwinan mereka. Ibu bapa Danisha menerima baik kehadirannya dalam keluarga. Duit simpanan dalam akaunnya habis dilabur untuk membangunkan sebuah restoren western food bersama dua lagi rakan kongsi. Syukur, rezeki Allah ada di mana mana untuk hambanya yang gigih berusaha. Perniagaan mereka cukup maju walau banyak saingannya.

Hujung tahun, Jevon menyuarakan hasratnya. Rindunya kepada kampung halaman tidak mampu dibendung lagi. Dia membawa Danisha bersama menemui keluarganya. Jevon seakan tidak percaya ibu bapanya menyambut baik kepulangannya. Hubungan mereka seakan tidak pernah terputus. Sebenarnya bapanya kagum melihat perubahan pada dirinya. Sejak memeluk Islam, Jevon seperti dilahirkan semula. Penampilannya sentiasa segak. Tutur kata yang teratur dan adab yang sopan mencairkan keegoan seorang bapa. Senyap-senyap, bapanya mula mendekati agama yang dibawa Nabi Muhammad itu. Walau masih belum menemui cahaya keimanan, dia merasakan Islam agama yang damai. Jevon sering mendoakan agar dikurniakan hidayah kepada kedua orang tuanya itu.

Jevon bagai tidak percaya lagi. Perniagaan bapanya yang bertambah maju memaksa lebih cawangan baru dibuka. Jevon diamanahkan untuk menerajui rangkaian di Asia Timur dan Tenggara. Maka bertapaklah Apache’s Halal di negara ini. Pembukaannya menerima sambutan hebat. Dalam masa yang singkat sahaja, cawangan Apache’s Halal sudah melebarkan sayapnya sejauh Hokkaido di Jepun. Jevon bersyukur, rezekinya murah sekali. Keluarganya juga makin berseri dengan kelahiran anak sulungnya.


**************************


Sebelas tahun kemudian, selepas perasmian cawangan Apache’s Halal ke dua puluh di negara ini, Jevon dikejutkan dengan kehadiran sekeping poskad. Ringkas sahaja tulisannya. Dibacanya perlahan, dengan iringan manik-manik kaca di kelopak matanya.

Ke hadapan :
Yusuf al-Bukhori bin Abdullah,
Pengarah Eksekutif Pemasaran,
Apaches’s Pizza Halal,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Maafkan aku kerana mencuri masamu hari ini. Aku bersyukur pernah mengenalimu. Maafkan aku juga kerana meninggalkanmu dulu tanpa sebarang berita. Aku terpaksa. Penyakit barah payudaraku semakin kronik sehingga terpaksa dibuang. Aku malu berhadapan dengan mu, lantas aku membawa diri jauh-jauh. Setahun aku menderita menahan dugaan ini. Sekali lagi maaf kerana aku menipumu dulu. Aku tidak pernah sampai ke Malaysia. Aku hanya mengikut keluarga ke Washington. Tidak kusangka kau sanggup mengejarku sampai ke sana. Maafkan segala kesilapanku. Semoga kita ditakdirkan berjumpa lagi di suatu masa nanti.

Sahabat yang merinduimu,
Nur Qistina binti Abdullah.

Ini cerpen kedua saya. Harap dapat beri tunjuk ajar.
posted by Penulisan2u @ 2:23 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 17/11/08 6:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gud2x ..
    besh ..
    cayuk3x..

     

  • At 17/11/08 10:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    besla... betul2 berbeza dgn cerpen2 sblm ni... tahniah penulis... :)

     

  • At 17/11/08 12:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sronok bce cer ni

     

  • At 17/11/08 6:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2 anda memang berbakat...
    truskan usha murni 2..
    -nurul-

     

  • At 18/11/08 9:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sememangnya satu karya yg hebat! i like... :) lain dari yg lain dan yang penting, selesa je baca cerpen ni. good job, penulis! teruskan berkarya ye!

     

  • At 18/11/08 10:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best. cerpen kedua ni pun bagus.

    suka bila baca info baru mcm medical terms tu. penceritaan pun real =)

    keep it up. nak baca lagi cerita awak~

     

  • At 19/11/08 4:33 PTG, Blogger bartdaer said…

    hahaha..wahai penulis..len kali blh x u punyer note or pesanan ada lebih byk spacacing from ur karya... i dah aik pelik bl bc yg tetiba je u ckp "ini cerpen ke-2 ...."...i ingat tu sambungan u punyeer karya...

     

  • At 19/11/08 11:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    thanks for all the comments..sy akn cuba yg terbaik lg :)

     

  • At 23/11/08 5:33 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehehehe...nk jugak bg komen :P

    btw...kris tu x penah sampai msia kan?
    see ..klu mualaf kat luar negara slalunya diorg x tukar nama...
    @ klu tukar pon...diorg x pakai sistem nama bin/binti mcm msia...
    unless mcm jev tu yg dah penah smpai msia

    even org arab x da bin/binti
    tp ada sir name..

    cam diorg pggl PM Mr Badawi...instead of Abdullah
    lol..

    betulkn sy klu salah fakta :)

     

  • At 16/12/08 9:08 PTG, Blogger Unknown said…

    cite yg len dr yg len..besh n 2 the writer..keep up ur gud work! aja2 fighting!! =)

     

  • At 27/12/08 9:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jng la kata m'sia tue kolot..=(

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group