Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Aku tak kira korang kena cari juga perempuan tu". LoZ membalik gambar itu kearah anak buahnya.
" Tapi bos dia ni anak orang kaya bos susah kita nak dapat".Mail takut-takut memberitahu bosnya, hatinya pelik entah kenapa sejak seminggu ni bosnya terlalu inginkan perempuan ini.
"Hahhh ada aku kisah….? Aku nak korang cari dia sampai dapat….muktamat". LoZ memandang anak buahnya dengan ekor mata.
Buat kerja sikit pun susah aku pantang betul kalau orang lawan cakap aku ni, LoZ duduk sambil menanti kedatangan Mz kawan baiknya. Sejak dari mula dia melakukan kegitan jenayah Mz adalah satu-satunya orang yang paling dipercayai malah MZ adalah kawan yang paling disayangi. Walaupun Mz tidak pernah terlibat dengan kegiatannya namun Mz lah yang menyelamatkannya semasa ingin dibunuh oleh geng ‘helang putih’, gangster dadah yang paling terkenal di kuala Lumpur. Asap rokok dihembus keluar dari mulut LoZ seakan khayal dalam duniamya sambil memandang wajah perempuan di tangannya. Seminggu lamanya dia termimpi-mimpikan gadis ini, masih terbayang akan aksi gadis ini semasa rompakan yang dilakukan minggu lepas. Gadis ini memeluk erat seorang kanak-kanak, LoZ sangat kagum apabila dia berani berdiri apabila hanya kanak-kanak itu yang menangis.
" Weiii jauhnya kau dah sampai syurga ke?" Mz menolak kaki kawannya dilihat sekeliling kubu rehat geng gagak hitam ini… ‘macam pusat pelupusan sampah’ bisik hatinya.
" Layak ke aku masuk ke syurga? Kalau neraka tu bolehlah" Loz merenung dalam insane dihadapannya. Kerja apa yang geng gagak hitam tak lakukan? Merompak, mengamun, mencuri, segalanya yang berkaitan dengan duit., semua dilakukan.
Mz melihat reaksi kawannya yang berlainan entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang tak kena. Hatinya sejak akhir-akhir ni tak sedap bak kata orang omputih something happen ewahhh pandai pulak cakap omputih hehehe…
"kau ni apahal semangkuk je aku tengok… dan mana yang lain kosong je aku tengok?" Loz sekali lagi bertanya, belum pun sempat jawapan itu keluar dari mulut Loz, gambar foto di tangan Loz dirampas...
"oooo...nilah masalah kau ek.. siapa pulak ni? Cuba kau cerita sikit"
" hishhh ni anak datuk mana, diorang suruh aku kerjakan tapi aku dah tolak dah... sebab maklumlah aku kalau perempuan ni tak leh".
Mz mencebik memang diakui kata-kata sahabatnya itu sejahat macamana pun kegiatannya, dia cukup menjaga anak buahnya supaya tidak membunuh dan merogol mana-mana perempuan. Itulah yang pasti, dan separuh dari duit rompakan pasti akan disalurkan ke yayasan yang menempatkan anak-anak yatim seperti mereka. walaupun puas dia menasihati kawannya itu alasannya tetap sama ‘belum sampai seru..’ ‘gila...nak taubat pun kena sampai seru’
" Aku nak bagitau kau...aku nak ke Indonesia ada keje sikit, ingat sepanjang aku tak ada ni jangan buat benda bodoh.. tunggu aku balik aku akan pastikan nama kau clear dari mana-mana balai polis, aku nak kau berubah" Mz memang seorang peguam yang hebat tapi disebalik kehebatannya Loz lah yang banyak membantu sehinggalah dia selesaikan pengajiannya, Lozlah keluarga yang sentiasa menyokong kejayaannya.
"baik bos...." Loz ketawa terbahak-bahak.
"Lepaskan aku.....lepaskan aku..." Humairah ketakutan, dia terkejut apabila dirinya ditangkap dan matanya ditutup, masa itu dia baru pulang dari membeli barang dapur, habis barangnya entah kemana..
Loz tersenyum apabila melihat wajah Humairah ada dihadapannya, dia memberikan 8 keping not rm50 kepada anak buahnya. Lalu mengisyaratkan mereka supaya keluar, dia ingin berduaan dengan insan yang selama ini menganggu tidurnya. Loz membuka ikatan yang menutup mata humairah.
"awak sape? Kenapa bawa saya kat sini? Awak nak apa?"
" aku nak kau.....". Ringkas sahaja jawapan Loz, dia tersenyum sekali lagi.
Sepanjang 3 hari ditawanan Loz sudah banyak kali humairah cuba melarikan diri tapi akhirnya dia penat... dia pasrah, hairan dihatinya apabila dirinya tidak diapa-apakan. Sepanjang dia ditahan hanya Faiz seorang pemuda yang mungkin masih belasan tahun menghantarnya makanan dan minuman. Melalui Faiz juga dia mengetahui serba sedikit tentang orang-orang yang menculiknya. Melalui Faiz juga dia diberi pakaian dan telekung yang diminta. Walau apapun yang terjadi Humairah tak akan mengabaikan dirinya pada Allah.
" Faiz tak sekolah ke?" tanya hunairah sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. " Dah abis dah faiz tengah tunggu keputusan, Faiz anak yatim abang Loz yang jaga faiz selama ni dengan abang Mz...." Humairah menganggukan kepalanya.
Sememangnya duduk di tempat ini membuatkan dia tak selesa walaupun tidak ada yang mengancamnya. Tapi kena tidur atas lantai membuatkan dia betul-betul tdak selesa. Malam itu dia tidur tanpa mandi, hari hujan membuatkan dia tidur dalam kesejukan tubuhnya mengigil. Tiba-tiba dia mendengar kaki manusia masuk ke bilik. Matanya dipejamkan seakan-akan tidur humairah berdoa dalam hati agar tiada yang buruk akan terjadi kepadanya. Dia dapat merasakan seseorang yang begitu rapat dan dekat dengannya.dup dap...dup dap... deras degupan jantungnya.
Loz meyelimut tubuh Humairah dia tahu gadis itu belum tidur, macamana nak tidur kalau sejuk macam ni. dia sempat meneliti wajah gadis pujaannya itu. Hahhh...kenapa kau? Kenapa mesti kau??..rintih hatinya....lalu dia melangkah keluar dari bilik, humairah membuka matanya, dia mengapai bungkusan yang dibalut cantik ‘Untuk Kau’ Humairah tersenyum membaca tulisan di kad itu.
Pagi itu kedengaran bunyi riuh rendah di luar biliknya, humairah memasang telinga..kedengaran gelak tawa, semua suara lelaki hatinya gerun. Pintu tiba-tiba di tarik dari luar, humairah terdorong ke depan, kakinya kaku matanya tepat memandang ke arah Loz di hadapannya. Matanya meliar menjelajah ke seluruh tubuh humairah.
"Nak apa?" Humairah meninggikan suara.
" Aku nak...aku nak..." humairah menyilangkan tangannya menutup dadanya mata lelaki itu seakan menembusi seluruh tubuhnya. Loz tersenyum... dia tahu apa yang bermain di fikiran humairah.
" Aku nak kau masak hari ni untuk semua anak buah aku..."
" MASAK????"
Malam ini seakan ada temasya di banglo dua tingkat ini masing-masing memuji masakan humairah yang sedap....sepanjang dia memasak di dapur hanya Faiz yang kelihatan tapi malam ni mak aiii ramainya, satu persatu wajah di hadapannya dipandang termasuklah wajah Loz , lama dia meneliti wajah itu ‘emmm muka boleh tahan tapi kenapalah jadi penjenayah?’ hatinya berbisik. Tiba-tiba pandangannya tertembung dengan mata hitam milik lelaki itu, Loz menyengitkan mata kanannya sambil tersenyum..’eiii Gila!!" . malam beransur lewat masing-masing meninggalkan rumah banglo terpencil ini dengan senyuman tambahan bila berhadapan dengan ‘tukang masak’ baru mereka. faiz entah ke mana hanya tinggal Loz yang sedang bertemankan rokok di tangan.
" emmm tak tidur lagi?" tanya Loz kepada humairah yang mendekatinya. " belum ngantuk lagi...kenapa duduk dekat sini?" tanya humairah.. entah kenapa sejak peritiwa malam hujan tu dia merasakan lelaki ini sangat baik. Dan niatnya untuk melarikan diri hilang begitu saja. Suasana sepi Loz dan humairah melayan perasaan masing-masing...... " siapa nama sebenar awak?" humairah kembali bersuara. " kenapa kau nak tahu? Nak jadikan aku laki kau ke.. tak payah tahu nama penuh, nama pendek pun kita boleh nikah dah..nak? aku panggilkan tok kadi sekarang?" ujar loz tangannya mencampakkan puntung rokok yang masih berasap. "GILA!!" Humairah menjerit.. hatinya panas dengan usikan Loz.
2 minggu di bawah tahanan Loz membuatkan Humairah cukup faham dengan pemuda bernama Loz itu. Walaupun pada dasarnya lelaki ini tidak pernah berkata lembut tapi hakikatnya hatinya sangat lembut. Masih teringat peristiwa Loz menyelamatkan anak kucing yang jatuh ke dalam longkang, loz sanggup memberi tangannya untuk dipimpin seorang perempuan tua semasa melintas jalan semasa humairah mengikut lelaki itu ke pasar untuk membeli barang....hah...kenapa dia memikirkan Loz????.....
Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.....
Suasana menjadi riuh masing-masing mencari tempat yang selamat, bunyi tembakan berbalas tembakan menekam masuk ke telinga, Humairah ketakutan tangannya mengigit, dia menyorokkan dirinya di sebalik almari yang agak besar di situ. Dalam hatinya mengucap beberapa kali. Nafasnya turn naik, mukanya sudah basah dengan airmata. Bum..bum.. sekali lagi bunyi tembakan dia dapat melihat bagaimana tubuh faiz di hadapannya rebah.
"Faizzzzzz"…jerit satu suara dia kenal suara itu, Loz....dimana dia, "Faiz"…Humairah mendapatkan tubuh itu entah kenapa dia sudah tidak takut lagi dengan peluru yang mungkin akan menusuk masuk ke badannya. Darah keluar dari celahan tangan yang menutup dadanya, peluru itu tepat mengenai dadanya. Humairah sekali lagi memanggil nama faiz..
"Akak…. Faiz nak minta maaf dengan ibu, faiz teringat masakan ibu bila kakak masakkan untuk faiz……" suara faiz begitu lemah, tiba-tiba, Loz datang menerpa kepala faiz dibawa keribanya, sempat juga mukanya ku pandang penuh dengan luka, dahinya juga berdarah.
" Abang Faiz tak ikut abang lagi, maafkan faiz, faiz bukan anak jantan……terima kasih sebab jaga faiz……" nafas faham terhenti, humairah mengajar insane dihadapannya mengucap apabila melihat Loz hanya diam membisu.
" Faizzzzzzzzzzz"…pekikan Loz dilepaskan dengan beberapa tembakan.
Loz menarik Humairah melarikan diri melalui jalan belakang dia sudah mejerit meminta gengnya berudur geng helang merah telah banyak membunuh anak buahnya. Jauh mereka melarikan diri, dengan kaki terjengkut-jengkut Loz tetap erat memegang tangan humairah. Dia tak mahu Humairah cedera, dia akan pastikan Humairah selamat tapi….tiba-tiba Loz terjelepuk jatuh. Mereka sudah jauh lari ke dalam hutan di belakang banglo, pasti orang-orang helang merah tidak akan sampai ke situ.
"Awak kenapa ni….?" Humairah cuba membantu Loz namun tubuh lelaki itu tidak mungkin mampu diangkat. Hah???darah?...humairah menjerit melihat tangannya berlumuran darah. Loz kena tembak? Dia panik.. nama Loz dipanggil beberapa kali, tubuh itu juga digoncang kuat. Airmatanya kembali mengalir.
"Heii..aku tak mati lagilah… emmm kau menangis sebab aku?" Loz bangun.. menyandarkan tubuhnya di batang pokok berdekatan, wajah humairah dipandang dia tersenyum….
" Awak kita pergi hospital….darah banyak ni…" humairah bersuara sayu…entah kenapa dia sendiri tak pasti kenapa dia menangis?.
" Emmm tak payah, aku dah call kawan aku dia akan bawa kau balik ke rumah… aku malas dah nak jaga kau…errggghh..." Loz mengerang kesakitan.
Humairah tidak henti mengalirkan air mata, hatinya tak keruan apabila mendengar Loz megerang kesakitan. Dia mengelap darah yang mengalir dari dahi Loz dengan tudung yang dipakai. Tetapi ia tetap mengalir.
"Kau nak tahu tak nama sebenar aku? Nama aku Lokman Zaifuddin...kau kena ingat nama aku tu tau jangan lupa...." melihat nafas loz turun naik aku terus memanggil kembali namanya...
"Lokman zaifuddin.........saya cintakan awak.........." lafaz humairah lembut.... Loz tersenyum hatinya tersenyum bangga, dia berdoa di dalam hati moga tuhan mengampunkan segala dosa yang dilakukan selama ini, dalam diam dia meniti satu kehidupan yang indah disaat akhir hidupnya........Nur humairah kebahagiaannya.........
"Loz......................."
"aku terima nikahnya Nur Humairah abdullah dengan mas kawinnya 80 ringgit tunai" aku menitiskan airmata, dalam sekelip mata aku sudah bergelar isteri.
Humairah... mencintaimu membuatkan aku keliru... mencintaimu membuatkan aku mencermin diriku kembali... mencintai dirimu membuatkan aku bisu....
aku benci dengan perasaan ini tapi perasaan ini mengangguku.. membuatkan aku terpaksa menculikmu.... sungguh aku bukan diriku..... mengenalimu membuatkan aku tersenyum.. mengenalimu membuatkan aku kenal... siapa aku................
moga kau bahagia... kerana bahagiamu bukan denganku itu pasti.... kerana ada adam yang lebih baik dariku tercipta untumu.. sayangmu.. Loz a.k.a Lokman Zaifuddin....
Surat itu aku lipat dan ku simpan kemas kembali ke dalam kotak, selendang biru pemberian Loz masih dalam simpananku....
"Sayang masih ingatkan dia?" Mohd Zulkanain menghampiri isterinya...humairah hanya tersenyum...kasih suaminya telah memenuhi segenap hatinya, sememang cintanya pernah wujud untuk lokman Zainuddin namun kini Mohd Zulkanain adalah segalanya.
"Ya allah... tempatkanlah sahabatku di tempat orang-orang yang kau lindungi" bisik hati Mohd zulkanain a.k.a MZ.....’aku akan jaga humairah seperti mana yang kau inginkan Loz aku akan pastikan airmatanya tidak akan tumpah lagi, semoga rohmu dicucuri rahmat’.......
cite ni mmg best tp de salah kat lafaz nikah tu. kalau dah sebut nikahnya nama perempuan x payah sebut lg contohnya ceni "aku terima nikah nur humairah binti abdullah dengan mas kahwinya 80rm tunai" atau "aku terima nikahya dengan mas kahwin 80rm tunai" ni sy teringat sebab abang saya bru je bernikah mgu lps
BEST CITE NIE..TAPI RASANYA DALAM DUNIA REALITI HARI NIE..TIADA GENGSTER SEPERTI NIE..SETIAP HARI ADA NYAWA YANG TIDAK BERDOSA MELAYANG ANGKARA PENJENAYAH, GENGSTER..
syok citer ni..ada cket terharu lak huhu..sbb aku ada kwn yg mcm ni,mmg perangai dorang nmpak jahat tp dlm jahat2 ada lembut hatinya..mmg diri dorg nmpak keras tp dlm keras2ada lembutnya..sng kata ada gak ah jiwang hehe..tp xkesemua gengster sama
tima kasih coz ramai sudi meninggalkan komen anda semua... sy sgt menghargai...tima kasih..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Best citer nih.. paling best skali bila LoZ seorang gangster sanggup tolong anak kucing yg jatuh longkang.. wahha.. klaka..