Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Semua terjadi diluar jangkaan ibu. Alang pergi sekelip mata. Bagaikan baru semalam ibu menyusukan alang. Membawa alang untuk mendaftar di sekolah. Melihat senyuman alang ketika menyatakan dirinya diterima sebagai askar melayu. Dan pada lembaran setahun yang lalu, segaknya alang menjadi raja sehari. Tapi kini alang telah pergi tingggalkan ibu selama-lamanya. Alang tidak tersungkur di medan perang, alang anak ibu menderita sakit selepas pulang dari operasi di hutan. Itu cerita menantu ibu. Ibu sungguh terkilan. Alang pergi dalam usia yang masih terlalu muda dan sewaktu menghembuskan terakhir ibu tidak disamping alang. Ibu hanya dapat menyentuh jenazah alang yang sudah siap dikafankan. Itupun tidak sampai sepuluh minit. Alang dibawa pergi untuk disemadikan. Hati ibu mana yang tidak disayat pilu. Luluh hati ini hanya Tuhan yang tahu. Sudah lama ibu tidak menatap wajah alang dan apabila takdir memisahkan untuk selamanya ibu tidak dapat untuk membawa jenazah alang pulang ke kampung halaman. Bukan kerana ibu tidak mampu. Tapi isteri alang telah menidakkan hak ibu sebagai orang tua alang. Mungkin benar isteri alang lebih berhak. Tapi di mana pula hak ibu yang telah mengandungkan dan membesarkan alang. Usia perkahwinan itu masih setahun jagung. Belum pun sampai dua tahun. Ibu masih belum lagi mengenali bekas menantu ibu sepenuhnya. Ibu juga baru pertama kali menyentuh cucu ibu yang berusia 6 bulan itu pada hari pemergian alang. Kenapa tidak biarkan saja ibu membawa alang pulang untuk disemadikan di tanah kelahirannya? Menantu ibu masih punya Irsyad, cucu ibu. Tapi ibu telah kehilangan Ikhwan Fikri dan ibu mungkin bakal kehilangan Irsyad. Isteri alang masih muda dan ibu juga tidak menghalang andai dia mencari pengganti alang walaupun masih terlalu awal untukku fikirkan perkara ini. Isteri mana yang tidak sayang suami. Namun lambat-laun dia akan berumahtangga juga. Irsyad akan punya ayah baru dan pusara alang mungkin kurang mendapat perhatian walaupun tidak dilupakan.
Di sini alang hanya ada seorang anak yang belum sempat mengenali alang dengan ayahnya. Apalah yang di tahu oleh anak sekecil Irsyad. Senyuman tetap terukir dibibir Irsyad tatkala seluruh ahli keluarga meratapi pemergian ayahnya. Tapi di sana ada adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan alang. Kasihan adik-beradik alang tatkala melihat ibu melangkah ke balai berlepas. Kerinduan yang bersarang dihati mereka tidak bisa terhapus lagi buat alang. Tiada lagi panggilan jauh dari alang. Tiada lagi suara alang yang akan mengubat rindu yang terpendam. Tiada lagi gurauan alang. Tiada lagi dinanti kepulangan alang. Segala-galanya tiada. Malah anak-anak ibu juga tidak berkesempatan untuk melihat alang untuk terakhir kalinya.
Alang, bergenang airmata ibu apabila teringatkanmu nak.... Lebih-lebih lagi semalam kami sekeluarga menikmati makanan kegemaran alang. Ikan bawal masak asam pedas. Kak ngah juga tersebut-sebut nama alang di hadapan rezeki itu. Tidak pernah sekali pun kami di sini membiarkan walau sehari pun berlalu tanpa mengingatimu alang. Terbit juga perasaan menyesal kerana membenarkan alang meninggalkan tanah semenanjung walaupun kerana tuntutan tugas. Andai alang berada disisi ibu, sesalan ini mungkin saja tidak terlalu mengasak. Sekurang-kurangnya ibu dapat menjaga alang sewaktu sisa-sisa hayat alang masih ada. Mungkin juga perasaan ibu akan lebih tenang dan redha dengan pemergian alang.. Alang sayang, sehingga ke hari ini perasaan sesal itu tetap ada walaupun sudah puas ibu usir dari terus bertamu di hati ini.
Alang, kasihan ayah. Sejak berita pemergian alang, ayah tidak bercakap walau sepatah pun. Ayah diam seribu bahasa. Ibu risau dibuatnya. Alang kan tahu, ayah paling sayang pada alang. Bukan bermaksud ayah tidak sayang pada abang long, pada kak ngah, achik, uda dan adik, tapi kasih ayah pada alang lebih sedikit. Mungkin kerana alang mirip ayah ataupun alang satu-satunya anak ayah yang rajin mengikut ayah ke surau. Memang sejak dari alang masih kecil lagi ayah suka bercakap mengenai alang. Walaupun alang jauh dimata, namun cerita tentang alang tidak pernah mati di bibir ayah. Cuma sejak semalam mulut ayah bagaikan terkunci rapat untuk menyebut nama alang. Walaupun cuma sepatah. Sesekali ayah termenung panjang dan airmata bertakung si bibir matanya. Ibu takut alang. Sikap ayah berubah secara mendadak. Ayah langsung tidak mempedulikan sesiapa pun saudara-mara yang datang ke rumah sebaik mendengar berita duka ini. Ayah lebih senang menyendiri. Ayah menjadi pendiam sedangkan selama ini ayah yang paling banyak bercerita. Sikapnya itu telah menurun kepada alang dan menjadikan ayah dan alang penghibur dikalangan keluarga kita. Kehilangan alang telah meragut seluruh kebahagiaan keluarga kita. Alang, sudah hampir 7 tahun kita tidak kerap lagi bersama. Cuma sesekali bercuti panjang, alang akan berada di sisi keluarga. Lembaran juga jarang kita nikmati bersama. Kalau dulu alang akan merayakan hari lembaran bersama keluarga, tapi kini tidak lagi. Kalau dulu walaupun jauh dirantau alang tidak pernah lupa untuk menelefon keluarga, namun sekarang semuanya telah berakhir bersama pemergian wira ibu. Ibu tidak sanggup lagi untuk mengenangmu sayang. Luka di hati ini kian mencengkam. Terlalu pedih sayang. Semakin ibu cuba meredakan resah ibu, kenangan bersamamu bagaikan putaran filem bermain di mata ibu. Hanya airmata yang menjadi peneman setia ibu ketika ini.
Alang, ibu juga kasihan melihat abang long. Ibu fikir abang long akan lebih tenang. Ibu ingatkan abang long akan lebih kuat menerima dugaan ini. Ibu ingatkan abang long akan lebih tabah. Malah lebih tabah dari ibu. Tapi sangkaan ibu meleset. Abang long juga sama seperti ayah. Sejak mendengar khabar sedih ini abang long belum menjamah sebutir nasi pun. Walaupun dia masih dapat melayan kehadiran saudara-mara dan kawan-kawan alang yang bertandang ke rumah tapi airmatanya terlalu murah setiap kali abang long menyebut namamu alang. Hampir tak terdengar nama "FIKRI" disebutnya. Nama panggilan alang di kalangan saudara-mara dan kawan-kawan alang.
Kasihan kak ngah alang. Kak ngah bagaikan orang gila meratapi kehilangan alang. Beberapa kali kak ngah pengsan. Kak ngah tidak dapat menerima hakikat yang alang telah pergi selama-lamanya. Ibu juga tertewas apabila melihat keadaan kak ngah. Airmata yang ibu tahan akhirnya tumpah juga. Ibu peluk kak ngah. Memberi semangat untuknya. Tapi kak ngah terlalu mengikut perasaan. Sebaik saja sedar nama alang disebut lagi. Wajah bujur sirih kak ngah sembab. Matanya bengkak. Dan apabila melihat wajah uda, kak ngah meraung lagi, kemudian pengsan. Alang juga tahu bukan? Semakin meningkat remaja wajah uda semakin mirip alang. Kata mak long, Firas akan mengubat rindu kami pada alang. Tapi bagi ibu alang tetap alang dan uda tak mungkin menjadi alang.
Alang, bagaimana untuk ibu hadapi kemelut ini seorang diri. Ibu tak mampu lagi alang. Tiada seorang pun adik-beradik alang memberi kekuatan kepada ibu. Semuanya lesu. Pemergian alang benar-benar memberi tamparan hebat buat along, angah, achik, uda dan adik.
Alang, walaupun achik tidak mempamerkan kesedihannya, namun ibu tahu achik yang paling terasa kehilangan alang. Achik dan alang memang tidak pernah sebulu sejak kecil lagi. Pantang berjumpa pasti bertelingkah. Namun sejak alang bertugas nun jauh di Bumi Kenyalang, nama alang sering meniti di bibir achik. Setiap kali alang telefon, sejuk hati ibu mendengar achik dan alang bergurau. Tapi entah di mana silapnya, achik dan alang akan mesra bila berjauhan dan bila dekat pasti terjadi pertelingkahan. Namun inilah menjadi asam manis dalam kehidupan seharian kita. Tanpa achik dan alang, rumah terasa sunyi. Ibu akan rindukan semua ini alang. Rindu untuk mendengar achik dan alang bertekak lagi. Walaupun alang dan achik tak pernah sehaluan namun tidak sampai memutuskan kasih sayang antara kalian. Ini dapat ibu lihat apabila ada ketikanya, kadang-kadang alang dan achik boleh bersahabat baik sebagaimana alang dan abang long. Achik sayangkan alang. Itu yang alang tahu walaupun sebelum ini achik tidak pernah melafazkan secara terangan. Sewaktu hayat alang ada pun achik selalu mengatakan rindu untuk bertengkar dengan alang. Apatah lagi kini alang. Achik pasti akan terus merindui setiap saatnya bersama alang. Sebelum ibu ke sini untuk menziarahi alang buat kali terakhir, merembes airmata ibu apabila achik memeluk ibu erat. Katanya dia mahu ibu sampaikan salam keampunan untuk abang lang. Dia berdosa kepada abang lang dan selama ini dia tidak pernah menghargai setiap detik abang lang di sisinya. Buat pertama kali juga ibu melihat airmata achik tumpah. Achik yang selama ini terlalu tabah, degil dan nakal tersandar lesu di bahu ibu. Hilang semua sifat jaguh di dalam dirinya. Tidak pernah ibu melihat achik selemah itu. Achik tumpas di hari pemergian alang. Achik menjadi terlalu sensitif. Dia tidak membenarkan sesiapa pun menyebut nama alang di hadapannya. Dan yang lebih menyedihkan hati ibu, achik seolah-olah hilang pedoman. Berkali-kali dia berpesan kepada ibu supaya membawa abang lang pulang. Dia mahu memeluk abang lang. Dia mahu meminta maaf daripada abang lang. Sejak pagi tadi hanya baju alang tersarung di tubuhnya. Sesekali dia bercakap seolah-olah berbual dengan alang. Hancur hati ibu sayang... Segalanya berubah sejak pukul 5.30 pagi semalam. Sejak alang dikhabarkan telah pergi menyahut panggilan ilahi. Sejak itulah seisi rumah ini bertukar watak. Bagaimana pula nanti andai ibu juga menjadi sedemikian rupa. Siapa lagi yang dapat diharapkan. Bagaimana pula nasib uda dan adik? Meraka sepatutnya diberi perhatian ketika ini kerana hati kecil mereka masih belum bersedia untuk memberontak dan akhirnya nanti akan memakan hati. Ibu bimbang alang. Bimbang melihat uda dan adik.
Alang, uda kata dia sayang sangat kat alang. Uda bercita-cita untuk menjadi askar seperti alang.. Tersentak hati ibu alang. uda kata dia mahu meeruskan cita-cita abang lang yang kecundang di tengah jalan. Itu cerita uda pada kawan-kawan yang bertandang. Ibu tidak rela alang. Ibu tidak mahu uda menerima nasib seperti alang. Jauh di negeri orang dan ibu terpaksa menanggung rindu yang tidak kepalang. Uda terlalu bangga dengan alang. Semangat wira alang mengalir ke tubuh uda. Petah mulut uda membicarakan perihal alang bersama airmata yang bergenang di pipinya. Abang lang itu.... abang lang ini....... Uda tidak pernah penat bercerita tentang alang. Dia juga masih mampu untuk ketawa, tetapi ketawa dalam tangisan. Itulah adik alang, Ikhwan Firas yang amat menyanjungi diri alang. Ibu juga dapat melihat alang pada uda. Bayangan alang seolah-olah hidup dalam diri uda. Kalian terlalu mirip. Dari iras wajah sehingga ke tingkah laku, tidak banyak bezanya. Namun uda tak mungkin dapat menggantikan alang dalam keluarga kita.
Alang, adik pula kurang bercakap mengenai alang. Tapi ibu terdengar adik bercakap dengan uda. Adik memang rapat dengan uda. Segala kemusykilannya, adik senang merujuk pada abang udanya. Adik kata kalau boleh adik nak tengok abang lang sebelum abang lang di kebumikan. Adik nak peluk abang lang. Adik tersedu-sedan dibahu abang uda. Hancur lumat hati ibu mendengar setiap bait yang terlontar dari bibir adik. Adik mungkin tidak rapat dengan alang. Mungkin juga kerana adik perempuan atau mungkin kerana adik membesar tanpa alang di sisinya. Alang meninggalkan adik kerana tuntutan tugas sewaktu adik berusia 5 tahun. Kini adik sudah pun berusia 12 tahun. Sudah menjadi anak dara yang manis alang. Adik juga masih malu-malu apabila ditemukan dengan alang jika sesekali alang datang. Tapi apabila alang berangkat pulang, ketika itulah adik becok bercerita segalanya tentang alang. Yang pastinya adik memang sayangkan alang. Alang memang anak yang baik. Alang sayangkan adik-beradik. Sebab itulah walaupun alang jauh dirantau nama alang tetap bermain dibibir adik-beradik dan terutamanya ayah alang. Alang, kami benar-benar amat merindui dan menyayangimu sayang.
Alang, ibu rindu. Ibu sayang alang. Kalau boleh ibu mahu bawa alang pulang bersama ibu. Adik-beradik alang rindukan alang. Mereka menanti kepulangan alang. Alang lupakah pada Ikhwan Fahmi? Alang begitu rapat dengan abang long sebelum alang bertugas di Sarawak. Sudah lupakah alang pada Izzah Farhah? Kak ngah sampai pengsan mendengar berita duka ini alang. Tidak ingatkan alang pada adik-adik alang yang tiga orang itu? Kemurungan jelas di wajah Ikhwan Fauzi walaupun alang dan achik sering tidak sependapat. Ikhwan Firas pula semakin remaja semakin seiras alang dan wajah itu membuatkan ingatan ibu, ayah dan adik-beradik tidak pernah luput buat alang manakala airmata tidak pernah kering dipipi si bongsu kita Izzah Farhana. Sewaktu tidur pun airmata masih berlinang di pipi mulus adik. Kasihan uda dan adik. Mereka belum puas bermanja denganmu alang. Alang sayang.... Kasihan ayah nak.... Ayah tidak dapat menatap wajah alang untuk kali yang terakhir. Ayah, abang long, kak ngah, achik, uda dan adik kirim salam. Mereka nak alang tahu, walaupun mereka tak dapat datang, tapi mereka sangat sayangkan alang. Ibu tak sanggup melihat riak duka di wajah mereka sayang. Luka di hati ibu semakin parah mendengar sendu adik-adikmu. Rintihan untuk alang sentiasa berlagu sejak berita pemergianmu sampai kepengetahuan mereka. Alang, andai dapat ditukar, ibu rela pergi menggantikan tempat alang. Biar alang meneruskan kehidupan ini. Alang ada keluarga. Ada isteri dan anak yang masih kecil. Yang masih memerlukan alang. Ada adik-adik yang masih mendambakan kasih sayang alang. Alang, berat hati ibu untuk meninggalkan alang di sini. Ibu juga tak sanggup menatap wajah ayah, along, angah, achik, uda dan adik sekembalinya ibu dari sini nanti. Alang.... Ibu tak tahu bagaimana nak terjemahkan perasaan ibu sekarang ini. Ibu akan rindukan alang. Kalau dulu rindu ibu terubat dengan mendengar suara alang, tapi sekarang ibu tak tahu macam mana nak melepaskan rindu pada alang. Kalau alang mengikut ibu pulang, sekurang-kurangnya ibu boleh melepaskan rindu dipusara alang. Di sini terlalu jauh sayang. Ibu tak mampu untuk selalu menjenguk pusara alang disini. Untuk melepaskan rindu ibu pada Irsyad pun mustahil. Irsyad juga jauh di sini. Entah-entah Irsyad langsung tak mengenali ibu, ayah, dan adik beradik alang nanti. Alang, Walau macam mana pun ibu akan terus mendoakan kesejahteraan alang di alam barzakh. Alang, ibu juga ingin sampaikan pesan ayah dan adik beradik alang. Kata mereka, mereka memaafkan segala salah dan silap alang samada yang disengajakan atau tidak. Juga menghalalkan apa saja yang alang terima dari mereka selama ini. Begitu juga ibu, alang. Ibu maafkan segala salah silap dan menghalalkan semua makan minum alang selama ini.
Alang, maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pulang. Walaupun sedih kerana meninggalkan alang di sini, tapi ibu perlu pergi sayang. Alang, berat kaki ibu untuk meninggalkan alang di rantau orang walaupun di sini ibu tahu alang juga ada keluarga. Tapi tidak sama dengan keluarga sendiri sayang. Kalau dapat ibu putarkan waktu, ibu tidak ingin alang menjejakkan kaki alang ke sini. Bukan kerana ibu tidak redha dengan qada dan qadar Allah, tapi ibu sebenarnya tidak sanggup lagi untuk berpisah jauh dari alang. Meskipun alang sudah tiada sekurang-kurangnya pusara alang nampak di mata. Alang maafkan ibu sayang. Sebaik saja ibu tinggalkan bumi kenyalang ini, ibu redha tempat bersemadimu di sini. Alang, izinkan ibu pergi untuk tunaikan kewajiban ibu di samping ayah dan adik beradik alang disana. Ayah, along, angah, achik, uda dan adik masih perlukan ibu. Percayalah, alang akan terus bersemadi di hati ibu selama-lamanya. Alang akan terus bertakhta di hati kami. Buat alang hanya kiriman doa buatmu di sana dan semoga alang di tempatkan bersama golangan orang-orang yang beriman. Selamat tinggal sayang.......... Selamat tinggal alang............. Selamat tinggal anak ibu, Ikhwan Fikri Bin Haji Ishak....... Al – Fatihah ....... Amin
sedihnya...al-fatihah kpd bkl2 menantu baik prmpuan baik lelaki psgn anda ad kluarga diorg sblm krng kawin sygi kluarga dia mcm korng sygkn dia k
d
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita betul ke, penulis? sedih...