BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Oktober 10, 2008
Novel : Perginya Bersama Cinta 1
Putri Lily
lily_nalan@hotmail.com

Bab 1

CUACA pada petang itu terang benderang. Sang mentari menyinarkan cahayanya dengan megah tanpa gangguan mendung. Keadaan di jalan raya tidak begitu sibuk. Mungkin sudah begitu keadaannya di persekitaran sepanjang jalan Pandan Road.

Jam menunjukkan tepat ke pukul dua petang. Sebuah teksi hitam kuning berhenti di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat, antara salah sebuah rumah yang berderet di situ. Banglo yang bercat kuning kelabu, berdiri megah di hadapan dua orang wanita yang baru turun dari teksi tadi.

Puan Faridah memicit butang yang terdapat di tepi pintu pagar rumah itu. Tidak lama kemudian kelihatan seorang wanita yang berusia lebih kurang empat puluhan, sedang memanjangkan leher memerhati ke luar pagar.

Puan Faridah tersenyum sambil melambaikan tangannya. Wanita tadi segera melangkah ke pintu pagar.

"Saya ingat Cik Faridah tak jadi datang tadi." Kata wanita itu sambil membuka pintu pagar.

Wanita berkebaya hitam itu mempelawa kedua tamunya masuk. Mereka berjalan ke arah pintu rumah sambil berbual mesra.

"Mustahil saya tak jadi datang Cik Alimah. Bukan ke saya yang janji nak kenalkan Cik Alimah dengan anak saudara saya ni."

Puan Alimah memerhati ke arah gadis remaja yang terlindung di sebelah Puan Faridah. Memandangkan itu Puan Faridah terhenti berjalan sambil terburu-buru bersuara.

"Oh ya! lupa pula saya ni Cik Alimah. Em.. inilah orang yang saya cakapkan tu. Dia ni anak adik saya. Pemalu sikit orangnya."

Puan Alimah bersalaman dengan gadis itu. Gadis itu membalas dengan mesra sambil memperkenalkan diri.


"Saya Herly Diana.. Apa khabar Puan?"

"Khabar baik. Saya harap anak ni tak rasa kekok berada di sini. Silakan ke dalam."

Puan Faridah dan Herly Diana mengikuti Puan Alimah ke ruang tamu. Suasana dan keadaan di dalam rumah itu tidak lekang dari pandangan Herly Diana. Dia bagaikan terpaku melihat keunikan perabot mahal yang tersusun kemas di setiap penjuru rumah. Kerusi berukir yang kosyennya bersarungkan kain baldu warna keemasan diletak di tengah ruang dan di atasnya tergantung indah batu-batu kecil berwarna putih jernih yang menjadi hiasan lampu. Terdapat juga kipas berpusing yang diukir dengan teliti.

Tidak pernah Herly Diana menyangka yang dia akan berkenalan dengan seorang janda kaya seperti Puan Alimah. Herly Diana tahu serba sedikit latar belakang Puan Alimah dari mak ciknya, Puan Faridah.

Puan Alimah terpaksa mengambil alih tugas almarhum suaminya. Oleh kerana semasa hidupnya, suami Puan Alimah adalah seorang peniaga yang berjaya dan dihormati, maka tidak hairanlah jika Puan Alimah menjadi janda kaya sekarang ini. Dihormati oleh pekerja-pekerja di pejabatnya seperti mereka menghormati suami Puan Alimah sendiri.

Tetapi Herly Diana kurang pasti sama ada Puan Alimah hidup sendirian semenjak kematian suami atau sebaliknya. Terlupa pula Herly Diana bertanya kepada mak ciknya. Jika dilihat dari mata kasar Herly Diana pasti bahawa Puan Alimah tinggal bersendirian.

Sedang Herly Diana berhayal tentang kehidupan Puan Alimah, tiba-tiba terasa siku kanannya dicuit oleh seseorang. Herly Diana menoleh ke samping. Puan Faridah tersenyum seiring dengan senyuman Puan Alimah.

"Beginilah keadaan rumah saya, Diana. Sungguh pun kelihatan besar dan mewah, tapi hati saya tetap kesepian sejak kematian suami." Suaranya begitu perlahan dan wajahnya mempamirkan kesedihan yang mendalam.

Herly Diana mendiamkan diri sahaja sehingga Puan Alimah menghilangkan diri ke dapur. Kesempatan itu digunakan Herly Diana untuk bertanya.

"Puan Alimah tak ada anak ke mak cik?"

"Entahlah Ana, mak cik sendiri tak tahu."

"Aik! Mak cik kawannya pun tak tahu?" Herly Diana tergelak kecil seolah-olah perkara itu melucukan.

"Ana, walaupun mak cik ni kawan dia tapi mak cik segan nak tanya soal keluarganya memandangkan dia tu orang atasan. Nanti dianggapnya mak cik ni nak kepo soal rumah tangga dia pula." Puan Faridah menerangkan sambil mengesat peluh di lehernya.

"Macammana agak-agak Ana.. setuju tak?"

Herly Diana segera teringat maksud dia diperkenalkan dengan Puan Alimah. Dia bakal menerima tanggung jawap untuk menguruskan rumah banglo dua tingkat itu. Belum sempat pertanyaan itu terjawap, Puan Alimah telah kembali dengan menatang dulang tembaga. Puan Alimah menyusun tiga biji gelas panjang yang berisi air orange sejuk, di atas meja sambil tersenyum pada tetamunya.

"Silakan Cik Faridah, em.. Diana."

Puan Alimah mengambil tempat duduk di sebelah kiri Herly Diana. Dia memerhatikan sahaja tetamunya menyedut minuman segar.

Puan Alimah dapati gadis di sebelahnya memang agak pemalu tetapi cantik sekali. Dengan kehalusan kulit muka Herly Diana, dia berpendapat Herly Diana tentu selalu menjaga kecantikan diri. Begitu juga dengan rambut, Herly Diana mempunyai rambut yang berwarna agak perang, panjang hingga ke pinggang. Cantik sekali bila diikat tinggi begitu.

Tanpa sedar Puan Alimah tersenyum sendiri memerhatikan kecantikan gadis remaja di sebelahnya. Sementara itu Herly Diana mengesot sedikit kerana malu ditatap begitu lama oleh Puan Alimah.

"Kenapa Puan Alimah.., ada yang tak kena ke pada anak sedara saya ni?" Tanya Puan Faridah setelah menyedari kelakuan Puan Alimah. Puan Faridah faham akan perasaan Herly Diana ketika itu.

"Saya dah mula berkenan dengan Diana. Tentu kesunyian yang sering saya alami selama ini akan terubat dengan adanya Diana nanti." Puan Alimah masih tersenyum memandang Herly Diana.

"Macammana Diana, sudi tak bekerja di rumah mak cik?"

Herly Diana terkejut lantas mengangkat mukanya. Puan Alimah membahasakan dirinya mak cik sedangkan di awal perkenalan, Puan Alimah membahasakan dirinya saya.

"Mak cik sangat berharap Diana sudi bekerja di sini. Anggaplah macam rumah Diana sendiri. Uruskan rumah ni macam Diana mengurus rumah Diana. Dan kalau boleh tidurlah di rumah mak cik. Seminggu atau dua minggu sekali barulah Diana balik. Bolehkan..?"

Herly Diana mengalih pandangannya ke arah Puan Faridah.

"Mak cik rasa dari Ana menganggur di rumah, baik Ana terima pekerjaan ni." Dia sudah bersusah payah membawa Herly Diana berjumpa dengan Puan Alimah.

Puan Alimah meminta pertolongan Puan Faridah untuk mencarikan seorang yang sanggup digajikan untuk mengurus banglo itu. Puan Faridah kesian melihat Herly Diana yang seperti mengemis pekerjaan dan terus mempelawanya. Jika Herly Diana menolak pekerjaan itu, tentulah dia rasa malu dengan Puan Alimah.

"Mengenai bayaran usahlah Diana risaukan. Mak cik akan bayar berapa saja yang Diana minta..."

"Tidak Puan..," potong Herly Diana pantas. "Ana tak kisah berapa saja yang Puan beri asalkan ianya ikhlas. Cuma.. berapa jamkah dalam sehari, Ana harus tinggal sendirian dalam rumah sebesar ni?"

Puan Alimah tersenyum lebar. Seperti mengetahui perasaan Herly Diana, dia berkata.

"Em... jadi Diana takutlah tinggal sendirian.. Begitu?"

Puan Faridah turut tersenyum. Herly Diana tidak menjawap. Tersinggung juga dengan pertanyaan begitu. Tidak dapat dibayangkan jika hanya dia seorang diri yang tinggal di dalam rumah sebesar itu, sepemergian Puan Alimah ke pejabat.

Puan Alimah menyentuh bahu Herly Diana sambil bersuara lembut.

"Diana, mak cik keluar rumah untuk ke pejabat pada pukul tujuh pagi dan pulang sekitar jam dua petang. Tapi kalau ada mesyuarat penting atau jemputan kemana-mana, dah tentulah mak cik pulang lewat. Kekadang lewat malam baru mak cik pulang. Tapi Diana jangan bimbang, mak cik akan selalu hubungi Diana bertanyakan keadaan rumah.. okey?"

Herly Diana hanya menganggukkan kepala tanda memahami.

"Dan lagi satu, jangan panggil mak cik dengan panggilan Puan.."

"Baiklah mak cik.." Herly Diana tersenyum segan kerana kekok dengan panggilan itu.

Puan Alimah dan Puan Faridah tersenyum panjang. Di wajah masing-masing terbayang kepuasan.


HERLY DIANA mengemas pakaian yang akan dibawa ke rumah majikannya. Dia gembira kerana kedua orang tuanya tidak menghalang keinginannya untuk bekerja.

Sebenarnya ayah Herly Diana kurang bersetuju membenarkan anaknya bekerja dahulu. Kalau boleh dia mahu Herly Diana belajar lagi setelah gagal dalam peperiksaan GCE\'N menengah empat. Herly Diana sendiri mengaku, otaknya tidak dapat menerima pelajaran lagi. Dia agak lembab sedari kecil. Walau belajar bersungguh-sungguh pun kegagalan juga akhirnya.

Kadang kala Herly Diana irihati terhadap sepupu-sepupunya yang berjaya. Memandangkan dia hanya membazirkan wang ayahnya, maka Herly Diana minta diberhentikan sekolah. Tetapi dia berjanji akan menyambung semula pelajaran apabila otaknya mula mahu menerima.

Dua tahun menganggur di rumah begitu membosankan Herly Diana. Encik Ariffin tidak membenarkan dia bekerja di luar kerana tiada pengalaman. Keputusan GCE\'N nya pun agak menghampakan.

Apabila Puan Faridah mempelawa Herly Diana bekerja, menambahkan lagi risau di hati Encik Ariffin. Tentu harapan untuk melihat anaknya menyambung pelajaran semula, tidak akan tercapai. Sudah tentu Herly Diana tidak memikirkan pelajaran lagi setelah sepanjang hari dengan tugas. Namun melihat Herly Diana gembira menerima pekerjaan itu, Encik Ariffin tidak sampai hati mahu melukakan perasaan anak tunggalnya.

Seperkara lagi yang tidak disukai Encik Ariffin ialah jenis pekerjaan itu. Bukan dia menghina pekerjaan yang begitu. Tetapi Encik Ariffin kasihan mengenangkan anak gadisnya bakal menanggung beban menguruskan rumah tangga orang.

Pada sudut lain Encik Ariffin berfikiran lain pula. Pekerjaan yang begitu tentu tidak dapat diterima oleh sesetengah gadis remaja seusia Herly Diana. Sangat tidak bersesuaian.

Encik Ariffin tahu anak gadisnya ingin belajar menjadi orang dewasa yang tahu serba serbi. Dia bangga dengan sikap anaknya. Kerana itu akhirnya dia bersetuju. Lagi pula dia tidak mahu membuat anaknya bersedih. Herly Diana tidak boleh dibiarkan bersedih. Tetapi mengapa?

Malam itu Herly Diana masuk tidur lebih awal dari biasa. Tidur dengan bermimpikan pengalaman baru.


TEPAT pukul lima pagi Herly Diana bangun. Membersihkan diri dan bersolat. Kemudian dia membantu ibunya menyiapkan sarapan. Begitulah kebiasaan ibu, harus menyediakan sarapan lebih awal kerana ayahnya, yang bekerja di sebuah kilang kotak, akan keluar awal memandangkan tempat kerjanya yang agak jauh.

Selesai Encik Ariffin menunaikan solat subuh, Herly Diana baru saja selesai bersarapan. Herly Diana tidak menunggu ayahnya kerana harus segera pergi ke rumah majikannya. Puan Alimah akan ke pejabat pada pukul tujuh pagi.

Herly Diana masuk ke bilik untuk mengambil beg pakaian. Dia memandang sebentar dirinya di cermin. Setelah berpuas hati barulah dia berpusing untuk melangkah ke pintu. Tetapi dia berpaling semula dan menatap sekeping gambar di atas meja solek.

Herly Diana tersenyum menatap gambar itu. Wajah seorang anak muda yang berkulit cerah, berhidung mancung dan berambut kemas seolah-olah membalas senyumannya.

Segera Herly Diana keluar dan menuju ke meja telefon. Dia tahu waktu-waktu begini tentu Shah Effendi sedang bersiap untuk pergi berlari-lari anak.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam.. Shah ke tu?" Tanya Herly Diana walaupun dia sudah mengenali suara yang menyambut panggilannya.

"Ehem.. ya siapa tu?" Shah Effendi bertanya serius.

"Alah Shah ni.. buat-buat tak kenal pula." Herly Diana tahu Shah Effendi hanya ingin mengusiknya. Kenal betul dia dengan perangai sahabatnya. Kuat bergurau tetapi menghiburkan. Herly Diana tidak pernah sunyi dari ketawa bila keluar berdua dengan Shah Effendi.

"Em.. okeylah. Sorry ya Erly." Shah Effendi mula bersuara seperti biasa.

Semenjak di awal perkenalan Shah Effendi memang membahasakan sahabatnya dengan nama Erly. Menurut Shah Effendi, dia ingin memanggil Herly Diana lain dari orang lain.

"Pagi ni pergi jogging lagi ke?"

"Em.. yap.. macam biasa juga. Nak ikut tak?" Pelawa Shah Effendi.

"Eh tidaklah. Sebenarnya Shah, Erly dah mula kerja hari ni."

"Hah!! kerja di mana?"

Shah Effendi terkejut mendengar. Herly Diana bercerita serba ringkas. Shah Effendi memang seorang yang mudah memahami. Dia turut memberi semangat pada Herly Diana. Sempat dia berseloroh.

"Nampak gaya takda canlah Shah nak jumpa Erly selalu."

Herly Diana tergelak sambil menjawap.

"Jangan bimbanglah Shah. Pasti ada masa yang istimewa untuk Shah."

Perbualan berakhir setelah Herly Diana berjanji akan menghubungi Shah Effendi lagi. Dia berjumpa orang tuanya yang sedang bersarapan di dapur.

"Jaga diri baik-baik Ana. Ingatlah.. biar kita hidup sederhana. Jangan kita mendapat kekayaan dengan mencuri."

"Ana akan ingat nasihat itu, mak."

Puan Zahara mengalirkan airmata. Dia akan rasa kesunyian tanpa Herly Diana setiap minggu. Herly Diana menyalami ibu dan ayahnya.

"Jangan lupa jaga kesopanan sewaktu di rumah orang Ana. Dan kalau ada masa lapang tu.. hubungilah emak kau di rumah, tanya-tanyakan khabarnya."

"InsyaAllah ayah. Ana pergi dulu." Herly Diana mencapai beg pakaiannya. Dia melangkah ke pintu dengan iringan kedua orang tuanya.


PAGI telah mula cerah disinari cahaya sang mentari. Herly Diana telah berada di dalam bas membawanya ke Pandan Road. Lebih kurang tiga-puluh lima minit dia sampai di tempat tujuan.

Sementara itu Puan Alimah sudah pun menanti sambil duduk membaca akhbar di beranda rumah. Terpandang akan seorang gadis remaja di luar pagar, Puan Alimah tersenyum dan menyambut.

Puan Alimah yang masih berpakaian tidur tersenyum memandang gadis di hadapannya. Herly Diana kelihatan begitu manis berbaju merah butang depan dan berseluar hitam. Rambutnya diikat kemas. Manis sekali.

"Mari mak cik tunjukkan biliknya."

Herly Diana mengikut Puan Alimah masuk ke rumah. Puan Alimah berkata dengan mesra.

"Duduk di rumah ni janganlah Diana tanya-tanya lagi dengan mak cik. Apa yang Diana rasa patut buat Diana buatlah. Macam yang selalu Diana lakukan di rumah sendiri."

Kata-kata yang diiring dengan senyuman menambahkan lega di hati Herly Diana.

Bilik yang disediakan untuk Herly Diana bertempat di sebelah bilik store. Kedua-dua bilik Herly Diana dan juga bilik store pula terletak betul-betul di tepi sebelah kiri tangga untuk naik ke tingkat dua rumah banglo itu.

Herly Diana memerhatikan biliknya yang sudah dikemas dengan rapi seolah-olah segalanya sudah tersedia untuknya. Terdapat katil bujang yang bercadarkan kain putih berbunga halus. Tersedia juga sebuah almari pakaian, sebuah meja solek yang sedehana dan rak buku. Semuanya masih kosong.

Tidak ada bilik air di dalam bilik itu tetapi itu tidak menjadi masaalah bagi Herly Diana. Dia membuka tingkap di tepi katilnya. Herly Diana berpuas hati dengan pemandangan dari tingkap bilik itu.

Puan Alimah tidak ke pejabat kerana ingin menemani Herly Diana pada hari pertama dia di situ. Puan Alimah berharap Herly Diana dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di dalam rumah itu.

Dalam masa satu hari, Herly Diana ditunjukkan tempat-tempat tertentu agar senang untuknya melakukan sesuatu kerja nanti tanpa bertanya lagi. Hari pertama berkerja Herly Diana dibantu oleh Puan Alimah.

"Kalau Diana ingin menghubungi keluarga, telefon sajalah dan berikan sekali nombor telefon rumah ni pada keluarga Diana. Mungkin berguna juga satu hari nanti." Begitu kata Puan Alimah semasa mereka sedang membersihkan halaman rumah.

Puan Alimah seorang penggemar bunga. Tidak hairanlah kalau di halaman rumahnya terdapat banyak pokok-pokok bunga beraneka jenis yang di tanam sendiri oleh Puan Alimah.

Dalam masa satu hari sahaja Herly Diana sudah biasa dengan suasana di rumah majikannya. Kerana dirinya tidak begitu diperhatikan sangat, maka Herly Diana rasa bebas bekerja.

Malam itu Herly Diana rasa kelainannya kerana terpaksa makan sendirian dan tidur bukan di tempat yang biasa. Tetapi dia puas kerana terlepas dari belenggu kebosanan.

Sebelum matanya terlelap, sempat dia terbayangkan wajah sahabat baiknya, Shah Effendi.

~~~~

Bersambung.. InsyaAllah..
posted by BLOGGER @ 9:02 PM  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 14/1/09 9:40 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok lah...
    -nua-

     

  • At 21/3/09 3:08 AM, Anonymous akupenchentanovel said…

    best nye..

     

  • At 2/6/09 5:23 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam / Selamat sejahtera

    Saya mewakili Malindo Publications Sdn Bhd ingin menjemput saudara / saudari untuk menjadi penulis bagi syarikat Malindo Publications Sdn Bhd. MPSB telah mula menerbitkan buku secara serius pada tahun 2005. Kini MPSB telah menerbitkan lebih kurang 53 judul yang berkaitan akademik. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :

    Malindo Publications Sdn Bhd
    No 88, Batu 5
    Jalan Gombak
    53000 Kuala Lumpur
    Tel : 03-4024 7159
    Faks : 03-4024 8159
    Emel : malindopublications@yahoo.com
    malindopublications@hotmail.com
    www.malindopublications.com

    Sekian,

    Fithri
    Pengurus Operasi
    (019-2727551)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group