Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Maafkan aku semua. Maafkan saya, Mak Ngah sebab melanggar arahan Mak Ngah dan selalu membuatkan Mak Ngah bimbang selama ini. Harap halalkan makan minum pakai saya selama ini. Untuk rakan sejenayahku, Atie dan Iza, aku doakan korang bahagia selalu tanpa aku. Operasi kelab kita mesti diteruskan walaupun ketiadaan cif korang ni. Aku akan kembali bersama kekayaan yang kita idami selama ni dan aku akan bawa balik maruah aku yang tercalar untuk ditonjolkan kepada sepupu-sepupuku yang selalu memandang enteng kepada kita! Tidak ketinggalan cintaku. Aku akan buktikan kepada korang yang kata-kataku selama ni bukan omong kosong semata-mata. Akan ku jejak cinta itu. Sekiranya aku kecundang dalam pencarianku dan impianku untuk menjadi kaya, jangan gentar untuk meneruskan cita-cita ini. Anggaplah ini satu cabaran untuk korang juga berjaya! Caiyok!!
Laila mengemaskan begnya dan merangkak meredah malam untuk ke stesen bas. Dengan semangat dan keazaman yang tinggi, dia berjaya mendapatkan tiket untuk ke Kuala Lumpur. Ya..Kuala Lumpur, aku cabar kau! Eleh, macam Rosyam Nor lah pulak!
Lima jam perjalanan dan jam pukul 05.00 pagi, Laila selamat sampai ke stesen bas Puduraya. Dia memenuhi selera makannya dan menunggu teksi untuk ke alamat yang diberi. Aku kena check dulu tempat ni, manalah tahu dia memang tipu aku, tak ke kes naya! Muka selenga pun bukan boleh percaya sangat!
Jam 08.50 pagi, Laila terpacak di depan pintu gerbang banglo terbabit. Seorang wanita lagak seperti pembantu rumah lalu di situ sambil membawa bakul berisi sayur. "Er..assalamualaikum kak..Boleh tanya?" "Waalaikummusalam..ada apa, nak?" "Kak..duduk sini ke?" "Oh..tak. Akak orang gaji kat lorong sebelah sana..Nak cari orang ke?" "Em..macam ni. Rumah ni, bukan tempat pelacuran, kan?". Wanita terbabit hanya gelak. "Er..saya salah cakap ke?" "Maafkan akak..Tapi, takkanlah rumah macam ni besar nak buat tempat macam tu? Buat rugi je..!". Eh, macam ada pengalaman je akak ni?
"Ni rumah famili. Tuan besar dia ada bukak kilang besar dan maju hingga luar negara. Diaorang anak beranak memang kaya. Mereka ni duduk ramai-ramai, dari nenek sampai ke mak-mak saudara semua duduk sekali. Akak pun baru jugak kerja sini..majikan akan lah yang cakap.." "Oh..Kalau begitu, betullah macam orang kata…! Em, tak pelah, terima kasih, kak!". Wanita itu senyum sambil beredar. Laila segera mencari pondok telefon. Nombor di dalam kad didail. Kilang besar. Maju! Kaya!!
"Hello, En Mohamad ke tu?" "Ya..saya. Siapa ni?" "Eh, ni aku lah, Laila! Dah lupa ke?" "Oh, cik Laila..takkanlah saya nak lupa muka cik yang macam Lisdawati ni!" "Ni perli ke puji untuk bodek?! Eh, apa-apalah! Aku dah ada kat depan banglo ni! Aku dah buat keputusan, aku nak kerja sini!"
Sejurus selepas itu, datang sebuah kereta kancil membunyikan hon kepada Laila. "Oi..lama betul aku tunggu kau daa..!" "Maafkan saya cik Laila, jalan sesak! Mari saya tunjukkan tempat kerja cik..". Laila masuk ke dalam kereta tanpa dijemput. "Kiranya aku dah dapat kerja ni?!" "Kira macam tu lah..". Hati Laila berbunga tatkala Mohamad menyatakan perkara itu. Tak sia-sia usahanya untuk melarikan diri dan datang ke mari.
Saat Laila melangkah masuk ke dalam rumah itu, memang benar banglo itu amat besar hingga Laila merasakan dia berada di dalam istana. Susun aturnya memang cantik ala moden dan peralatan di dalamnya memang mewah. Ada seorang wanita separuh abad dan wanita muda darinya memakai seragam berwarna merah hati sedang mengemas, mungkin itulah orang gaji yang ada. Seorang nenek dengan kerusi roda melopong melihatnya. Ada seorang wanita berdandan cantik keluar dari dapur dan dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berhenti bermain di ruang tamu kerana asyik memandangnya.
"Dewi..?". Laila mengerutkan muka yang dari tadi senyum. "Bonda..tengok! Dewi!", kata wanita tadi. "Ya Allah..Dewi!!". Semuanya mengerumuni Laila dan ternganga melihatnya. Eh, apahal Dewi-Dewi ni? Ingat aku patung Budhha ke? Laila memandang Mohamad disebelahnya. Lelaki itu hanya senyum.
"Kak Dewi..!!", teriak kanak-kanak tadi sambil memeluk erat Laila. "Kak Dewi pergi mana? Aliff dan Erisya rindu pada kak Dewi..". Laila bingung. Dia tunduk menggosok kepala mereka. "Er..dik..Nama akak Laila. Bukan Dewi..", jelas Laila dan mereka nampak kehairanan. Laila memandang Mohamad lagi inginkan pembelaan.
"Oh..ya! Kenalkan ini Laila. Laila akan kerja kat sini tolong Tasya dan mak cik Melah. Mak cik Melah, nanti tolong tunjukkan bilik untuk Laila dan beritahu dia kerja di sini, ya?" "Oh, baiklah. Jom De..em, Laila..". Laila senyum sambil membuntuti mak cik Melah. Apabila dia berpaling, orang di situ masih melongo melihatnya.
"Em..ni bilik Laila, bilik ni kecil sikit, sebab Laila tidur sini seorang. Mak cik dengan Tasya tidur sekali di bilik sebelah. Em, kerja kat sini senang je. Pagi-pagi dalam pukul 6.00 pagi kena bangun siapkan sarapan untuk mereka sekeluarga. Dah siap, kena lah ambil bakul dalam setiap bilik dan masukkan dalam mesin untuk basuh dan sidai. Lepas mereka dah pergi kerja, kemaskan bilik mereka. Mak cik akan ke pasar dan kamu mengemas rumah dengan Tasya. Mereka balik makan tengah hari, kita sediakan..Kita akan habis kerja lepas mereka makan malam. Kita makan selepas mereka makan. Macam tu je lah". Laila mengangguk-angguk.
"Em..undang-undang dalam rumah ni?" "Em, jangan masuk campur hal mereka. Itu saja", katanya sambil senyum. "Cuti?". Laila sengih. "Oh, hari Sabtu dan Ahad kita boleh keluar rumah, tapi lepas siapkan kerja lah..". Mohamad terjengul di muka pintu. "Er..maafkan saya kerana menganggu. Saya nak bercakap dengan cik Laila sebentar". Laila bangun dan mengekori Mohamad pula. Mereka duduk di meja makan di dapur.
"Cik Laila dah faham dengan penerangan mak cik Melah tadi?". Laila angguk. "Kalau bagitu, sain pada borang perjanjian ni dan isi maklumat diri salam borang ini. Menurut syarat yang dinyatakan, cik Laila tidak boleh berhenti kerja dalam masa 6 bulan berada di sini. Gaji akan dimasukkan ke dalam akaun bank setiap 5 hari bulan setiap bulan. Cik Laila setuju?" "Apa-apa aja untuk duit!!" "Em, kalau ada masalah dan keraguan, hubungi saya..". "Ok! Terima kasih sebab dapatkan aku kerja!" "Itu sudah menjadi tugas saya.."
Sekarang, aku kenalah berbaik-baik dan mendapatkan kepercayaan orang dalam rumah ni, pertama sekali mereka yang setaraf dengan aku. Laila segera menyarung uniformnya dan membantu Tasya yang sedang mengupas bawang untuk memasak. Mak cik Melah sudah menghilang ke pasar.
"Eh, mbak kan baru aja sampai. Ngak usah bantui saya. Mbak rehatlah dulu.." "Tak pe, saya kan dah sain surat, jadi maknanya saya kena mula kerjalah..". Tasya senyum. "Kamu ini dari mana, ya? Nampak muda je lagi?" "Oh, saya dari Acheh. Umurnya baru 20 tahun, ngak ada suami tapi udah ada pacar di sana..", Tasya ketawa. "Er..mbak pula bagaimana?" "Oh, saya datang dari Pahang. Umur dah 23 tahun tapi tak ada pacar lagi..Solo!" "Oh, gitu deh.."
"Tasya..saya nak tanya lah. Kenapa semua orang panggil saya Dewi tadi, ek?" "Kamu tahu, ngak, wajah kamu ini mirip bangat dengan mbak Dewi!", katanya separuh berbisik. "Siapa Dewi tu?", tanya Laila berbisik. "Saya ngak bisa bicara tentang dia..Nanti lah. Kamu akan ketemu jua jawabannya..". Sedang mereka asyik berbisik, seorang nenek datang dengan kerusi rodanya.
"Eh, nenek..ada apa yang boleh saya bantui?", sapa Tasya. "Saya nak jumpa orang gaji baru..", katanya dengan nada serius. Laila memandangnya. "Tolong tolak saya..". Laila akur dan membawanya ke ruang tamu. "Betul nama kamu Laila?" "Ya..saya Laila Hamid" "Dari mana?" "Kuantan, Pahang" "Mana kamu tahu ada kerja di sini?" "Mohamad. Dia yang tawarkan kerja..". Nenek memberhentikan kerusi rodanya. Dia berpaling memandang Laila sambil senyum.
"Jangan salah faham, saya saja nak tanya. Ingin tahu tentang orang baru dalam rumah, sebab nanti kita akan jadi macam satu keluarga. Panggil saya nenek je..". Laila membalas senyumannya. "Mari pergi dekat sana..biar nenek perkenal keluarga ni". Laila menolak nenek ke sebuah meja yang penuh dengan gambar. "Sekarang, rumah ni namanya Villa Sri Permai. Sinilah tinggalnya anak kedua nenek, Aisyah. Dia ni ada bukak butik. Suami dia ada syarikat sendiri, tapi selalu sibuk. Tambah pula, Aisyah ni isteri nombor 2, jadi jaranglah nampak Musa ni ada rumah. Anak dia yang laki-laki tadi, Aliff baru tadika. Anak ketiga nenek Asmadi, dia handle cawangan kilang di Shah Alam. Isteri dia yang keluar tadi, Maria. Maria duduk rumah je tapi kadang-kadang sibuk juga dengan rakan kongsi dia bukak spa. Dia ada anak, Erman, tingkatan 3 dan adik Erisya sama umur dengan Aliff. Haa..ni pulak anak bongsu nenek, Asnida nama dia. Dia ni tak minat berniaga macam abang dan kakak dia. Nida seorang wartawan suratkhabar, baru umur 26 tahun". Laila senyum tanda faham.
"Anak pertama nenek Arshad dan isterinya Khadijah meninggal dalam kemalangan. Waktu tu, anak dia tengah belajar di London. Jadi, bila dah besar, segala operasi kilang di serahkan pada dia. Dialah.." "Nenek..!". Belum sempat nenek menghabiskan bicaranya, ada satu suara memanggil dari belakang. Mereka berpaling. Eh, siapa mamat ni? Hensem semacam je!
Pemuda yang memakai kot kelabu, berbadan tegap, berkulit cerah tanpa sebarang misai atau jambang dan berambut lurus disisr rapi seperti yang lain kaku memandang wanita di sisi nenek. Dia menanggal cermin mata gelapnya. Fulamak, bergayanya! Macam Norman Hakim dalam aksi filem Pasrah je!
"Dewi?!". Eii..ni sorang lagi! Serabutnya aku! Nama aku Laila lah! "Imran…?" "Nek..Dewi, nek? Dewi ke ni?! Dewi hidup semula?!", kata pemuda itu separuh menjerit. Alamak, mental lah pulak! Laila hanya mampu senyum. "Sabar..bawak bertenang..! Tak pe, kamu ke dapur dulu..", Laila akur dengan arahan itu. Imran masih tidak lepas pandang pada Laila.
"Imran..yang dah pergi akan tetap pergi. Dia bukan Dewi. Dia Laila, orang gaji kita yang baru" "Tapi, nek..muka dia memang saling tak tumpah macam Dewi! Saya hampir pitam tengok dia tadi!" "Nenek faham..nenek dan Mak Uda kamu pun macam tu jugak tadi..Mohamad yang bawa dia tadi. Dia tak beritahu kamu ke?" "Ada..tapi dia tak cakap pulak mukanya seiras Dewi..!" "Dah lah..kenapa kamu tiba-tiba balik ni?" "Em..nenek cakap nak pergi hospital? Itu sebab saya balik.." "Oh ya..jom!"
"Mbak..!", Tasya menepuk bahu Laila yang mengintai dari dapur. "Aahh..!". Laila mengurut dadanya manakala Tasya hanya menyeringai sengih. "Terkejut saya.." "Kalau kamu mahu tahu, itulah tuan besar rumah ini, bapak Imran. Gantang, kan?" "Em, boleh lah..dia tak kahwin lagi ke?" "Udah kok..!". Laila menghela nafas hampa. Melepas…!
mesti dewi tu isteri dia yang meniggal tu.. betul tak??? kenapa cerite dia mesti macam tu... saya dah agak mesti laila tu seviji giler macam dewi kan? orang dah biasa buat macam tulah.. tapi, tak pe cerite dia best gak... good luck
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mesti dewi tu isteri dia yang meniggal tu..
betul tak???
kenapa cerite dia mesti macam tu...
saya dah agak
mesti laila tu seviji giler macam dewi kan?
orang dah biasa buat macam tulah..
tapi, tak pe
cerite dia best gak...
good luck