Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku diberi cuti 3 hari oleh doctor. Tetapi aku meminta seminggu dari boss aku. Aku kira aku perlu pergi bercuti. Inilah yang biasanya aku lakukan andai dihimpit masalah yang tidak kunjung selesai. Selama aku bekerja, aku kira ini kali entah ke berapa aku bercuti. Segalanya hanya kerna Ryan. Ryan yang semakin menyepi dari hidupku. Entah di mana lagi bayang lelaki manis itu, aku tidak kuasa untuk tahu. Juga aku tidak ingin tahu. Bukan tiada lagi cinta buat dirinya yang tulus. Namun aku membiarkan segalanya berlalu. Walau sedalam mana cinta antara aku dan dia andai hatinya sendiri tidak rela untuk bersamaku, tidak juga aku akan ke mana. Tiada apa yang akan berlaku andai dia masih dalam pegangan lamanya. Mana bisa aku bersamanya andai segalanya masih kekal seperti dahulu. Benarlah kata pujangga bahawa tidak semua cinta sejati berakhir dengan mahligai bahagia. Ada sesetengahnya yang tidak juga berakhir dengan lafaz akad, namun tetap juga cinta itu abadi dalam hati. Benarlah.. aku sudah patut berhenti berharap.. namun aku tidak akan berhenti berdoa agar hatinya terbuka untuk agama suci ini. Biarlah ketika itu hatinya bukan untukku lagi namun aku ikhlaskan hati dan kekal berdoa agar dia tetap terbuka hati dan diberikan hidayah. Bukankah aku sudah sepatutnya memendam sahaja cintaku di lubuk hati? ------------------ Aku kira aku telah membukakan hatiku untuk menerima segalanya setelah 7 tahun ditinggal kesepian. Aku kira aku sudah bisa berdiri dengan kuat walau tanpa bayang-bayang Ryan. Aku kira aku sudah merelakan segala cinta yang berlalu. Aku kira aku sudah teguh berdiri setelah dia menyepi semula setelah 3 bulan yang lalu mendatangi semula hidupku. Aku kira aku sudah bisa melupakan dia sepenuhnya seperti janjiku pada awal hening subuh Aidiladha sebulan yang lalu. Namun saat ibuku menuturkan hal-hal yang sudah terlalu biasa untuk disuarakan pada seorang anak gadis yang berumur lewat 20-an, aku tidak sedar ada juga airmata yang gugur. Dan ketika ibuku menuturkan ucapan maafnya, aku semakin terisak-isak dalam tangis yang entah untuk apa.
11 Aku meneliti wajahku pada cermin meja solekku. Aku hanya termenung meneliti dalam-dalam. Aku meneliti di balik cermin. Ada sesuatu yang mengganggu fikiranku. "mak percaya dia akan bahagiakan Ana. Walau siapa pun dia, walau hati Ana bukan untuk dia, mak percaya Ana akan bahagia dengannya" aku sudah tidak bisa lagikah untuk menjawab tidak wahai ibu.. Saat segalanya sudah dimetri, aku hanya merelakan. Mungkin inilah saatnya aku harus redha bahawa jodohku hanya bersama lelaki bernama Haji Yusuf. Hanya namanya yang aku tahu. Selebihnya aku tidak tahu. Ingin untuk ambil tahu namun aku sudah penat untuk mengenali lelaki. Biarlah..ibuku juga berkata kelak-kelak tetap juga dia akan datang di hadapanku. Ya..dia akan hadir di hadapanku dan akan bersamaku..bukan seperti Ryan yang entah ke mana lagi terbangnya. Dan kali ini juga, dia meninggalkan aku diam-diam lagi. Apalagi bezanya antara dulu dan kini jika begitu? Aku ingin tahu siapa Haji Yusuf itu. Tuakah dia? Semestinya tentu sahaja begitu. Namun ibu menyatakan bahawa dia masih bujang. Umurnya tidak pula ibu tahu. Dan semestinya aku sendiri tidak tahu yang pastinya. Ditakdir dapat lelaki berumur, bagaimana agaknya aku? Aduh..masin mulut Hamdani. Namun aku masih juga menerima segalanya. Ibuku mendesak. Namun dia kerap menyatakan bahawa aku akan bahagia dengannya. Apakah sekadar hanya kerna title Hajinya? Kalaupun dapat haji yang sebenar-benar haji.. kalau dapat yang sekadar nama sahaja tapi ibadat ke mana..ahh...aku berburuk sangka sudah. Astagfirullah... aku mengucap dalam hati tatkala memikirkan hal-hal yang tidak sepatutnya aku fikirkan. Aku percaya ibu membuat pilihan yang tepat dan terbaik untukku. Aku tidak juga sepatutnya memikirkan apa-apa lagi. Kerna cincin pertunangan bakal menjadi milikku sebentar lagi. "tahniah.." aku mendengar suara yang aku kenali di belakangku. Tanpa bergerak seinci pun, aku tahu siapa dia. Tanpa melihat wajahnya, aku tahu itu suara milik Hamdani. "walau siapa pun pilihan kau, aku percaya kau akan bahagia" ada senyum untukku saat aku mula memandang wajahnya. Lelaki di depanku yang entah apa perasaannya saat ini itu bukan sahaja menghadiahi aku senyuman namun sebungkus kotak hadiah juga. Aku senyum juga akhirnya tatkala menerima pemberiannya. "macam mana kau tahu aku akan bahagia? Kau tak tahu perasaan aku Danny" aku merenung matanya yang jatuh entah ke mana. "redhakan hati kau. Lagipun bakal tunang kau ni pangkat haji sayang.." ada nada seloroh di situ. Aku semakin lebar tersenyum. "kau ingat semua orang dah ada title haji tu betul sangat ke?" "aku rasa lah kan, kau mesti dapat haji yang dah tua tu. Yang banyak cucu.."dia meledakkan tawanya di situ. Aku pura-pura buat muka merajuk. Dalam hati, bimbang juga. Astagfirullah..aku mengucap cepat-cepat mohon dijauhkan semuanya. Bukankah aku sudah menyatakan kerelaan aku walau siapa pun dia? "kau bila lagi?" aku menukar topik ketika tawanya mulai reda. "aku tunggu kau tapi kau tak sabar-sabar pulak nak kawin" dia tidak juga menjawab sepenuhnya. Alih-alih salah itu jatuhnya padaku juga. Dia memang suka sekali mengenakan aku. "tak sanggup aku dengan kau. Nanti cepat aje aku jadi janda" dia tertawa lagi mendengar kata-kataku. "malaslah aku nak layan kau. Anyway, aku harap kau bahagia. Aku percaya kau akan bahagia" dia mula ingin melangkah keluar dari bilikku. Aku hanya diam ketika melihatnya berjalan keluar. Namun saat di hadapan pintu bilik, dia memandang aku semula. "kau masih ingat Ryan lagi ke?" dia menyoal aku yang sedang tunduk bermain labuci pada pergelangan baju. Aku tahu dia bakal bertanya soalan ini. Dari tadi juga aku menanti soalan yang satu ini. Entah kenapa aku menanti. Entah kerna aku ingin mendengar nama Ryan disebut oleh seseorang di saat terakhir zaman solo aku atau kerna aku merindui lelaki itu. Aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku saat ini. "aku...sedang berusaha..untuk lupakan dia" aku menentang wajah lelaki lampai ini. Lambat-lambat jawapanku namun aku tahu aku sudah semestinya harus begitu. "kau dah ada hidup baru, sudah semestinya kau harus lupakan dia" aku menitiskan airmata saat Hamdani menuturkan bicara yang satu ini. Ya..aku sudah punya hidup baru yang di dalamnya tiada Ryan yang aku kenang bertahun-tahun. "kau tak layak untuk menangis hari ni, Ana" Hamdani masih lagi teguh berdiri di hadapan pintu. Aku lekas-lekas menyeka airmata yang mula membasahi kurung putihku. "aku minta maaf Danny. Untuk segalanya" dalam sedu, masih juga ucapan maafku terbit untuk Hamdani. Dia hanya tersenyum lalu menghilang di balik pintu. Aku kira dia faham. Dan dia mengerti mengapa cintanya tidak pernah berbalas. Cintanya itu hanyut tanpa sebarang jawapan dariku. Dan selepas sekali dua mengucapkannya pun, dia tidak pernah lagi menagih. Jadi untuk apalah aku menjelaskan dan menjawab andai si empunya diri pun tidak pernah mengungkit. Mungkin cintanya padaku berusim sahaja. Aku menarik nafas panjang cuba meredakan hati yang diamuk rasa sebak. Aku kira inilah saat terakir untuk aku hidup dalam kenangan bersama Ryan. Sudah tiba masanya untuk aku berhenti berharap padanya dan bergantung pada dahanan memorinya. Aku sudah bakal punya teman yang aku kira akan menemani jalanan hidupku. Lalu kasihku seharusnya hanya tumpah padanya dan bukan pada bayangan Ryan yang semakin menjauh dariku. Aku akan melupakanmu Ryan... Selamat tinggal Ryan.. Kata-kata ini bergema saat jariku dihiasi oleh cincin berlian putih. Masih juga ada tangis yang terbit saat ibuku memelukku erat. Dan saat Hamdani tersenyum padaku, hatiku menangis hiba. Aku sudah menjadi tunangan orang. Aku tidak lagi sendiri..
serius citer ni best! ratu xde blog sendiri ke? if ada, kasi la url nya..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
akhirnyaa...setelah sekian lama menunggu..
sapekah hj yusof tu? suspen2..tah2 ryan kot..huhu