BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Oktober 19, 2008
Cerpen : Yang Ikhlas
FM IDOLA

Surat tawaran melanjutkan pengajian di Institut Perguruan direnungnya. Tangannya melakar sesuatu diatas lembaran kertas kosong yang terhampar disitu. Lakaran dan contengan tanpa tujuan, tanpa makna namun sarat dengan pelbagai perasaan yang bergelodak. Hampir penuh kertas itu dibuatnya. Dia buntu. Dia keliru. Apa mesti dilakukan? Kipas yang ligat berpusing pun terasa masih belum cukup untuk menyejukkannya waktu ini. Badannya disandarkan pada sofa yang empuk itu. Dia memejam rapat mata seketika, melegakan gelodak rasa yang berperang dijiwa. Segalanya berputar hebat tanpa henti. Pergolakan perasaan yang menguji ketabahan hati. Terasa kepalanya berat bagai terisi bebanan yang tinggi.

Dua tahun menjadi pengganggur terhormat, menghuni rumah ayah dan ibu. Makan minum ditanggung, perbelanjaan diberi tanpa sekatan, tanpa faedah, tanpa pulangan. Tiada yang perlu dibimbangkan. Segalanya tersedia. Bukankah surat itu mampu mengubah hidupnya yang tidak ke mana selama ini? Namun mengapa hatinya tidak segembira dan seriang itu? Bukankah puji dan syukur perlu dipanjatkan dengan berita seindah ini? Berpuluh-puluh ribu jumlah pemohon, akhirnya dia layak menjadi salah seorang bakal guru. Berkali-kali dia menjadi pemohon yang setia, akhirnya dia berjaya. Usaha itu tangga kejayaan, sekarangkan sudah terbukti. Fikirannya masih ligat berputar.

"Jadi cikgu kan bagus..ada gaji tetap, kakitangan kerajaan lagi, kan itu impian semua orang....jadi je cikgu, kan senang. Cuti banyak, balik awal..kerja pun tak banyak.." bagai terdengar kata-kata itu ditelinganya. Kata-kata yang sering saja menjadi buah bicara orang. Kata-kata yang dianggap mudah oleh orang lain. Hakikatnya, kehidupan, walau siapa pun kita tetap ada cabaran dan dugaannya yang tersendiri.
Kalaulah semudah itu kerjaya seorang guru pastilah menjadi guru adalah kerjaya yang terindah. Namun segalanya bukan begitu. Guru perlu sempurna. Menjadi contoh yang terbaik buat semua. Tugas guru terlalu mulia. Dia tidak layak. Dia bukan sehebat itu. Minatnya bukan menjadi guru. Dia tidak ingin anak-anak didiknya hancur ditangannya. Anak-anak perlukan seorang guru yang hebat. Yang boleh menjadikan mereka manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Terlalu besar rasanya tanggungjawab itu. Tidak terpikul oleh bahunya. Tidak tergalas amanah itu rasanya dengan niatnya yang tidak sesuci itu.Biarlah dia melepaskan tawaran itu demi kebaikan. Mungkin orang lain lebih layak.
"Menjadi guru kerana tidak ada kerja", terkeluar tiap patah itu dari bibirnya.
"Tidak..", dia mengeleng-geleng kepalanya. Semua itu tidak harus berlaku. Biarlah dia kekal menjadi seorang penganggur asalkan kemuliaan itu tidak tercalar kerana dia.

Terlalu mulia kerjaya seorang guru. Mendidik anak bangsa yang tercinta dengan keikhlasan dan kesungguhan. Namun dia, tidak sampai lagi ke tahap itu. Dulu dia tiada kerja, sengaja memenuhi keperluan. Dia tidak ingin hipokrit lagi. Rasa bersalah akan menghantuinya saban hari, saban waktu andai langkah itu diteruskan. Dia tidak boleh mementingkan diri. Segala amalan akan ditanya di akhirat nanti. Apa harus dijawab pada hati yang tidak ikhlas?

"Merenung jauh nampak..", ibu mendekatinya. Bersama dulang berisi air teh dan goreng pisang panas yang baru dimasak barangkali.
Citra mengukirkan senyuman buat ibunya yang tersayang. Segala rasa disembunyikan rapat dalam hati. Biarlah dia yang menanggung bebanan itu sendiri. Tidak ingin ibunya bersusah hati kerananya lagi. Selama ini pun sudah puas ibu melayani karenahnya. Persis seorang puteri raja. Semuanya sudah tersedia. Itulah kasih sayang seorang ibu, tidak tergambar oleh pandangan mata, tidak terkata dengan butir bicara. Terhampar dengan keikhlasan dan pengorbanan yang suci murni.
"Erm..tak da apa ibu..saja je Citra berehat-rehat..", Citra mengambil dulang dari tangan ibunya. Diletakkan diatas meja itu dengan cermat. Kertas-kertas yang berselerakan disusun dengan kemas di suatu sudut meja itu. Dihidangkan air teh dan pisang goreng yang kelihatan enak dan mengiurkan. Kecur juga air liurnya. Masakan ibu, mestilah yang paling sedap di dunia.
Ibunya mengambil tempat disisinya.
"Makanlah Citra..nanti pergi institut dah tak boleh nak makan masakan ibu lagi..", ibu menepuk pehanya. Terasa sayu kedengaran suara ibu menangkap pendengarannya waktu itu.
"Ada pula macam tu bu..nanti Citra baliklah bila cuti, ibu jangan bimbang..", Citra memujuk ibunya walau hati sendiri tidak terpujuk lagi.
"Ibu gembira Citra nak jadi cikgu..", tergambar kegembiraan pada raut wajah yang kian dimamah usia.Ibu mana yang tidak gembira bila anak semakin maju dan berjaya dalam kehidupan. Itulah doa dan harapan bagi insan yang bergelar ibu.
"Ya la ibu..", Citra mengakui kata-kata ibunya. Kegembiraan ibu, pasti adalah kegembiraannya juga tapi amat susah Citra menolak rasa gelodak dan peperangan emosi yang berlaku dalam mindanya.
"Ayah pun gembira Citra. Sampai dah pergi beli barang pun, untuk kenduri kesyukuran esok, semua jiran-jiran pun sudah dijemput..", ibu menerangkan pada Citra. Ibarat sebuah perkahwinan pula rasanya. Segalanya sudah tersedia, hanya menunggu pengantin untuk berkata ya..ibarat menanti dalam debar, antara ya atau tidak. Andai tidak jawapannya, pasti musnahlah segalanya.

Citra tertelan liur. Semua orang sudah tahu tentang keberangkatan Citra ke institut perguruan nanti. Pasti tiada apa yang boleh menghalangnya lagi. Citra makin resah. Citra makin gelisah. Apa harus dikata. Apa harus dilakukan. Memusnahkan impian ibu dan ayah ibarat menghadiahkan kelukaan dan kekecewaan buat mereka. Menolak harapan ibu dan ayah bagaikan menyiat pedih hati kedua-dua insan itu. Merekalah cahaya hatinya. Merekalah yang mendidiknya menjadi orang yang berguna. Bagaimana dapat dimusnahkan impian itu sekelip mata. Antara hatinya, hati ibu ayah, dan keterpaksaan ini..mana yang harus dipilih. Citra kelu. Otaknya terasa beku.

Air teh yang dihirupnya terasa pahit walau manisnya sudah cukup buat secawan itu. Goreng pisang yang dikunyahnya terasa lambat sekali lumat untuk ditelan. Wajah ibu direnung dengan penuh kasih sayang. Wajah yang mengandungkannya 9 bulan 10 hari. Wajah yang mendidik dan mengasuhnya hingga ke puncak tinggi. Pasti segalanya dari ibu adalah yang terbaik. Insan yang mulia yang akan membawanya ke syurga.
"Syurga itu dibawah tapak kaki ibu". Kata-kata yang tidak pernah dilupakannya.
"Citra makanlah dulu..ibu ada kerja nak buat di dapur..", ibunya bingkas bangun meninggalkannya di situ.

Citra menghabiskan teh bersama beberapa goreng pisang itu sebelum mengangkat dulang ke dapur. Dibasuh semua pinggan-pinggan dan gelas-gelas yang ada. Menolong ibu di dapur.
"Nanti Citra tak ada, siapalah nak tolong ibu", ibu menyusun pinggan mangkuk di dalam almari.
Hati Citra dihambat pilu. Hanya dialah anak ayah dan ibu. Dialah penawar suka dan duka mereka. Namun segalanya mesti dihadapi. Pengorbanan perlu dilakukan bagi sebuah perjuangan. Perjuangan mengejar ilmu dan cita-cita. Apalah erti perjuangan tanpa pengorbanan.

"Ibu..walau di mana pun Citra berada, ibu dan ayah tetap dihati Citra..", Citra memeluk erat ibunya, dengan sedih yang bersarang diminda. Apa harus dikata lagi pada ibu. Ibu mahu dia gembira, bahagia dan berjaya, dalam masa yang sama ibu keberatan untuk berpisah dengannya. Banyak betul perasaan dan emosi yang menghantui fikirnya. Terasa beku neuron-neuron yang mengalir dalam otaknya. Bagai terhenti urat saraf yang memenuhi ruang-ruang kepalanya. Masa sudah semakin hampir. Keputusan sudah menuntutnya untuk menetapkan. Muktamad tanpa talian hayat lagi. Bagai terhenti jantungnya memikirkan tekanan-tekanan yang ada. Dia mesti rasional. Membuat keputusan dengan baik, ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut dapat ditarik, tepung tidak berselerak.

Azan maghrib terus berkumandang. Pelukan dilepaskan. Senyuman menghiasi bibir kedua-bua beranak itu. Ada tanggungjawab dan amanah yang mesti dilakukan dulu. Citra menutup pintu dan semua jendela rumahnya. Senja yang kian merangkak malam. Malam yang menjanjikan ketenangan dan kesunyian buat hamba yang merindu dan mendambakan kasih sayang Tuhan. Kelibat ayahnya masih belum kelihatan.
"Mungkin banyak barang yang ayah perlu sediakan", fikir Citra sebelum menghilang ke bilik air.

Air paip yang mengalir terasa dingin. Sedingin hatinya yang masih belum lagi terasa ikhlas memilih keguruan sebagai kerjayanya. Susahnya untuk menerima ketentuan ini.
Hanya beberapa hari saja lagi Citra akan mendaftar diri sebagai guru pelatih di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Segala persediaan telah dibuat. Kenduri kesyukuran pun telah dirancang esok. Menyambut dengan kesyukuran kelahiran seorang bakal guru.

Citra mengambil wudhuk dengan kerendahan hati kepada Allah. Allah yang menciptakan seluruh makhluk di bumi. Allah yang menciptakan siang dan malam. Allah yang menciptakan segala-galanya. Allah yang mendatangkan ujian buat hamba-hamba yang disayangi. Teringat Citra pada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa".
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Citra tahu, segala ujian dan dugaan adalah untuk memilih mana orang mukmin yang sejati, untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa, untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba, untuk membentuk dan mendidik keperibadian dan untuk melatih manusia terbiasa menerima ujian agar manusia bertambah kesabaran dan kuat dalam pendiriannya. Citra harus menerima ketentuan ini dengan penuh keredhaan.

Ujian yang datang adalah tanda kasih sayang Allah SWT. Citra menadah tangan menghabiskan doa selepas wudhuk. Melangkah masuk ke biliknya. Sejadah dan telekung yang tergantung di suatu sudut diambilnya. Di bentangkan sejadah menghadap kiblat. Disarungkan telekung menutupi seluruh badannya. Yang kelihatan hanyalah mukanya yang suci dan bersih dengan titis air sembahyang yang suci.

Dilaksanakan solat maghrib dengan penuh kekusyukan. Disertai dengan solat dua rakaat memohon petunjuk dan hidayah dari Allah SWT atas segala kekusutan, pergolakan dan kecelaruan fikirannya. Kekusutan yang berlegar, kecelaruan fikirannya untuk menghadapi perkara yang tidak diminatinya, namun menuntut segala pengorbanan. Pasti kerisauan akan menghuni hari-hari yang dilalui. Pasti akan terasa sengsara dan menderita. Menjalani kehidupan dengan penuh keterpaksaan, Citra tidak merelakan keadaan itu. Keputusan masih belum dibuat, masih sempat untuk mengelakkan diri dari ikatan yang akan tersimpul dan terpatri.
Kepada Allah diminta tunjukkan jalan yang benar. Diminta hidayah dan keredhanNya..Bersama keampuanan dipohon. Dibasahi lidah dengan zikir dan tahmid. Dengan nafas dihiasi kalimah Allah. Mungkin minat bukan masalah. Segalanya boleh dibentuk, dipupuk.. tetapi dia perlukan keikhlasan..Keikhlasan dalam setiap perbuatan, keikhlasan dalam setiap tindakan..keikhlasan dalam kehidupan kerana Allah SWT. Dia akan rasa indah hidup ini, jika dia benar-benar ikhlas untuk menghadapinya..hanya ikhlas yang mampu membuatkan dia lebih menghargai apa yang dia ada. Itulah yang dicari sebenarnya. Keikhlasan.

Segalanya dari Allah SWT. Allah SWT telah tetapkan hidup dia sebagai seorang guru. Dia kena terima amanah dan tanggungjawab ni. Inilah peluang dia untuk buktikan yang dia mampu menjadi guru yang terbaik. Dia mesti berusaha untuk ikhlaskan hati menerima segalanya. Sematkan dalam diri untuk menjadi guru yang hebat, yang unggul yang membawa manusia ke jalan Allah SWT, jalan kebaikan, jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Hatinya perlu dibersihkan. Jiwanya perlu disucikan. Akal fikirannya perlu sentiasa positif.

Allah menjadikan manusia untuk beribadat kepadaNya. Bukankah menjadi guru itu juga adalah ibadat. Membawa manusia kepada ilmu dan kebaikan. Dia sudah berada dijalan kebenaran. Dia hanya perlu berani melangkah merealisasikan impian yang sudah terhampar. Hanya selangkah lagi untuk mengecapinya dengan penuh istiqomah dan kerendahan hati kerana Allah SWT.

Citra menarik nafas lega. Fikirannya sudah mampu beroperasi dengan baik. Ketafakurannya membawa erti yang bermakna. Simpuhan ketaatannya membawa ketenangan dan kedamaian dalam jiwanya. Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati menjadi tenang. Citra sudah mampu tersenyum. Ikhlas.
"Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Korporat, sudah pastinya tahu memikirkan apa yang terbaik. Tak kan lah masalah semudah ini, begitu manja untuk membuat keputusan", Citra membisikannya dihati.

"Orang muda tak boleh cepat kecil hati".
Hanya memikirkan tanpa bertindak. Itu bukan cara menyelesaikan masalah. Macam mana hendak menimbulkan keikhlasan? Citra bangun dari sejadahnya. Sudah lama Citra bersimpuh di situ. Melihatkan biliknya yang tidak terurus, Citra mengeleng-geleng kepalanya.
"Siapalah nak buat menantu kalau begini caranya", Citra senyum sendiri penuh makna.

Berhari-hari dia begitu rupanya. Hanya kerana memikirkan itu, hidupnya tidak terurus. Citra mengemas biliknya seketika. Terpandang sebuah kotak yang agak usang di atas almarinya. Bertahun lama tidak disentuh kotak ‘ajaib’ itu. Kotak seribu kenangan, yang menghimpunkan segala rasa suka dan duka. Diambil kotak itu, dibawanya ke katil.
Dibuka kotak itu perlahan-lahan. Sebuah dairi usang berkurun lamanya. Kulit yang sudah lusuh, ada beberapa lubang yang menghiasinya. Diambil dairi itu. Diselak satu persatu helaiannya. Terhenti Citra pada selembar helaian. Dengan tulisan yang agak usang namun masih mampu dibaca.

"Cita-cita aku ingin menjadi seorang guru. Nak jadi guru yang cantik. Nak jadi guru yang cerdik. Nak jadi guru yang baik. Nak jadi guru yang selalu tersenyum macam Cikgu Maisarah..Cikgu Maisarah baik sangat. Aku sayang Cikgu Maisarah sampai bila-bila".
14 Ogos 1995.

Kata-kata yang akan memastikan segala-galanya. Kata-kata yang akan menghentikan gelodak perasaannya. Inilah yang dicarinya selama ini. Inilah yang ditunggu-tunggu dalam kekalutan peperangan emosi ini. Sebuah kepastian dan ketetapan.

Citra tersenyum. Ada sebak yang menghuni dadanya. Wajah Cikgu Maisarah meniti diruangan matanya tiba-tiba. Tidak disangka, dia ada cita-cita untuk menjadi seorang guru dulu. Bagaimana dia boleh terlupa. Mungkin doa suatu masa dulu diangkat oleh Allah SWT kini. Bukankah itu kemahuannya dulu?. Cikgu yang amat bermakna dalam hidupnya suatu masa dulu. Cikgu yang melakar seribu kenangan bersamanya dulu. Cikgu yang melakar tawa gembiranya. Setulus kasih guru itu yang membukanya jalan untuk tahu menulis, membaca dan mengira. Bagaimana dia boleh terlupa seketika cita-cita asalnya.
"Manusia mudah lupa..".
"Ya Allah, besarnya kurniaanMu pada hambaMu ini..", Citra meraup wajahnya beberapa kali. Terasa rindu pada guru itu. Kenapa saat ini baru kenangan itu muncul sedangkan terlalu lama ia tersimpan kukuh dalam lipatan memorinya.
Citra terpana seketika. Dalam hati berdoa, dipohon ketenangan dalam jiwanya. Dipohon keikhlasan dalam hatinya.
"Ya Allah..letakkan pancaran nur dalam hatiku,
Letakkan pancaran nur pada lidahku,
Letakkan pancaran nur dalam pendengaranku,
Letakkan pancaran nur dalam penglihatanku,
Letakkan pancaran nur di belakangku,
Letakkan pancaran nur di hadapanku,
Letakkan pancaran nur di atasku,
Dan letakkan pancaran nur di bawahku,
Ya Allah ! Besarkanlah pancaran nur untukku...".
Titis-titis air jernih mengalir dari kelopak matanya. Sayu dan pilu. Benar-benar mengharap yang terbaik dari Allah SWT. Benar-benar mengharap kehadiran keikhlasan dalam jiwa dan hatinya. "Dekatlah pada Allah dalam senang, pasti Allah dekat denganmu dalam susah".

Seseorang yang melakar hidupnya suatu masa dulu. Yang memberi harapan dan keindahan yang tidak tergambar waktu dulu. Riangnya ke sekolah, gembiranya belajar disisi guru yang sentiasa baik dan melayani karenahnya.Wajah itu penuh memenuhi ruang minda.
Ketukan di pintu biliknya menyentak ketafakurannya seketika. Ibu muncul di pintu. Segera dikesat airmata yang mengalir. Dairi lamanya diletakkan kembali dalam kotak itu.
"Citra..ada seseorang nak jumpa Citra..", ibu mengatakannya dengan tenang.
"Siapa?", soal Citra ingin tahu. Malam kian merangkak pergi, siapalah insan bertuah itu. Tidak pernah lagi orang mencarinya malam-malam begini.
"Seseorang yang teristimewa dihati Citra suatu masa dulu..", ibu tersenyum penuh makna.
Debar Citra kian terasa. Satu persatu wajah bermain dikotak fikirannya.. Citra melangkah mengekori langkah ibu. Menuruni anak tangga satu persatu menuju ke ruang bawah.

Susuk tubuh itu dikenalinya walau 13 tahun telah berlalu. Wajah yang tidak semuda dulu diperhatikan, namun masih manis dengan senyuman. Senyuman yang dikenalinya. Senyuman yang sudah sebati dalam pemikiran dan hatinya. Tudung yang meliputi kepalanya, pakaian yang masih lagi indah seperti dulu. Masih lagi cantik dan bergaya. Segala kenangan bermain hebat dalam memorinya.

"Saya sayang cikgu..", suara kanak-kanak itu bagai terdengar di telinganya.
Langkah diatur menghampiri wanita itu. Entah bila ayahnya pulang, dia tidak menyedarinya namun ayah dilihat tercegat di pintu bersama senyuman yang tidak lekang dibibir. Semua mata berpandangan. Ibu dan ayah menganggukan kepadanya. Citra tersenyum dalam genangan airmata. Langkah di atur setapak ke setapak.

Wanita yang memberi kesan dihatinya. Wanita yang menjadi idola hatinya.
Tangan dihulurkan bersambut. Dicium tangan wanita itu penuh hormat dan syahdu.
"Guru ibarat ibu kita juga..".
Dipeluk guru itu dengan erat. Ada airmata yang menghiasi kedua-dua kelopak mata itu. Rindu dan sayang yang menggunug. Terpisah kerana jarak dan waktu. Terpisah kerana masa yang tidak menentu. Terpisah kerana tanggungjawab dan amanah yang dituntut.
"Cikgu..", satu patah perkataan itu ikhlas dari bibir Citra.
Kalimah itu tidak akan pernah hilang dibibirnya buat insan bergelar guru.
Cikgu Maisarah mencium dahi Citra. Itulah anak didik yang dirindukan selama ini. Keletah yang menghiburkan hatinya. Lagak ceria yang menghiasi suasana, dengan ketekunan dan kegigihan mengejar ilmu di dada. 13 tahun pun bukan penghalang pada kasih sayang yang ikhlas buat anak didik yang tercinta.
"Cikgu..saya nak jadi guru yang cantik. Guru yang cerdik, guru yang baik, guru yang selalu tersenyum macam Cikgu Maisarah. Cikgu Maisarah baik sangat. Saya sayang Cikgu Maisarah sampai bila-bila", Citra memeluk erat Cikgu Maisarah.
Cikgu Maisarah mengangguk-angguk. Terasa kehadirannya membawa erti buat anak didiknya. Kerana guru itu adalah insan yang melakar kehidupan seseorang. Lakaran terindah yang membawa jalan kebahagiaan.
"Terima kasih ayah dan ibu kerana membawa cahaya ini dalam hidup Citra..", bisiknya dihati. Air mata jernih yang mengalir laju dipipinya dikesat perlahan.Citra tahu pasti ayahnya lewat kerana mendapatkan hadiah ini untuknya. Hadiah untuk Citra menjejakkan kaki ke institut perguruan. Hadiah yang akan menguatkan semangat dan langkahnya menjadi guru yang unggul.
"Cikgu Citra..saya sayang Cikgu Citra, saya nak jadi cikgu macam Cikgu Citra..", alangkah indahnya perasaan itu nanti andai dia mampu mengecapinya nanti. Pasti hidupnya akan lebih indah dan berseri. Pasti hidupnya terasa bermakna dan bahagia hanya kerana menjadi guru yang terindah buat anak-anak didik tersayang.
"Ya Allah, jadikanlah aku guru yang terbaik, yang memberikan kebaikan dan kebahagiaan buat anak-anak didik yang tersayang dengan ikhlas keranaMu Ya Allah..", yang ikhlas dari Citra Lestari..
posted by BLOGGER @ 3:27 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:
  • At 21/10/08 9:05 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam....
    citer nie ok la...
    cuma gaya penulisan yg digunakn stright 4word... kalau blh tambahkan pggunaan monolog dlm penulisan.
    k alL d best

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group