BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 27, 2008
Cerpen : Tiada Lagi Dendam
Nama Pena : DoubleSafs

Aku memejam mataku rapat-rapat. Airmata lelaki gugur jua akhirnya. Mula-mula perlahan. Lama-lama aku teresak. Aku menyesal. Aku bertaubat. Di atas sejadah biru pemberian abahku, aku berteleku lama. Aku baru sudah solat taubat dan solat hajat.

Senaskhah al-Quran ku pegang erat. Aku mahu membaca al-Quran, untuk ku sedekahkan pada dua orang yang ku sayang. Arwah kakakku, Mashitah dan Khairunnisa, sahabatku yang sedang bergelut dengan maut ketika ini. Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini dan semoga Kau selamatkanlah sahabatku, Nisa.

Sudah lama aku tinggalkan amalan ini. Mengaji al-Quran. Mama selalu berpesan, solat lima waktu jangan tinggal. Mengaji jadikan amalan. Tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun jadilah.

Kenapa aku jadi anak yang begini? Abah dan mama begitu taat menjalankan kewajipan sebagai orang Islam. Kakakku juga begitu. Tetapi kenapa aku tidak begitu? Kenapa aku lalai?

Mengingati Mashitah, arwah kakakku, aku jadi semakin sebak. Kerana dialah aku jadi syaitan bertopengkan manusia. Kerana kematian dialah aku jadi seorang pendendam. Semuanya kerana kakak yang ku sayangi itu.

"Kakak masuk ICU, Siddiq," ujar mama perlahan. Aku terkesima. Kenapa tiba-tiba masuk ICU?

"Mungkin tiada harapan…," sambung mama lagi. Aku tidak terkata.

Sepanjang sebulan kakak di ICU, kami sekeluarga sentiasa bergilir menjaganya. Bila aku tiada kelas, aku menggantikan mama atau abah menjaganya. Kadang-kadang ibu mertua kakak atau adik iparnya ada juga datang menjaga. Sesekali aku lihat adik iparnya, Nisa, merangkap sahabatku, menangis sambil mengusap-usap ubun kakak.

Aku jadi benci melihat perbuatannya. Entah kenapa. Mungkin kerana aku bencikan abang Nisa, iaitu abang iparku kerana memperlakukan kakak sedemikian rupa.

Abang iparku, Zakuan, memang manusia yang tiada hati perut barangkali. Mereka sudah berkahwin tiga tahun yang lepas tapi masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi bila kakak didapati hamil, dia berubah. Dia menuduh kakak curang. Anak yang dikandung kakak belum tentu anaknya. Aku pun tak faham kenapa dia jadi begitu? Bukankah itu yang dinantikan selama ini?

Mama memberitahu abang Zakuan memang seorang yang kuat cemburu. Pekerjaan kakak sebagai eksekutif pemasaran menuntutnya untuk berjumpa dengan klien selalu. Itulah punca utama cemburu butanya itu. Akhirnya kakak menjadi mangsa.

Sejak kakak mengandung, dia selalu memukul kakak tanpa alasan yang kukuh. Kami tidak tahu perkara itu sehinggalah kakak masuk ICU. Birat-birat seluruh tubuh kakak. Lebam di sana sini. Parut luka merata tempat. Kakak terjatuh di rumahnya kerana hilang kawalan akibat terlalu stress. Kandungannya yang berusia tujuh bulan itu tidak dapat diselamatkan. Akibat pendarahan yang teruk, kakak tidak sedarkan diri hampir sebulan di ICU sebelum dia sendiri kembali menemui Ilahi.

Aku tidak menangis. Sedikit pun tidak. Aku membantu menguruskan jenazahnya hingga ke liang lahad. Abang Zakuan tidak kelihatan. Dia hilang sebaik saja kakak masuk ke ICU. Aku jadi marah dengan dia. Teramat marah. Aku mahu buat perhitungan dengan dia. Tetapi aku tidak berjumpa dengan dia. Aku tak tahu dia ke mana. Lagi pula, kelas yang terpaksa ku hadiri menyekat pergerakanku.

"Kes ni dah jadi kes polis. Biar mereka yang uruskan," jawab mama sebaik aku usulkan cadangan untuk mencari abang Zakuan. Pada mama, walau apa yang kita lakukan, kakak tetap tidak akan kembali. Aku terus diam sambil mama mengesat airmatanya yang berjujuran.

Suatu hari di dalam kelas, Nisa menegurku. Aku sudah lama tidak bercakap dengannya. Dulu kami akrab. Mengambil jurusan yang sama, kelas yang sama, sudah cukup merapatkan kami. Namun tidak lebih daripada itu. Aku sudah punya kekasih. Jadi memang Nisa ku anggap sahabat baik dalam pengajianku, sementelah dia adalah adik ipar kepada kakakku.

"Siddiq, Nisa minta maaf bagi pihak abang," ucapnya perlahan. Aku diam saja. Keadaan kelas agak bising kerana menunggu pensyarah datang. Aku pula pura-pura membaca buku walaupun ketika itu fikiranku melayang entah ke mana.

"Nisa pun sayangkan kakak…," katanya tersekat-sekat. Aku tahu dia hampir menangis. Aku juga tahu hubungan dia dengan kakak aku sangat rapat. Tetapi entahlah, selagi aku tidak bertemu dengan abang Zakuan, seolah-olah ada hutang yang masih belum selesai.

Nisa berlalu pergi apabila kata-katanya tidak mendapat responku. Aku memerhatikan Nisa dari jauh. Tiba-tiba syaitan datang menghasut. Aku tersenyum. Aku tahu bagaimana caranya untuk buatkan abang Zakuan pulang.

*********

Usai berdoa, aku berbaring di katil. Airmataku kering dengan sendirinya. Siling ku tenung. Memikirkan kembali perbualan antara aku dengan mama seminggu yang lalu.

"Tak sangka betul. Anak lelakinya menuduh anak kita curang, rupa-rupanya anak dia sendiri lagi teruk," ujar mama. Hairan pula aku. Apa yang mama cakap ni? Mama cakap pasal abang Zakuan atau Nisa?

"Kenapa, ma?" soalku ingin tahu.

"Tulah, budak Nisa tu. Kan abang dia tuduh kakak kamu curang dengan dia, sampai mengandung kononnya. Habis tu, si Nisa tu yang mengandung tapi belum kahwin tu, apa cerita?" jawab mama sinis. Zapp! Jantungku serasa ingin putus. Macam mana mama tahu Nisa mengandung?

"Ada kawan mama kat hospital tadi yang cakap," mama bersuara seperti tahu apa yang ada dalam fikiranku. Tapi tiba-tiba mama mengeluh.

"Tapi kesian pulak budak Nisa tu. Tak sedar diri sekarang ni. Dahlah semester akhir, macam-macam hal. Silap-silap kena gantung universiti," tambah mama lagi. Hah? Tak sedar diri?

"Tak sedar diri, ma?" soalku berani-berani takut.

Mama mengangguk lemah. "Dah dua hari dah," balas mama pendek. Aku terdiam. Betullah khabar angin yang ku dengar dari teman sekuliah mengenai Nisa.

"Rugi kau tak pergi fruit exhibition tu. Macam-macam jenis buah ada. Bentuk pun pelik-pelik," ujar Anis pada Zila yang tidak ikut serta ke Pameran Buah Antarabangsa pada Sabtu lepas.

"Buah yang pelik-pelik tu korang beli tak? Meh la aku nak tengok," tanya Zila.

"Buah pelik kitaorang tak beli. Buah tempatan ada beli. Support lah sikit barang tempatan. Hehehe…" Anis menyeringai.

"Anis, Nisa ikut korang hari tu?" tanya Zila tiba-tiba.

"Ikutlah. Kenapa?" soal Anis kembali pada Zila.

"Takdelah. Dalam beberapa bulan ni aku tengok lain macam jer perangai dia. Senyap. Sunyi. Sepi. Memanglah dia tu tak kepochi macam kita, tapi semakin senyap je aku tengok perangai dia. Semakin lama semakin senyap, semakin diam. Exam tinggal berapa minggu je lagi ni," Zila meluahkan rasa hati tentang keadaan Nisa yang serasanya semakin jauh daripada mereka. Sedangkan mereka akan menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi. Semester akhir pula tu.

"Tension sangat kot. Kita kan dah nak final exam ni," sampuk Rianti. Aku yang pada mulanya sedang leka membaca buku tiba-tiba tersentak apabila nama Nisa disebut-sebut. Mulalah telingaku menjadi lintah, mencuri dengar perbualan mereka.

"Tapi kan korang…." Anis membetulkan duduknya. "Hari tu dia beli banyak tau buah nenas. Lepas tu masa kitaorang on the way balik tu, siap berhenti kat kedai and beli botol besar coke," ucap Anis perlahan ala-ala makcik bergossip tapi aku masih dapat dengar dengan jelas sejelas-jelasnya.

"So, kenapa? Dia suka makan nenas dengan coke kot?" balas Zila.

"Itulah yang pelik tu. Nisa mana minum coke? Dia kan tak berapa suka minum air bergas ni. Kalau nenas tu aku tak sure lah. Tapi aku ingat dulu dia pernah cakap dia tak suka makan benda tajam-tajam, perut dia sensitif. Nanti cirit-birit. Tu yang aku pelik tu," beriya-iya Anis bergosip tentang Nisa.

"Dia beli untuk mak dia kot. Ha ha ha…"

"Kau ni Zila. Aku serius lah," kata-kata Anis menghentikan tawa Zila.

"So, kau nak kata apa? Nisa pregnant? So dia makan buah nenas and minum coke to abort it?"

Anis menjuih bibir sambil menjungkit bahunya. Tiada jawapan pada persoalan itu.

"Aku tak rasa Nisa buat perangai macam tu lah. She’s not like that," Zila bersuara pasti. Sepanjang persahabatan mereka, walaupun tidak berapa rapat, Zila pasti Nisa bukan perempuan sedemikian.

Sementara aku terus gelisah di tempat dudukku. Nisa mengandung? Betul ke?

Persoalan yang tiada jawapan itu aku simpan sehingga aku terserempak dengan Nisa keesokan harinya.

"Nisa, are you pregnant?" tanyaku padanya setelah dia ku ajak ke satu sudut yang agak tersembunyi daripada orang ramai.

Nisa nampak terkejut. Namun dia tidak menjawab. Dia tunduk memandang lantai.

"I’m talking to you!" aku bersuara keras.

"Kalau ya, kenapa? Kan awak memang nak Nisa macam tu?" soalnya kembali. Aku tersenyum puas. Memang aku puas hati! Lebih puas lagi kalau Zakuan dapat tahu dan dia balik sini mencari aku. Itulah tujuan aku. Senang-senang seksa kakak aku sampai mati. Kau ingat aku nak berdiam diri ke? Jangan mimpi, Zakuan!

"Congrats! Jangan lupa bagi tahu kat Zakuan keparat tu. Lepas tu, suruh dia balik kalau dia nak buat perhitungan dengan aku! Aku nak dia rasa apa yang aku rasa!" dan aku terus pergi lepas aku berkata demikian.

Iya, akulah yang bertanggungjawab membuatkan Nisa hamil. Akulah lelaki itu. Lelaki yang tidak habis dengan dendamku.

Aku merencanakan Nisa supaya datang ke rumah pada suatu petang. Aku memberi alasan mama dan abah yang mengajak sedangkan aku tahu mama dan abah pulang ke kampung selama seminggu. Di bilik tidurku sendiri, Nisa tewas ditanganku. Dan dia sama sekali tidak menyerahkan mahkota itu dengan rela. Aku yang memaksa. Aku benar-benar hilang akal petang itu. Aku pukul dia dengan tali pinggang. Aku tendang dia. Aku tumbuk dia. Aku lakukan dia seperti mana abang Zakuan lakukan terhadap kakak.

Gila! Aku hilang pedoman petang itu. Setiap kali dia menjerit, bayangan kakak menjerit melintas dalam fikiranku.

"Macam nilah abang kau buat kat kakak aku! Kau ingat seronok ke?!" aku terus memukul-mukulnya tanpa belas kasihan. Nisa cuba mempertahankan dirinya. Berkali-kali dia meminta maaf dan merayu aku menghentikan lakuku. Tetapi aku tidak peduli. Rayuannya pasti sama dengan kakak sewaktu merayu daripada abang Zakuan. Kalau Zakuan tidak peduli, kenapa aku mesti peduli?!

"Siddiq, please… ini maruah Nisa… untuk suami Nisa… please, Siddiq…" dan aku tetap tidak peduli rayuannya. Banyak cantik! Abang kau dah pijak-pijak maruah kakak aku dan sekarang kau nak cakap pasal maruah??

Aku simpan Nisa di rumahku lebih kurang lima hingga enam hari, sebelum kepulangan mama dan abah. Aku tidak mahu dia pulang ke rumah dalam keadaan yang teruk. Aku biarkan luka dibadannya beransur kering supaya ibunya tidak begitu perasan. Dan sepanjang dia berada dalam kurunganku, aku pastikan dia menelefon ibunya setiap hari. Dengan suara yang ceria dia memberitahu ibunya dia berada di rumah kawannya, menelaah pelajaran bersama-sama. Setiap malam aku perlakukan dia seperti isteriku yang sah. Nisa terpaksa akur asalkan aku tidak memukulnya. Itu syaratnya.

Pada hari aku lepaskan dia, aku hantar dia sampai ke pintu rumah ibunya. Sebelum dia keluar, aku sempat berpesan, "Aku harap kau mengandung. Lepas tu aku harap kau beritahu abang kau, akulah lelaki yang hancurkan hidup kau. Seperti mana dia hancurkan hidup kakak aku. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Aku nak dia berhadapan dengan aku!"

Nisa lantas keluar selepas aku menyampaikan pesanku. Dan semenjak itulah Nisa berubah. Dia cuba elakkan diri daripada bertembung dengan aku. Trauma mungkin. Kadang-kadang kelas tidak dihadiri. Assignment tidak dihantar. Kadang-kadang dia ada di kelas, kadang-kadang hilang. Pelajarannya terus merosot. Beberapa kali dia dipanggil untuk kaunseling. Entahlah, aku tidak peduli. Selagi dendamku tidak berbalas, selagi itu aku tidak puas.

*******

"Kamu dah gila ke, Siddiq?!" mama menjerit ke arahku sebaik cerita sebenar diketahuinya. Sungguh, mengakui kejahatan sendiri tidak semudah yang disangka. Aku tidak betah bila mengetahui Nisa sudah tidak sedar selama dua hari. Masuk hari ni, hari ketiga. Sepanjang malam aku tak tidur memikirkan sekiranya Nisa tidak panjang usia seperti kakak. Ya Allah… ampunkan aku! Rintihku.

"Tak ingat Allah ke, Siddiq? Hilang akal ke kamu? Kalau abang dia jadi binatang, kenapa kamu nak ikut jadi binatang macam dia?!" jeritan mama bercampur raungannya tidak sanggup aku dengar lagi. Ya, inilah hukumanku. Itu baru daripada mama. Daripada Allah? Aduhaiii….

"Kamu tahu tak pihak polis tengah cari dia sekarang. Kamu nak terima nasib yang sama ke? Kalau kamu nak dia rasa apa yang kamu rasa, jadi kamu kena bersedia untuk rasa hidup di penjara. Ataupun pelarian. Kamu nak macam tu?! Anak mama dua orang je, Siddiq. Kalau kamu masuk penjara atau hilangkan diri macam Zakuan tu, siapa nak jaga mama dengan abah nanti? Ha, Siddiq??!!" jerit mama ke arahku. Iya, aku baru tersedar akan natijah ini. Kalau aku di penjara dan kakak pun tiada, siapa nak jaga mama dengan abah? Kenapa aku tak fikir semua ni sebelum ni? Kenapa? Kenapa?

"Malu mama ni, Siddiq! Mana mama dengan abah nak letak muka kami ni? Ya Allah ampunkanlah dosa aku kerana lahirkan budak ni, ya Allah …. !" kalimah mama itu telah menyentapkan urat jantungku. Mama menyesal lahirkan aku ke? Aku lantas bangun dan memeluk mama erat-erat.

"Ma… jangan cakap macam tu, ma…. Siddiq minta maaf, ma… !" pintaku. Berkali-kali aku ulang ayat yang sama hingga kedengaran tangisanku. Tak sanggup mendengar kata-kata mama yang terang dan jelas bahawa dia menyesal aku menjadi anaknya. Di mana tempatnya aku nanti kalau mama tak maafkan aku?

Pelukan aku longgarkan bila mama mengusap-usap belakang badanku. Kemudian mama memegang wajahku. Sendunya mula perlahan.

"Siddiq… Nisa dengan ibunya tak pernah mengkhianati kakak kamu. Mereka begitu baik dengan arwah. Sangat sayangkan arwah. Kenapa kamu menyakiti orang yang sayangkan kakak kamu?" ujar mama perlahan. Aku tidak menjawab. Tiada jawapan pada persoalan itu.

"Kamu tahu tak, ibu Nisa pasti sedang bersusah hati dengan keadaan Zakuan yang diburu polis. Entah dimana anaknya tu. Lepas tu kamu tambah lagi masalah dia dengan perbuatan kamu kat Nisa. Bertambah-tambah runsing lagi hatinya," mama menarik nafas panjang sebelum menyambung. "Dan terima kasih sebab bagi mama rasa apa yang ibu Nisa rasakan sekarang."

Aku pandang wajah mama.

"Bukan, ma! Siddiq tak berniat macam tu. Siddiq tak mahu mama jadi macam ibu Nisa…"

"Jadi kenapa kamu buat mama rasa macam ni? Mama rasa susah hati, mama rasa malu, mama rasa sedih, marah, geram, takut! Mama rasa macam mama ni tak pandai didik anak. Mama tak didik kamu jadi pendendam. Ada tak mama dengan abah berdendam dengan Nisa dan ibunya? Ada tak?"

Aku menggeleng lemah.

"Ini semua takdir, Siddiq. Takdir. Kita kena redha dengan ketentuan Allah Taala. Siddiq dah besar. Dah matang. Tak perlu mama nak ajarkan benda-benda yang asas macam ni lagi. Mama rasa mama macam dah gagal mendidik Siddiq!"

"Tak, ma… mama tak gagal. Siddiq yang tak gunakan akal fikiran…"

"Sekarang pandai pula kamu nak cakap pasal akal dan fikiran? Kamu tahu tak yang kamu bertuhankan nafsu ketika lakukan perkara tu kat Nisa?? Kamu tahu kan nafsu tu jahat? Sebab itu Allah turunkan akal pada manusia supaya kita boleh berfikir? Kamu tahu kan semua tu? Ha, Siddiq?!" suara mama kembali lantang. Aku mengangguk-ngangguk perlahan. Apa lagi yang harus ku katakan. Semua yang mama cakap tadi benar belaka, aku memang bertuhankan nafsu!

Sejenak kami terdiam. Masing-masing hilang kata. Aku pula terus menantikan kata-kata daripada mama. Dalam erti kata lain, hukumlah Siddiq, ma!

"Sudahlah, Siddiq. Bertaubatlah, nak. Minta ampun daripada Allah. Kembalilah pada-Nya. Kemudian, jumpalah Nisa. Cubalah bercakap dengan dia. Bertanggungjawablah, nak. Buktikan yang mama tak gagal mendidik kamu," mama bersuara longlai lalu pergi dari situ. Sementara aku masih termangu di sofa, menganalisa setiap bait ayat yang diucapkan mama tadi.

Siddiq, kembalilah pada Allah dan buktikan pada mama yang dia tidak gagal mendidik anak-anaknya!

****

Dua minggu sudah berlalu dan Nisa masih belum sedar. Aku resah. Namun doa dan harapanku pada Yang Maha Esa tidak pernah surut. Aku berjanji akan menjadikan Nisa sebagai isteriku bila Nisa sudah sembuh nanti. Dia akan ku jaga sebaik mungkin, ibarat menatang minyak yang penuh. Itu janjiku.

Perkara pertama yang kulakukan, memutuskan perhubungan dengan Suraya. Tanpa sebab dan alasan. Aku cuma menyuruh Suraya mencari lelaki yang lebih baik daripada aku. Suraya amat marah. Aku sekadar mendiamkan diri. Cintaku pada Allah melebihi segalanya. Suraya seorang yang baik, lemah-lembut dan cantik. Pasti tidak sukar mencari pengganti diriku. Maafkan aku, Suraya.

Kedua, aku mengunjungi hospital petang itu selepas habis kelas. Kelas terakhir sebelum minggu peperiksaan bermula dua minggu lagi. Alhamdulillah dia sudah sedar. Sebelum berjumpa Nisa, aku jumpa ibunya.

Perasaan gugup memenuhi ruang hatiku. Mana mungkin orang yang bersalah seperti aku boleh berlagak biasa. Aku tahu mama telah berjumpa ibu Nisa. Telah menceritakan segala-galanya dan telah memohon maaf bagi pihak diriku. Mama juga telah menyampaikan hasrat hatiku yang akan memperisterikan Nisa sebaik Nisa sembuh. Dan aku benar-benar terharu kerana ibu Nisa tidak sekali pun mendendami aku. Kenapa aku tidak begitu?

"Siddiq minta maaf, makcik…" perlahan sekali tuturku.

Ibu Nisa sekadar tersenyum. "Sekurang-kurangnya Siddiq tak lari daripada tanggungjawab. Siddiq bukan pengecut macam Zakuan."

Zakuan? Sudah beberapa hari nama itu tidak ada dalam kotak fikiranku. Aku sudah maafkan dia barangkali. Tak penting. Biarlah dia dengan hidupnya sebagai seorang pelarian. Aku tidak mahu jadi pengecut sepertinya.

Memang benar kata mama, ibu Nisa baik orangnya. Memang dia kesal dengan apa yang telah berlaku tetapi takdir tidak akan berpatah balik. Sekurang-kurangnya, dia berasa lega dengan janjiku yang akan menjaga Nisa selepas ini.

Menurut ibu Nisa, dia perasan akan perubahan diri Nisa sejak dua bulan ini. Dia lebih suka berkurung dan mengasingkan diri. Jarang pergi ke kelas dan kerap termenung. Jarang makan. Makanan kesukaannya, nenas dan air coke. Ataupun benda-benda yang tajam. Sesekali dia mengingatkan Nisa tentang perutnya yang sensitif itu, tetapi Nisa tidak peduli. Pernah juga beberapa kali dia menenangkan Nisa kerana Nisa menjerit-jerit ketika dalam tidur. Terakhir, dia terjumpa Nisa di dalam biliknya sudah tidak sedarkan diri. Dalam biliknya bersepah-sepah papan panadol. Darah berlumuran di sana sini. Nisa mempertaruhkan nyawanya untuk menggugurkan kandungan itu.

Aku diam sahaja mendengarkan cerita ibu Nisa. Aku jadi sebak. Pasti Nisa tertekan akibat perbuatanku. Hatiku mula sebak. Kenapa Siddiq jadi macam ni, ma…?

Aku memerhatikan wajah Nisa tanpa berkedip. Dia tidak memandangku. Mungkin takut. Atau benci. Wajahnya pucat lesi. Cengkung sedikit. Badannya pun semakin kurus.

"Lepas Nisa sembuh, kita kahwin ya?" ucapku takut-takut. Perkara ketiga, terakhir dan paling sukar yang hendak ku lakukan, mengajak Nisa kahwin denganku.

Nisa mengalirkan airmata. Aku kaget. Entah apa yang berada dalam fikirannya.

"Kenapa?" soalnya.

"Saya bersalah pada Nisa. Juga pada Allah. Tapi saya mahu bertaubat, Nisa. Berilah saya peluang membetulkan keadaan. Maafkan saya, ya?" pintaku seperti anak kecil.

Agak lama Nisa diam. Airmatanya masih laju membasahi pipi. Hendak ku seka, masih tidak halal bagiku. Huh, sekarang tahu pulak halal dan haram! Dengus hatiku menyalahkan diri sendiri.

Tiba-tiba ibu Nisa datang lalu mengelus perlahan rambut Nisa.

"Nisa… Ibu dah tahu segala-galanya daripada Siddiq," ujar ibu Nisa tanpa disuruh. Nisa kelihatan agak terkejut.

"Ibu dah tahu?" soalnya.

"Ya, Nisa. Cuma Siddiq tak mahu jadi pengecut macam abang Zakuan. Dia mahu bertanggungjawab. Dia kata, dia menyesal. Dan mahu bertaubat. Dia mahu membahagiakan Nisa, kalau diberi peluang. Apa-apa pun, terserah pada keputusan Nisa," ucap ibu Nisa lembut. Aku yang mendengar perbualan itu jadi tak keruan. Janganlah Nisa menolak permintaanku.

Nisa menyeka airmatanya yang sudah berhenti. "Suraya?"

Aku tersenyum kelat. "Saya dah lepaskan dia."

"Macam tu aje? Tak takut dia marah ke?" soal Nisa sinis.

"Saya lebih takutkan Allah, Nisa," jawabku yakin. Memang itu pun sebenarnya alasanku. "Dan saya lebih takut kalau jadi manusia yang tidak bertaubat. Berilah peluang itu pada saya."

"Kalau saya maafkan, awak akan tarik balik tawaran berkahwin tu?"

Aku terdiam. Entah kenapa hatiku sedikit gusar. Tidak ada jawapan untuk soalan ini. Sekiranya Nisa maafkan aku, aku tak perlu kahwin dengan dia? Eh, mana boleh! Aku memang nak kahwin dengan dia. Aku nak kotakan apa yang telah aku janjikan. Aku nak jadi suami yang baik buatnya.

"Tidak," jawabku setelah lama diam.

"Tapi awak kena tunggu, saya belum habis study lagi."

"Saya sanggup."

Nisa melepaskan keluhan berat. "Kalau macam tu… setahun dari sekarang lah ya. Bagilah masa saya habiskan study dan bekerja sekejap. Sekurang-kurangnya takdelah orang tuduh saya rampas boyfriend Suraya."

Aku senyum kelegaan. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya Dia memakbulkan doaku.

Ibu Nisa memeluk erat Nisa. Aku pulang sebaik mendengar jawapan itu. Aku mahu khabarkan berita ini pada mama secepat mungkin. Tahun depan insya-Allah umurku dua puluh enam tahun dan Nisa baru dua puluh empat. Okaylah tu kalau nak mendirikan rumahtangga. Dulu, aku pernah bekerja dahulu sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah. Sebab itu umurku agak lewat nak dibandingkan dengan budak-budak sekelasku. Rasanya, aku yang paling tua dalam kelasku.

Setahun selepas itu aku dan Nisa dinikahkan secara sah. Sepanjang setahun sebelum itu, perhubunganku dengan Nisa tidak seperti ketika aku bersama Suraya. Nisa tidak suka keluar tidak menentu. Tidak suka bergayut di telefon. Tidak suka kerap bersama. Kalau aku pergi ke rumahnya, mama mesti bersamaku. Aku tahu Nisa masih trauma, terutama bila aku ada. Sebab itulah aku turutkan kehendaknya, asalkan dia sanggup menjadi isteriku.

Usai solat sunat bersama, aku berdoa agak panjang. Nisa mengaminkan. Aku minta, biarlah jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat. Dikurniakan kebahagiaan dan anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga di akhirat kelak, biarlah bidadariku nanti sebaik-baik wanita, yakni isteriku Khairunnisa’ binti Khairuddin. Amin.

Nisa mencium tanganku, aku mencium dahinya. Sejuk. Aku tahu dia masih takut dengan aku.

"Nisa, terima kasih sebab sudi jadi isteri abang. Sekali lagi, abang minta maaf banyak-banyak dekat Nisa atas perbuatan abang dekat Nisa. Kalau boleh, abang nak kita mulakan hidup baru lepas ni. Abang tak mahu lagi peristiwa tu disebut-sebut. Bagi abang, Nisa memang perempuan yang suci dan mulia. Abang yang jahat…" tiba ke ayat terakhir aku terasa lemah mengucapkannya.

"Tadi kata tak nak cakap pasal peristiwa tu lagi," Nisa bersuara mengingatkan aku. Aku tersenyum kecil. Macam dapat semangat baru pulak dengar Nisa cakap macam tu.

Nisa membuka telekung. "Nisa nak pergi dapur jap. Nak minum air tak?"

"Siapa nak minum?" soalku.

Nisa teragak-agak menjawab. "Mmm… awaklah…"

"Awak?" soalku lagi. ‘Awak’ jer dia panggil aku. Punyalah bagus aku panggil diri aku ‘abang’ selama ni. Tulah, masa bertunang dulu dia memang tak mahu biasakan diri panggil aku ‘abang’. Sampai sekarang pun masih tak biasa.

"Panggil ‘abang’," kataku menyakatnya.

Nisa malu-malu. Pipinya merona merah. Malulah tu. "Hmm… besoklah!" balasnya lalu keluar dari bilik.

Aku senyum bahagia. Moga kebahagiaan ini kekal abadi hingga ke akhir hayat kami. Moga-moga dapat anak yang ramai. Nisa, abang janji akan kotakan janji abang sebelum ni. Percayalah, Nisa.

Dan abang Zakuan? Entahlah dimana dia. Mungkin sudah tiada di Malaysia. Yang penting, tiada dendam di hatiku lagi dengannya. Sekiranya dia pulang, aku juga ingin memohon ampun daripadanya kerana pernah berlaku buruk dengan Nisa suatu ketika dulu. Kini aku tahu kenapa Nisa tidak memberitahu perbuatanku dulu pada abangnya mahupun ibunya. Jawapan yang mudah, supaya dendam ini tidak berpanjangan. Tidak berlarutan. Bersihnya hati Nisa. Semoga Allah juga bersihkan hatiku daripada dendam dan prasangka. Moga hati ini selalu bersih bila mengingati-Mu, Ya Allah… Amin.
posted by Penulisan2u @ 10:30 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 28/10/08 3:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    eyrie: best!!.. bila nk buat novel? :P

     

  • At 28/10/08 1:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    SERONOK, DARI AWAL HINGGA AKHIR. NICE JOB

     

  • At 28/10/08 2:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yela..best sangat..

     

  • At 28/10/08 8:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bes la cite mcm ni .. happy ending ... good job

     

  • At 28/10/08 10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnyer!! yes! nilah cte yg aku nk..len dr yg len! congrates! nk lg..nk lg..hehe

     

  • At 29/10/08 8:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    CONGRATS!!nice work..
    bace pun xpenah boring dr mule smpai abis..ayat awk mmg best..cte pun lain dr lain
    best sgt..
    karang la lagi ek
    -fara (o.0)v

     

  • At 29/10/08 11:19 PTG, Blogger Double-J said…

    like this story...buat novel ea nanti

     

  • At 31/10/08 10:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Thanks to all... however, i'm not very good in novel writing.. tak pandai nak kawal jln cerita.. heheh...
    -DoubleSafs-

     

  • At 5/11/08 4:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    seriously,it's a very nice story..jln cite mmg best n lain dpd yg lain...keep it up...

     

  • At 21/5/12 6:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sumpahhh...cte pling bez....thniah kpd pnulis........:)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group