Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku adalah seorang wanita yang suka merantau.Aku mula merantau semenjak sekolah menengah lagi.Aku merantau mencari ilmu.Kata orang"mencari ilmu biar sampai ke negeri China".Aku masih berpegang kata-kata itu sehingga kini.Aku tidak malu merantau seorang diri. Kini aku berumur 24 tahun.Aku bekerja di salah sebuah syarikat periklanan di Kuala Lumpur sebagai Pegawai Pereka Laman Web. Aku suka dengan pekerjaan aku walaupun penat.Seorang pereka laman web ini perlu mempunyai idea dan kemahiran yang mendalam untuk mencipta sesuatu laman web. Kejayaan aku kini di sokong oleh seluruh ahli keluarga yang aku sayangi dan paling utama ialah tunang aku yang aku cintai.Dialah yang memberi semangat dan dia juga sebagai tulang belakang kejayaan aku selama ini.Mohd Zamarul ialah seorang tunang yang amat memahami kerjaya aku.Memang tidak dinafikan sesetengah lelaki akan bosan jika seorang wanita mementingkan kerjaya berbanding dengan diri mereka.Tetapi aku bersyukur kerana Allah telah menemukan aku dengan Zamarul. Kedua-dua pihak keluarga telah menetapkan hari perkahwinan kami pada hari ke enam raya aidilfitri.Tinggal sebulan lagi majlis perkahwinan kami akan berlangsung.Kami terlalu sibuk untuk membuat persiapan majlis perkahwinan kami. " Sayang, nanti kita berbuka di luar ya." Aku yang tengah membelik katalog untuk mencari design kad jemputan terkejut.Mana tidaknya,dia yang sudah berjanji hendak berbuka puasa di rumah ibu bapanya tiba-tiba hendak berbuka dengan aku diluar pula. "Abang ni kenapa?.Belum tua lagi dah jadi pelupa.Bukankah abang sudah berjanji dengan mama dan ayah hendak berbuka di rumah?" Dengan muka yang blur, dia menepuk dahinya. "Alamak!.Abang lupala.Ehhhmmmmmmm.Ala apa salahnya kalau kita berbuka di luarkan." "Memanglah,tapi abang sudah berjanji dengan mama dan ayah.Lina tidak mahu abang mungkir janji.Nanti mereka merajuk pula.Siapa nak pujuk mereka?" Zamarul yang dari tadi menjadi periang tetiba membuat mimik muka merajuk pada aku. "Ala.Buat muka macam tu pula,Dah besar dan nak jadi suami orang pun masih lagi nak merajuk." Aku menghampirinya dan membisik ditelinganya kata-kata yang membuatkan dia ceria semula. "I love u so much".Aku terus berlari ke halaman rumah. Dia dengan pantas bangun dan mengejar aku sampai dapat.Tiba-tiba ibu menegur aku. "Kamu berdua ni, perangai macam budak-budak.Cubalah jadi matang sikit.Kamu tu dah nak kahwin." "O.k Ibu.Ala apa salahnya kami main kejar-kejar.Lagipun akan ibu tak tahu perangai anak ibu yang sorang ni." Ibu dan Zamarul hanya senyum sinis dengan apa yang aku katakan.Aku terus memeluk erat ibu. "Malam ni, kamu berdua buka dimana?" Zamarul dan aku saling berpandangan.Zamarul menjawab pertanyaan ibu. "Rasanya, saya akan berbuka dengan mama dan ayah." "Kau, Lina?" "Lina.Macam biasalah ibu.Buka dengan ibu dan ayah yang Lina sayangi." "Ikut suka hati kamu berdualah." Ibu berlalu begitu sahaja.Dia tahu kalau dia melayan karenah kami,mungkin dapur tidak berasap.Tidak lama lagi akan masuk waktu berbuka. "Baiklah sayang.Abang pulang dahulu.Nanti sudah sampai rumah, abang telefon ayang." "O.k,Hati-hati bawa kereta.Ingat jangan bawa laju-laju." "O.k sayang.Kirim salam dengan keluarga nanti". Aku menghantar Zamarul ke muka pintu kereta.Sebelum dia pulang, aku menghadiahkan senyuman manis dan ciuman dipipinya serta berkata"Selamat Berbuka Puasa Sayang." Dia hanya tersenyum kepadaku dan terus memecut keretanya pulang. Keesokkan petang, Zamarul datang kerumah aku.Dia mengajak aku keluar untuk membeli beberapa barang lagi yang tidak cukup untuk membuat barang hantaran.Kami membeli belah di salah satu pusat membeli belah yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. "Semalam abang tidur pukul berapa?" "Kenapa tanya?" "Yela.Lina mesej abang.Tapi, tiada balasanpun.Sedih tau." "Ops.Lupa pula abang hendak beritahu.Semalam adik abang guna handsetlah sayang.Handset dia rosak kena air kolam.Semalam dia dengan rakan-rakannya mandi di kolam renang tapi lupa pula hendak keluarkan handset dari poket seluar.Itulah sebabnya.Pagi tadi semasa Ijan pulangkan handset, baru abang dapat mesej ayang.Sori." "Ehhhmmmmmmm.Lain kali beritahulah Lina.Buat susah Lina saja hendak menunggu mesej abang." "Maaflah sayang.O.k.Abang janji tidak akan buat lagi.Promise!" "Kali ini Lina maafkan abang.Sudahlah marilah kita masuk kedai ini.Lina hendak beli barang." "Jom." Aku dan Zamarul membeli belah apa yang patut sehingga kepenatan.Aku melihat jam di tangan sudah pukul 6.15 petang.Waktu berbuka akan masuk tidak lama lagi.Aku mengajaknya berbuka di salah satu restoran yang kami gemari. Pada malam itu, sebelum masuk tidur pasti tunang kesayanganku menelefon untuk melepaskan rindu. "Assalamualaikum….sayang." "Wassalam.Malam ini abang kena tidur awal tau.Esok dah kena kerja." "O.k..Tapi sebelum itu, izinkan abang melepaskan rindu untuk dengar suara ayang supaya abang dapat tidur dengan nyenyak.Hahahahaha." "Abang ni, pandai bergurau ye malam-malam macam ini.’ "Ayang pun jangan lupa tidur awal.Esok abang ambil ayang dan hantar pergi kerja .Boleh?" "Boleh sesangat.Lagipun ayang malaslah nak bawa kereta.Jimat sikit duit minyak kereta." "Yelah.O.k lah sayang abang sudah ngantuk.Lagipun esok nak kena bangun pagi." "O.k.Lagipun mata Lina pun sudah merah berair menahan ngantuk.Esok kita jumpa lagi k." "O.k.Selamat malam sayang.Love u so much." "Selamat malam untuk tunangku yang kusayang dan ku cintai.Love u so much too."
Hari ini sudah masuk hari ke dua puluh lapan kita berpuasa.Persiapan untuk hari perkahwinan kami sudah hampir siap.Aku merasa diriku berada didalam mimpi kerana tidak lama lagi aku akan menjadi isteri orang.Aku bahagia sekali dengan jodoh yang Allah berikan kepadaku. "Ya Allah, aku bersyukur padamu kerana kau telah memberikan aku kebahagian dengan menemukan aku dengan seorang jejaka yang betul-betul mencintai aku dan menyayangi aku.Jika kau telah takdirkan aku bersamanya, kau panjangkanlah jodoh kami sehinggaku menghembuskan nafas terakhir.", bisik hati kecilku.
"Ibu, bagaimana dengan persiapan hari raya nanti?" "Semuanya sudah siap nak.Cuma kuih raya tahun ini berkuranglah sikit.Ibu tidak sempat membuatnya.Akan kau tak tahu yang kami sekarang ini sibuk dengan majlis perkahwinan kau dengan Zamarul." "Oh..tak palah ibu.Kita kali ini tak payah sambut raya dengan meriah sangat.Nanti ibu sakit, Lina yang risau.Bukan Lina saja, ayah dan ahli keluarga kita pun risau." "Kau tak payah risaulah.Lagipun pandailah ibu menjaga diri.Ibu bukannya macam anak kecil lagi." "Ibu, kami sayang ibu macam nyawa kami.Kalau apa-apa yang terjadi pada ibu, kami yang berasa bersalah kerana tidak menjaga ibu dengan baik." Aku melihat air mata ibu mengalir.Aku terus menghampiri ibu dan memeluk ibu dengan erat sekali sambil berkata "Ibu, maafkan Lina kerana membuat ibu menangis.Lina minta maaf ibu." "Tak ada apa Lina.Ibu Cuma terharu dengan keikhlasan anak ibu dan ahli keluarga yang betul-betul menyayangi ibu.Ibu amat terharu." "Sudahlah ibu, laplah air mata ibu.Nanti batal pula puasa ibu." Aku mengambil tisu dan mengelap air mata ibu dengan sepenuh kasih sayang.Aku sudah mengangap ibu sebagai sahabatku sendiri.Aku tidak mahu kehilangan seorang ibu yang aku cintai.
Kedengaran suara takbir memecah keheningan malam raya.Kesemua sanak saudara berkumpul dan bergotong royong untuk menyediakan persiapan hari raya pada keesokkan pagi.Sedang aku khusyuk mengemas bilikku, aku mendapat panggilan telefon daripada tunangku dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa denganku. "Hello sayang.Boleh kita jumpa depan rumah tak?" "Boleh.Tapi, kenapa?" "Tiada apa-apa cuma abang saja hendak jumpa bakal isteri.Abang dalam perjalanan ke rumah sayang." "O.k.Lina tunggu abang depan pagar.Hati-hati bawa kereta." "Thanks sayang."
Sepuluh minit kemudian, Zamarul datang kerumahku dengan wajah yang berseri-seri. "Assalamualaikum wahai permaisuri jantung hatiku." "Waalaikumussalam wahai putera idamanku.Jemputlah masuk.Dekat luar ini sejuk.Nanti esok tidak dapat beraya pula." "Tak payahlah.Kita bersembang diluar sajalah.Lagipun abang lihat dalam rumah ayang ramai sanak saudara datang.So, abang tak nak ganggu mereka." "Ala.Mereka semuakan bakal saudara abang juga.Mimpi apa yang menyebabkan abang datang kemari?" "Saja.Lagipun esokkan hari raya.Abang baru balik dari takbir raya.Alang-alang lalu jalan ini,abang datanglah kerumah sayang.Kenapa?" "Oh.Ingatkan apa." "Esok macam mana?.Sudah siap untuk raya esok?.Mesti meriah raya tahun inikan." "Biasalah.Dia apa kurangnya.Cuba lihat, pelita keliling rumah." Kami ketawa bersama-sama.Tiba-tiba Zamarul melihat aku dengan pandangan tajam dan aku merasa malu walaupun dia kini menjadi tunangku. "Abang ni kenapa?.Tengok Lina macam hendak makan aja." "Tiada apa-apa.Cuma abang ingin melihat wajah wanita yang abang cintai sepuas-puasnya." Aku berasa pelik dengan kata-katanya. "Aik.Abang sakit ke?.Tidak pernah-pernah abang kata macam ini.Abang ini kenapa?.Janganlah takutkan Lina." Dia hanya senyum kepadaku dan memegang erat tanganku sambil berkata "Sayang, andai suatu hari nanti abang tiada disisi sayang, janganlah sayang menagis.Kenang saja memori kita bersama.Janji pada abang." Aku terpaku dan secara tiba-tiba air mataku mengalir sedikit demi sedikit seperti air embun dipagi hari. "Abang, janganlah kata begitu.Jangan buat Lina takut.Abang hendak pergi kemana?" "Abang ada disisi sayang.Abang tidak akan sesekali meninggalkan sayang.Sudahlah, jangan menagis.Malu nanti orang lihat." Aku mengesat air mataku dan memeluk erat Zamarul. "Abang.Lina sayang dan cintakan abang sepenuh hati.Janganlah sesekali abang meninggalkan Lina.Janji!" "Janji!.Hanya maut yang boleh memisahkan kita berdua.Lagipun tidak lama lagi kita akan bergelar suami isteri yang sah.Tidak sabar abang menyambut kehadiran seorang wanita yang dicintai dalam hidup abang." Aku semakin memeluk Zamarul dengan eratnya dan aku dapat rasakan bahawa dia akan pergi meninggalkanku.Tapi, aku cuba membuang segala anasir-anasir jahat didalam pemikiranku. "Oklah sayang.Hari sudah larut malam.Abang terpaksa pulang.Esok kita jumpa lagi.Ayang pergilah masuk." "Baiklah.Abang jangan lupa esok bangun awal dan solat sunat hari raya.Ha…satu lagi, esok jangan lupa datang kerumah." Zamarul mencuit hidungku dan berkata "Baiklah tuan puteri." Sebelum Zamarul pulang, aku meminta maaf kepadanya sempena hari yang mulia ini. "Abang, Lina ingin memohon maaf jika selama ini Lina ada buat kesalahan pada abang.Halalkan segala makan minum Lina dan apa jua yang Lina pernah ambil dari abang." "Abang maafkan.Abangpun mahu meminta maaf pada Lina jika selama ini abang tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai tunang dengan baik." Aku mencium tangannya lalu berkata "Lina amat berbangga dan bersyukur kerana dapat bertemu dengan seorang insan yang amat memahami saya.Lina berharap semoga hubungan kita akan berkekalan sehingga akhir hayat." "Abangpun begitu sayang.Linalah yang terawal dan terakhir bagi abang.Terima kasih sayang kerana sudi bersama abang.Abang akan menghargai segala pengorbanan ayang dan kita akan hidup bahagia.InsyaAllah." Semasa Zamarul beredar meninggalkan halaman rumahku, aku dapat merasakan bahawa Zamarul terlalu jauh dariku.Aku terasa berat hati hendak berjauhan dengannya. "Ya Allah, kau lindungilah insan yang amat kusayangi dan cintai.Kau berilah kami kebahagiaan yang berkekalan."Aku berdoa didalam hati dengan ikhlas dan suci murni.
Keheningan pagi diselubungi awan keinsafan di pagi syawal yang mulia.Burung-burung berterbangan bebas mengiringi awan yang berarak.Langit biru yang seluas lautan china selatan terdampar dengan luasnya.Begitulah keagunggan Yang Maha Besar.ALLAHUAKBAR.!!!
Sedang aku dan saudara mara sibuk memyediakan jamuan dipagi hari, aku dikejutkan dengan satu panggilan yang amat penting dari ahli keluarga Zamarul. "Assalamualaikum Lina.Selamat hari raya." Suara abang Zamarul seakan-akan tersedu-sedu. "Waalaikumussalam bang Kamal.Selamat hari raya.Kenapa telefon awal pagi?.Tidak pergi solat sunat hari raya" "Ehmmm.." Tiba-tiba suara abang Zamarul seakan mengigil dan aku terdengar teriakan ahli keluarga Zamarul.Aku menjadi cemas. "Kenapa bang Kamal?.Apa yang terjadi?.Beritahulah saya bang.Kenapa saya mendengar ramai yang menangis di dalam telefon?" "Sebenarnya, abang tidak dapat menahan kesedihan.Harap Lina bersabar dan bawa banyak-banyak mengucap dengan apa yang ingin abang katakan." Hatiku berdebar-debar bagai guruh di langit.Secara tiba-tiba sahaja air mataku mengalir. "Apa dia bang.Katakanlah.Saya tidak mahu berteka-teki lagi." "Zamarul kemalangan Lina.Dia cedera parah di kepala dan kemudian meninggal ditempat kejadian." "Apa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Ganggang telefon yang ku pegang seakan-akan terlepas. Aku terasa kelam dan gelap gelita.Kepalaku pusing lalu……..
"Lina, bangun nak.Buka matamu." Aku membuka mata sedikit demi sedikit dan air mataku mengalir sederas-derasnya kerana tidak dapat menahan sebak didada.Aku meraung bak dirasuk hantu.Ahli keluarga menenangkanku. "Ibu, Zamarul sudah pergi meninggalkan Lina.Ibu…..Ibu….." Aku memeluk erat ibu dan menangis semahu-mahunya. "Bawa bersabar dan mengucap banyak-banyak Lina.Mari kita pergi melihat arwah di rumahnya." "Tidak ibu.Lina tidak sanggup melihat arwah.Lina tidak sanggup!!!!!" "Lina, bawa mengucap nak.Itu semua ketentuan illahi.Kita kena terima hakikat nak.Setiap yang pergi adalah suatu yang tidak boleh kita halangi sayang." Ibu cuba memujuk aku bertalu-talu dan akhirnya aku sudi pergi melihat arwah yang juga seorang bakal suamiku tidak lama lagi.Aku terkilan kerana segala apa yang dirancang tidak menjadi dengan sempurna.
Setibanya di halaman rumah Zamarul, aku melihat ramai sanak saudaranya yang sedang berduka dan bersedih dengan pemergiaan arwah Zamarul.Aku turun dari kereta dan secara tiba-tiba kakiku terasa lemah longlai.Aku dipapah oleh kedua-dua abang kandungku.Kami memasukki rumah arwah Zamarul dan aku terus dengan pantasnya menghampiri arwah Zamarul.Aku meraung semahu-mahunya.Aku memeluk erat arwah Zamarul dengan eratnya.Kedua-dua abangku menarik tanganku dan menenangkanku.Aku menangis teresak-esak. "Sudahlah nak.Mak cik pun tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mak cik pergi dahulu.Allah lebih sayangkannya Lina.Kita hanya mampu berdoa bahawa Zamarul akan ditempatkan dalam golongan para ulamak dan orang-orang yang beriman." Ibu Zamarul cuba memberi kata semangat kepadaku.Aku berpaling kepadanya dan memeluknya erat.Aku sudah mengangap ibu Zamarul sebagai ibuku juga.
Arwah jenazah akan di kebumikan selepas solat zohor.Seluruh ahli keluarga yang rapat dengan arwah dikehendaki menatap wajah arwah buat kali terakhir.Aku yang juga merupakan bakal isterinya pada raya keenam tidak sanggup melihat arwah di bawa pergi.Alangkah suramnya suasana hari raya kali ini. Sambutan hari raya yang sepatutnya disambut dengan gembira secara tiba-tiba diiringi dengan air mata kesedihan. "Ya ALLAH.Sungguh besar ujian yang kau berikan kepada kami.Aku pasrah dan redha dengan apa yang terjadi.Aku tahu pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.", hatiku berbisik kedukaan.
Kini sudah 44 hari arwah Zamarul pergi meninggalkan aku.Dia pergi takkan kembali lagi.Setiap waktu apabila aku terkenangkan segala memori bersamanya, aku akan menangis.Aku berasa terkilan kerana aku tidak sempat menjadi isterinya dan membahagiakannya.Namun aku akui setiap apa yang berlaku sudah ditentukan Allah sejak azali lagi.Aku hanya mampu berdoa agar roh arwah Zamarul akan dicucuri rahmat dan akan sentiasa dilindungi Allah Yang Maha Besar.Amin
wah.emosi benar nampaknya anda semua..hehe..betul gak..bila berkisar tentang islam iaitu syawal kena lah alert dengan islam..banyak peluk jer tengok..bertunang jer kan..masih haram..n cium tangan tu tak batl tapi makruh jer..apapun lebih berhati2 apabila melontarkan idea..k..cerita menarik..cuma jangalah asyik mati jer hero..bisa semput baca...heheh...ending mati ini tak begitu menarik perhatian saya lah..
ALAA..in reality mmg camtu pon..skang ni dah xknal muslim ke,islamic ke same jekk.. byw,cte cam xbrapa nak flow,cite yg bleh agak endingnya.bg suspen skit next time ok! and xsuke sgt mamat tuh mati
dlm cerpen la kita bagi tau cara bcinta yg sebenarnya di mahukan dlm islam...mna tau tbuka lah minda org2 zaman skrg bila bca cerpen yg berunsur islamic..dgn cara mcmtu InsyaAllah dpt mengingat kn org zaman sekarang tentang batasan lelaki dan perempan yg bkn mahram. apapun saya suka jln cerita cerpen ini...snk9
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam
riter nk tego skit ah .. walopun cite ni islamic tp dh t'pesong jaoh...
org yg b'tunang masih haram d'sentoh , d'lihat dll.(cari la maklumat tu sdri )
jato imej umat islam cam ni...
~freze~