Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku merenung kosong skrin laptop di hadapanku . Aku tidak tahu apakah yang harus aku lakukan kini . Adakah aku masih mencintainya? Kejamkah sekiranya aku berperasaan sedemikian ? Hipokritkah aku kerana mengatakan cinta kepada Faizal , teman lelakiku kini? Benarkah aku menyintai Faizal? Benarkah aku sudah melupai cintaku kepada Hakim, lelaki pujaanku semenjak sekian lama? Persoalan demi persoalan menerjah ruang benakku .Aku jadi bingung . Pertemuanku dengan Hakim siang tadi benar-benar menganggu fikiranku.Walaupun di hadapannya aku kelihatan tenang ,namun dalam hatiku hanya Tuhan yang tahu. Jauh di sudutku hatiku aku sangat bahagia apabila dapat menatap wajahnya semula .Jantungku berdegup kencang saat bertentang mata dengannya,lidahku kelu untuk berbicara dengannya. Aku seolah-olah masih mengharapkan dia.Aku mengharapkan dia masih mencintaiku .Indah,cukup indah perasaan itu . Demi Tuhan,aku amat merindui wajahnya.Aku tersenyum sendirian mengenangkannya . Namun bayangan wajahnya tiba-tiba bertukar menjadi bayangan Faizal yang sedang tersenyum kepadaku . Serta-merta senyumanku mati.Aku mengeluh berat. Benar kata rakan karibku ,aku memang tidak patut berperasaan begitu lagi sedangkan aku kini sudahpun berpunya . Namun, tiada siapa yang tahu hatiku sebenarnya sentiasa merintih hiba mengenangkan nasibku.
Kadang-kadang aku menyesal sangat-sangat kerana menerima lamaran Faizal yang sudah lama menyimpan perasaan terhadapku semenjak aku menjejakkan kaki di kampus ini. Ketika aku menerimanya ,aku tidak berfikir sedalam-dalamnya kerana ketika itu aku begitu kecewa dengan Hakim. Aku menyintainya dalam diam namun dia sedikitkpun tidak menunjukkan apa-apa perasaan terhadapku.Sungguh,aku benar-benar kecewa.Lebih-lebih lagi tanpa aku menyangka dia menjadi orang tengah untuk mengeratkan hubungan aku dengan Faizal memandangkan dia adalah salah seorang rakan karibnya . Hatiku ketika itu bagaikan disiat-siat,sakit sangat . Sampai hati kau Hakim buat aku begini.Kau menyeksa hatiku untuk menyintaimu sejak sekian lama . Kau kejam.Tidakkah sedikitpun kau menyukai aku? Adakah aku benar-benar bertepuk sebelah tangan? Yang lebih menyakitkan hati lagi , Hakim sedaya upaya memujukku untuk menerima Faizal .Katanya Faizal seorang lelaki yang sangat-sangat baik dan penyayang sangat sesuai denganku. Sebenarnya sudah lama kawan-kawanku selalu menggosipkan aku dengan Hakim kerana mereka tahu aku amat menyukainya sehinggalah hal ini sampai ke telinganya.Hakim begitu marah padaku .Katanya aku tidak patut menyukainya kerana dia khuatir Faizal akan memandang serong terhadapnya .Dengan itu ,Hakim meminta penerangan dariku .Masih jelas lagi dalam ingatanku kata-kata pedasnya.
"Farah, aku nak cakap sikit dengan kau," teguran Hakim mengejutkan aku yang sedang khusyuk mentelaah di bangku dalam taman universiti . Aku menghadiahkannya senyuman manis .Hatiku berbunga riang kerana jarang dia mengegurku dulu.Namun , wajahnya kelihatan begitu keruh . Dia langsung tak membalas senyumanku. "Ada apa Hakim,cakapla.." kataku lembut. "Tak boleh cakap kat sini,jom ikut aku ," katanya separuh berbisik .Aku mengerutkan dahi,Tidak mengerti kenapa aku harus melakukan begitu .Tapi aku mengikutnya tanpa banyak soal apabila melihatnya berlalu dari situ ke arah satu penjuru yang agak terlindung dari orang ramai. " Aku nak tanya kau one thing .Aku nak kau jawab dengan jujur..please.Aku dah macam nak gila dah fikir pasal benda ni," keras suaranya menuturkan kata .Matanya merenung tajam mataku sehingga membuatkan aku tidak keruan .Akhirnya aku mengalihkan pandangan ke arah lain.Aku mula berasa tidak sedap hati. "Nak tanya apa? Tanya jela . InsyaAllah aku akan try jawab betul-betul," jawabku dengan jantung yang berdegup kencang . Kedengaran Hakim menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya kuat seperti ada beban yang amat berat sedang mengganggu fikirannya. Dia diam seketika . Matanya masih merenung mataku .Aku cuba memberanikan diri memandangnya namun gagal .Penangan matanya sungguh berbisa.Aku tewas dengan jelinganya . " Hakim,tell me what?" Tanyaku lagi kerana Hakim masih lagi membisu. "Ok,macamni la..aku dengar gosip aku dengan kau…" Hakim mula bersuara . Kasar. "So?" Tanyaku dengan suara yang menggigil . Adakah ini yang mengganggu fikirannya? "So,aku nak kepastian pasal benda ni.Betul ke gossip tu ? Tolong lah,aku harap benda ni tak betul sama sekali!" Ayat hujungnya ditekankan membuatkan aku terkedu . Aku mencari kekuatan untuk menjawab soalan itu . " La..kau nih.Dah tahu namanya pun gosip ,kau nak percaya buat apa? Buat tak tahu jela," entah bagaimana boleh terkeluar ayat itu dari mulutku .Aku cuba menutup rasa gugupku dengan berbohong. Dalam hatiku meraung ingin mengatakan ‘Ya,gosip tu betul.Aku benar-benar menyintai kau Hakim’.Namun perkataan itu tersekat di kerongkongku . " Hurmm..baguslah macam tu.Lega hati aku .Aku sampai nak gila fikir pasal benda nih. Kaupun tahukan si Faizal tu suka kat kau .So aku tak nak orang kata aku kacau awek dia.Aku tak nak dia fikir lain pasal aku,"jawabnya selamba. Ya Allah,ketika itu aku rasa ingin menangis sahaja di situ namun aku cuba kuatkan semangat .Sampai hati dia berkata begitu terhadapku. " Apa kena mengena dengan Faizal.Hei,aku dengan dia kawan je lah!" Bentakku keras.Aku melepaskan geram terhadapnya . Dia langsung tak fikirkan perasaanku! " Mengaku jela Farah,satu kampus dah tahu pasal korang . Gambar-gambar kau bersepah dalam laptop dia .So, kau nak nafi pe lagi?" Katanya sambil tersenyum sinis sengaja menambahkan sakit hatiku. Aku sudah tidak tahan dengan kesakitan ini Ya Allah . Tabahkan hati hambamu ini. "Ok fine!" Jawabku lantas berlalu pergi meninggalkanya . Hatiku benar-benar hancur. Air mata yang dari tadi bergenang di kelopak mataku akhirnya tumpah jua.
Jadi jelaslah Hakim langsung tidak menyukaiku apatah lagi menyintaiku.Langsung tiada perasaan! Hatiku remuk .Aku menangis sepuas-puasnya . Hidupku seolah-olah tidak berguna lagi. Aku tidak menyangka lelaki yang aku cintai dan puja selama ini berkata begitu terhadapku malah menyakitkan hatiku . Bodohkah aku kerana jatuh cinta dengannya ? Bodohkah aku menyintainya dalam diam? Bodohkah aku?? Hampir 2 tahun aku memendam perasaan terhadapnya .Aku suka sikapnya yang berkarisma .Aku suka cakapnya yang berhemah,budi bicaranya yang peramah serta suka membantu,senyumannya yang manis dan gurauannya yang mencuit hati yang dilengkapkan lagi dengan wajahnya yang kacak membuatkan hatiku benar-benar terpaut dengannya.Dia memang lelaki yang sempurna pada pandangannya. Namun,rupa-rupanya selama ini aku buta menilai semua itu . Nampak sahaja baik tapi kata-kata yang dia lontarkan terhadapku begitu pedas pada pendengaranku .
Semenjak hari itu,aku jarang bercakap dengannya walaupun sekelas. Beberapa minggu kemudian ,Faizal melamarku untuk menjadi teman wanitanya . Awalnya aku menolak kerana aku tidak mahu memikirkan soal perasaan lagi ketika ini.Cukuplah Hakim melukai hatiku. Aku masih kecewa,kecewa sangat-sangat . Namun , usaha Faizal memikatku tidak berhenti setakat itu . Dia meneruskan usaha untuk memikat hatiku . Benar kata Hakim ,Faizal adalah seorang yang sangat baik dan penyayang . Dia sangat mengambil berat soalku . Pelbagai cara dia lakukan untuk menarik perhatianku terhadapnya sehingga membuatkan aku begitu terharu . Akhirnya, apabila dia melamarku sekali lagi,aku menerimanya kerana dendam cintaku terhadap Hakim,lebih tepat lagi kerana ingin mengubati rasa kecewa terhadapnya. Walaupun aku tidak menyintai Faizal ,aku akan cuba menanamkan rasa cinta terhadapnya walau aku terpaksa merentas lautan api sekalipun .Aku akan cuba..InsyaAllah..Aku sudah penat menyintai orang yang tidak menyintai diriku. Lebih baik orang itu menyintaiku daripada aku menyintainya . Sekurang-kurangnya aku tidak kecewa sekiranya dia tinggalkan aku suatu masa nanti .Walaupun kedengaran agak kejam dan tidak patut namun itulah hakikatnya .Aku sudah takut dikecewakan lagi .
Hubunganku dengan Faizal semakin lama semakin intim .Dia akhirnya mengatakan hasratnya untuk berkahwin denganku setelah kami tamat belajar . Lidahku kelu seketika apabila perkataan ‘kahwin’ meniti dari bibirnya . Aku jadi takut.Bagaimana aku mahu berkahwin dengan orang yang aku tidak cinta .Bisakah aku mengharungi hidup dengannya sehingga ke hari tua? Sesungguhnya aku menyayanginya namun aku tidak menyintai walaupun aku telah berusaha sedaya-upaya untuk mananamkan rasa cinta terhadapnya dalam hatiku . Aku tidak dapat menipu diri sendiri bahawa aku telah melupakan Hakim . Tidakku sangka ,alangkah sukarnya untuk melupakn cinta pertama atau orang selalu cakap "1st love". Aku tidak dapat lari daripada perasaan rindu untuk menatap wajah Hakim . Walaupun begitu , pada masa yang sama aku tidak mahu melukai hati lelaki sebaik Faizal . Dia sangat-sangat mencintaiku .Sudah 4 tahun dia memendam rasa terhadapku walaupun aku tidak pernah mengetahui perasaannya .
Fikiranku bertambah berserabut apabila pada suatu hari salah seorang rakan lelakiku memaklumkan sesuatu kepadaku sehingga membuatkan aku menangis sekali lagi . Ya Allah,apakah semua ini ??
"Farah, aku rasa kau kena tahu pasal ni," kata Imran,sahabat baik Hakim ketika aku selesai study group dengannya dan ahli lain .Ketika itu hanya aku dan Imran berada di bilik study perpustakaan. Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya. " Yup.Kena tahu pasal apa?" soalku tidak sabar ingin mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh Imran. " Hakim suka kau ," kata-kata Imran membuatkan jantungku berhenti berdegup seketika . Fikiranku melayang ,terkejut dengan apa yang aku dengar.Cepat-cepat aku kembali ke alam realiti. " Mustahil lah.." Jawabku sepatah sambil tergelak cuba menutup rasa terkejutku. " Betul..Aku tak tipu . Aku faham benar perangai dia .Kami kan dah jadi roomate 3 tahun berturut-turut. Semalam masa kau tak pi kelas sebab sakit demam .Dia risau gila .Dia memang tak dapat tidur teringat kat kau, asyik tanya aku je macam mana keadaan kau," sambung Imran lagi .Aku seakan tidak percaya . " Alah, risau je tak semestinya suka," aku menjawab acuh tak acuh. "Farah..aku tahu kau suka dia jugak kan?" Muka Imran kelihatan serius . Dia mengerutkan dahi inginkan kepastian dariku. "Hish mana ada aku suka dia ,mengarutlah," seboleh-bolehnya aku tidak mahu menjawab soalan itu. Malu. "Kau jangan tipu aku Farah.Aku kenal kau dari 1st year lagi . Aku nampak pandangan kau sangat lain bila pandang Hakim .Pandangan kau kat orang lelaki lain biasa jek.Aku tahula sebab akupun penah camtu.hehe," kata imran separuh berseloroh membuatkan wajahku membahang panas. Malunya.Imran perasanke? "Erm..entahlah Imran . Tak gunapun kalau aku cakap suka.Dia bukan suka akupun. Muka dia cam lagsung tak ada perasaan kat aku,"aku mengeluh halus. "Farah,dia suka kau sangat-sangat.Bukan setakat suka ,tapi tangkap cintan la sama kau. Dia selalu cerita kat aku pasal perasaan dia kat kau ,Farah..Dah lama dia suka kau .Dia betul-betul tak berani nak tegur kau.Cuma suka kau dalam diam jela.Tapi bila dia nak cakap kat kau tiba-tiba Faizal pulak jumpa dia mintak tolong jadi orang tengah nak pikat kau. Dia dengan Faizal tu dah lama berkawan.So ,dia tolongla jadi orang tengah walaupun hati dia sakit sangat . Dia buat tu demi kawan . Dia sanggup abaikan perasaan dia sendiri demi kawan kau tahu..," penerangan panjang lebar Imran benar-benar membuatkan aku terkejut . Mataku berpinar .Aku merasakan tubuhku ingin rebah ke bumi namun aku tahan . Hakim!!! Hatiku menjerit hiba . Mengapa ini harus terjadi kepadaku! Air mataku mengalir laju . Mengapa sekarang baru aku tahu ?Mengapa setelah aku menjadi teman wanita Faizal?? "Farah,kau ok ke?" Imran mula cemas.Aku mengangguk lesu sambil mengesat air mataku yang tidak berhenti mengalir.Imran kelihatan sungguh kaget dengan situasi itu. "Imran,kenapa kau baru cakap ? Kenapa baru sekarang ?" rintihku. "Sory,Farah. Hakim larang aku bagitau kau pasal ni sebab dia tak nak cari gaduh dengan si Faizal tu .Tapi aku dah tak tahan tengok dia.Kesian sangat. Diri dia tak terurus lepas dapat tahu yang kau couple dengan Faizal," jawab Imran jujur.Aku menggelengkan kepala masih tidak percaya dengan apa yang aku dengar. " Sampainya hati dia," jawabku dengan suara serak menangis. "Kau tak boleh salahkan dia,dia tu jenis setia kawan .Sanggup abaikan perasaan diri.Huh,kalau aku la..tak kannya .Kalau terus camtu sampai bile tak de awek," aku hanya tersenyum kelat mendengar ulah Imran. "Ermm.."aku sudah tidak tahu apa yang harus dicakapkan lagi. " Kau fikirla elok-elok pasal ni," "Imran,tolong rahsiakan pasal ni eh?Aku tak mahu dia tahu yang aku suka dia sangat.Aku tak mahu dia lagi kecewa..please.." rayuku. "InsyaAllah..," jawab imran sambil menghela nafas berat..
Air mataku mengalir tanpa aku sedari . Kata-kata imran beberapa bulan yang lepas masih terngiang-ngiang dalam benakku . "Farah,dia suka kau sangat-sangat.Bukan setakat suka ,tapi tangkap cintan la sama kau" Tidak!! Jiwaku merintih hiba . Apakah semua ini?? Setelah aku bersusah payah untuk mencintai Faizal , mengapa aku harus mengahadapi permasalaahan ini . Walau sedalam mana cintaku terhadap Hakim,aku tidak akan sesekali melukai hati Faizal .Aku tidak akan sesekali memutuskan hubungan dengannya kerana ini.InsyaAllah..Lelaki itu terlalu baik , tidak seharusnya dilukai.Kejamlah aku sekiranya aku melakukan begitu .
Aku kini dalam dilema . Tiada siapa yang memahami perasaan ini .Walau sekuat mana usahaku untuk melupakan Hakim,walau sejauh mana aku lari dari masalah ini,aku masih tidak dapat mematikan perasaan cintaku ini terhadapnya . ‘Maafkan Farah , abang Faizal..Farah tak bermaksud mahu menduakan abang..tapi Farah benar-benar lemah untuk menghadapi semua ini’ . Hatiku menangis sayu. Sekiranya aku memberitahu perasaanku ketika ini kepada rakan karibku ,sudah pastinya aku akan dimarahi kerana mereka mesti fikir yang aku tidak ikhlas menerima Faizal . Aku buntu . Pertemuan dengan Hakim di kenduri doa selamat di rumah salah seorang lecturer pusat pengajianku siang tadi benar-benar menganggu fikiranku .Dia langsung tidak menegurku . Dia seperti mahu mengelak dariku . Aku hanya mampu memerhatikannya dari jauh sekurang-kurangnya dapat mengubati rindu di hati ini . Aku cuba melemparkan senyuman terhadapnya namun sedikitpun dia tidak membalasnya . Aku kecewa ..
Sesungguhnya inilah yang terjadi terhadap diriku.Kisah ini bukan kisah rekaan semata-mata tetapi melibatkan diri ini . Kini,aku masih buntu siapakan jodohku yang sebenarnya. Aku keliru dengan perasaan sendiri .Aku fikir aku sudah berjaya melupakan Hakim rupa-rupanya perasaan sayang terhadapnya masih bersisa . Bohong jika aku katakan yang aku tidak mengharapkannya . Jika Faizal tahu soal ini,sudah pastinya dia kecewa . Sudah pastinya dia menganggapku perempuan hipokrit,kejam dan playgirl . Demi Tuhan,tak terlintas di fikiranku untuk melakukan semua ini .Amat sukar bagiku untuk menilai baik buruk kerana ia melibatkan soal hati dan perasaan dan yang lebih menakutkan ia turut melibatkan soal hidupku sehingga ke akhir hayat setelah mendirikan rumahtangga .Siapakah jodohku?Faizal atau Hakim ?Sekiranya jodohku Faizal,bahagiakah aku setelah mengahwini Faizal ? Ya Allah,tunjukkanlah aku jalan..hambaMu ini sangat lemah Ya Allah..
ini cerpen ker atau luahan rasa sendiri.. maaf lah cara penyampaian yg agak membosakan n takde kesudahan
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam cek x bce habis.. first dah bosan.. cek nasehat hang sabo je ahh.. jgn pikiak sgt hal2 mcm nie..
cinta pd allah abadi x spt manusia..
ikhlas dr freze