BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 27, 2008
Cerpen : Sepanjang Jalan Rindu
Nama Pena : Syuhadah Hassan

Aku memandang wanita yang tunduk di depanku kini. Suasana hening kerana di bilik ini hanya tinggal kami berdua sahaja. Jika diimbas semula, segala-galanya berlaku dengan pantas dan kini aku terpaksa akur bahawa didepanku ini ialah isteri yang aku nikahi secara sah.

Wanita bertudung litup ini masih lagi menangis. Aku menerima nikahnya, Atika binti Aiman Hafizi. Pasti ramai yang mengatakan aku sudah hilang akal dengan bernikah dengan seorang wanita yang tidak pernah aku kenal, jumpa ataupun cinta hanya dalam masa tiga hari.

Semuanya berlaku bila malam itu aku yang dalam keadaan keadaan separuh sedar kerana mabuk mendengar rintihan Fauzana yang dituduh menggelapkan wang syarikat hanya kerana gara-gara dia bercinta dengan Ruzman, menantu majikannya. Aku tidak menyalahkan Fauzana kerana aku tahu dia sudah sedia maklum tentang status lelaki yang dicintainya dan aku tahu lelaki itu ikhlas serta mampu membahagiakan dirinya dan isterinya sendiri.

Hati aku yang tersayat mendengar penderitaannya tidak akan ku biar begitu saja kerana kasih sayang aku padanya tidak berpenghujung. Lagipun, kami berdua sebatang kara di dunia ini. Dari celik mata dan mula mengenali dunia kami tidak pernah tahu serta kenal tentang ibu bapa dan keluarga kami. Susah payah kami harungi semasa berada di rumah anak yatim mengajar aku erti menghargai insan di sisi dan erti pengorbanannya kepadaku yang sudi menjaga makan pakaiku walaupun aku seorang penganggur bertauliah.

Lalu aku berlutut menuntut pembelaan dan pembebasan bagi pihaknya kepada majikannya, Dato’ Maimon. Agak sukar untuk ikat jamin tanpa wang dan bukti. Lalu aku menyerahkan nyawaku sebagai sandaran. Aku tidak bermakna untuk apa dan siapa pun. Wanita itu senyum sinis. Bongkak!

Tapi, aku melihat mukanya bagai memikirkan sesuatu. Lantas aku ditawarkan untuk sesuatu yang tidak pernah aku impikan, kahwin percuma! Atas sebab apa dan untuk apa tidak dinyatakan dalam syarat perjanjian. Tugas aku cukup mudah, kahwin dan ikut saja segala arahan Dato’ Maimon. Dengan persetujuan yang aku capai, maka gugurlah segala tuduhan ke atas Fauzana dan dia mula bekerja di syarikat lain. Dia masih hairan dibebaskan dari ugutan masuk penjara dan lagi pelik bila aku menyatakan niat aku untuk bernikah dalam masa yang cepat. Alasanku cukup mudah, tidak mahu terus menerus menyusahkannya dan sudah sampai seru. Tapi, suku dari gaji bulanan Fauzana masih milikku!


"Awak boleh dapat saya, tapi awak tak boleh dapat cinta saya..", akhirnya wanita itu bersuara mematikan lamunanku. "La..ingatkan bisu tadi! Em..aku pun tak kepingin!", kataku sambil melangkah ke pintu, mahu keluar. Orang tak mahu, aku lagi tak sudi!

"Habis tu, buat apa awak nikahi saya?!", dia menempelak. Ada tanda-tanda ‘Queen Qontrol’! "Hobi..". Aku angkat bahu dan keluar dari tempat itu. Aku tertanya-tanya, kenapa orang tua itu beria benar mahu menikahkan perempuan ni? Perempuan ni ada masalah mentalkah? Atau dia memerlukan pewaris? Mahu pulak berketurunan aku yang tidak tahu hujung pangkal ni? Apa-apa pun yang terjadi, sebenarnya ia tidak menjejaskan kehidupan aku.

Kerja utamaku ialah pelumba motor jalanan yang tidak diiktiraf. Kerja ‘part-time’ aku pula ialah merayau keliling kota bersama teman-teman serta berkumpul di pub atau pusat snooker. Hidup kutu rayau macam ialah malam umpama siang dan siang adalah malam. Aku masih merahsiakan status aku dari semua orang yang aku kenal, kerana pasti saham aku akan menurun nanti!

Oleh kerana semalam aku menang besar race motor, jadi aku meraikannya bersama kawan-kawanku. Aku tak balik semalaman dan bila aku balik ke rumah sebelah tengah hari, ‘isteriku’ tiada. Hanya tinggal seekor kucing di dalam sangkar. Aku ke dapur dan aku lihat dia sudah menyiapkan makan tengah hari. Rezeki, tidak baik ditolak, jadi aku makan tengahari di rumah. Aku terlelap kerana kekenyangan dan aku terjaga bila azan bergema. Aku bingkas bangun dan aku lihat dia sedang menutup pintu dengan berpakaian seragam jururawat. Oh, dia seorang nurse!

Kami saling berpandangan tanpa sebarang reaksi. "Aku minta maaf. Aku makan nasi kau..". Aku berbicara tanpa menatap wajahnya. "Saya masak je, kalau awak rasa nak makan, makan. Kalau tak nak, saya bagi kucing makan", katanya lalu pergi. Oh, jadi, makanan aku dengan makanan kucing sama je?! Apa hina sangat ke aku ni?!

Aku baru mahu membalas kata-katanya tetapi dia telah masuk ke bilik. Aku mengintai dari celah daun pintu dan aku dapati dia sedang menangis! Adakah dia terasa hati dengan tingkah aku selama ini? Aduh, aku ni memang lemah dengan airmata wanita. Mahu masuk untuk meminta maaf, khuatir nanti dikatakan mengganggu ketenteraman pula. Jadi,aku mengambil keputusan untuk memberikan dia ruang untuk bersendiri. Tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan bantuan orang lain dan tidak semua rahsia yang boleh diketahui orang lain.

Selepas mandi, aku keluar dari bilik dan aku lihat Atika berada di ruang tamu. Televisyen memaparkan berita kemenangan Malaysia dalam sukan squash, tetapi aku lihat airmatanya yang mengalir keluar. Rambutnya dilepaskan pada paras bahu dan wajahnya nampak menanggung luka yang amat dalam tetapi masih ayu walaupun menangis. Pelik, kalau hobi aku kahwin, takkan hobinya pula menangis?!

Begitulah kehidupan kami saban hari, berlarutan hingga seminggu. Kadang-kadang aku balik dia ada di rumah,dan kadang-kadang tidak ada. Mungkin dia bekerja secara syif. Apa yang selalu ada, hidangan di bawah saji tidak kira waktu bila pun aku balik dan kucing perangnya, selaku pengganti dirinya.

Waktu aku pandang dia, waktu itu jugalah dia sedang termenung dan menangis. Mula-mula aku biarkan saja, tapi kalau hari-hari pandang, rasa nak tahu sentiasa memaksa.

Malam itu, kami makan malam semeja. Rasa kekok sebab aku tak pernah makan bersama dengannya sebelum ini. "Er..kalau aku nak tanya boleh?". Dia pandang aku dan mengangguk. "Kenapa kau selalu menangis, ek? Kau ada masalah? Tak pun kau tak cukup duit nak masak untuk aku? Kau dah penat kerja? Tak pun kau tak boleh hidup tanpa aku? Tak pun kau…"

"..Saya punya suka lah saya nak buat apa pun! Selagi saya tak menyusahkan hidup awak ,rasanya baik awak jangan masuk campur hal saya! Lagipun saya tak pernah ambil tahu dan tak ingin ambil tahu tentang hal awak! Kalau tahu macam ni, masak untuk kucing lagi bagus..!". Nah, padan muka aku! Siapa suruh ‘busy body’ sangat, dah kena marah. Jangan jolok sarang tebuan, ini lah akibatnya. Sekarang aku dah jumpa cacat dan celanya. Ada ke patut dia sama kan aku dengan kucing! Tak silap lagi, dia ni ada masalah dengan manusia tapi tidak ada masalah langsung dengan kucing!

Dia mengangkat punggung lalu membasuh tangan dan meninggalkan aku terkulat-kulat di situ. Tak pe, oleh sebab kau masak hari ni, jadi aku bebaskan kau tanpa sebarang ikat jamin. Kalau tak, dengan kucing-kucing sekali aku rembat!

Aku terpaksa bermalam di rumah hari ini kerana hari hujan dan rakan sejenayah aku semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Mahu ke rumah Fauzana, pasti banyak pula ditanyanya setelah tiga malam aku berada di rumahnya. Aku menarik bantal dan selimut lalu berdengkur di bilik sebelah. Dia nampak tak hairan aku berkelakuan begitu kerana jika aku terus berdegil mahu sekatil dengannya, pasti dia sanggup sesangkar dengan kucing dari bersama aku.

Aku bangun pagi aku lihat kasut ‘nursenya’ sudah tiada. Bermakna dia tiada! Aku ke dapur dan aku mendapati ada sebungkus nasi lemak untukku. Nasib baik dia masih sudi membeli sarapan untukku. Aku senyum sinis pada kucing di dalam sangkar. Kiranya aku bernasib baik dari kucing kesayangannya pagi ini.

Aku terpanggil untuk menyelinap dalam biliknya. Tak kunci! Aku masuk dan aku lihat biliknya kemas, tiada sebarang tanda yang dia seorang pemalas. Aku tertarik melihat gambar di tepi katilnya. Ku tatap gambar itu, memang bukan wajahku tetapi seorang lelaki yang lebih kacak dariku memegang sijil dengan jubah, mungkin gambar selepas konvokesyen. Aku terpandang sesuatu di bawah bantal. Aku capai dan aku dapati itu diarinya. Rasanya tak salah membaca rahsia orang untuk tahu kebenaran sebenar.

Atika pernah bercinta dengan Rafiq yang dikenalnya semasa sama-sama menuntut dalam bidang perubatan dulu. Rafiq merupakan bakal doktor dan mereka mula rapat bila Rafiq membantunya ketika keretanya rosak. Dari situ mereka mula rapat dan Atika pula hidup dengan ayahnya seorang inspektor polis. Atika tidak menyukai nenek ayahya, Dato’ Maimon yang sentiasa mencari kesalahan dirinya bila dia berada bersama ayahnya. Atika pernah ditunangkan dengan Rafiq dan waktu seminggu lagi sebelum mereka bakal bernikah, hubungan mereka renggang kerana Rafiq dan keluarganya termakan hasutan Dato’ Maimon yang mengatakan Atika anak luar nikah.

Atika rasa cintanya pada Rafiq tergugat dan dia menyalahkan ayahnya yang selama ini dihormati dan disayangi kerana menyembunyikan perkara sebenar walaupun disangkal ayahnya. Atika bertengkar hebat dengan Rafiq yang mahu membatalakn perkahwinan dan kereta yang dipandu Atika bertembung dengan sebuah kereta lain lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan Rafiq yang berada di dalam kereta bersama Atika meninggal dunia.

Atika rasa terbeban kerana semua ahli keluarga Rafiq menyalahkan dirinya sebagai penyebab kehilangan Rafiq. Ayahnya juga terlibat dalam kemalangan sewaktu menjalankan tugas dan dia dikatakan lumpuh dan tidak dapat berjalan seperti biasa. Melalui Dato’ Maimon, Atika mengetahui yang ayahnya tidak mahu berjumpanya kerana berkecil hati dengan sikap Atika yang terlalu mengikut perasaan dan tidak mempercayai ayahnya.

Atika berjumpa dengan Auntie Sofia, kawan baik ayahnya untuk mengetahui perkara sebenar dan barulah Atika tahu yang ibunya tidak seperti yang digambarkan. Sekarang, Atika yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta suka menyendiri dan menangis mengenangkan Rafiq yang meninggal lebih sebulan yang lalu. Dato’ Maimon ingin mengahwinkan Atika supaya Atika tidak bersendiri lagi dan dapat melupakan Rafiq. Atas persetujuan ayahnya, maka Atika terpaksa akur untuk berkahwin dengan lelaki pilihan Dato’ Maimon.

Aku menutup diarinya dan keluar dari bilik itu. Wanita ini lagi kesian dari aku. Sekurang-kurangnya aku masih ada Fauzana, tapi dia walaupun ada keluarga yang kaya tetapi semuanya pulaukan dia, apa guna? Aku mengerti sekarang kenapa dia selalu menangis.

Sudahlah aku mabuk, ada pula yang ambil kesempatan untuk membalas dendam dengan menyerang hendap aku dan motor kesayangan aku hanya sebab mereka kalah perlumbaan tadi dan aku ialah juaranya. Dalam keadaan terhuyung-hayang aku terpaksa balik ke rumah ‘isteriku’. Kebetulan aku menjejaki tangga untuk naik ke rumah di tingkat 3, dia baru sampai dengan kereta Kancil berwarna silver metallic.

"Eh..cik misi!", kataku memalukan diri sendiri. Dia mendekatiku. "Awak mabuk?! Awak ni betul-betul gila lah!", dalam membebel dia sempat memapahku naik ke atas. Masuk ke rumah, terus dia menghempas aku ke sofa. "Aduh, cik misi ni tak pandai berlembut langsung dengan pesakit!" "Eh, awak tahu satu perkara tak, kalau awak tak duduk serumah dengan saya, saya tak ingin pun nak buang masa pimpin awak naik tau!"

"Ya..aku tahu..siapa lah aku ni kalau nak banding dengan kau..cucu orang kaya dengan harta tak habis 7 keturunan..! Ada keluarga, ada bapak..aku ni apa ada? Kerja tak ada, hidup pun bergantung pada adik aku..datang tak dijemput, pergi lagi orang suka..". Atika berhenti dan menoleh. Aku mengurut dada kerana loya. Atika meluru ke dapur mendapatkan baldi dan aku memuntahkan segala isi perutku. Dia menghilang lagi dan kembali semula dengan tuala dan air suam. Dia memberikan aku minum dan menuam lebam di mukaku seperti aku seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital.

Aku terkejut dengan tingkahnya namun di bawah pengaruh alkohol, aku masih lagi bercakap di luar kawalanku. Langsung tiada niatku untuk meraih simpatinya. "Awak tinggal di mana sebelum ni?" "Tepi jalan dengan Fauzana..seronok apa, kita boleh tengok matahari terbit, matahari tenggelam..macam-macam orang boleh jumpa..", aku ketawa. Entah bila aku boleh terlelap dan entah apa yang telah aku katakan kepada Atika.

Aku menoleh jam di dinding dan aku lihat jam menunjukkan pukul 06.05 pagi. Atika tiada di sisiku dan aku lihat biliknya terang dengan daun pintu terselak.
Aku mengintai dari celah daun pintu dan aku dapati dia sedang solat. Baru aku sedar yang aku telah lama tidak sujud menghadap tuhanku yang satu. Ya Allah! Ampunkan aku, aku telah alpa pada-Mu dan aku telah mengabaikan tanggungjawab terhadap-Mu! Aku mendekati segala laranganMu dan tidak patuh kepadaMu! Aku hambaMu yang lemah dan selalu melakukan kesilapan..

Aku masih lagi menatapnya bersolat dan bila dia memberi salam, segera aku menuju ke sofa semula. Aku diam di situ dan seketika kemudian aku mendengarnya mengaji al-Quran. Tenteram dan damai rasa jiwa. Sungguh beruntung sesiapa yang mendapat wanita ini, tapi dia sungguh malang kerana mendapat aku menjadi suaminya. Setakat ini, aku rasa wanita ini tidak ada cacat celanya lagi.


Semasa aku pulang malam itu, Atika masih lagi menangis. Aku memandangnya sekilas dan berlalu ke dalam bilik untuk menukar pakaian. Tiba-tiba aku dengar suara pekikannya. "Tolong! Tolong, awak!! Awak tolong saya!". Bergegas aku menuju ke dapur dan aku lihat dia terus menerpaku lalu memelukku. Aku kaget. "Tolong saya!! Tikus!". Aku hanya sempat memandang tikus itu lintang-pukang keluar melalui salur longkang di bawah sinki, mungkin gerun mendengar suaranya. Aku memandangnya yang berada di dalam pangkuanku. Airmatanya masih bersisa dan aku menurunkannya.

Dia tunduk malu membuatkan aku tergelak. Melihat aku berkelakuan begitu dia turut sama gelak sambil mengesat airmatanya. Ketawa kami memenuhi ruang bunyi di dapur untuk pertama kali sejak kami bertemu. "Patut lah kau bela kucing..kau takut tikus! Habis tu,kenapa kau menjerit panggil aku? Mana pergi ‘hero’ kau tu?" "Oh, awak gelakkan saya, eh? Kalau si Badang tu tak pergi bersiar-siar rumah kawan dia, tak adalah saya panggil awak tau!" "Apa nama dia? Badang?!". Dia mengangguk. "Apa dah tak ada nama lain ke?", rungutku. "Hobi..", katanya lalu pergi. Ewah, dah pandai ambil ayat aku!

Aku ingatkan, selepas mendengar tawanya, dia akan bertambah ceria dan tidak menangis lagi. Rupa-rupanya sangkaanku silap. Bukannya aku nak masuk campur hal wanita ini tetapi pertemuan ayahnya yang ditemani mak cik Sofia dengan aku siang tadi memberikan aku satu tanggungjawab untuk memulihkan semula semangatnya. Ayahnya mahu kehadiran aku dalam hidupnya membuatkan dia menerima hakikat yang semua ini berlaku bukan kerana dirinya sahaja tetapi ini semua dugaan Tuhan kepadanya. Ayahnya bukan tidak mahu Atika melawatnya tetapi dia khuatir Atika akan bertambah sedih melihat keadaan dirinya yang tidak mampu berjalan sendiri dan bergantung kepada kerusi roda.

Aku menunjukkan perangkap tikus yang aku belikan dan memasangkan untuknya. Dia masih lagi membisu memandang ke laur jendela. "Tak ada guna kau ingatkan pada yang telah tiada..Dia dah pun bahagia kat sana. Jadi, kau kenalah bahagia kat sini. Tapi, tak tahulah pulak cara kau bahagia dengan menangis..". Diam. Seolah-olah aku bercakap dengan kucing.

"Aku rasa baik kau tak payah sembahyang lah..". Terus dia memandangku, tajam penglihatannya. "Yalah..apa guna kau sembahyang, mengaji, percaya pada Tuhan, pada rasul, tapi kau tak percaya pada Qada’ dan Qadar Allah? Kau tak boleh terima ketentuan Allah bagi pada kau, maknanya kau tak yakinlah pada Allah, kan?" "Awak jangan nak memandai-mandai nak ajar saya itu dan ini! Kan saya dah beritahu dulu, kalau saya tak sibuk hal hidup awak, awak tak perlu sibuk hal hidup saya! Cakap orang konon, awak pun lagi tak guna, hidup sana sini tanpa arah tuju, tak ada prinsip dan pegangan hidup, makan minum ditanggung adik, itu yang awak kata berguna?!"



Entah kenapa hari ini aku tidak mampu bersabar dengan kata-katanya. Makin hari makin menyesakkan jiwaku. Aku membalas pandangannya yang menyinga itu dan berjalan laju ke arahnya. Dia kelihatan terkejut dengan tindakanku kerana selama ini segala kata-katanya hanya aku telan dan simpan ke dasar hatiku. Tetapi, aku tidak boleh benamkannya lagi kali ini. Aku tarik dan mengenggam bahunya lalu merapatkan dirinya ke dinding.

"Kau cakap tak nak masuk campur hidup aku, tapi apa yang kau cakap ni sebenarnya dah dikira masuk campur hidup aku, faham?!", kataku sambil mendekatkan diriku padanya. Tindakkanku seolah-olah mahu menguncupnya. Aku nampak airmata itu menderu laju seperti air terjun dan matanya dipejamkan seperti redha dengan tindakkanku. Aku sebenarnya tidak sekejam itu, cuma mahu mengertak dan menduga kekuatannya, lalu aku menguncup ubun-ubunnya. Dia membuka mata dan mata kami bertembung. "Maafkan aku, tapi, aku rasa aku berhak untuk semua ini. Terima kasih pada nasihat kau yang betul-betul menyedarkan siapa diri aku sebenarnya..". Niatku untuk membersihkan diri mati begitu sahaja. Segera aku beredar dari rumah itu membawa hati yang pilu pergi.

Seminggu aku tidak kembali ke rumah itu dan seminggu juga aku tidak berjumpa dengannya. Sebenarnya, aku menumpang di rumah kawanku dan membantunya di kedai membaiki motornya. Kebetulan dia kekurangan pekerja, jadi bagi aku yang sekian lama tidak bekerja dan berminat dengan motor, ini adalah rezekiku. Alhamdullilah, aku bersyukur kepadaNya kerana aku rasa ini ganjaran yang aku dapat setelah aku menemui jalan lurusku semula. Aku kembali sujud ke arah kiblat yang satu.

"En Khairul Idham bin Ahmad?", aku terkejut bila nama penuhku diseru oleh satu suara perempuan yang sudah seminggu tidak aku dengari. Aku mendongak untuk mengenalpasti. Tekaanku tepat. Dia melirik senyum kepadaku. Dia mendekatiku. "Maafkan saya. Saya minta maaf banyak-banyak sebab banyak buat salah pada awak.." "Ok..aku dah lama maafkan kau..Kenapa kau cari aku?" "Rumah banyak tikus..saya takut.." "Eh, Am! Cek tak tau pulak hang ni buat kerja cari tikuh waktu siang!", sampuk kawanku, Nizam, orang Alor Setar. Kami memandangnya. "Diamlah kau..". Dia gelak. "Maaf ye, cek ganggu. Sapa ni, Am. Tak mau kenalkan dengan cek ka? Mana tau solo lagi ka?"

"Saya Atika. Isteri En Khairul Idham..", bukan setakat aku, Nizam yang duduk di sebelah lagi terkejut. Habis lah aku! "Er..Am. Betui ka? Hang tak habaq kat cek pun? Bila, Am?". Aku bangun meninggalkan Nizam dengan pertanyaannya dan Atika dengan maafnya. Dia nampak hampa dengan tingkahku. Telah aku katakana tadi, aku ni brutal berhati lembut. Aku bukan kejam sangat. Aku bangun bukan mahu melarikan diri dari mereka, tetapi mahu membasuh tanganku yang melekit dengan minyak hitam. Saat Atika berpaling mahu pergi, segera aku menarik dan mengenggam tangannya.

"Nizam, aku keluar jap! Nak bawa jalan isteri aku! Nanti balik aku cerita!". Aku nampak wajah Atika tersenyum dan Nizam mengangguk-angguk. "Jom cari tikus!". Atika gelak.

"Hanim datang cari hang tadi..", kata Nizam sebaik sahaja aku menerangkan segala-gala kepadanya. Aku diam. Jantungku berdetak laju sebaik saja nama itu terpancul keluar dari mulut sahabatku yang aku kenal dari sekolah menengah lagi. "Dia pun nampak hang dengan bini hang tadi..". Aku membisu lagi. Kenapa kau perlu datang mengetuk pintu hati aku yang selalu rindu pada kau, Hanim?

"Kalau dia datang lagi, cakap aku dah tak kerja sini lagi.." "Am..cek kenai hang dah lama, takkan hang sanggup buat Hanim macam tu? Cek tau hang ni duk syok lagi kat dia, kan?" "Itu cerita lama. Aku dah ada bini, dia pun dah ada laki. Dah lah, aku ada kerja ni..". Aku mengenepikan semua kata-kata Nizam.

Ya, dulu aku pernah cintakan Hanim separuh nyawa aku. Hanim adalah wanita yang pertama dan terakhir dalam hatiku selain Fauzana. Aku tidak mampu bayangkan hidupku tanpanya. Tapi, segala-galanya terpaksa aku terima tatkala dia terpaksa menolak cintaku kerana ibunya tidak mengizinkan perhubungan denganku diteruskan. Mulanya memang dia sendiri pernah berhasrat untuk mengenepikan keluarga demi diriku. Tapi, nasihatku supaya dia menghargai ibu bapanya yang masih ada dan mengotakan impian mereka sebelum mereka tiada membuatkan dia putus asa denganku. Aku cuba menggembirakan hati ibu bapanya dengan bekerja bersungguh-sungguh, namun kedaifanku serta status anak yatim piatu menghalangku dari hidup selama-lamanya dengan Hanim. Hanim menelan kepayahan menerima pilihan keluarganya dengan seorang lelaki yang lebih baik dari aku. Aku rasa pilihan itu demi kebaikan dan masa depan Hanim.

Separuh mati juga aku menelan kepahitan untuk menerima kenyataan kehilangan Hanim. Aku semakin tidak keruan dan bercelaru dalam hidup. Aku tidak bekerja dan aku masih bernasib baik Tuhan masih memberikan aku peluang untuk hidup dengan bantuan Fauzana. Dia yang banyak berkorban dan bersabar berdepan dengan aku yang bagai tiada harapan untuk pulih dari penyakit. Setelah sekian lama, nama Hanim makin pudar namun cintaku kepadanya tetap bersemi di sudut paling kecil dalam hatiku. Antara aku dan Hanim hanya tinggal kenangan. Adakalanya, kita harus berhenti menyintai seseorang, bukan kerana dia berhenti menyintai kita, tetapi kerana dia akan lebih bahagia jika kita melepaskannya pergi..

"Am!" . Aku menoleh dalam kegelapan malam. Meneliti raut wajah yang memanggilku tadi. "Am dah lupa pada Hanim?". Aku mengeluh panjang. Sudah aku jangka pasti dia akan datang menemuiku lagi. "Aku tak lupakan kau..Tapi, aku akan paksa diri aku untuk lupakan kau..Jangan ganggu aku lagi, Hanim"

"Tapi Am..Hanim masih cintakan Am! Hanim tak dapat lupakan Am dalam masa 3 tahun Am menyepi..!". Aku memandang Hanim. Dia masih cantik, cantik seperti waktu aku menyayanginya dulu. Rambutnya yang ikal dan matanya yang bercahaya itu tidak mungkin aku lupa.

"Walau apa pun perasaan yang kita alami, kita sudah berbeza.." "Apa yang berbeza?! Rasa cinta dan sayang Hanim tak pernah berubah, tapi mungkin perasaan Am yang berubah!". Pahit untuk aku luahkannya, namun terpaksa aku tabahkan jua. "Aku dah berkahwin. Perasaanku hanya untuk isteriku..". Hanim terdiam. Airmatanya membasahi pipinya.

"Tak sangka Am lupa pada janji. Am kata Am sanggup tunggu Hanim. Sia-sia je rindu Hanim pada Am. Sia-sia saja pengorbanan Hanim pada Am..Sebenarnya, Hanim dah nak bercerai, Hanim tak sanggup nak tipu diri Hanim yang masih cintakan Am. Hanim ingat nak kembali semula pada Am, tapi semua impian Hanim hancur..". "Kau dah musnahkan harapan keluarga kau.." "Akhirnya itu saja alasan Am! Kenapa perlu paksa diri Hanim kalau Hanim tak bahagia dengan lelaki itu..?" "Cinta boleh dipupuk, Hanim. Baliklah pada suami kau, kau belum terlambat lagi. Aku bukan milik kau lagi. Kita tak ada jodoh, cinta kita hanya masa lalu". Aku menghidupkan enjin motor dan meninggalka dia terkapai-kapai di situ walaupun hati aku berat untuk begitu. Hati aku menangis waktu dia menangis.

Atika nampak pelik melihatku banyak mendiamkan diri di meja makan. Tapi, aku dapat menghindar segala kerisauannya dengan melarikan diri dari soalan jeratnya. Walaupun nampak tidak berpuas hati, dia hanya senyum. Perhubunganku dengan Atika semakin baik dan dia nampak tidak lagi termenung dan menangis. Mungkin dia sudah menemui formula cerianya, iaitu aku dan bukannya kucing!

Aku juga tidak mahu masalahku menambahkan beban dukanya. Bagiku, jika dia tidak mahu bercakap denganku tidak menjadi masalah,asalkan dia tidak murung lagi. Rupa-rupanya baru aku tahu yang Atika ni seorang yang banyak cakap, tetapi lebih banyak bercakap dengan diri sendiri dan kucing. Dia juga tidak segan silu bercerita tentang aku sebagai suaminya kepada rakan-rakannya dan mengajak aku ke tempat kerjanya. Kadang-kadang aku yang menghantarnya pergi dan menjemputnya pulang. Aku pula masih bekerja di kedai motor Nizam dan baru aku sedar yang sekarang aku kerap menghabiskan masa di rumah, namun aku masih segan untuk tidur sebilik dengan Atika.

Aku juga perasan yang Hanim selalu mengekoriku bila aku keluar bersama Atika. Pada waktu itulah aku sengaja ‘bermanja’ dengan Atika dan memegang erat tangannya membuatkan Atika malu-malu. Aku harap dengan cara ini dapat menghindarkan Hanim dari menemuiku.

Melarikan diri dari Hanim mendekatkan diri aku pada Atika. Entah kenapa aku mahu segera pulang ke rumah, bukan disebabkan lapar sahaja. Hobi kami pula sama, gemar bermain ‘puzzle’. Hujung minggu akan kami luangkan masa dengan berkhelah di luar sambil bermain ‘puzzle’. Jika dia mempunyai masa lapang, dia akan membawa bekal untukku dan kami akan makan bersama di bengkel.

"Siapa Hanim?". Pertanyaan Atika malam itu membuatkan aku terkejut. Dari ekor mata, aku lihat dia mencuka. "Awak kenal dia?". Aku diam memandang televisyen. "Bekas teman wanita ke?". Aku senyum sambil menahan gelak. "Apa ni?! Ingat lawak ke?", bidasnya sambil mahu mencubitku. Aku mengelak. "Cemburu ke?". Mukanya merah. "Eii..tolong sikit! Tak de masa tau! Jangan nak perasan!" "Tu..malu kenapa?", aku mendekatkan mukaku dengannya. "Mana ada!!", kali ini dia berjaya mencubitku. Aku menahan sakit sambil menggosok lenganku. Kami diam sejurus itu.

"Kalau jealous kenapa?". Pertanyaannya kali ini membuatkan aku terdiam lagi. "Em..tak de apa-apa pun. Saja tanya, hobi..", jawabku menghilangkan gusar di hati. Suasana hening lagi. "Dia datang kat hospital tadi. Dia minta saya jaga awak baik-baik. Dia nak ke Jerman, sambung belajar dengan suami dia..". Aku masih setia memandang televisyen. "Apa dia ingat awak ni kucing ke nak kena jaga?! Pandai-pandai lah awak nak hidup tanpa dia, kan?". Aku hanya membiarkan Atika menghadap aku meminta perhatian. Melihat aku masih lagi kaku, dia kembali ke pada posisi asalnya.

"Betul..dia bekas teman wanita aku..Tapi, itu dulu. Sekarang cinta kami hanya kenangan je..", kataku sambil berlalu ke bilik. "Jangan cinta kita pula yang jadi kenangan..". Antara dengar dengan tak, percaya atau tidak, tapi aku pasti ayat itu yang terluah dari bibir Atika. Mahu aku pastikan kesahihan pendengaranku, takut nanti dikatakan perasan dan pasti nanti dia tidak akan mengakui kebenarannya. Aku berlagak tidak dengar dan terus dengan niatku ke bilik.

Hari cuti hujung minggu, kami ke pasar malam bersama-sama. Menghirup udara segar malam dengan menaiki motor. Rasa bahagia dan selamat bila dia memeluk pinggangku. Aku rasa seperti aku telah melindungi Atika dengan sebaik-baiknya. Sebelum balik, kami berlegar-legar di sebuah pusat membeli-belah. Keluar dari sebuah kedai, kami bertembung dengan seseorang yang menyatukan kami, Dato’ Maimon. Aku berlagak tenang dengan kerutan mukanya, mungkin tertanya-tanya tujuan kami di situ.

"Assalamualaikum, Dato’ Maimon..", sapa Atika. Aku hanya senyum di sebelah. Dia menjawab sambil merenung kami. Aku terasa tangan aku dicapai dan digenggam erat Atika, walaupun sebentar tadi kami tidak berkeadaan begitu.
"Seorang je? Em, yalah Dato’ kan tetap bahagia biarpun berseorangan, betul kan, sayang?". Aku kaku di situ. Aku ke yang dia panggil ‘sayang’ tu?

"Betul kan?!", Atika mencubit aku. Aku cepat-cepat mengangguk sambil menahan bisa. Aku nampak Dato’ Maimon merenung tajam aku. Dia akhirnya berlalu pergi, tetapi sempat berbisik dengan aku, "Rencana kita belum sampai ke penghujungnya lagi..".

"Apa dia cakap kat awak?", tanya Atika masih lagi memegang tanganku. "Er..dia suruh aku jaga kau baik-baik lah..Eh, mana hilang ‘sayang’ tadi?", aku memerlinya sambil senyum nakal. "Dah lah tak support orang langsung, lagi mahu usik! Jomlah!", katanya malu sambil menarik tanganku.

Aku menekan dada yang rasa senak bila batuk. Nizam datang sambil menepuk-nepuk belakangku. "Eii..risau pulak cek tengok hang ni..Duk batuk tak baik-baik lagi ka? Tulah, cek dah habaq mai hang, doksah duk merokok lagi..hang ketegak!" "Eh, mana ada aku merokok! Sejak aku kahwin ni aku dah bertaubat lah!" "Yalah, kalau hang sakit, cek bukan risau kat bini hang..tak palah, cek ada boleh tolong jaga.." "Kau ni gatal! Bini aku pun boleh jadi!" "Saja ja gurau! Cek risau kat perniagaan cek ni! Kalau hang takdok, sapa nak ganti hang?" "Kau ni, tak boleh harap betul lah! Apa punya member lah!". Nizam berseringai sengih.

Aku terkejut bila didatangani oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai orang kanan Dato’ Maimon pagi itu. Aku mengikutnya ke pejabat Dato’ Maimon dan menghadap wanita korporat yang sudah lebih separuh abad, namun masih gagah. Cuma kedutan di mukanya mengambarkan umurnya.

"Seronok awak kenakan saya, ya?". Aku senyum. "Itu bukan idea saya. Tapi, siapa makan cili, dia rasa pedasnya..". Dia memandang aku bagai mahu tikus dan mahu menelanku. "Apa-apa yang awak lakukan, saya berkuasa buat apa saja terhadap awak atau adik awak. Awak ingat awak dah berjaya pulihkan Atika, awak dah mampu untuk kuasai segala-galanya? Jangan begitu cepat rasa besar hati..awak masih lagi terikat dengan perjanjian kita. Sekarang, awak kena lakukan satu kerja untuk saya. Nak atau tak, awak kena juga buat kerja ni" "Apa dia?" "Senang je.."

Dapatkan tandatangan Atika? Lagi sekali aku tak tahu tujuan aku perlu buat kerja ni. Tapi,aku kena pastikan Atika tak tahu yang Dato’ Maimon yang nakkan tandatangannya. Apa pulak helah aku nak bagi?

"Atika..boleh tak aku nak minta tolong kau sikit?" "Oh, apa dia?" "Macam ni, Nizam, dia buat loan bank, sebab nak perbesarkan bengkel dia..jadi dia perlukan tandatangan penjamin. Aku tak boleh jadi penjamin dia sebab aku tak ada kerja tetap. Jadi, tu yang…" "Ala..buat apa susah cari orang lain..mana borang? Mari saya tandatangan. Apa guna ada kawan kalau tak boleh tolong-menolong, kan?". Dengan senang hati Atika menurunkan tandatangan. Harap-harap rancangan Dato’ Maimon tidak mendatangkan masalah untuk kami berdua.
Sewaktu aku dalam perjalanan balik dari pejabat Dato’ Maimon, sakit dadaku makin menusuk. Segera aku melajukan pergerakkan motor agar segera sampai. Aku batuk dan aku dapati darah keluar dari mulutku. Kaget dengan keadaan itu aku gagal mengawal kelajuan motor dan motor aku terbabas melanggar pembahagi jalan. Pandanganku kabur dan akhirnya kelam.

Aku bernasib baik kerana hanya cedera ringan. Nasib baik Atika yang kebetulan turut bertugas di hospital ini bekerja di bahagian kanak-kanak. Tapi, ada sesuatu yang tidak menyedapkan hati aku. Aku disyaki mempunyai barah paru-paru!

Doktor yang aku pandang rasa kecil sangat. Antara percaya atau tidak, keputusan doktor memang tidak diragukan lagi. Kata doktor, jika tidak dibendung san menjalani rawatan lanjut, aku mungkin tidak dapat hidup lebih lama lagi di dunia ini.

Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini. Kesilapan masa lampau akibat merokok, mengambil dadah dan minum minuman keras sudah tidak berguna lagi. Aku bagai bermimpi, tidak dapat menerima berita secara mengejut ini.

Beberapa hari selepas itu, hidup aku jadi tidak keruan. Makan, tidur, mandi dan kerja seperti tidak bermaya lagi. Aku bagai hilang semangat semula. Aku selalu bersendiri. Menghitung hari-hari yang mendatang. Jika mahu menjalani rawatan secara lanjut, aku bukannya berwang. Jadi, aku biarkan wabak ini menjalar di dalam badanku.

Seminggu tidak bertemu dengan Atika, menggamit kerinduan padanya. Entah bagaimana hidupnya tanpa diriku kelak setelah mengetahui keadaanku. Adakah dia akan meninggalkan diriku, ataupun menerima takdir ini seperti dia kehilangan Rafiq dulu? Aduh..aku tak sanggup nak lukakan hatinya lagi sebab aku sedar, aku sudah menyintai dirinya dalam diam.

"Haa..itu dia dah balik..Kau boleh tanya dia untuk kepastian! Mesti dia sengaja larikan diri dari kau!". Tiba-tiba Dato’ Maimon menyerangku. Apa kena lagi lah orang tua ni?! Atika datang menerpaku sambil menangis. "Betul ke?". Apa yang betul, dan apa yang tidak? Adakah dia sudah mengetahui yang aku menghidap penyakit?

"Betul ke awak ambil tandatangan saya hari tu sebab nak pindah harta yang ayah saya bagi pada saya, untuk diri awak? Beritahu orang tua ni awak tak sanggup buat semua ni pada saya, kan? Awak ikhlas berkahwin dengan saya dan awak bukan mengahwini saya sebab harta saya, kan?". Aku terdiam. Terkejut difitnah Dato’ Maimon begitu. Jadi, aku dijadikan batu loncatan padanya untuk mengambil semula harta yang sepatutnya diberikan kepada ayah Atika? Betapa dia bencikan Atika hingga harta sesen pun tidak mahu diberikan kepadanya walhal Atika memang darah dagingnya! Sanggup pula dia mempergunakan aku!

"Kenapa diam?! Cakaplah pada semua yang ini tak benar!", kata Atika lagi sambil mengegarkan bahuku. Aku menarik nafas dalam -dalam. "Betul Atika..Aku yang menjadi dalang semua ini. Maafkan aku kerana menipu kau. Maafkan aku kerana mendustai segala kepercayaan kau selama ini. Maafkan aku..jadi, aku terpaksa tinggalkan kau kerana aku sudah mendapat apa yang aku inginkan selama ini". Aku berpaling darinya yang dan mahu menapak pergi. Tapi, dia terus menerpa padaku dan memeluk belakangku.

"Am..saya tak sanggup nak biarkan awak pergi. Saya tak peduli awak nak ambil harta saya berapa banyak, tapi jangan ambil hidup awak pergi dari saya. Sebab saya cintakan awak dan saya tahu keikhlasan hati awak..". Aku memegang tangannya dan merelaikan genggaman tangannya. "Maafkan aku. Aku tak cintakan kau..". Tanpa memandang wajahnya, aku pergi dari situ. Sayup-sayup aku mendengar dia memekik memanggilku dan mengejarku, tetapi segera aku meninggalkannya. Lebih baik dia menangisi pemergianku sekarang sebelum dia menangisi pemergianku saat dia sudah terlalu menyayangiku. "Am..!"


Biarkan aku menjalin asmara dengannya yang ku cinta
Jangan ku dihalang, walau pedang bukan penghalang

Gelora rindu buat ku merasa tersiksa jauh darinya
Andai kupunya sayap, kau dibulan akan ku jelang

Kasih kudengar lah suara hatiku
Kata hati ini hanya dirimu sorang yang kusayang

Kekasih..tulis nama ku
Didalam diari hatimu
Kekasih..setiap senyummu
Pengubat rindu dihatiku
Puisikan segala janji-janji kita
Bakar semua kepalsuan

Gelora rindu buat ku merasa tersiksa jauh darinya
Andai kupunya sayap, kau dibulan akan ku jelang


Diari Hatiku
Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin






Hampir seminggu aku terlantar di katil. Hampir sebulan pula aku meninggalkan Atika. Sengaja aku tidak memilih hospital sama tempat Atika bekerja. Tetapi, apabila Fauzana terserempak dengan aku di situ dengan keadaan tidak bermaya, segala-galanya terbongkar. Katanya, Atika tidak berputus asa mencari aku. Cintanya buta hingga tidak nampak kesalahan yang telah aku lakukan. Dato’ Maimon diserang sakit jantung kerana terkejut dengan keputusan Ruzman untuk mengahwininya dengan keizinan isteri pertamanya. Isterinya rela dimadukan kerana mengetahui dirinya tidak boleh mengandung. Akibat serangan itu, dia meninggal dunia.

Ayah Atika sudah kembali menjenguk Atika dan hubungan mereka pulih semula. Sebenarnya, Dato’ Maimon jugalah orang yang menghalang En Adam dari berjumpa Atika. Semuanya telah dirancang Dato’ Maimon semata-mata mahu mengusir Atika dari hidup ayahnya. Sengaja dijodohkan Atika dengan orang yang tidak dikenali, dan berharap hidup Atika musnah. Tetapi, tindakannya membawa padah pada dirinya.

Akhirnya, Atika datang menjengukku di hospital. Aku memandang Fauzana. Katanya, dia tak sanggup nak lihat keadaan aku dan Atika. Lagipun, dia nak membalas jasa aku menyelamatkan keadaannya sewaktu dia berdepan dengan fitnah yang dilontar Dato’ Maimon. "Betapa jauh pun awak lari, cinta saya akan sentiasa mengejar awak..". Dengan keadaan tidak berdaya begitu, aku merelakan diri aku dijaga Atika, katanya aku masih suaminya dan dia masih bertanggungjawab padaku.

Atika melayanku seperti seorang raja. Dialah orang yang menyuapkan aku makan, memandikan aku dan menyiapkan aku. Aku hanya mampu memandangnya dan menangis. Dia sanggup tak bekerja untuk menjaga aku dan ayahnya. Betapa besarnya pengorbanan dia pada aku dan betapa dalamnya cinta dia pada aku.

"Am..pengorbanan awak pada saya waktu saya bersedih dulu, dan pengorbanan awak pada adik awak tak terbalas dengan apa yang saya buat sekarang..", katanya sambil mengelus rambutku.

Waktu dia mahu berlalu pergi, aku segera memegang tangannya. Dia terkejut dan memandangku. "Oh..awak nak saya temankan awak lagi, ek? Manjalah awak hari ni..". Atika duduk semula. Aku menggerakkan bibirku dan dia mendekatkan telingaku di mulutku.

"Saya..cintakan awak, Atika..", kataku satu persatu. Dia memandangku dan menangis. "Saya tahu..cinta kita takkan jadi kenangan, kan?". Dia berlari pergi dari aku, melepaskan segala sebak di dada.



-------------------------


"Am..? La..tidur pulak dia. Bangun, makan?". Atika menepuk perlahan bahu Am. "Am…Am..?!". Matanya berkaca bila merasa tangannya sejuk dan nadinya tidak bergerak. Nasi yang dibawanya tumpah dan kaca berselerakkan di lantai. "Atika..kenapa ni?", tanya ayahnya yang segera datang ke biliknya. "Am, ayah! Am..!!"

KepadaNya datang dan kepadaNya dia kembali..

"Atika..maafkan aku kerana telah mencintai diri kau. Maafkan aku kerana mencintai dirimu dan membuatkan kau merana kerana kehilangan aku. Tapi, terima kasih kerana menyedarkan diri aku yang alpa terhadap Pencipta kita. Kau yang mengingatkan aku tentang siapa aku di bumi Tuhan yang Maha Kuasa. Dia yang menjadikan kita dan mampu mengambil kita bila-bila masa. Bertemu dengan kau membuatkan aku tidak terjerumus jauh dari kejahilan. Ada hikmah di sebalik pertemuan ini. Kita kenal makna cinta sejati. Kita kenal makna pengorbanan. Kita kenal makna menghargai. Kita kenal makna sayang. Kita kenal makna rindu. Walaupun singkat, sepanjang jalan rindu ini mengajar kita banyak perkara. Aku harap kau tidak lupa saat bahagia kita dan teruskan hidup tanpaku disisimu. Kerana kau perlu ingat bahawa Allah sentiasa disisimu, dan kau masih ada ayah yang kau kasihi. Jangan rasa susah dengan dugaanNya, kerana dugaan itu yang menduga keimanan dan ketakwaan kau kepadaNya. Teruskan lah berbakti dan membantu mereka yang kesusahan dengan pekerjaanmu itu. Berdepanlah dengan hakikat ini dan cinta kita sebenarnya telah menjadi kenangan..tetapi kenangan itulah yang berharga dalam hidup kita.."



12.08 am – 23 DIS 2007
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
HAYATILAH ERTI SEBUAH PENGORBANAN
posted by Penulisan2u @ 9:22 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 28/10/08 11:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waa... bes giler
    tp sedey

     

  • At 28/10/08 11:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ee.. best cite ni tapi sedih la

     

  • At 28/10/08 11:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sebuah karya yg mpunyai jln cite yg menarik.. mmg menyentuh perasaan.. mmg best... congrate!!! teruskan b`karya

     

  • At 28/10/08 11:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jln cerita yang menarik... teratur, sesiapa yang baca tanpa sedari air mata mengalir... sedihnya..

     

  • At 28/10/08 11:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la cter ni... jln cter yang menarik... all the best... teruskan berkarya

     

  • At 28/10/08 11:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kurang paham sikit la first2... tp cite ni mmg sedih... sesape yg baca ni mesti insaf

     

  • At 28/10/08 11:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedey laa.. ada pengajaran yg kita leh amik

     

  • At 29/10/08 3:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdih yer...
    mcm nak nangis masa baca...
    huhuh

     

  • At 30/10/08 2:44 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnyer...sampai mengalir air mate...tahniah...teruskan usaha anda...hasilkan karya-karya berkualiti yea...

     

  • At 16/11/08 1:22 PTG, Blogger nufahas said…

    sedih btul...isk3 jln citer..yg nie dhn sblm nie due2 best..x dpt dinafikan lagi..:3

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group