Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kehadapan abah yang acik sayang dan hormat. Abahlah abah achik dunia akhirat. Abah mesti pelik bila Achik hantar email ni,tapi email ni bukti Achik sayang Abah, teramat sayang.
Abah, hari ni satu rejab. Macam-macam fadhilat yang disebutkan orang. Achik mulanya berazam nak puasa sebulan ni, tapi bila banyak pula perbincangan dengan kawan-kawan, Achik tak jadi pula nak puasa penuh, insyaAllah Isnin dan Khamis je Achik puasa.
Macam ni, ada lecturer Achik kata, tak ade hadis sahih yang mengatakan kebaikan bulan Rejab, yang ada cuma hadis maudhuk, kawan Achik pula kata kita tak elok beramal dengan hadis maudhuk. Kalau nak puasa tak salah sebab kita memuliakan bulan rejab, iaitu bulan Allah, tapi seeloknya diniatkan sebagai puasa sunat biasa.
Ada juga niat di hati, nak ke library, nak buka terjemahan Hadis Sahih.
Tapi ada selain itu yang Acik mahu sampaikan pada abah, tapi Achik tak ade kekuatan nak bagitau abah. InsyaAllah Achik akan hantar email lagi pada abah.Assalamualaikum.
Assalamualaikum Abah..
Hari ni 14 rejab. Sekejap rasanya masa berlalu. Erm, abah achik nak balik kampung, achik rindu sangat dengan abah, mak dan adik-adik. Tapi achik tak berani, insyaAllah achik akan balik selepas selesai semuanya.
Abah, Achik tahu abah sentiasa sibuk, sibuk dengan empayar abah. Syarikat Konsortium Bas Ekspress. Achik bangga dengan abah, Abah salah satu insan yang memartabatkan bangsa Melayu. Malah, achik sendiri akan meyumbangkan keringat pada Syarikat Abah nanti, lagipula..boleh achik praktikkan teori perakaunan yang Achik belajar.
Achik sayang Abah, ada yang lebih dari tu Achik nak sampaikan..
" saya manusia, ingin menjadi hamba"
Abah, ni kata-kata Faisal tehrani dalam novelnya. Achik pinjam kata-kata ni,kita kongsi…bukan untuk abah, tetapi diri Achik juga.
Abah, hari ni hari bersejarah dalam kalender islam. Pada tarikh ni berlaku isra’ dan mikraj. Di sinilah titik mulanya suruhan menunaikan solat fardhu lima kali sehari. Achik tahu, abah pun mesti sedar hari ni 27 rejab, Abah rajin juga ambil tahu hal ehwal agama islam.
Abah, Achik anggap Abah sibuk, sampai tak sempat reply email Achik. Tapi hati Achik kata Abah dan baca Email Achik. Itulah kebiasaan abah sejak bertahun-tahun dahulu.
Achik cedok semula kata-kata Faisal Tehrani, saya manusia ingin menjadi hamba. Achik bukan nak tunjuk pandai depan abah, abah tetap abah Achik dunia Akhirat. Achik sangat hormat Abah. Tapi, dakwah itu bersifat universal,wajib disebarkan hatta kepada ayah sendiri.
Achik kagum dengan Abah, Abah disayangi pekerja-pekerjaa Abah, berbakul-bakul pujian yang Achik dengar, Abah tidak memilih darjat, sebab tu Abah rapat dengan semua pekerja abah, termasuk Pak Cik Asim, drebar abah.
Abah, lat berapa hari je lagi, bulan syaban akan menjelma. Rejab bulan ALLAH, Syaban bulan NABI . Dan ramadhan bulan kita, umat muhammad. Masa nilah kita patut berlumba buat kebaikan.
erm..sampaikan salam pada mak dan adik-adik.
1 ramadhan.
Achik sayang Abah. Lama rasanya tak beremail, achik terlampau sibuk dengan tugasan. Abah, selamat menjalani ibadah puasa, selamat menikmati barakahnya bulan ramadhan. Achik harap abah dapat meluangkan masa menjawab email achik.
Abah, ada satu soalan yang dah lama bermain dalam fikiran Achik, berkaitan Abah. Kenapa abah tak mahu solat?
Abah insan manusia yang baik, abah adalah anak yang baik juga untuk Tok wan dan Opah. Malah, kesayangan adik-adik abah serta ipar duai. Abah juga baik hbngannya dengan jiran tetangga. Abah nampak perfect! Abah jaga ‘hablun minnannas’.
Abah, tapi islam ada perkara pokok, melebihi kebaikan-kebaikan yang abah buat selama ni. Solat itu ada dalam rukun islam. Sia-sia kebaikan abah selama ni, kalau abah abaikan ibadat wajib. Achik mintak maaf, Achik tak tau cara mana lagi supaya Abah tak terguris. Achik buat semua ni sebab Achik sangat sayangkan Abah.
4 ramadhan.
Lama Achik berteleku di dalam dewan solat muslimat, didalam masjid Putrajaya, Solat Terawikh dah lama abis. Achik terkenangkan Abah dan mak. Achik dapat tau Mak dan Abah bertengkar. Achik tau, mak ngan abah gaduhnye sekejap, sayangnya lama.
Abah, sesekali buanglah ego lelaki. Tak ade salahnya dengar nasihat isteri. Isteri kan anugerah Allah beri.
Mak amat-amat sayangkan Abah, doa untuk Abah tak putus-putus di bibir mak, supaya Abah kembali ke sedia kala, menunaikan solat. Abah, orang Yang berjaya di dunia ialah orang yang khsyuk dalam solat!
Abah esok Achik balik rumah, rindu di hati dah tak tertanggung. Achik tawakal pada Allah, apa yang akan berlaku. Kalau Abah nak marah Achik, Achik terima.bibir Achik doa, baik-baik sahaja esok.
Achik tetap sayangkan Abah. Abah, Abah Achik dunia akhirat.
nk suruh abah dia sembahyg x.... tpi secara depan tkut abah tersinggung jdi anak dia e-mail jer....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
x paham sngt arr cite ni