BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Oktober 24, 2008
Cerpen : Salahkah aku?
Kiera
norhudazakaria@yahoo.com

DANIEL HERRIS (abang) DANIA HERRIZA (adik)
HARRIS ISKANDAR (papa) ILLYA HELIZA (mama)

"Mari balik sayang," pujuk Pn. Heliza kepada anak lelaki kesayangannya sambil diperhatikan suaminya. Daniel masih tidak berganjak dari tempat yang dia duduk seolah- olah dia tidak mendengar ajakan mamanya. "Daniel sayang, lepaskanlah dia….."

***

"Woi, apa yang kau buat di dalam bilik aku ni ha?" jerkah Daniel kepada seorang remaja perempuan berkulit cerah yang berada di dalam biliknya. "Aku tanya kau, kenapa kau berada dalam bilik aku ni. Kau pekak ke?" Tanya Daniel dengan nada yang tinggi. Belum sempat remaja perempuan itu menjawab pertanyaannya, Daniel telah mengangkat tangannya seolah- olah ingin menampar remaja tersebut.
"Daniel!" belum sempat tamparan itu hinggap di pipi remaja perempuan tersebut, terdengar seseorang menjerit memanggil nama Daniel. Daniel menurunkan tangannya. Remaja perempuan itu menangis teresak- esak. "Apa ni abang? Takkanlah abang nak pukul adik sendiri. Mama tak sangka abang sanggup buat macam ni," marah Pn. Heliza pada Daniel sambil mendapatkan anaknya, Dania yang sedang menangis lalu memeluknya.
"Mama, budak bisu ni masuk ke dalam bilik Daniel tanpa kebenaran Daniel," kata Daniel yang cuba mempertahankan perbuatannya. "Habis?" tanya Pn. Heliza. "Mama tahukan yang Daniel tak suka kalau ada orang masuk ke dalam bilik Daniel tanpa kebenaran Daniel. Lebih- lebih lagi budak bisu ni. Mestilah Daniel marah," jawab Daniel. "Kenapa dengan abang sekarang ni? Untuk pengetahuan abang, mama yang suruh adik masuk ke dalam bilik abang sebab mama minta tolong adik ambil semula pendrive yang abang pinjam dari mama semalam, puas?" kata Pn. Heliza seolah- olah kesal dengan perbuatan anak sulungnya yang baru dilihatnya sebentar tadi. "Argh, Daniel tak peduli. Sekali lagi kalau Daniel dapat tahu yang budak bisu ni masuk ke dalam bilik Daniel…….," kata-katanya terhenti apabila dia mengatur melangkah ke arah Dania. "Jaga kau," Daniel menyambung kata-katanya sambil menolak kepala Dania dengan hujung jari telunjuknya.
"Abang...," jerit mama. Dum.. pintu bilik ditutup dengan kuat oleh Daniel selepas dia melangkah keluar dari biliknya tanpa menghiraukan mama dan adiknya. "Adik ok? Jangan menangis sayang. Mama ada" pujuk Pn. Heliza kepada anak gadisnya. Dania memeluk mamanya. Selepas itu, Dania meminta diri untuk masuk ke biliknya dengan menggunakan bahasa isyarat kepada ibunya.

Pn. Heliza mengetuk bilik anak gadis kesayangannya lalu memulas tombol pintu yang tidak berkunci. "Boleh mama masuk?" tanya Pn. Heliza. Dania menganggukkan kepalanya menandakan dia memberi kebenaran kepada ibunya untuk masuk ke dalam biliknya. Pn. Heliza mengatur langkahnya menuju ke arah Dania yang sedang duduk di atas katil. "Adik marahkan abang?" tanya Pn. Heliza setelah dia berada bersebelahan anaknya sambil memegang tangannya. Dania menggelengkan kepalanya. "Dania, jujur pada mama, sayang. Mama tahu, perbuatan abang pada Dania sudah semakin melampau. Maafkan mama, sayang,"ujar mama Dania tersebut. Dengan menggunakan bahasa isyarat, Dania mengatakan kepada mamanya bahawa mamanya tidak bersalah. Dalam dirinya tiada sedikit pun perasaan benci atau marah terhadap abangnya kerana dia tahu kenapa abang yang pernah menyayanginya dulu jadi begitu. Pn. Heliza memeluk anaknya, terharu.



"Kau ni kenapa Daniel? Aku tengok macam bengang dengan sesuatu je," tanya Rody salah seorang rakan Daniel semasa mereka lepak di Berjaya Times Square. Tempat itu merupakan tempat di mana remaja lelaki tersebut melepaskan tension bersama rakan- rakannya. "Tiada apa- apa lah,"jawab Daniel. "Wei, kau ingat kitaorang kenal kau baru lima jam? Dah lima tahun la, Daniel. Setakat muka macam ni, kitaorang dah tau lah yang kau tu ada masalah," balas rakan mereka yang lain.
"Aku tak puas hatilah dengan mama aku tu," Daniel memulakan kata- katanya. Rakan- rakannya yang lain diam menandakan mereka berminat dengan masalah Daniel. Lalu, Daniel meneruskan ceritanya, "mama aku tu suka sangat menyebelahi budak bisu tu. Kau tahu, tadi mama aku marahkan aku gara- gara budak tu lah. Argh….sakitnya hati aku."
"Alah, biasalah Daniel, seorang mama mestilah sayangkan anak perempuan dia. Maklumlah itukan satu- satunya anak perempuan dia. Kau ni apa lah. Sensitif sangat, macam perempuan," balas Rody.
"Kau kata apa? Perkara biasa? Papa aku tu selalu menyebelahi dia,"sambung Daniel membantah kata- kata rakannya itu. "Sudahlah, biarkanlah dia. Apa kata, kau hilangkan stress kau tu dengan ini," Rody memujuk Daniel sambil menghulurkan sebatang rokok. "Wei, kau tahukan bahawa selama ni aku tak minat dengan benda ni dan aku takkan minat," kata Daniel sambil menolak pelawaan Rody. Rody akur dan tidak memaksa rakannya itu kerana dia tahu bahawa Daniel tidak suka dipaksa dan dia juga tahu bahawa Daniel pegang pada prinsipnya iaitu tidak akan sekali-kali terlibat dengan rokok.
"Tapi, aku rasa adik kau tu cantiklah. Kalau dia tak bisu, tentu dia jadi pelajar paling popular di sekolah kita. Sudahlah cantik, pandai pula. Semua guru sayang dia. Bukan macam si Zulia tu. Dia tu bukan cantik pun tapi berlagak cantik je," kata Rody. Daniel hanya tersengih. "Betul tu. Kalau adik kau jadi popular, maknanya sekolah kita ada adik- beradik popularlah," celah rakan mereka yang lain. Mereka semua ketawa.




Keluarga En. Harris berkumpul di meja makan bagi makan malam bersama. "Seronoknya papa. Dah lama kita tak makan bersama," kata En. Harris. Pn. Heliza hanya tersenyum mendengar kata- kata suaminya itu.
"Kenapa adik diam aje? Tak suka makan dengan papa ye?" tanya En. Harris kehairanan kerana anak gadisnya itu seolah- olah seperti takutkan sesuatu. Dania menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
"Memanglah dia diam. Orangnya bisu," Daniel berkata perlahan. "Abang kata apa?" tanya En. Harris apabila menyedari seolah- olah anak lelakinya berkata sesuatu. "Tak ada apa- apalah, papa. Daniel tak nak makan. Tak ada selera," Daniel berdalih lantas dia bangun sambil menjeling ke arah Dania. En. Harris dan Pn. Heliza saling berpandangan, manakala Dania hanya tertunduk.
Selepas makan, Dania meminta izin daripada mama dan papanya untuk kembali ke bilik tidurnya. Semasa berada di dalam kamarnya, Dania mencatatkan sesuatu di dalam diari kesayangannya sambil menangis mengenangkan layanan abang terhadapnya.
Belum sempat Daniel melangkah keluar dari rumahnya bagi menyertai rakan- rakannya bermain boling di Sunway Piramid, kedengaran suara papanya memanggil. "Kamu hendak ke mana malam- malam begini? Tak study?" tanya En. Harris sementara Pn. Heliza berada di sisinya. "Daniel nak pergi main boling dengan kawan. Nak release tension. Daniel tak boleh study la kalau tension," Daniel menjawab pertanyaan papanya.
En. Harris menyuruh Daniel duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu rumah mereka. Pada mulanya Daniel tidak mahu tetapi setelah dipaksa oleh kedua- dua orang tuanya, Daniel akur. "Kenapa dengan abang sekarang ini?" En. Harris memulakan kata- katanya. Daniel hanya mendiamkan diri sambil menundukkan mukanya di lantai. "Abang, papa tanya ni? Selama tiga tahun papa dan mama hanya mendiamkan diri dengan layanan abang terhadap adik, kerana kami ingat layanan abang akan berubah. Kami sentiasa menunggu. Tetapi, kami salah. Layanan abang terhadap adik semakin buruk," En. Harris menyambung kata- katanya apabila mendapati Daniel tidak memberi sebarang respon.
"Daniel benci dia," terpancul ayat tersebut dari mulut Daniel. Mama dan papanya terpaku. "Daniel benci dia semenjak Daniel diejek oleh pelajar di sekolah kerana mempunyai adik yang bisu. Sebelum ini Daniel boleh bersabar, tetapi kini tidak. Daniel benci dia dan kerana itu Daniel tak mahu diri Daniel dipanggil abang oleh mama dan papa sebab Daniel tak mahu ada kaitan dengan budak bisu tu. Daniel malu dan…" Belum sempat Daniel meneruskan kata- katanya satu tamparan hinggap di pipinya. Kelihatan manik- manik jernih mengalir perlahan dari mata Pn. Heliza. Daniel terpaku. Itulah kali pertama dia ditampar oleh mamanya hanya kerana adik yang dia benci. Rasa marah dalam dirinya terhadap Dania semakin menyala.
"Mama tak sangka abang boleh berkata sedemikian. Bukan salah adik kerana jadi begitu. Adik tak pernah minta untuk jadi begitu. Walaupun dia bisu, sekurang- kurangnya hati adik suci," Pn. Heliza berkata dalam keadaan teresak- esak. En. Harris memeluk isterinya lalu membawanya duduk di atas sofa.
"Papa tak sangka abang boleh terpengaruh dengan ejekan kawan. Apa yang kawan boleh beri pada abang kalau abang membenci adik? Kawan sebegitu tidak patut dibuat teman," En. Harris meluahkan rasa kesalnya.
"Jadi, papa tak mahu Daniel berteman kerana budak bisu tu? Papa tak adil"
"Abang, papa bukan hendak menghalang kamu berkawan. Tetapi, papa rasa kawan abang itu bukan kawan yang baik. Jika mereka kawan yang baik, sudah tentu mereka boleh menerima keadaan adik. Mereka cuma berkawan dengan abang hanya demi kebaikan mereka sahaja. Cuba abang bayangkan jika abang berada di tempat adik. Apa yang abang rasa? Abang, kita harus beri dorongan kepada adik, bukan menambahkan sengsaranya. Dia tidak salah apa- apa," En. Harris seolah- olah memujuk.
"Itu Daniel tak peduli," Daniel terus berlari menuju ke biliknya tanpa menghiraukan panggilan papa dan mamanya.
Kini sudah seminggu masa berlalu. Namun, hati Daniel tetap keras dan masih tidak menerima Dania semula.
"Adik, mama dan papa akan rumah kawan mama dan papa di Johor Bharu kerana anaknya meninggal dunia. Kami baru sahaja menerima panggilan daripada mereka sebentar tadi dan mungkin mama dan papa akan berada di sana selama dua hari. Ok sayang, jaga diri," Pn. Heliza menerangkan kepada anak gadisnya itu. Dania hanya menganggukkan kepalanya sambil menyedekahkan al-Fatihah buat arwah anak rakan mama dan papanya. Dia tidak bertanya kepada papa dan mamanya kenapa mereka berdua tidak berjumpa dengan abangnya dulu sebelum mereka berangkat kerana dia tidak mahu melambatkan perjalanan mama dan papanya. "Jaga diri, sayang. Nanti adik panggil abang untuk pergi sekolah bersama kerana basikal yang selalu abang bawa rosak," kata En. Harris. Sebenarnya dia cuba merapatkan kembali hubungan anak- anaknya itu.
Dalam keadaan berbelah- bahagi, Dania menuju ke kamar abangnya bagi menuruti perintah papa dan mamanya selepas mereka bertolak ke Johor Bharu. Dania resah memikirkan reaksi abangnya itu jika dia mengajaknya ke sekolah bersama. Diketuknya pintu bilik Daniel. Namun tiada sebarang reaksi daripada orang yang berada di dalam. Dania mengetuk lagi. Tetapi, keadaan masih sama. Dengan ketakutan, Dania menolak pintu bilik abangnya bagi mendapatkan kepastian. Apabila pintu dibuka, dia mendapati abangnya masih berada di atas katil dan masih lagi memakai pakaian tidurnya.
Pada mulanya, Dania tidak mahu mengganggu abangnya kerana dia takut abangnya akan memarahinya. Dia sudah sedia maklum bahawa abangnya tidak suka jika dia menjejakkan kakinya di dalam bilik itu. Namun, tanggapan itu dibuang ke tepi kerana dia mahu menurut perintah papanya untuk pergi bersama abangnya ke sekolah. Dania meminta pemandu keluarganya untuk tunggu seketika walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.20 pagi. Dibuangnya perasaan takut yang menyelubunginya, Dania masuk ke dalam bilik abangnya seterusnya menuju ke katil.
Apabila berada di sisi katil yang dibaring abangnya, Dania menggerak- gerakkan badan abangnya supaya terjaga. Namun, abangnya itu masih tidak menyedarkan diri. Kali ini, ditariknya abangnya itu supaya berada bertentangan dengannya. Dania terkejut apabila mendapati abangnya menggigil seolah- olah kesejukan dan mukanya pucat. Lantas, Dania meletakkan tapak tangannya atas dahi abangnya itu. Sah, abangnya demam. Dengan serta- merta Dania berlari mendapatkan mak Limah, pembantu rumah mereka lalu meminta dia menelefon doktor peribadi keluarga mereka.

"Keadaan abang Daniel sudah stabil. Dia Cuma perlukan rehat yang secukupnya," jelas Dr. Risyam kepada Dania sambil tersenyum selepas dia memeriksa keadaan Daniel. Dania menganggukkan kepalanya sambil menggayakan isyarat terima kasih kepada doktor lelaki tersebut. Dr. Risyam memahaminya kerana sudah lebih sepuluh tahun dia menjadi doktor peribadi keluarga tersebut dan juga menjadi sahabat karib kepada En. Harris.
"Dania tidak pergi ke sekolah?" Tanya Dr. Risyam semasa Dania menghantarnya ke muka pintu. Dengan menggunakan bahasa isyarat, Dania mengatakan dia mahu menjaga abangnya sehingga sembuh. "Untung abang Daniel dapat adik seperti Dania. Tapi, uncle mahu Dania beritahu mama dan papa bahawa Dania tak pergi ke sekolah," Dr. Risyam memberi peringatan kepada Dania. Dania tersenyum walaupun hatinya berasa sedih. Lalu dia menyalami Dr. Risyam sebelum doktor tersebut beredar.

Dania menjaga abang kesayangannya dengan begitu tekun sekali. Walaupun penat, tetapi Dania tetap menguruskan abangnya. Makan disuapnya, ubat diberinya dan lain- lain.

Daniel merasakan dia berada di suatu tempat yang sunyi. Dia keseorangan. Lalu, dia berjalan- jalan mencari sesiapa yang berada di situ. Setelah puas berjalan, dia ternampak rakan- rakannya berada di hadapan. Dia memanggil mereka namun mereka tidak menyahut panggilannya. Daniel berlari mendapatkan mereka. Tiba- tiba dia terjatuh kerana tersepak sesuatu yang amat keras. Rakan- rakannya tadi mentertawakan dia tanpa memberi sebarang bantuan lalu pergi meninggalkannya. Daniel tidak berdaya untuk bangun. Hampir sahaja dia menangis. Namun, didapatinya ada tangan yang dihulurkan kepadanya. Dilihatnya empunya tangan itu. Kelihatan Dania tersenyum ke arahnya. Mukanya jernih seolah- olah bercahaya. Belum sempat Daniel menyambut tangan itu, Dania hilang dari pandangannya. "Adik, jangan tinggalkan abang!!!!" Daniel menjerit. Dia terjaga dari mimpinya lalu beristigfar sebanyak tiga kali.
Daniel mahu membasuh mukanya. Belum sempat dia bangun, dilihatnya Dania berada di sisi katilnya sambil tertidur. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Keinginannya untuk mengejutkan adik yang dibencinya itu terhenti apabila mendapati pintu biliknya dibuka dengan perlahan. Kelihatan mama dan papanya melangkah masuk ke dalam biliknya. "Abang sudah sihat? Kenapa tak tidur?" tanya Pn. Heliza perlahan sambil memegang dahi anaknya itu. Dia tidak mahu Dania terjaga.
"Kenapa dengan Daniel, mama, papa?" tanya Daniel kebingungan. "Abang demam. Pagi tadi, papa dan mama pergi ke Johor Bharu. Tiba- tiba, mak Limah telefon dan dia kata abang demam dan mak Limah juga beritahu bahawa adik yang menjaga abang semasa abang demam sehinggalah dia tertidur di sini. Jadi mama dan papa bergegas pulang dan kami baru sahaja sampai," jelas Pn. Heliza kepada anaknya.
"Abang tidurlah. Mama dan papa nak hantar Dania ke biliknya," kata Pn. Heliza lagi lalu mencium dahi Daniel. "Kesian anak papa sampai tertidur demi di sini demi menjaga abangnya," kata En. Harris sambil mendukung Dania lalu dibawanya masuk ke dalam bilik tidur Dania diikuti oleh isterinya. Daniel mengingati mimpi ngerinya sambil memikirkan makna mimpinya itu.


"Selamat pagi mama, papa," ucap Daniel sebelum duduk di atas kerusi meja makan. "Pagi. Abang sudah sihat? Nak pergi sekolah ke hari ni?" tanya Pn. Heliza mewikili suaminya yang sedang meminum air. "Sudah. Mama, tahun inikan abang ambil SPM. Jadi, abang tak boleh tinggal kelas," ujar Daniel. Pn. Heliza dan En. Harris berpandangan antara satu sama lain lalu tersenyum. Daniel memandang sekeliling seperti mencari sesuatu.
"Abang cari apa?" tanya En. Harris apabila mendapati Daniel seolah- olah mencari- cari sesuatu. "Adik mana?" Soalan itu membuatkan En. Harris dan Pn. Heliza tersentak. "Kenapa papa dan mama tersenyum?" Daniel kehairanan. "Tidak ada apa- apa. Adik sudah pergi ke sekolah," jawab Pn. Heliza. "Ha… kenapa tak tunggu abang?" Tanya Daniel lagi. "Bukankah selama ini Daniel suka pergi sekolah sendiri dengan menaiki basikal. Jadi adik pergi dululah," Pn. Heliza menjawab pertanyaan anak lelakinya itu. En. Harris hanya tersenyum dengan kesyukuran yang menggunung di hatinya kepada yang maha Esa.
"Oklah, abang pergi dulu. Asslamaualaikum," Daniel terus menyalam mama dan papanya lalu pergi ke sekolah dengan basikalnya. Salam itu dibalas Pn. Heliza dan En. Harris. Mereka tersenyum.



"Kenapa engkau tak datang ke sekolah semalam," tanya Rody. Daniel tidak menjawab pertanyaan kawannya itu. Matanya mencari- cari kelibat adiknya untuk menyatakan rasa terima kasihnya dan mahu memohon maaf kepada adiknya atas layanan buruknya selama ini.
"Kawan- kawan tengok budak bisu ni. Ada hati nak mengaku yang dia ni adik kepada Daniel Herris bin Harris Iskandar, anak kepada usahawan muda yang berjaya," Zulia, antara gadis yang berpengaruh di kalangan pelajar di Sekolah Menengah Converse, Bukit Nanas Kuala Lumpur mengejek Dania. "Tengoklah dia ni, sudahlah bisu bodoh pula tu," Zulia menyambung ejekannya. Semua pelajar yang lain ketawa. Ada juga pelajar yang bersimpati.
Dania ketakutan dan mula menangis. Zulia mengangkat tangan kanannya untuk menampar Dania. "Zulia, cukup," kedengaran seseorang menjerit ke arahnya sebelum sempat dia menampar Dania. Kelihatan Daniel datang ke arah mereka lalu menarik Dania ke sisinya. "Sudah, sayang. Jangan menangis, abang ada di sini," pujuk Daniel. Dania bertambah sedih kerana terharu kerana abangnya itu mula menyayanginya kembali.
"Daniel, apa ni? Selama ni, Daniel tak pernah halang kalau kita orang buli budak bisu tu," Zulia seolah- olah merajuk. Daniel teringat kembali di mana dia tidak pernah mempertahankan adiknya daripada dibuli sebelum ini. Jika ada orang membuli adiknya, dia tidak pernah menghalang mahupun menggalakkan. Dia hanya mendiamkan diri.
"Daniel kenapa bela dia?" Zulia menyambung kembali kata- katanya apabila mendapati Daniel tidak menbalas rajuknya. "Sebab dia Dania Herriza binti Harris Iskandar," Daniel memulakan kata- katanya. Semua terdiam. "Dia adik aku. Kenapa? Terkejut kerana aku membela dia? Sudah tentu aku kena bela dia kerana dia adik aku. Salahkah dia menjadi bisu. Salahkah dia ingin hidup seperti manusia normal yang lain. Zulia, aku dengar engkau panggil adik aku ni bodoh kan? Sebenarnya, engkau yang bodoh. Pernah tak kau fikir bahawa membuli orang yang tidak berdaya untuk melawan seperti adik aku ini adalah tindakan yang paling bodoh di dunia," kemarahan Daniel tidak dapat dikawal lagi. Dania menggenggam erat tangan abangnya meminta abangnya bertenang.
"Abang tidak peduli, adik. Hari ini abang akan luahkan segalanya. Cuba kamu semua bayangkan jika kamu semua berada di posisi Dania. Dibuli seperti ini. Terserah kamu semualah sama ada kamu mengerti atau tidak. Cuma aku ingin ingatkan, walaupun dia bisu tetapi hati adik aku ni lebih mulia daripada kamu dan sekali lagi aku nampak kamu semua jentik dia walaupun sedikit sahaja, aku takkan berdiam diri," Daniel mematikan kata- katanya lalu beredar dari situ bersama- sama Dania.
Belum sampai lima langkah mereka maju, kedengaran tepukan daripada pelajar yang mereka berdua belakangi. Mereka menoleh dan pelajar lain mendapatkan mereka lalu memohon maaf kepada Dania atas segala kesalahan mereka selama ini terhadap Dania. Begitu juga Zulia. Dania kini berasa sangat lega kerana abangnya kini boleh menerimanya semula. Guru- guru yang menyaksikan ‘drama’ tersebut berasa bangga kerana mempunyai pelajar seperti Daniel. Mereka tidak campur tangan dalam ‘drama’ itu kerana mereka tahu remaja pada masa kini lebih bijak berfikir.





En. Harris memandu keretanya memasuki perkarangan rumahnya. Dia bersama isterinya, Pn. Illya Heliza baru pulang dari sebuah institusi pengajian awam tempat di mana Pn. Heliza berkerja sebagai pensyarah. Hati mereka melonjak gembira dan memanjatkan kesyukuran yang amat sangat kepada yang maha Esa apabila melihat situasi yang sedang berlaku di hadapan mereka. Kelihatan Daniel dan Dania sedang belajar bersama- sama. Apabila turunnya mereka dari kereta, Daniel dan Dania mendapatkan mereka lalu menyalami mereka. Air mata kegembiraan Pn. Heliza tidak dapat dibendung lagi lalu memeluk Daniel sambil mengucapkan terima kasih kepadanya dengan perlahan.
"Mama, papa, abang tahu bahawa selama ini abang salah. Abang tidak patut lakukan adik, papa dan mama sedemikian," Daniel mengakui kesalahannya selepas mamanya meleraikan dia dari pelukan. "Abang tak salah, sayang. Abang sedang meningkat dewasa dan alam remajalah merupakan alam yang mudah seseorang itu terpengaruh sama ada yang baik mahupun yang buruk," kata Pn. Heliza. En. Harris hanya menganggukkan kepalanya mengiakan kata- kata isterinya itu.






"Kenapa ini?" tanya Daniel apabila Dania terbaring tidak sedarkan diri sambil dipangku oleh Sara yang merupakan sahabat karib Dania. Ramai pelajar menggerumuni mereka. "Nanti saya cerita. Kamu bawa Dania ke kereta saya dahulu. Kita bawa Dania ke hospital dahulu," kata Pn. Amy yang merupakan guru tingkatan Dania.
Semasa berada di dalam kereta, Daniel memangku Dania. Daniel teringat semula semasa dia dipanggil oleh seorang pelajar mengkhabarkan bahawa Dania telah pengsan dan memintanya segera ke kelas Dania.
"Bagaimana semua ini boleh berlaku?" tanya Daniel dalam kegelisahan. Sara yang berada di tempat duduk hadapan menceritakan keadaan yang berlaku di mana Dania telah pengsan semasa dia sedang menjawab soalan yang diajukan oleh guru mereka. Daniel mengusap- ngusap kepala adiknya dengan harapan supaya Dania akan sedar. Namun, semuanya sia- sia.

"Adik macam mana, abang?" tanya Pn. Heliza sebaik sahaja dia tiba di hospital bersama suaminya selepas mendapat panggilan dari Pn. Amy yang mengatakan Dania dimasukkan ke hospital. "Adik sedang diperiksa oleh doktor," jawab Daniel. Pn. Amy dan Sara meminta izin untuk pulang semula ke sekolah. "Daniel, mari," ajak Pn. Amy. "Cikgu, saya ingin berada di sini, bolehkan cikgu?" Daniel memohon izin gurunya. Gurunya itu membenarkan.
Doktor keluar dari bilik pemeriksaan. "Bagaimana dengan anak saya, doktor?" tanya En. Harris. "Anda berdua adalah ibu bapa atau penjaga Dania Herrifa binti Harris Iskandar?" tanya doktor tersebut. En. Harris dan Pn. Heliza mengangguk. Mereka berdua diminta ke bilik doktor wanita tersebut. "Doktor, boleh saya melawat adik saya?" tanya Daniel. Doktor itu membenarkan.


Daniel berasa sedih taktala melihat keadaan adiknya yang terbaring di atas katil hospital itu. Pintu bilik Dania ditempatkan dibuka oleh En. Harris lalu dia masuk bersama Pn. Heliza dengan wajah yang sugul. "Kenapa dengan adik mama? Kenapa adik pengsan secara tiba- tiba?" tanya Daniel dengan tidak sabar- sabar. Daniel berasa hairan apabila melihat mamanya tiba- tiba menangis sambil ditenangkan oleh papanya.
"Abang,….," Pn. Heliza tidak dapat meneruskan kata- katanya. "Kenapa ni, papa?" Daniel semakin gelisah. "Adik mengidap barah otak," En. Harris menerangkan bagi pihak Pn. Heliza. Kesedihannya dipendam. Daniel rebah tidak bermaya. "Tetapi boleh diselamatkan lagikan, papa, mama," Daniel menaruh harapan. En. Harris menggelengkan kepalanya. "Kenapa papa? Kita mampu untuk menyediakan bayaran untuk pembedahan," Daniel semakin takut. "Bersabar sayang. Penyakit adik itu berada pada peringkat akhir iaitu pada tahap kritikal. Walaupun pembedahan dilakukan, peluang untuk adik hidup adalah tipis," mamanya mula berkata- kata. "Kita boleh cuba," air mata Daniel mula berderai. Tiada jawapan diterima.
"Kenapa di saat Daniel cuba memberi kebahagiaan kepada adik, Allah mahu mengambil dia dari kita. Apa salah dial? Ini tak adil," Daniel memberontak. "Abang! Jangan salahkan Dia. Semua ini terjadi, ada hikmah di sebaliknya," En. Harris menasihati anaknya. Daniel hanya terdiam mengakui kesilapannya lalu memohon ampun kepadaNya.
Daniel teringat ketika adiknya mengadu sakit kepala sejak akhir- akhir ini. Dia tidak meyangka sakit itu merupakan perkara yang serius.






"Adik nak makan epal?" tanya Daniel kepada Dania. Dania menggelengkan kepalanya. Dania menarik abangnya untuk duduk di atas katil. Daniel akur. Dengan menggunakan bahasa isyarat, Dania bertanya kepada Daniel kenapa abangnya itu tidak seceria dulu. Daniel hanya mendiamkan diri. Tidak ada sesiapa yang memberitahu kepada Dania tentang penyakitnya. Mereka tidak mahu Dania gelisah.
Namun, Daniel terkejut apabila adiknya memberitahu bahawa dia sudah tahu bahawa dia mengidap penyakit barah otak dan dia hanya ada masa mungkin satu bulan untuk hidup. Dania kata, dia terdengar tentang perbualan dotor dengan mama dan papanya tempoh hari. Dania juga berkata bahawa dia redha dengan ketentuan Ilahi. Daniel memeluk adiknya. Tanpa mereka sedari, dua pasang mata memerhatikan mereka dan melihat perbualan mereka. En. Harris dan Pn. Heliza terus memeluk anak mereka.
Dania memohon untuk pulang ke rumah. Dia mahu sentiasa berada di rumah. seboleh- bolehnya, biarlah dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah yang menjadi syurganya. Pada mulanya, keluarganya tidak membenarkan, tetapi mereka terfikir itu mungkin hajat terakhir Dania dan doktor juga membenarkan. Mereka menjaga Dania dengan baik sekali.
Pada malam itu, seperti biasa mereka sekeluarga solat berjemaah. Setelah selesai berdoa, Dania menyalami mama dan papanya lalu memohon maaf dari mereka. Pn. Heliza menangis teresak- esak. Dania memeluk mamanya.

"Adik, bangun sembahyang subuh, sayang. Hari ini hari lahir adik. Papa, mama dan abang akan meraikannya bersama adik. Bangun sayang," Pn. Heliza menggerakkan anaknya itu. Sudah hampir sebulan Dania tidur bersamanya. Dia tidak mahu berpisah dengan Dania walau sekejap pun. Oleh sebab itu, dia meminta cuti dari pihak universiti agar dapat menjaga anaknya itu. Namun, Dania masih tidak bangun. Pn. Heliza berdebar lalu dirasanya nadi Dania apabila Dania masih tidak memberi sebarang reaksi. "Papa, abang!!!" Pn. Heliza menjerit. En. Harris dan Daniel datang dalam keadaan tergopoh- gapah. Mereka melihat Pn. Heliza menangis sambil memeluk Dania yang sedang berbaring di atas katil. Daniel terduduk sambil menangis begitu juga En. Harris.

***

"Abang, sudahlah. Mungkin Allah lebih sayangkan adik," En. Harris memujuk Daniel apabila Pn. Heliza sudah mengalirkan air mata. Daniel akur, lalu bangun dari tempat di mana adik kesayangannya disemadikan. "Ya, Allah, sesungguhnya Kau maha penyayang. Amankanlah adik aku di sana. Pada tarikh ini Kau datangkan adikku dan pada tarikh ini semula Kau ambilnya kembali," bisik hati Daniel sebelum melangkah pergi.

Apabila sampai di rumah, Daniel terus menuju ke bilik adiknya itu. Dilihatnya keadaan sekeliling dan dia merasakan Dania masih berada di situ. Daniel terlihat diari yang terdapat di atas meja belajar arwah adiknya lalu membaca diari tersebut.

Aku redha dengan ketentuanMu yang memberikan aku sedikit
lagi masa untuk hidup dan mengecapi kebahagiaan setelah abang
mula menerima aku selepas tiga tahun dial menyisihkan aku.

Hari ini aku berasa sangat gembira kerana abang sudah mula
menerimaku. Terima kasih Ya Allah.

Diari itu dibelek lagi oleh Daniel sehingga salah satu halaman yang menarik minat Daniel untuk membacanya.

25 Februari,
Hari ini aku masih dibuli oleh pelajar- pelajar di sekolah aku. Abang
pula masih tidak mengendahkan aku. Malah dial hampir memukul
Aku. Aku tidak menyangka abang akan berubah sebegini.
Ya Allah,
Kenapa semua orang tidak menyukai aku? Apa salah aku?
Salahkah aku apabila ditakdirkan untuk lahir dalam kecacatan?
Salahkah aku apabila bisu sebegini?
Salahkah aku apabila ingin hidup seperti hamba Allah yang sempurna
seperti yang lain?
Salahkah aku apabila ingin menyayangi dan disayangi?
Salahkah aku ingin hidup gembira seperti orang lain?
Salahkah aku? Tidak layakkah aku?

Diari tersebut ditutup perlahan oleh Daniel. "Tak, adik tak salah sayang, adik tak salah," air mata Daniel berjurai lagi. Diari tersebut dipegang erat oleh Daniel.
posted by BLOGGER @ 12:23 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 24/10/08 1:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cDiH aR citEr niE..pErp0wn,c0ngRatE..

     

  • At 24/10/08 9:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ceritanya sangat baik, sy harap cerpen ini dapat memberi pengajaran kpd semua org yg membaca..

     

  • At 24/10/08 10:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    byk mesej dlm cerpen ni..congraz!!!

     

  • At 24/10/08 11:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pengajaran yg baek..t'utama tok sesape yg perasaan perfect.kita di dunia ni semua sama..

     

  • At 25/10/08 3:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cter ni menarik...but,sory to say eh...gaya penulisan cam karangan bdk2 sekolah rendah..skema semcm jek..

     

  • At 25/10/08 12:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih la... biarla ada yg kata mcm karangan bdk skool, sy ttp suka... mmg byk pengajaran... tahniah... :)

     

  • At 26/10/08 9:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    biar lh mcm bdk2..at least jln crita dia segar..xde la mcm lbh kurg sm ngn cerpen2 yg lain..n bg pngajaran, x semestnya blog ni khas utk cerpen cinta kpd couple2..p makna cinta yg luas..ant adik bradik pn ada..so, keep up gud work k!

     

  • At 26/10/08 9:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    biar lh mcm bdk2..at least jln crita dia segar..xde la mcm lbh kurg sm ngn cerpen2 yg lain..n bg pngajaran, x semestnya blog ni khas utk cerpen cinta kpd couple2..p makna cinta yg luas..ant adik bradik pn ada..so, keep up gud work k!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group