BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 13, 2008
Cerpen : Nurdini
Noen
ain_pt@yahoo.com

NURDINI

Darlina mencebik bibirnya tatkala melihat ibunya Hanisah menukar lampin Dini yang telah penuh. Pandangannya jijik sekali terhadap bayi berusia setahun tersebut. Bayi itu dilihat seolah-olah sesuatu yang meloyakan tekak dan meletihkan mata.

"Kenapa lah mama jaga sangat budak tu. Dah lah kuat menangis, kencing dan berak pun kerap." Rungutnya meluahkan rasa tidak senang. Ada sahaja yang tidak kena di matanya apabila melihat cara ibunya menjaga Nurdini.

"Budak-budak memang macam ni Lina. Tak baik kita marah-marah kat dia. Dia orang tak tahu apa-apa pun. Lina kecil-kecil dulu pun gini," lembut sahaja suara Hanisah menjawab ketidakpuasan hati anak sulungnya. Dia tahu Darlina tidak menyenangi langsung kehadiran Nurdini di dalam keluarga mereka sejak mula lagi.

"Mama, kan pepatah orang tua-tua ada berkata, ‘anak udang, udang juga, tidak sama anak tenggiri. Anak orang, orang juga, tidak sama anak sendiri’. Nanti besar panjang dia lari dari rumah bila dia tahu mama budak mak dia, papa bukan ayah dia." Sambung Darlina masih utuh dengan ketidak sukaan terhadap bayi mongel itu.

"Mama jaga dia elok-elok takkan dia nak lari lagi." Bidas Hanisah menafikan kemungkinan yang ditimbulkan Darlina.

"Mama tak tengok ke kisah-kisah dalam surat khabar, dalam TV, budak-budak gini bila dah besar bukan main besar kepala. Nak cari mak ayah kandung. Lari dari rumah. Kalau tak sebab nak cari mak ayah dia, lari ikut jantan." Hambur Darlina lagi. Hanisah hanya ketawa kecil mendengar teori anak gadisnya itu.

"Insya-Allah, dia tak buat gitu," balasnya kemudian, yakin dengan cara didikan yang diberikan tidak akan membuatkan anaknya lari dari rumah tanpa sebab yang munasabah.

"Kalau dia buat?" soal Darlina mencabar.

"Itu ketentuan Allah dan juga mungkin ujian-Nya. Mama dah jaga dia dengan baik, bagi kasih-sayang, dah bagi pendidikan dan bagi yang terbaik, kalau dia nak buat juga, apa yang mama boleh buat. Berdo’a sajalah moga hati dia terbuka ke jalan yang benar." Hanisah menjawab keraguan anak gadisnya yang telah mencecah 17 tahun itu. Darlina sekali lagi mencebik apabila Hanisah mendirikan Nurdini yang masih belum boleh berjalan. Si comel itu tersengih-sengih kerana proses pemakaian lampin yang ‘menyeksakan’ telah tamat.

"Nah, jaga dia ni. Mama nak solat." Suruh Hanisah sambil menghulurkan Nurdini kepada Darlina.

"Eiii…. Lina memang tak suka lah. Apsal mama selalu suruh Lina jaga dia. Kadang-kadang rasa geli tau," ujarnya mencebik lagi. Hanisah memandang tajam anak gadisnya. Menyedari keterlanjuran kata-katanya Darlina terus mencapai Nurdini dan mendukung bayi itu lalu menuju ke ruang tamu.

"Mama tak pernah ajar anak-anak mama menghina sesama manusia," kata Hanisah sebelum dia sendiri beredar ke bilik air untuk bersuci dan berwudhuk. Walau pun kata-katanya pedas tetapi dituturkan dengan nada yang lembut. Dia cuba bersabar dengan karenah Darlina yang semakin hari semakin menjadi. Kadang-kadang terfikir juga dia dari mana datangnya sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri Darlina kini sebab sedari kecil dia sudah cuba melengkapkan anak-anaknya dengan didikan agama dan asuhan cara hidup yang baik. Kata-kata Darlina selalu lepas dan sekali-sekala boleh lah diibaratkan seperti kurang ajar. Darlina amat menguji kesabarannya sejak hadirnya Nurdini di dalam keluarga mereka.


"Aku bukannya nak berkira sangat, tapi setahu aku orang kata anak luar nikah ni akan menyebabkan keturunan seterusnya pun luar nikah. Akan ada seorang dalam setiap keturunan yang akan jadi luar nikah terutama jika anak luar nikah tu perempuan. Tu yang aku rasa jijik tu. Nanti keturunan kami dipandang serong disebabkan budak sekor tu," berderau darah Hanisah mendengar perbualan telefon di antara Darlina dan kawannya. Hatinya dirundung rasa sebak yang menggunung. Mata nya berasa panas dan tanpa sedar mengalir air jernih dari kedua belah matanya. Sepatutnya latar belakang Nurdini tiada sesiapa pun tahu kecuali mereka anak-beranak sahaja. Dia segera berlalu ke kamarnya. Nurdini kelihatan nyenyak tidur di atas tilam kecil yang dihamparkan di atas lantai sambil mendakap bantal peluk. Nampak comel sekali. Dia menghampiri Nurdini tetapi tidak berani menyentuhnya, takut anak itu terjaga dan merengek. Tidak senang duduk dibuatnya nanti jika Nurdini tidak cukup tidur.

"Apa lah nasib kamu Dini. Mama bukan nak menganiaya kamu. Tak sangka Kak Lina akan membenci kamu begini sekali." Dia bercakap perlahan sambil merenung bayi tidak berdosa itu. Jika dia menyuruh Darlina menjaganya, dibuat acuh tidak acuh sahaja. Kadang-kadang tangisan Nurdini yang terjatuh atau menangis kelaparan seolah-olah tidak didengar Darlina. "Mama akan cuba sedaya upaya membesarkan kamu dengan baik. Mama harap Dini akan jadi anak yang solehah nanti," sambungnya lagi.

"Bercakap sorang-sorang?" tersentak Hanisah jadinya ditegur suaminya yang entah bila masuk ke kamar mereka. Apabila Hanisah beralih memandangnya Kamal hairan melihat raut wajah isteri kesayangannya yang nampak sedih dan matanya masih basah.

"Awal abang balik hari ni." Tegur Hanisah.

"Tak busy. Lagi pun abang rasa kurang sihat." Jawab Kamal. "Kenapa sedih ni? Letih sangat ke buat kerja rumah?" soal Kamal menghampirinya. Hanisah bersyukur, kasih-sayang Kamal kepadanya walau pun setelah berbelas tahun berkahwin masih sama. Macam dulu-dulu juga.

"Pasal Lina lah. Benci sangat dia pada Dini ni. Nisah dah tak tahu nak buat apa lagi bang. Nak marah nanti dia kata kita tak pedulikan dia lagi selepas dapat Dini. Tak dimarah menjadi-jadi perangai buruknya tu. Ada ke patut dia bagi tahu kawannya Dini anak luar nikah" adunya lemah. Dia mati akal dengan perangai Darlina. Malangnya Darlina tidak membuat perangai buruknya di hadapan Kamal. Jadi Kamal hanya mendengar aduannya, tidak merasai kesedihan dan rasa terganggu yang dia alami dek kata-kata pedas Darlina kepada Nurdini saban hari.

"Kita sama-sama do’akan dia akan berubah bila dah timbul rasa kasih sayang pada Dini. Abang sentiasa do’akan sejak Nisah bagi tau abang dulu. Cuma abang belum pernah dengar cakap-cakap tak elok Lina pada Dini tu." Kata Kamal cuba menenangkan hati isterinya. Jadual kerja nya yang selalu sibuk tidak membenarkan dia selalu berada di rumah. Pergi pagi pulang selalunya selepas maghrib atau paling awal pukul 6.30 petang. Cuti hanya pada hari ahad. Dia pun kadang-kala berasa kesian dengan isteri yang selalu keseorang di rumah dan terpaksa melayan karenah anak-anak mereka termasuk Nurdini. Tapi apakan daya sejak dua tahun dia memulakan perniagaan sendiri, masanya terpaksa dikorbankan kepada syarikatnya kerana persaingan terlalu sengit. Seperti pokok yang baru hendak tumbuh, jika tidak dijaga dan dibaja dengan betul cepat sahaja layunya. Silap perkiraan mati.

"Kadang-kadang Nisah rasa berputus asa nak jaga Dini ni. Dia ni kuat meragam. Lina pula asyik berleter dan cakap yang bukan-bukan. Kesian Dini. Walau pun kecil lagi tapi dia macam faham je ada orang tak suka kat dia." Keluh Hanisah lagi.

"Anak-anak kita yang lain tak apa kan?" soal Kamal.

"So far ok. Lagi pun kan semua jarang ada di rumah. Cuma Nisah takut bila sesekali balik dan selalu dengar Lina tu bercakap, berjangkit pula kat dia orang," Hanisah meluahkan kerisauannya. Kamal bangun duduk di birai katil.

"Macam ni lah sayang. Kalau nanti Lina dah keterlaluan abang akan bercakap dengan dia. Kita sama-sama tunjuk jalan yang betul. Dia bukan macam tu sebelum ni. Agaknya dia jealous. Nisah banyak sangat habis masa dengan Dini. Adik-adik semua kat asrama. Tinggal dia sorang kat rumah dan Nisah tak ambil berat pasal dia. Tentu lah dia berjauh hati" Komen Kamal. Hanisah hanya diam. Dia akui karenah Dini yang memerlukan banyak perhatian membuatkan dia kadang-kadang lebih tertumpu kepada si kecil itu. Tapi anak-anak yang lain tidak kisah. Cuma Darlina sahaja.


Hanisah merasai badan Nurdini yang panas. Sudah dua hari demamnya tidak nampak mahu berkurang. Masih begitu. Hairannya, apabila demam begitu tidak banyak karenah pula Dini. Diam sahaja dan nampak begitu lemah. Lebih suka berbaring dan hanya leka merenung ke sesuatu arah. Kamal sudah berjanji akan pulang awal untuk membawa Dini sekali lagi ke doktor. Dua hari lepas doktor hanya mengatakan Nurdini demam panas yang biasa. Tidak nampak tanda-tanda penyakit lain. Dia memanggil Darlina yang sedang menonton TV untuk menjaga Nurdini kerana dia hendak bersolat.

"Dia kan diam je. Buat apa nak dijaga?" soal Darlina malas.

"Tengok-tengokkan dia. Budak-budak demam panas macam ni tak boleh tinggal sorang-sorang, takut kena sawan tarik," katanya. Dulu anak keduanya Syamsul, pernah diserang sawan tarik kerana badan terlalu panas. Doktor menasihatkan supaya jangan sampai dia diserang kali kedua, mungkin boleh mendatangkan kecacatan pada otak.

"Yelah, yelah. Budak ni menyusahkan sajalah," rungut Darlina geram. Mendengar kata-kata Darlina itu terus sahaja Hanisah mendukung Dini ke bilik. Darlina terkebil-kebil melihat telatah ibunya itu. Marah agaknya, fikirnya sendiri.


Hanisah berteleku di tepi katil Nurdini di wad kanak-kanak. Dia berasa sedih kerana panas baran nya yang tiba-tiba datang menyebabkan Nurdini terseksa. Dek marahkan Darlina dia meninggalkan Nurdini sendirian ketika bersuci dan mengambil wudhuk. Takdir Allah, Nurdini diserang sawan sehingga berbuih-buih mulutnya. Kini anak itu terpaksa dirawat di hospital. Kata doktor tadi keadaannya agak bahaya. Bukan kerana serangan sawan itu sahaja, tetapi kemungkinan besar terdapat jangkitan di paru-parunya yang tidak dapat dikesan sejak awal. Doktor telah mengambil contoh darah untuk dibuat pemeriksaan. Allah ingin mengujinya. Sudah lama dia tidak diuji sebegini berat. Anak kecil itu dipandangnya sayu.

"Maafkan mama sayang. Mama tak bemaksud nak buat Dini menderita," dia bercakap dengan Nurdini yang terpejam layu. Melihat tangan Dini yang dicucuk untuk menyalurkan air ke badannya dia menjadi tidak berdaya. Dia tahu sakit, apatah lagi oleh seorang anak kecil.

"Mama, macam mana Dini?" Khairiah, anak ketiganya yang baru sampai menegur. Disalami tangan ibu yang terasa sejuk. Gadis berusia tiga belas tahun itu yang dilahirkan kembar memeluk leher ibunya. Kembarnya Khairil tidak kelihatan.

"Entahlah Yah. Kita do’akan dia tidak terseksa sangat," katanya kepaada Khairiah. "Mana abang Ril?" soalnya.

"Ada kat bawah dengan abang Syam sekali. Kejap lagi naik," jawabnya. "Kak Lina tak datang?" soal Khairiah pula.

"Mama pun tak tahu apa yang Kak Lina kamu fikir. Dia tak mau datang." Jawab Hanisah. Dia menjadi hati batu. Kenapa dia jadi macam tu? Fikir Hanisah sendiri. Dia seolah-olah tiada perasaan. Dari mana datangnya sifat yang buruk begitu? Baik Hanisah sendiri mahu pun Kamal tidak pernah mempunyai perasaan cemburu yang begitu rupa. Tidak membenci orang hingga begitu sekali. Apatah lagi bercakap yang buruk-buruk tentang orang lain. Memang dia dan Kamal bukan dari kalangan orang-orang alim dan warak, tetapi mereka cuba menjalani hidup yang baik dan sentiasa tidak lupakan agama terutama sejak mereka berumahtangga. Mereka cuba sebaik mungkin menerapkan nilai-nilai agama yang murni dalam rumahtangga mereka, kepada zuriat mereka.


Hanya mereka bertiga. Suasana begitu hening. Kedengaran hanyalah angin kipas yang berputar. Khairiah, Syamsul dan Khairil telah pulang ke asrama masing-masing. Amat berat untuk mereka memperkatakan hal itu. Namun sekarang atau kemudian hari, mereka terpaksa bercakap juga.

"Papa tidak tahu dari mana datangnya sifat-sifat buruk yang ada pada Lina," Kamal memulakan. Kecut hati Darlina mendengar ucapan serius ayahnya itu. "Memang dalam diri setiap manusia itu ada sifat mahmudah dan mazmumah. Tapi jika kita mampu mendidik diri kita sifat mazmumah itu boleh dibendung. Papa tak nampak sifat-sifat mazmumah dalam diri Lina dulu. Yang kecil-kecil kita boleh maafkan. Tapi apa yang Lina lakukan pada Dini tak boleh diterima. Lina dah 17 tahun. Dini baru setahun, Lina. Setahun umurnya. Nak bezakan benda kotor dan bersih pun tak tahu lagi." Darlina cuma diam. "Cuba bagi tahu papa, kenapa Lina benci sangat pada Dini?" Kamal meminta dengan suara yang lembut tetapi nadanya serius. Darlina masih diam membatu.

"Lina, kita sedang berbincang. Perlu ada dua pihak bercakap." Tegur Kamal. Darlina memandang ayahnya sekilas.

"Dia anak luar nikah papa. Dia boleh menyebabkan orang pandang serong pada family kita nanti," jawab Darlina. Kamal berdo’a di dalam hati jawapan Darlina tidak berbunyi begitu, seperti yang diceritakan oleh isterinya. Lagi-lagi itu juga yang dikatakan Darlina, status tidak sah taraf Nurdini yang tidak berdosa itu.

"Siapa yang berdosa Lina? Dini atau ibu bapanya?" soal Kamal kepada anak gadisnya yang beraut wajah bulat.

"Siapa berdosa tu tak penting papa. Tapi darah keturunan tu yang akan diambil kira. Nanti dia mungkin merosakkan nama baik family kita." Jawab Darlina cemerlang sekali. Dia tahu Dini tidak berdosa. Anak kecil belum baligh tidak berdosa apa-apa.

"Yang akan datang kenapa kita nak ambil kira. Takdir dalam tangan Allah, Lina. Kita tak mampu ubah apa-apa jika sudah tertulis dalam suratan –Nya itu yang akan berlaku. Kita tak nampak masa depan. Kita hanya boleh merancang, tapi Allah yang akan menentukan perancangan kita itu jadi atau tidaknya." Syarah Kamal.

"Selalunya anak luar nikah ni bawa masalah. Tengoklah nanti. Mami dan papa akan menyesal ambil Dini jadi anak." Tegas Darlina tidak mahu mengalah.

"Masalah yang macam mana?" soal Kamal ingin tahu apa yang tersirat di fikiran anaknya.

"Masalah sosial. Masalah kelakuan," kata Darlina yakin.

"Macam Lina sekarang ni?" soal Kamal. Hanisah hanya diam sejak tadi. Hatinya resah dan serba-salah. Dia bimbang jika apa yang Kamal katakana kelak lebih melukakan daripada yang sedia ada.

"Jangan papa nak samakan Lina dengan Dini. Ibu ayahnya pun kita tidak tahu siapa. Dah sah dia anak luar nikah," cemuh Darlina.

"Ibunya dirogol Lina. Bukan ibunya perempuan tak bermaruah atau pelacur yang melacur sehingga melahirkan anak luar nikah. Dirogol ialah sesuatu yang mana-mana perempuan pun tidak rela," kata Kamal fakta yang Darlina sudah tahu berkenaan rogol itu sendiri.

"Kalau ibunya perempuan baik-baik, takkan sampai dirogol." Tingkah Darlina. "Mesti jenis yang galak dan tak bermoral" Keji Darlina. Kamal dan Hanisah beristighfar perlahan. Dari mana datangnya sifat pentingkan diri seperti itu. Kenapa madu yang diberi racun yang dibalas.

"Agaknya memang betul kata Lina, anak luar nikah bawa masalah." Kata Kamal tiba-tiba. Nada suaranya amat sinis sehingga Darlina berasa ada yang tidak kena. "Papa tidak mahu sakitkan hati Lina. Kalau boleh sampai bila-bila papa nak simpan cerita ni. Tapi tak boleh. Lambat laun Lina kena tahu. Sepatutnya masanya belum tiba, tapi memandangkan perangai Lina yang semakin lupa diri papa rasa Lina perlu tahu yang Lina sebenarnya anak luar nikah juga. Tak sah taraf." Tutur Kamal satu-satu. Saat itu air mata Hanisah laju sahaja mengalir ke pipi. Peristiwa hamper lapan belas tahun lalu terbayang diruang mata. Titik hitam yang sampai ke hembusan nafas terakhir pun dia tidak akan boleh lupakan.

"Papa jangan nak ada-adakan cerita," tepis Darlina antara percaya dan tidak. Hendak percaya adalah mustahil, tidak percaya pula ayahnya tidak pernah bergurau hingga begitu sekali. Perkara seperti itu tidak boleh dijadikan gurauan.

"Bezanya Dini dan Lina, ayah Dini kami tidak tahu siapa. Ayah Lina pula kami kenal benar," terus Kamal. "Ibu Dini kawan baik mama. Orangnya baik. Dia dianiaya kerana dendam. Bukan perempuan kelab malam. Bukan pelacur. Begitu juga mama. Mama bukan perempuan tak bermoral, bukan gadis liar, bukan perempuan jalanan. Mama mangsa nafsu serakah bapa saudaranya yang berhati binatang," terang Kamal lagi. Darlina terlopong. Dipandang ibunya yang sudah menangis dalam esakan kecil. "Kalau lah mama perempuan tidak baik, papa tidak akan sanggup berkahwin dengannya dan memelihara anak yang bukan dari darah daging papa dengan penuh kasih-sayang. Pernah papa menganak tirikan Lina? Pernah permintaan Lina papa ambil tidak kisah? Pernah papa mengeji Lina macam Lina selalu buat pada Dini?" Soal Kamal. "Tak pernah kan?"Kamal menjawab soalannya sendiri. Darlina yang sudah terkedu hanya mendengar tetapi tidak tahu apa yang hendak difikirkan. Hodoh sungguh sejarah kelahirannya yang dilihat dari luaran begitu menawan. Dia gadis yang selalu mendapat pujian sebagai cantik, anggun dan ayu. Ibu bapanya juga dikenali sebagai orang baik-baik dan berbudi bahasa tinggi. Tidak langsung terlintas di fikirannya hidupnya bermula dari satu peristiwa hitam yang tidak dapat diterima oleh mana-mana wanita pun.

Kamal memandang anak sulungnya yang diam membatu. Raut wajahnya menjadi pucat lesi sambil jari-jemarinya bermain sesama sendiri. Tiada apa yang hendak dia katakan lagi. Kenyataan itu tentunya sungguh pahit untuk Darlina. Umpama batu yang menghempap diri atau pun ludah yang terkena muka. Terpulanglah kepada Darlina bagaimana hendak menerimanya.

"Lina rasa malu tak bila papa bongkarkan hal ini? Apa yang Lina rasa, itu juga yang Dini rasa bila dia besar nanti. Sebab itu lah kita jangan hebahkan aib orang. Tak baik. Lina bagi tahu kawan-kawan Lina, yang Dini anak luar nikah. Apa perasaan Dini bila dia besar nanti orang memandang serong dan tahu dia anak luar nikah. Walau pun anak luar nikah itu suci, tapi hakikat kehidupan ini berlawanan Lina. Papa dan mama sayangkan Lina walau apa hakikat dan latar belakang Lina. Tapi orang luar tidak faham erti kasih sayang kami. Yang faham, hanya yang pernah mengalami," syarah Kamal lembut.

"Apa pun yang papa telah katakan bukan untuk mengahalau Lina jauh dari kami. Cuma hendak menyedarkan Lina yang percakapan dan perbuatan kita perlu ada batasnya. Kasih sayang papa dan mama takkan berubah pada Lina. Lina tetap anak sulung kami yang kami sayang macam dulu-dulu," kata Kamal lalu bangun dan menepuk bahu Darlina dan berlalu ke biliknya. Tinggallah Darlina bersama Hanisah. Seketika kemudian Darlina bangun perlahan menuju ke arah Hanisah lalu duduk terjelepuk di kaki ibunya itu. Terdengar esakan kecil Darlina tanpa sepatah pun kata-kata. Esakan itu begitu sayu dan meruntun hati kecil Hanisah.
posted by BLOGGER @ 9:00 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 14/10/08 12:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagus... btul2 bg pengajaran... tahniah...

     

  • At 14/10/08 8:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    CERPEN NI BETUL2 MENYENTUH PERASAAN...

     

  • At 17/10/08 11:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagus citer ni...
    btul2 wat sy tersentuh....
    tahniah.....

     

  • At 19/11/08 5:44 PTG, Blogger AdAh said…

    touching giler...
    sye suke time Lina ter'kena'ngan ayah die..
    biar die sedar diri skit jgn sesuke ati hine org..
    1 idea y baek.ingatkan die kene lmpg atau sound ngan bapak die..
    bley bg 4 drpd 5 bntg..
    keep up ur gud work!!!

     

  • At 13/1/09 1:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terima kasih banyak atas komen anda semua yang begitu menyenangkan. InsyaAllah saya nak keluarkan novel tapi bukan garapan dari cerita ini lah. Do'akan saya.-noen

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group