Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Jadilah. Lepas habis kerja ni, aku terus gerak ke sana k."
"Ok."
Talian dimatikan.
Ain melihat jam di komputernya. Masih ada beberapa jam lagi sebelum waktu yang dijanjikan. Petang itu dia sudah berjanji untuk berbuka puasa bersama Wafa dan Fazren.
Wafa adalah temannya ketika dia menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu manakala Fazren pula adalah teman yang dikenalinya menerusi laman web My Space hampir dua tahun yang lalu.
Meskipun bekerja di tempat yang berasingan namun mereka bertiga kerap berhubung di internet. Pada mulanya Ain sendiri tidak tahu yang Wafa dan Fazren sudah saling mengenali di internet. Ain sendiri terkejut apabila suatu hari Wafa meninggalkan komen di laman blognya. Tidak disangkanya ada orang yang mengenalinya walaupun nama yang digunakan bukan namanya yang sebenar.
Apabila dia melawat laman blog Wafa, sekali lagi dia terkejut apabila nama Fazren turut tersenarai sebagai salah seorang kenalan Wafa. Barulah Ain tahu yang kedua-dua orang temannya itu sudah saling mengenali di internet. Justeru, Ain mengambil keputusan untuk menemukan mereka berdua.
Namun hingga ke hari ini, Fazren masih belum memberikan sebarang jawapan. Ain sudah sedia maklum dengan sikap Fazren yang sangat liat nak balas SMS orang termasuklah SMS daripada ibu bapanya sendiri. Ada kalanya sikap Fazren yang satu ini membuatkannya geram. Apa guna ada handphone kalau sekadar nak buat perhiasan?!
Tepat jam lima petang, Ain terus menutup komputernya dan bergegas ke perhentian bas berhampiran pejabatnya yang terletak di Taman Tun.
Sementara menanti bas, Ain menaip SMS. Nak telefon, kreditnya pula tak cukup.
"Fazren, jadi tak ikut kita orang buka puasa kat Wangsa Maju hari ni?"
Sangka Ain, Fazren tak ada kredit kerana sejak semalam Fazren tidak membalas SMSnya namun tak sampai lima minit, SMSnya berjawab. Fazren!
"Tak dapatlah. Sakit kepala. Migrain. Dah bagi tahu Wafa tadi."
"Ya ke? Tak apalah. Rehatlah banyak-banyak," balas Ain walaupun sebenarnya dia kecewa dengan jawapan itu.
"Ain marah ke?"
SMS Fazren muncul lagi.
"Nak marah kenapanya? Dah sakit, nak buat macam mana kan? Lainlah kalau Fazren tipu."
"Mana ada tipu. Erm…kalau Ain nak, Fazren datang."
"Eh, tak apalah. Tadi kata tak sihat. Nanti pengsan tengah jalan, siapa nak angkat?"
"Tak apa. Demi Ain, Fazren gagahkan diri."
"Suka hatilah. Tapi kalau pengsan nanti, jangan salahkan orang pula."
Degil pulak! Kejap tak nak pergi, kejap nak pergi. Ish! Ain mengeling jam di telefon bimbitnya. Mana bas ni? Lambatlah pulak. Sempat ke nak kejar waktu berbuka ni? Kesian pulak Wafa tunggu lama.
Apabila terlihat bas Rapid KL yang bernombor U82, Ain tidak menunggu lama. Dari situ, dia perlu menaiki bas U82 menuju ke KL Sentral dan dari KL Sentral, dia perlu menaiki LRT ke Wangsa Maju. Perjalanan yang hanya mengambil masa 20 minit pun boleh jadi dua jam. Begitulah nasib orang yang tidak mempunyai kenderaan apatah lagi lesen memandu sepertinya.
Sudah acap kali dia disuruh mengambil lesen kereta oleh ayahnya namun Ain enggan. Bukannya dia tidak mampu namun hatinya belum terbuka untuk berbuat demikian. Sedangkan orang yang betul-betul nak ambil lesen pun kantoi hingga dua tiga kali, inikan pula dia yang langsung tak ada hati nak ambil lesen.
Alasannya nak bayar hutang PTPTN dulu. Ain tidak mahu berhabis wang gajinya untuk kesenangan sekarang sedangkan masih banyak hal lain yang perlu diselesaikannya terlebih dahulu. Dia tidak mahu menjadi seperti kakaknya. Sebaik-baik sahaja bekerja, kakaknya sudah ada laptop dan kereta sendiri tapi beban hutangnya juga sudah bertimbun.
Bukan dia tidak mahu mengambil lesen namun belum masanya. Ain sudah ada perancangannya tersendiri. Dia sudah nekad mahu menjelaskan kesemua hutang PTPTNnya dalam masa tiga tahun. Untung pinjamannya tidak banyak. Selepas tiga tahun, barulah dia akan mengambil lesen dan mengumpul harta.
Dek kerana asyik berfikir, tanpa sedar dia sudah tiba di KL Sentral. Setiba di KL Sentral, Ain terus mengambil LRT menuju ke Wangsa Maju. Mujur keadaan di dalam LRT tidak sepadat sewaktu di dalam bas tadi. Hampir lemas dia dibuatnya.
Maklumlah bulan puasa begini selalunya pejabat tutup awal. Semua orang nak balik cepat. Jadi, tak hairanlah lalu lintas sesak.
Ketika di dalam LRT, Ain menerima SMS daripada Wafa bertanyakan lokasinya sekarang.
"Baru naik LRT kat KL Sentral. Setengah jam lagi aku sampai," balas Ain.
"Dah sampai LRT Setiawangsa, bagi tahu aku."
"Ok."
Tidak lama kemudian, Fazren pula menelefonnya.
"Ain, kat mana? Fazren dah sampai Wangsa Maju ni."
"Hah? Dah sampai?" Ain mula gelabah. "Wafa dah ada kat situ?"
"Entah. Fazren kat sekolah ni. Gerai tu kat mana?"
"Kat Seksyen 2. Sekolah tu kat mana pulak? Tak apalah. Fazren tunggu kejap. Kejap lagi kita orang sampai," ujar Ain.
Manalah dia tahu selok-belok kawasan di Wangsa Maju ni. Masa praktikal dulu pun, dia hanya sempat bermastautin di sana selama empat bulan lebih sahaja. Isnin hingga Jumaat dia bekerja manakala hujung minggu pula dia balik kampung. Manalah dia ada masa nak bersiar-siar.
Jam di telefon bimbit sekali lagi dilihat. Dah nak pukul tujuh! Ain bergegas mendapatkan Wafa yang sudah sedia menunggu sebaik-baik sahaja kakinya menapak di stesen LRT Wangsa Maju itu.
"Sorry, lambat."
"Cepat, cepat. Arggghhh… dah nak buka!" Wafa memecut keretanya. "Fazren kat mana? Gatai betul. Kejap tak datang, kejap datang. Suruh dia belanja."
"Dia kata dia kat sekolah Seksyen 2."
"Haa…gerai tu kat situlah."
Tiba-tiba telefon bimbit Ain berbunyi. Ain melihat nama yang tertera di skrin. Fazren.
"Ha? Kat mana? Kita orang on the way. Kat mana pulak tu? Cakap dengan Wafalah," Ain melekatkan telefon bimbitnya ke telinga Wafa.
"Hang patah balik kat sekolah tadi!" teriak Wafa sambil membelok keretanya ke Seksyen 2. Kalut sungguh keadaan mereka waktu itu.
Azan Maghrib sudah pun berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka bagi kawasan Kuala Lumpur namun tiada seorang pun yang datang bertanyakan order mereka.
"Mana pulak orangnya ni? Orang nak buka puasa ni," rungut Wafa. "Kau tunggu kejap. Aku pergi panggil orang tu."
"Kat papan tanda warna kuning biru ni," Ain menjawab panggilan telefon daripada Fazren. Dari tadi mamat tu tak jumpa-jumpa tempat tu.
"Haish! Kena patah baliklah."
"Nak makan apa? Orang orderkan."
"Tom yam putih…"
"Tom yam putih? Ada ke? Tak pernah dengar pun."
"Cuba tanya orang tu. Mesti ada punya. Tom yam putih, telur dadar dengan teh O ais…"
"Nasi putih sekali ke?"
"Yalah. Takkan nak makan lauk aja?"
"Manalah tahu. Ok. Kita orang tunggu."
Makanan mereka sampai serentak Fazren tiba. Fazren melabuhkan punggung di sebelah Ain. Setelah hampir dua tahun berhubungan di internet, ini baru kali ketiga dia dan Ain bertemu. Namun tidak seperti sebelumnya, kali ini mereka bertemu bukan atas urusan kerja.
"Susah ke cari tempat ni?" sapa Ain.
"Dah lalu dah gerai ni tadi tapi tak nampak pulak LRT," rungut Fazren.
"LRT depan lagilah," balas Ain. "So kau orang dah kenal kan?"
Wafa dan Fazren berbalas pandangan.
***
Ain mengeluh. Masuk kali ini sudah berpuluh-puluh kali dia melakukan kesilapan. Sudah separuh hari dia mengadap kerja yang sama namun kerja itu masih juga belum siap ekoran dia kerap membuat silap.
Walaupun jasadnya di hadapan komputer namun fikirannya menerawang ke lain. Sudah hampir seminggu internet pejabatnya rosak maka sudah hampir seminggulah dia tidak berhubungan dengan Wafa dan Fazren.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dirasakan mereka berdua sajalah kawan yang dia ada sekarang. Yang selalu menceriakan hari-harinya di pejabat walhal mereka bukannya satu pejabat pun. Hanya berhubung di internet tetapi bersembang dengan mereka pun sudah cukup membuatkannya leka di hadapan komputer sampai rasa sayang nak tinggalkan komputer bila bos panggil.
"Bosannya," rungut Ain. Bilalah internet ni nak ok balik? Ini baru seminggu. Buatnya internet K.O. juga sampai dua minggu? Tiga minggu? Sebulan? Ah, tidak! Macam mana aku nak hidup tanpa internet? Harap-harap lepas Raya nanti oklah. Ain cuba menyedapkan hatinya sendiri.
Namun dah nak masuk sebulan Raya pun internet pejabatnya masih lagi tidak berfungsi. Melihatkan itu, Ain mengambil keputusan untuk masuk lewat ke pejabat pada hari itu. Dia mahu mencuri sedikit masa untuk ke kafe siber di Damansara Perdana sementara menantikan bas pukul 10.
Sejurus menapak masuk ke kafe siber itu, tangannya pantas menekan papan kekunci melayari laman web yahoo. Hampir naik lenguh tangannya hendak membuang berpuluh-puluh emel yang menyemak dalam inbox emelnya!
Selepas puas menyemak profil Friendster, My Space dan Facebook, Ain kemudian menaip laman web blogspot. Satu laman blognya dan satu lagi laman blog yang khusus memaparkan koleksi cerpen dan novel daripada penulis-penulis bebas dari seluruh tanah air.
Sudah banyak cerpen dan novel baru yang disiarkan namun sayangnya dia hanya dapat membaca tajuknya sahaja ekoran masanya agak terbatas. Pukul 10 nanti dia perlu ke pejabat.
Ain kemudian beralih ke laman blognya. Seperti biasa, laman blog Wafa dan Fazren pasti menjadi santapan matanya. Sudah banyak cerita yang diupdate oleh mereka berdua.
Satu yang membuatkan Ain gemar membaca blog dua temannya itu kerana ayat-ayat yang digunakan oleh mereka selalu sahaja menggamit senyuman di bibirnya.
Tiba-tiba mata Ain melekat pada chat box Fazren. Wafa ajak Fazren berjumpa? Tanpa aku? Rileks Ain. Mungkin dia orang cuma main-main. Ain cuba menyedapkan hatinya sendiri.
Tapi kalau betul pun, apa salahnya kan? Bukan urusan aku untuk ambil tahu perihal mereka. Aku sedar siapa aku. Fazren pun bukannya siapa-siapa dengan aku. Hanya sekadar teman biasa. Aku tak ada hak untuk halang dia berkawan dengan siapa-siapa pun ataupun mana-mana pompuan sekalipun.
Tapi kenapa hati aku rasa lain macam aja ni? Aku cemburu ke? Ah, kenapa aku mesti cemburu? Bukankah aku yang memperkenalkan mereka berdua? Jadi, patutnya aku gembira sebab aku telah ‘menyatukan’ mereka bukan?
Mungkin juga aku berasa kehilangan memandangkan aku dah jarang-jarang berhubung dengan dia dan pada waktu yang sama dia semakin rapat dengan Wafa yakni kawan aku sendiri. Aku dapat rasakan yang mereka memang serasi bersama. Kalau masing-masing dah suka sama suka, aku nak kata apalagi? Tahniah dan selamat berbahagialah…
***
"Owh… lepak tak ajak orang!" Ain menghamburkan kata-kata itu kepada Fazren lewat SMS namun seperti biasa Fazren tidak membalas SMS itu. Selepas hampir dua tahun mengenali Fazren, Ain terpaksa menerima sikap Fazren yang sememangnya liat nak balas SMS orang.
Ah, apa yang kau buat ni Ain? Jangan tunjuk sangat yang kau cemburu. Nanti dia ingat kau syok kat dia pulak. Arggghhh!!
Pagi keesokannya Ain terlihat satu SMS tertera di telefon bimbitnya sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada lena. Daripada Fazren, pukul dua pagi tadi.
"Jangan fikir bukan-bukan sangat tau. Tak baik. Kita kawan sampai bila-bila."
Ya, kita cuma kawan. Tiada apa yang dapat mengubah kenyataan itu. Ain menenangkan hatinya sendiri. Namun hatinya tidak akan tenang selagi dia belum mengetahui sebab dia tidak diajak oleh kedua-dua temannya itu.
Kalau nak kata sebab dia tak online, handphone kan ada! Kenapa Wafa tak menghantar SMS kepadanya? Adakah Wafa menyukai Fazren? Tapi bukan ke Wafa dah ada boyfriend? Tapi hubungan dia orang tengah masalah kan sekarang? Ish!
Ain terus bangkit lalu mengadap komputernya. Dia perlu meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia sudah cuba melupakan perkara itu namun perkara itu semakin kerap menghantuinya. Mungkin perkara itu kedengaran remeh namun kesannya sangat berbekas di hatinya.
Walaupun dia tahu pasti Fazren dan Wafa akan membaca luahan hatinya itu tapi dia tidak kisah. Memang dia mahu mereka tahu. Biar mereka tahu yang dia kecik hati. Biar!
***
"Kenapa kat blog tu macam emo aja bunyinya… macam…"
"Macam apa? Kenapa tak sambung ayat tu?"
Ain berkesempatan berbual-bual dengan Fazren di Yahoo Messenger pada suatu malam ketika dia pulang ke kampung sempena cuti Deepavali. Nak harapkan internet pejabat tu entah bilalah…
"Bukan pasal kita orang kan?"
"Terasa ke? Kata tak suka makan cili."
"Entah. Kebetulan. Fazren keluar dengan Wafa dan Dina hari tu. Dia yang nak belanja. Fazren main-main aja."
"Tak tahu dan tak nak ambil tahu pun."
Orang tak tanya pun. Tahulah pulak nak terasa.
"Fazren dah suruh dia ajak Ain sekali tapi mungkin Ain balik kampung kut hari tu."
"Entah. Tak ada pun."
Seingat Ain, memang Wafa tidak menghubunginya tentang perkara itu. Kalau pasal rumah terbuka tu adalah. Ya, memang salahnya kerana terpaksa membatalkan rancangan yang telah dipersetujui antara mereka di saat akhir lantaran dia perlu pulang ke kampung. Waktu itu juga Wafa ada mengajak Fazren sekali. Tapi itu cerita lain. Sekarang cerita lain.
"Ain ni buat Fazren rasa bersalah pulak."
"Tak perlu rasa bersalah. Abaikan. Tapi sejujurnya memang Ain terasa sangat," serentak itu terasa air hangat mengalir di pipinya. Mujur Fazren tidak dapat melihatnya.
"You still my friend."
Sedarlah, Ain! Dia hanya anggap kau sebagai kawan. Wafa pulak macam mana? Kawan jugak ke? Wafa… Ya, sepatutnya perkara itu ditanyakan kepada Wafa. Bukannya Fazren. Bukankah Wafa yang mengajak Fazren keluar?
Pastinya Wafa ada alasannya tersendiri kenapa dia tidak mengajak aku bersama tapi sebab apa? Sebab leceh nak tunggu aku naik bas dan LRT?
Entah kenapa aku terlalu memikirkan perkara itu. Bagi Fazren, itu perkara kecik tapi sudah cukup membuatkan aku terasa dan berkecil hati. Adakah aku tidak diperlukan? Kenapa orang yang aku suka selalu tak ditakdirkan untuk aku?
Maafkan aku Fazren kerana menyimpan rasa ini. Biar siapapun pilihan hatimu, aku doakan kau bahagia. Biarlah aku menjaga perasaan ini…
cara pengolahan cerita ok and mudah difahami...... tp jalan cerita tak berapa best and ending tergantung...... nice trying..... hope terus berkarya.......
cerita yang best 4 me..sy phm perasaan 2 n betapa sukarnye nk mnjga ati lau melibatkan antra kwn..tp nape ending dia trgantung?..pape pon,teruskan berkarya...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tergantung!
tp sesuai la dgn tajuk ~