Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pokok mawar pelbagai warna tumbuh segar di halaman rumahku. Hembusan bayu pagi mengundang cucukan harumannya dihidungku. Disebalik kemekaran dan keharumannya terbuku sebuah cerita duka yang tersembunyi. "Hanim, tolong ibu ambilkan baja bunga tu" pinta ibuku. Walaupun berat namun kuturuti juga. Aku tak tahu mengapa ibu begitu sukakan bunga-bungaan. Tak cukup di halaman rumah, di dalam rumah juga penuh dengan jambangan bunga. Pantang ada ruang kosong. Dan aku juga pelik mengapa perempuan selalu dikaitkan dengan bunga,kecantikan dan kelembutan. Aku juga dilahirkan sebagai seorang perempuan tetapi mengapa aku tidak berperasaan begitu. Mengapa perwatakanku berlainan dengan perwatakan ibu. "Hanim, orang perempuan kena pandai menjaga diri, mesti kemas, cantik dan bersih selalu" kata ibu ketika sedang menyisir rambutku yang pendek. Rambut ibu panjang dan selalu di buat sanggul. Tiga kuntum bunga mawar pasti tersemat disanggulnya. Puas ibu mengajarku erti kesopanan dan kelembutan tetapi semuanya sia-sia. Aku lebih bersifat agresif dan lasak. Sungai dan belukar mana yang tidak pernah aku redah di kawasan ini, pokok mana yang tidak pernah aku panjat. Bermain congkak, anak patung dan permainan perempuan jauh dari diari hidupku. Ibu merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu aku. Sepupuku ramai yang lelaki. Kawan-kawanku juga lelaki. Tapi, aku tidak pernah merasai kasih sayang seorang lelaki yang amat aku dambakan iaitu ayah. Di mana ayah? Ibu kata ayah sudah pergi jauh dan tidak akan kembali lagi. Aku akui kata-kata ibu apabila usiaku merangkak dewasa. Walaupun aku perempuan tetapi sikapku begitu kontra sekali dengan sikap yang perlu ada bagi seorang perempuan. Aku juga tidak minat belajar. Dalam kami empat beradik aku yang paling mundur. Masaku banyak dihabiskan dengan bermain bersama-sama kawan-kawan lelakiku. Pernah dahulu, masa aku baru menjejaki alam persekolahan, aku tidak mahu berpakaian baju kurung. Aku mahu berseluar dan berkemeja sebab kawa-kawanku semuanya berpakaian begitu. Sampailah pada suatu hari, ada seorang ustazah menasihatiku. Aku berubah bukan sebab aku insaf tetapi aku tidak mahu dan tidak sanggup mendengar lagi omelan darinya dan bebelan mulut ibu serta ejekan dari kaum sejenis mereka. "Hanim, Hanim kena rajin belajar dan tekun berusaha. Kalau Hanim terus begini, hanim nak jadi apa bila besar?"nasihat ibu pada suatu hari. Aku hanya mencebikkan bibir tanda protes. Asyik-asyik itu sahaja hujahnya.macam tak ada hujah lian. "Hanim tak suka belajarlah, bu. Nak buat apa? Ibu kata orang perempuan akan dibela oleh orang lelaki bila dewasa nanti. Setinggi manapun kedudukan seorang perempuan tak akan ke mana kan ,ibu. Hanim nak jadi Cinderella yang dipinang oleh seorang putera raja. Cinderella pun tak belajarkan,bu!"dugaku. aku tahu ibu kecewa dengan jawapanku. "Itu hanya cerita dongeng, Nim. Wanita zaman sekarang kena kuat berusaha dan pandai berdikari. Kita tidak boleh terlalu mengharap dan bergantung pada lelaki zaman sekarang. Punah kita nanti, Nim.’’ Tegas ibu. "Macam anak Pak Mat depan rumah tu yang jadi penganggur. Macam ayah yang mati di tali gantung sebab mengedar dadah,begitu!" bentakku. PANNGG! Satu tamparan hinggap di pipiku. Darah menyirap di mukaku. Serta-merta airmataku mengalir. "Ibu tak sangka Hanim sanggup berkata begitu. Kalau beginilah sikap Hanim, jangankan putera raja, sebarang lelaki pun tak kan dekat dengan Hanim.’’kata ibu. Aku lihat ibu tidak berasa bersalah menampar pipi yang selama ini dikucup dan disolek. Pipi yang selalu ibu puji kerana dihiasi dua lesung pipit di kedua-dua belah pipiku. Aku berlari keluar. Aku mencapai pemotong bunga di atas meja. Tanganku ligat memotong kuntuman-kuntuman bunga mawar yang sedang kembang mekar di halaman rumah sambil menangis. Ibu tak sayang padaku lagi. "Hanim!" jerit ibuku. Ibu pengsan di muka pintu. Seminggu kemudian, ibu menghantarku ke asrama. Puasku memujuk dan menangis namu ibu tidak menghiraukan semua itu. Dendam dan marahku pada ibu semakin meluap-luap. Aku serba canggung tinggal di asrama. Aku banyak memencilkan diri. Walaupun ibu menghantarku ke asrama, namun setiap hujung mingguibu pasti menjengukku. Bertanya itu dan ini padaku. Tapi tidak pernah sekali kuendahkan. Aku sering mengelak setiap kali ibu ingin berjumpa denganku. "Tidak baik memperlakukan ibu kandung begitu, Hanim.’’tegur rakan sebilikku, Adibah. "Apa yang tidak baiknya? Kau tak faham keadaan aku senanglah engkau cakap begitu. Cuba kalau kau berada di tempat aku, tentu engkau dapat rasa apa yang aku rasa sekarang." "Kalau aku berada di tempat kau, aku akan menghargai dan menyayangi sepenuh hatiku. Aku akan menghormatinya sebagai seorang insane mulia yang mengandungkanku dengan susah payah dan menjagaku dengan penuh kasih sayang. Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat begitu sebab ibuku meninggal ketika melahirkanku." Adibah menangis. Tersentuh hatiku. Bersalahkah aku? Mulai saat itu, Adibah banyak mengubah penampilanku. Di bentuk peribadiku. Dia memberi dorongan dan semangat untukku belajar. Kami menjadi sahabat baik. Dialah sahabat dan kawan perempuanku yang pertama. "Sebagai anak, wajib untuk kita menghormati kedua ibu bapa kita. Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar bagi kita. Dengan penuh kasih sayang mereka mendidik, menjaga dan memelihara kita. Dan dengan kasih sayang mereka jugalah anak-anak semua mampu bernafas lagi di muka bumi ini dan menikmati kehidupan sempurna.’’ Kata Ustaz yang memimpin majlis motivasi malam itu. Semua kepala tertunduk sayu. "Di mana keberkatan kehidupan anak-anak jika hidup dalam kemarahan dan ibu bapa berkecil hati dengan anak-anak. Ingatlah, setitik airmata mereka yang mengalir kerana anak-anak, sedikit demi sedikit pintu syurga tertutup untuk anak-anak. Mahukah anak-anak menjadi anak yang malang ?’’ Tiba-tiba aku teringat ibu di rumah. Aku rindu padanya. Ada esak tangis yang kedengaran di ruang dewan. "Jangan dianggap kemarahan ibu yang kecil sebagai kayu ukuran untuk menyalahkan beliau. Cuba anak-anak kenang pengorbanannya selama ini. Siang malam beliau berdoa agar anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari ini menjadi insan yang mulia yang akan memeliharanya apabila beliau tidak berupaya, akan sentiasa disisi apabila kesunyian dan sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Jangan sesekali menghina asal keturunannya. Apa hak anak-anak untuk mengata ibu bapa anak-anak? Apa hak anak-anak untuk melukakan hati mereka? Apa hak anak-anak untuk memusnahkan harapan mereka yang setinggi langit terhadap anak-anak setelah mereka berkorban segala-galanya? Apa hak anak-anak?" bentak ustaz itu lagi. Hatiku tersentuh. Esak tangis semakin kuat. Ibu! Terpancul perkataan itu dari mulutku. Aku banyak berdosa pada ibu. "Apa hak anak-anak untuk sentiasa menyakiti hatinya? Apa hak kamu?’’ suara ustaz semakin meninggi. "Kami tidak punya apa-apa hak pun. Saya tidak diberikan hak untuk berbuat demikian. Saya tiada hak untuk menyakiti dan mengecilkan hatinya. Tapi, itulah yang selalu saya buat. Saya sering melawan cakap ibu saya. Saya ketepikan kasih sayangnya. Saya….saya terlalu bersalah kepadanya. Saya anak…yang tidak kenang budi. Saya….rindu pada ibu. Ibu!"rintihku penuh kekesalan. Tangisku makin kuat. Serta merta ruang dewan kembali terang. Aku masih berdiri kaku. "Syukurlah anak sudah insaf. Minta ampun dari ibu anak selagi sempat. Dia mungkin sedang menanti anak.bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Selagi matanya belum terpejam buat selama-lamanya."nasihat ustaz. Aku sudah tekad. Aku mesti pulang berjumpa dengan ibu. Aku mahu mencium tangannya memohon ampun dan maaf atas segala kesalahanku selama ini. Ketika aku hendak melangkah keluar dari perkarangan sekolah, aku berselisih dengan kereta abang Shah. Abang memandangku denagn satu pandangan yang sukar untukku mengertikan. Pelbagai persoalan menjelma di kepalaku. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa kereta abang menuju ke hospital? "Kenapa, bang? Siapa yang sakit?" tanyaku bertalu-talu. Aku resah. "Ibu, dik!" tutur abang Shah perlahan. Ibu? Aku terus berlari menuju ke wad. Hatiku berdebar. Sesampainya aku di wad, kelihatan ibu terbaring lemah dengan bantuan alat pernafasan. Air mataku mengalir. Kucium kaki ibu. Tangannya kugenggam erat dan dahinya kucium lama. "Maafkan Hanim, bu. Hanim banyak buat dosa pada ibu. Hanim…Hanim buta selama ini bu. Maafkan hanim.’’pintaku dalam esak tangis. Ibuku masih juga kaku. Hanya deras nafasnya sahaja yang kedengaran. "Ibu, bangunlah. Hanim sayang sangat pada ibu. Terlau sayangkan ibu" kulihat ibu membuka matanya perlahan-lahan dan mulutnya bergerak-gerak. Aku tanggalkan alat bantuan pernafasannya. "Hanim..inikah Hanim anak ibu?"Tanya ibu. Aku pilu. "Ya, ibu. Ini Hanim anak ibu.’’ Aku yakin ibu pasti terkejut dengan penampilanku. Berbaju kurung dan bertudung litup. Inilah penampilanku, bukan pura-pura. "Syukurlah…jadilah gadis yang baik, Nim. Ibu dah lama memaafkanmu, nak. Ibu sayanggg hanim. Apa yang ibu buat selama ini adalah untuk kebaikan Hanim.’’ Kata ibu. Aku cium tangannya. "Ibu nak peluk semua anak kesayangan ibu.’’ Pinta ibu sambil mendepangkan tangannya. Aku dan tiga orang abangku bersatu dalam pelukan ibu. Tangis kami menjadi satu. Perasaan kami menjadi satu. Segala-galanya menjadi satu. Tapi, mengapa pelukan ibu semakin lemah. Mengapa?...Ah…IBU! jeritku dengan sekuat hati. Tangisku semakin kuat. Abang-abangku cuba menenangkanku. "IBu, kenapa ibu menjerit?’’ Tanya anakku yang berusia tiga tahun. Lamunanku terhenti. Kukesat air mata yang mengalir dipipiku. Kupeluk dan kucium anakku, Tengku Zarul Effendy. "Jomlah, cepat. Nanti lambat pula kita nak menziarahi pusara arwah" ajak suamiku, Tengku Zarifuddin, kerabat diraja Perak. Aku rasa inilah kali terakhir aku menziarahi pusara ibu kerana kami sekaluarga akan berangkat ke luar Negara selama lima tahun. Aku akan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan manakala suamiku dalam jurusan senibina. Sebelum pergi, sempat kupeti beberapa kuntum mawar untuk menghiasi dan mengharumi pusara ibu. Jambangan mawar kupersembahkan bersama iringan doa moga rohnya dicucuri rahmat. Al- Fatihah.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan