BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Oktober 15, 2008
Cerpen : Maafkan aku
zi
zieyla_zie89@yahoo.com.my

Azli termenung sendirian. Malam sudah semakin tua dan jam menunjukkan ke angka sebelas.Dia keseorangan duduk di kerusi rehat di halaman rumahnya.Dia merenung ke arah kolam di hadapan halaman rumahnya. Air dalam kolam itu bercahaya disinari cahaya bulan yang sungguh terang pada malam itu. Dia dapat melihat dengan begitu jelas ikan-ikan emas kesayangannya melompat-lompat kegirangan seolah-seolah tiada langsung masalah yang dihadapi.
"Alangkah indahnya hidup ini sekiranya tiada masalah yang perlu difikirkan.” detik hati kecil Azli. Kedinginan embun malam tidak dapat menenangkan hatinya yang bersarang dengan keresahan.
Azli berfikir sejenak tentang dirinya dan keluarganya. Selama ini, hanya isteri dan dua orang cahaya matanya yang bererti dalam hidupnya.Namun, kini dia sedar, dia dapat merasakan sesuatu kekurangan dalam hidupnya walaupun selama beberapa tahun ini, dia hidup dalam serba kekayaan dan kemewahan yang melimpah ruah.
Ya!!! Ayahnya!!! Orang yang selama ini memerah keringat dan membanting tulang mencari rezeki agar dia dan dua orang adiknya mendapat pendidikan yang sempurna dan menjadi orang yang berjaya apabila dewasa nanti. Namun, dia telah melupakan ayahnya dan segala jasa dan pergorbanan ayahnya terhadap dirinya. Dia telah lupa daratan setelah berjaya dan mendapat segala yang dihajatinya selama ini.
Sebelum Azli berkahwin dengan anak kepada pemilik syarikat tempat di mana dia bekerja, dia telah menghantar ayahnya ke rumah orang tua dan meninggalkannya di situ tanpa menjenguk ayahnya walau sekalipun. Dia juga telah meninggalkan adik-adiknya di kampung tanpa mengambil peduli kebajikan adik-adiknya. Dia menganggap ayahnya dan dua orang adiknya sebagai beban apatah lagi ayahnya mengidap penyakit yang sukar untuk diubati. Azli malu kepada keluarga isterinya dan isterinya sendiri.
"Ayah, aku telah banyak bersalah kepadamu! Aku alpa dan lalai sehinggakan aku telah melupakanmu dan tidak menunaikan tanggungjawabku sebagai anak. Aku telah lupa segala jasa dan pergorbananmu padaku. Malah, kini, aku tidak dapat menjejaki di manakah adik-adik berada sekarang. Aku berasa berdosa dan bersalah sekali padamu ayah.Ayah, di manakah kau berada sekarang …?” hati kecil Azli bersuara.
Azli telah menyedari kesilapannya selama ini dan ingin menebus segala dosa terhadap ayahnya. Dia kini sudah insaf dan bertekad untuk menemui ayahnya agar dia dapat memohon kemaafan daripada ayahnya. Dia sedar kesalahannya terlalu berat malah baginya dia layak menerima hukuman gantung sampai mati.
Ya Allah! Ampunilah daku…. Dosaku terlalu besar sekali.
Azli mengeluh lagi. Dia memandang ke arah langit yang semakin pekat warnanya pada malam itu. Bintang- bintang tiada satu pun yang berkerlipan di langit. Hatinya yang resah semakin tiada penghujungnya.
"Walau apa pun yang terjadi, ayah, aku akan berusaha mencarimu dan aku berharap yang aku akan dapat menatap wajahmu agar aku dapat menebus segala kesilapanku terhadapmu.” bisik hati kecil Azli lagi.

* * * * * * * * * * * *

"Azli, nak pergi ke mana tu? " Ayahnya bertanya kepada Azli yang sedang bersiap seolah-olah hendak pergi ke suatu tempat. Namun, Azli hanya mendiamkan diri.
"Azli kan baru balik dari sekolah, Azli buatlah kerja sekolah dulu.” Pak Ali, ayah Azli berkata lagi. Dia bingung melihat perangai Azli sejak akhir-akhir ini.Azli nampaknya semakin berubah perangai dan menjadi seorang budak yang liar dan tidak mendengar kata.
"Ayah, Azli nak pergi ke mana, suka hati Azlilah, Azli sudah besar, ayah tak perlulah tahu, ayah tak perlu masuk campur urusan Azli. Pandai-pandailah Azli nak jaga diri sendiri…” Azli bersuara dengan kasar setelah lama mendiamkan diri.
Pak Ali berasa kecil hati. Dia tidak pernah menduga Azli akan bersikap kasar kepada dirinya. Pak Ali mengucap panjang. Dia berasa sedih sekali diperlakukan oleh anaknya seperti itu. Hatinya terguris bagaikan dihiris sembilu.
"Kalaulah ibu Azli masih hidup, tentu Azli tidak akan bersikap seperti ini terhadapku.” bisik hati kecil Pak Ali.
Azli merupakan seorang anak yang baik pada mulanya namun setelah kematian ibunya dua bulan yang lalu akibat sakit jantung, dia berubah sikap dan menjadi seorang anak yang suka melawan kata dan tidak hormat pada orang tua.
Pak Ali menyara hidup mereka sekeluarga dengan bekerja sebagai nelayan. Sekiranya cuaca baik pada hari itu, Pak Ali akan turun ke laut untuk menangkap ikan, dan sekiranya cuaca tidak mengizinkan Pak Ali akan turun ke pekan menjual hasil-hasil hutan yang dipungutnya dari hutan. Dengan pendapatan yang tak seberapa itulah, Pak Ali dapat menyekolahkan Azli dan dua orang adiknya. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pak Ali kadang-kadang terpaksa berlapar semata-mata tidak mahu melihat anak-anaknya kelaparan. Namun, Azli tidak pernah berterima kasih dan menghargai segala jasa dan pengorbanan ayahnya terhadap dirinya dan adik-beradiknya.
"Ayah, cikgu suruh bawa RM 20 untuk bayar buku latihan Matematik, cikgu cakap esok hari terakhir untuk bayaran buku itu. Kalau tidak, Azli seorang lah yang tiada buku tu nanti ayah.”
"Tapi Azli, ayah tiada duit sekarang.Duit yang ada pun hanya cukup untuk membeli makanan untuk kau dan adik-adik kau.” Pak Ali membalas lagi.
Azli sebenarnya cuba berbohong kepada ayahnya. Duit yang dimintanya itu bukan digunakannya untuk membayar buku tetapi ingin digunakannya untuk membelanja rakan-rakannya. Dia telah berjanji kepada kawan-kawannya semalam yang dia akan membelanja mereka makan pada hari ini.
"Ayah, buku tu penting sangat bagi Azli, apa salahnya ayah bagi saja duit tu pada Azli, lagipun malam ni Azli tak tidur kat rumah, Azli tidur rumah kawan. Adik - adik makanlah apa-apa makanan yang ada kat rumah ni...” Azli berkata lagi untuk memaksa ayahnya memberi duit kepadanya. Dia tidak akan berputus asa selagi kemahuannya tidak dituruti.
"Kalau ayah tak nak bagi, tak apalah. Azli tahu Azli tidak penting bagi ayah. Kalau Azli gagal dalam peperiksaan nanti, ayah jangan salahkan Azli pula...” kata Azli lagi dengan nada mengugut.
Ayahnya berasa serba salah. Dia tahu Azli tetap akan memaksanya memberi duit itu pada Azli. Pak Ali sangat sedih kerana Azli tidak memahami keadaan hidup mereka sekeluarga yang berada dalam serba kekurangan Namun, kerana kasih sayangnya yang tak terhingga kepada Azli, ayahnya memberi juga duit kepada Azli. Setelah menerima duit daripada ayahnya, Azli tersenyum puas.
"Hahaha… dapat juga aku menipu ayah kali ini.”Dia berasa puas hati kerana dapat membohongi ayahnya.
Azli adalah seorang pelajar tingkatan 5 di SMK Tanjung Karang. Dia adalah seorang budak yang pintar namun sikapnya berubah setelah kematian ibunya. Adiknya masing-masing berada dalam tingkatan satu dan dua turut bersekolah di sekolah yang sama. Kini, ayahnya sajalah tempat mereka bergantung. Namun, Azli membenci ayahnya kerana dia menganggap ayahnya adalah punca kematian ibunya yang amat disayangi. Walaupun begitu, Azli seorang yang rajin belajar kerana dia ingin menjadi orang berjaya suatu hari nanti.

* * * * * * * * * *

Pada malam itu, Azli tidak sedar isterinya memandangnya dari jauh.Isterinya yang bernama Risya itu seorang isteri yang prihatin dan amat penyayang. Risya hairan melihat sikap suaminya pada malam itu Sungguh berlainan sekali dari hari-hari sebelum ini. Sejak kebelakangan ini, dia sering melihat suaminya itu termenung seolah-olah suaminya itu memikul suatu beban yang amat berat . Risya menghampiri suaminya.
"Abang, apa yang difikirkan tu, termenung jauh nampaknya,” kedengaran suara lembut Risya memecah keheningan malam itu.
Azli menoleh ke arah isterinya seraya berkata "Eh, Risya belum tidur lagi?”
" Belum lagi. Risya baru lepas tidurkan anak-anak kita. Apa yang abang buat kat sini malam-malam ni. Tak nak tidur lagi ke? "balas Risya lagi.
"Saja je sayang, nak hirup udara segar malam ni.” Azli berkata lagi.
"Tapi bang, Risya tengok abang ni seolah-olah memikirkan sesuatu. Abang ada masalah ke? "Risya bersuara lagi untuk mengetahui apakah yang difikirkan oleh suami kesayangannya itu.
"Tiada apa-apa yang abang fikirkan, abang cuma memikirkan tentang sedikit masalah di syarikat.” Azli berbohong kepada isterinya tanpa memberitahu apakah perkara sebenar yang dfikirkannya. Dalam kotak fikiran Azli sekarang, hanyalah ayah dan adik beradiknya saja.
Risya tidak pernah mengenali atau melihat ayah Azli walau sekalipun. Azli telah berbohong kepada isterinya dengan mengatakan ayahnya telah meninggal dunia akibat kemalangan. Dia tidak mahu isterinya mengetahui perkara yang telah dilakukannya kepada ayahnya.
Risya merenung tepat ke bebola mata Azli. Namun, Azli mengalihkan pandangannya ke arah lain.Dia memandang ke arah kolam kesayangannya. Tidak sanggup dia merenung mata isterinya.
"Abang, kalau pasal masalah di syarikat tu, tak payahlah abang risaukan sangat. Inikan perkara biasa dalam perniagaan, bermacam-macam masalah yang perlu kita hadapi.” isterinya bersuara lagi untuk menenangkan suaminya yang keresahan itu.Risya juga turut merupakan ahli perniagaan. Dia ialah pemilik butik pakaian yang terkenal di bandar mereka.
"Abang tahu pasal tu Risya, terima kasih ambil berat pasal abang. Abang beruntung sangat mempunyai isteri seperti Risya.” Azli memuji isterinya. Dia sangat bersyukur kerana mempunyai seorang isteri seperti Risya.
"Sama-sama sayang. Lagipun, memang tugas Risya sebagai isteri. "Risya membalas lagi dengan senyuman manis.

* * * * * * * * * *

"Pak cik, melayang jauh nampaknya fikiran pak cik.” Adila menegur Pak Ali. Adila adalah salah seorang jururawat yang berkhidmat di Kompleks Kebajikan Orang-orang Tua ini. Dia seorang yang amat prihatin dan mengambil berat akan kebajikan orang-orang tua yang ditempatkan di kompleks ini. Di sinilah tempat Pak Ali, ayah kepada Azli ditempatkan bersama-sama dengan warga emas yang senasib dengan dirinya.
"Tak ada apa-apa nak, pak cik hidup tak lama lagi nak, pak cik teringin sangat berjumpa dengan anak-anak pak cik. Sudah lama pak cik tidak melihat mereka. Pak cik rindu pada mereka nak. Kenapa anak pak cik seorang pun tidak pernah menjenguk pak cik?? "luah Pak Ali dalam keadaan sedih.
Sayu hati Adila mendengar luahan hati daripada Pak Ali. Adila memang tidak pernah mengenali sesiapa pun ahli keluarga Pak Ali.Lagipun Pak Ali baru sahaja dipindahkan ke kompleks ini sebulan yang lepas. Rumah orang tua yang Pak Ali ditempatkan dulu telah dirobohkan. Namun, Adila tahu, orang tua yang semakin dimamah usia ini hidup dalam kesepian dan hidupnya terasa kosong. Tanpa disedari, butir-butir air mata menitis jernih dari kelopak matanya. Dia tidak dapat menahan perasaan sebaknya mendengar kata-kata Pak Ali.
"Pak cik janganlah bersedih, Adila dan ramai kawan-kawan pak cik ada kat sini, pak cik tak kesunyian lagi, kami sentiasa ada untuk menemani pak cik.” Suara Adila separuh hiba sambil mengesat mutiara jernih yang mengalir di pipinya. Hatinya berasa sebak sekali mengenangkan nasib orang tua ini.
Adila merenung wajah tua Pak Ali. Dia dapat mentafsir wajah yang ada di hadapannya itu. Begitu banyak penderitaan yang dirasai oleh Pak Ali selama dia hidup di dunia ini.Adila dapat merasakan yang wajah itu kelihatan letih benar. Barangkali sudah letih dengan masa yang dilaluinya. Berkorban tenaga dan masa semata-mata untuk anak-anak yang tercinta. Namun, di manakah anak-anak itu sekarang untuk membayar segala jasa dan pengorbanan orang tua ini?
Adila tertanya-tanya mengapakah Pak Ali ditempatkan di rumah orang tua ini. Adakan dia tidak mempunyai anak ataupun anak-anaknya sengaja meninggalkan dia di situ kerana tidak mahu menjaga orang tua mereka.
"Ah, manusia sekarang begitu mementingkan diri sekali, tidak pernah menghargai ayah dan ibu mereka yang masih ada!!” bentak hati kecil Adila. Adila telah kehilangan ayah dan ibunya dan disebabkan itulah dia berkhidmat di tempat ini kerana ingin mendapatkan kasih sayang daripada orang-orang tua di sini. Dia menganggap mereka semua bagaikan ayah dan ibunya sendiri.
"Pak cik rindu pada anak-anak pakcik nak, masihkah ada kesempatan untuk pak cik bertemu dengan mereka lagi? " Pak Ali bertanya kepada Adila biarpun dia tahu Adila tidak akan dapat menjawab persoalannya itu.
"Insya Allah pak cik akan berjumpa dengan anak-anak pak cik sekiranya Allah mengizinkan, pak cik sentiasalah berdoa, manalah tahu, pintu hati anak pak cik akan terbuka dan mencari pak cik nanti.” balas Adila lagi. Adila sedaya upaya menenangkan hati orang tua yang disayanginya itu.
"Kalaulah Pak cik Ali ni ayah aku, akanku jaga dia dengan sebaik-baiknya.” getus hati kecil Adila. Adila memang seorang gadis yang baik dan berhati mulia.
"Pak cik, Adila ada hal yang perlu diselesaikan dulu, Adila pergi dulu ya pak cik. Nanti Adila temankan pak cik lagi.” kata Adila lagi seraya meninggalkan Pak Ali keseorangan di taman pada petang itu. Dia bergegas pergi kerana dia ada hal yang perlu diselesaikan.
Petang itu, Pak Ali bersendirian sambil menikmati angin petang yang sungguh nyaman.Dia menikmati keindahan alam ciptaan dan bukti keagungan Tuhan. Sungguh menenangkan fikiran melihat burung-burung yang berterbangan bebas membelah angkasa yang benderang dan daun-daunan yang merimbun. Betapa kedamaian itu mengimbau rasa dan menenangkan hati. Namun, apalah ertinya keasyikan itu kepadanya yang sedang dilanda kepiluan dan kesedihan. Kehidupan bersama dengan anak-anaknya dahulu hanyalah tinggal kenangan yang kini berlalu bagai desiran angin petang.Fikirannya menerawang jauh. Dia cuba mengimbau kembali kenangan yang menyebabkan dia ditempatkan di rumah orang tua ini.

* * * * * * * * *

"Mana adik-adik Azli? Kenapa ayah tak nampak pun kelibat mereka sejak pagi tadi?” Pak Ali bertanya kepada Azli yang baru sahaja pulang dari sesuatu tempat.
"Azli dah hantar mereka balik kampung. "balas Azli dengan bersahaja.
"Apa!!! Kenapa Azli? Kenapa kau tak cakap dengan ayah terlebih dahulu?” Pak Ali bertanya lagi dengan Azli sambil memandang ke arah mata Azli.
"Ayah, Azli ada urusan kerja di luar bandar selama sebulan. Jadi, Azli hantarlah mereka balik kampung. "Azli cuba berbohong kepada ayahnya.
Setelah Azli mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, dia telah berpindah ke bandar dan membawa ayah dan adik-adiknya tinggal bersama. Dia telah bekerja di salah sebuah syarikat yang terkemuka sebagai penolong eksekutif. Disebabkan sifat ketekunan dan kerajinan Azli, majikan Azli berhasrat menjadikan Azli sebagai menantu. Namun, Azli malu dengan keluarganya dan telah memikirkan cara untuk menyingkirkan mereka dari hidupnya.
"Tapi Azli, kenapa kau tak hantar ayah balik ke kampung? Siapa yang nak temankan ayah kat sini? "suara Pak Ali kelihatan begitu sedih sekali. Dia berasa tidak sedap hati dengan apa yang telah dilakukan oleh Azli. Dia hairan mengapa Azli tiba-tiba menghantar adik-adiknya balik ke kampung. Dia dapat merasakan dirinya sudah tidak penting lagi bagi Azli.
"Ayah janganlah risau, sebelum Azli pergi bekerja kat luar bandar, Azli akan hantar ayah ke suatu tempat. Tempat tu bagus ayah, sangat sesuai untuk orang seperti ayah. "Azli berkata lagi sambil tersenyum sinis.
Azli berhasrat untuk menghantar ayahnya ke rumah orang tua. Dengan berbuat demikian, Azli tidak perlu menanggung ayahnya lagi. Dia malu untuk memperkenalkan ayahnya kepada keluarga bakal isterinya. Baginya, kehadiran ayahnya dan dua orang adiknya akan merosakkan rancangannya untuk menjadi orang kaya.
"Azli nak hantar ayah pergi kat mana? "ayahnya bertanya lagi. Wajah ayahnya berkerut. Dalam kotak fikirannya tertanya-tanya ke manakah anaknya akan menghantarnya nanti.
Pak Ali hanya mampu mengikut sahaja kata anaknya itu. Dia sudah tidak mampu lagi membantah kata-kata anaknya. Kini, dia hanya mampu duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu berjalan sendiri lagi. Disebabkan penyakit yang dihadapi oleh Pak Ali sukar untuk diubati, dia terpaksa menanggung derita.
"Ayah ikut sahajalah Azli nanti, ayah tak payah risau, kat tempat tu nanti, ada orang yang akan menjaga kesihatan ayah dan makan minum ayah. " Azli bersuara lagi sambil memandang ayahnya.
Dalam perjalanan, Pak Ali bertanya lagi kepada Azli. "Azli, kat mana Azli nak bawa ayah ni…?”
"Ayah, dari tadi ayah bertanya, sudah jemu Azli mendengar soalan yang sama sejak tadi!!!” Azli membalas soalan ayahnya dengan kasar.
Pak Ali tersentak.Sebagai orang tua, hatinya pasti berkecil hati dengan perbuatan anaknya terhadap dirinya. Pak Ali diibaratkan luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu. Dia sedar dia tidak sepatutnya bertanyakan soalan yang sama kepada Azli. Dia tidak mengerti mengapa sampai sekarang Azli bersikap dingin terhadap dirinya. Apakah kesalahannya terhadap anaknya itu sehinggakan Azli seakan-akan membenci dirinya..? Persoalan itulah yang selalu bermain di benaknya yang sampai sekarang belum berjawab lagi.
"Maafkan ayah, Azli.” suara Pak Ali kelihatan sayu sekali menuturkan kata-kata itu. Namun, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan Pak Ali pada masa itu.
Azli hanya mendiamkan dirinya sepanjang perjalanan menuju ke rumah orang tua di mana ayahnya ditempatkan nanti. Dia tahu perbuatan yang dilakukannya ini adalah salah namun kerana kebencian terhadap bapanya dia sanggup melakukan semua itu.
Akhirnya, Azli dan ayahnya sampai ke tempat yang dituju. Azli dengan segera mengeluarkan barang-barang ayahnya dari keretanya. Pak Ali memandang sekeliling tempat itu dan matanya tertumpu ke arah papan tanda yand dipamerkan "RUMAH ORANG TUA -TUA”. Pak Ali dapat melihat dengan jelas tulisan yang dipamerkan di papan tanda itu. Akhirnya, dia mengetahui juga ke manakah Azli membawanya pergi.
"Ayah, kat sinilah ayah akan tinggal selama Azli bekerja kat luar bandar. Bukannya lama pun, cuma sebulan saja.” Azli berkata kepada ayahnya. Dia merenung wajah ayahnya. Ayahnya kelihatan murung sekali namun dia tidak menghiraukan perasaan ayahnya pada masa itu.
"Azli, kenapa Azli bawa ayah kat sini? Ayah tak nak tinggal kat sini, Azli hantarlah ayah balik ke kampung.” Pak Ali cuba memujuk anaknya walaupun dia tahu usahanya itu sia-sia sahaja. Dia tidak sanggup menetap di rumah orang tua ini. Dia takut anaknya akan melupakannya atau mungkin dia tidak akan berjumpa dengan anaknya lagi. Hatinya dilanda kepiluan.
"Ayah, ayahkan sakit, lagipun kalau ayah tinggal kat sini, ada orang yang akan menjaga ayah. Kalau ayah tinggal kat kampung, siapa yang akan menjaga ayah nanti. Selepas Azli bekerja kat luar bandar, Azli akan kembali kat sini lagi dan akan datang mengambil ayah dan kita akan tinggal bersama- sama lagi.’ Lembut suara Azli menuturkan kata-katanya. Namun, segala kata-kata yang Azli hamburkan tadi hanyalah pembohongan semata-mata. Dia berkata sedemikian hanyalah untuk membuatkan ayahnya percaya kepada dirinya. Dia sememangnya ingin meninggalkan ayahnya di sana buat selama-lamanya.
Azli tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia masih mempunyai seorang ayah dan dua orang adik. Kalau tidak, impiannya untuk mengahwini anak majikannya dan sekaligus menjadi orang kaya akan musnah. Azli dengan segera meninggalkan ayahnya dari tempat itu, dia takut dia akan berubah hati nanti.
"Azli, kenapa kau sanggup buat ayah macam ni?? "bentak hati kecil Pak Ali. Dia kesal dengan sikap Azli terhadap dirinya. Tergamak Azli meninggalkannya di situ.

* * * * * * * * *

Malam semakin merangkak usianya ke angka sepuluh. Namun, malam itu Azli masih belum dapat melelapkan matanya. Sejak kebelakangan ini, dia sering termimpikan ayahnya. Gambaran wajah ayahnya dan adik-adiknya muncul silih berganti dalam ingatan Azli. Dia kini sudah nekad untuk mencari ayahnya dan memohon maaf kepada ayahnya. Dia ingin membawa ayahnya tinggal bersama dengannya.Dia ingin menebus segala kesalahannya terhadap ayahnya. Malahan, dia juga ingin turut menemui adik-adiknya yang telah ditinggalkan kepada sebuah keluarga angkat dahulu.
"Esok, aku harus pergi ke tempat yang aku tinggalkan ayah aku dahulu. Aku mesti menemuinya. " Azli bersuara sendiri.
"Namun, masih wujudkah tempat itu? Sudah lama aku tidak menjenguk kat situ semenjak aku tinggalkan ayah aku dulu. " bisik hati Azli lagi.
Azli kebingungan. Namun, hasratnya hanya satu iaitu ingin menemui ayahnya. Dia memandang ke arah isterinya yang lena tidur di sebelahnya.
"Adakah aku harus memberitahu perkara sebenar kepada isteriku?” Azli bertanya sendirian.
"Tapi adakah isteriku akan dapat menerima hakikat sekiranya aku menceritakan segala-galanya kepada isteriku? Ah, sudah pasti isteri aku tidak akan dapat mempercayaiku nanti. "Azli terus melayani perasaannya sendiri pada malam itu.Terlalu banyak persoalan yang berlegar-legar di ruang fikirannya pada masa itu. Sukar untuknya mentafsir perasaannya kini.
Kedengaran rintik-rintik air hujan berlari-lari di atas bumbung rumahnya. Bunyinya begitu jelas sekali menusuk cuping telinganya. Sejuk sekali pada malam itu. Kedinginan pada malam itu sesekali terasa mencengkam tubuh, mencucuk ke tulang putih Azli. Namun, semua itu tidak akan dapat menenangkan hati Azli yang resah dan semakin dihimpit rasa bersalah itu.
"Adakah ayah akan memaafkan aku nanti? Aku banyak bersalah kepada ayah.” hati kecil Azli terus bersuara.
Adakah aku dapat berjumpa ayah lagi? Azli bertanya kepada dirinya sendiri lagi, malah pertanyaan itulah yang sering menghantui fikirannya sejak akhir-akhir ini. Matanya terkebil-kebil memandang siling rumahnya dan akhirnya dia terlena dengan seribu persoalan tentang ayahnya.
Hari menjelang pagi. Kebetulan Azli tidak bekerja hari ini, jadi dia berhasrat untuk pergi menemui ayahnya yang telah lama ditinggalkan di rumah orang tua dulu.
Namun, setibanya di tempat yang ditujui, jelas terhampar kehampaan di wajah Azli. Tiada lagi rumah orang-orang tua didirikan di tempat itu tetapi tempat itu kini sudah tidak berpenghuni lagi. Azli berasa kesal.
"Mungkin, penghuni rumah orang tua ini sudah dipindahkan kat tempat lain, sebab itulah rumah ini tidak didiami lagi. "bentak hati Azli. Dia sekadar ingin menyedapkan hatinya daripada berfikir tentang perkara yang bukan-bukan berlaku terhadap ayahnya.
Ya Allah!! Apa yang harus aku lakukan lagi? Azli mengeluh sendirian. Dia tidak sangka yang dia tidak dapat menemui ayahnya kali ini. Harapannya yang tinggi menggunung untuk menatap wajah ayahnya dan memohon keampunan dari ayahnya musnah sama sekali.
"Di manakah aku harus mencari ayahku lagi? Adakah ayahku masih hidup? Ingatkah dia lagi kepada diriku ini yang begitu banyak bersalah kepadanya? "
Berbagai-bagai persoalan timbul dalam fikiran Azli. Dia buntu pada masa itu. Namun, dia tidak akan berputus asa. Biar apa pun terjadi.Ayahnya mesti dicari sampai berjumpa. Itulah azam yang terpancar di lubuk hatinya. Azli tidak mahu rasa bersalah menyelubungi dirinya buat selama-lamanya.

* * * * * * * * *

Keesokan harinya, Azli meneruskan lagi pencariannya namun usahanya tetap sia-sia. Dia tidak dapat menjejaki di manakah ayahnya berada Menjelang tengah hari, dia pergi ke pejabatnya.
Azli duduk bersendirian dalam pejabatnya. Dia semakin kebingungan. Jarinya pantas melompat-lompat atas papan kekunci komputernya untuk menyiapkan kerjanya. Namun, tidak sampai lima belas minit dia menaip kerjanya itu, dia akhirnya berhenti. Dia tahu dia tidak akan dapat menyiapkan kerjanya itu dalam keadaan fikirannya masih kusut itu. Lalu, Azli dengan segera melangkah ke arah ruang tengah pejabatnya. Dia lantas duduk untuk menenangkan dirinya.
"Ah, aku sudah pasti tidak dapat melakukan pencarian ini seorang diri, aku harus meminta bantuan agar aku dapat menjumpai kembali ayahku.” Azli bersuara kecil sambil menggengam tangannya. Otaknya ligat berfikir untuk memikirkan siapakah yang dapat menolongnya untuk mencari ayahnya. Dia tahu dia tidak akan mampu melakukannya seorang diri.
"Tetapi, aku harus meminta tolong daripada siapa? " fikir Azli.
"Ya! Baru aku teringat, aku kan ada penyiasat peribadi. Lebih baik aku upah saja mereka untuk mencari ayahku, mungkin dengan cara ini, aku akan dapat berjumpa lagi dengan ayahku. " bisik hati kecil Azli lagi. Disebabkan Azli seorang yang kaya, jadi dia mempunyai penyiasat peribadi namun kerana terlalu bingung memikirkan hal ayahnya, dia terlupa akan cara lain untuk menjumpai ayahnya.
Azli dengan segera mencapai telefon bimbitnya dan segera menghubungi penyiasat peribadinya agar dapat segera berjumpa dengan mereka. Dia telah meminta penyiasat peribadinya berjumpanya di pejabatnya agar mereka dapat berbincang mengenai hal pencarian ayahnya dengan lebih mendalam lagi.
Lima belas minit kemudian, Azmi dan Mansur akhirnya sampai ke pejabat Azli. Azmi dan Mansur telah lama berkhidmat dengan Azli dengan menjadi penyiasat peribadi Azli.
Azli merenung tepat ke arah mereka seraya mempersilakan mereka duduk.
"Saya panggil kamu berdua ke mari kerana saya ada satu tugas penting untuk kamu berdua. " Azli bersuara sambil memandang ke arah mereka.
"Namun, sebelum saya memberitahu tugas yang kamu berdua harus buat, kamu berdua harus berjanji supaya tidak akan memberitahu pertemuan kita ini dan perkara yang saya akan sampaikan nanti kepada sesiapa pun terutama keluarga isteri saya dan isteri saya sendiri. " Azli memberitahu lagi. Dia tak nak sesiapa pun yang tahu akan hal ini. Dia belum bersedia untuk mendedahkan kebenaran yang sebenarnya.
"Baik tuan, kami berjanji. Tuan janganlah risau. "balas Azmi mewakili pihak mereka berdua. Azmi dan Mansur telah lama menjadi penyiasat peribadi kepada Azli. Sebab itulah Azli menaruh kepercayaan yang sepenuhnya kepada mereka berdua.
Setelah setengah jam berbincang mengenai tugas yang harus dilakukan oleh Azmi dan Mansur, mereka berdua meminta diri untuk pergi.
"Kami sudah mendengar dengan jelas tugas yang tuan berikan kepada kami, jadi, sekarang, tuan serahkan segala-galanya kepada kami. Kami pasti akan dapat menjumpai ayah tuan dalam masa yang terdekat ni. "Mansur pula bersuara.
"Ya tuan, tuan harus mempercayai kami berdua. " Azmi mencelah sambil memandang tuannya dengan yakin.
"Saya tahu dan saya berharap kamu berdua dapat melakukan yang terbaik. Kamu berdua sahajalah harapan saya sekarang. Saya harus berjumpa semula dengan ayah saya. "Azli berkata lagi. Wajahnya penuh dengan pengharapan.
Azli tahu kedua-dua penyiasat peribadinya itu tidak akan menghampakan dirinya.

* * * * * * * *
Malam itu, Azli duduk tersandar dia atas kerusi rotannya. Dia sudah bernekad pada malam ini dia akan menceritakan segala-galanya pada isterinya.
"Risya , mari sini kejap” lembut suara Azli memanggil isterinya. Risya segera mendekati suaminya.
"Kenapa ni bang? Risya tengok malam abang risau je. "Risya berkata kepada Azli. Dia dapat merasakan suaminya itu menyembunyikan sesuatu daripadanya.
"Abang, kalau abang ada masalah, abang cakap saja dengan Risya, mana tahu Risya dapat tolong abang, kita kan suami isteri. " Risya mencelah lagi. Sebagai seorang isteri, dia tidak sanggup melihat suaminya itu kebingungan.
"Sebenarnya Risya, abang ada sesuatu perkara yang ingin diberitahu kepada Risya, tetapi abang harap Risya dapat mendengar dengan tenang.” Azli memberitahu isterinya. Dia merenung tepat ke wajah isterinya. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk memberitahu segala-galanya kepada isterinya pada malam itu. Dia ingin berterus terang kepada isterinya, Baginya, tiada guna lagi dia menyimpan rahsia kepada isterinya. Azli menceritakan daripada A sampai Z kepada isterinya. Tiada satu pun yang tertinggal.
"Apa!!! Ayah abang masih hidup??? "suara Risya kelihatan terkejut sekali selepas mendengar cerita daripada Azli.
"Ya Risya, abang tahu Risya sukar untuk mempercayai semua ini, namun itulah hakikatnya. " suara Azli kelihatan lemah sekali. Dia tahu isterinya pasti akan terkejut selepas mendengar cerita daripadanya.
"Abang, Risya tahu abang dah menyesal sekarang.” Risya bersuara lagi selepas lama mendiamkan diri. Dia tahu suaminya itu bersalah namun dia dapat melihat keinsafan dalam diri suaminya itu.
"Risya, abang betul-betul rasa bersalah sekarang. Sekarang, apa yang abang harapkan adalah untuk berjumpa semula dengan ayah abang. "Azli berkata lagi.
"Abang, kita sama-sama berdoa semoga abang dapat ditemukan lagi dengan ayah abang. Insya Allah, doa kita akan dimakbulkan oleh Allah sekiranya kita ikhlas, bang "isterinya menambah lagi. Dia memandang wajah suaminya. Dia dapat melihat dengan jelas air muka suaminya yang penuh dengan penyesalan itu.
Azli mengeluh kecil. Dia mengiyakan kata-kata isterinya itu. Dia berasa sangat beruntung kerana isterinya memahami dirinya dan masih dapat menerima dirinya walaupun telah mengetahui perkara sebenar tentang dirinya.

* * * * * * * * *

Ring! Ring! Ring! Bunyi telefon mengejutkan Azli daripada tidurnya. Dia lantas bangun dan segera mencapai telefon bimbitnya.
"Hello, Azli bercakap ni. "
"Tuan, Mansur bercakap ni.”
"Ya, ada apa? Dah dapat perkembangan tentang ayah saya ke?”
"Dah tuan. Kami dan menyiasat tentang ayah tuan. Ayah tuan sekarang ditempatkan di Kompleks Kebajikan Orang-orang Tua yang letaknya tidak jauh dari syarikat tuan. Saya cadangkan tuan segera menemui ayah tuan kerana mengikut maklumat yang kami perolehi, ayah tuan sekarang dalam keadaan tenat.” Mansur bersuara lagi namun suaranya jelas kedengaran walaupun lemah sahaja dia menuturkan kata-kata.
"Apa? Ayah saya dalam keadaan tenat? Bagaimana keadaan dia sekarang?”
bertubi-tubi soalan menerjah keluar dari mulut Azli.
"Tuan, saya rasa baik tuan lihat sendiri keadaan ayah tuan.Sukar untuk saya terangkan melalui telefon ini.” Mansur membalas lagi.
Azli dengan segera mematikan telefon bimbitnya dan lantas mengejutkan isterinya yang sedang tidur.
" Risya, bangun!!!”
Risya lantas bangun seraya bertanya kepada suaminya yang kelihatan gelisah sekali.
"Abang. kenapa bergegas ni? "
"Risya, abang sudah tahu di mana ayah berada, kita harus pergi ke sana sekarang…” Azli memberitahu isterinya dalam keadaan cemas.

* * * * * * * * *

Setibanya di tempat itu, Azli dapat melihat dengan jelas ramai orang mengerumuni ayahnya. Dia melihat tubuh ayahnya lemah sekali terbaring di atas katil.Dia segera mendekati ayahnya.
"Ayah, Azli ni!!!”
"Azli, kau datang nak, lama ayah tunggu kau.”
"Ya ayah, Azli ni, maafkan Azli, ayah, Azli banyak buat salah kepada ayah..”
Tiba-tiba dada ayahnya berombak-ombak.Keadaan ayahnya begitu tenat sekali. Ayahnya kini cuma menunggu masa untuk dijemput Illahi.
"Ayah, kenapa ni ayah, jangan tinggalkan Azli…” jerit Azli.
"Ayah, mengucap ayah.” Azli bersuara lagi. Matanya mulai digenangi air mata. Isterinya yang berada di sebelahnya turut menangis.
"Azli…ayah…su...dah...lama…ma...af…kan Azli…Azli jangan lu…pakan…ayah...Ayah akan pergi jauh dari Azli...” suara ayah Azli tersekat-sekat.
"Ayah, jangan cakap begitu.” bersama linangan air mata Azli bersuara.
"Cari…lah adik-adik… kau… Azli.”
"Azli berjanji akan mencari adik-adik ayah. Ayah mengucap ayah. Lailahailallah…” Azli membisik kalimah itu ke telinga ayahnya. Dia berkali-kali membisikkan perkataan itu ke cuping telinga ayahnya.
"Lailahailallah...” Azli dapat mendengar kalimah itu keluar dari mulut ayahnya, namun tidak begitu jelas. Berakhir sahaja kalimah itu daripada ayahnya, Azli dapati nafas ayahnya terhenti.
"Ayahhhhh!!!” Azli meraung sambil merangkul dan mencium pipi ayahnya yang sudah tidak berdarah lagi. Air mata Azli semakin deras mengalir dari pipinya.
" Abang, bersabar bang, yang sudah pergi tu biarlah berlalu pergi. " Risya lantas memujuk suaminya yang dalam keadaan sebak.

* * * * * * * * *

Kini, sebulan telah berlalu. Azli akhirnya dapat berjumpa semula dengan adik-adiknya. Mereka kini telah kembali bersama. Mereka juga telah mendirikan sebuah rumah orang tua sebagai tanda mengingati ayah mereka.
Petang itu cuacanya sungguh mendamaikan sekali. Azli memeluk kedua-dua adiknya. Dia dapat merasakan pelukan mesra dari mereka. Hai, kalaulah ayah masih hidup, tentu dia akan gembira melihat kami sudah bersama, detik hati Azli.
Azli kini nekad, dia tidak akan membiarkan orang yang disayanginya berjauhan darinya lagi. Bayu petang itu pun terus berlalu membawa pergi cerita suka dan dukanya.
posted by BLOGGER @ 12:25 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group