Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari sudah pagi lagi.Mata ini seakan sudah mengerti akan waktu yang semakin berganjak.Jasad ini seakan sudah kalih akan tangungjawab yang semakin menggunung dari hari ke hari.Alhamdulillah.Aku masih diberi ruang di dunia ini.Masih lagi aku mampu menghela setiap nafas yang menghidupkan aku.Segera aku bangkit menuju ke bilik air menbersihkan diri dan berwudu". Selesai solat Subuh segeraku ke bilik Abang Lukman.Kosong. Katil masih lagi kemas seperti semalam. Air mata ini gugur lagi,betapa itu juga hati ini luluh.Remuk. "Ibu...",terasa anak kecil itu menarik bajuku.Segera ku seka air mata ini dari kelihatan. "Ye sayang..Anak ibu dah bangun?," inginku lontar jauh perasaan ini.Agar tidak kelihatan senduku di ruang mata nak kecil itu. "Kakak dah bangun sayang? ",kurangkul anak itu dalam pelukanku.Erat.Seerat kasihku padanya. "Belum, adik mengantuk lagi la ibu",rengeknya sambil menggeyeh matanya yang agak bulat. "Tak boleh sayang, hari ni sekolah kan? Dah adik pegi mandi. Ibu nak kejutkan kakak", "Kakak la mandi dulu",protes anak kecil itu. "Tapi adik bangun dulu kan?Dah.Pegi mandi,"Sejurus itu adik menuju ke bilik air,walaupun dengan langkah yang lemah.Aku mengejutkan kakak.Lembut rambutnya kuusap.Sudah hampir dua tahun tanggungjawab ini kupikul.Aku bahagia sekali menjadi ibu kepada dua anak kecil ini walaupun pada mulanya, ku rasakan bagai satu permintaan yang amat berat.Masih lagi kuingat bagaimana pahit aku rasakan permintaan emak agar aku menjadi ibu pada kedua anak saudaraku ini. Lebih-lebih lagi pada waktu itu aku baru seminggu pulang setelah tamat memiliki ijazah di UK. Benci sekali aku pada emak waktu itu. Dia tak ubah sebagai pembunuh segala impianku selama ini. Namun aku tidak pernah juga lupa bagaimana kemarahan itu reda apabila pertama kali kakak memanggil aku ibu. Menitis air mata ini memikirkan bagaimana kakak kandungku tega membiarkan suami serta anak-anak ini hingga sanggup memilih jalan hidup yang tidak tentu arah tujuannya. Benar kata orang kemewahan mampu membuatkan orang yang kita kenal menjadi seseorang yang kita langsung tidak kenal malahan tidak kita mahu mengenalinya. Kenaikan pangkat sebagai Pengurus itu cukup membuatkan Kak Maria lupa akan tanggungjawabnya. Suami dan anak-anak dianggap beban dalam kariernya. Dia mahu bebas tanpa sebarang ikatan. Dek kerana tercabar keegoannya, Abang Lukman menceraikan Kak Maria. Tinggallah anak-anak yang tidak berdosa ini tanpa sokongan. Sekelip mata seakan keluarga ini runtuh. Demi Allah, aku kesian melihat anak-anak ini. Demi Allah betapa hati ini tersentuh melihat mata kakak merayu agar aku tidak meninggalkannya lagi. Hati mana yang tidak tersentuh dengan kondisi begini. Hati mana yang berperikemanuasian sanggup meninggalkan anak ini? Tidak. Aku tidak sekali sanggup. Lantas dengan relanya walaupun terpaksa aku menjadi ibu kepada kedua anak ini. Menjadi isteri Abang Lukman. Aku pasrah. Pasrah akan takdir yang telah tertulis untuk aku. Jika ini adalah jodoh aku, aku terima Ya Allah. Sedikit tidak aku mampu mengubahnya dan sedikit pun tidak aku mempersoalkannya. Alhamdulillah. Dari detik akad dilafazkan dari mulut Abang Lukman, dari itulah aku berusaha untuk menanam rasa cinta ini. Rasa kasih dan sayang. Rasa rindu. Hanya Kau yang tahu Ya Allah betapa perit usaha membina rasa ini dengan Abang Lukman yang seakan tidak mahu langsung menatap muka ini. Aku tidak mengerti adakah keputusanku yang bersetuju menjadi ibu kepada kedua anaknya menjadi suatu keputusan yang amat memyakitkannya. Dan demiMu Ya Allah tidak aku sekali menerima tanggungjawab ini atas sebab lain melainkan demi kebahagiaan kedua anak kecil ini.
"Ibu mana baju adik?" terlalu jauh aku mengelamun. " Ni sayang,"segera ku menuju ke almari. Sepasang baju uniform sekolah kukeluarkan. " Ibu turun bawah siapkan sarapan adik siap tau?," Ujarku seakan mengarah.
Pantas kaki ini menuju ke dapur. Kurang dari 20 minit pasti anak-anak itu akan siap menunggu di meja makan. Sejak menjadi ibu kepada kakak dan adik, inilah rutin hidupku. Soal karier sudah lama aku ketepikan. Aku mahu membesarkan mereka tanpa mereka merasa sedikit pun kurangnya kasih sayang ibu. Makan, pakai, menghantar mereka kesekolah malah mengajar mereka menyiapkan kerja rumah pun sepenuhnya aku lakukan. Hanya ini yang mampu aku lakukan untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang aku pada mereka. Mungkin juga untuk menebus kesalahan Kak Maria.
"Ibu!!", suara kakak memecah sunyi di rumah. "Ye sayang, napa?" "Adik ni. Dia ambik color pencil kakak lagi". Segera ku matikan dapur dan menuju ke arah kedua anak kecil itu yang tidak lama lagi akan bergaduh. "Adik napa amik kakak punya?,"soalku sambil memegang tangan adik. "Kawan adik ambik adik punya,"ujarnya seakan mahu menangis. "Napa dia amik lagi?"soalku lagi. "Dia kata dia nak", jawabnya.Matanya seakan telah berkaca. "Tak apalah.Kakak bagi adik pinjam dulu sementara ibu beli baru", putusku menenangkan keadaan. "Pinjam lagi," Kakak seolah tidak berpuas hati. "Adik ni selalu bagi barang kat kawan la ibu". "Tak apalah. Nanti ibu tepon cikgu adik," aku tidak mahu meneruskan pertelingkahan ini berterusan. Adik terlalu lemah dalam mempertahankan haknya. Selalu dia tewas apabila kawan-kawannya meminta barang darinya. Hampir setiap bulan terpaksa aku membeli alat tulis baru untuknya dan setiap kali itu kakak akan berlagak seperti aku memarahi adik. Kadangkala aku tersenyum sendiri melihat telatah kakak. Hanya ini yang mampu memghiburkan hati ini. Apatah lagi mengenangkan Abang Lukman.
"Dah la, jom kita sarapan nanti lewat pulak,"segera ku capai beg sekolah adik dan memimpinnya ke menuruni tangga. Kakak mengekori aku dari belakang. "Yea,yea, roti telur," kakak kesukaan. Sarapan kegemarannya. Setelah bersarapan aku menghantar mereka ke sekolah. Sukar untuk dibayangkan bagaimana perasaan ini setiap kali kakak dan adik mencium tangan dan pipi ini setiap kali mereka ku hantar kesekolah. Sedih, bangga, gembira, bercampur baur.
Sudah 3 hari Abang Lukman tidak pulang ke rumah. Hati ini sudah seakan menguntum gembira apabila Abang Lukman sudah mahu berbual denganku, malah sudi menbawa kami keluar bersiar-siar. Gelak ketawanya semasa mandi bersama kakak di Bukit Merah masih terngiang ditelingaku. Percutian itulah merapatkan kami. Buat kali pertamanya, kami tidur sekatil bersama anak-anak. Bahagia sekali saat itu. Kurasakan doaku telah dimakbulkan. Harapanku pada hubungan ini makin membunga. Sesungguhnya perasaan cinta dan kasih itu terlalu indah. Dan sesungguhnya hanyaMu tahu Ya Allah betapa aku menyintai suamiku. Satu-satunya lelaki yang telah kuserah jiwa dan perasaan cinta ini. Itu adalah janjiku sejak aku sah menjadi isterinya. Masih hangat kucupannya di dahiku kurasakan. Kucupan yang cukup melenyapkan segala sendu yang terkurung selama ini. Betapa aku pada masa itu menitiskan air mata kegembiraan. Hangat tangannya menyeka airmata ini. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah.
Tapi kegembiraan ini tidak lama. Kami dikejutkan dengan insiden yang menimpa Kak Maria. Kereta yang dipandunya terbabas. Kakak cedera teruk dikepala. Sarafnya banyak rosak. Abang Lukman cukup cemas di kala itu. Bergegas kami ke hospital. Abang Lukman menangis melihat kakak terbaring kaku. Tangisannya cukup meruntun hati ini. Betapa pedih melihatnya memeluk kakak. Aku tidak sanggup melihat keadaan itu. Berhari Abang Lukman tidak pulang. Dia menjadi penunggu setia kakak. Kerja dan anak-anak langsung tidak dipedulikan. Masih kuingat betapa payah untuk aku menjawab segala pertanyaan kakak dan adik menanyakan ayahnya. Setiap malam aku menelefonnya. Setiap kali itu dia meminta aku memahami keadaannya. Kataku aku faham. Namun pada hakikatnya kau sama sekali tidak faham ataupun secara tepatnya aku tidak pernah mahu untuk memahami.
Sebulan kakak di hospital. Akhirnya doctor benarkan kakak pulang. Ibu dan Ayah walaupun marah dengan sikap kakak dulu seolah-olah lupa akan kesalahan kakak. Kakak dijaga ibu dengan begitu baik. Malahan ibu meminta aku merahsiakan perkahwinan aku dengan Abang Lukman. Katanya Kak Maria tidak tahu akan hal ini dan sekiranya hal ini sampai di pengetahuan kakak mungkin akan menyebabkan kakak tertekan. Aku terpaksa memendam rasa lagi. Seribu protes membuku didada. Namun, aku berusaha memujuk hati ini. Aku percaya apabila kakak sembuh nanti semuanya akan menjadi seperti biasa. Insyaallah..
Permintaan kakak untuk melihat kakak dan adik cukup mengejutkan aku. Aku tidak sanggup melihat kakak dan adik dirampas kembali oleh ibu mereka. Walaupun kejam bunyinya. Bagaimana kalau kakak dan adik menerima ibu mereka kembali? Aku akan kehilangan mereka. Masyaallah...aku tidak sanggup. Mereka adalah segalanya pada aku. Mereka adalah nyawa aku. Namun aku tidak berupaya. Aku hanyalah ibu yang digalang ganti. Aku tidak berupaya mengubah hakikat itu. Mahu atau tidak aku terpaksa menurut.
Kakak dan adik ku bawa ke rumah ibu. Di sana Abang Lukman sudah sedia menanti. Sudah menjadi rutinnya. Balik dari kerja rumah emaklah hala tujunya. Menjaga kakak dan menemaninya dan hanya pulang kerumah kami setelah kakak tidur. Setibanya kami di rumah ibu, Kak Maria segera menuju ke arah kakak dan adik. Bersusah payah dia menolak kerusi rodanya mendapatkan adik. Adik dan kakak kelihatan kelu. Lantas aku menyuruh kakak dan adik menyalami ibu mereka. Mereka agak menolak pada mulanya. Puas aku memujuk, akhirnya mereka akur. Kurasakan kemenangan pada pihakku. Walaupun bunyinya memang kejam namun aku gembira dengan keadaan itu.
Kak Maria bersungguh mengucapkan terima kasih padaku kerana menjaga kakak dan adik. Katanya aku memang seorang ibu saudara yang baik. Saat dia menuturkan ayat itu kurasakan mahu ditampar mulutnya. Aku adalh ibu mereka. Bukan ibu saudara mereka. Aku cukup marah dengan ucapan kakak itu. Segera ku larikan diri. Aku lebih senang di dapur. Menolong Bibik memasak dari berada di dalam lingkungan mereka yang seakan mahu membunuh aku.
Masih segar dalam ingatan aku kejadian itu. Kak Maria bersungguh-sungguh mahu menyuapkan kakak dan adik makan. Namun, sedikit pun tidak mereka mahu membuka mulut. Kakak menolak pinggan ditangan Kak Maria. Sekali lagi aku rasakan kemenangan di pihak aku. Kakak dengan pantas berlari kearah aku dan mengatakan bahawa dia dan adik mahu aku menyuap mereka. Panggilan "ibu" dari kakak terhadap aku cukup membuatkan Kak Maria marah. Bersungguh-sungguh dia mengatakan bahawa aku bukan ibu kepada kakak dan adik. Disaat itulah laju kakak menuturkan bahawa aku pernah berkahwin dengan ayahnya. Kak Maria tidak percaya dan meminta kesahihan dari emak. Emak hanya mengangguk. Kak Maria seakan hilang akal menangis semahunya dan menjerit. Tanpa sempat ditahan kakak jatuh dari kerusi roda. Adik dan kakak cukup ketakutan waktu itu. Abang Lukman segera mengendong kakak dan bergegas menghantarnya ke hospital. Sudah tiga hari insiden itu berlaku. Hingga hari ini aku masih belum berkesempatan bercakap dengannya. Khabar kakak hanya aku perolehi dari emak yang melawat kakak setiap hari.
Tanpa aku sedari semua kerja dirumah yang menjadi saksi kepada pelbagai insiden suka duka dalam hidup aku telah selesai aku kerjakan. Jam sudah menunjukkan angka 12. sekejap lagi kakak dan adik akan pulang dari sekolah. Aku bergegas menyalin pakaian untuk menjemput kakak dan adik. Dikala itulah Abang Lukman muncul. Aku seakan terkejut.
"Abang da balik?", soalku sekadar berbasi-basi. "Hmm..", ringkas jawapannya. “Kakak macam mane?", sekadar ingin tahu walaupun kalau mengikut hati tidak sanggup untuk aku menyebut namanya pun. "Macam tu lah, tapi doctor kata semakin pulih," "Abang nak makan?", risau aku melihat perubahan dirinya. Semakin cengkung. "Tak. Terima Kasih.Nak tidur," ujarnya pendek. "Nak Ina kejutkan pukul berapa?" aku seolah tidak mahu perbualan ini berhenti begitu saja. Aku mahu bertanyakan dirinya. Aku mahu menceritakan tentang anak-anak kami. Mahu Abang Lukman tahu bahawa kakak dan adik begitu merindukannya. "Tak apa.Abang bangun sendiri." Aku kecewa dengan jawapan itu. Terasa diriku begitu jauh dengannya. "Ina nak pergi ambik adik dan kakak." Aku tidak mahu berada disitu lagi. Terasa airmata ini mahu menitis. "Okay," ujarnya samabil melangkah lesu mendaki tangga. Ku percepatkan langkahku. Adik dan kakak mungkin sudah gusar menantikan aku di pagar sekolah.
Tepat jangkaan aku. Mereka terus meluru mendapatkan aku. "Ayah dah balik ibu?" Soalan pertama kakak membuatkan aku faham betapa anak kecil itu rindukan ayahnya. "Ye sayang, ayah dah balik. Tapi ayah nak rehat. Dia penat. Petang nanti baru kakak main dengan ayah ok?" "Ayah da balik ibu?" Terpancar kegembiaan di wajahnya. "Iya sayang," aku mengiakan lagi. "Petang nanti kita ajak ayah pi taman nak tak adik?" Spontan idea itu muncul dibibir kakak. "Nak!Nak!", adik kelihatan begitu teruja dengan cadangan itu. "Okay.. tapi dengan syarat balik ni terus mandi, pastu makan, pastu solat, pastu tidur kejap. Bangun tu baru boleh kita pergi. Setuju?" "Setuju!" serentak kakak dan adik menjawab. Aku hanya tersenyum melihat mereka. Lancar kereta ku pandu menuju ke teratak kami.
Kakak dengan adik menurut setiap syarat yang aku tetapkan. Selesai menidurkan mereka, aku ke bilik Abang Lukman. Mahu memaklumkan kepadanya akan cadangan kakak. Kelihatan dia baru selesai menunaikan solat. Pintu bilik yang terbuka luas itu kuketuk. "Abang…"aku memanggil lembut. "Iya.Kenapa?" dia memalingkan mukanya mengadap aku. Oh Tuhan aku rindukan wajah ini. Seakan mahu dirangkulnya erat. Mahu dia tahu betapa aku merinduinya. "Ina... ,"panggilan itu menyedarkan aku. "Kakak dan adik nak ajak abang ke taman petang ni,"lancar ayat itu keluar dari mulutku. "Abang nak ke rumah mak, dah janji dengan Kak Maria," perlahan dituturkannya tapi jelas dipendengaranku. "Tapi Ina dah cakap dengan kakak dan adik boleh," aku seakan merayu. Tolonglah abang. Untuk kali ini. Tolong utamakan kami dari Kak Maria. Mahu saja ayat ini ku lontarkan padanya. Biar dia tahu bahawa dia sudah terlalu jauh meninggalkan kami. "Tak boleh. Maaf. Cakap dengan kakak dan adik abang ada kerja," uajarnya sambil mengalih pandangannya membelakangi aku. "Okay...," aku tidak mahu berbicara lagi dengannya. Cukuplah. Jawapan tadi sudah membunuh separuh dari semangatku. Kuatur langkah ke kamarku. Kuhembur segala kesedihan yang terbuku di katil. Aku tidak kuat lagi Ya Allah. Aku tidak berdaya menahan semua ini. Dugaan ini terlalu berat. Aku kesal dengan sikap Abang Lukman. Amat kesal. Kenapa begini perlu kami diperlakukan. Tidak maklumkah dia bahawa kami amat memerlukannya. Kami terlalu merinduinya. Lupakah dia akan kakak dan adik? Ya Allah, aku mohon Ya Allah. Tabahkan hati ini. Berilah aku jalan agar rumah tangga ini kekal Ya Allah. Sayang ini padanya sudah terlalu tebal. Aku tidak sekali menyesal dengan apa yang terjadi. Malah aku bersyukur kerana menganugerahkan Abang Lukman sebagai suamiku. Lantas, titipkanlah Ya Allah rasa cinta dan rindu dalam hatinya sebagai mana aku merindui dan menyintainya.
Tepat jam 4 petanag aku mengejutkan kakak dan adik. Kakak begitu teruja dan berlari ke bilik ayahnya. Aku berlari mengekorinya diikuti adik. "Ayah!!," laungnya dari luar bilik. Pintu bilik ayahnya dikuak. "Ayah tak ada ibu,"ujarnya penuh kesal. "Ayah ada kerja sayang, ayah pesan dengan ibu suruh bawa kakak dan adik pergi,"aku seolah memujuknya. "Kakak tak nak pergilah,"dia merajuk. Muncungnya sudah panjang didepan. "Sayang…Ayah ada kerja. Ayah janji bila kerja dia dah habis dia akan bawa kita jalan-jalan, okay?" "Ntah kakak ni. Macam budak-budak," adik menambah. "Kalau dia tak nak ikut kita tinggal dia je ibu", ujarnya lagi. Sengaja mahu menyakiti lagi hati kakaknya. "Sampai hati ayahkan ibu?"Aku seakan mahu menitiskan air mata mendengar ayat itu dituturkan dari mulut kakak. Segera kurangkul tubuhnya. Kupeluk erat. Ya sayang, tega sekali ayah buat kita begini. Aku bermonolog sendiri. Air mata ini gugur buat kesekian kalinya. Namun, segera kuhentikan sendu ini. Aku tidak mahu kakak dan adik terus sedih. Segera aku arah mereka bersiap. Aku mahu mereka gembira hari ini. Hakikatnya, aku mahu gembira hari ini. Mahu kuubat segala kesedihan tadi.
Adik dan kakak ku bawa berjalan. Penat bermain ditaman, kami ke restoran McDonald terdekat. Kami makan disana. Abang Lukman langsung tidak kupedulikan. Balikkah dia, bertanyakan dimana dia berada pun tidak aku pedulikan. Selesai bermain, aku membawa mereka membeli belah. Mainan dan beberapa pakaian baru kubelikan untuk mereka. Mereka kelihatan gembira sekali. Mungkin sedih mereka akan sikap ayah mereka tadi telah hilang. Tapi ternyata luka itu masih berbekas dihati ini. Bialah. Aku juga manusia biasa. Lemah dan tewas pada perasaan sendiri. Hampir pukul 9 baru kami pulang. Setibanya dirumah, kereta Abang Lukman sudah ada di garaj. Terdetik rasa bimbang dihati. Mungkinkah dia akan marah pada aku membawa kakak dan adik berjalan sampai ke malam?
Aku meyuruh adik dan kakak mandi dan solat sebelum tidur. Mereka kelihatan begitu penat. Namun mereka tidak membantah. Segera kuatur langkah ke bilik Abang Lukman. Dia sedang menonton tv pada waktu itu. "Dah lama abang balik?", aku memulakan perbualan kami. "Dah, mak dan ayah kirim salam kat Ina,"ujarnya tanpa memandang kearah aku. "Waalaikumussalam.Abang dah makan? " Dah. Pergi mana tadi?" , dia mula memandang wajahku. "Ina bawak kakak dan adik jalan-jalan. Shopping sikit," aku menjawab ringkas. Bimbang akan dimarahinya. "Hmm…Ina pi mandilah. Pastu rehat. Abang nak kena siapkan kerja sikit ni. Dia mula turun dari katil dan mematikan siaran televisyen itu. "Maafkan Ina tak bagitahu abang tadi," suaraku mula terketar-ketar. "Tak apa. Dah la. Pi mandi.Rehatla," ujarnya sambil memberikan senyuman padaku. Senyuman itu membunuh segala luka hati ini. Hilang rasa sakit hatiku akan penolakannya siang tadi. Sayang dan cintaku padanya mekar lagi. Senyuman itu cukup memberi aku semangat untuk terus kekal disini. Sebagai isterinya. "Okay," aku menjawab perlahan sambil membalas senyuman tadi. Lancar langkahku ke kamarku. Membersihkan diri dan solat. Sempat aku menjenguk kakak dan adik yang telah selamat di alam mimpi. Ku kucup lembut dahi kakak dan adik sebelum meninggalkan bilik mereka. Abang Lukman masih tekun di meja di bilik kerjanya di rumah kami. Banyak kerja barangkali. Ku susun langkah mendapatkannya. Pintu yang terbuka luas kuketuk. "Abang nak kopi?."aku bertanya menunaikan tanggungjawabku. "Tak apa. Ina rehatla," dia menjawab lantas memberikan senyumannya lagi. "Okay. Good Night," aku segera beredar dari situ. "Nite," jawabnya ringkas. Aku kembali kekamarku. Merebahkan kepala. Kukira malam itu merupakan malam indah bagiku. Aku tidur dengan nyenyak membayangkan hubungan kami yang semakin pulih.
Lenaku dikejutkan pagi itu. Segera ku membuka pintu. Abang Lukman siap berbaju Melayu dan berkain pelikat berdiri di muka pintu. "Ina kita solat sama,"ujarnya lembut. Aku terkesima. Terkedu bercampur. "Ina mandi jap yer abang?", aku serba salah. "Ye, abang tunggu di bilik,"ujarnya lagi. "Baik," segera ku sambut. Tuala ku capai dan segera aku mandi. Aku tidak boleh membiarkan lama Abang Lukman menunggu. Selesai berpakaian dan berwudu" segera aku ke kamarnya. Sejadah sudah sedia dihamparkan. Masyaallah. Aku terkedu. Terasa mahu saja air mata ini menitis. Syahdu kudengar suaranya melaungkan Iqamat. Alhamdulillah Ya Allah. Selesai solat dan membaca doa lembut dahiku dikucup. Terasa indahnya diri seorang isteri. "Ina...", panggilnya lembut. Aku mengangkat mukaku menghadap wajahnya. "Abang ceraikan Ina dengan talak satu", perlahan tapi jelas. Rohku seakan tercabut. Melayang...
Kiranya ini takdirku Ya Allah. Aku pasrah. Kiranya ini yang telah tersurat untukku aku redha. Namun kiranya kutahu begini akhirnya Ya Allah tidak kusemai kasih ini di tanah yang subur Kiranya ku tahu jatuhnya aku tidak akan aku daki puncak kasih ini. Terlalu indah kasih, cinta dan rindu ini namun tidak setanding rasan pahit kenyataan yang harus kuterima sebagai takdir. Takdir yang Allah anugerahkan padaku yang menguji ketakwaanku. Alhamdulillah...
waaa menarik citer ni...kalo ade sambungan lagi best,cz at least tunjukkan ape yg terjadi pade Ina,she deserves a happy ending,but obviously bukan dengan abang lukman sebab die sangat2 bute untuk menilai keikhlasan ina...
mula cter mcm lmh jer...dh lama2 aduii aii sdh nyerrrr... apa jadi kt ina ngn ank sdra 2 oghg tu... kisah benar kerrr... memang zalim tol si lokman tu.
sedih nyer.. xdpt x bygkan kalo jd dlm realiti kehidupan... kuang asam nyer lukman... tp wat la sambungan.. nk tau gak, pe jd ngn life ina n ank2 dier.. kejam sungguh..
shit!! Lukman tu gila apa? huh!! Penulis,klau buat Ina tak sayangkan Lukman tapi still tunaikan tanggungjawab dia as a wife coz tk nk dpt tittle isteri derhaka lagi best je sye rase.. Mak ayah nye pun satu.. apa la.. Klau buat lps Lukman ceraikan Ina then Ina pergi oversea dan kakak ngan adik tk nk org lain except ina je,bru tertekan si Lukman tu.. Buat la lps tu Lukman lak falling in love ngan Ina tpi Ina nikah ngan orang lain yg tentunya responsible drpd si Lukman tu.. haha,blh jadi gila dibuatnya..
waaaaaaaaaaaaaaaa sdih tul citer ni...... citer ni lbih kurg novel pe bnda ntah tjuk die aku lupe ar... wtk dlm tu pon abg lukman gk...tp yg popuan nme farah...n akak die sarah.....lbih kurg sme...hehehe... ciplak ek?? pe2 pon bez la.... ........ae_g................
crita yg ada farah n sarah tu novel jendela hati. buat penulis, saya dah banyak kali terbaca crita yang srupa mcm nie cuma nama watak aje yg beza. from top 2 bottom, sebijik cuma ada ubah skt cara crite.
waaaaa.....sedeynye cita nie....tahniah...arap ade smbungan lg..klo leh wat la novel..cita mmg best..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huwaaaaaaaaaaaaaaa.....sedih nye,....naper la jd camtuuuuuuuuuu....