Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sambil melepaskan lelah setelah selesai mengemas dapur, Zai termenung dan mengenang kembali kisah-kisah permulaan cintanya bersama suami. Waktu itu umurnya baru menjangkau usia 18 tahun. Kursus yang dihadiri untuk menggantikan tempat rakan baiknya merupakan tempat pertemuan pertama antara Zai dan suaminya Helmi. Sepatutnya June yang menghadiri kursus itu tetapi disebabkan masalah kesihatan, Zai terpaksa menggantikan tempat June.
Mungkin sudah takdir yang maha Esa, Zai dan Helmi ditempatkan di kumpulan yang sama. Zai masih lagi teringat bahawa Helmi yang merupakan ketua kumpulan tersebut amat tidak disukainya. Helmi selalu ingin menunjukkan kuasa sebagai ketua dan hanya suka mengarah ahli-ahli kumpulan yang lain sahaja. Meluat betul Zai dengan sikap Helmi itu. Kursus yang mengambil masa selama seminggu akhirnya tamat. Zai dan peserta-peserta kursus tersebut telah bertukar-tukar alamat dan nombor telefon. Kesibukan belajar menjadikan Zai terlupa untuk menghubungi rakan-rakan sekursus. Pada musim cuti sekolah, Zai menghabiskan masa di kedai buku milik keluarga. Di situ Zai membantu kakak menguruskan kedai. Selain dapat menambah pendapatan Zai juga dapat membaca buku dengan percuma. Memang hobi Zai suka membaca lebih-lebih lagi membaca novel. Sedang asyik menyusun buku yang baru sampai di rak, tiba-tiba ada seorang pemuda menegurnya mesra. Setelah ditoleh dan diamati, Zai seakan mengenali wajah pemuda tersebut. Setelah pemuda tersebut mengenalkan diri barulah Zai teringat bahawa itulah Helmi yang tidak di sukainya dulu.
Pertemuan dengan Helmi tidak habis disitu. Boleh dikatakan tiap-tiap hari Helmi mengunjungi kedai buku milik keluarga Zai. Nak kata membeli buku tak jugak, hanya ingin berborak-borak mesra dengan Zai. Pada mulanya memang Zai tidak menyenangi Helmi tapi lama kelamaan Zai tertarik pula dengan Helmi. Sikap Helmi jauh berbeza dengan sikapnya sewaktu berkursus dulu. Cuti sekolah telah berakhir, Zai meneruskan pelajaran seperti biasa. Walaupun baru di tingkatan enam bawah, tetapi Zai tidak mahu bersikap sambil lewa terhadap pelajarannya. Zai tahu STPM amat penting baginya untuk melayakkannya ke Universiti. Ini kerana dengan keputusan SPM yang lalu, Zai tidak dapat menjejakkan hati ke Universiti. Jadi Zai berazam bersungguh-sungguh agar keputusan STPM nanti cemerlang dan impian untuk memasuki universiti tercapai. Ini berbeza dengan Helmi, keputusan SPM yang cemerlang melayakkan Helmi belajar di Universiti. Helmi sentiasa menggalakkan Zai agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya. Dalam masa yang sama Helmi yang menyimpan perasaan terhadap Zai terus memendamnya didalam hati kerana dia tidak mahu percintaan mengganggu pelajarannya dan Zai. Walaupun masing-masing masih belajar, Zai dan Helmi sering berutus surat untuk bertanya khabar. Akhirnya Zai lulus cemerlang dalam STPM dan berjaya melayakkan diri di Universiti. Dan secara kebetulan Zai berjaya memasuki Universiti tempat Helmi belajar. Alangkah gembiranya hati Helmi mendengar khabar itu.
Hari pertama di Universiti, Zai banyak dibantu oleh Helmi dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran dan lain-lain. Walaupun kursus yang diambil oleh Zai berbeza dengan Helmi, tetapi mereka sering bertemu di perpustakaan untuk mengulangkaji bersama-sama. Helmi masih lagi tidak meluahkan perasannya terhadap Zai. Akhirnya Zai dan Helmi memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Ijazah masing-masing. Helmi terus ditawarkan pekerjaan akan tetapi Zai masih lagi belum menerima tawaran pekerjaan walaupun sudah beberapa temuduga yang dihadiri. Namun begitu Zai tidak mudah berputus asa, masa lapangnya diisi dengan menulis cerpen. Helmi merasakan sudah tiba masanya untuk dia meluahkan perasaannya terhadap Zai. Zai yang pada awalnya agak terkejut tetapi akhirnya menerima Helmi sebagai kekasih hati. Akhirnya setelah genap 8 tahun mereka berkenalan, Zai sah menjadi isteri kepada Helmi. Alangkah manisnya saat disandingkan.
"Menung apa tu yang, jom masuk tidur", sapa Helmi mesra. "Baiklah bang", sahut Zai. Zai sempat singgah dibilik anak kembar kesayangannya suami-isteri, AISYA dan HAFSYA.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pendek ye...