Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Wahai tuhanku.. berilah aku kekuatan untuk mengharungi cabaran hidup ini….." Hanya itulah yang selalu ku pinta apabila menunaikan ibadah pada yang tercinta. Pada siapa harus ku luahkan keperitan hati ini.. tiada yang sanggup memahami diriku.. hanya diri-Mu. Hari ini merupakan hari pernikahan sahabat ku. Sahabatku ini sangat pemalu dan tidak rapat dengan perempuan. Hanya seorang insan yang berjaya menambat hatinya.. Intan Aisya.. nama yang sangat indah.. seindah tuannya.. seindah budi pekertinya… Memiliki segalanya . Keistimewaan abadi.. yang hanya ada pada sebilangan wanita sejati. Bakal mengikat tali pernikahan tepat jam 3 petang hari ini. Tarikh kebahagiaan untuk pasangan itu dan tarikh duka bagi diriku. Arman, kau katakan pada diriku.. kau tidak pernah bercinta.. Katamu lagi.. aku perempuan yang peramah dan pandai menjaga hatimu. Ucapanmu denganku begitu indah seperi pasangan kekasih. Namun, tidak ku ketahui di hatimu.. telah bertakhta seorang insan. Maafkan aku kerana mencintaimu.. "Maya!! Cepatlah.. katamu ingin menghadiri majlis perkahwinan Arman.." teriak ibu menghentikan lamunanku. " Ya bu. Sebentar." Aku menyiapkan diriku dengan sepasang baju kurung berwarna putih. Pakaian itu kosong tanpa corak sekosong jiwaku. Jiwa yang sangat hampa dan pilu. Aku mendesak diriku supaya tersenyum. Menutup kesedihan yang tak mampu ku ucapkan.
………………………………………………….
Sebaik sahaja aku melepasi selekoh keluar dari rumahku.. Aku mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor Arman. "Assalamulaikum." Suara yang sangat ku kenali. "Arman, saya mendoakan kebahagiaan awak. Maafkan saya kerana tidak mampu ke majlis perkahwinan awak. Assalamualaikum." Ku tamatkan perbulan tanpa menunggu sebarang ucapan daripadanya. Tidak ku ketahui ke mana arah tuju pemanduanku. Aku terus jua memandu dengan linangan air mata yang jatuh bercucuran. Tiba- tiba aku teringatkan saat- saat manis diriku berkenalan dengan Arman. ……………………………………………….
Aku mengenali Arman ketika kami mewakili sekolah masing-masing ke pertandingan rekacipta peringkat negeri. Ketika itu aku berusia 16 tahun dan dia berusia 19 tahun. Pertama kali aku memandangnya, seluruh salur darah dan organ tubuhku seolah-olah tidak berfungsi. Hanya jantungku yang berdetak dengan begitu kencang seperti taufan yang bergerak 100 skala ritcher sejam. Begitu pantas.. Setiap kali aku cuba untuk mendekatinya, setiap kali itu jualah dia mengelakkan diri. "Lelaki sekolah agama memang macam tu. Pantang lihat perempuan bukan muhrim. Mesti dijauhkan diri. Apa dia ingat yang kita ni nak sangat bercakap dengan dia. Alim-alim kucing." Suatu hari Aida meluahkan sesuatu kepadaku. Aku tidak tahu siapa yang dimaksudkannya kerana terdapat ramai penyertaan dari sekolah agama pada tahun itu. Aku berdoa semoga insan yang dimaksudkan itu bukan Arman. " Kenapa kau berkata sedemikian? Siapa yang kau maksudkan?" " Budak sekolah agama tuh laa.. Yang form 5 tu.. Aku nak cakap dengan dia.. dia mesti lari.. bodoh." Mujurlah lelaki itu bukan Arman. Tidak ku ketahui bagaimana sekiranya ada yang tahu aku berkenan pada Arman. " Kakak aku cakap, setiap budak lelaki sekolah agama, cara hidup dia memang macam tu.. Semua kena jaga. Nak cakap dengan perempuan pun tak boleh kalau tiada urusan." Sofea mencelah. Mendengar kata- kata Sofea itu, aku semakin tertarik untuk mengenali Arman. apakah aku berjaya menawan hati jejaka itu? Aku juga semakin tertanya-tanya mengenainya.. Aku meminta abang angkatku, Razif untuk mengenalkan aku kepada Arman. Mujurlah abangku itu tidak suka masuk campur hal orang. Dia tidak kisah dan tidak banyak soal. Dalam diam, rupanya lelaki ini amat peramah. Jejaka ini juga seorang yang matang daripada usia. Dia selalu berbicara mengenai wanita denganku. Katanya, seorang wanita haruslah sentiasa berlemah-lembut, rajin mengemas rumah, pandai memasak dan tidak lalai dalam menunaikan ibadah. Dia tidak kisah berkawan denganku asalkan aku tahu menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Aku sentiasa melakukan yang terbaik untuk menjaga hatinya, sehinggakan sahabat-sahabatku semuanya kehairanan melihat perubahan ku yang begitu drastik. Dari seorang perempuan yang kasar kepada seorang yang lembut. . Dari seorang yang mulut becok, kepada seorang yang pendiam. Dari seorang yang tidak tahu waktu sembahyang, kepada seorang yang begitu khusyuk solatnya. Ah, Arman.. kamu telah berjaya mengubahku. Cara hidupku begitu teratur sekarang. Semuanya keranamu. Aku masih lagi berhubung dengannya melalui e-mail walaupun pertandingan itu telah tamat. Pada suatu hari, aku memberanikan diriku untuk mengajukan suatu pertanyaan padanya. Pertanyaan yang mungkin menimbulkan syak padanya.. " Arman, apakah awak sudah mempunyai seseorang?" " Kenapa awak bertanya sedemikian? Baiklah.. Saya mengaku, saya mencintai seorang muslimat yang agak sempurna walaupun tidak sesempurna Siti Khadijah. Muslimat ini sangat cantik. Pada saya, dia memiliki sagala- galanya yang tiada pada kebanyakan wanita di zaman ini." Dia terus bercerita dengan begitu rancak. Walaupun tidak bersua muka, aku tahu bahawa dia sangat bahagia bercerita mengenai wanita tersebut. Peritnya hatiku bagai dihiris sembilu. Apakah dia tidak mengerti perasaanku padanya? Kenapa dia membiarkan aku berada dalam dunia khayalanku sendiri? Ingin ku dirikan sebuah masjid indah bersamanya. Ku simpan harapan itu sedalam-dalamnya dan hanya mampu berdoa semoga dirimu bukan untuk wanita itu. Sejak itu aku berasa terlalu jauh dari Arman, lebih-lebih lagi apabila dia menyatakan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan wanita tersebut. "Selewat-lewatnya sebelum saya berangkat ke Mesir."
5 tahun kemudian, Sepanjang tempoh itu aku cuba untuk melupakan Arman, tapi tidak berhasil. Aku berkenalan dengan perbagai jejaka. Namun semuanya tidak berjaya menambat hatiku. Arman sangat berbeza dari semua jejaka-jejaka lain. Dialah satu-satunya insan yang paling sempurna pernah kujumpa sepanjang aku berusia 21 tahun. Suatu hari, aku mendapat sekeping kad jemputan, Dihadapannya tertera nama Arman & Intan. Ku buka kad tersebut dengan tangan yang terketar-ketar. Arman bakal melangsungkan perkahwinan minggu hadapan. Seolah-olah tangki seberat 10 tan telah jatuh atas kepalaku Secara tiba-tiba, manik-manik jernih jatuh bercucuran dengan begitu laju membasahi pipiku. …………………………………….
Dalam khayalan mengenang memori bersama Arman, aku telah lalai membawa pemanduanku. Tanpa disedari, Nissan X- Trail ku meluncur laju ke arah sebatang pokok. ………………………………………. "Maya. Bangun sayang. Hari sudah siang. Bangunlah." Sekali lagi ibuku mengejutkanku. "Teruknya!! Maya baru nak dapat ilham novel Maya tau. Ibu dah kejutkan." "Hai, tidur tak ingat dunia pun, masih ingat novel lagi?" "Mestilah.." "Mimpi apa pula hari ni? Mimpi bertemu putera idaman? Mimpi jadi bawang merah bawang putih?" Ibuku tergelak keseorangan meninggalkanku. Meskipun ia hanya sekadar mimpi, ia telah memberi makna yang begitu besar kepadaku. Seorang lelaki sejati. Akan ku cari insan seperti Arman. akan ku dapatkan. Kau idamanku…
A-Akan ku kenangimu seumur hidupku R-Rakusnya diriku kerana tidak mampu melupakanmu M-Melihatmu, jantungku.. diriku .. tidak mampu bergerak A-Aku terpaku dalam kegelapan memandang cahaya keimananmu N-Namun.. Cintamu bukan untuk diriku..
mimpi je ke? cam bangang cite ni.. merapu je.. kureeeng..!! paling menyampah cite yg last skali hanyalah sebuah mimpi!! huuh! (mendengus)
*Kakak Alula*
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ha? eh? lor....