Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Anak mata kufokuskan kepada kanak-kanak yang berbaris panjang..bersalaman dengan guru tadika..penuh tertib..walaupun ada separuh dari mereka sibuk berbisik sesama sendiri..terlahir senyuman dibibirku melihat telatah mereka..polos dan naifnya mereka..tanpa dosa dan noda..aku mengeluh..melarikan anak mata ke stereng kereta… "mama"terbang lamunanku mendengar suara kanak-kanak lelaki yang merenung hairan kearahku..siap duduk dikerusi sebelahku..ah..lamanya aku mengelamun.. "apa khabar anak mama hari ni?"soalku..tersenyum..menghadiahkan kucupan dipipi mungilnya..ajmal tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi..juga lekuk dikedua-dua belah pipinya..persis raihana..rinduku tiba-tiba bertandang.. "mama?mama sakit ke?"lekas-lekas aku menggeleng.membuang jauh-jauh kerinduan yang kerapkali singgah dibenakku.. "anak mama nak makan apa hari ni?" "semalam dah makan mcd..hari ni nak makan nasi ayam la mama.." "okey..nak pergi rumah mak tok tak ni?" "nak..didik nak jumpa atok..ucu..kita tidur sana ya mama?"aku tersenyum..’didik’itulah kata ganti namanya sejak berumur 2tahun..kerana dia tidak tahu nak menyebut ‘adik’terlekat sehingga sekarang.. "okey..kita balik rumah dulu..ambil barang…"ajmal bersorak riang..tahu hari minggunya takkan terlalu bosan kalau balik ke rumah mak toknya…aku menarik handbreak..lalu membelok kereta masuk kejalan besar…
----------------------------------------------
" Sampai bila anis nak hidup begini?"aku mengukir senyum.segaris.sudah lali dengan pertanyaan ibu..bukan baru hari ini..tapi sejak 4tahun lepas..sudah mangli.muak..dan yang pastinya ibu sudah tahu jawapanku… "sampai bila-bila ibu..kerana.anis sudah ada ajmal"terdengar keluhan dibibir ibu..abah sudah lama ‘pencen’ dari bertanya aku..dia lebih memahami aku dalam bab-bab begini andai dibandingkan dengan ibu. Aku membuang pandang kearah ajmal yang sedang memaksa acunya menyambung bermain badminton bersamanya. "anis.ibu serius ni"aku kembali memandang ibu..mengeluh..berat.bagaimana aku harus bercakap supaya ibu faham bahawa aku tak perlukan lelaki dalam hidupku?seorang ayah untuk ajmal? "anis pun serius ibu.biarlah tuhan yang tentukan..soal jodoh..pertemuan..ajal..maut..bukan hak kita nak tentukan…kita hanya mampu merancang ibu..Allah yang menentukan" "susahlah cakap dengan anis ni!ha..membujanglah sampai ke tua!ada orang bertanya..semuanya ditolak..tak sedialah..ajmal kecil lagilah.."mama mula membebel..aku tersenyum…hanya membiarkan..biarlah..biar dia membebel puas-puas....
Leka aku membelek kotak susu fernleaf ditanganku..berkira-kira mahu membeli atau tidak..ajmal dah nak masuk 5 tahun.sepatutnya dah boleh tukar susu…dutchlady..fernleaf..dumex..dugro.apa lagi?banyaknya..mana satu aku nak ambil ni? "mama"terbang nama-nama susu dikepalaku..mencari arah datangnya suara itu..aku menjegilkan mata..sedikit marah apabila diganggu..namun seketika sahaja..mataku kembali membulat melihat ajmal didukung seorang lelaki..terkejut..laju tanganku meletakkan kotak-kotak susu tadi ditempatnya..mendapatkan ajmal..hatiku diterpa bimbang..kenapa dengan anak aku?jatuhkah? "kenapa ni sayang?"soalku..mengambil ajmal dari dukungan entah siapa-siapa itu.tak menghiraukan reaksinya yang terkejut melihat tingkahku..aku tak peduli..membelek badan anakku dari atas ke bawah..tak luka..aku menarik nafas lega..alhamdulillah.. "mama..didik okey la..uncle ni yang tolong didik tadi" "kenapa sayang?didik pergi mana?"soalku..tak berani memandang lelaki yang masih berdiri tegak dihadapanku dan ajmal..serba-salah aku dibuatnya.. "didik sesyat tadi…mama tinggalkan didik..didik tak nangis pon..uncle ni yang tolong didik cari mama"aku mengerutkan dahi..aku tinggalkan dia?bila?ah.lekanya aku membelek beraneka jenama susu disini..bertimpa-timpa rasa bersalahku.mujur ada insan yang sudi membantu anakku… "terima kasih"aku mendongak...bertemu pandang dengan anak mata si dia yang baik hati itu..mak aii..dia senyum..rasa nak luruh jantung aku!kacaknya..aku lekas-lekas membuang pandang..rasa gatal la pula!isyhh… "oh..tak mengapa..small matter ja..well..i,m naufal you?"katanya menghulurkan tangan "anis..nice to meet you"balasku menggeleng..menolak cara halus dari berjabat tangan dengannya..tak tahu hukum hakam ke? "opss..sorry.. "balasnya menggaru kepalanya..menutup malu kot?aku tersenyum..ajmal ketawa melihat telatah kami..anak aku!bab ketawakan orang?suka! Aku menurunkan ajmal dari dukungan..berat..semput aku dibuatnya kalau dukung dia lama-lama..memimpin tangannya..membalikkan tubuh.mahu pergi dari situ.serasanya aku sudah tiada urusan dengan naufal lagi.. "err.puan.."puan?dia panggil aku puan?terima ajelah..aku mengereng sedikit.. "kenapa?" "may I join?"nak join aku?uiks…tak sayang badan ke?dengan title puan,,dia tak takut laki aku serang ke?eh..sejak bila aku ada suami ni?namun belum sempat aku membuka mulut..ajmal sudah berjalan mendapatkan ‘unclenya’ dan sekelip mata sudah berada dalam dukungan unclenya..aku hanya mampu memandang..biarlah..
"anis" "ya.aku buzy sikit ni..sedang lakar plan..kenapa?soalku tanpa mengangkat wajah.. "encik farid panggil..ada customer nak jumpa ko!"laju kuangkat wajah..bertemu pandang dengan hayani yang tersengih-sengih memandangku "sekarang ke?"soalku kalut "sekarang..dekat bilik dia..telefon ko rosak ke?"aku mengerutkan dahi..memandang telefon..argh..letak tak rapat…menggaru kepala…membetulkan kembali gagang telefon..lalu bangun…argh….tersengih memandang hayani yang sudah mahu menutup pintu bilik kembali… Terkecoh-kecoh aku berjalan ke bilik encik farid..hai..berdebarnya dada..dahlah telefon letak tak rapat..mampos aku kena bungkus..menarik nafas panjang..2saat..diiringi dengan lafaz bismillah..aku mengetuk pintu encik farid..sebaik sahaja mendengar suara menyuruhku masuk kupulas tombol pintu…tersenyum kepada encik firdaus..dibalasnya..menjemputku duduk disebelah lelaki yang masih tak menoleh kearahku..leka nampaknya dia memerhati pelan diatas meja.. "kenalkan..anis..ini en syed naufal bin syed naim dan naufal.inilah arkitek terbaik aku..anis ilyani ismail"aku menoleh..bulat anak mataku merenung wajah dihadapanku..mati senyum lebarku.dia?ya Allah sempitnya dunia..dia tersenyum..aku gugup..menyangkakan pertemuan hari itu adalah yang terakhir..oh..tidak! Tak khusuk dan senang duduk aku dibuatnya sepanjang perbincangan..bukan apa..encik farid tergamak meninggalkan aku bersama dia.dan aku perlu mereka bentuk rumah ‘idaman ‘ clientku ini bersendirian..bukan seperti yang dia mahu..tetapi mengikut kekreatifan ideaku..sudah..apa yang perlu aku reka?lukis diatas kertas?kacau! "insyaallah..nanti saya cuba lakarkan mengikut kehendak hati saya.." "ajmal sihat?"sudah..topik lain pula.. "esok kalau free saya pergi melawat tapak..lusa kalau tiada aral..jumpa ibu encik syed.." "boleh saya jumpa ajmal?"aku mengetap bibir..pekak kea pa?aku cakap lain..lain yang dibalasnya,..sabar anis..sabar…relaks..dia client.. "Kalau tiada apa-apa hal..saya minta diri dulu.."kataku meminta diri..kebetulan encik farid sudah kembali..tersenyum kearah kami..aku membalas..meminta diri..panas hatiku dibuatnya kalau berlama-lama disini.. "anis..kita lunch sama"ajak encik farid..ah..kacau! "err..saya ada janji..minta maaf ya bos." "janji?dengan siapa?yani?ajak dia sama"aku telan liur..kenapa bos aku ni?buang tebiat ke apa? "tak..bukan..nak ambil ajmal.."tergagap-gagap aku merangka alasan..fuh..keluar juga!jangan dia perasan sudah.. "ajmal?bukan cuti ke?selalunya kalau time cuti ajmal duduk dengan your parent kan?"Allah..kantoi!kenapalah bos aku prihatin sangat ni?dan mamat ni macam seronok pulak dok tengok aku menepis ajakan encik farid… "tapi.." "no excuses..kita lunch sama."katanya..muktamat..aku mengeluh..geramnya..kenapalah boleh kantoi dengan bos sendiri ni? "baik..ajak yani sama kan?"dia mengangguk..aku melangkah lesu keluar dari bilik itu..sabar jelah.. --------------------------------------------- Disebabkan bibik bercuti.balik ke bandung..ibu dan abah pula ada kenduri..dan adli ilhami alias ucu balik ke kampus..aku terpaksa mengheret sama ajmal bertemu dengan ibu syed naufal…alahai..serabutnya..kalaulah dari minggu lepas aku berkesempatan bertemu dia..pasti masalah ini tak muncul..susahnya.. "anak?"soalan pertama dari dia melihat aku bersama ajmal.aku mengangguk.. "berapa tahun?"la..aku datang nak bincang pasal project ke pasal anak aku? "umur didik empat tahun"balas ajmal mendahului aku..aku tersenyum..mengusap kepalanya… "didik?sini mari dekat nenek.."dan dengan senang hati ajmal meloloskan diri kedalam pelukan dia..anak aku!tak tahu nak takut orang langsung!perangai sebijik macam bapanya!wajidi!dikucupnya bertalu-talu pipi mungil anak aku..alala..bila nak start ni?kalau cepat..cepatlah aku boleh balik..aduhai.. "dah sampai?"aku yang baru duduk rasa nak pitam.walaupun baru beberapa kali bertemu muka dan dicorong telefon..aku sudah berjaya mengingati suaranya.. "uncle!"jerit ajmal.meleraikan pelukan neneknya lalu mendapatkan unclenya pula..didukungnya ajmal,berjalan kearahku..tak senang duduk..rasa berdebar-debar jantungku..gugup..kenapalah dia nampak sayang sangat dekat anak aku ni? Hampir 2jam berbincang tentang reka bentuk.bahan..dan segala macam lagi akhirnya..berjaya juga aku menarik nafas lega..mereka juga berpuas hati..alhamdulillah..tak perlulah aku bersusah –payah lagi..rezeki anak agaknya..terlahir senyuman dibibirku tanpa sedar..ajmal sudah terlentok lena diatas sofa..bila agaknya anak aku tertidur?ya Allah ..khusyuknya aku.. "makan di sini anis..auntie suruh kak yanti masak tadi"makan?sini?rumah mereka?aku telan liur..berkali-kali..hilang senyumanku..berganti wajah tak puas hati,.. "err..susahkan auntie saja..tak usahlah." "susah apanya?lagipun ajmal sedang tidur tu..kesian dia"kata auntie kemudian mengusap pipi anakku..aku tak keruan..kenapa dengan mereka?kenapa tak pernah tanya tentang ayah ajmal?melayan aku seolah-olah sudah lama kenal..aku makin pelik..confuse. Dengan berat hati aku menerima..auntie tersenyum senang..naufal juga.apa motif mereka ni?janganlah nak guna-gunakan aku.isyh..nauzubillahiminzalik!simpang malaikat 44..
---------------------------------------
"mama..didik nak jumpa uncle boleh?"aku mengerutkan dahi..uncle? "uncle mana?zafran?yassir?naufal?" "naufal"aku mengeluh..kenapalah nama lelaki itu yang disebut anak aku?selepas kejadian dirumah ibunya..aku sudah berpesan pada diriku supaya tak bertembung+bertemu+berjumpa=apa yang sama waktu dengannya.hal pelan..work..aku dah serahkan pada irfan..tapi hari ini..setelah genap 2minggu..kenapa tiba-tiba ajmal sebut tentang naufal? "kenapa anak mama nak jumpa uncle?" "uncle janji nak bawa didik pergi sunway lagoon.."aku tersenyum.. "mama bawa ya?kita ajak mak tok..atuk..ucu.."ajmal menggeleng..aku mengerutkan dahi.pelik.mengapa dengan dia? "didik nak uncle..uncle dah janji" "bila sayang?" "semalam"semalam?bulat anak mataku merenungnya.bila ajmal bertemu naufal? "er..mana ajmal jumpa uncle?" "uncle datang dekat sekolah.."datang ke sekolah?sudah..dia nak culik anak aku ke?apa dia nak ni?hatiku mula berdetak.tak sedap..apa motif naufal?kenapa dia berminat sangat dengan ajmal?ajmal bukan anak dia..aku meraup muka..berkali-kali..mahu mencari kepastian..banyak soalan bermain di benakku.dan jawapannya hanya ada pada naufal..aku mesti bertemu dengan dia..paksa atau rela..hari ini..demi syed ajmal wafi bin syed ahmad wajidi! "mama!uncle dah sampai!"jeritan ajmal mematikan lamunanku..bingkas aku bangun..mendapatkan ajmal yang terlompat-lompat melambai unclenya..dari pintu lunsur. Aku hanya mencebik menyambut kedatangan naufal.."kat luar aje..tak manis orang nampak"kataku melihat ajmal beriya-iya menarik tangan naufal mengajaknya masuk..terhenti langkah naufal..begitu juga senyumannya..namun dia tak cepat melatah..dicempungnya tubuh ajmal lalu berjalan menuju ke kerusi di luar.. "I nak bawa ajmal keluar..boleh tak?" "you dah janji kan?so..kenalah pandai-pandai tunaikan"sinis aku membalas..aku benar-benar tak suka dengan situasi ini..aku tersepit! "mama ikut sama?" "mama sibuk la sayang..ajmal keluar dengan uncle ya?"dia menggeleng..cemberut mukanya..berpeluk tubuh..aku tersenyum..terbias perangai raihana jika dia merajuk..ah..sukarnya membuang kenangan yang terakam indah dimemoriku.. "kalau mama tak ikut..didik pun tak nak pergi!" "tak boleh la sayang..kan didik dah janji dengan uncle?"lembut aku memujuk..terbang segala prasangkaku kepada naufal..takkanlah dia nak culik ajmal?mungkin dia kesunyian?ah..siapa peduli.. "you ikut ya?ada banyak benda I nak bercakap dengan you" "kat sini pun bolehkan?" "anis..kenapa dengan you?sakit?" "i?sihat je..you yang sakit encik syed."terdengar dia mengeluh..berat.. "sampai bila kita nak begini anis?sampai bila you nak bekukan hati you?ajmal perlukan seorang ayah anis.." ‘shut up!ini hidup i..biar I yang tentukan"jeritku lantang…meluap-luap rasa marahku mendengar kata-katanya..apa hak dia? "you ego anis!you pentingkan diri!"balasnya..juga lantang.. "kalau I ego..selfish..apa kaitannya dengan you?" "ada..ajmal!dia darah daging i..keturunan i.." "darah daging?keturunan?keturunan yang you buang selama hampir 6tahun?manusia apa you ni?setelah dia bahagia..gembira..bersama I"kataku..memuntahkan apa yang bermain dihati!sakit hatiku tuhan yang tahu…kenapa?mengapa?mereka sanggup merampas ajmal dari aku?terjawab sudah kenapa dan mengapa mereka tak pernah bertanya aku tentang papa ajmal..mereka sudah tahu!kejamnya! Suara tangisan mengembalikan aku kedalam diri…terlupa bahawa diantara kami masih ada sesoarang,..masih ada ajmal..Ya Allah..alpanya aku..tergamak aku bergaduh dengan naufal dihadapan anakku..menunjukkan perangai tak elok kepadanya.laju kepeluk ajmal..mencium mukanya bertalu-talu.. "maafkan mama sayang.mama tak sengaja"diam tangisan ajmal yang tadinya menjadi-jadi..aku menarik nafas lega..naufal juga begitu..terdiam.. "mama jangan gaduh-gaduh lagi dengan uncle ya?"demi dia aku mengangguk..naufal juga.. "so.mama dengan uncle kena salam..tanda berdamai"petahnya dia berkata-kata..aku kelu..naufal juga…
-------------------------------------------
Berkali-kali aku membaca surat yang bercetak dakwat hitam ditanganku..mereka mahu merampas ajmal dari aku?kenapa?setelah satu-satunya zuriat wajidi mereka buang dahulu..kini mereka mahukan dia kembali.Ya Allah.apa semua ini?laju jari-jemariku menekan nombor naufal di telefon..mahu bersemuka dengan dia.. "apa semua ni naufal?" "you cakap apa ni?i tak faham" "surat mahkamah sampai!kalau you nak fight!okey..kita lawan.." "fight?mahkamah?lawan?apa ni?" "I tak sangka you akan tikam I dari belakang naufal..Mahu merampas ajmal dari sisi I" "rampas?i tak faham..kita jumpa ya?i’ll fetch you kat rumah.around 10 minutes I sampai" "okey" Benar yang dikata..tak sampai 10 minit dia sudah membunyikan hon didepan pintu pagar rumahku.bingkaas aku mengunci pintu lalu meloloskan diri didalam perut kereta Toyota estima miliknya "nah"kataku menghulurkan surat mahkamah kepadanya.laju dicapainya..membaca sepintas lalu.. "bukan i.." "Habis tu?hantu hantar surat dekat i?"dia tergelak kecil.aku mendengus!aku serius bagai nak rak dia boleh gelak?sengal! "serius..i tak tahu siapa.cuba you baca betul-betul."balasnya masih ketawa-ketawa hatiku kian panas dibuatnya..aku sikit punya serius+susah hati+geram semua ada ni.melapau betullah dia ni "puan sofia bt ahmad.siapa?"mak raihana?rasanya bukan..setahu aku kedua-dua ibu bapa raihana sudah meninggal..dia sebatang kara sewaktu mengahwini wajidi..dan wajidi dibuang keluarga kerana mengahwini raihana yang bukan dari keturunan syed atau sharifah.. "mama i..hai..client sendiri pun you lupa ke?"aku menepuk dahi..teruknya..nama client sendiri pun lupa. "tapi kenapa dia nak ajmal?ajmal anak i..anak angkat I yang sah..yang diamanahkan oleh wajidi dan raihana sebelum mereka terlibat dengan kemalangan tu naufal..dia nyawa i..jantung i.."aku meraup muka..anak mataku mula berkaca-kaca.menanti masa mahu memuntahkan air takungan..anak itu..anak yang aku bela..belai..sejak berumur tak sampai setahun.. Entah bila air mataku mula menitis dan tertitis..hangat membasahi pipi.hatiku benar-benar sedih.anak yang kujaga selama ini mahu dirampas dariku..anak yang tak pernah wujud didalam rahimku ini tetapi kujaga bagai menatang minyak yang penuh kini mahu dituntut haknya oleh insan yang lebih berhak.amanah yang ditinggalkan kepadaku.. "anis..boleh tak kau tolong jaga anak aku?" "kau nak kemana ana?di?"soalku hairan melihat wajah sahabat karibku muncul diwaktu tengah malam begini.. "kami nak balik terengganu.datuk aku sakit tenat..susah kalau bawa ajmal..takut dia menangis..tak selesa sebab orang ramai."aku mengangguk..dalam mamai aku menyambut tubuh halus ajmal yang baru berusia 10 bulan.. "jaga dia elok-elok ya..kalau kami tiada..kaulah pengganti aku.ibu dia.."hilang terus mamaiku.. "mengarut..nanti balik cakap dekat aku" "entah..aku rasa tak sedap hati..lain benar aku malam ni..ingat ya anis..ini amanah aku..jadilah ibu yang terbaik buat satu-satunya zuriat yang aku ada." "ana!apa yang kau merepek ni?di!isteri kau ni kenapa?"wajidi hanya menggeleng..diam..tak bersuara..hanya anak matanya merenung tajam anaknya yang kini didalam dukunganku..lalu dihadiahkan kucupan mulus dipipi itu..berkali-kali..seoalah-olah tidak puas..kemudian raihana pula..hatiku makin tak keruan.terdetik hairan dihatiku..namun tak kuhiraukan mungkin hanya mainan perasaan..ilusi. "janji ya anis?" "aku janji..kemudian di peluknya aku seeratnya..seolah ini adalah pelukan terakhir kami.lambat-lambat dileraikan pelukan…terkesan air mata dipipinya…wajidi menggeleng..menarik tangan isterinya.. "kami minta maaf..kalau ada buat salah dan silap..dan yang penting..pegang janji kau anis"aku mengangguk lagi..sehinggalah kelibat mereka hilang dari pandangan aku masih memerhati keluar walaupun hanya diterangi cahaya bulan..petanda apakah ini? Tak sampai 2jam mereka hilang dari pandanganku aku terduduk lemah diatas lantai selepas menerima panggilan dari inspector faizal..wajidi dan raihana kemalangan!kereta yang dipandu wajidi merempuh trailer..tersepit..dan mereka meninggal dunia sewaktu dikejarkan dihospital..tersedu-sedan aku menangis..terjawablah sudah perlakuan pelik mereka tadi.ya Allah… Tepukan dipipiku bersama panggilan namaku menyedarkan aku dari kenangan lampau..terkebil-kebil aku memandang titis-titis hujan diluar..bila masa hujan turun?argh..lamanya aku meneroka kenangan pahit dalam ingatanku… "anis?anis?kenapa ni?"bertalu-talu naufal menepuk pipi anis..memanggil namanya..ditolak tangan naufal.. "I akan lawan..ajmal anak I" "I sokong you..tapi I akan cuba berbincang dengan cara elok dengan ibu I" "thanks naufal" ‘ajmal anak I juga anis..4tahun I mencari akhirnya tuhan kabulkan doa i..satu-satunya zuriat yang adik kandung I tinggalkan.."aku mengukir senyum..hambar..tapi cukup untuk membuatkan naufal tersenyum sama..ya..aku akan pertahankan amanah ini..
Bahagiakah aku andai aku berkahwin dengan naufal?lelaki yang baru beberapa bulan aku kenali?abang kepada wajidi?bersediakah aku untuk menerima lelaki didalam hidup selepas bertahun-tahun lalu aku dikecewakan?aku kunci pintu hatiku rapat-rapat untuk mana-mana lelaki yang mahu meghampiriku? Tapi kerana syarat itu..yang kedengaran mudah..syaratnya anis ilyani binti ismail perlu bernikah dengan syed naufal b syed naim.sekiranya tidak mahu berlawan digelanggang mahkamah…berbaloikah pengorbanan aku mahu memperjudikan seumur hidupku bersama naufal hanya kerana mahu ajmal sentiasa disisiku?aku mengeluh..berat.. Kepada ibu dan abah sudah kusuarakan..bertanya pendapat..begitu juga ucu..mama seronok mendengarnya..menyuruhku bersetuju tanpa berfikir panjang memandangkan usiaku sudah menjangkau 28tahun...abah dan ucu.menerima sahaja apa keputusan yang aku buat..menerima atau menolak..mereka tetap menyokongku dari belakang..argh..sukarnya..Cuma aku belum bersua muka dengan naufal..apa keputusannya? "I terima seadanya anis.kalau you nak tahu.i memang sukakan you..lambat-laun I akan menjadikan you sebagai isteri..bukan kerana ajmal.tapi kerana kata hati i..you memang wanita yang I cari-cari selama ini..wanita yang I pinjamkan tulang rusuk kiri…"terkelu lidahku mendengar bicaranya..halus..menusuk masuk kedalam kalbuku yang paling halus..sayangkah dia kepadaku?aku telan liur..berkali-kali..berpasir rasa kerongkongku..hilang seleraku mahu menjamu selera..aku perlukan masa..lama..tapi aku hanya ada dua hari…kalau tidak aku perlu berjumpa mereka dimahkamah..tidak..aku tidak sanggup..terasa nipis peluangku untuk menang!aku memejamkan mata..solat istiqarah yang aku lakukan juga memihak kepada naufal..demi dia..demi ajmal..biarlah aku perjudikan masa depanku.demi kasih sayangku kepada anak kecil ini…ya…aku sudah tahu jawapannya..
*****************************
4tahun kemudian "mama.alam peyut mama ada ball ya?"soal abid wajdi..anak sulungku bersama naufal..aku tersenyum.mengusap kepala anakku yang sudah pandai bertanya itu dan ini..kemudian mengusap perutku yang sudah mula membonjol..3bulan lagi..hidupku akan bertambah seri..harap-harap perempuan pula kali ini.. "bukan la adik..dalam perut mama ada baby"terang ajmal.. "baby tu apa papa?"soalnya kepada naufal yang leka mengunyah karipap..dia tersengih..memandangku..lalu mengangkat tubuh abid keribanya.. "baby …macam abid la..macam ucu punya baby..yang abid tengok hari tu"balasnya lalu ketawa..aku dan ajmal juga..abid mengerutkan dahi..tak puas hati..tapi kemudia senyum..fahamlah tu agaknya..ah,..sukarnya mahu menerangkan sesuatu kepada kanak-kanak yang baru berusia 2tahun ini.. "makan..papa suapkan..abang long?atau masih nak didik lagi?"soal naufal mengusik ajmal. "papa!"jeritnya.. Merona merah muka anakku yang sudah menginjak usia sembilan tahun ini..aku tersenyum..mengusap kepala ajmal..ini anakku..dunia dan akhirat…terima kasih tuhan kerana memberikan aku peluang untuk bahagia..dikelilingi insan tersayang..tinggal dirumah ‘impian’ yang direka oleh aku sendiri.. Kalau dulu demi ajmal aku rela menerima naufal didalam hidupku..demi dia aku sanggup berkata ya kepada ibu diatas syaratnya…dan aku tak sangka..demi ajmallah aku boleh menikmati kebahagiaan ini..syukur…
cam penah baca jer citer nie.. lau x salah lam novel alaf 21.. hehehe..pape pn best citer nie..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cam penah baca jer citer nie..
lau x salah lam novel alaf 21..
hehehe..pape pn best citer nie..