Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tak mahu beli apa-apa ke?..Tak nak la, rasanya semua kerperluan saya dah lengkap. Bersahaja aku menjawab pertanyaan dia. Diiikutkan ada beberapa benda yang perlu aku beli. Tapi lain kali saja lah. Rasa tak berapa selesa pula nak membeli dengannya. Sudah lama juga aku tidak ke Mahkota Parade, banyak perubahan dan kedai yang baru dibuka. Dia mengajakku masuk ke tempat pakaian lelaki. Katanya sudah lama tidak membeli baju. Aku memilihnya t-shirt berkolar berwarna hitam. Aku memang gemar melihat dia memakai baju berkolar. Nampak segak. Memandangkan kulitnya yang putih,memang sesuai la dengan baju bewarna gelap. Dan juga beberapa helai seluar dan kemeja untuknya. Tak hairan la jika dia banyak berbelanja. Sememangnya dia memang anak orang berada. Anak tunggal pula tu. Tapi bukan cara ku untuk mengambil kesempatan keatasnya.
Jom kita kesana kejap!..dia memimpin tanganku sambil menuju ke kedai emas Poh Kong. Awak nak buat apa kat sini? Nak beli apa? Aku bertanya padanya yang masih belum melepaskan tanganku. Ya adik, mahu beli cincin ka? Amoi kedai emas tu bertanya pada Hamka. Ya , saya nak beli cincin. "Yang macam mana kamu mahu?" aku sekadar melihat saja perbualan mereka. entah untuk sapalah cincin tu. Bertuah sungguh perempuan tu. "Bagi saya cincin yang hujung sana tu amoi"..sambil menunjuk kearah cincin yang bertahta batu berlian. Sedari dulu lagi cincin itu menjadi idamanku. Oleh kerana harganya yang mahal aku tidak mampu untuk membelinya. Wah, yang ini kah? Untuk siapa? Adik manis itu ka? Amoi itu bertanya sambil memandangku. Ya amoi, untuk isteri saya disebelahni.. begitu selamba dia menjawab soalan amoi itu tadi sambil tangannya memaut erat bahuku. Aku menjeling tajam kearahnya. Memang sifatnya begitu selalu menganggap aku ni isterimya. Sesiapa sahaja yang bertanya pasti akan dijawab soalan yang sama.
Kenapa awak selalu cakap yang saya ni isteri awak? Kita tak ada apa-apa ikatan pun. Aku melontarkan soalan yang sememangnya telah lama untuk aku bertanya padanya. Aku pun tak tahu kenapa hari ini aku tidak dapat control emosi aku. Selalunya aku akan berdiam saja bila dia kata aku ni isterinya. "Kenapa tak boleh pula saya cakap macam tu? Saya memang ikhlas dengan awak..saya ikhlas cintakan awak..saya pun dah fikir masak-masak yang saya akan jadikan awak isteri saya yang sah. Dan itu yang akan saya buat." Bersungguh-sungguh dia menjelaskan padaku. Aku nampak kesungguhan dan keikhlasan pada wajahnya. Tapi aku tak boleh terimanya. Aku tidak percayakan lelaki atas percakapan dan janji manisnya.. Aku sedar, begitu banyak kekurangan pada diriku. Aku memang tidak layak untuknya. Dan aku tak pasti jika dia boleh menerimaku setelah tahu keadaan diriku. Dan sejarah silam masih segar dalam ingatanku. Kejadian itu membuat aku sukar untuk memaafkan lelaki. "Saya tak boleh terima awak dan saya tak boleh kahwin dengan awak!!"aku hanya menundukkan kepala dan tak mampu untuk bertentang mata dengannya. Aku pasti akan kalah jika merenung matanya yang redup. Kenapa pula awak tak boleh kahwin dengan saya? Saya bukan suami orang dan saya bukan tunang orang. Tak salah kalau kita kahwin. Sebaik sahaja dia melontarkan soalan demi soalan, dia memberi isyarat supaya aku masuk kedalam kereta. Aku hanya menurut sahaja kehendaknya. Barangkali dia tak mahu pertengkaran kami didengari oleh orang yang lalu lalang.
Kereta BMW berwarna hitam yang dipandunya meluncur dengan laju dijalanraya yang menyebabkan aku terpaksa berpaut pada tempat pegang di pintu. Sunyi sepi didalam kereta, yang kedengaran hanya deruan angin saja. Nak diam sampai esok ke? Dia bertanya. Gayanya seperti serius ketika dia bertanya. Wajahnya kelat mencuka. Tiada sedikit pun senyuman seperti selalu. Aku hanya diam, malas untuk menjawab pertanyaannya.Tumpuannya diberikan sepenuhnya pada jalanraya. Entah kemana hendak dibawanya pun aku tak tahu. Aku hanya berdoa dalam hati supaya tidak terjadi perkara yang tak diingini. Tak dengar ke saya cakap? Ke dah tersumbat telinga tu? Tajam sungguh pertanyaannya. Tak ada apa yang nak di cakapkan!!.. kalau tak ada apa nak dicakapkan, sekarang saya nak tanya awak..kenapa saya tak boleh khawin dengan awak? Bagi saya sebab. Soalan dia merimaskan aku. Saya tak boleh khawin dengan awak dan saya tak ada sebab untuk soalan itu. Dan jangan tanya lagi soalan tu kat saya. Aku mematikan perbualan. Dia memecut kereta begitu laju. Kemungkinan marah dengan jawapan ku. Tapi aku tak peduli itu semua. Sejujurnya memang aku tak cintakan dia.
Aku keluar sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Kami berada di puncak bukit. Entah bukit mana aku pun tak tahu. Tapi pemandangannya memang cantik. Aku berdiri sedepa darinya. Otak aku ligat berfikir tentang apa yang akan dibuatnya disini. Tiada satu pun kereta yang lalu lalang disini. Kat mana awak bawa saya ni? Kita nak buat apa kat sini? Saya nak penjelasan dari awak. Pantas sahaja dia menjawab sebaik saja aku bertanya. "Penjelasan apa? Rasanya tiada apa lagi yang perlu dijelaskan." Dia berpusing menghadapku. aku melarikan anak mata tatkala matanya bertentang denganku. "Hawe..apa yang kurang dekat saya sehinggakan awak tak boleh terima saya?" Tak ada apa yang kurang, Cuma saya yang tak boleh terima awak". Tapi kenapa? Aku hanya membisu. Tak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Kini suaranya begitu lembut. Serba salah menghantui aku. Kalau la perkara tu tak terjadi..pasti aku akan menerimanya. Aku berjalan beberapa langkah menuju ke tebing dan duduk disitu. Perlahan-lahan dia menyusuri dibelakangku. Sebaiknya aku tak mahu ada pertengkaran diantara kami. Biarlah perkara ini diselesaikan dengan baik dan berakhir disini. Apa pun keputusan awak, saya akan tetap berkahwin dengab awak..dan itu adalah janji saya. Saya akan suruh family saya berjumpa dengan family awak. Kemarahan ku semakin memuncak. Lantas aku berdiri. Awak tak faham bahasa ke ha? Awak ingat saya ni sape yang awak nak paksa-paksa. Awak jangan ingat awak berharta..handsome saya boleh terima awak. Saya bukan jenis perempuan yang tergila-gilakan status dan harta awak. Aku hamburkan semua kata-kata yang terpendam dalam hatiku. Ada lelaki lain ke dalam hati awak sampai awak menolak lamaran saya? Sapa lelaki itu? Tanyanya lagi. If, ada lelaki lain pun..tak ada kena mengena dengan awak. Saya menolak awak bukan sebab saya ada lelaki lain. Tapi sebab saya tak cintakan awak. Kali ini aku tidak lagi memikirkan perasaannya. Biarlah dia tahu yang aku tidak cintakannya dan aku tak mahu memberinya harapan lagi. Aku berlalu pergi dari situ meninggalknnya yang masih kaku berdiri mendengar penjelasan aku.
Hawe!!..dia berlari mendapatkan ku. tanganku ditarik kasar menyebabkan badanku begitu hampir dengannya. Awak nak kemana? Dia mengoncang kuat tubuhku. Jangan pedulikan saya, biar saya nak kemana pun!! Lepaskan saya!!! Bentak ku dengan keras. Ok!! Saya akan lepaskan awak..tapi dirumah awak, bukan dekat sini. Even awak benci saya sekalipun saya takkan biarkan awak seorang diri dekat sini. Awak adalah tanggungjawab saya, dan saya tak mahu apa-apa terjadi kat awak. Kemarahan jelas tepancar diwajahnya. Namun jauh disudut hatinya membiarkan aku begitu sahaja. Dia baik dan sungguh baik. Tapi tah mengapa hati ini bukan untuknya. Air jernih deras mengalir di pipiku terharu mendengar keperihatinannya kepadaku. Maafkan saya Hamka sebab tak boleh menerimamu. Aku hanya mempu berkata dalam hati. Tangan ku ditarik keras lalu disuruh aku masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu dengan begitu laju. Aku hanya menahan badanku tatkala dia memusing selekoh. Sunyi sepi didalam kereta. Tiada seorang pun yang bersuara. Aku hanya melayan perasaanku.
Kali ini dia tidak berhenti masuk ke halaman rumah. Dia sekadar memberhentikan kereta di luar pagar. Aku membuka pintu lantas melulu keluar tanpa sepatah kata mahupun ucapan terima kasih. Sebaik sahaja aku menutup pintu kereta dia memecut pergi hingga hilang dari pandanganku. Aku melangkah masuk kerumah dengan pelbagai perasaan. Sedih..simpati..marah..semua bercampur baur. Aku menangis sepuas hati meluahkan apa yang terpendam. Laungan azan subuh menyedarkan aku dari tidur. Aku segera bangkit mengambil tuala yang tersidai dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Aku memakai telekung dan bersedia untuk solat. Aku menceritakan segalanya kepada Allah didalam doaku. Aku meluahkan segalanya. Tiada apa pun yang aku sembunyikan. Aku memohon diberi kekuatan hati dan memohan diberikan pentunjuk yang terbaik untukku. Pipiku basah berjuraian dengan air mata. Aku menuju kealmari didalam bilikku lalu mengambil al-quran yang agak lama aku tidak menyentuhnya. Aku membaca al-quran tersebut sehingga langit kelihatan cerah.Aku berjalan sendirian dihalaman rumah menyedut udara segar. Setelah membaca al-quran hati dan jiwaku benar-benar tenang. Kedengaran hanyalah kicauan burung-burung yang terbang kesana-sini. Aku berharap jiwaku akan terus tenang begini.
Setelah dua hari berlalu, aku mula resah tatkala tidak kelihatan kelibat Hamka. Selama dua hari itu juga aku terpaksa mengajar sendirian. Aku mula bertanya sendirian kemana perginya dia. Ini adalah hari yang begitu membosankan kerana tiada gelak tawa serta usikan nakal darinya. Adakah dia merajuk hati dengan apa yang aku beritahunya beberapa hari lepas. Telefon bimbitku berbunyi ketika aku sedang memikirkan tentang Hamka. Nombor yang begitu asing tak pernah aku melihatnya terpapar diskrin telefonku. Lantas aku menekan butang jawab. Hello, assalammualaikum..waalaikumsalam..aku menjawab salam panggilan didalam telefon yang masih tidak aku ketahui. Ini Hawe ke? Pemanggil itu bertanya untuk memastikan adakah aku yang berada ditalian. Ye, saya..boleh saya tahu siapa ni..ni mama Hamka..Hamka ada disana ke? dia tak ada dekat sini makcik..dah dua hari dia tak masuk kerja..kenapa makcik?..aku bertanya lagi setelah menjelaskan ketiadaan Hamka disini. Makcik pun tak tahu lah kemana dia pergi..sejak hari sabtu lagi dia tak balik kerumah..makcik telefon pun dia tak jawab. Kini benarlah sangkaanku yang Hamka benar-benar merajuk dengan kata-kataku tempoh hari. Aku mula dihurungi perasaan bersalah.
Petang itu aku balik awal dari hari biasa. Sesampai dirumah aku memberanikan diri untuk berSMS dengan Hamka. "salam..awak kat mana?"..mesej ku masih tidak berjawab setelah lima belas minit menghantarnya. Aku menghantar lagi mesej padanya. "awak marahkan saya?"..beberapa minit selepas itu telefon aku berbunyi isyarat mesej masuk. "tak perlu awak tahu saya kat mana..it’s not ur bussiness".. aku termenung setelah membaca mesej yang diterima darinya. Aku segera bersiap-siap mengenakan jeans, t-shirt serta tudung. Setelah meminta izin dari ummi dan abah. Aku keluar mendapatkan Ana yang sedang tunggu di kereta. Ana adalah kawan baikku. Aku kenal dia semasa dia membuat practical ditempat kerjaku. Petang itu aku meminta tolong Ana membawaku ke puncak bukit di tempat aku dan Hamka bertengkar tempoh hari. Aku dapat merasakan bahawa dia ada bersembunyi disitu. Sebelum pertengkaran tempoh hari, dia pernah memberitahuku bahawa dia akan ke puncak bukit jika dia ada masalah. Aku mula berasa resah didalam kereta. Ana yang melihat ku tak senang duduk dari tadi mula kelihatan pelik. "hawe ni kenapa? Dari tadi Ana tengok resah semacam je..ada problem ke?" Ana mula bersuara sambil mengikut jalan yang aku tunjuk. " tak ada apalah..nak cerita pun susah..nanti Hawe cerita kemudian ye"..kataku sambil melihat dikiri kanan jalan. "Ana..berhenti kat kereta depan tu ya.." aku menunjukkan tempat dimana mahu berhenti. Dari jauh aku sudah melihat keretanya. Aku memang kenal benar BMW miliknya. "Nak buat apa kat sini..nak suruh ana tunggu dalam kereta je ke?..Ana bertanyaku apa yang harus dibuatnya. "erm..Ana balik dulu la..Hawe ada hal yang perlu diselesaikan." Kereta Kancil yang dipandu Ana berlalu pergi meninggalkan aku disitu. Perlahan-lahan aku melangkah menuju kepada Hamka yang sedang duduk di tebing bukit. Hatiku merasa begitu sedih tatkala melihatnya dalam keadaan tidak terurus. Rambut yang kusut masai. Baju yang separuh terkeluar dari seluar dan muka yang tiada tenaga. Keadaanya memang betul-betul kusut. Dada aku mula bergelora tatkala melihatnya berkeadaan seperti itu. Aku tidak menyangka yang dia kan jadi sampai begini. Aku mengelap air mata yang berlinang dikelopak mataku. Hamka…sapaku lembut. Aku mendekati dia dan duduk disebelahnya. Kenapa awak sampai jadi macam ni sekali? Kenapa awak datang sini. Kan awak kata awak benci saya. Kenapa masih cari saya?..dilemparkan semula kata-kata yang pernah aku ucapkan padanya.. saya datang si..ni sebab saya kesiankan mama awak. Dia.. risaukan awak..tak balik rumah. Dan saya tak mahu lihat keadaan awak..yang ma..cam ni..tak terurus." Aku menjelaskan padanya dalam nada yang tersekat-sekat menaham sedih. Tak perlu nak kesiankan saya..saya pun tak minta simpati orang..pergilah balik..biarkan saya dengan diri saya..tak Hamka..saya tak kan balik selagi awak tak balik..dan saya takkan biarkan awak dalam keadaan macam ni.. tah mengapa hatiku betul-betul tersentuh melihatnya. Aku tidak lagi berasa asing ketika bersamanya. Kini separuh hatiku ingin mengembalikan dia seperti dulu..saya bukan tunang awak..jauh sekali untuk jadi suami awak..so, tak perlu awak nak ambil perhatian kat saya or nak pujuk saya..air mataku mengalir sebaik sahaja mendengar kata-katanya. Hatinya benar-benar terluka. Kini dia asyik mengulangi apa yang pernah aku ucapkan padanya. memang benar dia bukan suami ku..tapi aku tak mahu melihat keadaannya seperti sekarang. Jika ungkapan cintaku membuat dia bahagia dan tersenyum seperti sebelum ni..aku akan menyatakan yang aku cintakannya, biarpun tiada sedikitpun ruang dihatiku untuknya. Ku lakukan semua ini adalah kerana mamanya yang merayu padaku untuk membawanya pulang.
Aku memusingkan badan kearahnya. Kini aku benar-benar bertentangan dengannya. Aku menatap wajahnya yang penuh dengan kedukaan itu. Ada manik-manik jernih di tepi matanya. Ternyata dia juga menangis. Ya, Allah, adakah aku begitu kejam sehinggakan aku membuatnya terluka dan menangis. Ampunilah aku ya Allah..sesungguhnya aku akan menebus segala kesalahanku padanya. Aku sekadar berkata dalam hati. Dia sedikit pun tidak memandang tepat kedalam mataku. Aku juga dapat merasakan betapa pedihnya luka dihatinya itu. Aku memegang kedua tangannya dan memandang tepat kedalam matanya.
"Hamka..saya sayang kan awak seperti mana saya sayangkan diri saya dan keluarga saya..saya tak mahu apa-apa terjadi dekat awak disebabkan saya. Dan saya tak mahu awak jadi begini disebabkan saya. Saya dah anggap awak sebahagian dari keluarga saya. Dan saya juga tahu betapa dalam cinta awak dekat saya..dan saya juga tau betapa awak sayang saya..dan saya benar-benar tahu betapa pentingnya saya dalam hidup awak. Kalau tak awak tak akan jadi begini.Hamka..jika benar awak cintakan saya sepenuh hati awak..awak kembalilah seperti dulu..saya nak Hamka yang dulunya murah dengan senyuman..yang suka ketawa dan yang hidupnya penuh dengan keceriaan. Kembalikan lah Hamka yang itu untuk saya..Hamka..wajah didepan awak ni yang risau melihat keadaan awak yang begini. Dan wanita didepan awak ni juga yang cintakan awak…sepenuh hatinya..adakah masih ada ruang dalam hati awak untuk terima saya kembali??"
Aku yang sedari tadi berdiri didepannya seperti patung terus didakap dengan penuh kasih sayang. Wajahku di tatap erat dan diberikan sebuah kucupan didahiku. "Ya, sayang..hati ini hanya milik awak seorang..seluruh jiwa dan hidup saya adalah milik awak"..terima kasih kerana memberikan hati awak untuk saya.." aku hanya membalas seyumannya. Sesungguhnya hanya tuhan saja yang tahu apa yang ada didalam hatiku. Aku sanggup berkorban untuk kebahagiannya. Bagiku biarlah aku yang terluka. Dan biarlah luka itu ku pendam dalam hati dan hanya aku saja yang tahu…
Beberapa bulan berlalu, Hamka melamarku. Dia benar-benar nekad mahu jadikan aku isterinya yang sah. Dia juga sudah menetapkan tarikh pertunangan dan pernikahan kami. Majlis pertunangan dan pernikahan adalah pada hari yang sama. Hatiku gundah gulana. Adakah patut aku beritahunya sejarah silamku..dan adakah dia akan menerimaku seadaanya..atau adakah hatinya akan terluka kembali jika mengetahui bakal isterinya sudah tiada dara. Aku hanya menangis sendirian di bilik ku. sejarah silamku sering menghantui ku kembali. Kejadian tu berlaku ketika aku sekolah menengah. Aku yang tidak pernah keluar rumah dengan kawan ketika itu, terus terpedaya dengan ajakkan kawanku yang selama ini aku menggangapnya kawan baik ku. sedikit pun tidak aku ketahui akan muslihatnya yang mahu memperdayakan ku. malam itu juga tubuhku di jamu oleh lelaki-lelaki yang tak berhati perut. Yang sedikit pun tidak peduli dengan tangisan dan rayuaanku. Nafsu yang menyelubungi dirinya serta terpedaya dengan pujukan syaitan terus meragut mahkota perempuanku. Aku benar-benar menyesal tatkala terkenangkan peristiwa hitam itu. Aku hanya berdoa minta dikuatkan hartiku untuk mengharungi cabaran dan dugaan. Pagi ahad, Hamka sudah berada dimuka pintu rumahku. Aku yang sedang bersiap-siap tidak mempedulikan perbualannya dengan ummi dan abahku. Barangkali mereka berbincang tentang hari perkahwinanku. Di dalam kereta dia mengenggam erat tangan ku seolah-olah tak mahu melepaskanku. Aku sekadar membalas genggamannya. Sayang, u dah sedia ke nak jadi permaisuri i?..dia berkata dengan penuh makna. Kata dan senyumannya melambangkan betapa bahagianya dia jika berkahwin denganku nanti. Hamka..awak tak kisah nak jadikan saya isteri awak? Awak dah fikir habis? Aku menjawab pertanyaannya dengan soalan dan bukannya jawapan. Kenapa awak tanya macam tu? Awak tak yakin dengan saya? Awak tak percayakan saya? Kini soalan berbalas soalan. Saya tak boleh berkahwin dengan awak..sebab.. aku tak mampu meneruskan ayatku…air mataku terus mengalir..dia yang kelihatan pelik terus memberhentikan kereta di kaki lima jalan. Sayang..kenapa ni? Tell me what’s ur problem..aku lagi bertambah sebak. Aku tidak tahu bagaimana mahu beritahunya..awak tak tahu keadaan saya, awak pasti tak dapat menerimanya. Hanya itu yang mampu aku ucapkan..Sayang, walau siapa pun awak..dan walau apa pun yang pernah terjadi kat awak..saya tetap akan berkahwin dengan awak…sebab saya ikhlas cintakan awak..saya cintakan diri awak yang sekarang dan saya boleh terima diri awak dengan sejarah silam awak. Saya tahu itu semua bukan salah awak..saya cintakan awak sayang.." aku terkejut dengan apa yang dicakapkan sebentar tadi. Aku benar-benar terharu dia masih boleh menerimaku dalam keadaan aku yang macam ni. Tapi kenapa hati aku tidak boleh menerimanya. "Da..ri..mana a..wak tahu sejarah saya?" tersekat-sekat aku bertanya padanya..tadi..masa tunggu awak bersiap-siap ummi dan abah dan ceritakan segalanya dekat saya..aku sekadar mengucapkan terima kasih dan untuk apa ucapanku aku pun tidak tahu.
oi gile ke sewel.... aku nak baca da.... apa ni mana cite ha? inikan episod bab satu.. otak kau nie rasanya kena baiki. dah tahap teruklah. senang- senang ke hosppital sakit jiwa jela...
p/s: maafff.. ssooorrryyy yek? kata kasar macam tu.. mood tak baik.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ape ni...ape ni...
kan dah upload cite ni lam yg first tu..
asal sm je..
~nik~