BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, September 08, 2008
Cerpen : Harga sebuah pengorbanan
SARAH JASMINA
sarahjasmina79@yahoo.com

Wilda membesar tanpa mengenal dan merasai erti kasih dari insan yang bergelar ayah.Ayah Wilda terkorban sewaktu sedang menjalani ujian penerbangan pesawat bersama pasukan TUDM semenjak Wilda berada dalam kandungan ibunya lagi.


Semenjak dari kecil lagi,Wilda tidak pernah sebulu dengan dua orang kakaknya yang kini telahpun memiliki pekerjaan masing-masing.Kakak sulungnya yang bernama Wina,bekerja di salah sebuah institusi kewangan di pusat bandar Sandakan.Sementara kakak keduanya yang bernama Wati,bertugas sebagai pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan.

" Nak ke mana lagi kamu ni Wilda,tak boleh ke kamu lekat di rumah sahaja?Asyik nak merayau je kerja kamu ni." Bebel Puan Marina,ibu Wilda.

" Mama ni,kalau tak membebel sehari..tak sah langsung.Saya nak ke rumah Julie,nak bagitahu bahawa saya tak dapat ikut dia ke Kinarut buat kerja sambilan sementara menunggu keputusan peperiksaan di umumkan."

" Telefon di rumah ni kan ada,apa salahnya kalau kamu telefon je..bagitahu si Julie bahawa kamu tidak dapat menyertainya ke daerah itu?" Cadang puan Marina.

" Isy,tak naklah.Mama bukan tak kenal dengan dua puteri kesayangan mama tu..kedekut mengalahkan si Haji Bakhil.Biarlah saya ke rumah Julie je,lepas tu..saya nak ke library." Balas si anak.

Puan Marina geleng kepala melihat anak bongsunya yang degil dan keras hati itu,persis seperti arwah suaminya.

" Mama rasa,macam nak khawinkan je kamu ni dengan mana-mana lelaki yang nakkan kamu.Degil sangat dan langsung tak makan nasihat,umur kamu tu Wilda dah dua puluh satu tahun.Dah cukup dewasa dah..tapi perangai kamu tu mengalahkan remaja berusia lima belas tahun.Kalau dulu kamu dengar nasihat mama..tak adalah kamu ketinggalan seperti hari ini.Cuba kamu tengok kakak-kakak kamu tu..dah berjaya dan punya kerjaya sendiri,takkan kamu tak nak jadi seperti dua orang kakak kamu tu?" Bebel puan Marina panjang lebar.

Wilda mencebik bibir sambil mengajuk semula kata-kata dari puan Marina sebentar tadi,dan itulah modal yang sering Puan Marina gunakan jika anak bongsunya itu enggan mendengar kata.

Geram melihat kelakuan anak bongsunya yang sering tidak mengendahkan nasihatnya,akhirnya puan Marina menampar lembut lengan si anak.

" Mama ni..sama je macam kakak,kalau tak mengungkit..tak sah langsung.Saya ni bukan anak kebanggaan mama,saya tidak seperti kakak Wina mahupun kakak Wati.Saya sedarlah mama..saya ni tak bijak pandai macam anak mama berdua tu."

Puan Marina terdiam sebaik mendengar keluhan dan rajuk anak bongsunya yang tidak tahu berpura-pura mengekspresikan perasaan hatinya,itulah kelebihan yang ada pada Wilda dan tidak ada pada dua orang anak kebanggaannya itu.

" Dahlah mama,saya nak pergi dahulu.Mudah-mudahan sahaja nanti..saya terjumpa dengan lelaki yang nak khawin dengan saya..kena paksa khawin pun tak mengapa..saya rela,agar mama tak akan pening kepala lagi memikirkan tentang anak mama yang degil dan pelik ni." Ujar wilda berkecil hati seraya mencium tangan puan Marina.

Bertambah terkedu puan Marina sebaik mendengar patah-patah perkataan yang terkeluar dari bibir mungil anak bongsunya.Kesal rasa di hatinya,kerana sudah melukakan hati anaknya yang seorang itu.


" Amacam,jadi kau ikut aku terima kerja sambilan di resort itu?" Tanya Julie sewaktu Wilda tiba di rumah keluarganya.


" Tak jadilah,mama tak bagi.Kau pun tahu dengan dua ekor singa betina di rumah saya tu kan?Saya minta maaf banyak-banyak Julie,saya juga mahu minta maaf dengan abang kau si Jonathan yang telah bersusah payah nak bantu saya." Ujar Wilda dengan wajah muram.

Julie memaut bahu sahabat baiknya sambil cuba memujuk hati sahabatnya yang sedang merajuk dan menjeruk rasa kecewanya itu.

Setelah hampir dua jam lamanya Wilda melepak di rumah keluarga Julie yang baik hati itu,akhirnya Wilda pun meminta diri untuk beredar dari rumah keluarga Julie.

" Saya nak ke library dululah,nanti..sepanjang kau di tempat orang tu..jangan pulak kau lupakan saya di sini ya?" kata Wilda berseloroh.

" Alah..lupa apa bendanya pulak..bukannya lama pun,seminggu sebelum keputusan peperiksaan di umumkan..aku baliklah ke sini."

" Iyalah tu..kalau tidak membuyuk ."

Julie hanya tersenyum melihat gelagat sahabat baiknya yang lurus bendul itu.

" Sekali sekala tu,dengar-dengar jugalah cakap mamamu itu.Bukannya rugi apa-apa pun kalau kau dengar nasihat orang tua tu." Nasihat Julie dengan seikhlas hati.

" Saya tahulah,hee..kau ni Julie..macam mak nenek betul." Sindir Wilda seraya mengekek ketawa bersama dengan Julie


Selepas beredar dari rumah keluarga Julie,Wilda pun meneruskan rencananya ke perpustakaan awam negeri.Hampir sepetang,Wilda menghabiskan waktu senggangnya dengan membaca buku dan berinteraksi dengan sahabat mayanya di hadapan komputer yang ada tersedia di perpustakaan awam itu.

Sebelum Wilda balik ke rumah,Wilda mengambil kesempatan untuk singgah di kafeteria yang terletak di tingkat bawah bangunan perpustakaan awam negeri untuk mengalas perutnya dengan sedikit makanan.Sewaktu Wilda menyusuri kawasan ruang letak kereta yang agak sunyi dan sedikit gelap itu,tiba-tiba Wilda di heret oleh seorang lelaki yang tinggi dan bertubuh besar masuk ke dalam sebuah kereta pacuan empat roda.

Wilda berusaha untuk cuba melepaskan dirinya dari cengkaman lelaki gila yang tidak di kenalinya itu.Wilda cuba menjerit,namun tangan sasa lelaki gila itu semakin kuat menekup mulutnya.

" Diam!" Marah lelaki gila itu sambil merenung tajam ke dalam anak mata Wilda.

Kerana takut akan lelaki gila yang tidak di kenalinya itu,akhirnya Wilda pun akur dengan ugutan lelaki gila itu demi keselamatan dirinya sendiri.

" Saya perlukan bantuan awak,saya tahu..cara saya ni salah.Tapi saya tak punya pilihan lain lagi." Ujar lelaki gila itu dengan penuh diplomasi dan hormat,sudah tidak kedengaran lagi suara kasarnya membentak marah seperti tadi.

‘ Dah sewel agaknya lelaki ni,gila atau apakah lelaki ini..hingga sanggup menawarkan harta sebegini banyak buat diriku?’ Gumam Wilda di dalam hati sambil melihat isi kandungan fail yang mengandungi surat-surat penting dan secebis surat perjanjian dari lelaki gila yang langsung tidak di kenali itu.


" Saya tak perlukan semua harta-harta ni..jika awak anggap saya ni mata duitan atau sebagainya..saya rasa lebih baik awak cari perempuan yang sudi membantu awak." Tolak Wilda dengan lembut tetapi tegas.


" Awak boleh buat perjanjian awak sendiri,asalkan awak mahu membantu saya.Saya janji..saya akan patuhi semua perjanjian bertulis mahupun secara lisan yang awak kemukakan." Desak lelaki gila itu lagi.


Akhirnya,Wilda terpaksa bersetuju sahaja,apabila lelaki gila dan sewel itu mengugut hendak mengancam keselamatan dirinya.Sejak saat itu,Wilda sudah menanam sepenuh kebencian yang tidak terhingga terhadap lelaki gila itu.Dan sekelip mata sahaja,kehidupan Wilda akan berubah dan itulah pengorbanan terbesar pernah Wilda putuskan sepanjang dua puluh satu tahun hayatnya di dunia ini.


Sudah lebih tiga bulan Wilda menduduki rumah berkembar dua tingkat itu bersama lelaki gila a.k.a sewel yang bernama Muzaphar Muaz,di mana suatu waktu dahulu lelaki itu telah ‘menculik’ dan memaksa Wilda untuk menerimanya sebagai suami.Erti perkhawinan mereka hanya termaktub dalam sijil pernikahan yang telah di sahkan oleh kerajaan dan jabatan agama.Dengan sijil itu,Wilda dan Muzaphar ‘layak’ untuk tinggal sebumbung,tetapi tidak sekamar mahupun seranjang.

Walaupun tahap kebencian Wilda terhadap Muzaphar setinggi dan seteguh Gunung Kinabalu,namun kewajipannya untuk mengurus makan minum Muzaphar tetap Wilda laksanakan walaupun tidak sepenuh hatinya.

Status perkhawinan Wilda dan Muzaphar hanya di ketahui oleh kedua belah pihak keluarga mereka,jiran terdekat Wilda dan para pekerja yang bernaung dalam syarikat perusahaan Muzapahar serta rakan niaga Muzaphar.Majlis perkahwinan mereka di raihkan secara tertutup di salah sebuah hotel terkemuka yang ada di daerah Sandakan.

Puan Marina merasa sungguh gembira walaupun hatinya sedikit terkilan dengan apa yang telah menimpa anak bongsunya.Sungguhpun Puan Marina yakin dengan kebaikan dan keikhlasan hati Muzaphar terhadap Wilda,namun tetap sahaja puan Marina merasa bersalah kerana ‘merelakan’ anak bongsunya memperjudikan nasib untuk hidup bersama seorang lelaki yang langsung tidak di kenalinya itu dan sekelip mata sahaja ‘permintaan’ puan Marina di tunaikan Wilda.

Hari ini,sudah lebih dua jam Muzaphar terlewat untuk tiba di rumah mereka.Kebiasaannya,Muzaphar tidak pernah pulang selewat hari ini jika tidak ada masalah di pejabat urusannya.

Wilda mengekek ketawa sendirian di hadapan T.v LCD bersaiz 52 inci,ketika sedang menonton slot Arca yang sedang bersiaran di RTM 1.Akhir-akhir ini,drama bersiri ‘khawin muda’ lakonan mantap Okan Cornelius dan Agnes Monica yang menjadi kegilaan Wilda.

Kisah dalam drama itu seakan-akan mirip dengan kehidupan yang sedang di laluinya bersama Muzaphar,cuma bezanya Wilda terpaksa berkhawin.Sedang Wilda tengah asyik melayan drama yang sedang di tontonnya itu,tiba-tiba daun pintu rumah mereka terbuka.Bergegas Wilda meluru ke hadapan pintu mengambil briefcase dari tangan Muzaphar untuk di simpan di dalam kamar tidur milik Muzaphar yang terletak di tingkat bawah rumah itu.

Selesai menonton slot Arca,Wilda pun berura-ura hendak naik ke tingkat atas rumah itu untuk menyiapkan kerja pejabatnya yang telah di bawa pulang petang tadi.

" Makanan untuk awak sudah saya sediakan di atas meja makan." Beritahu Wilda,dan ayat itu kerap di gunakan Wilda untuk berinteraksi dengan Muzaphar.Dan hanya ayat itu sahaja yang sering bergema dalam rumah besar milik mereka.

" Abang dah makan dengan klien lewat petang tadi." Ujar Muzaphar dan kata ganti diri ‘saya’ yang dahulu digunakan oleh Muzaphar telah di ganti dengan panggilan ‘abang’.

Meremang bulu tengkuk Wilda saat mendengar perkataan ‘abang’ yang terucap dari bibir milik Muzaphar. ‘ Isy,dah buang tabiat agaknya orang tua ni.’ Bisik hati kecil Wilda seraya menjeling marah memandang Muzaphar yang lebih tua dua belas tahun dari usianya.

Tanpa banyak soal,Wilda melangkah turun semula ke tingkat bawah untuk menyimpan makanan itu ke dalam peti sejuk.Setelah itu,dia memanjat naik anak-anak tangga yang menghubungkan ke kamar tidurnya.

Kesokan harinya,seperti kebiasaannya semenjak bergelar ‘isteri paksa’ kepada Muzaphar,Wilda akan memastikan sarapan pagi untuk Muzaphar akan siap tersedia selewat-lewatnya sebelum jam 6.30 pagi.Walaupun mereka mempunyai seorang pembantu rumah,tetapi Wilda lebih suka jika dia sendiri yang menyiapkan keperluan Muzaphar.

" Abang hantar Wilda ke tempat kerja ya?" Tegur Muzaphar sewaktu melihat Wilda sedang bersiap sedia hendak keluar mengambil teksi di luar halaman rumah mereka.

Hampir sahaja gugur jantung Wilda kerana terkejut mendengar suara garau yang gemersik itu menyergahnya.Wilda mengerutkan keningnya sambil memandang Muzaphar a.k.a suaminya yang lengkap dengan pakaian golfnya,terusik hati Wilda saat melihat Muzaphar yang kelihatan segak pagi itu.

‘ Wahai hati,takkanlah aku dah jatuh cinta pulak dengan orang tua tu?Kenapa setiap kali aku memandangnya,jantungku pasti akan berdegup kencang.Sungguhpun aku rasa selesa dengan perasaanku yang kacau bilau ini,tapi..takkanlah aku nak bagi muka pulak dengannya..isy..dah buang tabiat agaknya aku ni.’ Marah Wilda dengan perasaannya sendiri.

" Tak mengapalah,saya dah panggil teksi tadi.Nanti awak terlewat pulak." Tolak Wilda bersama alasan yang telah di fikirkannya paling sesuai dan relevan.

" Abang tak akan terlewat,abang hantar Wilda ya?" Pujuk Muzaphar lagi yang enggan mengalah. " Please Wilda..beri abang peluang untuk berbaik dengan Wilda.Wilda kan isteri abang..dan sewajarnya Wilda menurut semua kata-kata abang." Muzaphar menyambung lagi.


‘ Hah,dah mulalah tu nak menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami.’ Wilda mengumam di dalam hati. ‘ Tapi,apa salahnya kalau aku cuba berbaik-baik dengan si beruang tu kan?’ Hati Wilda berbisik sendirian lagi.

Tersenyum-senyum Wilda memandang Muzaphar yang sedang setia menanti jawapan darinya. " Teksi dah sampai..tak mengapalah..saya pergi dulu." Ujar Wilda dan segera meninggalkan Muzaphar tercengang dengan tindakan spontannya.


‘ Yes! Akhirnya berjaya juga aku kenakan si beruang tu.’ Getus hati Wilda sambil tersenyum sendirian ketika meloloskan dirinya ke dalam perut teksi yang berwarna merah putih itu.

" Wilda!" Jerit Muzaphar saat melihat ‘isterinya’ sedang menaiki teksi itu.


" Isy,susah sangat nak di ajak berunding." Bebel Muzaphar lalu melangkah masuk semula ke dalam rumah mereka.

Petang itu,Muzaphar sengaja menanti Wilda di luar perkarangan Taska tempat Wilda bekerja, sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik.Ketika Muzaphar melihat kelibat Wilda bersama salah seorang rakan sekerjanya keluar dari bangunan tersebut,Muzaphar pun sengaja membunyikan hon kereta Rexton RX290 miliknya bertalu-talu sehingga menyebabkan Wilda dan yang lain-lain menoleh ke arah kereta itu.

" Hmm..siapakah wanita yang bertuah sedang di jemput oleh pangiran ‘Rexton’ yang bergaya itu?" Seloroh Julie sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat Muzaphar yang seperti orang sasau itu.


Belum pun sempat Wilda ingin melarikan diri dari si beruang merangkap musuh ketatnya,Muzaphar lebih dahulu bertindak dengan menjerit memanggil nama Wilda dengan lantangnya.

" Hee..diam-diam ubi berisi pulak kau ni ye?Siapa mamat tu?" Tanya Julie sambil menepuk mesra lengan sahabat baiknya itu.

" Nak kenal sangat..jomlah." Wilda menarik tangan Julie lalu menuju ke arah Muzaphar.Masam sahaja raut wajah Wilda memandang Muzapahar yang sedang tersengih-sengih melihat ‘kekalahan’ Wilda.

" Hai,nama saya Julie,saya teman baik Wilda." Sapa Julie dengan ramahnya.


Wilda menjeling geram melihat keramahan Julie terhadap Muzaphar,belum pun sempat Muzaphar membalas teguran dari Julie.Wilda lebih dahulu menyampuk perbualan mereka.

" Awak panggil je dia ‘abang beruang’. Kami biasa panggil dia ni si beruang je..sesuai dengan bentuk badannya yang tinggi besar tu." Ujar Wilda sambil mengekek ketawa memandang sinis terhadap Muzaphar.

Julie turut sama ketawa sebaik mendengar lawak spontan dari Wilda.

" Kau ni Wilda..tak baik tau mengutuk ‘kekurangan’ orang lain.Maaflah bang,mulut si Wilda ni laser sedikit..tapi hatinya memang baik.Maafkan dia ya?" Kata Julie sambil memohon kemaafan dari Muzaphar bagi pihak Wilda.

Muzaphar tersenyum dan menganggukkan kepalanya. " Jom naik kereta abang,nanti abang hantar Julie pulang sekali ya?" Ajak Muzaphar sambil menjeling memandang Wilda yang sudah membuat muncung todaknya itu.


Mahu tak mahu,terpaksa juga Wilda melangkah masuk ke dalam perut kereta itu dengan perasaan tak menentunya. ‘mengada-ada betul orang tua ni!’ Marah Wilda di dalam hati.Meradang sungguh hatinya saat ini dengan kerenah Muzaphar.

Wilda memutuskan untuk mendiamkan diri sahaja sambil membiarkan Muzaphar dan Julie bertukar-tukar cerita.Sesekali,Muzaphar melirik ke arah Wilda yang duduk di sampingnya.

Setibanya mereka di salah sebuah restoran yang terletak di pusat bandar,keadaan Wilda masih tetap seperti tadi.Seolah-olah Wilda sedang berada di dunianya sendiri.

Masuk kali ini,sudah tiga kali Wilda memesan menu makanan yang berbeza.Julie dan Muzaphar saling berpandangan sebaik menyedari sikap pelik yang sedang Wilda tunjukkan.

" Kau ni kenapa Wilda..aku hairanlah tengok kau hari ini,selalunya tak ada pulak kau makan sampai begini banyak.Eh..Wilda..dahlah tu,berhentilah makan." Pujuk Julie yang naik risau melihat ulah yang sedang di tunjukkan oleh sahabat baiknya itu.

" Sibuk je kau ni Julie..usah pedulikan saya,kamu teruskan sahaja perbualan kamu tu..jangan ganggu saya nak makan." Marah Wilda apabila konsenterasinya terganggu.

Muzaphar mengisyaratkan agar membiarkan sahaja Wilda melayan ‘protes’nya.Tidak lama kemudian,kakak sulung Wilda datang menyapa mereka dengan lagak sombongnya.

" Amboi,tengah ‘date’ dengan si beruang ni rupanya..kenapa lama sangat tak balik jenguk kita di rumah lama?Mentang-mentanglah dapat si beruang yang kaya raya ni..dah lupa pulak dengan keluarganya.Hmm..belum ada ‘khabar’ gembira ke dari pengantin baru ni?" Sindir Wina seraya tersenyum memandang Muzapahar Muaz yang sedang menahan rasa marahnya.


‘ Huh..tak padan dengan muka lawa,sia-sia sahaja TUHAN menganugerahkan kecantikan yang sempurna padanya..tapi,perangai mengalahkan syaitan.Nauzubillah!’ Kutuk Muzaphar di dalam hati.


Tanpa menunggu lama,Muzapahar segera membayar harga makanan mereka lalu beredar dari tempat itu.Meluat sungguh Muzaphar melihat perangai buruk kakak iparnya yang tak berhati perut itu.


" Ala dik..nak balik dah?Kakak belum pun sempat nak berkenalan dengan si beruang tersayang kau tu." Ejek Wina lagi sambil mengekek ketawa bersama teman lelakinya mungkin.


" Nampak je cantik,tapi hati awak tu ..busuk mengalahkan bangkai ayam!" Herdik Muzapahar secara halus,namun mampu merobek hati yang mendengarnya.


Terkesima Wina di herdik sedemikian,belum pernah ada seorang pun yang berani menentangnya.Inilah kali pertama si beruang kutub itu menentang dirinya.


Selepas menghantar Julie pulang ke rumahnya,Muzapahar pun memecut kenderaannya dengan kelajuan yang sederhana.Tangan Muzapahar memegang erat jemari isterinya yang semenjak dari tadi hanya diam membisu.Wilda membiarkan sahaja Muzaphar menyentuh jemarinya,Wilda sudah tidak larat hendak bertikam lidah dengan suaminya itu.Mujurlah kereta yang sedang di pandu Muzaphar menggunakan gear otomatik.


" Saya nak berehat,saya rasa kurang sihat." Ujar Wilda sebaik tiba di perkarangan rumah mereka dan berlalu naik ke tingkat atas meninggalkan Muzaphar bersendirian.


Entah mengapa,malam itu Muzapahar berasa tidak sedap hati sebaik menyedari Wilda tidak keluar dari kamar tidur utama yang dihuni Wilda di tingkat atas rumah berkembar itu.


Muzaphar memutuskan untuk menjengguk Wilda di tingkat atas walaupun terpaksa melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Wilda lebih tiga bulan yang lalu.Sebaik Muzapahar tiba di kamar tidur Wilda,alangkah terkejutnya Muzaphar setelah melihat Wilda sedang meraung perlahan menahan kesakitan yang sedang di tanggungnya.


Tanpa berlengah,Muzaphar mencampung tubuh Wilda dan segera dibawa ke klinik swasta yang berhampiran dengan taman perumahan itu.Mujurlah Muzaphar bertindak pantas membawa Wilda ke klinik.


Setibanya di rumah mereka,Muzaphar sengaja menghantar Wilda ke kamar tidur yang ada di tingkat bawah rumah mereka itu,walaupun Muzaphar sudah sedia maklum dengan kedegilan Wilda yang enggan sesekali mendengar nasihat darinya.


" Jangan nak banyak songeh,kalau abang kata tidur dalam kamar ini..Wilda harus turuti.Lepas makan ubat ni,Wilda berehatlah." Tegas Muzaphar sebaik melihat Wilda mula hendak menunjukkan protesnya.


Kerana keadaan kesihatan Wilda kurang memuaskan,akhirnya Wilda turuti juga kata-kata Muzaphar. ‘Semoga sahaja si beruang ni tak buat macam-macam dengan aku.’ Bisik Wilda di dalam hatinya sebelum melelapkan mata sambil menerima belaian kasih yang tulus dari lelaki yang teramat di bencinya sebelum ini.


Setelah memastikan Wilda benar-benar telah terlelap,Muzaphar pun berhenti mengusap rambut Wilda lalu beredar ke kamar pejabatnya yang hanya terletak di sebelah kamar itu.




Semenjak dari peristiwa malam itu,hubungan di antara Wilda dan Muzaphar semakin bertambah baik walaupun mereka masih belum menjalani kehidupan berumahtangga seperti pasangan yang telah berkhawin.


Perasaan benci yang agak keterlaluan terhadap Muzaphar sebelum ini telah bertukar menjadi sayang.Kini,Wilda sudah boleh melayan kerenah nakal Muzaphar,sudah tidak ada lagi perasaan marah dan benci yang berbuku di dalam hatinya kerana Wilda sudah benar-benar jatuh sayang dan cinta dengan suaminya.


Julie yang sudah mengetahui cerita sebenarnya dari mulut Muzaphar sendiri juga turut merasa gembira dengan kehidupan baru yang sedang di tempuhi oleh sahabat baiknya itu.Setidak-tidaknya,Wilda telah terkeluar dari masalah yang telah membelengu dirinya sejak sekian lama bersama dua orang kakaknya yang sombong dan bongkak itu.


" Julie,Wilda ada di dalam kamar pejabatnya ke?" Tanya Muzaphar sewaktu keluar dari bilik mesyuarat pejabat urusan miliknya.

" Rasanya ada bang,baru sebentar tadi dia berjumpa dengan klien abang dari Tawau tu.Nak ‘culik’ Wilda lagi ya?" sakat Julie,yang sudah lebih setengah tahun bekerja di pejabat milik Muzaphar sebagai setiausaha Wilda.

Tersengih Muzaphar sebaik mendengar perkataan ‘culik’. " Alah..kalau abang culik dia pun apa salahnya.Kan,abang ni dah sah jadi suaminya?" Ujar Muzaphar seraya mengenyitkan matanya memandang Julie yang sedang menahan rasa geli hatinya itu.

" Eh..abang dah selesai bermesyuarat dengan pelabur-pelabur abang tu ke?" Soal Wilda yang terkejut melihat Muzaphar muncul dalam bilik itu.

" Dah selesai sayang..tinggal hal kita je lagi yang belum selesai." Jawab Muzaphar sambil memaut mesra bahu isterinya.

Berkerut dahi Wilda memandang suaminya,ligat otaknya berfikir akan maksud ‘belum selesai’ yang dipersoalkan oleh suaminya sebentar tadi.

Muzaphar tergelak sebaik melihat reaksi yang sedang ditunjukkan oleh isterinya,lantas sahaja tangan sasanya memeluk erat tubuh kecil molek Wilda. " Dahlah tu sayang,kita kan nak mula bercuti selama sebulan ..jangan pulak sayang buat-buat lupa?" Ujar Muzaphar lalu menarik hidung isterinya.


" Batalkan je laa cuti kita tu,saya malas nak berjalan jauhlah bang." Kata Wilda,sengaja ingin menguji hati suaminya.

" Kenapa pulak?" Soal Muzaphar tidak berpuas hati.

" Sebab saya….saya belum dapat menerima diri abang seadanya." Jawab Wilda sambil berusaha menahan ketawanya daripada pecah.

Semerta,wajah Muzaphar yang tadinya kelihatan ceria berubah mendung.Tidak tahan melihat kemuraman Muzaphar,akhirnya Wilda melepaskan ketawanya di hadapan suaminya.

" Abang ni..buruk betul kalau dah merajuk,mengalahkan orang perempuan je." Ejek Wilda sambil mencubit sayang pipi tembam Muzaphar. " Saya gurau je tadi tu..saja nak buat si beruang marah." Sambung Wilda lagi.

Mencerun mata Muzaphar sebaik isterinya berjaya membuatnya rasa sedikit gelabah.Pantas sahaja tangan Muzaphar menggeletek pinggang isterinya,terkekek-kekek Wilda ketawa menahan rasa geli kerana di geletek oleh suaminya.

" Kata tadi nak balik rumah..kenapa masih tercegat dalam pejabat ni?" Tegur Julie sambil membuat double jerknya.

Wilda menjeling manja lalu memaut mesra lengan suaminya. " Nak balik dah ni,awak tu Julie..jangan sampai tergoda pulak dengan si Nelson tu sepanjang ketiadaan kami ye?" Usik Wilda.

" Kau ni Wilda,kalau dalam sehari kau tak menyakat aku dengan si Nelson tu..tak sah betul." Rungut Julie.

Selepas menyelesaikan kesemua urusan penting dalam pejabat itu,Muzaphar dan Wilda pun pulang ke rumah mereka untuk menyiapkan barang-barang yang akan mereka bawa sepanjang menjalani percutian bulan madu mereka.

" Terima kasih sayang,kerana sudi menerima dan mencintai diri abang yang serba kekurangan ini." Ucap Muzaphar ketika mereka sedang bersantai di laman rumah mereka pada malam yang indah itu.

Wilda melentokkan kepalanya di bahu suaminya. " Seharusnya,saya yang patut mengucapkan terima kasih pada abang..sebab sudi ‘mengeluarkan’ saya dari kehidupan yang menyakitkan hati bersama dua orang kakak saya itu."

" Semua ini adalah hikmah dari harga sebuah pengorbanan yang sudah sayang perjudikan selama ini,dan seharusnya abang juga patut mengucapkan rasa terima kasih abang pada ibu abang.Kalau bukan sebab ibu nak menjodohkan abang dengan calon pilihannya,mungkin abang tak akan berpeluang bertemu dengan gadis degil seperti sayang."

" Dah memang sifat si ‘beruang’ macam tu..suka sangat nak memaksa mangsanya.Untung sahaja dapat ‘beruang’ yang baik hati dan penyayang seperti sekarang ni." Ucap Wilda sambil memeluk erat tubuh sedikit gempal suaminya itu.

" Abang sangat menyayangi dan mencintai awak Wilda." Bisik Muzaphar dengan penuh romantis.

" Saya juga sayang dan sangat mencintai diri abang,semoga Allah selalu merahmati ikatan perkhawinan kita untuk selamanya." Balas Wilda.

Muzaphar Muaz tersenyum gembira mendengar kata-kata yang terucap dari bibir isterinya,lalu muzaphar mengucup dahi isterinya dengan penuh rasa kasih.

" Insya-Allah." Balas Muzaphar dengan penuh rasa syukur.


TAMAT
posted by BLOGGER @ 12:05 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
12 Comments:
  • At 8/9/08 4:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bahasa kurang lancar..tersekat2
    penggunaan kata ganti diri pun tak konsisten
    harap akan improve di masa akan datang
    tapi good job anyway.. nice effort

     

  • At 8/9/08 11:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan ceritanya kurang menarik, tapi ad jgak part2 y melawakkan.cabaran y dihadapi oleh wilda x m'cabar sgt.

     

  • At 9/9/08 4:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emm. ape sbb suami wilda nk khwin ngn wilda. dlm cerita tak gtau ngn trprinci. pas2, cerita yg agak membosankan.

     

  • At 10/9/08 9:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    isi die okei la,bole difahami.tp ade certain important part xdihuraikan dgn mendalam,cth nape muzaphar pakse wilda kahwin dgnnye,nape kakak2 wilda perangai camtu etc..
    lg 1,kombinasi 'kau' hanye sesuai dengan 'aku'...'saya' pulak dengan 'awak'...kalo tidak mmg xkena dialog tuh...

     

  • At 10/9/08 3:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mcm cite dlm salah satu novel alaf 21 je.....

     

  • At 10/9/08 5:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan crita ok..cma mcm klise jer..byk sgt citer yg mcmtu dah..ganti nama pon beterabir ckt..lps nie bh dibaiki lg..i bg 3 bintang/b jer k

     

  • At 11/9/08 12:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok..ape2 pn perbaiki lg jln crtanye k

     

  • At 11/9/08 9:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok..mungkin penulis ini masih baru dalam bidang ini,lagipun bahsa yang penulis gunakan lebih kepada bahasa pasar di sabah.Anyway,keep up the good work.cuba perbaiki lagi.

     

  • At 12/9/08 8:10 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerpen ni dah pernah tersiar di salah satu akhbar tempatan sabah pada 24.ogos,2008.so far..okeylah,tapi masih banyak yang perlu di perbaiki.Kenapa tak hantar karya cerpen pertama sarah kat laman ni?

     

  • At 12/9/08 9:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    I know penulis ini berusaha keras untuk cuba berkarya.Selalunya,orang yang baru pertama kali cuba untuk menulis akan terserlah segala kelemahan,termasuklah cara penggunaan bahasa dan sebagainya.Bagaimanapun I kagum dengan usaha penulis ini,penulisnya jelas menunjukkan keikhlasan untuk berkarya.My comment is,perbaiki kelemahan,good luck and cuba lagi yang terbaik selepas ini.

     

  • At 12/9/08 9:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kepada semua yang memberi komen..sama ada yang positif mahupun yang negatif.saya ucapkan berbanyak terima kasih.Tanpa komen2 kalian,tidak mungkin saya dapat mengetahui segala kelemahan yang ada pada karya saya.Saya minta maaf banyak2 jika karya saya tidak sebagus yang lain,saya baru sahaja cuba2 berjinak dalam bidang ini.Semoga ALLAH merahmati kalian semua.TQ.

     

  • At 16/12/08 4:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good job.tp ayat terlalu ringkas dan kurang ayat puitis

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group