Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Berdiri saya dari daerah perbukitan menara gading, sayup nun di bawah sana terlalu banyak kesakitan dan kepedihan yang telah saya tinggalkan jejaknya. Merenung hari-hari muka, semoga di lapangkan dada saya menghadapi segalanya. Allah……. 'Jihad' yang bertahun lamanya saya usahakan ini masih belum bertemu titik akhirnya, masih tiada tanda-tanda yang saya akan 'menang'. Sukarnya Tuhan perjuangan saya yang satu ini. Namun segalanya adalah bidang kuasa Allah. Pada ruang kuasa kita selaku hamba, hanyalah layak berusaha, berikhtiar dan berharap. Segalanya telah saya usahakan. Mungkin belum waktunya. Tunggulah satu masa hingga hajat dan harapan saya ini dikabulkan Tuhan. Atas doa dan harapan saya yang tidak pernah putus, harap Tuhan sudi memandang dan menerima salah satu daripadanya. Siapa yang tidak 'sakit', siapa yang tidak letih menanti untuk sesuatu yang amat diimpikan, amat diharapkan namun takdir Tuhan mengatasi tadbir manusia. Bertahun saya menanti akan harinya ibu yang saya sayangi kembali kepada fitrah. Menjadi ibu dalam erti kata yang sebenar. Sungguhpun ibu saya menjadi cemuhan masyarakat dengan semua keperibadiannya yang tidak baik namun dia tetap bonda yang telah melahirkan saya. Saya hari ini sebagai seorang lelaki perkasa, pernah menumpang di rahimnya. Walau tidak mendapat kasih sayang dan perhatian darinya, ibu tetap ibu. Tiada yang mampu menukar hakikat pertalian ini. Setiap yang beriman pasti diuji, Cuma bentuknya yang berbeza. Ujian inilah untuk saya. Walau ibu menyerahkan saya untuk dipelihara oleh adiknya, saya tetap anggap apa yang ibu lakukan itu sebagai usaha baiknya untuk membela nasib saya, zuriat tunggalnya selepas lelaki yang menjadi tempat dia bergantung hidup meninggalkannya, gantung tidak bertali. Dia yang kurang didikan agama, merana akibat dikecewakan dengan mudahnya telah terlorong ke jalan fasad. Syaitan terkekeh-kekeh mentertawakan manusia yang sesat,gagal menemui jalan pulang… Semua yang berlaku mungkin adalah takdir daripada Allah s.w.t. Untuk mengundur masa yang telah berlalu adalah mustahil, justeru gunung iman di dalam diri diharap akan selalu teguh. Sekiranya waktu kecil dulu saya tidak tahu betapa sakitnya menjadi bahan hinaan dan cemuhan masyarakat. Saya yang dipelihara oleh Mak Ngah mungkin tidak mengerti perasaan ibu. Mak Ngah keluarga yang terhormat, Pak Ngah seorang guru besar dan sangat mengambil berat tentang kebajikan saya, dididik, diasuh, diberikan kasih sayang sama seperti anak-anaknya. Hatta kini saya berjaya menjadi manusia yang terdidik dan terpelajar juga atas berkat usaha Mak Ngah dan Pak Ngah. Namun ibu tetap di hati. Walau ibu tidak pernah datang menjenguk, bertanya khabar saya anaknya ini, tidak mengapa. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, manusia mana yang tidak melakukan dosa. Sungguhpun hati saya amat terguris dan sedih kerana tidak mendapat kasih sayang ayah dan ibu, saya tidak mendendami ibu. Tidak ada sekelumit benci pada ibu. Cuma pilu dan hiba….kasih sayang dan perhatian ibu yang hanya saya bisa miliki di dalam mimpi. Tiada kenangan antara saya dan ibu. Saya amat jarang bertemu dengan ibu. Sesekali terserempak ibu semacam nak mengelak dan melarikan diri. Dan bila saya menegurnya, ingin bersalam dan bertanya khabar, dia cepat-cepat pergi dan berlalu begitu sahaja. Saya juga pernah ke rumah ibu, ingin mengajak ibu tinggal bersama saya ibu langsung tidak membuka pintu malah membantukan diri di dalam rumah. Paling sedih ibu cakap saya bukan anaknya. Dia tiada anak seperti saya. Ya Allah, betapa beratnya seksaan batin saya. Walau kasih sayang Mak Ngah dan pak Ngah sedikitpun tidak kurang untuk saya, namun ibu, saya tetap rindukan ibu. Untuk mencari ayah, saya tiada langsung maklumat mengenainya. Yang ada hanyalah gambar perkahwinan ibu dan ayah dalam simpanan Mak Ngah. Teringat kawan-kawan seperjuangan, yang memilki ibu yang baik. Hanya Allah yang menjadi teman di kala rindu menggamit jiwa. Air mata yang dingin jadi saksi, terlalu ingin saya memeluk, mengucup tangan ibu. Saya amanah yang terbiar dari perhatian dan kasih sayang ibu sendiri. Hikmah yang tersirat, saya masih ada 'ibu' yang amat penyayang, tetap dapat memeluk dan mengucup lembut tangan insan mulia begelar ibu. Sungguhpun ibu 'membuang' saya dari hidupnya, Mak Ngah tetap mencukupkan keperluan fitrah saya yang ingin menyayangi dan disayangi oleh seorang ibu. Wajah ibu dan Mak Ngah mirip. Mungkin sebab itulah juga, kawan-kawan saya tidak pernah menyangka saya bukan anak kandung Mak Ngah, malah seiras pula dengan Farhan Dan Fareha, anak-anak Mak Ngah. Cuma sikap dan perangai yang membezakan mereka. Mungkin sudah tertulis nasib ibu sedemikian dan Mak Ngah lebih bernasib baik. Mak Ngah yang saya panggil umi itulah ibu saya. Kebaikan dan jasa-jasanya hanya Allah yang tahu menilaikannya. Bukan sedikit kebaikan yang telah mereka berikan untuk saya. Jiran-jiran sekampung juga pernah mengeji saya waktu kecil-kecil dulu kerana ibu saya seorang pekerja kilang yang amat sosial dan rosak akhlak. Mengikut kata jiran ibu, dulu ibu selalu membawa lelaki balik ke rumah malam-malam, mungkin itu justifikasi daripada rasa marah dan dendam ibu terhadap ayah. Allahu maghfirlahu….mungkin ibu memanjangkan rasa bencinya kepada saya yang tidak berdosa. Saya dikeji kerana beribukan seorang ibu yang tidak baik. Masyarakat sekaliling lantas 'mnghukum' saya.Sebulan berada di tanah air, lewat kepulangan saya dari Timur Tengah menamatkan pengajian di sana satu suasana yang amat berbeza. Tiada lagi umpat dan keji yang saya dengari selain suara-suara pujian dan kekaguman mereka terhadap kejayaan saya. Tidaklah hinaan dan kejian mereka semua suatu waktu dulu berbekas dalam hidup saya selain menjadi doa dan azimat untuk saya duduk di tingkat hari ini. Semuanya atas rahmat dan belas kasih-Nya. Saya tidak akan berhenti berjuang untuk ibu. Saya tidak akan berhenti mendoakan ibu, sungguh kita tidak ditakdirkan bersama di dunia fana ini, bertemu kita di alam sana . Allah lebih tahu atas apa yang diciptakan-Nya. Tuhan pasti tidak akan menghampakan saya, Tuhan tidak akan meninggalkan saya yang berharap dan terus berharap ini. Ketahuilah ibu, sejak saya mengenal dunia kematangan hanyalah ibu yang menjadi sumbu pelita, menyalakan semangat dan harapan dalam hidup saya. Semua perjuangan dan ikhtiar yang ada pada kudrat jejari lemah saya ini hanya akan berhenti melalui dua jalan,sama ada doa-doa saya didengari Tuhan atau nafas saya yang terhenti. Ibu, saya hadiahkan jambangan doa buat ibu walau di mana berada. Semoga diampunkan segala dosa dan khilaf ibu.
Betapa peritnya hidupku Tanpa belaian kasih dan sayangmu Sejak kecil tiada kurasa Sentuhan jejarimuKe mana perginya dirimu ibuEngkau menghillangkan diri dariku Terbiar sepi jiwa kerdilku Terbiar kumenangis hiba Bukan intan permata yang kupinta Hanya secebis kasihmu Dirembang senja tiada kumengerti Mengapa kau sekejam ini Ku lalui hidup tanpa kehadiranmu Ibu..Ketahuilah suara ombak itu adalah tangisanku Yang berlagu dan menanti kepulanganmu Ibu..Ku merindukan sepohon kasihmu Ibu..Kembalilah kepadaku Semoga sinar hidupku kan kembali gemilang Kupanjatkan doa pada-Mu ya Allah Ampunilah segala dosa ibu Jauhkanlah dia dari azabmu Rahmatilah dia selalu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
menarik2.saya kurg faham sket ending die tuh.ibu kandung die meninggal dunia ke?