Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
MENURUT fakta Prince Charming adalah watak yang lahir dari cerita lagenda ataupun cerita dongeng. Prince Charming dalam Bahasa Melayu adalah lelaki Idaman Malaya. Selalunya Prince Charming ni di katakan seorang yang handsome, bijak, pandai, bergaya dan seorang yang sempurna di setiap sudut. Dan sebab itulah mereka menjadi rebutan gadis-gadis remaja.
Tapi tahukah anda, Prince Charming yang kita puja selama ini adalah seorang manusia? Jika sudah dimanakan manusia, Prince Charming juga bukanlah seorang yang sempurna dan ada kalanya kita tak dapat melihat adakah Prince Charming yang kita tabalkan sekarang adalah benar-benar Prince Charming?
NURUL IZZATI memeluk tubuhnya. Bukannya dia terasa sejuk tapi berbahang. Suhu badannya naik 101 peratus apabila melihat ramai pelajar perempuan berkumpul di papan kenyataan sehinggakan dia tidak dapat lalu walau sedikit pun.
Sudahlah berkumpul ramai-ramai, lepas tu memekak pulak. Terjerit-jerit. Entah apalah yang mereka tengok tu. Macam kambing masuk kota pun ada.
"Wah, kan aku dah kata, mesti Reza dapat rampas tahkta Prince Charming dari Safuan," hangat telinganya mendengar pelbagai suara-suara sumbang memuji nama Reza yang sememangnya popular di kalangan pelajar perempuan. Sebut saja nama Reza, satu sekolah tahu siapa gerangan orangnya. Siapa lagi kalau bukan kapten pasukan bola sepak sekolah yang banyak kali mengharumkan nama sekolah setiap kali ada perlawanan bola sepak tidak kira peringkat apa pun.
Dan Safuan pula merupakan musuh tradisi Reza. Memang sudah menjadi tradisi sekolahnya sejak sekolah itu di tubuhkan. Pasti ada dua orang pelajar lelaki yang akan tercalon dalam carta PRINCE CHARMING. Pelik tapi benar.
Pada mulanya dia juga tidak percaya adanya carta Prince Charming tapi bila sudah menjejak kaki ke sekolah itu, dia akhir terpaksa percaya. Menurut lagenda, setelah 5 tahun sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1984, carta Prince Charming sudah wujud. Tiada siapa tahu siapa yang buat carta itu dan kenapa carta itu di buat.
Tapi bagi Nurul Izzati atau lebih senang dengan panggilan Nurul, dia menganggap semua itu adalah karut dan membuang masa saja. Pasti ada seseorang yang tampal carta Prince Charming di situ untuk meneruskan tradisi yang karut. Kononnya ia adalah tradisi dan tidak boleh dilupakan walau seminit pun, kalau tidak sekolah mereka akan ditimpa bencana.
Mengarut!
"Hoi!" dia yang bersuara lantang menjerit sekuatnya sehinggakan semua pelajar perempuan yang berkerumunan di koridor terdiam serta merta dan memandang ke arahnya. "Korang ni tak de kerja lain ke? Berkerumun di sini… buat menyemak je!"
Semua terdiam. Masing-masing tidak berani bersuara apatah lagi berhadapan dengan Ketua Pelajar Perempuan, Nurul Izzati yang sememangnya berada di ranking pertama dalam carta Menengking. Mukanya bagaikan harimau lapar yang tak boleh menjamah apa-apa akibat sakit gigi.
Dia menjeling tajam. Dan kembali memandang carta Prince Charming. Dari situ dia dapat melihat wajah-wajah pelajar lelaki yang kononnya Prince Charming di ikuti dengan angka carta. Gambar Reza berada di atas sekali dan diikuti dengan gambar Safuan dan beberapa pelajar lelaki yang langsung tidak menarik perhatiannya. Dengan marahnya dia mula mengorak langkah, dan dengan spontan semua pelajar perempuan yang berkerumunan di situ memberikannya laluan bagaikan seorang puteri raja yang angkuh memaksa mereka memberikan laluan.
"Aku tak fahamlah dengan korang ni, benda karut macam ni pun nak bangga sangat," dengan tanpa di duga dia mengoyak carta Prince Charming yang tertampal di papan kenyataan. Serentak dengan itu semua yang berada di situ tercenggang. Terkejut. Ada yang kaget sebentar dan ada juga terlepas pegang barang-barang di tangan mereka.
Nurul berpaling. Pelik melihat mereka semua yang bagaikan patung.
"Kenapa? Kesian dengan Prince Charming korang? Sorry, diorang ni bukannya Prince Charming tapi Prince Sampah," dengan selambanya dia membuang carta tersebut di dalam tong sampah dan segera berlalu dari situ tanpa memperdulikan mereka yang lain. "Ah, selesai!" dia tersenyum keseorangan.
*******
"KAU koyakkan carta Prince Charming?!" jerit Sofea seakan tidak percaya apa yang telah kawan karibnya sudah lakukan. Nurul masih berlagak seperti biasa. "Nurul, kau dah koyakkan carta Prince Charming dan sekarang kau boleh duduk selamba di sini?" Sofea bagaikan tidak keruan dengan keadaan itu.
"Kenapa dengan kau ni? Macam ikan haruan je aku tengok," tanya Nurul pelik dengan perangai kawannya yang ke hulu- ke hilir seperti orang gila kehilangan otak.
"Masalah sekarang ni, kaulah ikan haruan kau tahu tak?" balas Sofea masih tidak berpuas hati.
"Tak tahu," balas Nurul selamba. "Sebab aku pun tak pernah tengok macam mana rupa ikan haruan tu. Tapi kalau kau kata aku ni ikan kembung, aku tahu sebab aku suka ikan kembung goreng tapi rupa aku bukan macam ikan kembung," balas Nurul pelik.
"Nurul, kau dah buat satu kesalahan yang besar kau tahu tak?" tanya Sofea.
"Apa dia?"
"Apa dia?! Arrghhh!! Apalah nasib aku dapat kawan macam kau ni hah? Kau dah koyak carta Prince Charming. Tulah kesalahan kau!"
"Sofea, ianya hanyalah carta Prince Sampah dan sekeping kertas yang tak bermakna langsung," balas Nurul selamba.
"Berapa tahun kau kat sekolah ni? 4 tahun Nurul, bukannya sebulan dua. 4 tahun dan ini bermakna kau tahu apa yang berlaku di sekolah ini. Dan aku rasa kau pun tahu yang carta Prince Charming tu ada tradisi sekolah. Dan menurut lagenda, sesiapa yang koyak carta Prince Charming tu, hidupnya akan ditimpa bencana!"
"Ianya hanyalah carta, Sofea," ujar Nurul lagi mempertahankan pendapatnya. "Dan aku rasa kita pun dah belajar tentang agama bukan? Benda ni syirik dan kita tak boleh percayakannya. Takkan dengan hanya koyak carta Prince Charming dan kita akan ditimpa bencana. Mustahillah."
"Benda ni pernah berlaku. Ada seorang cikgu dulu pernah mengoyak carta Prince Charming tapi malangnya masa dia balik ke rumah, dia di langgar kereta. Nasib baiklah masa tu ada seseorang datang menyelamat kalau tidak cikgu tu pasti akan mati di situ juga. Dan sejak itu tiada sesiapa pun yang berani mengoyak carta Prince Charming termasuklah cikgu sekalipun," terang Sofea.
"Aku tahulah," ujar Nurul. "Tapi aku tetap tak percaya cerita dongeng tu. Benda tu melalaikan. Mesti ada orang lain yang buat carta Prince Charming sebab nak memuja putera idaman mereka!"
Sofea menarik nafas lemah. Tidak guna dia menasihati orang yang kepala besi macam Nurul ini kecuali dapat cari sesuatu yang boleh meleburkan besi dalam kepalanya. Huh! Buang tenaga solar saja.
"Lantak kaulah. Tapi kalau kau ditimpa kemalangan masa balik sekolah nanti, jangan salahkan aku. Kalau kau takut ditimpa kemalangan, lebih baik kau keluar dan cari carta Prince Charming tu dan tampal kat papan kenyataan tu semula!"
"Kalau aku teringat…."
*******
NURUL melangkah keluar dari perpustakaan sekolahnya setelah penat menyiapkan segala kerja sekolahnya yang telah diberi oleh cikgu tadi. Memang itulah rutin hariannya setelah tamat saja sesi persekolahan. Dia tidak akan terus pulang ke rumah kerana kalau dia pulang ke rumah pasti dia akan bercinta dengan bantal busuknya sehingga petang sampai terlupa hendak buat kerja rumah.
Kawasan sekolahnya lengang sedikit kerana sesi persekolahan waktu petang sudah pun bermula manakala pelajar sesi pagi sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya yang tinggal pelajar-pelajar yang ada aktiviti kelab pada waktu petang.
Ketika melewati koridor dia sempat menjeling pandang papan kenyataan. Terdapat seorang pelajar perempuan sedang memandang tepat notis yang tertera di papan kenyataan. Bagaikan ada sesuatu membuatkan dia tertarik melihat notis yang tertampal di papan kenyataan yang baru saja pagi tadi dia mengoyak carta Prince Charming.
URGENT!! PENGURUS PASUKAN BOLA SEPAK DI KEHENDAKI Ciri-ciri: Mesti berpengetahuan luas dalam bola sepak. Sanggup berusaha Minat dengan bola sepak Lelaki/perempuan (perempuan lagi okey hehehe) Seorang yang sanggup menerima cabaran.
"Gila! Pengurus bola sepak? Nak perempuan? Memang buta sukanlah diorang ni," Nurul hanya sekadar menggeleng dan kemudiannya memandang sebelahnya. Kosong. Tiada sesiapa. Seingatnya tadi ada pelajar perempuan tengah tulis sesuatu di atas kertas di sebelahnya tadi.
Tanpa membuang masa, Nurul segera berlalu dari situ. Melupakan tentang kekosongan jawatan bagi pengurus pasukan bola sepak. Mesti ramai pelajar perempuan yang datang untuk temu duga.
Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pagar sekolahnya dia di kejutkan dengan dentuman guruh yang kuat dan cahaya kilat yang memancar-mancar serentak dengan hujan lebat yang turun secara tiba-tiba. Habis basah baju sekolahnya. Dengan pantas dia berlari ke bus stop yang berhampiran untuk berteduh.
"Ah, tiba-tiba saja hujan," keluhnya lemah. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Sofea tadi. Di timpa malang? Kemalangan? "Gila."
Payung lipat yang selalu bersedia dalam beg sekolahnya di keluarkannya. Hujan masih lebat lagi dan Nurul membuat keputusan untuk berteduh sementara menunggu hujan reda. Tidak lama selepas itu, hujan mula reda dan Nurul membuka payungnya dan berjalan ke bahu jalan.
Selepas memastikan tiada kereta yang lalu lalang di jalan raya, kakinya pantas mengorak langkah melintas jalan untuk ke seberang. Sewaktu dia berada di tengah-tengah jalan, kedengaran satu hon panjang dan apabila dia berpaling sebuah kereta hitam sedang menuju ke arahnya. Dia tiba-tiba kaget. Kakinya tidak mampu bergerak. Otaknya seakan tidak berfungsi untuk berfikir sebaliknya memutar kembali kejadian pagi tadi.
Kejadian dia begitu marahkan pelajar-pelajar perempuan sedang berkerumunan di tengah-tengah koridor sehingga mengganggu laluannya. Kejadian dia mengoyak carta Prince Charming tanpa memikirkan akibat dari perbuatannya itu. Dan kata-kata Sofea pula masih lagi segar di fikirannya.
Hon semakin panjang, kereta semakin dekat tapi dia langsung tidak dapat bergerak. Kakinya seolah-olah di gam di tengah-tengah jalan raya itu. Hanya tunggu masa saja untuk dilanggar oleh kereta hitam itu.
Tiba-tiba dia merasai tubuhnya di dakap seseorang. Seseorang yang bertubuh besar dan dia jatuh terguling di tanah. Nurul masih kaget lagi walaupun dia tahu ada seseorang telah menyelamatkannya. Seorang lelaki. Dia menguatkan semangat dengan memandang wajah lelaki itu tapi pandangannya semakin kabur dan kabur… apa yang dia nampak hanyalah jacket kuning yang tidak asing lagi baginya. Walaupun dia semakin lemah dan mungkin akan pengsan sekejap lagi tapi dia pasti jacket kuning itu merupakan jeket rasmi pasukan bola sepak sekolahnya…
"Prince Charming…" ujarnya sebelum mula tidak sedarkan diri.
hehe..salammm.. awal2 lagi dh leh tw. msti lam cite ne,nurul menci sgt ngan prince charming.tp last2 die jatuh cinte gak..adoyaiii pengenalan cite jgn wt camne smpe pembaca leh agak ape akan jadi.. mari kte lihat sape yg kenaaaaaaa
to all reader P.C:- next chapter saya dah post kat blog rasmi saya... so sesiapa yang berminat lawatilah http://novelratu.blogspot.com ataupun just google 'ratubulan' ^_^
Saya mewakili Malindo Publications Sdn Bhd ingin menjemput saudara / saudari untuk menjadi penulis bagi syarikat Malindo Publications Sdn Bhd. MPSB telah mula menerbitkan buku secara serius pada tahun 2005. Kini MPSB telah menerbitkan lebih kurang 53 judul yang berkaitan akademik. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :
Malindo Publications Sdn Bhd No 88, Batu 5 Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur Tel : 03-4024 7159 Faks : 03-4024 8159 Emel : malindopublications@yahoo.com malindopublications@hotmail.com www.malindopublications.com
Baru jer berkesempatan baca kat pu2 nie. Tambahan plak, pu2 berwajah baru, blur kejap!..hehe. Rituh dah jumpa kat kedai buku, x beli arr..memandangkan ada bebrape novel yg mmg dah kena 'aim' melalui pu2 so 'Prince Charming' nie kemudian ler...Yg pasti, dah baca prolog jer pon dah best..Bg sy, gaya pencheritaan amat menarik..w/pon kita dah buleh jangka, apa kesudahan citer nie..tp, kalo gaya bahasa 'ummpphhh..' mcm pisang goreng lee..Neway, credits to the writer! chaiyokk.....
GREAT story.... cter yank bez.... cter neyh adewh unsur klimks n sspens yank trsndri... troz an usaha anda k... < Ratu Bulan> ......IZ_ZA......
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
jalan cerita agak menarik...tp pengolahan ayat kurang....kalau sambut cite ni mesti best....keep it up:)