Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tiba hari Sabtu, lega sikit sebab tak perlu melakukan larian seperti selalu. Selesai bersarapan pagi, masing-masing bergerak ke kelas masing-masing untuk sesi kelas tambahan sehingga pukul 11.00 kelak. Santai mereka berpakaian kerana tidak perlu memakai pakaian seragam sekolah. Kebanyakannya selesa sekadar berjeans dan T-shirt.
Yui seperti biasa bersut jumper hitam-putih Mahkota dan tidak ketinggalan topi yang setia dikepala. Sudah terbiasa begitu, biar menampakkan susuknya besar sedikit dan menutup wajah ayu itu. Dalam sibuk warga Mahkota meninggalkan Sri Tanjung, bergerak ke bangunan akademik, Yui tercari-cari gerangan seseorang. Menemui susuk yang dikenalinya, Yui mendapatkan Daniel yang tergopoh-gapah menghabiskan roti krimnya. Dia kelewatan pagi ini.
"Daniel! Luqman mana?" Tanya Yui, melemparkan senyuman cerianya. Daniel hanya mengangkat bahu, tak tahu-menahu. Sejak dia bangun pagi tadi, bayang Luqman tak kelihatan. Entah manalah dia pergi. Mata Daniel melirik pada tangan kanan Yui yang putih berbalut.
"Tangan kau sakit lagi ke?" Daniel risau.
"Hah? Oh, ni! Tak adalah. Dah O.K. dah. Bengkak sikit je. Kau tahulah Amanda, macam mak nenek sibuk nak balutkan." Sengih Yui, mengunjukkan tangan itu. walhal ianya berkaitan rancangan mereka semalam. Tapi jujurnya dia tak dapat tahan jika tak menatap wajah Abangnya. Mahu tahu riaksi Luqman tentang peristiwa malam tadi. Manalah tahu lembut pula hati dia nak terima aku.
"Kau tunggu kejap boleh?" Tanya Yui tiba-tiba.
"Kenapa?" Daniel musykil.
"Tunggu ajalah." Gesa Yui. Dia berlari ke kaunter makanan yang dah lama lengang. Menyapa Mak Minah, pembantu dewan makan yang terkenal dengan garangnya, Yui mesra. Membalas dengan senyuman dan anggukan terhadap permintaan pelajar itu, Mak Minah menghilang ke dapur. Tidak berapa lama kemudian, dia muncul semula dengan sebungkus penuh roti krim. Lalu diserahkan kepada Yui. Mengucapkan terima kasih, gadis itu bergegas semula mendapatkan Daniel.
"Macam mana kau boleh dapat lebih? Mak Minah tu sikit punya kedekut kalau boys nak minta makanan lebih!" Daniel kekaguman. Yui kenyit mata.
"Mak Minah tu suka tengok drama Jepun. Aku tolong dia download satu set cerita Pride dari internet. Pasal tu aku kamceng dengan dia. Nah! Luqman mesti tak makan lagi, karang kau kongsilah dengan dia." Hulur Yui bersahaja. Melihatkan Sri Tanjung yang sudah lengang, mereka mula bergerak ke bangunan akademik.
"Tak habis-habis Luqman!" Daniel mendengus kecil. Huluran Yui diambilnya.
"Hah! Apa kau cakap?" Yui musykil, kurang dengar bisikan Daniel.
"Tak ada apa-apa! Jomlah, kita dah lambat dah ni." Ajak Daniel. Dia memulakan langkah.
"Jadi, kau masih nak teruskan niat kau nak jadi penjaga gol tu?" Tanya Daniel. Ingin tahu pendirian gadis itu.
"Emm… Walau apapun, aku tetap ahli STORM. Aku mesti lakukan sesuatu untuk menyumbang pada pasukan aku. Betul tak?" Yui tersenyum.
"Habis tu Luqman?" Daniel semakin musykil.
"Malas aku nak layan lelaki tu! Lantak dialah!" Yui geram. Keluar daripada dewan makan itu, mereka bertembung dengan…
"Luqman! Kau dari mana?" Daniel cuak melihatkan rakannya itu. Dari arah datangnya Luqman… Dia ke stadium renang ke?
"Aku chow dulu Daniel! Petang karang aku turun padang, berlatih dengan Ramli lepas waktu latihan. Kau datang ye! Bye!" Belum sempat Luqman menjawab pertanyaan Daniel, Yui bersuara. Tidak berkilas langsung pada Luqman, gadis itu menjalankan rancangannya dan Amanda malam tadi. Tangan yang berbalut sengaja dilambaikan. Sebelum beredar, Luqman dijelingnya.
Melihatkan pemergian Yui, Daniel bertambah-tambah hairan. Selalunya pantang sebut nama Luqman, teruja bukan main. Sekarang dah ada depan mata, buat dek je?
"Tangan dia O.K. ke?" Membuang segan, Luqman bertanya Daniel. Memandang Luqman dan berkerut, Daniel tersengih.
"Kenapa kau tak tanya dia tadi?" Daniel menggeleng. Tak faham aku hubungan diorang berdua ni. Mereka beriring menuju destinasi yang sama.
"Kau dari mana sebenarnya?" Tanya Daniel lagi.
"Aku dari stadium…" Jawab Luqman.
"Berlatih?" Daniel memintas, agak teruja. Geleng Luqman membuat mulutnya jatuh melengkung ke bawah.
"Aku ambil barang tertinggal semalam!" Bersahaja, dia tak terkesan dengan riaksi Daniel.
"Bila kau nak mulakan latihan balik. 3 bulan bukannya lama tau!" Pujuk Daniel, masih mahu terus mengharap. Luqman bisu tidak menjawab. Fikirannya masih dipersimpangan dilema.
* * *
Kalau dah namanya sekolah asrama, tak dapat lari daripada rutin. Dari pagi membawa malam, aktiviti harian sudah dirancang khas. Lebih-lebih lagi Mahkota yang terkenal dengan reputasi tersohor. Dikenali antara sekolah berasrama penuh yang terbaik di Malaysia, banyak perkara yang perlu dijaga. Walau lebih menjurus kepada sukan, namun hal akademik tetap nombor satu. Tak cukup dengan waktu persekolahan biasa, jadual kelas tambahan direncana setiap pagi Sabtu. Dari pukul 9 hingga 11, bak kelas tuisyen, pelajar lebih santai dan seronok mengulangkaji pelajaran. Mana-mana yang tercicir dek latihan atau perlawanan di sana-sini, waktu inilah masanya mereka mengejar semula sillibus pelajaran. Tidak hairan mengapa ramai yang bercita-cita mahu ke sini. Yang mana buta sukan dan tak reti nak berpeluhpun sibuk nak memohon. Tapi bukan semudah itu mahu bolos, kecuali kes si tomboy seorang itu…
"Yui!!!" Jeritan Fauziah memenuhi ruang darjah 4 Sains itu.
"Yo’!" Yui mengangkat tangannya tinggi. Terkejut beruk dipanggil begitu. Dalam mamai dia menggosok-gosok mata yang bagai diletak gam. Pelajar lain sudah mencicit-cicit ketawa kelucuan.
"Dah dekat 10 kali saya tegur awak. Kenapa teruk sangat mengantuk awak ni? Tu, tangan awak tu kenapa?" Tanya Fauziah geram. Perasan akan tangan Yui yang berbalut kain putih. Tamat waktu matematik yang diajar Jamilah tadi, rakan sejawatannya itu sudah mengingatkan tentang pe’el pelajar itu yang kemengantukan. Tidak hairanlah dia jikalau Jamilah tidak dapat mengatasi masalah itu. Maklumlah, Jamilah lembut orangnya. Tapi bila tiba waktu Fauziah yang terkenal dengan suara nyaring halilintar, telinga gadis itu bagai sudah immune. Dijerit berkali-kalipun, celiknya hanya dua tiga saat, lepas tu kepala mula macam lalang ditiup angin. Mujur tak tersungkur ke lantai saja lagi.
"Saya penat pasal main bola semalam cikgu! Tangan ni bengkak, sebab Ramli tendang kuat sangat. Terkehel sikit!" Jawabnya selamba. Matanya masih kuyu. Dania dan Sangitha yang turut sama dalam kelas tersebut dah menggeleng bagai nak rak. Malu aku nak mengaku kawan minah ni! Macam tak logik je jawapan.
\"Ada saja jawapan kamu! Kamu main bola sepak pakai kaki apa pasal pulak tangan yang cedera?" Tanya Fauziah lagi, ingin tahu lebih lanjut.
"Saya jadi penjaga gol!" Jawab Yui toye. Satu kelas bantai ketawa!!! Kenapa? Aku buat lawak ke? Betullah wei, aku penjaga gol!
"Pandailah awak bergurau. Sudah tu! Datang depan ni, lengkapkan persamaan kimia 4.b tu. Seimbangkan kanan dan kiri." Arah Fauziah. Sudahlah aku penat mengajar keseimbangan kimia berkali-kali, tak faham-faham juga budak-budak ni! Dia boleh lelapkan mata pula! Siaplah kau kalau tak dapat jawab!
"Haitttt!" Jawab Yui sambil bersisa kuap. Buku teks di atas mejanya dibawa ke papan putih di depan. Menyalin soalan, seterusnya dia menjawab soalan tersebut. Kacang je! Pelajar-pelajar lain mula terkebil-kebil, cuba memahamkan apa yang membuatkan persamaan kimia itu seimbang begitu. Selesai menjawab, Yui kembali ketempatnya, menguap lagi.
"O.K. kelas, tengok jawapan Yui. Betul ke? Seimbang tak kiri dan kanan?" Fauziah sendiri ragu-ragu. Soalan Yui diperiksa dan dibandingkan dengan kertas skema jawapan yang ada di tangan. Senang sangat ke soalan yang aku bagi?
"Betulll!!!" Jawab pelajar lain serentak.
"O.K. bagus Yui! Yang lain ni, contohi Yui. Mengantuk-ngantukpun dia faham apa yang saya ajar. Kamu tak faham lagi ke?" Fauziah dah separuh putus asa.
"Sikit-sikit!" Satu dua suara yang menjawab. Geram Fauziah bertambah-tambah. Jam di tangannya dilihat.
"Ha dah pukul 11 rupanya. Masa dah habis kan? Siapa yang tak faham lagi tu boleh tanya Yui lepas ni. Nanti saya lambat nak ambil anak saya tuisyen pula. Asyik melayan kamu saja." Fauziah mengemas-ngemaskan barangannya.
"Aik cikgu, cikgu ajar kami tuisyen. Tak akan cikgu hantar anak cikgu tuisyen tempat lain kot. Cikgu tak ajar anak cikgu ke?" Ghanathan, ketua kelas yang memang terkenal dengan mulut ramahnya bertanya.
"Anak saya tu darjah enam! Karang saya ajar dia Kimia, pening pula kepala dia. Mengajar awak yang dah besar panjang ni pun tak faham-faham. Banyak tanya pula kamu ni Ghana! O.K. terima kasih kelas!" Fauziah sudah bersedia mahu meninggalkan kelas.
"Hehe! Bangun kelas. Terima kasih cikgu!" Ghana mengucap. Diikuti lafaz bersama rakan-rakan yang lain. Sejurus Fauziah hilang, suasana riuh terbit. Meja Yui diserbu beberapa pelajar lain yang ingin bertanyakan mengenai persamaan kimia yang membingungkan mereka.
"Kau dah pernah belajar ye benda ni dekat Jepun sebelum ni?" Tanya Dania. Setelah diterangkan Yui baru dia faham akan konsep itu.
"Tak lah! Aku baru baca topik ni malam tadi." Jawab Yui jujur. Memang dia terpaksa berbuat begitu sebelum masuk ke kelas. Sudah terbiasa dengan karektor hiragana, katakana dan kanji Jepun, dia kurang lancar membaca rumi. Lebih-lebih lagi bahasa saintifik yang panjang berjela lagi kompleks. Almaklumlah pendidikan bahasa Inggeris di Jepun hampeh sikit. Pasal tu orang Jepun tak reti-reti berbahasa inggeris. Baca banyak kali baru faham!
"Ooo… Pasal tu kau mengantuk ye! Rajin betul!" Puji Sangitha.
"Yui, Yui! Luqman Hakim, Luqman Hakim!" Mira seorang lagi rakan sekelasnya memuncung pada kumpulan pelajar lelaki 6 rendah yang melalui koridor darjah tersebut. Terdengar akan namanya dipanggil, Luqman menoleh pada geng-geng Yui. Bertentang mata dengan gadis itu, automatik Luqman menarik pandangannya, menjeling.
"Kenapa pula kalau Luqman Hakim? Aku peduli apa." Tegas Yui sedikit bengang. Sengaja dia menguatkan suaranya. Kerek… Jual mahal pulak!
"Eh! Kau kan tergila-gilakan mamat tu. Satu sekolah dok bercakap kau tau!" Cheah membalas kata Yui. Yang lain semakin berminat mendengar pendapat gadis itu tentang Luqman. Mendapat informasi gosip terus dari sumbernya.
"Tolong sikit! Siapa yang tergila-gila Luqman Hakim. Tak nak aku lelaki macam tu. Belum berlawan dah mengalah. Ada masalah je berhenti sekolah! ada masalah je lari! Pengecut!" Kuat Yui menjerit. Biar Luqman dengar semua kata-katanya itu. Tak pe, mahal mana pun diri kau Luqman, aku akan beli juga. Strategi pertama: Sama-sama jual mahal! Aku nak tengok siapa yang kena beli dulu!
DUA PULUH SEMBILAN
Tetamu Tak Diundang
Melepasi jam 11 pagi, semua menarik senyum lebar. Manakan tidak, mereka diberi ruang melakukan aktiviti bebas sehingga petang nanti. Ianya bergantung pada Coach pasukan masing-masing sama ada mahu mengadakan latihan atau tidak. Selalunya mereka diberi cuti kecuali kalau ada perlawanan dalm tempoh terdekat ini. Setakat ini pasukan bola sepak STORM sahaja yang punya agenda begitu. Malamnya mereka ada ceramah motivasi di Dewan Mahkota, dewan perhimpunan tempat mereka berkumpul setiap pagi. Wargh! Bosan!
Bagi STORM, sambungan latihan insentif mereka bermula jam 3 nanti. Sementara itu, ahli-ahli yang lain membuat aktiviti sendiri. Ada yang mengqada tidur, menghidupkan kilang taik mata. Ada yang tercongok depan TV dengan tisu ditangan, tengok Hindustan! Ada yang jadi tukang cuci, stok baju seminggu dah mula berbau semacam! Tak kurang juga ada yang mengacau hidup orang lain.
"Konnichiwa*, Ramli-kun!" Teriak Yui menyapa Ramli yang sedang khusyuk termenung. Ramli yang agak terkejut sekadar membalas dengan dengusan dan pandangan tak puas hati. Macam mana si tomboy ni boleh tahu aku ada kat sini?
"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?" Tanya Ramli, inginkan jawapan. Sengaja dia ingin bersendirian. Maka belakang bengkel kejuruteraan itu menjadi port-nya melayan fikir. Terletak di hujung padang bola sepak dan jarang-jarang dikunjungi, ramai yang takut hendak ke bengkel tersebut kerana kononnya berhantu.
"Kitakan sehati sejiwa!" Jawab Yui selamba, punggungnya dilabuhkan tidak jauh daripada Ramli. Wal hal sebenarnya dia mengekori pemuda itu sejurus tamat kelas tambahan mereka tadi.
"Banyaklah kau punya sehati sejiwa." Ramli memandang jauh ke depan. Malas hendak diendahkan gadis itu.
"Kau tahu tak yang kau ni senang sangat untuk diduga." Yui memberi pandangannya.
Sekadar memandang Yui dengan kerut muka, Ramli bingkas. Aku yang mudah diduga atau kau yang psikik? Suka sangat menyibuk hal orang!
"Kau nak pergi mana?" Tanya Yui, pelik apabila Ramli mula melangkah.
"Ke tempat yang tak ada bayang kau!" Jawab Ramli spontan. Duduk sini karang tak pasal-pasal kena kena tangkap khalwat!
"Kau jadi Coach aku ya! Aku yakin aku boleh tangkap rembatan kau tu." Pujuk Yui.
"Tangan dah berbalut macam tu pun ada hati nak jaga gol?" Kata Ramli tersenyum sinis.
"Tangan mana? Tangan ni? Tangan aku O.K je. Saja balut begini, nak buat drama!" Yui kenyit mata, nakal.
"Macam-macamlah kau ni!" Kepala menggeleng sendiri. Berjalan menyelusuri belakang bengkel kejuruteraan itu, Ramli menghala ke arah padang bola sepak.
"Well, well, well! Look who is here. Lagenda Gemilang, Ramli Ismail! Aku fikir kau akan kekal sebagai lagenda. Tak sangka pula kau masuk ke Mahkota? Long time no see Dash! Apa khabar? Senang dapat bekalan dekat sini?" Suara yang amat dikenalinya menghentikan jejak Ramli. Begitu juga Yui. Bertembung dengan mimpi ngerinya di Gemilang, sejarah hitam kembali semula dalam ingatan.
"Dash?" Yui berbisik sendiri, musykil dengan 3 jejaka beruniform sekolah yang tiba-tiba muncul di depannya itu.
"Shawn… Apa kau buat dekat sini?" Tanya Ramli, masih lagi tenang. Penumbuknya digenggam erat.
"Aku teman Halim lawat adik dia. Wani pun baru masuk ke sini macam kau. Dah terlanjur di sini, teringin tengok sahabat lama. Tepat tekaan aku, kau pasti ada kat sini. Striker sejati memang susah nak tinggalkan padang! Betul tak?" Perli lelaki yang digelar Shawn itu. Dua lagi lelaki dibelakangnya hanya diam seribu bahasa, tersengih menyindir.
Tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu, Ramli hendak beredar dari situ. Namun, jalannya disekat Shawn.
"Jangan harap kau nak tunjuk taring dalam perlawanan minggu depan nanti!" Nada suara Shawn bertukar serius, bersemuka dengan Ramli.
"Kenapa? Kau takut pada bayang-bayang sendiri? Selepas aku pergi, Coach Tahar jadikan kau anak emas dia ke?" Sinis kata-kata Ramli. Melepaskan geramnya.
"Kau jangan nak cabar aku Ramli!" Shawn bengang. Kolar baju Ramli dicekaknya. Yui tak boleh terus membatu…
"Argh!!!" Shawn mengerang sakit, gengaman kolar Ramli terlepas. Tangan lelaki itu yang mencekak kolar Ramli dipulas Yui. Mara selangkah ke depan bersama Shawn, Yui melepaskan mangsanya.
"Auch!... Bodoh! Apa masalah kau ha pendek?" Marah Shawn. Tangannya yang masih berbekas sakit, digosok-gosok. Dua lagi kuncu-kuncunya ternganga besar.
"Aku tak ada masalah! Kau yang ada masalah sebenarnya. Masuk sekolah orang, nak tunjuk samseng pula." Geram Yui.
"Wow! Tomboy Jepun rupanya. Siapa minah kerek ni Dash?" Tanya Shawn setelah mendengar suara dan slang Yui yang lain macam. Aku ingatkan mamat cina mana tadi!
"Aku Yui Ito. Keeper STORM!" Jawab Yui serius memperkenalkan diri. Tawa pecah daripada ketiga-tiga tetamu tak diundang itu.
"Kau? Kau jaga gol Mahkota?" Tanya Shawn masih bersisa gelak. Melihatkan fizikal gadis itu, perutnya bagai digeletek. Ada hati nak jaga gol!
"Ada masalah dengan hal tu?" Yui bengang dipermain begitu.
"Tak! Tak ada masalah langsung. Cuma aku rasa membazir sahaja main minggu depan kalau keputusannya sudah diketahui. Tak sangka pula Mahkota terlalu terdesak sampai ambil perempuan masuk STORM." Shawn yakin 100%. Gelak berkumandang lagi.
Yui sudah menggelegak, tak tahan sabar. Dia mara mahu memulakan langkah Judonya. Aku back flip juga mamat ni! Tapi Ramli menghalang mendepangkan sebelah tangannya menahan Yui.
"Wah! Boleh tahan juga kau ya! Tak padan dengan pendek, gangster! Dash, kalau kau pi clubbing nanti jangan lupa bawa dia ya! Jumpa di padang minggu depan, LOSER!." Terherot mukanya sebelah, melirik sinis. Puas hati dengan apa yang dilihatnya, Shawn dan kuncu-kuncunya berundur.
Ramli menggenggam penumbuknya erat. Bengang sangat-sangat. Dia mengambil beg jaring yang berisi bola sepaknya yang sedari tadi tersangkut dibahu.
"Arghhh!!!" Ditendang jauh bola itu ke tengah padang. Melepaskan geram. Dia terduduk, menunduk memegang kepalanya. Kusut!
"I think you need a counselor… or may be just a friend!" Yui merendahkan dirinya. Memegang bahu Ramli, tersenyum pada lelaki itu apabila mata mereka bertemu.
"Tak ada kena mengena dengan kau!" Balas Ramli, ego.
TIGA PULUH
Putusnya Sebuah Persahabatan
"Dah tenang hati kau… Dash? I think that’s your nickname right? Cool!" Yui memula kata sebaik Ramli melabuh punggung disebelahnya.
"Dash and Slash! Itu yang orang panggil kami dulu. Nama dia Muhammad Syawal Datuk Jamaludin, AKA Shawn AKA Slash. Kami berkawan sejak tingkatan satu lagi di Gemilang. Tapi persahabatan tu dah hancur lebur sekarang." Akhirnya Ramli mengalah. Duduk disitu, menendang angin, berbual dengan Yui, hatinya tenang. Entah mengapa ringan sahaja mulutnya apabila melihatkan senyuman Yui. Diheret gadis itu ke gimnasium sebentar tadi, dia disuruh Yui melepaskan geram pada punching bag yang ada disitu.
"Macam mana boleh jadi begitu?" Yui teruja, duduknya dibetulkan pada bangku di wakaf itu. Dari raut wajah Ramli, dia pasti segala kerunsingan lelaki itu sudah tertanam dalam punching bag di gimnasium. Berkesan juga kaedah yang Daniel ajar aku dulu itu! Sesudah melepaskan segala-segalanya, Ramli mendapatkan Yui yang berteleku di wakaf. Tanpa ditanya, kisah yang lama dipendam, terkeluar sendiri.
"Sebab dendam. Macam tak percaya bukan, sebab berdengki kawan boleh jadi musuh." Menghembus nafas panjang. Seribu kekesalan wujud dalam kerut wajah lelaki itu.
"Shawn dengan aku sama-sama dalam pasukan bola sepak Gemilang dulu. Dilatih Coach Tahar yang memang terkenal dengan latihan kerasnya, aku tak sehebat Shawn pada mulanya. Memang tak dinafikan, Syawal dilahirkan untuk menjadi pemain bola sepak! Karisma, kesungguhan dan cinta dia pada sukan ini memang tak terlawan. Aku pula akan diherdik setiap kali latihan kerana sering gagal menepati standard pasukan… atau lebih tepat lagi standard Coach Tahar! Dia menekan kitorang mengalahkan tentera kau tahu! Semua perlu jadi yang terbaik! Semua perlu contohi Syawal!" Ramli mengajuk kata bekas jurulatihnya itu.
"Tapi aku tak kisah semua itu, kerana Shawn sentiasa ada disisi memberi kata semangat pada aku. Dia yang membuat aku lebih tekun lagi berlatih." Ramli terlirik senyum, terkenang saat manis persahabatan itu.
"Pasti kau dengan dia rapat kan?" Tapi apa yang berlaku. Kau ke yang berdengki dengan dia?" Tanya Yui.sengaja mendesak.
"Hah?... Ya! Bolehlah dikatakan begitu. Aku berdengki dengan dia yang punya segala-galanya. Keluarga yang kaya raya, bakat semulajadi, populariti dan digilai ramai. Sempurna! Cukup serba-serbi." Dengus Ramli, sinis.
"Jadi?" Semakin menarik kisah yang diceritakan Ramli itu pada Yui.
"Jadi aku cuba menangani dia. Mungkin dari segi wang, keluarga aku memang tak mampu. Cukup sekadar bergaya dengan barangan tiruan Petaling Street yang dibeli hasil meniaga VCD haram dekat asrama. Untuk bola sepak pula, aku berlatih melebihi yang lain. Aku mahu jadi sehebat Shawn! Dan terima kasih buat dia, popularitinya itu lama-lama terlampias juga pada aku. Coach Tahar mula nampak siapa diri aku, siapa Ramli Ismail!" Kata-kata Ramli terhenti dek Yui.
"Whoa! Apa yang orang selalu panggil Malik tu… Ahh… O… ooo tai! Otai! Hah betullah! Otai! Otai juga kau ni ya!" Yui kekaguman. Jual VCD haram?
Ramli tergelak kecil, terhibur dengan keletah Yui.
"Bolehlah. Kiranya aku ni nakallah juga! Faham sajalah, budak lelaki. Bila tengok kawan pakai seluar jeans beratus ringgit, aku teringin juga." Ramli jujur mengakui. Setakat beli VCD haram 5 ringgit dekat pasal malam, lepas tu jual dekat asrama 7 ringgit, biasalah tu! Pandai-pandailah nak cari makan.
"Tapi kalau setakat jual VCD haram, apa masalahnya?" Yui pusing. Masih tak dapat gambaran jelas. Aku dulu lagi hebat kat sekolah!
"Masa PMR, aku taubat kejap buat benda-benda haram tu. Aku tumpukan hanya pada pelajaran dan latihan bola sepak! Yang lain aku tolak tepi! Tapi Shawn… Dia terpengaruh dengan abang dia yang kaki clubbing dan kaki botol. Tiap-tiap kali outing atau pulang bermalam, karaoke dan kelab malam dah jadi aktiviti rutin mereka. Maklumlah, anak-anak Datuk ni, faham-faham sajalah perangai diorang. Duit keliling pinggang, hati muda, joli sakanlah!" Ramli bersungguh.
"Kau tak terpengaruh pula?" Tanya Yui lagi. Ramli tersengih.
"Ada juga. Tapi aku tak boleh nak gadaikan masa depan aku untuk keseronokan macam tu. Sebagai anak sulung, aku galas harapan keluarga. Adik-adik aku masih kecil dan aku perlu menjadi contoh yang terbaik." Perlahan bicara Ramli.
"Wah! Wah! Wah! Matangnya kawan aku ni! Habis tu apa jadi dekat Shawn?" Yui ingin tahu.
"Wei aku best student tau! Jangan tak percaya!" Ramli kembang hidung. Bangga akan hakikat itu.
"Habis tu bila masanya yang kau bergaduh dengan Shawn? Dari cerita kau ni macam tak ada apa-apapun yang berlaku antara kau dengan dia." Yui inginkan jawapan. Dengusan Ramli panjang.
"Aku dengan dia masih lagi karib tapi semuanya berubah bila Coach Tahar umumkan yang aku telah dipilih sebagai wakil Malaysia untuk pasukan bawah 18 tahun. Shawn melenting, sebab bagi dia aku selalu nombor dua dan dia nombor satu." Ramli melafazkan apa yang terjadi, berat sekali.
"Then? Lepas tu?" Tanya Yui bertalu. Memang tak tahu sabar si tomboy ni! Geram Ramli.
"Selepas itu kemesraan disulami dengan rasa tak puas hati. Dengki membibit rasa benci. Dalam senyum ada dendam. Itulah yang berlaku!" Ada kekecewaan dalam nada itu. Yui garu kepala.
"Kau boleh tak jangan berkias-kias, berbahasa-bahasa indah ni! Aku tak faham. Cuba cerita betul-betul apa yang terjadi sebenarnya?" Yui dah naik geram. Senyum Ramli membuat muncungnya semakin panjang.
"Aku kena tendang daripada Gemilang sebab aku mengedar Ecstacy!" Laju Ramli menutur, tak suka didesak begitu.
"Hah!" Rahang Yui jatuh.
"Puas hati?" Tanya Ramli pula. Berkelip-kelip mata gadis itu memandangnya.
"Kejap! Tunggu… tunggu kejap! Kau kena tendang dari Gemilang! Kau edar Ecstacy! REWIND! Kenapa yang skip banyak sangat ni? Cerita dari mula!" Yui sedikit menjerit, melayang tangannya tinggi mengarah Ramli.
Ramli hanya menggeleng, tersengih. Kenapa aku kena beritahu semuanya pada minah ni?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
uwaaaaaaaaaaaa..menrk2!cpt smbg..x sabo nak bce g..besh2(^_~)