Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jarum jam tangan Izzahtul menunjukkan 2.30 petang tepat, dia mula memasuki perkarangan Bangunan Berjaya Holdings. Akhirnya sampai juga dia ke destinasi. Izzahtul mula mengintai-ngintai tempat meletak kenderaan di kawasan luar bangunan Berjaya Holdings sekiranya masih ada lot yang kosong. Dalam mencari tempat meletak kenderaan yang kosong Izzahtul terpandang kereta Zainuddin. Semua tempat meletak kenderaan berhampiran kereta Zainuddin telah dipenuhi. Dia terus memandu perlahan, puas mencari namun semua tempat meletak kenderaan telah penuh.
Izzahtul mula memusingkan kereta yang di pandu ke arah pintu masuk bangunan Berjaya Holdings. Dalam fikiran terlintas kemungkinan ada tempat meletak kenderaan yang di sediakan untuk tetamu. Setibanya di pintu masuk utama kenderaannya diperlahankan di pondok pengawal. Izzahtul meminta keizinan untuk masuk. Dia memaklumkan akan temujanji yang telah di buat. Izzahtul diminta mengambil pas masuk sebagai pelawat. Beginilah keadaan keselamatan bangunan besar seperti Berjaya Holdings. Sistem kawalan keselamatan dia memang ketat. Kemudian dia diminta meninggalkan Kad Pengenalan dan mencatatkan nama di dalam buku daftar tetamu. Di dalam hati Izzahtul mengomel juga kerana terlalu banyak prosedur keselamatan yang perlu dilalui.
Tak berapa lama kemudian, kereta yang di pandu memasuki ke dalam tempat meletak kenderaan di hadapan bangunan Berjaya Holdings. Dia mula mencari tempat meletak kenderaan yang kosong tapi hampa. Semua pun penuh. Izzatul masih terus mencari. Dalam mencari-cari akhirnya dia tersenyum puas bila terpandang terdapat dua tempat meletak kenderaan yang masih kosong berhampiran pintu masuk utama. Tanpa membuang masa Izzahtul terus menuju ke tempat letak kenderaan tersebut. Dalam kekalutan atas kelewatannya, Izzahtul tidak sedar kereta Gen 2 yang dipandu diletakkan di luar kotak meletak kenderaan yang betul. Ini mengakibatkan kereta tersebut berada di tengah-tengah di antara kedua-dua lot meletak kenderaan. Tanpa perasan atas kesalahan yang di lakukan. Dia mematikan enjin kereta dan terus mengambil beg tangan serta fail yang perlu di bawa bersama. Setelah semua berada ditangan dia keluar dari kenderaan dan menguncikan kereta tersebut mengunakan alarm.
Ketika Izzatul sudah berpaling dan mula mengorak langkah menuju ke pintu masuk tiba-tiba dia di kejutkan dengan bunyi hon kereta yang agak kuat. Fail yang di pegang terlepas jatuh. Bertaburan helaian kertas dari dalam fail. Izzatul terperanjat. Dia mengucap panjang. Izzahtul mendegus geram. Kelihatan sebuah BMW biru gelap meluncur mendekati tempat dia sedang tergamam. Tanpa mempedulikan kenderaan tersebut dia menunduk dan mengutip kertas-kertas yang terkeluar dari dalam fail. Ketika Izzahtul sedang terbongkok mengutip kertas yang jatuh tiba-tiba kutipan dia terhenti bila merasakan ada sepasang kasut hitam berkilat berhampiran dengan salah satu kertas yang ingin di kutip. Ada kertas yang terpijak. Izzahtul mendongak. Terlihat kelibat seorang lelaki berdiri memandangnya. Sekali imbas hatinya tercuit melihat lelaki di hadapannya, smart berbaju kemeja lengan panjang berwarna biru cair bertali leher warna biru gelap bercorak jalur-jalur halus.
Fazrul membuka kaca mata hitamnyer. Memandang Izzahtul. Hati mula membara kerana dia terpaksa keluar dari kenederaanya di tengah panas terik hanya kerana tempat meletak kenderaannya terganggu, Izzahtul pula tergamam bila Fazrul menanggalkan cermin mata hitam. Wow! boleh tahan mamat nie. Terdetik di dalam hati. Dia tersedar. Izzahtul kembali menundukkan wajah ingin menyambung mengutip helaian kertas yang masih berselerakan. Di dalam hati dia merungut kerana lelaki yang telah membuat dia terperanjat hanya memandang tidak mahu membantu.
Ketika tangan Izzahtul ingin mencapai kepada helaian kertas terakhir tiba-tiba kertas tersebut di sambar lelaki itu. Kini kertas itu berada ditangan lelaki tersebut. Fazrul memandang Izzahtul. Ayu. Tapi raut wajahnya cukup bengis. Fazrul melayang-layangkan helaian kertas tersebut seolah-olah sengaja mempermainkan Izzahtul. Kemudian dia mengangkat kertas tersebut di atas kepala menghalang terik sinaran matahari. Cermin mata kembali di pakai.
Bertambah geram hati Izzahtul. Berlagaknya mamat nie. Izzahtul mengomel sendirian di dalam hati. Fazrul bersuara.
" Cik adik oii…. Lawa awak parking kereta? "
Kata-kata yang dituturkan nampak lembut tapi agak kasar bahasanya. Izzahtul memandang sekilas pada kedudukan keretanya.
" Cantiknyer bahas cik abang oii… kembalikan saya punya kertas, saya ada temujanji nie. Saya dah lambat nie… "
Izzatul ingin merampas kertas dari tangan Fazrul. Tapi helaian kertas tersebut di tarik dan Fazrul menghalang dari di rampas Izzahtul. Fazrul menunjukkan mimik muka mengejek. Menambah lagi rasa kemarahan Izzahtul.
" Dah lah aku lambat nie. Dia pula buat masalah. Apa kena dengan mamat nie? Gila ker?." Izzahtul hanya meluahkan rasa kemusykilan dalam hatinya.
Kemudian dia bersuara.
" Awak nie kenapa? Ada masalah ker dengan saya? Bagilah balik kertas saya tu. Saya dah lewat nie."
Fazrul masih diam memandang. Izzahtul kembali bersuara.
" Dahlah awak terperanjatkan saya. Kalau saya ada sakit jatung tadi dah lama jalan. Sekarang nie awak nak apa? Tengah panas nie. Cepatlah. "
Fazrul ingin tergelak tapi dia menahan. Izzatul semakin geram dengan Fazrul. Kalau ler dia jenis binatang makan orang sudah ditelan mamat dihadapannya pada waktu tengah panas macam nie. Nasib baik dia manusia. Dia melihat tingkah Fazrul. Belagaknya.
Kelihatan Fazrul memasukkan tangan di kocek. Helaian kertas tadi masih menjadi perlindung di atas kepala.
" Nielah sikap anak orang kaya. Perasan bagus. Sedar ler harta tu mak bapa yang punya. Tak malu." Izzatul mengomel lagi dalam hati.
Fazrul menjuihkan bibirnyer ke arah kereta Izzahtul. Selagi Izzahtul tidak membetulkan kedudukan keretanya dia tidak akan memulangkan kertas yang berada di tangannya. Izzahtul memandang. Baru Izzahtul terperasan yang kedudukan kenderaannya berada ditengah-tengah antara dua lot meletak kenderaan. Lantaklah. Izzahtul kembali memandang Fazrul.
" Awak cari parking lainlah… saya dah lambat nie… "
Izzahtul menjawab selamba tanda faham dengan apa yang terlintas dalam fikiran Fazrul.
" Cik adik oii…hello! kau tahu tak kau parking macam mana? Kau ingat tempat nie di khas kan untuk kau ker? Aku nak parking kereta aku. Tempat tu tempat letak kereta aku. Faham?".
Dengan nada belagak dan tegas Fazrul membalas kata-kata Izzahtul.
" Saya tak kuasa ler nak layan karenah awak. Saya dah lambat nie. Bawa sini kertas saya tu…. Kalau awak nak juga parking. Awak angkatlah kereta saya tu."
" Wah! sedapnyer bahasa. Melawan nampak "
Fazrul geram. Bertambah angin satu badan. Izzahtul pula berpuashati dapat melawan kata-kata Fazrul. Dia dapat rasakan yang Fazrul saja nak tunjuk lagak hanya kerana dia perempuan. Izzahtul memang pantang di perlakukan begitu. Memang dia nampak lembut tapi dia juga ada ketegasan. Fazrul menghampiri Izzahtul. Tanpa di duga Izzahtul, sepantas kilat tangan Fazrul merampas anak kunci kereta di tangan Izzahtul. Dengan muka yang bengis, geram, selamba dan berlagaknya Fazrul terus berlalu menuju ke arah kereta Izzahtul. Izzahtul berpaling dan mula melangkah. Dia bersuara agak nyaring.
" Hey! Awak nie kenapa? Kembalikan kunci kereta saya tu "
" Kau diam dekat situ! "
Fazrul menengking. Tahap kesabaran Fazrul hilang. Fazrul terus membuka kunci kereta Izzahtul mengunakan alarm. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Kereta Gen 2 mula bergerak. Fazrul membetulkan kedudukan kenderaan Izzahtul ke dalam kotak yang betul. Izzahtul cuma terdiam dan memandang. Kemudian Fazrul keluar dan terus menguncikan kereta. Kunci masih ditangan Fazrul. Raut wajahnya tetap selamba dan berlagak. Fazrul kembali ke dalam keretanya dan terus memasuki tempat meletakkan kenderaan yang di khaskan untuk dia. Izzahtul pula hanya memandang, Dia geram dengan tingkah Fazrul kerana bertindak seolah-olah Izzahtul tidak wujud di depan matanya.
" Sedap-sedap dia jer nak alih kereta aku. Keberadaan aku disini tidak dihiraukan. Ingat aku tunggul ke. Melampau nie."
Izzahtul masih berkata sendirian di dalam hati. Izzahtul mengetip bibir tanda geram. Masih memandang tingkah Fazrul.
Setelah kereta BMW di letakkan di tempatnya bersebelahan kereta Izzahtul, Fazrul keluar sambil menyangkutkan kot di tangan dan mengunci keretanya. Dia menghampiri Izzahtul.
"Nah! kertas kau."
Helaian kertas yang dipegang di serahkan kembali kepada Izzahtul. Izzahtul menyambut helaian kertas tersebut.
Dari jauh kelihatan beberapa pasang mata memandang. Mungkin pekerja-pekerja Berjaya Holdings yang baru mula masuk ke pejabat. Kelihatan mereka berbisik sendiri. Dalam hati Izzahtul berkata.
" Pedulikanlah! "
Dia tersentak bila Fazrul bersuara, Fazrul menanggalkan cermin matanya.
"Kalau tak reti nak bawa kereta dan letak kenderaan dengan betul, lain kali bawa pemandu. Tak menyusahkan orang lain!. Nie lah masalah perempuan zaman sekarang. Kau ingat kau bawa kereta macam bawa basikal, boleh tinggal-tinggal sesuka hati.! "
Izzahtul menjeling tanda tidak selesa dengan bicara Fazrul. Fazrul bersuara tegas. Ayatnya di sambung.
" Untuk makluman kau. Tempat letak kenderaan ini di sediakan untuk Pengarah Urusan syarikat nie. Tahu tak? Cuba kau tengok sign board tu. Tak reti baca? Atau sememangnyer kau sengaja dan teringin nak jadi bini Pengarah Urusan? Jangan perasan lah!"
Dengan nada dan gaya menyakitkan hati Fazrul menemplak sambil menunding jari menunjukkan arah sing board yang tertulis ‘PENGARAH URUSAN’. Alamak! macam mana Izzahtul tidak perasaan akan sign board yang tertulis. Muka Izzahtul kemerahan menahan malu.
" Parking lot tu kosong apa salahnya saya letakkan kereta saya. Membazir di biarkan kosong macam tu."
Izzahtul menjawab cuba menghilangkan rasa malunya, suaranya agak perlahan, takut-takut untuk bersuara. Fazrul memandang tajam Izzahtul. Glupp! Izzahtul menelan air liurnya.
" Marah ker dia? Lantak ler."
Fazrul kembali memakai cermin mata.
" Pandai kau menjawab yerr…. Takpe masa masih panjang lagi. Tunggu lah nanti. Pandai lah aku nak ajar kau! "
Fazrul berlalu pergi. Izzahtul cuma memandang sepintas lalu. Ketika meninggalkan Izzahtul Fazrul mula memikirkan sesuatu. Anak kunci tangannya di pandang. Dia tersenyum puas. Tanpa Izzahtul sedar kunci keretanya tidak di kembalikan Fazrul.
Dari sudut belakang kelihatan Izzahtul masih tercegat berdiri melihat Fazrul memasuki pintu utama syarikat Berjaya Holdings.
" Ada hati nak jumpa aku lagi. Please ler tak kuasa nak layan. Alamak! Aku dah lambat nie. Mamat nie betul-betul menyusahkan. Aku pun satu pi layan dia buat apa?. "
Izzahtul mengomel sendiri sambil menjuihkan lidah ke arah Fazrul. Jam di tangan menunjukkan 2.40 petang, sepuluh minit dah dia terlewat nie semua gara-gara si giler tu.
" Kalau tak dah tentu aku sampai tepat masanya."
Izzahtul terus berlari anak menuju ke pintu masuk. Ketika menghampiri pintu masuk Izzahtul perlahankan rentak jalannya takut-takut terserempak dengan Fazrul lagi. Rasa menyampah melihat Fazrul dengan lagaknya. Cukuplah sekali ini dia menemui Fazrul, rasanya dia tak mahu berjumpa dengan Fazrul lagi. Bila pasti Fazrul sudah tiada Izzahtul terus berlalu ke pintu masuk dan menuju ke arah kaunter penyambut tetamu.
Kehadiran Izzahtul di kaunter disambut dengan ukiran senyuman si gadis penyambut tetamu.
" Assalammualaikum. Selamat petang. Saya Nurul Izzatul Nazira dari Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, saya ada temujanji dengan En Azizul, daripada Bahagian Pemasaran syarikat. Boleh tunjukkan saya macam mana nak ke sana?"
" Waalikumusalam. Cik. Nurul Izzatul yer.. En Azizul dah pun berada di dalam bilik mesyuarat dengan salah sorang wakil jabatan cik. Cik boleh terus ke bilik mesyuarat. Bilik mesyuarat berada di tingkat lima. Betul-betul berhadapan dengan pintu lif."
Penyambut tetamu memberi makluman. Izzahtul tersenyum mendengar penerangannyer. Dalam hati gadis penyambut tetamu memuji, kagum dengan keayuan Izzahtul. Cantik!
Izzahtul kembali tersenyum kepada gadis penyambut tetamu itu. Dia mengucapkan terima kasih sebelum berlalu menuju ke pintu lif. Setibanya di hadapan pintu bilik mesyuarat. Pintu di ketuk. Kedengaran suara orang mengarahkan Izzahtul masuk. Kelihatan perbincangan sedang rancak. Ini menandakan perbincangan telah berlangsung. Izzahtul memohon maaf kerana kelewatan kepada En Azizul. En Azizul tersenyum tanda memahami. Zainuddin kembali menerangkan kepada Izzahtul akan perkara yang telah dibincangkan. Izzahtul mengangguk faham. Terasa mudah membuat perbincangan dengan En Azizul Walaupun usia En Azizul agak jauh berbeza di antara Izzahtul dan Zainuddin tapi dia tidak menunjukkan sikap memperlekehkan orang muda seperti mereka. Perbincangan berlangsung hampir satu jam setengah. Banyak perkara telah dipersetujui. Ini memudahkan kerja Izzahtul dan Zainuddin.
Selain daripada perbincangan soal kerja, terselit juga pertanyaan soal peribadi Izzahtul. En Azizul juga tidak lepas mengusik Izzahtul, bertambah rancak bila Zainuddin juga turut sama menjadi ‘nasi tambah’. Ada ketika Izzahtul tersenyum tersipu menahan malu dengan usikan. Setelah semuanya selesai Izzahtul dan Zainuddin minta diri beransur pulang.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bile nak sambung????