Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dendam yang terbuku sekian lama masih lagi menjadi kekuatan dalam dirinya untuk berhasrat merosakkan mana-mana lelaki. Tiap-tiap malam dia mengalami mimpi yang sama. Mimpi yang menjadi titik noda hitam sewaktu zaman cerita silamnya. Mungkin kerana mimpi itu yang menyebabkan dia terpengaruh dan menjadi semakin susah untuk berubah.
Anisa mula menyimpan hasrat untuk mengenakan lelaki-lelaki dayus yang tidak ada perikemanusiaan. Lelaki yang sering mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga mereka. Mengabaikan kasih sayang mereka terhadap isteri dan anak-anak mereka. Mereka patut dikecam habis-habisan sehingga ke titisan pena terakhir. Sekiranya tidak dikencam pasti menular bagai ular-ular yang berbisa yang membelit semua ahli keluarga mereka sendiri.
Setiap malam dia mula keluar bersama lelaki kasanova yang sering datang bertandang untuk memikat dia. Anisa mengambil kesempatan tersebut dengan mengikis apa yang ada di tubuh lelaki itu. Setiap malam dia mula liar keluar bersama lelaki-lelaki yang tidak dikenali. Situasi yang tidak terkawal itu membuatkan Azli semakin risaukan adiknya. Kalau di sebut, katanya dia sudah dewasa dan pandai menjaga diri.
Anisa meluaskan sasarannya dengan chatting. Chatting di siber-siber cafe untuk mendapatkan mangsa yang buta dengan dunia sebenar. Mangsanya pula bukan calang-calang orang. Dia mula membuat andaian bahawa rezekinya sekarang adalah terletak pada mereka. Rezeki dia ada bersama rezeki lelaki-lelaki itu.
Setiap saat dia mengayat dan mengoda lelaki untuk mendapat apa yang diingini olehnya. Mangsanya bukan calang-calang orang jurutera, arkitek dan lelaki-lelaki bergaji besar. Dah habis wang dikikis lelaki itu akan ditinggalkan. Terlalu banyak lelaki itu menabur janji. Semua dusta baginya. Lelaki bagi dirinya semua sama. Persetan semua lelaki. Getus Anisa. Matanya mengecil dan mengerutkan dahinya.
Di situ dia juga mula mengenali seorang perempuan yang amat memahami dirinya. Dia bukan seorang ibu, dia juga bukan darah dagingku…dia salah seorang perempuan selain daripada mereka. Cerita hatinya ketika cuba untuk mengenali perempuan itu dengan lebih dekat lagi. Mereka mempunyai satu misi dan satu visi yang sama. Nora yang bekerja sebagai penghibur di salah sebuah kelab malam yang terletak di Bukit Bintang. Selepas dalam satu perkenalan baru Anisa dengan Nora, mereka menjadi semakin rapat.
Nora sering membawa Anisa ke luar negara untuk berseronok. Wang yang diperolehi atas tajaan orang-orang kenamaan. Asalkan body tergadai semua dapat. Itu jaminan Nora dalam soal untuk mendapatkan kemewahan segera kepada Anisa. soal wang dan soal dendam menjadi titik tolak dalam kehidupan mereka. Anisa menjadi semakin tenggelam dalam situasi yang boleh menjerat dirinya sendiri kearah kebuntuan.
Kerana Anisa seorang yang setia dalam persahabatan. Bagaikan kuku dengan isi. Nora ingin Anisa buka seluas-luas pandangan terhadap kemewahan hidup sebenar. Dia ingin memberitahu Anisa bahawa hidup ini mesti dinikmati dengan sepenuhnya. Bukan hanya terperap disatu-satu tempat sahaja. Life is great! We should enjoy the life. Hidup hanya sekali. Nora juga cukup mementingkan penampilan dan gaya. Nora mula cuba untuk mengubah penampilan Anisa dengan mewarnakan rambut, mengenakan pakaian yang ketat dan sudah mula menampakkan susuk tubuhnya yang munggil.
Apa yang paling menarik tentang persahabatan mereka, Nora tidak kedekut untuk mengeluarkan wang kepadanya. Malah Nora sering membawanya melancong ke Dubai. Di Dhubai ada banyak barang yang murah terutamanya barang kemas. Bercakap tentang barang kemas, cukup digilainya. Nora juga sering bercerita tentang keindahan tempat itu. Tempat itu bagaikan syurga membeli belah.
Sejak 20-abad lamanya Dhubai merupakan salah sebuah tempat yang mempunyai pelabuhan yang termahsyur di antara negara di United Arab Emirates (UAE).. Sejarah perkembangan Dubai telah menunjukkan dengan adanya kedatangan ramai penduduk dari luar negeri dan negara serta para perniaga yang singgah untuk menjalankan aktiviti menjual beli. Sehingga abad ini Dubai dikenali sebagai sebuah bandaraya kerana jumlah penduduk yang semakin ramai iaitu sejumlah 850,000 penduduk.
Selain daripada sejarah, banyak lagi keistimewaan tentang Dubai. Antara salah satunya ialah makanannya. Terdapat pelbagai jenis masakan yang kebanyakannya resepi dari negara-negara seperti Afghanistan, Mesir (Egypt), Marrocco, Lebanon, Turnisia dan banyak lagi malahan masakan dari negara Malaysiapun turut ada disana.Apa yang melambangkan Malaysia serantau ceruk mesti ada. Itu juga kelebihan sebuah negara kecil di rantau Asia. Nama negara tetap dibawa kemana sahaja. Demi mengharumkan nama sebuah negara tanah air tercinta.
Puas berjalan kesana-kemari. Perut pula terasa lapar. Mengingatkan makanan yang sedap-sedap disini. Nora mengajak Anisa pergi ke bazaar yang berhampiran untuk membeli dan menjamah makanan yang paling tersohor disitu iaitu ‘a hot sandwish with lamb or chicken'. Di Malaysia kita panggil ‘kebab'. Kalau datang ke sini, rugi pula sekiranya tidak jamah makanan itu.
Kepada perokok yang menggemarkan rasa kelainan dalam menikmati cara merokok. Shisha jawapannya. Di sini terdapat sejenis traditional water pipe yang digunakan secara menyedut dari corong paip. Ia merupakan cara merokok tradisional di negara tersebut. Shisha berperisa tambahan Strawberi dan apple telah diperkenalkan kepada pengunjung dan boleh dinikmati dengan bayaran yang berpatutan dan ianya boleh dinikmati di restaurant dan juga café-café sambil duduk bersantai.
* * * * *
Sejak dari tadi matanya disebelah kanan asyik bergedip-gedip. Tidak reti hendak membuat mata itu berhenti dari bergedip. Matanya ditenyeh-tenyeh secara perlahan-lahan. Terasa amat rimas sekira matanya akan terus bergedip bergini. Nora kelihatan seperti hairan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh temannya itu.
"kenapa Nisa, sakit mata ke?" Tanya Nora kehairanan.
"bukan sakit mata, tetapi sejak dari tadi mata ini asyik bergedip" Rengek Anisa.
"oh..nak tengok orangla tu…"jelas Nora.
" yeke…m, kalau gitu ramailah orang yang kita nak tengok nanti ye..kalau bergedip dekat hidung ni" soal Anisa lagi. Hujung jarinya menunjuk-nunjuk batang hidungnya kepada Nora.
"itu tandanya kamu nak cium pakwe" beritahu Nora. Lalu tangannya pantas mencubit pipi Anisa.
"Aduh sakitnya…" ujar Anisa sambil tangannya mengosok-gosok pipinya dengan manja.
"banyak juga petua orang-orang tua engkau tahu, hebatlah" puji Anisa.
"mestilah…lain kali kena berkawan ngan orang tua-tua" jelas Nora.
"ye…orang tua,m, bagitahulah apa lagi yang kau tahu" pujuk Anisa.
"kau nak tahu pasal apa Nisa" soal Nora. Tangannya mengaru-garu telinganya sendiri.
"pasal petua orang dulu-dulu la…pasal tadi.m, apa kata kalau tiba-tiba bergedip dibahagian lutut kanan dan lutut kiri?" Anisa menyoal Nora dalam jenaka.
"err, apa yang aku tahu…kalau bergedip dilutut kanan maknanya…hendak mendapat kesulitan. Kalau sebelah kiri- alamatnya akan dimuliakan orang..m, itu Tok Key aku kata" jelas Nora serius.
"serius ke ni?"ujar anisa. membulat matanya melihat Nora yang serba tahu soal gerakan pada badan. Seperti seorang penyelidik pula.
"eh..kalau aku salah maknanya Tok Key aku salah" Beritahu Nora sambil mencekak pinggangnya. Lalu mereka ketawa serentak.
Selama seminggu mereka bersuka ria di sana. Sehingga mereka mengenali seorang lelaki asing berbangsa British yang sedang kehausan seks. Mereka mula memperbodohkan lelaki tersebut sehingga banyak wang lelaki asing tersebut diambil dan tinggalkan.
"hello..im Carl Marshall..from Britain" beritahu Lelaki itu dalam loghat Britainnya. Dia menghulurkan dan berjabat tangan dengan Anisa dan Nora.
"ar hi..nice to meet you, we are from Malaysia. I'm Anisa and this is my friend Nora" Ujar Anisa. Memperkenalkan diri mereka kepada lelaki Britain itu.
"Nora agaknya mata aku bergedip sebab nak tengok orang ni kot…" bisik Anisa dan mereka ketawa kecil.
"Sorry…what are you say my dear?" Tanya Carl dan tercengang.
"we are talking about you, you are so handsome" jelas Nora.
"ow..ya, thank you..what a Malaysian say ‘adek manes" ujar Carl Marshall. Matanya dari tadi asyik merantah tubuh Nora. Nora seperti buat-buat tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu.
"thank you my dear..'adik manis' is mean ‘sweet girl" jelas mereka sambil ketawa.
"yes, you write my dear" beritahu Carl Marshall.
" I love to say that I have a lot of money in Malaysian Bank." sambung Carl dengan megah. Tidak habis-habis memuji dirinya sendiri seperti sedang angkat bakul sendiri.
"oh..ya.. (dengan nada menekan),i glad to hear that..you so reach" Ujar Nora sambil ketawa.
"darling…im lonely here. Can we going some were. " Tangannya meraba bahu Nora. Itu baru kenal sudah berani hendak memgang dan meraba-raba. Membuatkan Nora terasa rimas pula dengan kehadiran lelaki tersebut pada waktu itu.
"Binatang!" bisik Nora.
"What that benet teng?" Tanya Carl dengan pelik.
"don't matter.. that only a praise, darling" jelas Nora.
"oh…thank you.." Ujar Carl. Tersipu-sipu mendengar pujian daripada mereka. Mukanya merah menyala seperti biji saga melihat mereka berdua sedang ketawa. Entah apa yang diketawakan meraka tentangnya. Tersengeh-sengeh sehingga memperlihatkan giginya yang tersusun itu. Dia tidak tahu yang dirinya sedang diperbodohkan oleh dua orang perempuan yang baru dikenalinya itu. lama atau baru kenal itu perkara biasa baginya yang penting dia dapat sesuatu daripada salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali. Tanpa disedari terpasang niat jahat Carl Marshall dalam lubuk hati kecilnya untuk mempergunakan perempuan berdahi licin supaya memuaskan nafsu buasnya.
Pada mulanya Carl mengajak mereka ke hotel, tetapi mereka menolak. Mereka berjalan seiring masuk ke satu lorong dibelakang bangunan tinggi dan jarang digunakan oleh pejalan kaki untuk melaluinya. Lorong itu sunyi sepi bagaikan tiada penghuni yang tinggal di bangunan tersebut. Mungkin kerana mereka terlalu sibuk bekerja sehingga malam.
Melihat lelaki itu berkelakuan melampau terhadap Nora. Anisa mengangkat sebatang kayu sebesar lengan yang terdapat dikaki lima di belakang lorong yang tidak ada orang berpusu lalu lalang. lalu memukul kepala Carl Marshall dengan kuat. Lelaki itu pengsan dan tidak bergerak-gerak lagi. Nora terus memeriksa poket seluar dan apa yang ada dikeluarkan semuanya.
"Nora!!....dah mati ke?" jerit Anisa dalam ketakutan. Dirinya semakin cemas melihat lelaki itu pengsan.
"wah banyaknyer duit, tengok Nisa" Nora membelek-belek dompet milik lelaki tersebut sambil menunjuk-nunjuk.
"eh..Nora takpa ke ni…" Tanya Anisa lagi dengan perasaan takut-takut. Kayu yang dipegangnya tadi jatuh ke atas tar jalan ditempat tadi. Dia terduduk melihat Nora mengambil wang dan barang kemas yang ada di badan lelaki itu tadi.
"ish jangan risaulah…laki ni takda apa-apa..dia masih hidup ni..Cuma pengsan je" jelas Nora. Tangannya sempat singah ke hidung lelaki itu.
"handsome…putih melepak tapi sayang bodoh.." ejek Nora. Pipi Brandon ditampar-tampar sehingga kepalanya bergerak lembik mencium tar.
Semua wang yang ada diambilnya. Lebih kurang RM2000 duit Malaysia. Mereka terus lari litang pukang meninggalkan lelaki tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mereka balik cepat-cepat membeli tiket kapal terbang untuk balik kembali ke Malaysia. Terbahak-bahak mengenangkan lelaki miang tersebut. Entah apa nasib dia selepas tempoh hari. Bergitu senang diperbodohkan. Terasa seronok pula apabila melakukannya. Ia bagaikan satu kepuasan bagi mereka. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
* * * * *
Pesawat boing 424 dari Dhubai selamat sampai hinggap dipengkalan KLIA dan merayap mencari tempat untuk singgah. Lama juga baru pesawat itu berhenti dan suara seorang pramugari kedengaran dicorong pembesar suara memberi arahan kepada penumpang untuk menanggalkan tali pinggang dan selamat sampai ke Malaysia.
Berpusu-pusu penumpang turun dari pesawat itu. melihat cuaca diluar membuatkan kepala mereka terasa ringan sedikit akibat tekanan dalam perut pesawat ketika sedang beraksi untuk turun ke pengkalan tadi melalui anak tangga yang telah disediakan.
Anisa terpaksa tergesa-gesa pulang ke resort kerana ada kerja yang harus diselesaikan. Nanti sudah tentu owner resort marah kepada abangnya kerana terlalu banyak meminta cuti. Sudah tentu juga abangnya yang mendapat malu.
Nora terpaksa mengikut kehendak Anisa. Nora mengambil bas kerana laluan yang akan mereka tuju adalah berbeza. Anisa mengambil tiket kapal terbang untuk pulang ke Ipoh dan meneruskan perjalanannya kembali ke Lumut. Hampir beberapa jam dia di dalam bas menuju ke sana.
Sesampai di perhentian bas Anisa berlari-lari anak kearah pondok yang sedang menjual tiket ferry untuk ke pulau pangkor. Begnya di tarik perlahan-lahan sambil-sambil melihat lopak air masin dan sedikit berbau hanyir di atas tanah. Beg tariknya diangkat-angkat supaya air itu tidak mengena tapak beg yang dibawa tadi.
Sesampai dijeti Pulau kecil Pangkor. Dia mengambil teksi untuk ke teluk batik. Keindahan pulau itu tiada tolok bandingnya bagaikan syurga buat tetamu yang singgah disitu. Angin yang kuat sejak dari tadi memeking membolos masuk ke celah-celah tingkap cermin teksi itu mengusik rambutnya yang panjang mengurai. Rambut yang panjang mengurai itu sesekali menari mengikut rentak angin yang datang membawa arus alunan bayu bersama.
* * * * * *
Kelihatan pintu bilik adiknya terbuka luas. Azli berjalan melewati bilik adiknya sambil-sambil singgah dan bertanya khabar adiknya yang baru balik daripada bercuti. Tangan Anisa galak mengemas melipat bajunya ke dalam almari pakaian. Satu persatu pakaian yang ada di dalam beg pakaian ditarik dan diletakkannya secara teratur kembali.
"best… pergi bercuti?" Tanya Azli.
" best…Anisa ada belikan abang ole-ole" beritahu Anisa sambil melemparkan senyuman kepada azli.
"okay nanti abang ambil.. ada urusan sedikit di office" Ujar Azli sambil berlalu.
Selepas selesai sahaja dari berkemas, Anisa terus menyarung uniform resort yang telah disediakan mengikut unit dan berlalu untuk menjalankan tugasnya kembali. Pekerja-pekerja disitu tersenyum melihat kehadiran Anisa sekembali dari bercuti. Anisa melangkah masuk sambil memakai tag nama dan memberitahu penyelia bertugas tentang kehadirannya kembali.
* * * * * *
Sejak dia mengenali Nora dia berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap di sana setelah dipujuk-pujuk rayu. Dia mula berhenti bekerja di resort tersebut tanpa pengetahuan abangnya Azli. Sekiranya perkara tersebut diberitahu nanti abangnya tidak akan membenarkannya pergi. Berkali-kali Azli menelefonnya kerana terbaca nota yang diutuskan oleh adiknya kepada seorang pelayan restoran di situ.
Tergesa-gesa Azli berlari dan menerpa pintu bilik Anisa. semua pakaiannya dibawa hanya tinggal hadiah yang dibawa pulang oleh Anisa dari Dhubai kepadanya. Azli mencapai dan memegang hadiah itu lalu terduduk di atas katil dan terdiam seketika. Mungkin dia masih terasa dengan mak dan ayah atau mungkin dia berasa malu kepada Azli sendiri.
Mungkin oleh kerana itu dia pergi membawa diri keluar daripada cengkaman yang melanda dirinya selama ini. Kadang-kadang Azli tidak tahu hendak lakukan apa lagi untuk adiknya. Dia hanya dapat mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Anisa dari kejauhan.
Menarik dan bagus. Seeloknya satu-satu novel cinta itu perlukan penggunaan bahasa yang puitis supaya meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca. Kebanyakan penulis running cerita tanpa mengambil kira penggunaan unsur-unsur yang menjadi pemberat dalam sastera Melayu. Wujudkan unsur suspen dalam plot cerita dan wujudkan watak antagonis yang boleh jadi ancaman kepada watak utama. Jangan terlalu tumpu kepada watak utama sahaja dan pelbagaikan isu sampingan yang boleh menjadi pengiring kepada isu utama. So far...very good. ...dan saya kasih awak 4 bintang ya.
Terlupa satu lagi....mungkin elok kalau dahulukan plot Anis membenci lelaki kemudian barulah buat flashback kenapa dia benci lelaki. Sekadar cadangan..Abg Lee
actually ada satu dua ayat BI yang salah eja... seperti reach... saya tau awak nk tulis rich...tp pa2pun you are the best...mcm baca novel2 kat pasaran pulak...tp kalau novel ni awk publish gtau ye....heheh
aku bkn ingin mmbnci lelaki..namun dgn apa yg dah lelaki zmn skunk lakukan..aku jd tkut untuk mmbina hbungan dgn lelaki..kawen??? pling aku tkt..ANISA!!! chayok2.. lelaki perlu tahu, tanpa mereka, perempuan msih boleh hidup lg
sokong? perempuan masih memerlukan lelaki> dan lelaki perlukan perempuan> it's never change anything> lelaki & Perempuan perlu> saling sayang saling sayang> whateverpun, bagus>
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best. bolehlah sambung lagi ya?. tapi dia janganlah benci laki sampai macam tu cekali. takut saya. saya tak benci laki tapi budak laki.