Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Que…how many times I need to tell you bout the rules? Can't you understand any of the rules? Is it that hard for you, hmm?" Wajah selamba Que ditatap dengan perasaan marah yang meluap-luap. Makin lama, makin sakit jiwa dia jadinya.
Hampir 3 hari 3 malam jugalah dia memikirkan tentang kata-kata abangnya itu. Namun, dengan sikap Que yang langsung tak makan saman ni…heh! Jangan haraplah nak berdamai. Sorry! Mati hidup semula pun jangan haraplah. Ego tak habis-habis. Salah sendiri, patutnya aku yang berdendam. Ni tak…dia pun sibuk je nak main dendam-dendam. Penyibuk!
"Kau ni bisinglah. Macam mak nenek. Mama aku pun tak membebel macam kau. Sakit telinga aku ni tau tak?"
Syah gigit bibir. Tak guna punya mamat. Aku dipanggil mak nenek? Ni dah lebih. Dah kau buat salah, takkan aku nak senyum pastu cakap ‘hah…esok buatlah lagi yek. Buat banyak-banyak kesalahan eh?' Gila! Betul-betul gila. Syah segera mengeluarkan notebook kecil dari poket baju kurungnya. Pen yang terselit ditarik lalu penutup pen dibuka. Terus mata pen itu menari di atas kertas notebook yang dipegangnya. Que dengan wajah tak berperasaan hanya memerhati.
"Buang masa je tulis nama aku. Kau jugak yang menyampah nanti tengok nama aku banyak sangat dalam buku rekod korang tu." Tenang ayat itu diucapkan. Que menguak rambutnya ke belakang. Cincin dijarinya ditanggalkan lantas diberikan kepada Diya yang sedari tadi berdiri di sisi Syah. Menyaksikan perbalahan mereka.
"Ambik jelah cincin ni. Esok aku tak pakai lagi. Aku nak masuk kelas ni."
Syah melopong. Eh? Betul ke ni Que? Macam tak percaya je. Ke aku yang bermimpi? Diya di sisi dipandang lama. Diya hanya menjungkitkan bahu.
"Aku pergi dulu."
Que terus mengorak langkah menuju ke kelas. Langsung tidak menoleh ke belakang. Untuk sesaat pun tak. Syah kerut dahi. Peliknya. Kenapa dengan dia?
"WEI…taiko besar dah mari." Laung Dan disambut dengan sorak-sorai dari Poji, Am, Juan dan Keyol. Que mengoyak senyuman hambar. Moodnya sejak dari rumah tadi benar-benar sudah terbang entah ke mana. Hendak bertekak dengan si Izyan Akasyah pun rasa malas semacam. Kalau tak, sehari tak bertekak memang tak sah.
Poji menumbuk mesra bahu Que. Que hanya senyum. Namun, tak seceria selalu. Masing-masing kerut dahi melihatkan sikap Que. Lain macam. Tiba-tiba Syasya menghampiri meja mereka dengan lenggok manjanya. Tanpa segan silu tangannya sudah mendarat di atas bahu Que. Kemudian, beralih pula ke tangan lelaki itu. Que hanya membiarkan. Langsung tak menepis macam selalu.
"Que…tolong I. I tak siap homework cikgu Nazar lagi." rengek Syasya tepat di telinga Que. Que pandang wajah Syasya. Syasya buat muka sedih. Que tarik nafas.
"Soalan apa yang you tak siap lagi?" soal Que dengan nada lembut. Tak seperti selalu. Kelima-lima sahabat baiknya tercengang. Biar betul. Masing-masing menggenyeh-genyeh biji mata. Cuba memastikan apa yang mereka lihat hanyalah ilusi mereka semata-mata. Syasya tersenyum manja.
"Soalan nombor 6 dengan nombor 8. Macam nak pecah kepala otak I cuba solvekan soalan tu." Suara Syasya mendayu-dayu memujuk di cuping telinga Que. Tangan Syasya yang melekap ditangannya ditepis lembut. Sebuah senyuman dihadiahkan buat gadis itu.
"Jom. I tolong ajarkan." Ujar Que dan bingkas bangun dari duduknya. Syasya tersenyum lebar. Tangannya kembali melekap pada pergelangan tangan Que. Kelima-lima sahabat Que mencebikkan bibir. Meluat! Syasya menjelirkan lidah. Juan dan Poji membalas. Am dan Keyol buat muka ala-ala nak muntah. Dan senyum kambing.
"Guys, I'll be right back. Got ya later."
Masing-masing angguk kepala. Syasya merengus geram.
QUE menguak rambutnya ke belakang. Sesekali tangan kanannya yang memegang pensil laju menari di atas kertas putih di hadapannya. Anak matanya sekejap-sekejap ditalakan kea rah buku Add Math di hadapannya. Hmm…apa yang susahnya? Senang je. Ke minah ni saja je.
"Here you go! Dah siap. Soalan tu taklah susah mana. Rasanya kalau you suruh Acap settlekan pun dia boleh buat. Oklah. Chow."
"Err…Que." Que yang sudah mula hendak mengatur langkah terhenti. Dia segera berpaling. Keningnya dijungkitkan. Muka Syasya tampak teragak-agak. Que menggaru-garu kepalanya. Apasallah pulak dengan minah ni?
Syasya telan air liur. "You sukakan Syah ke?"
Terbelalak biji mata Que dibuatnya. Ish…ni soalan ke perangkap? Que telan air liur berkali-kali. Payau! Perit! Kelat! Semua ada. Bercampur aduk menjadi satu perisa. Syasya masih setia menantikan jawapan. Que dah mula tak senang duduk. Mak aih…susahnya soalan. Rasanya soalan SPM pun tak susah macam ni. Nak jawab apa ek?
"Ntah." Yup! That's the answer. Entah. Harap-haraplah dia terima jawapan aku tu sebulat-bulatnya. Que mula berkira-kira untuk membuka langkah meninggalkan Syasya sebelum makin banyak soalan yang ditanya. Namun, cepat sahaja tangan Syasya menarik tangannya. Que tersentap. Aduhai…apalagi?
"Is that your answer, Que?"
"Dah tu? Takkan soalan pulak."
"I know…there's something between you and her. And I want to know!" bentak Syasya dengan mata yang terbuntang. Que telan air liur. Mama…abang need your help! Adik, Azar…abang kesayangan korang ada krisis hati sekarang ni. Syasya jungkit kening.
"Syed Ashraf Naqiuddin…" belum sempat Que membuka mulut, namanya dilaungkan dari luar kelas. Que tarik nafas lega. Beauty! Siapalah hero aku tu…Segera anak matanya ditala ke luar kelas. Erin! Oh, my heroin…thanks for saving your prince's ‘life'!
Cepat-cepat Que merentap tangannya dari pegangan Syasya dan terus mengatur langkah menuju ke arah Erin yang tercegat di hadapan pintu kelasnya. Langsung tidak berpaling ke belakang untuk sesaat. Sesaat pada waktu itu bagaikan sejam masa berlalu. Nightmare! Que menyandarkan tubuhnya pada pintu. Ala-ala kasanova bertaraf lima bintang dengan muka sengaja dibuat ala-ala penggoda di kaki lima. Erin mengoyak senyuman manisnya seperti selalu.
"Yes, my love Erin. Is there anything I can help you?"
Erin dengan muka yang sudah pun merona merah menarik keluar sepucuk sampul dari celah-celah fail berwarna biru di tangannya. Que hanya melihat. Alahai minah ni. Apasallah kau comel sangat hah? Jadi awek aku molek jugak.
"Erm…cikgu Trisy suruh saya bagi surat ni kat awak. Dalam tu ada…erm…penambahan untuk speech awak nanti. Tak banyak. Cuma satu perenggan je." Erin masih menundukkan wajahnya. Que tergelak kecil. Erin angkat muka. Terentang jelas kerut di dahinya.
"Kenapa?"
"Awak memang pemalu eh?"
"Hah?"
"Nothing. Abaikan. Erm…awak dah ada pakwe?"
Erin membetulkan letak duduk cermin matanya. "Be…belum." Tergagap-gagap Erin membalas. Fail ditangannya sudah berkali-kali beralih kedudukan. Que tersenyum nipis.
"So, be my girl?"
"Hah?"
"Nak?"
"Mengarut."
"FYI…saya tak mengarut. Nak?"
"Saya pergi dulu." Cepat-cepat Erin berpaling dan bersedia untuk mengatur langkah. Kalau boleh nak sahaja diangkat kain sarungnya dan berlari selaju mungkin ke kelasnya. Jantungnya tika itu bagaikan hendak meletup mendengarkan ayat yang meluncur keluar dari seulas bibir merah itu. Ya ALLAH…
"Fikir-fikirkanlah offer saya tu. And I'm not joking, love." Laung Que dari tempatnya. Erin berpaling sekilas dan terus berlalu pergi dengan seribu macam perasaan. Que tersenyum lebar. Nasiblah…dia terima atau tak belakang cerita. Janji dah lepas.
"Hebat betul kau. Budak tu pun kau nak? Syasya sorang tak cukup ke?" Sinis sekali nada suara itu menampar cuping telinganya. Que buat muka toya. Tak habis-habis nak menyindir. Sumbat mulut tu dengan marker pen baru tau. Kalau dah stonecold tu, sampai bila-bila stonecold. Entah bila nak lebur pun aku tak taulah.
"Hello…aku tak kacau hidup kau pun hari ni. Yang kau sibuk-sibuk hal aku apasal?"
"Takdelah. Saja." Balas Syah selamba. Beg galas tepi berjenama Quicksilvernya diserahkan kepada Diya. Diya hanya mengambil dan terus mengatur langkah masuk ke kelas. Mengerti yang vice head girlnya itu hendak memulakan debat ‘perdana' mereka pada waktu itu setelah mereka gagal untuk berdebat tadi.
Que tersenyum mengejek. "Saja? Or kau rindu?" Que tergelak. Sinis. Syah gigit bibir.
"Hello…rindu? Ya, hell! Orang bodoh je yang rindukan orang macam kau. Kau ingat mandat kau besar sangat ke kat sekolah ni?"
"Hahaha…yang kau tiba-tiba nak melenting ni apasal pulak? Bulan mengambang ke? Eh, aku pun tak hingin la orang macam kau rindukan aku. Tak layak!" Berdesing telinga Syah dibuatnya. Sabar yang ditahan selama ni sudah hampir ke takat didihnya. Sabar Syah…sabar sikit je lagi.
Que menyambung gelaknya. "Kau ni…nak kata bodoh, kelas Alpha. Kelas first pulak tu. Abis tu? Apa pangkat yang layak untuk kau? Bangang? Atau mangkuk? Pinggan? Sudu?" Tergelak-gelak Que saat menuturkan kata.
"This is too much, Que. Kau ingat aku senyap kau boleh suka-suka cakap ikut sedap perut kau?"
"Yup! Mulut aku. Ikut sedap perut akulah."
Dan satu tumbukan hinggap di rahang kiri Que. Que tergamam. Tangannya kirinya memegang rahang kirinya itu. Perit! Syah tersenyum puas. Sabar yang semakin dijaga tak dapat di'selamat'kan. Serve you right! Que mencerlung tajam ke arah Syah.
"Thanks for your ‘present'. I really appreciate it. Dan aku sumpah…hidup kau lepas ni…akan lebih jahanam daripada sekarang. Watch out, lady." Ujar Que dengan nada yang berbaur amaran. Syah senyum sinis. Boleh bla! Ingat aku cuak? Pergi jahanamlah dengan amaran kau yang entah-jadi-entah-tak tu.
Que berlalu dengan tangan kirinya masih melekap pada rahang kirinya. Suasana kelas yang pada mulanya macam pasar ikan terus jadi macam kat kawasan tanah perkuburan. Sunyi sepi. Syah mendengus. Semua mata tertala padanya. Syah tarik senyum manis dan terus mengatur masuk ke dalam kelas seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi tadi. I'm the winner!
head girl ngn head taiko + AO ngn ed sassin kn ? nmpk sgt ciplak weyh
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wwaaa....makin menarik!!!..
nape lambat sambung??...
dah lama tunggu nie...
cepat2 la upload tau!!...
nice stroy!!!...
2 thumb up 4 u!!...
(O_~)v
~zue~