BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Ogos 31, 2008
Novel : Kuseru Rindu Itu 6
Hanni Ramsul


"Ingatkan dah lupakan kita,"
Hisyam tersenyum sambil bersandar ke kerusi. Senang mendengar suara merajuk Maisara. Akhirnya Maisara mengalah. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu. Tidak melihat wajah itu. Rindu di dada hanya Tuhan saja yang tahu.
"I miss you, sayang,"ujarnya perlahan. Dia memandang ke arah balkoni. Mencari kalau-kalau ada bayang Idayu di situ. Dia tidak mahu tertangkap lagi.
"Kalau rindu, kenapa tak datang cari Sara? Sibuk dengan dan isteri ya?,"soalan Maisara yang bercampur antara nada merajuk dan menyindir itu, membuat dia tergelak.
"Kenapa tak jawab call abang?,"soal Hisyam sambil menukar posisi telefon bimbitnya dari telinga kiri ke telinga kanan.
"Siapa yang mulakan?,"terdengar suara Maisara yang agak dingin di hujung talian. Hisyam tersenyum.
"Ohh.. Balas dendamlah ni?,"
"Bukan balas dendam. Tapi, saja nak tengok. Sara ni.. penting ke tidak pada abang,"
Hisyam tersenyum.
"Jangan cakap macam tu. Of courselah Sara penting pada abang,"
"Kalau macam tu, baguslah. Tapi, harap-harap jangan kat mulut saja cakap macam tu. Kat hati lain pula ceritanya,"
"Sara..Sara.. Kenapa cakap macam tu? Kalau Sara nak tahu, apa yang keluar dari mulut abang, datang dari hati abang. Tak ada lainnya. Kenapa Sara cakap macam tu?,"
"Entahlah. Kadang-kadang rasa macam susah nak percaya cakap abang ni. Lebih-lebih lagi..,"kata-kata Maisara tergantung di hujung talian.
"Lebih-labih lagi apa?,"soal Hisyam apabila kata-kata Maisara terhenti di situ. Ada rasa hairan yang menjentik perasaan.
"Tak ada apa-apalah. Lagipun. Tak sesuai cakap macam ni. Lebih senang cakap kalau face to face,"
"That’s good. Abang pun memang nak jumpa Sara. Dah lama tak jumpa Sara,"
"Isteri abang tak marah ke?,"
"Sara.. kenapa cakap macam tu?,"soal Hisyam tenang. Terasa tersindir dengan soalan Maisara.
"Tak ada apa-apa. Saja tanya. Kot-kotlah sekarang ni, abang dah kena kuarantin dengan wife abang. Itu sebab dah lupakan kita,"
"Hmm.. Macam-macamlah Sara ni. Kita jumpa ya? I miss you,"
"Suka hati abanglah. Oklah. Sara ada hal ni. Bye,"
"Bye..,"Hisyam bersuara perlahan. Talian sudah terputus. Hisyam termangu. Tertanya-tanya akan perubahan sikap Maisara. Ada rasa pelik yang mengganggu jiwanya. Bicara Maisara tidak seperti biasa. telefon bimbit diletakkan di atas meja. Dia mengeluh panjang. Tidak selesa dengan situasi yang menghimpitnya saat ini. Rasa bersalah pada Idayu membuat dia terseksa. Membuat dia berasa amat berdosa. Membuat dia berasa dirinya terlalu kejam pada Idayu. Tapi, dalam masa yang sama, rasa sayang pada Maisara memberi dia satu perasaan indah yang tidak pernah dia rasai selama hampir tujuh tahun di mengahwini Idayu. Perasaan yang tidak pernah dia rasai. Dia jadi keliru. Keliru dengan perasaannya sendiri. Dia senang dengan kebahagiaan rumahtangganya bersama Idayu. Dia senang hidup bersama Idayu dan Syafiq. Namun, dia juga tidak sanggup berpisah dengan Maisara setelah perasaan cinta menguasai dirinya. Bukan dia tidak pernah cuba melupakan Maisara. Dia pernah cuba. Namun, rasa rindu yang menyeksa jiwa. Rasa pedih bila terpisah.. membuat dia kalah. Dia kalah pada panahan cinta Maisara.
"Abang..,"
Hisyam sedikit tersentak. Idayu tercegat di hadapannya bersama senyuman yang tidak pernah luput dari bibir. Senyuman yang bagai salju, mendinginkan hatinya saban waktu. Melihat wajah Idayu yang begitu tulus, membuat hatinya semakin dihambat rasa bersalah. Semakin dihambat rasa berdosa. Maafkan abang, Ayu. Hanya itu yang mampu melantun kuat di jiwanya.
"Jauh melamun..,"tegur Idayu sambil meletakan mug berisi kopi panas di atas meja. Hisyam tersenyum kecil. Idayu pula, berpaling perlahan.
"Nak ke mana tu?,"
"Masuk. Tak nak ganggu lamunan abang,"ujar Idayu sambil cuba mengukir senyum. Mungkin Hisyam perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi, dia tidak mahu mengganggu. Setiap orang perlukan sedikit ruang untuk diri sendiri. Mungkin itu yang sedang Hisyam lakukan.
"Duduklah. Temankan abang,"pinta Hisyam sambil menarik perlahan tangan Idayu. Idayu menurut.
"Tak mengganggu abang ke?,"
Hisyam tersenyum lebar.
"Mana ada? Takkan nak biarkan abang minum sorang-sorang?,"
Idayu tersenyum lagi. Dan, sekali lagi, hati Hisyam merintih hiba. Maafkan Abang, Ayu.
"Apa yang abang menungkan tadi?,"
"Tak ada apa-apa. Saja. Ambil angin malam. Tengok-tengok bintang. Banyak betul bintang malam ni. Tenangkan fikiran,"
"Fikiran abang tak tenang ke?,"soal Idayu sengaja ingin melihat reaksi Hisyam. Hisyam tidak menjawab. Dia hanya tergelak kecil. Matanya memandang wajah Idayu. Hatinya tertanya-tanya kenapa apabila berdepan dengan idayu, perasaannya tidak sama dengan berdepan dengan Maisara? Perasaanya berbeza. Terasa segala-galanya berubah cuma di dalam sekelip mata. Walhal, selama ini dia senang menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami Idayu. Dia cukup senang hidup bersama-sama dengan Idayu. Dia bahagia dengan warna-warna bahagia rumahtangganya. Segalanya terasa begitu sempurna, sehingalah dia bertemu dengan Maisara. Maisara telah membuka satu lembaran baru di dalam dairi hidupnya. Maisara telah membuka debar di dadanya tatkala renungan mereka bersatu. Kenapa debar itu tiada tatkala matanya memanah sepasang mata redup milik Idayu? Kenapa?
Sesungguhnya dia tidak mampu menghindari hangatnya api cinta Maisara yang sedang membakar kebahagiaan rumahtangganya itu. Dia sedar itu. Ya. Dia teramat sedar. Pasti bahang cinta Maisara akan membuat rumahtangganya nanti terasa hangat, sekiranya Idayu mengetahui segala-galanya. Itulah yang paling dia takut. Dia takut Idayu akan kecewa.Dia takut kebahagiaan ini akan hilang. Memang tidak pernah ada rasa cinta buat Idayu, tetapi, itu tidak bermakna yang dia tidak sayangkan Idayu. Dia sayangkan Idayu sebagai seorang wanita yang telah dia nikahi.
"Abang.. abang ada masalah ke?,"lembut soalan Idayu menyentuh gegendang telinganya. Membuat menung Hisyam perlahan-lahan menjauh. Hisyam menggeleng perlahan.
"Abang tak sihat ke?,"
"No. I’m fine. Jangan bimbang. Abang okay,"
Mendengar jawapan Hisyam, Idayu tidak bertanya lagi. Pandangannya dialihkan ke dada langit. Betul kata Hisyam. Banyak betul bintang yang menghiasi dada langit malam ini. Cantik.
"Ayu jumpa Mieza tadi, kan?,"Hisyam membuka bicara. Idayu mengangguk tanpa memandang Hisyam. Matanya leka merenung bintang di langit.
"So, apa ceritanya? Kalau abang boleh tahulah,"
Idayu tersenyum. Kini, dia mengalihkan pandangan ke wajah Hisyam.
"Dia bagi kad jemputan. Dia akan kahwin dua minggu lagi,"
"Wah. Tiba-tiba saja?,"
"Ya. Ayu pun terkejut. Tapi, itu semua tak penting. Yang penting, tak lama lagi, dia akan kahwin. Kita pergi ya, bang?,"
"InsyaALLAH,"
Idayu membuat muka. Bergerak merapati Hisyam.
"Janganlah InsyaALLAH saja. Bolehlah bang,"
Hisyam tergelak kecil mendengar rengekan manja Idayu. Senang dengan gelagat Idayu.
"Hmm.. Yelah,"
Idayu tersenyum lebar.
"Abang arrange schedule abang betul-betul tau. Jangan sampai, bila tiba hari nikah Mieza, abang ada hal pula,"
Hisyam tergelak lagi. Matanya merenung seraut wajah Idayu yang cukup mententeramkan hatinya itu. Idayu hampir sempurna sebagai seorang isteri. Tetapi, kenapa tiada perasaan cinta yang hadir untuk Idayu? Kenapa?
"Abang.. dengar tak?,"
"Dengar.. Ini arahan atau permintaan?,"soalnya berseloroh.
"Arahan,"balas Idayu selamba. Hisyam tergelak lagi.
"I’ll try,"akhirnya dia menjawab.
"Abang. Janganlah macam ni. This is my bestfriend’s wedding. Kita mesti datang. Tolong ya, bang,"
"Yalah. Kita akan pergi. Lagipun, dah lama tak balik Terengganu kan? Boleh jumpa Juita dengan Shahrul sekali,"
Idayu tersenyum lebar. Sangat setuju dengan cadangan Hisyam. Memang betul kata Hisyam. Sudah agak lama dia tidak berjumpa dengan Juita dan Shahrul.
"Syafiq dah tidur ke?,"soal Hisyam menyedari Syafiq tidak mengekori Idayu seperti selalu. Biasanya waktu-waktu begini, Syafiq tidak berenggang dengan Idayu.
"Dah. Lepas makan tadi, terus dia ajak Mak Teh tidur. Mak Teh cakap siang tadi dia tak tidur. Mengantuk sangatlah tu,"
"Mamanya tak mengantuk ke?,"
"Tak,"balas Idayu menyedari senyuman nakal Hisyam.
"Ye ke?,"Hisyam bersuara lagi separuh menggoda. Idayu tersenyum manis.
"Ya,"jawabnya sepatah. Mendengar jawapan itu, Hisyam cuma menjungkit bahu sambil tersenyum. Kopi di hadapannya dihabiskan.
"Jom masuk,"ajak Hisyam sambil mengangkat punggung. Idayu menurut. Mug di atas meja, dicapai. Hisyam memaut perlahan pinggang Idayu. Melangkah beriringan menuju ke pintu utama. Baru beberapa langkah, alunan lagu dari telefon bimbitnya mematikan langkah mereka. Segera dia melihat nama si pemanggil yang tertera di screen.
"Shahrul,"ujarnya sambil menyambung langkah yang terhenti. Idayu tersenyum.
"Ayu ke dapur ya," Idayu bersuara. Hisyam meleraikan pelukannya di pinggang Idayu, sebelum menjawab panggilan Shahrul. Idayu pula terus bergerak ke ruang dapur. Tidak mahu mengganggu perbualan dua teman karib itu.

****

"Eh, Mak Teh. Ingatkan dah tidur tadi,"tegur Idayu melihat Mak Teh sedang mengelap pinggan yang sudah Idayu basih sebentar tadi.
"Awal lagi. Mana boleh lelap mata ni,"jelas Mak Teh sambil mengambil mug di tangan Idayu. Idayu bersandar pada kabinet dapur. Melihat Mak Teh meneruskan kerjanya.
"Nanti kita balik Terengganu ya, Mak Teh,"
"Balik Terengganu? Bila?,"
"Lagi dua minggu,"
"Kenapa?,"Mak Teh bertanya lagi.
"Kawan saya, Mieza. Yang kita jumpa semasa kita keluar makan hari tu. Mak Teh ingat tak?,"
"Ya. Kenapa dengan dia?,"
"Dia nak kahwin,"
"Oh..,"
"Oh! Apa, Mak Teh?,"sergah Hisyam yang muncul tiba-tiba.
"Oh kawin! Dia nak kahwin..,"
"Siapa nak kahwin?,"
"Dia.. Eh, Mak Teh nak kahwin. Nak kahwin dengan Mieza. Eh, Mieza nak kahwin. Eh!,"Mak Teh mula melatah sambil tangannya menggaru-garu kepala. Hisyam tergelak riuh.
"Abang ni. tak baiklah selalu usik Mak Teh,"ujar Idayu sambil memeluk bahu Mak Teh. Belakang Mak Teh diurut perlahan-lahan. Mak Teh beristghfar sambil mengurut dadanya. Hisyam tersenyum. Tangannya membuka peti sejuk. Mencapai sebiji epal hijau. Dia berpaling semula ke arah Idayu dan Mak Teh.
"Gurau sikit je, Mak Teh. Mak Teh tak marah kan?,"
"Kamu memang. Suka sangat usik Mak Teh,"
Hisyam tersengih. Dia menghulurkan epal di tangannya kepada Idayu. Bagai memahami kehendak suaminya, Idayu bergerak ke sinki membasuh epal tersebut.
"Shahrul kirim salam.,"
"Waalaikumussalam. Apa yang dia cakap?,"soal Idayu sambil menghulurkan epal kepada Hisyam. Hisyam memegang tangan Idayu lalu dibawa ke mulutnya. Epal di tangan Idayu, digigit tanpa perlu dia memegangnya.
"Dia cakap, dia nak ke sini lusa,"
"Ya ke? Dia seorang saja?,"soal Idayu lagi.
"Tentulah dengan Juita,"
Senyum gembira mekar di bibir Idayu. Rindu benar dia pada Juita. Sudah agak lama dia tidak berjumpa dengan adiknya itu.
"Baguslah macam tu,"Mak Teh bersuara sambil tersenyum senang. Hisyam turut tersenyum.
"Apple please,"dia bersuara sambil membuka mulut minta disuap.
"Nah,"Idayu bersuara sambil meletakkan epal di tangan Hisyam.
"Eh, suaplah,"
"Makanlah sendiri. Ayu nak call Juita,"ujar Juita terus berlalu.
"Tengok Mak Teh. Sebut saja nama adik dia, terus lupa suami,"rungut Hisyam sambil menggigit epal di tangannya.
Mek Teh cuma tergelak kecil. Senang melihat kemesraan itu.

****
posted by BLOGGER @ 1:38 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
12 Comments:
  • At 1/9/08 4:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    i hate this kind of man...!

     

  • At 1/9/08 11:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sokong2..benci sgt2 ngan hisyam nih..dh de isteri yg baik, pi cri yg len..x tau bsyukur btol..

     

  • At 2/9/08 2:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yup..perit sgt jadik idayu...disayangi tapi x dicintai..aku faham sangat situasi ni...pedih sgt kalau di fikrkan.. -nana-

     

  • At 3/9/08 2:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ni ngapa pulak Ratubulan yg sambung?Bukan Hanni ke?

     

  • At 3/9/08 10:43 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kesilapan posting tuu.. sebenarnya memang saya yang sambung. terima kasih atas keprihatinan awak.
    hehehe

     

  • At 5/9/08 5:26 PTG, Blogger atashinci said…

    aku faham prasaan idayu.....
    hanye yg prnah melalui bru tau prasaan tu......
    sedih sgt.....
    ben.....ci lalaki cam tu

     

  • At 9/9/08 11:55 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    uwa.... benci laki mcm hisyam tu... dah tau tak cinta.. cerai lg baik ar.. dok seksa perasaan org jek... ingt idup nie cume ade cinta jek ke... tak semua cinta ble bg bahagia... dia dah bhgia lg nk cari lain.. konon nk kejar cinta sgt... sori emo sgt.. sbb tak suke la ngan hisyam tu.. pls wujudkn watak laki yg ble hargai idayu... biar pdan muke laki tak reti bersyukur tu... :D

     

  • At 11/9/08 2:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lelaki...lelaki.....
    kalau perempuan dituduh curang tapi kalau lelaki .........biasalahhhhhhhhh lelaki

     

  • At 21/5/09 2:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    i benci lelaki macam ni gak...tak jujur langsung.
    ada di mata tapi tak tahu nak menghargai,bila dah jauh baru nak menyesal.lelaki....memang macam tu.

     

  • At 8/8/09 4:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bezzz!!!giler citer nie
    lain dari yang lain
    lelaki mmg mcm 2
    tak pernh cukp 1
    ada blog x...
    plesss blog!!

     

  • At 13/9/10 8:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wait...wait...wait

    korang jangan kutuk...

    tapi...

    yeah..

    betol

    hisyam hipokrit...

    i hate him damn so much!!!

    he he he he

    join sekaki!!

    nice trying hanni..

    hampir tertitis baca..

    kalau boleh bab hati maisara tuh takyah cita panjang2.

    wak sakit hati...

    mcm sengsara sangat...

    hati bini orang taknak jaga...

    banyakkan kisah ayu..

    kesian wanita sempurna itu!!!

    diduakan laki sendiri..

    laki nie kalau nikah tak penah cukup satu..

    tamak bin haloba benar!!!

    tapi sapa tau karang hisyam plk sengsara..

    i hope dia akan merasakannyer nnti...

    nak bls dendam nih!!!

    ha ha ha ha

    :::~~cutey da una~~:::

     

  • At 25/12/11 1:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sian kat idayu..sakitnyer hti..ade isteri baik pon na crik laen..ta fhm..issh

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group