Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Aku balik dulu. Sory tak dapat join korang arini." Izan memohon maaf "Tak apa. Rehat elok-elok. Muka dan macam mayat jerk." Dila memerli. "Nak aku mati cepat ker?" Izan menjeling. "Atoi, gurau saja kak." Mereka berdua ketawa. "Assalamualaikum." Masing-masing bersalam dan berpeluk.
Izan berjalan seorang menuju ke pintu luar sekolah. Langkahnya perlahan. Kepalanya pening. Sewaktu turun dari tangga, dia terlanggar badan seseorang. "Sorry." Izan mengangkat muka perlahan. "Jalan tengok depan." Izan bengang. Suara lelaki itu begitu kasar. Dia memandang tuan empunya suara. ‘Ceh, mamat ni memang pun.’ Desis hati Izan. "Benda dah jadi. Nak rewind balik ke? Saya tak kisah naik balik tangga, turun, dan jalan tengok depan so tak langgar awak. Itu pun kalau awak sanggup pusing balik." Perli Izan. "Belagak giler. Dah tau buat salah." Suaranya kasar. "Sebab saya sedar lah, saya dah mintak maaf." Izan terus berlalu. Amirul. Pelajar kelas 5 Sains 1.Siapa tak kenal Amirul. Cukup terkenal dengan perangainya yang sombong, belagak, siapa yang buat pasal dengan dia, memang siap. Itupun ramai yang minat. Izan pelik kenapa masih ada yang gilakan mamat perasan bagus tu. Salah seorang peminatnya, Dila. Entah kenapa kawan yang seorang ni. Izan tergeleng sendiri. "Assalamualaikum." Izan memberi salam sebaik memboloskan diri di dalam kereta Proton Waja ibunya. "Waalaikumsalam. Penat nampak." Tegur Puan Sarina melihat anak daranya. "Nasib baik ibu sampai awal. Rasa tak sihat lah" Izan memejamkan mata. Penyaman udara menyegarkannya. "Ayah call ibu tadi. Cakap Izan tak sihat." Ibunya memandu pulang. "Ibu singgah 7.E. Nak beli panadol." "Ada duit tak?" Ibunya bertanya. Izan mengangguk. Izan masuk kedalam 7.E dan mengambil panadol. Sempat juga dia membeli air. Tengah hari ini tentu ibunya juga dahaga. Selesai membayar, sewaktu dia hendak menarik pintu, pintu ditolak dari luar. Nyaris kena dahinya. "Tengok lah orang dulu." Izan marah. "Nasib lah. Jalan tak tengok depan." Amirul??? Apa hal dengan aku ni. Izan malas mahu memanjangkan bicara. Terus dia berlalu. "Air ibu." Ibunya menyambut. "Siapa yang park kereta belakang kereta ibu ni?" Puan Sarina bising. Izan menoleh belakang. Sebuah kereta BMW 5 series hitam meletakkan kereta menghalang kereta ibunya keluar. "Mentang-mentang kereta mewah, sukahati dia jerk nak park." Izan mengomel perlahan tetapi didengari ibunya. Sewaktu menunggu tuan punya kereta tersebut, Izan nampak Amirul keluar dari kedai tersebut memegang air botol. Dia lalu di tepi ibunya. Tiba-tiba ibunya keluar. "Haziq?" Ibunya memanggail. Izan pelik. "Emak?" Sambut satu suara. Izan keluar dari perut kereta. Terkejut dia melihat Amirul sedang mencium tangan ibunya. "Ibu?" Izan memanggil. Puan Sarina memandang Izan. Amirul jelas terkejut sebagaimana dirinya. "Akak, akak ingat tak Haziq? Anak Auntie Zu?" Puan Sarina bertanya. "Haziq?" Izan pelik. "Akak lupa ke? Anak kawan ibu tu." Masakan Izan lupa, Haziq rakan karibnya sewaktu kecil. Tetapi mereka terpisah sewaktu keluaraga Haziq berpindah ke Switzerland. Setiap saat Izan menantikan kepulangan Haziq. Haziq sendiri berjanji akan pulang dengan segera tetapi setelah sepuluh tahun menunggu, Izan mula berputus asa. Haziq dah lupakan dia. Fikir Izan sendiri. "Awak Haziq?" Izan bertanya. Amirul mengangguk. Izan senyum tanpa menampakkan giginya. Tidak tau mahu beraksi bagaimana. Haziq memandangnya. Izan kembali meloloskan diri kedalam kereta. Bahang matahari menampahkan pening kepalanya. "Ini alamat . Malam ni datang makan malam dekat rumah mak. Ayah tentu nak jumpa Haziq jugak. Ajak mama sekali." Ibunya memberi sehelai kertas kepada Amirul. "Mama tak ada. Mama still dekat sana. Saya dengan adik je dekat sini." "Ajak adik sekali. Mesti Mira dah besar." Amirul mengangguk. "Balik dengan apa?" Izan masih memandang kedua-dua bersembang. Amirul menunjukkan sesuatu. "Kereta kamu ke yang halang kereta mak. Cepat alihkan." Ibunya senyum.
Sampai dirumah, Izan meloloskan diri kedalam biliknya. Badannya direbahkan keatas katil empuk miliknya. Bilik yang bertemakan biru laut itu mendamaikan fikiran. Haziq. Satu nama yang hampir lupus dari kotak fikirannya. Hampir sepuluh tahun nama itu tidak muncul dibenaknya. Begitu juga Mira. Teringat kenangan mereka sewaktu kecil. Ibunya dan Auntie Zu bersahabat baik sejak sekolah menengah. Sampaikan Haziq memanggil ibunya mak dan dia memanggil ibu Haziq, mama. Amirul sahabatku yang selalu membelaKU sewaktu dibuli oleh abangnya. Haziq sahabatnya sewaktu dia dimarahi ibu. Kecilnya dunia. Lama berfikir, Izan terlena. "Izan, bangun. Udah solat belum?" Pembantu rumahnya mengejutnya. Izan menggeleng. Matanya masih berat. "Ya ampun, badannya panas. Demam ya?" Bibik marasa dahinya. "Bentar ya, bibik amik ubatnya." Bibik berlalu keluar. Izan bangun dengan malas manuju kebilik air menyegarkan diri. Sedar tanggungjawabnya sebagai hamba masih belum dilaksanakan. Usai mandi, dia lihat pil panadol dan segelas air masak terhidang di meja belajarnya. Dia makan ubat tersebut dan menunaikan solat zohor. "Bibik masak apa? Laparlah." Izan merengek manja. "Pergi tengok atas meja tu. Baru aja bibik perangatkan." Bibik tersenyum. "Tadi ibu bilang, katanya ada tamu ini malam. Izan tahu siapa?" Bibik bertanya "Anak kawan ibu. Bibik ngak makan?" Izan menyuapkan makanan dengan selera. "Bibik udah kenyang. Bibik kebilik dulu ya, kalau ada apa-apa, panggil aja." Bibik senyum. Izan membalas.
Izan leka menonton televisyen. Ayahnya Encik Kamal outstation. Ibunya sibuk didapur memasak hidangan untuk tetamu malam ini. "Assalamualaikum." Terdengar suara memberi salam. "Akak, bukak pintu tu." Jerit ibu dari dapur. Izan mencebir. "Masuklah." Izan menyambut Amirul dan adiknya. "Kak Izan sihat?" Amira bertanya mesra. Badan Izan dipeluk. "Sihat. Comel Mira sekarang." Izan tersenyum. Dia dan Mira memang rapat. Memandangkan Izan tidak mempunyai adik perempuan. "Duduklah dulu. Kak Izan nak naik atas." Izan mempersilakan Amirul dan Amira duduk. Izan masuk kebilik. Kepalanya masih pening. Dia mahu merehatkan diri didalam bilik. Kedengaran riuh dibawah. Mungkin bertukar cerita. Izan mahu menyertai tetapi kepalanya yang berat membuatkan dia terpaksa melupakan niatnya. Pintu biliknya diketuk. "Masuklah." Izan bersuara. Kepala Amira terjegul di pintu. "Kak Izan tak sihat yer?" Amira bertanya. "Entah kenapa. Hari ni kepala sakit sangat." Izan bangun menyandarkan diri di kepala katil. "Bila Mira balik sini?" Izan bertanya. "Awal tahun lepas. Penat pujuk mama. Tak larat dah duduk dekat sana." Mira senyum. "Seronok balik sini?" Izan bertanya. "Best." Amira menampakkan barisan giginya yang putih. "Sekolah mana?" "Mira sekolah dekat International school. Akak?" "Abang tak cerita ke?" Izan bertanya. Mira menggeleng. "Akak satu sekolah dengan dia." Mira terkejut. "Akak tak cam abang?" Amira bertanya. "Mana nak cam sayang. Sepuluh tahun tak jumpa." "Betul jugak. Nanti bila senang, Mira datang lagi ek. Kak Izan rehat lah. Tak nak ganggu." Izan senyum. "Kirim salam dekat abang." Izan sempat berpesan.
Pagi itu Izan masuk ke kelas. Sehari dia tidak datang kesekolah kerana tidak sihat. Dia nampak kelibat Amirul tetapi tidak berani memandangnya. Sewaktu sampai di kelas, satu sampul surat diletakkan dibawah mejanya. Izan membuka. "SORRY" Izan pelik. Dilihatnya keadaan sekeliling. Masing-masing selamba. Izan menjungkit bahu. Guru matapelajaran Matematik masuk. Izan melipat sampul tersebut dan diletakkan dibawah meja.
Tiba waktu rehat, Izan dan Dila berjalan pantas menuju ke kantin. Malas mahu bersesak dengan orang lain. "Kau tau, pagi tadi, Amirul senyum dekat aku," Dila membuka cerita. "Aiyoo minah, tak ada orang lain ka." Fira memerli. "Betul-betul." Izan menyokong. Rasanya, hanya mereka berdua yang tidak tertarik dengan Amirul di dalam sekolah itu. "Korang ni, apa punya taste lah." Dila memerli balik. "Tak ada kerja aku nak berebut dengan orang. Bukan bagus sangat." Fira membalas. "Dah lah weyh, malas nak cakap pasal dia. Boring dowh." Izan mengeluh. "Makan lah cepat minah. Pagi-pagi dan bantai nasi longgok, badan kering jugak." Dila menepuk bahu Fira. Nasi longgok yang dimaksudkan ialah nasi campur. Entah mana datangnya istilah itu. "Suka aku lah. Aku lapar." Fira menjeling manja. Izan senyum melihat kwnnya yang macam anjing dan kucing itu. "Aku nak pergi toilet dululah." Izan meminta diri. Sampai di tandas, dia membasuh tangan dan membasuh muka. Tangannya yang basah direnjis-renjis. "Woi ape ni?" Satu suara garau menegur. "Ops sorry. Tak sengaja." Izan mendongak. Amirul. "Lain kali…" Amirul memandang Izan selepas mengelap mukanya yang terkena air. Dia terkejut melihat itu Izan. "Lain kali apa?" Izan bersedia untuk berperang mulut. "Lain kali… beritahu awak tu anak mak." Izan mengerut kening. "Do you miss me?" Izan lagi pelik. Amirul senyum. "Sepuluh tahun kan." Amirul cakap lagi. Izan mengerutkan lagi keningnya. ‘biar betul mamat ni’ "Bisu ke?" Amirul bertanya. "Awak ingat lagi ke dekat saya." Izan bertanya perlahan. "Of course I remember my bestfriend." Amirul menampakkan baris giginya. Pertama kali rasanya lelaki itu senyum. "You are so different." Izan mula faham. "Means?" "Nothing." Izan membebel sendiri. "Orang yang penuh dengan segala sifat yang baik yang awak bayangkan tu, Haziq. Sekarang Amirul." Amirul memandang mata Izan. "biar betul mamat ni. Amirul and Haziq, is the same person." Izan menggeleng kepala dan terus berlalu meninggalkan Amirul. "Kenapa terus pergi?" Amirul berjalan sebelah Izan. "Tak takut ke, sembang dengan saya. Nanti jatuh saham." Izan cuba berjalan laju. "Kenapa dingin sangat?" Amirul memegang lengan Izan menyuruh Izan berhenti. "Amirul, jangan macam ni. Saya tak nak cari pasal. Saya tak nak cari musuh." "Apa yang awak mengarut ni?" Amirul mengerutkan keningnya. "Tak apa lah, awak tak faham. Awak, saya nak masuk kelas dulu." Izan berlalu. Amirul memandang Izan yang makin menjauh.
"Izan, macam mana kau boleh cakap dengan dia?" Dila menarik kerusi disebelah Izan. "Cakap dengan sapa?" Izan pelik. Matanya masih ditumpu dibuku latihan matematik. "Dengan Amirul lah. Heboh aku dengar Amirul pegang lengan kau." Dila beria bercerita. "Jealous?" Izan mengusik. Memang betullah mulut pelajar disekolah ini lebih cepat dari sms. "Mana ada." Dila mencebir. "Aku berperang mulut dengan dia. Tengah gaduh, kau cakap aku bersembang." Izan malas mahu menceritakan hal sebenar kepada dila. "Cikgu meeting ke?" Izan bertanya. Dila mengangguk. "Aku nak pergi jumpa Fira sekejap." Izan terus keluar. Sebolehnya dia tidak mahu Dila ikut serta. Sampai di kelas Fira yang selang dua kelas dengannya, Dia duduk dikerusi sebelah Fira yang kebetulannya kosong. "Jarang kau datang kelas aku." Fira pelik. "Aku ada hal nak cerita dengan kau." Izan membaringkan muka diatas meja memandang muka Fira. "Kau ada dengar hal aku dengan Amirul?" Izan bertanya. Fira mengangguk. "Aku rasa korang bertekak kan?" Fira memandang muka sahabatnya. "Itu yang aku cakap dengan orang lain. Tapi sebenarnya tak. Kau ingat Haziq?" Izan bertanya. Hanya Fira yang tahu tentang Haziq. Berbanding dengan Dila, Fira lebih banyak tahu tentang dirinya. "Kawan kau time kecik kan. Kenapa? Dia dah balik ke?" Fira ceria. Dia tahu betapa Izan rindukan Haziq. Izan merapatkan mulutnya ke telinga Fira. "Amirul dan Haziq orang yang sama." Izan berbisik. Fira menutup mulutnya. Fira memandang Izan dengan muka yang tidak percaya. Izan mengangguk. "Seronok jumpa sahabat lama?" Fira bertanya setelah drinya dapat bertenang. "Aku pun tak tahu. First time dapat tahu, nak je aku peluk dia. Tapi bile memikirkan dia Amirul. Aku pun tak tahu." Zan kembali merehatkan kepalanya diatas meja. "So, kau nak buat macam mana? Dia macam mana?" "Aku tak tahu. Tadi kebetulan terserempak dengan dia dekat toilet. Dia tanya aku rindu dia ke tak." Fira menepuk bahu Izan. "Sayang, jangan sebab dia macam apa dekat sekolah kau jauhi dia. Kau sendri cakap, dia yang selalu protect kau time kecik-kecik. Jangan lupakan itu." Fira mengusap bahu Izan. "Mungkin ada sebab kenapa dia jadi macam tu. Takkan kau nak lupakan jer persahabatan korang time kecik-kecik. Aku tau betapa kau hargai persahabatan tu. Sekarang dia dekat dengan kau. Jangan jauhkan." Fira memujuk Izan. "Dengar kau cakap macam tu. Aku macam nak jumpa dia sekarang, peluk dia. Tapi tak boleh. Gosip apa pulak muncul lepas ni." Izan mengeluh. Fira bangun. "Jom." Lengan Izan ditarik. Izan pelik. "Tunggu sini." Fira mengarah. Fira berlalu, Izan tunggu diruang tersorok itu sendirian. Tidak lama kemudian Izan terdengar derap tapak kaki. "Mana kau pergi Fira? Tinggal aku sensorang kat sini." Izan bercakap tanpa menoleh. Sebaik menoleh, dilihatnya Amirul terpacak didepannya. "Awak nak jumpa saya?" Amirul bertanya. Izan terkejut tetap cuba dikawal riak wajahnya. "Saya minta maaf." Izan menunduk. "Kenapa?" Amirul pelik. "Kasar dengan awak tadi." Izan masih menunduk. "Tak ada apalah." Amirul senyum. Tubuh Izan lantas dipeluk. Izan terkejut. "Apa ni?" Izan bertanya. "I miss you so much." Amirul mengeratkan pelukannya. Izan membalas. "Miss you too. Siapa suruh duduk lama sangat dekat sana." Izan merungkaikan pelukan. "Kalau boleh, dah lama saya nak balik. Tapi mama tak lepaskan. Lepas penat saya dengan Mira pujuk, baru tahun lepas dapat permission." Amirul bercerita. "Awak, saya nak balik kelas dulu. Rasanya cikgu dah habis meeting. Jumpa lagi. Assalamualaikum." Izan berlalu setelah Amirul menjawab salamnya. Sampai dihadapan kelasnya, dilihatnya Fira sedang duduk di tempatnya. "Thanks dear." Fira memeluk bahu Fira. "No problem lah. Settle?" Fira bertanya. Izan mengangkat ibu jarinya. "aku balik kelas dulu. Jumpa dekat kantin balik karang." Fira bangun berlalu balik ke kelas. "It’s a secret tau." Izan sempat mengingatkan. Fira senyum.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
amirul..hm...ingatkan sy pada org yg sy minat..hihi