Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku memandang kosong gambar pemandangan di laut yang tergantung rapi di dinding ruang tamu rumah sewaku. Fikiranku semakin hari semakin bercelaru . Aku tidak tahu mengapa semenjak malam itu hidupku seperti tidak tentu arah. Aku sendiri tidak menyangka aku akan memperkosa seorang gadis sedangkan selama ini aku tidak pernah menyentuh tubuh mana-mana perempuanpun . Wajah gadis yang tidak ku ketahui namanya sering menghantui fikiranku walaupun sudah seminggu perkara itu berlaku . Wajahnya yang sedang mengerang kesakitan dan meronta meminta dilepaskan jelas terbayang di tubir mata . Kini aku seolah-olah berasa sangat takut dengan bayang-bayang sendiri . Sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu betapa bersalahnya perasaan ini.
"Hariz! Oooo Hariz!" Panggilan lantang Razif daripada luar rumah menyedarkan aku dari lamunan . "Ye!Aku kat sini!" Sahutku. Seketika kemudian aku terdengar langkah Razif yang kedengaran agak tergopoh-gapah. "Hariz,kau cuba tengok sini!" Razif segera melemparkan surat khabar Utusan Malaysia ke dadaku tanpa sempat melabuhkan punggunggnya di sofa sebelahku . Mukanya merah seperti sedang menahan marah.Aku terkebil-kebil tidak mengerti . " Hoi, kau ingat aku ni apa hah,main lempar-lempar paper.Aku belasah kang baru tahu!"Aku membentak keras,geram dengan perlakuannya. "Ahah aku pun rasa nak belasah kau. Tengok apa kau dah buat??" Razif menarik kembali surat khabar tadi lalu ditunjukkan salah satu halaman kepadaku . Jari telunjuknya dihalakan ke arah satu gambar. Aku mengesat mata beberapa kali seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku lihat kini. " PEROGOL ANAK DATIN M DIBURU ,"aku terus memmbaca intipati berita itu dengan berdebar-debar . "..ujian DNA telah dilakukan dan keputusan telah dikeluarkan.Pihak polis sudah mengenalpasti identiti perogol terbabit dan usaha memburunya dan seorang lagi rakannya yang juga turut terlibat dalam rompakan di rumah datin tersebut sedang giat dijalankan. Orang ramai yang terserempak dengan lelaki terbabit diminta menghubungi balai polis yang berdekatan dengan segera….," dadaku berdegup kencang . Gambar kecil di sebelah ruangan berita itu aku amati .Sah,memang sah itu wajahku . Hanya gambarku yang terpampang di dada akhbar .Peluh dingin sudah membasahi wajahku dan seluruh tubuhku. Tanganku terketar-ketar . Aku buntu tidak tahu apa yang aku harus lakukan kini. "Ini semua salah kau!! Kalau bukan kerana kau kita masih selamat sekarang !" Razif bagaikan terkena histeria . Ternyata dia begitu marah dengan berita yang baru kami terima. Aku hanya menggeleng kepala sambil memegang kepalaku. Kepalaku terasa sakit sangat . Lidahku kelu . " Razif,aku betul-betul tak sedar masatu," Aku berkata dengan nada terketar-ketar.Bukan kerana takut dengan herdikan Razif tetapi takut sekiranya aku ditangkap oleh pihak berkuasa . Jika itu berlaku ,sudah pastinya rahsia yang aku simpan rapi selama ini akan terbongkar jua dan ibu bapaku pasti kecewa. " Ahhh!! Sudah! Yang penting sekarang kita kena tinggalkan tempat ni sekarang juga!" Suara Razif semakin meninggi apabila melihatku masih kaku di situ seperti patung. "Hurry up! Bersihkan tempat ni sekarang .Pukul 1 kita blah!" Tegas Razif lagi .Aku mengerling ke arah jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 12.45pm. Jadi,aku hanya ada masa 15 minit untuk bersiap . Tanpa berlengah masa aku menurut arahan Razif tanpa banyak soal. Aku membawa barang-barang keperluan ala kadar. Senjata yang kami gunakan sudah siap berbungkus di dalam beg khas yang hanya akan dibuka bila perlu.Walaupun begitu di dalam jaket kulitku sudah tersisip sebilah pistol revolver . Aku turut memakai janggut dan misai palsu bagi menutup wajahku yang sebenar . Ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kami diserang hendap oleh musuh atau pihak berkuasa .
Aku dan Razif kini sudah berada di sempadan Thailand-Malaysia iaitu sungai Golok . Razif telah menghubungi rakan kongsi dari selatan Thailand untuk mengambil kami di pinggir sungai yang selalu menjadi ‘pelabuhan’ kami sekiranya ingin ke seberang . Mataku meliar .Jantungku semakin lama semakin berdegup kencang . Aku begitu risau sekiranya pihak polis dapat mengesan kami. Namun ,Razif hanya kelihatan tenang . Tugas ketua kini sudah bertukar tangan kepada Razif memandangkan fikiranku begitu bercelaru kini . Tadi,sebelum tiba di sini kami berdepan dengan dua sekatan jalan raya oleh pihak polis tempatan . Nasib baik kami tidak dicurigai dan ditahan kerana kami hanya berlagak tenang apabila berhadapan dengan mereka mungkin kerana sudah terbiasa berhadapan dengan situasi seperti itu.
Setelah hampir setengah jam menunggu barulah kelihatan sebuah bot meluncur laju ke arah tempat kami berdiri . Dua orang lelaki berjaket hitam dan berseluar jeans biru berada di dalam bot tersebut . Mereka melambai-lambai ke arah kami . Kami turut membalas lambaian mereka . Aku dan Razif terus meloncat ke atas bot sebaik sahaja ia mencecah jambatan yang dperbuat daripada hanyalah kepingan papan yang sudah tesedia di situ . Kemudian bot tersebut dengan pantas meninggalkan ‘pelabuhan’ kami dan aku berasa cukup lega ketika ini walaupun aku terpaksa bersembunyi di Golok untuk suatu tempoh yang aku sendiri tidak pasti . Namun satu perkara sahaja yang sehingga kini menggusarkan aku .Gadis itu.Ya, bayangan gadis itu tidak pernah luput dari ingatanku walau sejauh mana aku pergi . Setiap kali bayangan gadis itu muncul di tubir mataku sudah pastinya dadaku akan berdegup kencang . Aku tidak mengerti mengapa harus aku berperasaan begini . Pelbagai persoalan bermain di fikiranku namun persoalan tersebut hanya terbiar tanpa jawapan .
Malam itu ,aku berjalan-jalan seorang diri menyusuri lorong gelap yang sering menjadi laluan utama untuk ke pasaran gelap yang menjual pelbagai senjata secara terbuka . Pasar tersebut agak terkenal di kalangan orang-orang sepertiku,yang hanya tahu bertuhankan kejahatan..Razif tidak mengikutku kerana dia sedang enak dibuai mimpi .Mungkin kerana terlalu penat setelah seharian berusaha untuk melarikan diri . Namun aku sedikitpun tidak berasa penat .Aku sendiri tidak tahu mengapa .
Semasa aku kian hampir dengan tempat yang dituju ,tiba-tiba aku terlanggar bahu seorang lelaki siam yang berambut biru dan berceracak mengalahkan landak . Aku menjeling tajam ke arahnya . Aku mendengus geram.Buta ke?? "Hey,$%^&#^ !" Dia memarahiku dengan bahasa Thailand yang langsung aku tidak fahami . Mungkin marah dengan jelinganku kot. Hanya Razif yang memahami bahasa Thailand kerana dia berasal dari sini namun malangnya Razif tidak berada di sini ketika ini. Lelaki itu kemudian menolak kasar bahuku sambil mulutnya masih memaki hamun dalam bahasa Thailand. Darahku dengan serta merta membuak panas dengan perlakuan kurang ajar lelaki landak itu . Kurang asam punya landak.Berani sentuh badan aku! "Hey,what do you want ??!!" Soalku kasar sambil menepis tangannya yang cuba menolak bahuku sekali lagi .Dia kelihatan sedikit terkejut dengan tindakan beraniku. "Are you a blind??!!!" Huh,pandai jugak mamat landak ni speaking walaupun sedikit pelat . Aku tersenyum sumbing sambil menepis kasar tubuhnya yang menghalang laluanku .Tak ada mood aku nak bergaduh tidak tentu pasal. Aku menarik nafas dalam-dalam bagi menyingkirkan perasaan marahku ini .Kemudian ,aku perlahan-lahan mengatur langkah untuk meninggalkan dia dan 2 orang konconya yang dari tadi berdiri di belakangnya . "Shit! Wait!!" Laungnya lagi .Hish apa pulak mamat ni nak. Aku berpaling ke belakang sambil mendengus kasar .Saat ini satu tendangan maut singgah di perutku. Aku mengerang kesakitan sambil memegang perutku . Gila! Siap kau landak!! Bentakku dalam hati .
Tanpa membuang masa aku terus meluru ke arahnya dan melemparkan satu tumbukan padu ke arah mukanya . Dia terundur ke belakang sedikit. Hidungnya berdarah . Kedengaran lelaki landak itu memaki hamunku dalam bahasa yang entah apa-apa je. Dia cuba membalas seranganku dengan cuba menumbukku namun aku lebih pantas memegang penumbuknya lantas memutarkan lengan kanannya 360 darjah dengan sekuat hatiku . Amarahku kian menggila .Aku memang pantang dicabar lebih-lebih lagi oleh si mamat landak ni yang nampak lebih muda dariku.Pada masa yang sama,kedengaran bunyi seperti ranting kayu yang sedang dipatahkan . "Argghhhh!!!" Lelaki landak itu menjerit nyaring lalu terduduk sambil memegang bahu kanannya .Dahinya berkerut-kerut menahan sakit .Aku cuba menendangnya namun tanpa ku duga salah satu konconya memaut pinggangku kasar dari belakang . Seorang lagi konconya sedang meluru ke arahku untuk melakukan satu tumbukan yang mungkin akan menhancurkan ususku . Tanpa menunggu serangan tersebut aku terus melompat sedikit dan menendang dadanya dengan kedua belah kakiku. Konconya itu terpelanting ke belakang .Pada masa yang sama aku menghentakkan kepalaku ke arah kepala konconya yang satu lagi yang berada di belakangku . Dia juga turut terpelanting ke belakang.Tanpa berlengah masa aku terus menendang perut lelaki itu dengan sekuat tenaga. Seorang lagi cuba menyerangku lagi namun aku sempat berpusing dan melakukan tendangan layang ke arah mukanya . Hidung dan bibirnya berdarah .Dia menekup mulutnya sambil mengerang kesakitan. Lelaki landak yang masih terduduk sambil menahan sakit kelihatan cuba mengeluarkan sesuatu di sebalik poket seluarnya. Pistol! Belum sempat aku menghalang ,satu tembakan dilepaskan namun ketangkasanku melebihi segala-galanya. Aku dengan pantas meniarap untuk mengelak daripada terkena peluru tersebut . Tanpa ku duga peluru tersebut terkena salah satu kepala konconya . Lelaki itu jatuh dah menggelupur seketika dan kemudian senyap .Darah merah pekat mengalir dari dahinya .Matanya terbuka luas dan mulutnya ternganga.
Aku berpaling semula ke arah lelaki landak tadi .Dia cuba melepaskan satu lagi tembakan namun tidak berkesempatan kerana aku segera menendang tangan kirinya yang sedang memegang pistol dan pistol itu terlepas .Aku terus mengambil pistol itu lantas melepaskan dua das tembakan ke arahnya dan seorang lagi konconya yang sedang meluru ke arahku ,mengenai jantung masing-masing. Pada masa yang sama kedengaran bunyi ngauman mereka seperti harimau kelaparan memecah kesunyian malam . Seketika kemudian , bunyi tersebut tidak kedengaran lagi.Yang kedengaran kini hanyalah bunyi nafasku yang tercungap-cungap.Aku melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di hadapanku.Darah merah pekat membanjiri lorong gelap itu .Aku menarik nafas lega. Bibirku mengukir satu senyuman hambar. Inilah balasannya kalau cuba mencari pasal denganku! Bentakku di dalam hati . Ternyata jiwaku kini semakin hari semakin mengganas…seolah-olah bagiku membunuh adalah jalan penyelesaian untuk segala-galanya!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wahhhhhh....best siooot r citer nie......awk cpt r smbg yg len plak....sya akn sentiasa MENYOKONG awk k!!!!!!!