Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kelas itu kelihatan lengang memandangkan semua pelajar telah pulang. Di sebuah meja, seorang pelajar perempuan masih di situ mengemas buku-bukunya. Ketika waktu akhir tadi, dia diminta oleh Puan Tan, guru matematik untuk menghantar buku ke bilik guru. Ekoran itu, dia terlambat untuk pulang. Sedang dia memasukkan buku ke dalam begnya, tanpa disedari seseorang menghampirinya.
"Tya," suara itu menyapa.
Pelajar perempuan itu tersentak lalu menoleh.
"Sham?" Athira mengeluh lega. Ingatkan siapa tadi. "Kenapa tak balik lagi?" Athira kembali menyambung kerjanya memasukkan buku-bukunya ke dalam beg.
"Saja, nak tunggu Tya," ujar Shamsul tanpa segan silu.
"Tunggu saya? Kenapa?" Athira pelik. Sedang Athira mengemas bukunya, tanpa sengaja satu daripada bukunya terjatuh ke lantai. Athira membongkok untuk mengambilnya. Shamsul turut berbuat demikian. Tanpa diduga, tangan mereka bersentuhan. Athira kaget. Mata mereka saling bertaut. Pada masa yang sama, Azrizal muncul di muka pintu dan menyaksikan adegan itu. Azrizal naik darah melihat tangan Shamsul memegang tangan Athira.
"Hoi!"
Athira dan Shamsul terkejut dek suara itu. Athira cepat-cepat menarik tangannya dan memasukkan buku itu ke dalam begnya. Azrizal segera menghampiri Shamsul. Tanpa pertimbangan dia menumbuk Shamsul. Athira cemas dan terkejut dengan tindakan drastik Azrizal.
"Berani kau ambil kesempatan ya!" Azrizal menggenggam kolar baju Shamsul geram. Dia mahu membelasah Shamsul cukup-cukup. Pertama, kerana menyibuk perihal dirinya dan kawan-kawannya. Kedua, kerana mengambil kesempatan terhadap teman wanitanya.
"Riz!"
Azrizal mahu membelasah Shamsul lagi namun ditegah oleh Athira. Dia melepaskan kolar baju Shamsul lalu melangkah meninggalkan kelas itu dengan perasaan marah.
"Riz!" Athira memandang Shamsul dan membantunya berdiri. "Awak tak apa-apa?" Shamsul menggeleng. "Maafkan saya," Athira mencapai begnya lalu mengejar Azrizal.
"Riz!" Panggilan itu tidak diendahkan. Azrizal pantas melangkah. Hatinya panas. "Riz, tunggu!" Athira menyaingi langkah Azrizal. "Kenapa dengan Riz ni? Riz tak patut tumbuk Shamsul tadi. Dia tak salah."
"Habis tu, Rizlah yang salah?"
"Bukan macam tu. Perkara tadi bukan seperti apa yang Riz sangka. Dia tak sengaja," Athira cuba menerangkan kedudukan yang sebenar.
"Mana Tya tahu dia sengaja ataupun tak sengaja? Riz tahu dia ada hati dengan Tya!" Azrizal ingin melangkah namun Athira pantas menarik lengannya. Langkah Azrizal terhenti.
"Riz, Riz tahu kan Tya sayangkan Riz? Riz tak percayakan Tya ke?" Athira cuba menyejukkan hati Azrizal yang tengah berapi itu. Dia tahu Azrizal cepat naik darah tapi marahnya tak lama. Azrizal memandang Athira.
"Bukan Riz tak percayakan Tya tapi Riz tak percayakan Shamsul," Azrizal meluahkan kebimbangannya. Tambahan pula setelah mengetahui latar belakang keluarga Shamsul. Ketika dia, Shafik dan Iqbal makan di kantin tadi, Shafik membuka cerita.
"Riz, aku dengar cerita si Shamsul tu anak Tan Sri," ujar Shafik.
"Who care? Aku kisah apa kalau dia anak raja sekalipun. Tak ada kena mengena dengan hidup aku," balas Azrizal.
"Kalau aku kata ada kaitan dengan Tya macam mana?"
"Kau cakap apa? Apa kaitan budak tu dengan Tya pula?" Azrizal tidak mengerti.
"Zahid ada bagi tahu aku yang si Shamsul tu asyik tanya pasal Tya saja. Aku rasa dia dah syok pada awek kau agaknya," jelas Shafik.
"Habis tu, Zahid tak bagi tahu dia yang Tya tu awek aku?"
"Dah. Tapi aku tak tahulah apa reaksi dia. Aku tengok dia tu bukanlah jenis orang yang reti bahasa. Baik kau jaga-jaga," kata-kata Shafik itu membuatkan hatinya sedikit gusar. Selama dua tahun dia couple dengan Tya, Tya tidak pernah menyakitkan hatinya. Bahkan kalau dia buat salah pun, Tya sedia memaafkannya.
"Riz, kalau betul pun dia ada hati dengan Tya sekalipun, itu hak dia. Tya tak boleh halang. Tapi Tya berhak pilih sesiapa saja yang Tya suka. Kan Tya dah pilih Riz? Dah, jangan cakap lagi. Petang ni kita keluar ya?" Athira cuba memadamkan kemarahan buah hatinya itu. Namun Azrizal hanya membisu.
"Ya?" Athira bersuara manja. "Senyumlah sikit," pujuk Athira. Azrizal tersenyum kelat. "Macam itulah. Baru nampak sweet. Jom kita jalan sama?" Mereka berjalan beriringan.
"Kita nak pergi mana petang ni?" soal Azrizal.
"Riz nak pergi mana?"
"Riz tak kisah. Mana saja Tya nak pergi, Riz ikut saja."
"Kita pergi Megamall nak?"
"Boleh. Pukul berapa?"
"Pukul empat setengah?"
"Empat setengah? Kenapa lambat sangat?"
"Ala…Tya nak tengok drama Bawang Merah Bawang Putih pukul dua setengah. Cerita habis pukul tiga setengah. Satu jam lagi Tya nak siap-siap," ujar Athira. Setiap petang selepas pulang dari sekolah, pasti drama siri Indonesia itu yang menjadi santapannya. Biarlah tak makan, tak tukar baju, asalkan dia tidak terlepas menonton drama yang menjadi kegilaan di Malaysia pada waktu itu.
"Dua setengah? Sekarang dah pukul dua dua puluh," Azrizal melihat jam di tangannya.
"Hah? Cepatlah Riz. Tya tak nak terlepas walaupun seminit," Athira mempercepatkan langkahnya.
Azrizal menggeleng melihat gelagat Athira. Apalah yang menarik sangat pasal cerita tu? Cerita mengarut. Mana ada pari-pari dalam dunia ni. Kalaulah semua perkara boleh diselesaikan dengan begitu mudah, takkan ada orang di bumi ni yang hidup susah. Tapi rajin juga orang Indonesia ni buat drama fantasi. Nirmala, Bidadari, Jinny Oh Jinny dan Anak Ajaib. Bukan senang nak buat drama macam ni. Ambil masa. Nak buat visual effect lagi.
Kalau Malaysia yang buat mesti kena kutuk. Kata melanggar akidahlah, tak realistiklah. Tapi kalau orang luar yang buat, dia orang juga yang tengok. Nampak sangat dia orang pandang rendah pada drama tempatan. Sebab itulah agaknya pengarah tempatan tak yakin nak buat drama-drama yang berbentuk fantasi dan di luar imaginasi manusia biasa. Mereka tak berani untuk membuat perubahan. Kalau ada pun, mungkin seorang dua tapi tetap tak boleh lawan populariti drama Indonesia.
Akibatnya, drama-drama tempatan tetap memaparkan tema-tema yang biasa. Yang dah selalu orang buat. Tentang cinta, kekeluargaan, dan dunia korporat. Jalan cerita dan wataknya mungkin berbeza tapi perencahnya tetap sama. Macam mana penonton tak jemu?
ape kes gne nme smart.. mse 2 cg halili jd gru dspln kn??? skng ckgu azhr.. x strict sgt daa pn.. huhu.. ppe pn keep up gud wrk!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
haha..
kelakarlah plak.
heh bgs ada improvement!teruskn usaha!
hehe