Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Loceng waktu pertama telah berbunyi. Para pelajar bergegas ke kelas masing-masing. Namun tiga orang pelajar lelaki itu masih leka bersembang di kantin. Melihatkan itu, seorang pengawas perempuan menghampiri mereka bertiga.
"Azrizal, Shafik, Iqbal, kenapa tak masuk kelas lagi? Awak bertiga kena masuk kelas sekarang. Kelas dah nak mula," pengawas perempuan itu memberi arahan. Dia mesti tegas dengan tiga orang pelajar itu. Bukan boleh bagi muka sangat dia orang ni.
"Sabarlah sayang. Kejap lagi kami masuklah. Sayang masuk kelas dulu ya. Kejap lagi abang datang,"
Merah padam muka pengawas perempuan itu mendengar panggilan sayang Azrizal kepadanya. Azrizal tersengih melihat reaksi pengawas perempuan itu.
"Baik awak bertiga masuk kelas sekarang. Kalau tidak…"
"Kalau tidak apa, sayang?"
"Riz!"
Dia tidak tahan mendengar panggilan itu lagi. Berbulu telinganya. Memang sejak dari dulu dia membantah keras hasrat ibunya untuk menghantarnya belajar di sekolah ini. Pernah dia menyuarakan hasrat hatinya untuk bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Afzan yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Mudah untuknya pergi dan balik sekolah. Hanya berjalan kaki. Tambahan pula, ramai kawannya yang belajar di situ. Jadi tidaklah dia berasa sunyi.
Namun ibunya tetap berkeras mahu menghantarnya belajar di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib ini. Alasannya agar mudah bagi ibunya untuk melihat dia kerana ibunya mengajar di sekolah itu. Walaupun sekolah ini merupakan antara sekolah yang terbaik di seluruh negeri Pahang namun apa yang dia lihat pelajar-pelajarnya sama saja dengan pelajar-pelajar sekolah lain. Kata sekolah bestari tapi kenapa pelajar yang tidak menunjukkan ciri-ciri bestari juga diterima untuk belajar di sini?
"Cikgu-cikgu tak boleh nak buat apa-apa sebab ibu bapa mereka merupakan penyumbang terbesar dalam PIBG sekolah," ujar ibunya apabila soalan itu diajukan.
Mentang-mentanglah ibu bapa mereka penyumbang terbesar dalam PIBG sekolah, mereka ingat mereka boleh buat sesuka hati mereka? Kalau nak buat sesuka hati, suruhlah ibu bapa mereka bina sekolah sendiri. Peraturan tetap peraturan. Semua pelajar kena ikut.
"Baiklah, sayang. Abang masuk kelas sekarang ya," Azrizal mengajak Shafik dan Iqbal masuk ke kelas. Laily menghantar langkah mereka bertiga dengan anak matanya. Yalah tu. Ingat aku tak tahu kegiatan kau orang? Bukan dia tidak tahu tabiat mereka bertiga yang suka ponteng sekolah terutamanya masa subjek Sejarah. Tapi ke mana dia sendiri tidak dapat menjawabnya.
"Orang dah masuk kelas ni. Jom kita cabut," Shafik melihat sekeliling. Kawasan sekolah itu telah sunyi memandangkan para pelajar berada di kelas masing-masing pada waktu itu.
"Jom," mereka bertiga melangkah ke pagar depan.
"Ada orang tak?"
Mereka bertiga melihat-lihat sekeliling memastikan tiada sesiapa yang nampak mereka. Line clear!
"Kau orang buat apa di sini?" suara itu menyertakkan mereka bertiga. Serentak mereka memandang ke arah suara itu.
"Eh, kalau kau nak belajar lama di sekolah ni lebih baik kau jaga hal kau sendiri," Azrizal memberi amaran kepada pelajar lelaki itu. "Jangan sibuk hal kita orang. Dah, pergi masuk kelas. Belajar rajin-rajin."
"Riz, boleh percaya ke budak baru tu?" Shafik mula tidak sedap hati.
"Yalah, Riz. Kalau dia bagi tahu pengetua macam mana?" tanya Iqbal pula.
"Dia takkan berani punya," ujar Azrizal yakin walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh pelajar baru itu.
"Tapi kalau dia lapor pada pengetua?"
"Tahulah aku ajar dia," Azrizal sudah pun melepasi pagar batu itu. Shafik mengikut jejak Azrizal namun Iqbal masih tidak berganjak di situ. Dia masih ragu-ragu. "Ball, kau nak ikut ke tidak?"
"Aku ikut," Iqbal memanjat pagar itu mengikut teman-temannya ke seberang jalan.
Apalagi masalah budak bertiga ni? Setiap hari kerjanya menambah kedutan di muka orang sekeliling. Aku yang baru berusia lewat 40-an ini pun dah nampak tua daripada usia yang sebenar. Budak bertiga ni memang tak serik. Suka sangat jadi tetamu kehormat Cikgu Mohamad. Dah beratus kali keluar masuk bilik guru disiplin pun tak mendatangkan apa-apa kesan.
Dalam banyak-banyak peraturan sekolah, peraturan mana yang mereka belum langgar? Datang dan balik sekolah sesuka hati, ponteng kelas, tak buat kerja rumah, menyakat budak perempuan, buat bising, bergaduh semuanya mereka dah lalui. Cuma tinggal tak bakar sekolah aja. Ops! Kalau bakar sekolah tak dapatlah mereka nak ponteng kelas ya tak?
Puan Hajah Rubiah pening kepala mengenangkan sikap budak bertiga itu. Sebentar tadi, dia mendapat laporan daripada seorang pelajar. Katanya Azrizal dan kawan-kawannya merancang untuk ponteng sekolah. Ke mana pula dia orang nak pergi? Mana lagi? Mesti ke tempat itu!
"Riz, kau main dah lama. Bagilah aku pula," Iqbal menolak Azrizal yang sedang ralit bermain games di sebuah komputer.
"Nantilah. Aku tengah seronok ni. Kau mintalah dengan Chap," Azrizal masih tidak berganjak dari komputer di hadapannya.
"Bosanlah macam ni," Iqbal melihat sekitar kafe siber itu. Semua tempat telah berpenghuni.
Jika tidak masuk sekolah, itulah destinasi mereka. Kafe siber yang terletak di seberang jalan itu berhadapan dengan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar yakni sekolah di hadapan sekolah mereka. Kedua-dua sekolah itu memang selalu bersaing baik dari segi pelajaran mahupun sukan.
"Seronok nampak?"
Mereka tersentak mendengar suara itu. Suara itu sudah tidak asing lagi kepada mereka. Pengetua? Perlahan-lahan mereka menoleh ke belakang. Kelihatan Puan Hajah Rubiah tersenyum memandang mereka.
Azrizal, Shafik dan Iqbal dibawa ke bilik pengetua. Teruk mereka dimarahi oleh pengetua. Namun semua itu tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap mereka. Lagipun ini bukanlah kali pertama mereka ditangkap kerana ponteng sekolah. Sudah berpuluh-puluh kali. Mereka juga sudah lali.
"Awak bertiga boleh balik ke kelas," arah pengetua setelah penat dia berceloteh. Entah apa nak jadi dengan mereka ni? Anak siapalah?
Sesampai di kelas mereka bertiga terus mencari pelajar baru itu. Menyibuk betul budak ni. Memang nak kena ajar!
Pelajar baru itu telah bersedia apabila melihat tiga pelajar itu melangkah ke arahnya. Tak puas hatilah tu.
"Kau apa hal?" marah Azrizal.
"Kenapa? Tak puas hati?" Pelajar baru itu menentang muka Azrizal.
"Memang aku tak puas hati!" Azrizal mula meninggi suara. "Yang kau sibuk-sibuk sangat pasal kami ni kenapa? Dah tak ada kerja lain?"
"Aku cuma buat apa yang aku rasa betul," pelajar baru itu mempertahankan diri. Dah ada peluang untuk sekolah, nak ponteng pula.
"Macam baik saja," Azrizal tidak puas hati dengan jawapan itu.
"Riz, kau kan penolong ketua kelas. Sepatutnya kau tunjukkan contoh yang baik," Azrizal, Shafik dan Iqbal saling berpandangan mendengar nasihat pelajar baru itu. Kelas yang tadinya hingar bingar sunyi serta-merta. Semua mata tertumpu ke arah mereka.
"Kau ni siapa? Sibuk nak mengajar orang. Tak payahlah kau sibuk-sibuk nak jaga hal kami. Kau jagalah diri kau tu sendiri," Azrizal menyucuk badan pelajar baru itu dengan jarinya.
"Riz," Suara lembut itu membuatkan dia tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia memandang gadis itu kemudian mengisyaratkan kepada Shafik dan Iqbal supaya pergi dari situ. Mereka berlalu ke kantin.
"Hish, bengang betul aku dengan budak baru tu!" Shafik menghempas gelas di meja. Melepaskan geramnya.
"Iyalah, aku pun tak berkenan dengan budak Shamsul tu. Baru seminggu kat sini, dah nak tunjuk lagak!" sokong Iqbal. Dia ingat dia dari KL, dia hebat? Boleh jalanlah!
"Apa kita nak buat dengan dia?" Shafik meminta pendapat. Mereka perlu buat sesuatu agar pelajar baru itu tidak mencampuri urusan mereka bertiga lagi.
"Kita ajar dia sikit. Biar dia tahu," Iqbal memberikan cadangan.
"Nak ajar macam mana?" Shafik dan Iqbal memandang Azrizal. Mereka saling berpandangan. Hairan dengan sikap berdiam diri teman mereka yang seorang itu.
"Riz, kenapa kau diam?" Shafik menyiku Azrizal. Dari tadi orang sibuk berbincang, dia boleh buat tak tahu?
"Tak ada apalah. Aku tengah berfikir ni," ujar Azrizal. Memang dia geram. Kalau Tya tak ada tadi, dah lama budak Shamsul tu makan penumbuk aku. Kenapalah dia suka menyibuk hal aku? Aku pernah sakitkan hati dia ke? Tak ada rasanya. Kenal dia pun tak. Entah apa masalah dia?
"Fikir macam mana nak ajar dia?" Shafik mengagak.
"Habis tu, kau ingat aku nak lepaskan dia macam tu aja?"
"Jadi, apa rancangan kau?"
"Nanti aku bagi tahu. Sekarang ni, kita makan dulu. Kau orang nak makan ke tak?"
"Mestilah nak! Perut aku dah nyanyi lagu rock and roll dah ni!" Shafik memegang perutnya. Pagi tadi dia hanya meminum air. Mana boleh tahan. Balik rumah pun bukan ada sesiapa yang nak masak untuknya. Semuanya harus diurus sendiri lantaran kedua-dua orang tuanya sibuk mencari rezeki.
"Chap, belikan nasi lemak dengan milo ais untuk aku," ujar Azrizal kepada Shafik.
"Ball, belikan nasi lemak dengan milo ais untuk kita orang," Shafik pula berkata kepada Iqbal.
"Tolong belikan nasi lemak dengan milo ais untuk kita orang," Iqbal berpaling ke sebelahnya walaupun sebenarnya tiada sesiapa pun di sebelahnya. Dia memandang Azrizal dan Shafik.
"Kenapa pula aku yang kena beli?" Iqbal membantah.
"Sebab nama kau Iqbal," ujar Shafik. Apa pula kena mengena? Ah, tak kisahlah!
"Apa kena mengena?"
"Pergilah. Aku dah lapar ni," ujar Azrizal.
"Tak ada, tak ada. Kau orang kena ikut aku. Aku bukan kuli kau orang," Iqbal bangkit menuju ke tempat menjual nasi lemak.
"Jomlah," Azrizal dan Shafik mengikut langkah Iqbal.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah..
cerita makin gempak!
bagus2!
teruskn usaha k!
~DiNi~