BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Ogos 19, 2008
Novel : Asyrafia 8
Ilmar Imia
emigank@yahoo.com

BAB 8

Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk buat Afia dan kawan-kawannya. Mereka bekerja keras bagi menyiapkan kertas kerja dan storyboard program hiburan mereka. Memandangkan tiada seorang pun antara mereka yang pandai melukis, maka mereka terpaksa melakonkan sendiri adegan-adegan yang hendak dimuatkan dalam program mereka itu untuk diambil gambar dan dijadikan gambar storyboard itu.

Suatu malam, Afia, Julia, Adi dan Rizal berkumpul di dewan makan bagi memberikan sentuhan terakhir pada storyboard itu. Berbeza dengan kolej-kolej lain, pelajar lelaki dan pelajar perempuan di Puncak Perdana berkongsi dewan makan yang sama memandangkan ruang yang ada adalah terhad. Justeru, tidak hairanlah banyak pasangan yang mengambil peluang untuk makan bersama apabila tiba waktu makan.

Setiap hari, pihak dewan makan akan menyediakan tiga menu berbeza bagi sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Waktu sarapan dibuka seawal jam tujuh pagi hingga pukul sembilan pagi manakala waktu makan tengah hari pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 2.30 petang dan waktu makan malam pula pada pukul enam petang hingga pukul sembilan malam.

"Ramainya orang! Macam mana kita nak buat storyboard ni kat sini?" Rizal memegang beberapa keping cardboard yang berukuran A2 itu. Tangannya sudah lenguh membawa benda itu dari tingkat lima biliknya hingga ke dewan makan.

"Terpaksalah kita cari tempat lain," ujar Adi.

"Ha? Aku tak laratlah bawa laptop ni ke hulu ke hilir. Dahlah bilik aku tingkat empat," Julia merungut. Beg yang berisi laptop itu diletakkan ke atas kerusi.

"Kau ingat kau sorang aja yang tahu penat?" celah Rizal.

"Dah, tak payahlah nak gaduh. Sekarang ni, kau orang nak makan kat sini ataupun nak makan kat gerai?" tanya Adi.

"Sini ajalah," Afia pantas menjawab. Dia tidak mahu makan di gerai. Dia tidak mahu berjumpa mamat itu. Dia perlu mencari jalan agar mereka mahu makan di dewan makan itu. "Takkan kita nak angkut barang-barang ni pergi gerai?"

"Lauk apa malam ni?" Adi melihat ke pinggan beberapa orang pelajar yang sedang makan tidak jauh daripada mereka.

"Lauk daging. Bosanlah. Kita makan kat gerai ajalah," kata Julia.

"Ala…kita makan sini ajalah," Afia cuba memujuk kawan-kawannya.

"Siapa nak makan kat sini?" tanya Adi. Hanya Afia yang mengangkat tangan. "So kita makan kat gerai."

Afia menarik muka dengan keputusan itu. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia mengikut suara majoriti. Maka berjalanlah mereka ke gerai di belakang kolej sambil memikul cardboard dan laptop.

Di gerai seperti yang dijangka, Sukry pekerja Indonesia yang meminati Afia yang mengambil pesanan mereka. Adi, Julia dan Rizal pula sengaja membiarkan Sukry mengambil pesanan Afia dahulu sambil mata masing-masing menjeling ke arah Afia dengan seribu satu makna.

"Carrot susu dan nasi goreng pattaya," ujar Afia tanpa teragak-agak. Afia lega apabila Sukry mengalihkan perhatian kepada Adi untuk mengambil pesanannya. Dari tadi, mata Sukry tidak lepas daripada merenungnya. Naik seram dia dibuatnya.

Tak lama kemudian, minuman dan makanan mereka sampai. Namun makanan itu tidak sama dengan apa yang dipesan oleh mereka sebentar tadi.

"Aku minta nasi goreng ayam kan tadi?" Adi melihat ke pinggannya. "Ini bukan nasi goreng ayam kan?"

"Aku pun minta nasi goreng cina tapi dia bagi nasi goreng biasa," Rizal pula merungut. "Kau punya betul, Ju?"

"Salah juga."

Adi, Julia dan Rizal melihat ke arah Afia. Afia yang menyedari dirinya diperhati memandang teman-temannya.

"Apa?"

"Betul ke kau order nasi goreng pattaya tadi?" tanya Julia.

"Betullah."

"Tengok tu kau orang. Macam mana makanan Afia sorang aja yang betul?" Julia, Adi dan Rizal memandang Afia.

"Sukry tu memanglah. Kat Afia aja dia pay attention. Ni aku tak puas hati ni," Adi pura-pura marah.

"Kita adu pada bos dia," Rizal menambah.

"Bang!" Adi memanggil seorang pemuda lain yang baru saja mengambil pesanan di meja sebelah dan memberitahu masalah mereka. "Tadi kita orang order lain tapi dapat lain."

"Kau orang order apa?" tanya pemuda itu.

"Nasi goreng ayam, nasi goreng cina dan nasi paprik," ujar Adi. Pemuda itu mencatat pesanan itu di buku kecil di tangannya.

"Jadi yang ni bukanlah?"

"Bukan."

"Sorry ya," pemuda itu mengangkat dua pinggan yang tidak berkenaan itu ke dalam. Seketika kemudian, dia kembali sekali lagi untuk mengambil pinggan yang satu lagi. "Yang ni ?" pemuda itu bertanya kepada Afia.

"Yang ni betul," jawab Afia.

"Jadi nasi goreng ayam, nasi goreng cina dan nasi paprik?" pemuda itu membaca semula pesanan mereka bagi memastikannya.

Adi menggangguk. Seketika kemudian, makanan mereka yang betul sampai. Mereka makan tanpa sepatah bicara.

"Alhamdulillah," ucap Adi sesudah makan. "Aku rasa nak tambah lagilah."

Afia, Julia dan Rizal memandang Adi tidak percaya.

"Kau tak kenyang lagi ke?" tanya Julia.

"Entah. Aku rasa nak makan lagi. Orderkan."

"Ah, orderlah sendiri! Nanti dia orang ingat aku kuat makan pula," bantah Julia.

"Afia, orderkan."

"Order ajalah. Buat apa kau nak malu? Bukannya percuma. Kau bayar kan?" balas Afia.

"Bang, saya nak order nasi goreng USA," Adi berkata kepada pekerja yang berada berdekatan dengan mereka.

"Nasi goreng USA? Satu?"

"Satu aja. Bukan untuk saya tahu. Untuk dia," Adi menunjuk ke arah Julia. Pekerja itu seakan terkejut kemudian tersenyum.

"Hish…jahat betullah kau ni!" Julia memukul lengan Adi sejurus pekerja itu menghilang ke dalam.

"Aduh, sakitlah," Adi menggosok-gosok lengannya.

"Padan muka!" marah Julia.

Selepas makan, mereka berempat duduk di meja kosong di kafe yang terletak di tingkat bawah fakulti mereka. Kafe itu hanya dibuka pada waktu siang.

"Mula kerja cepat!" gesa Julia.

"Nantilah kejap. Perut aku senak ni," Adi memegang perutnya.

"Itulah. Siapa suruh makan banyak sangat?" Afia mencelah. "Kalau tak mula sekarang, bila nak siap kerja? Esok nak present tahu."

Julia menghidupkan laptop manakala Rizal membentangkan cardboard di atas meja dan Afia menyusun gambar-gambar yang mereka ambil mengikut urutan.

"Di, mana ‘kawan baik’ kau?" Julia sengaja menyakat Adi.

"Siapa?" Adi tidak mengerti. Siapa pula kawan baik aku selain kau orang?

"Ala…buat-buat tak tahu pula. Si Norin itulah," balas Julia. Lambat pick up betul budak ni.

"O… Entah. Dia kata dia lambat sikit."

"Dia tu asyik lambat aja. Kalau dia tak ada pun, tak apa. Dia bukannya buat apa-apa pun. Kerja pun tak banyak menyumbang. Ahli nominal betul," bebel Julia.

"Yalah. Datang pun sibuk gayut kat telefon. Macam dia sorang aja yang ada telefon," Afia juga tidak berpuas hati dengan sikap Norin.

"Kau orang ni macam mak neneklah. Biarlah dia. Malas aku nak ambil tahu. Jangan disebabkan dia kita tak boleh buat yang terbaik," ujar Rizal sambil tangannya ligat menampal gambar-gambar yang telah dipilih ke atas cardboard.

"Kalau diikutkan aku pun tak nak ambil tahu pasal dia tahu. Tapi kita kan kerja dalam satu kumpulan sekarang. Tak adillah kalau kita empat orang aja yang mati-matian buat kerja sedangkan dia duduk goyang kaki. Tapi nama dia ada dalam kertas kerja," tambah Afia.

"Sekarang ni kita buat aja kerja kita. Dia nak datang ke tak itu dia punya pasal," Adi membantu Afia memilih gambar untuk ditampal pada cardboard.

"Sempat ke nak siap malam ni?" Julia melihat jam di tangan Afia. Sekarang dah pukul sembilan suku. Bermakna mereka cuma ada masa lebih kurang dua jam saja lagi sebelum pukul sebelas.

"InsyaAllah," Adi meyakinkan mereka.

"Hi, you all. Sorry I’m late. I ada hal sikit tadi," ujar suara itu manja.

Afia, Adi, Julia dan Rizal meneruskan kerja mereka tanpa mengendahkan kehadiran Norin. Mereka sudah tiada kuasa hendak melayani sikap Norin.

"Banyak lagi ke yang kena buat?" Norin berlagak selamba. Dia tahu mereka marahkannya namun dia sengaja buat-buat tak faham.

"Kau tak nampak ke?" sindir Julia.

"So you all nak I buat apa?"

"Buat bodoh!" Afia geram. Sendiri mahu ingatlah! Dahlah datang lambat. Boleh pula tanya nak buat apa?

"Sorry, I ada call," Norin begitu gembira melihat nama yang memanggil lantas segera menjawab panggilan itu dengan nada yang manja. "Hai, sayang. I tengah buat group discussionlah ni."

"Tengok tu. Meluatnya aku!" Afia berteriak kecil apabila Norin menghilang bersama telefonnya. Rasa marahnya sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Kau meluat sebab dia datang lambat ke ataupun sebab dia ada boyfriend?" seloroh Adi.

"Banyaklah! Aku tak hairanlah dengan boyfriend dia," balas Afia. Dia orang ni ada aja bahan nak kenakan aku.

"Yalah, setakat boyfriend Norin tu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan Sukry," Adi semakin galak menyakat. Sengaja dia mengusik Afia bagi menghidupkan suasana. Tak adalah bosan sangat.

"Bila dia dah kaya nanti, mesti dia buka warung sendiri. Kalau kau jadi bini dia Afia, kau jadi bini bos," Julia turut menambah.

"Bila kau dah jadi bini bos nanti, janganlah lupakan kita orang," Rizal mengajuk salah sebuah iklan di televisyen. Iklan tentang dua sahabat. Sahabatnya memberi ingatan kepada sahabatnya yang mahu menjadi penulis terkenal. ‘Bila kau dah terkenal nanti, janganlah lupakan aku.’

Adi, Julia dan Rizal tertawa melihat muka masam Afia.

"Kau orang ni tak baik tahu. Buatnya dia mengadu kat Sukry nanti macam mana? Habislah peluang kita nak makan percuma," ujar Adi lagi.

"Dahlah. Malas aku nak layan kau orang," Afia meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan mereka. Dia malas hendak melayan usikan mereka. Dia sorang, dia orang bertiga. Mestilah dia kalah.

"Malu-malu pula dia," usik Adi.

"Hee…diamlah!" Afia naik rimas.

"Garangnya tapi cute!!" Adi dan Rizal mengajuk dialog dalam drama ‘Kami’ pula, salah satu drama terbitan 8tv lakonan pendatang baru dalam seni lakon seperti Liyana Jasmay dan Ezany. Dalam satu babak, Lynn lakonan Liyana Jasmin memarahi Ali (Ezany) kerana menjatuhkan telefon bimbitnya ketika mereka menonton gig. Ketika itulah Abu (Naz-T) kawan Ali mengeluarkan ayat itu.

Mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja-kerja mereka. Jika tidak sempat siang sebelum pagi esok, alamatnya habislah mereka. Kertas kerja dan storyboard itu mewakili 50 markah bagi keseluruhan projek itu. Baki 50 lagi hasil program hiburan mereka yang telah siap. Mereka perlu membentangkan kertas kerja dan storyboard itu kepada Cik Syazliana di hadapan kelas esok sebelum meneruskan penggambaran. Jika Cik Syazliana berpuas hati, barulah mereka boleh memulakan penggambaran. Ketika mereka sedang tekun membuat kerja, tiba-tiba…

"Mana Norin ni? Tak balik-balik pun? Takkan lama sangat jawab telefon?" Julia mula menyedari Norin belum kembali ke situ sejak dia menerima panggilan telefon tadi.

"Ala…tu mesti nak curi tulang. Telefon tu alasan aja," ujar Afia.

"Ni buat apa ni?"

Afia, Adi, Julia dan Rizal memandang ke arah suara itu. Seorang lelaki berpakaian seragam biru menghampiri mereka.

"Kita orang buat assignment," jawab Julia. Takkan itu pun salah?

"Assignment apa?"

"Group assignment."

"Awak tahu tak dah pukul berapa sekarang?" tanya lelaki itu. Afia melihat jam di tangannya.

"10.45," jawab Afia.

"Awak tahu kan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dilarang berkumpul selepas pukul lapan malam?"

"Tapi kita orang bukan buat apa-apa, pak cik. Kita orang buat assignment aja," jawab Adi berani.

"Kenapa tak buat waktu siang?"

"Macam mana nak buat waktu siang kalau kita orang ada kelas?" Adi mula berang. Lagipun dia orang berempat, bukannya berdua. Ingat kita orang tak tahu peraturan ke?

"Saya tak nak dengar alasan. Bila saya round sekali lagi nanti, saya nak tempat ni dah kosong," pengawal keselamatan itu memberi amaran lantas berlalu meninggalkan mereka.

"Kerek betullah pak guard ni," getus Afia sejurus pengawal keselamatan itu berlalu.

"Biasalah. Mana ada pak guard yang tak kerek?" balas Adi.

"Pak guard di Arau baik," puji Afia. Terbayang-bayang di kepala Afia akan kebaikan pengawal keselamatan di UiTM Arau. Ramah dan mesra! Tak macam pengawal keselamatan di sini. Perasan bagus! Nak suruh pelajar hormat dia tapi dia tak hormat pelajar.

"Arau tu kampung!" celah Adi.

"So macam mana ni? Kita nak siapkan juga malam ni ke ataupun nak tunggu besok pagi aja?" tanya Julia.

"Kalau nak tunggu pagi besok takut tak sempat," jawab Adi.

Mereka tekun menyiapkan kerja-kerja menampal gambar pada cardboard itu tanpa menyedari jam sudah melewati pukul sebelas malam.

"Pak guard tu kunci pintu pagarlah," Rizal menunjuk ke arah pintu pagar yang memisahkan fakulti itu dengan asrama mereka.

"Dah pukul sebelas ke?" Afia melihat jam di tangannya. Sebelas dua minit?

"Tak apa. Buat aja. Kita siapkan benda ni," ujar Adi.

"Tapi macam mana kita nak masuk hostel nanti?"

"Nanti kita cari jalan. Yang penting sekarang, kerja kita kena siap sebelum pagi besok," Adi meyakinkan teman-temannya.

Ekoran itu, mereka bertungkus-lumus bersekang mata menyiapkan kerja itu sehingga ke lewat malam.

"Finally…" Afia mengeluh lega melihat hasil kerja mereka yang sudah siap sepenuhnya itu.

"Pukul berapa dah ni?" soal Rizal.

"Dekat pukul dua," balas Julia.

"Patutlah aku rasa mengantuk," Afia menutup mulutnya yang menguap dengan tangan. Badannya terasa penat.

"Kemas cepat."

Tanpa berlengah, mereka mengutip kertas-kertas yang bertaburan di lantai. Setelah tempat itu agak bersih, mereka bergerak menuju ke pintu pagar yang memisahkan fakulti dengan asrama mereka.

"Macam mana kita nak masuk ni?" Julia melihat pagar yang berkunci itu.

"Macam mana lagi? Kena panjatlah," balas Adi.

"Nak panjat macam mana? Tinggi ni," Afia mencelah.

Adi memandang kawasan sekeliling. Mencari sesuatu yang dapat membantu mereka untuk memanjat pagar itu. Tiba-tiba matanya melekat pada sebuah kerusi plastik tidak jauh dari situ. Adi segera mengambil kerusi itu.

"Kau nak buat apa dengan kerusi ni, Di?" soal Rizal hairan.

"Kau orang naik atas kerusi ni. Lepas tu, cuba panjat pagar ni," terang Adi.

"Boleh ke?" Julia ragu-ragu.

"Kerusi ni kukuh ke?" Afia mengoyang-goyangkan kerusi itu bagi memastikan kekukuhannya. Tak adalah kukuh sangat tapi bolehlah.

"Riz, kau panjat dulu," cadang Adi.

"Ok."

Tak sampai satu minit, Rizal telah selamat memasuki kawasan asrama.

"Ju, kau pula," ujar Adi.

"Hah? Aku? Afia dululah," Julia masih tidak yakin. Tengok Rizal buat macam senang tapi aku tak beranilah pulak.

"Ok, aku dulu," Afia mempratikkan cara yang digunakan oleh Rizal tadi sambil diperhatikan oleh Adi dan Julia. Rizal pula bersedia untuk menyambut Afia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Kalau dibandingkan dengan pagar yang mengelilingi UiTM Puncak Perdana yang selalu mereka panjat, pagar ini agak susah untuk dipanjat memandangkan pagar ini diperbuat daripada kayu yang terpacak tegak dan sukar dipijak. Yalah, mana ada orang buat pagar untuk bagi orang panjat kan?

"Dah, Ju. Giliran kau!" Afia menjerit kecil dari pagar sebelah.

"Aku tak beranilah," Julia menggeleng kemudian memandang Adi di sebelahnya. "Di, kau dululah."

"Mana boleh. Aku kena jaga kau kat sini," tegas Adi. Apalah yang budak ni takut sangat ni?

"Come on, Ju. Kau boleh buat," Afia cuba memberi keyakinan kepada Julia. Julia memandang Afia, kemudian Rizal dan akhir sekali Adi. Dengan langkah yang berat, Julia berdiri di atas kerusi yang digunakan oleh mereka untuk memanjat.

Pada mulanya, pergerakan Julia lancar. Namun apabila dia hendak melompat ke tanah, tiba-tiba rasa gayat menyelubungi dirinya. Julia kaku di situ.

"Kau tunggu apa lagi? Lompatlah!" gesa Afia.

"Aku takutlah."

"Kau nak takut apa?" Rizal mula geram melihat perangai Julia.

"Kalau aku jatuh nanti macam mana?"

"Kau takkan jatuh punyalah. Kan aku dan Afia ada. Kita orang sambutlah kau nanti," balas Rizal.

"Betul? Kau tak tipu?"

"Buat apa pulak kita orang nak tipu kau?"

"Cepatlah Ju! Aku penat ni. Takkan kau nak tunggu sini sampai esok pagi?" marah Adi.

"Kau sambut aku tau, Afia!" Julia menutup mata kemudian melompat ke arah Afia dan Rizal. Bedebuk!

"Kau orang ok ke tak?" Adi cemas melihat mereka bertiga terbaring ke tanah.

Julia mengangkat muka. Alamak! Afia!

"Afia… Afia… bangun…" Julia menampar-nampar muka Afia. "Afia… bangunlah! Aku tak nak jadi pembunuh weh!"

"Adoi…" Afia mengadu kesakitan.

"Afia, kau hidup lagi?" Julia memeluk Afia gembira.

"Kalau kau tak bangun sekarang, mungkin aku akan mati."

Julia baru tersedar yang dia terbaring di atas badan Afia lantas segera bangkit dan memberi ruang kepada Afia untuk bernafas.

"Afia, kau ok ke?" Adi menerpa ke arah Afia sebaik-baik sahaja dia melepasi pagar yang memisahkan fakulti dan asrama.

"Aku belum nak mati lagilah," ujar Afia lemah.

"Sorry…" Julia diserang rasa bersalah.

"Kau boleh bangun tak?" tanya Rizal.

"Boleh kut," Afia bangkit sambil dibantu oleh Adi.

"Kau ni Ju, Afia ni dahlah kurus. Buatnya tulang dia patah macam mana?" bebel Adi.

"Ala… aku tak sengajalah," balas Julia.

"Dahlah, aku tak apa-apa. Tulang aku kuatlah," celah Afia.

"Betul ke kau tak apa-apa?" tanya Adi lagi. Risau pulak dia dibuatnya.

"Betul. Jomlah balik. Aku dah mengantuk ni."

"Jomlah. So esok pagi kita jumpa kat sini ya," ujar Adi.

"Ok, jumpa esok," Afia dan Julia berlalu ke asrama siswi sementara Adi dan Rizal berlalu ke asrama siswa. Setibanya di bilik, masing-masing terus terlena dibuai mimpi akibat kepenatan.
posted by BLOGGER @ 1:20 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group