BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Ogos 10, 2008
Cerpen : Tak Ada Logika
Nurul Aini Bakar
eyenie105@yahoo.com

Fatimah menyanyi sumbang lagu 'Tak Ada Logika' dendangan penyanyi seberang, Agnes Monica. Hatinya yang seram sejuk diberanikan juga menyelusuri jalan lengang itu. Dalam tengah malam gelap, cuma cahaya lampu kuning jalan sahaja yang menemaninya. Sesekali satu dua kereta melintasinya, membuatkan hatinya lega sedikit. Namun hatta ngauman enjin beransur hilang dan bunyi unggas malam kedengaran semula, bulu romanya dengan sendiri tegak berdiri. Entah mengapa malam ini, lain benar perasaannya. Walhal bukannya kali pertama dia pulang ke Villa Saujana seorang diri pada waktu begini. Kerap juga dia bertandang ke rumah Neng Mimi sejak bekerja sebagai orang gaji dirumah singgah milik keluarga Tan Sri Hashim itu. Nyanyian lagu 'Tak Ada Logika' dikuatkan lagi, buat ubat bagi rasa takutnya. Dalam hati kecilnya menyesal pula menerima pelawaan Neng Mimi untuk makan malam di rumahnya tadi. Tapi kalau tolak, kempunan pula aku nak makan sambal tempoyak dengan ulam raja! Fatimah mengomel sendiri. Jari-jemari kanannya dicium, masih lagi terbangkit seleranya apabila aroma sambal tempoyak yang melekat menjamu rongga hidung.

Jaraknya dengan Villa Saujana ditilik Fatimah. Sudah dekat benar! Cuma selang dua buah rumah, sampailah dia ke pintu belakang banglo setingkat itu. Sengaja dia memintas mengikut jalan belakang sebentar tadi kerana lebih dekat sedikit. Memerhatikan lampu-lampu terang benderang rumah-rumah jirannya dan lorong yang sunyi tidak berpenghuni, Fatimah tidak gusar melaluinya. Malam ini dia akan berseorangan kerana pada setiap hari Khamis adalah hari cuti Pak Mat, jaga di villa itu. Mula-mula bekerja dulu dia takut juga, namun alah bisa tegal biasa. Kalau diikutkan hati memang dia mahu sahaja bermalam di rumah Neng Mimi tadi. Tapi bila dikenangkan Datin Sri, niatnya terbantut. Mengamuk orang tua tu kalau tahu aku tinggalkan rumah! Ah! Tak ada apalah, macam tak biasa pula! Fatimah cuba menyedapkan hatinya. Lagipun Villa Saujana kan dilengkapi sistem sekuriti 24 jam. Kes-kes kecurian memang jarang berlaku di kawasan ini. Maklumlah perumahan elit, rondaan polis memang kerap dilakukan sepanjang malam. Fatimah yakin.

Fatimah tiba di depan pintu pagar belakang Villa Saujana itu. Tatkala itu nyanyiannya sudah lama mati, lega kerana dia tiba ke destinasinya dengan selamat. Matanya menangkap sesuatu, kotak TV besar yang berada tidak jauh darinya. Ini agaknya TV baru Danial yang Neng Mimi beritahu tadi. Fatimah mengandai sendiri. Danial adalah anak majikan Neng Mimi. (Neng Mimi juga bekerja sebagai orang gaji tetapi di rumah Dr. Nazri, bersebelahan dengan Villa Saujana) Kakinya melangkah mendapatkan kotak itu, ingin diketahui model dan jenamanya. Fatimah menyepak kotak itu cuba menterbalikkannya supaya jelas tulisan yang ada dikotak itu dipandangannya. Namun tidak seincipun berganjaknya kotak tersebut, berat seperti berisi. Aik! Dr. Nazri ni buang TV baru dia ke? Serentak dengan fikirannya itu, halwa telinga Fatimah disapa sesuatu. Bunyi erangan yang datang daripada kotak itu! Jantungnya berdegup lebih dahsyat daripada tadi. Cuba mengingat semula bait-bait lagu 'Tak Ada Logika', semuanya entah hilang kemana. Ayat Kursi merangkak-rangkak dibaca di dalam hati. Fatimah mencari kekuatan untuk membuka kotak itu. Dalam tangannya yang bergetar Parkinson, penutup kotak itu terkuak jua.

"Argh!!!" Jeritan Fatimah tidak kesampaian. Kejutan yang dirasainya membuatkan tiada langsung suara yang keluar…

*

"Macam tak boleh percaya je cerita kau ni. Tak ada logika langsung!" Maisara memberi pandangannya.

"Tak percaya sudah!" Fatimah membuat muka, tersengih pada rakan-rakannya. Sebenarnya dia sendiri bagai tidak percaya dengan takdir yang tertulis. Sejak peristiwa malam itu, realiti hidupnya berubah 100%.

"Tu! Shin kau dah sampai." Zahara menunjuk pada Mitsubishi EVO yang berhenti tidak jauh daripada kawasan kafeteria kolej itu.

"O.K. lah, aku pergi dulu ya!" Fatimah meneguk habis air minumannya, bingkas, mengambil beg dan bersedia untuk beredar.

"Jaga anak kucing kau tu elok-elok!" Gina bersuara tiba-tiba, mematikan langkah Fatimah.

"Anak kucing?" Fatimah tidak mengerti.

"Yalah, setahu aku anak kucing saja yang selalu ditinggalkan dalam kotak ditepi jalan!" Gina memberi alasan kata-katanya. Zahara dan Maisara tergelak menyambut lawak Gina. Fatimah sekadar tersenyum. Anak kucing? Kalau dengar dek Shin, mengamuk dia! Getus hati Fatimah. Sisa langkahnya dikutip semula.

"Lembap!" Kata Shin mendengus sejurus Fatimah melabuhkan punggungnya di dalam Mitsubishi EVO. Kereta itu meluncur laju. Senyap sunyi kemudiannya, malas Fatimah hendak bertikam lidah dengan pemuda keras kepala itu. Anak kucing konon, anak rimau sebenarnya!

Shin tersenyum sinis, menjeling Fatimah disebelahnya. Tidak terlintas langsung difikirannya gadis itu akan wujud dalam drama hidup Shin Zi.

3 Bulan lepas, Fatimah menjumpai dia berlumuran darah didalam kotak TV yang tersadai di belakang banglo perumahan elit Taman Mewah. Hampir sahaja dia jadi habuan anak buah Joey Tan malam itu. Fatimahlah yang menyelamatkannya. Dengan segala kudrat yang ada, gadis itu mengheret kotak TV yang menjadi tempat persembunyian Shin ke dalam Villa Saujana dan merawat lukanya. Dia berjaga sepanjang malam mengawasi Shin yang demam panas dan lemah dek penangan pergaduhan yang tercetus pada awalnya. Entah mengapa begitu mengambil berat benar gadis itu dengan lelaki yang baru pertama kali dilihatnya. Bodoh! Kan tak pasal-pasal kena berhenti kerja. Fikir Shin.

Kerana hal itu juga Fatimah dipecat majikannya apabila Tan Sri Hashim dan Datin Sri Nora tiba-tiba muncul pagi itu dan melihatkan mereka berdua bergelimpangan di ruang tamu. Shin di atas sofa panjang, terbaring berselimut dengan tangan dan pipi yang berbalut luka manakala Fatimah mengerekot di sofa tunggal di sebelah Shin, terlentok kepenatan semalaman berjaga. Pucat lesi wajah gadis itu bila dikejut Datin Sri Nora dan tanpa mahu mendengar apa-apa alasan, perempuan itu menghalau Fatimah keluar daripada Villa Saujana. Shin menarik tangan gadis itu tanpa segan-silu, dengan pening dan demam yang masih berbaki dia membawa gadis itu tanpa arah tuju yang pasti. Bimbang juga jikalau pengikut Joey Tan masih berada di kawasan sekitar. Fatimah cuma diam seribu bahasa, mungkin terkesan dengan herdikkan Datin Sri Nora yang menuduh dia gadis tidak bermoral, dasar gadis kampung tidak bermaruah, tidak mengenal budinya yang sudah baik hati menggajinya daripada terusan terperap di kampung halaman.

"Apa lagi termenung tu? Turunlah, dah sampai!" Agak kasar Shin mengarah. Mereka sudahpun tiba di kediaman keluarga Datuk Zainal Ismail. Datin Yasmin sudah bersedia dimuka pintu, ingin menyambut kepulangan anak bujangnya dan juga Fatimah. Fatimah menghulur salamnya, tersenyum manis pada wanita lewat 40-an itu. Kemudian disusuli Shin.

"Kenapa dengan pipi Shin tu? Shin bergaduh lagi ke?" Datin Yasmin menyoal cemas. Walaupun sudah banyak kali Shin pulang berkeadaan begitu, hati ibu mana yang tidak risau. Walhal bagi Shin, luka dan lebamnya itu hanyalah perkara biasa. Hal anak jantan! Shin cuma tersenyum, melepaskan pegangan lembut Datin Yasmin daripada pipinya dan bergegas masuk ke dalam rumah. Fatimah memandang kelibat Shin, kegeraman. Dia memang tidak puas hati dengan lelaki itu.

'Bang!' Bunyi pintu dibuka kasar berlaga kedinding. Shin terkejut beruk, cepat-cepat dia mengambil T-shirt yang baru dicampaknya ke katil, menutup tubuhnya yang tidak berbaju. Fatimah tegak dimuka pintu, menatang ditangannya kotak kecemasan dan juga satu baldi kecil. Wajahnya masam mencuka.

"Tak reti ketuk pintu dulu ke?" Baran Shin tercetus, berdiri ditepi katilnya, bengang! Rambutnya yang panjang terjurai menutup muka diselak ke belakang, kasar. Tertekan dia dengan perbuatan gadis itu. Fatimah berjalan laju menuju ke arah Shin, yakin langkahnya. Tiba di depan lelaki tinggi itu, tubuh Shin ditolak ke katil, membuatkan lelaki itu terduduk.

"Apa tolak-tolak ni?" Marah Shin semakin bertambah. Tidak faham dengan tingkah Fatimah.

"Duduk sajalah!" Tengking Fatimah, terjegil biji matanya memandang Shin. Terdiam pemuda itu dibuatnya. Dia meletakkan kotak kecemasan dan baldi kecil yang dipegangnya diatas katil itu dan memulakan tugas. Patuh bagai pak turut, Shin membiarkan sahaja Fatimah membasuh luka diwajahnya dengan iodin. Bibirnya yang pecah berdarah ternyata telah membengkak sehingga ke pipi. Fatimah mengeluarkan sapu tangan berbalut ais daripada baldi kecil yang dibawanya tadi, dihulurkan kepada Shin.

"Letak baju tu, pegang ais ni dekat pipi! Biar lebam tu surut." Fatimah masih mengarah. Shin sekadar mengikut, baju yang dari tadinya dipegang buat membalut tubuh diletakkan ke atas peraduannya, lantas menampakkan tubuh sasanya yang berparut di sana-sini. Fatimah segera tergeleng, lebih-lebih lagi bila ternampakkan luka baru pada lengan kiri Shin. Kotak kecemasan dibuka semula, ingin dicucinya luka itu.
"Boleh tak jangan bergaduh lagi lepas ni?" Persoalan Fatimah menghapuskan sunyi bilik itu. Shin memandang gadis itu yang masih tekun membasuh luka dilengannya.

"Boleh tak jangan masuk campur hal orang?" Shin menjawab, juga dengan pertanyaan. Geram mendengar kata balas daripada Shin, Fatimah menekan luka pemuda itu.

"Adoi! Sakitlah!" Shin terjerit kesakitan.

"Padan muka! Kalau tak sayang dekat diri sendiripun, sekurang-kurangnya kasihanlah dekat mama tu! Dia risaukan Shin tahu tak!" Fatimah bersuara lantang. Dia bingkas, berpaling dan laju meninggalkan bilik itu. Dengan hempasan kuat, pintu bilik itu ditutup. Shin tersenyum sinis, dia terpana dek Fatimah!
Muhammad Yasin Datuk Zainal Ismail. Nama glamer, Shin Zi. Porahh!!! Shin Zi konon, padahal pelat, tak reti nak sebut nama sendiri masa kecik-kecik dulu. Hish! Tak puas hati betullah aku dengan mamat sekor ni. Semua gara-gara dia! Gara-gara dia aku lencun berpeluh tengah-tengah malam, mengheret dia masuk ke villa. Lepas tu kepenatan aku dibuat dia berjaga sepanjang malam, meracau-racau tak henti-henti disebabkan demam panas. Tambah lagi, gara-gara dia aku kena maki dengan Datin Sri sampai kena buang kerja.Gara-gara dia juga aku pening kepala dok memikir nasib diri dengan keluarga di kampung yang mengharapkan duit gaji aku. Membuak-buak rasa marah dihati Fatimah. Dia mengambil nafas panjang, cuba menenangkan diri.

Tapi gara-gara dia juga aku dapat sambung belajar. Gara-gara dia juga adik-adik di kampung dapat makan sedap sejak hari itu. Gara-gara dia juga aku dapat mak angkat sebaik Datin Yasmin, dapat duduk dekat rumah besar ni, goyang kaki. Emm… Fatimah mengeluh panjang. Tubuhnya dihempas ke peraduannya. Shin! Entah mengapa dia asyik memikirkan hal lelaki itu.

*

"Kalau kau nak perempuan kau terus hidup, datang ke gudang sekarang! Do you understand me, Shin?" Joey Tan sinis, tergelak besar bila terkenangkan musuhnya Shin Zi. Dia tersenyum memandang Fatimah, gadis itu quite tough, sukar benar nak mendapatkannya. Memang sepadan dengan Shin yang digelar 'Kebal' oleh anak-anak buahnya.

Fatimah dibiar terduduk di atas lantai gudang itu. Tangan, kaki dan mulutnya diikat kemas oleh pengikut-pengikut Joey Tan yang menculiknya waktu dia hendak pulang daripada kuliahnya tadi. Jantungnya berdegup kencang mendengar pengucapan Joey Tan kepada Shin melalui telefon bimbit. Tidak dinafikan dia ketakutan tatkala ini namun yang lebih merisaukan Fatimah adalah nasib Shin! Jangan jadi bodoh Shin! Fatimah berdoa di dalam hati. Sehebat manapun lelaki itu tidak mungkin Shin mampu menangani pengikut-pengikut Joey Tan seramai ini.

Mitsubishi EVO milik Shin menderu masuk ke dalam gudang. Berhenti tepat di depan Joey Tan. Shin melangkah keluar daripada kereta itu, bersemuka dengan lawannya. Matanya meliar mencari susuk Fatimah.

"You are fast, my friend." Joey Tan menyapa, tersenyum bagai kemenangan sudah menjadi miliknya. Ikan sudah makan umpan!

"Apa yang kau nak Joey?" Shin bersuara, tenang.

"Shin, Shin, Shin… Aku tak perlukan apa-apa daripada kau! Cuma yang aku pelik kenapa kau tak faham-faham bahasa bila aku kata jangan KACAU KELAB AKU!" Joey Tan mula menunjukkan taringnya. Dia tersenyum semula, menyedut dalam rokok yang terselit dicelah jarinya. Shin menggeleng, tersenyum sinis memandang Joey Tan.

"Tak sepatutnya kau kata macam tu pada pelanggan setia kau Joey!" Shin tersengih. Joey Tan tergelak, dia berjalan perlahan menuju Shin. Tepat didepan pemuda itu, dia menghembuskan asap rokoknya.

"Kau jangan ingat aku tak tahu siapa kau SHIN!" Joey Tan melayang tumbukan padu ke wajah Shin membuatkan dia terginjak ke belakang. Shin tergelak, menstabilkan semula dirinya. Darah yang keluar daripada lereng bibirnya dikesat.

"Siapa aku Joey?" Shin masih ingin bermain teka-teki.

"Kau HANTU POLIS KAN? Pasal kau, polis raid kelab aku tempoh hari!" Joey Tan menyinga. Mencerlang mata Fatimah, bagai tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Sehingga kini dia cuma beranggapan Shin adalah anak muda bermasalah yang suka mencari gaduh. Tidak terlintas difikirannya Shin terlibat dengan perkara seserius ini. Jantungnya seperti berhenti berdenyut, seram mengenangkan apa yang akan terjadi kepada Shin selepas ini.

"Jadi betullah kau mengedar pil-pil tu dekat kelab tu?' Shin bertanya lagi. Dia masih lagi tenang seperti sebelumnya.

"Kau jangan pandang rendah aku Shin. Bukan setakat ecstacy, syabu sahaja. Kalau kau perlukan heroin dan kokain sekalipun, aku boleh adakan." Joey Tan bersuara bangga. Rokok ditangannya disedut lagi.

"Impressive! Tidak hairan mengapa New Eagle terkenal sebagai kelab paling ber 'prestij' di Kuala Lumpur!" Kata-kata Shin berbaur sindiran.

"Jangan kau risau Shin, tenggelamnya New Eagle tidak bermakna aku tewas. Cakap sahaja nama Joey Tan di semua kelab dekat Kuala Lumpur ni, siapa yang tidak kenal? Malangnya kau tak akan hidup lama untuk tengok kebangkitan semula New Eagle yang baru." Joey Tan sinis, tersengih memandang Shin. Rokok yang sudah kontot dibuangkannya ke lantai lantas dipijak, mematikan bara.

"Finish him!" Joey Tan memberi arahan kepada anak buahnya untuk menamatkan riwayat Shin. Fatimah panik, cemas melihatkan itu. Tubuhnya meronta, cuba melonggarkan ikatan ditubuh. Dalam tidak sedar, air matanya jatuh.

Shin sudah bersedia membuka langkah, sememangnya dia adalah raja street fighting! Pepijat kecil di kolar bajunya, dipicit. Tersenyum tenang, dia melayang tumbukan pertama, seronok kerana sudah lama benar dia tidak memanaskan badan. Tatkala itu juga, Pasukan Tindakan Khas PDRM menyerbu masuk. Sesampai bantuan yang dipanggilnya, Shin pantas mengeluarkan serangan demi serangan, cuba menghampiri Fatimah.

"CELAKA KAU SHIN!" Suara Joey Tan jelas kedengaran dalam kabut itu. Pistol ditangannya sudah diangkat, tepat difokus pada dada Shin. 'Bang!' Shin rebah… di depan Fatimah!

*

"Betul ke cerita kau ni Timah? Macam tak logik je. Dah macam 007 la pula. Boleh buat filem ni!" Gina tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Tak percaya sudah!" Fatimah menghirup minumannya, tidak kuasa mahu meyakinkan kawan-kawannya itu. Tapi hakikatnya itulah realiti yang berlaku. Tidak disangka Shin adalah informer polis yang menyiasat tentang kes pengedaran ecstacy dan dadah disekitar ibu kota yang diketuai Joey Tan sejak 2 tahun lalu. Kalau tengokkan dressing mamat tu, mati-mati aku ingatkan yang jahatnya adalah Shin, bukannya Joey Tan. Fatimah tersengih teringatkan pemuda itu. Dengan rambut yang di warna 2-3 colour, raut wajah sinis yang maskulin, ditambah pula tubuh sasa Shin dalam persalinan ala-ala 'Yakuza Jepun', siapa yang akan percaya dia adalah orang baik-baik. Tapi bak kata pepatah 'don't judge the book by its cover'. Pandangan Fatimah tentang pemuda ternyata telah banyak berubah.

Entah bila wujudnya perasaan itu, dia tidak tahu. Tapi tatkala melihatkan tubuh Shin rebah, tersungkur ke lantai, jantung Fatimah bagai turut gugur. Sebaik sahaja ikatannya dibuka oleh seorang ahli Pasukan Tindakan Khas, dia berlari mendapatkan pemuda itu. Dalam deraian air mata dan ulangan kata 'Jangan tinggalkan Timah, Shin!' dia memangku lelaki itu, mengharapkan mata yang tertutup itu terbuka. Lama juga drama yang berlangsung disitu. Sehinggakan habis semua pengikut Joey Tan diberkas, dia setia disisi Shin. Yang peliknya ketika itu, polis-polis disitu bagai tidak menghiraukan langsung keadaan Shin. Dia cuma mampu memerhati setiap orang yang ada disitu dengan muka simpati mengharapkan seseorang sudi membantu. Muncul seorang pegawai polis kemudiannya dengan muka selamba menghampirinya dan Shin.

"Jangan nak mengada-ngadalah Shin! Bangun!" Arah pegawai polis itu. Hairan akan situasi itu, Fatimah melihat wajah Shin. Beransur-ansur pemuda itu membuat riak tersenyum-sengih, nakal membalas pandangan kelirunya.

"Jangan risau, Shin tak akan tinggalkan Fatimah." Kata Shin sambil mengenyitkan mata. Dia mengangkat T-shirt yang dikenakannya, menampakkan jelas jaket kalis peluru didalamnya. Menyirap darah Fatimah ke mukanya waktu itu, malu dengan sandiwaranya sebentar tadi. Anggota-anggota Pasukan Tindakan Khas yang lain sudah tersenyum-senyum melihatkan drama yang dipersembahkan di depan mereka. Sekuat hati, pipi lelaki itu ditumbuknya. Ambik kau!

*

"Anak kucing kau dah datang. Kirim salam dekat dia ya!" Maisara berseloroh, Gina dan Zahara tertawa. Khayalan Fatimah mati, bibirnya terlirik senyum.

"Hai girls! Mengumpat pasal siapa?" Firdaus muncul entah dari mana, menyapa kumpulan itu.

"Firdaus aku nak cepat ni, pergi dulu ya! Bye korang!" Fatimah meminta diri, tersenyum sambil melambai tangan pada lelaki itu.

"Lembap betul!" Marah Shin sebaik Fatimah masuk ke dalam kereta. Wajahnya masam mencuka.

"Cute-nya!" Fatimah tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu. Dia sibuk memerhatikan Shin, tertawa lucu. Tiada lagi rambut serabut yang serupa ayam serama tetapi potongan pendek kemas yang menyerlahkan lagi wajah kacak itu. Shin serius, sedikitpun tidak terkesan dengan Fatimah, pedal minyak ditekannya kuat, bengang!

"Yang nak marah tak tentu pasal ni kenapa? Tak ikhlas potong rambut ke?" Fatimah tidak setuju Shin memandu merbahaya begitu. Suaranya lantang dituju pada lelaki itu.

"Siapa lelaki tadi tu?" Shin bertanya, menekan.

"Lelaki mana? Firdaus? Rakan kuliah Timah, tunang Shima! Kenapa?... Shin cemburu ya!!!" Fatimah dapat mengagak fikiran Shin. Dia tersenyum semula.

"Esok kita ke Pahang." Shin mulai tenang. Tanggapan Fatimah itu tidak pula dinafikannya.

"Balik kampung Timah? Kenapa pula?" Persoalan Fatimah sekadar dijawab dengan huluran sampul coklat oleh Shin. Fatimah berkerut, tidak mengerti. Dia mengambil sampul itu dan mula membaca isinya. Wajahnya bercahaya tiba-tiba.

"Wah! Shin dapat masuk maktab PDRM. Ohh… patutlah rambut dah jadi kontot. Tahniah!!! Lepas ni kena panggil Inspektor Shin la ye! Tabik Inspektor!" Fatimah teruja, dia berseloroh meletakkan tangan ke tepi dahinya, tabik hormat pada Shin. Pemuda itu tertawa juga akhirnya. Fatimah memang tahu bagaimana nak melembutkan hatinya.

"Tapi… Apa kena mengena kampung Timah dengan Shin dapat jadi polis?" Fatimah semakin berkerut, masih tidak mengerti. Apa kaitannya?

"Balik kampung nanti Timah tahu." Shin tersenyum nakal, misteri sekali.

*

"Sampai hati mak buat Timah macam ni. Ni soal masa depan Timah mak! Kenapa tak tanya Timah dulu?" Fatimah sugul di depan meja solek. Wajahnya berseri-seri di tepek dengan bahan-bahan kosmetik yang memang asing baginya oleh mak andam yang ditempah khas Datin Yasmin.

"Datin Yasmin yang beria-ia nak kan kau Timah! Tak kan mak nak tolak pula. Dah banyak dia tolong kita. Lagipun mak tengok kau dengan Shin tu elok je." Halimah memberi alasannya.
Elok apanya, asyik bertekak je adalah! Fatimah menjawab di dalam hati. Semalam beria-ia si Shin mengajaknya balik kampung, katanya Datin Yasmin sudah ada di Kuantun. Bila ditanya mengapa, jawapan yang diterima Fatimah hanyalah lirikan nakal dari Shin. Rupa-rupanya ada majlis pertunangan tergempar buat mereka berdua. Keluarga pihak lelaki sejak 2 hari lepas lagi sudah berkampung di Swiss Garden Resort Kuantan, dibawa khas untuk merealisasikan majlis pertunangan itu. Sesak nafas Fatimah mendengar perkhabaran itu.

Patutlah Shin tak menyempat-nyempat naik rumah lepas hantar aku semalam, tersengih-sengih macam kerang busuk. Lagi lama aku kenal mamat tu, boleh dapat sakit jantung aku dibuatnya! Asyik kena kejutan saja! Hati Fatimah berperang. Dia sendiri tidak pasti apa perasaan dia saat ini. Sebentar sahaja lagi majlis akan dilangsungkan, macam mana dia nak berdepan dengan Shin selepas ini!
Pintu bilik itu terkuak tiba-tiba, terjengul di depannya adalah Shin yang segak berbaju melayu rona coklat lembut, sepasang dengan persalinan yang dikenakan Fatimah. Riak pemuda itu juga berseri-seri, tersenyum simpul.

"Mak cik, Shin nak cakap dengan Timah kejap boleh?" Shin meminta izin. Halimah yang pada mulanya terkejut dengan kehadiran pemuda itu lantas cepat-cepat tersenyum, mengangguk tanda setuju dan meninggalkan mereka berdua. Fatimah diam seribu bahasa, tertunduk bisu, tidak mahu bersemuka dengan lelaki itu.

"Shin dengar dekat maktab PDRM tu banyak awek-awek cun tau. Senanglah Shin cuci mata nanti, betul tak Timah?" Shin memulakan bicaranya. Fatimah masih membisu, dadanya semakin membengkak. Sakitnya hati aku! Apa kena mengena awek-awek cun tu dengan pertunangan ni? Kalau dah lawa sangat kenapa aku juga yang kau pilih nak jadikan tunang?

"Tapi Timah tak payahlah risau atau jelous. Bagi mempastikan awek-awek cun tu tak dapat tackle Shin yang hensem ni, Shin rela bertunang dengan Timah!" Tutur nada Shin berseloroh, seronok melihat Fatimah yang muncung. Fatimah mengangkat muka, berkerut memandang Shin. Kau tu yang jelous tengok aku berkawan dengan budak-budak lelaki dekat kolej tu! Pandai cakap kita jelous kan dia pula!

"Kalau Shin datang sini nak sakitkan lagi hati Timah, baik Shin keluar." Fatimah bertutur, tenang, masih dapat menahan dirinya. Apa pula orang kata nanti kalau dia menjeritkan lelaki itu.

"Aik, nak tengok bakal isteri sendiripun tak boleh ke?" Shin semakin menjadi-jadi tersenyum. Akhirnya dia berjaya juga membuatkan Fatimah bercakap dengannya.

"Siapa nak jadi isteri Shin?" Pendek jawapan Fatimah, tegas.

"Fatimahlah! Kenapa? Tak nak ke jadi isteri Shin?" Shin mengusik lagi. Wajah gadis di depannya itu sudah memerah menahan marah. Semakin marah semakin cantik pula bakal tunang aku ni! Fatimah mati kata, tidak mampu untuk menjawab persoalan itu. Shin melabuhkan punggungnya pada peraduan yang indah dihias, bersetentang dengan Fatimah yang duduk di kerusi meja soleknya. Tangan gadis itu diambilnya, digenggam erat. Tersenyum luhur, memandang terus ke mata Fatimah.

"Shin tak tahu bila? Mungkin sejak malam itu. Sejak Timah menjadi jururawat, merawat dan menjaga Shin sepanjang malam. Sejak Timah dimaki, diherdik dan dipecat kerana Shin. Sejak Timah menjadi sebahagian daripada hidup Shin. Sejak Timah menunggu setiap malam kepulangan Shin dengan kotak First Aid Kit dan sebaldi ais. Sejak Timah berperang mulut dengan Shin. Sejak Timah risau akan keselamatan Shin. Sejak Timah ketawa, bergurau senda dengan Shin dan menangis kerana Shin… Entah sejak bila Shin mula jatuh hati pada Fatimahpun Shin tak pasti. Tapi yang pasti hati Muhammad Yasin sudah dicuri Siti Fatimah. Shin datang hari ini cuma ingin menunaikan satu janji. Shin tak akan tinggalkan Timah, sampai bila-bila. Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan gadis manis ni! Sekarang Shin nak tanya sendiri dengan Timah, sudikah Timah menjadi bakal isteri Shin?" Shin meluahkan isi hatinya. Dia tersengih bagaikan sudah lega melepaskan niat dihati. Skrip yang berhari-hari dihafalnya itu, keluar dengan lancar sekali. Dadanya berdebar-debar, menanti kata putus daripada Fatimah.

Fatimah tidak dapat lagi membendung rasa terharunya. Air mata yang sedari tadi cuba ditahan dari jatuh, akhirnya gugur juga. Terharu dengan kata-kata Shin, dia tidak dapat menafikan hatinya berbunga-bunga apabila berada disamping lelaki itu dan resah apabila mereka berjauhan. Mungkin ini yang dinamakan cinta!

"Bakal tunanglah!" Fatimah bersuara setelah terdiam sebentar mendengar madah Shin. Tangan lelaki itu ditepisnya, hendak mengelap air mata yang jatuh. Rosak make-up aku!

"Bakal tunang je? Bakal tunangpun bakal tunanglah! Kira setujulah ni ye?" Senyum Shin sudah sampai ke telinga. Dia benar-benar teruja. Fatimah tersenyum simpul, malu-malu.

"Hey Shin! Kamu buat apa dekat sini? Bertuah punya budak! Tak pernah dibuat orang kamu ni. Mana boleh lelaki tengok bakal tunang masa hari pertunangan. Mama suruh duduk dekat hotel tadi tak nak. Buat malu betullah budak sekor ni!" Datin Yasmin datang menerjah tiba-tiba. Panjang bebelannya. Wajahnya ternyata ceria berseri-seri. Shin tersengih-sengih memandang mamanya. Fatimah pula tergelak kecil.

"Shin nak minta kata persetujuan sahaja mama. Nanti takut ada orang kena paksa pula bertunang dengan Shin!" Shin menyindir Fatimah.

"Habis tu dapat tak?" Giliran Datin Yasmin pula teruja. Malu Fatimah semakin bertambah-tambah.

"Green light! Tapikan mama, dah ala-ala sedondon ni, kita suruh ayah Fatimah nikahkan terus sajalah." Shin bergurau. Dia berdiri, mendapatkan bahu Fatimah dan didekatkan dengan badannya. Ringan tangan Fatimah mencubit lelaki itu bertalu-talu, geram. Datin Yasmin sudah tergelak besar.

"Hish! Tunang dulu. Nak nikah nanti biar mama yang uruskan. Dah! Sekarang pi masuk kereta. Majlis dah nak start ni. Mamapun dah tak sabar-sabar nak sarungkan cincin ke jari Fatimah. Emm… manisnya bakal menantu mama ni." Datin Yasmin menghalau anak bujangnya keluar. Raut wajah Fatimah ditiliknya, berkenan benar dia dengan gadis itu. Kemudian kedua beranak itu meninggalkan bilik Fatimah dengan hati yang berbunga-bunga.

Didalam bilik, Fatimah memerhati wajahnya didepan cermin. Hatinya terlalu teruja, girang dan bahagia sekali. Pipinya dipicit-picit beberapa kali. Aku tak mimpikan? Macam tak logik je cerita aku ni. Fatimah tersenyum sampai ke telinga. Hati dan kotak fikirnya penuh tertulis SHIN, SHIN, SHIN! Kepalanya tergeleng mengingatkan lelaki itu. I love you Shin! From the first time I saw you in the box! My sweet kitten!
posted by BLOGGER @ 6:59 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 10/8/08 11:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg xlogik la jumpa dlam kotak.tp okeyla sesuai ngan tajuknye.do your best!!!

     

  • At 11/8/08 10:28 PG, Blogger yanty said…

    permulaan cerita xbes pn... part tgh ok ckit smp ke abh... good job...

     

  • At 12/8/08 12:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnya citer dia...
    apa2 pun harap2 awak boleh hasilkan lagi best

     

  • At 12/8/08 1:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    not bad.............

     

  • At 12/8/08 3:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tak paham. bila nak 3 perenggan akhir tu baru faham tapi sikit je... boleh terangkan tak? tapi apapun best story.good.

     

  • At 13/8/08 10:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nurul aini bakar~ iLyke..- OrenTalEz

     

  • At 14/8/08 5:06 PTG, Blogger kayAnne said…

    permulaan agk bosan sket.. mayb sbb xphm kot.. then ok la...
    menarik jgk..
    mayb cant do much better next time
    3 bntg...

     

  • At 14/8/08 6:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wahh,,starting cam cite kimiwapeto..
    jumpe goda dlm kotak..
    poyo2!!
    wat la cite sendrik oi..

     

  • At 25/8/08 5:55 PTG, Blogger eyerien said…

    pelik dan b'tambh muskil..ade ke ptt org yg dah besar gadang tu d bubuh dlm kotak..mmg sesuai tajukni..citer pn mmg best...i really love this story..thumb up..;>

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group