Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ina membelek-belek jam tangan yang tepat menunjukkan ke angka 8.00 pagi. Sesekali dia menghela nafas panjang dan merungut-rungut dalam hati " kenape tak balik-balik lagi nie?".. Tinggal setengah jam saja lagi mereka tiga beranak akan berangkat balik ke Kota Bharu, tetapi wajah suami tak muncul-muncul sedari pagi yang keluar membeli sedikit buah tangan untuk keluarga di kampung. Di ruang tamu kedengaran suara rengekan Amira, buah hati Ina dan Mawiz. Bayi berumur tiga bulan itu kembali lena dipangkuan Ina selepas disusukan dengan penuh belaian sayang. Sedang asyik Ina membelai Aimra, di luar sana kedengaran injin kereta. "Jom Lekas! kita dah lewat ni, takut nanti tertinggal pula". Tergopoh-gopoh Mawiz mendapatkan Ina lalu membawa keluar beg pakaian dan dimasukkan ke dalam teksi yang menunggu di luar. Teksi menderum laju membawa mereka ke stesen bas Hentian Putra.
Di dalam bas fikiran Ina melayang jauh. Tidak sabar rasanya ingin berjumpa dengan kedua ibubapa yang ditinggalkan sejak hampir tiga tahun yang lalu. Masih terngiang-ngiang di telinga raungan juga tangisan ibu yang meratapi kepergian Ina dari rumah akibat salah faham yang Ina sendiri ciptakan. Begitu juga ayah, masih tergambar di kotak ingatan wajah ayah yang bengis menghalang Ina dari terus pergi. Tapi hati Ina keras, degil dan waktu itu tiada siapa yang dapat menghalang Ina dari terus pergi, pergi begitu saja mengikut Mawiz ke Kuala Lumpur. Tarikan cinta Mawiz cukup kuat sehingga airmata ibu dan ayah tidak mampu menawan hati Ina. Demi cinta, Ina tolak ibu Ina tolak ayah dan Ina tolak pinangan makcik Timah jiran sekampung yang ingin menjodohkan Ina dengan anak saudaranya yang menetap di Seremban Negeri Sembilan. Benarlah kata pepatah pujangga " nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara demi kasih dan kekasih rela Ina turutkan"..
Dua bulan di Kuala Lumpur Ina telah selamat menjadi suri hidup Mawiz. Mereka sama-sama menganyam bahagia berlandaskan cinta yang tidak bertepi. Ina bahagia dan Mawiz gembira tidak terhingga kerana dia satu-satunya jejaka kampung yang dapat menakluki hati Ina. Mawiz bangga, walaupun ramai yang cemburu dan menaruh hati pada Ina tapi Ina tetap memilih Mawiz sebagai payung rumahtangga. Di Kuala Lumpur mereka hidup sederhana bertemankan bunga-bunga cinta yang kian mekar dan makin segar dengan kehadiran buah cinta mereka, Amira cahaya mata yang ditatang bagai minyak yang penuh. Di Kuala Lumpur Ina lebih selesa menjadi surirumah dan Mawiz pula cuma operator kilang yang gajinya bukanlah mahal sangat.
Namun, tiada siapa dapat menduga sejak akhir-akhir ini awan putih yang diharap sampai ke petang telah beransur kelam. Mahligai bahagia yang dipupuk penuh harap sudah mula goyang. Puncanya, Mawiz kehilangan kerja kerana syarikat berdepan dengan masalah kegawatan ekonomi. Ramai pekerja diberhentikan dan diberi pampasan gaji yang cuma cukup untuk makan anak beranak selama satu ke dua bulan sahaja. Berbekalkan kelulusan PMR, apa sangatlah kerja yang mampu dibuat oleh Mawiz. Dipikulnya tenaga empat kerat dan dijajanya merata tempat tetapi nampanknya rezeki belum lagi nak melekat. Mawiz kecewa, putus harap dan dia tewas dengan dugaan hidup yang makin hari makin mencabar. Sudahnya, Mawiz jadi penganggur setia yang mengharap belas ehsan keluarga di kampung. Keadaan makin menghimpit juga tenat dan memaksa Mawiz membuat pilihan walaupun hatinya tidak rela. Selepas dicongak ,dihitung dan dikira mereka mengambil keputusan untuk pulang saja ke kampung halaman. Kehidupan yang lebih selesa sudah menunggu di sana, ayah Ina sudah menjanjikan kerja untuk Mawiz.
Lamunan Ina tiba-tiba terhenti. Airmatanya mengalir laju, sudah banyak perubahan yang berlaku di kampung yang sentiasa dirinduinya itu. Pepohon hijau yang mendamaikan dan air sungai yang tenang seakan menyambut kepulanganya. Teksi berlabuh di perkarangan rumah dan ramai saudara mara juga jiran sekampung berada di halaman. Riuh rendah suara kanak-kanak dan orang kampung yang sedang enak menjamu selera di bawah khemah pengantin. Mereka disambut dengan linangan airmata gembira dari ibu, ayah dan juga Maya. Sememangnya kepulangan Ina sentiasa diharapkan tanpa pernah padam. "Mak, ayah, maafkan Ina!. Ina telah berdosa pada mak dan ayah, Ina menyesal!" Petang itu Ina menangis semahu-mahunya di pangkuan ibu yang amat dirinduinya. Sekali lagi, teratak usang itu banjir dengan esak tangis yang mendayu-dayu. " Sudahlah! lupakanlah apa yang telah berlaku. Sebenarnya kami dah lama memaafkan kamu. Dahlah kesat airmata tu, tak elok hari baik macam ni kita cacatkan dengan menangis, nanti apa pula kata orang kampung..". Suara getar ayah mula mencelah dan cuba menyeka ombak tangis dari terus melimpah. Serentak dengan itu paluan kompang mula kedengaran dan menambahkan seri di hari bahagia Maya, adik Ina yang melangsungkan perkahwinannya hari ini. Dari jauh Ina melihat wajah Maya yang berseri-seri di atas pelamin dengan pasanganya Dato' 'S', jodoh lama Ina yang tak jadi. Sungguh Ina tidak menyangka rupa-rupanya anak saudara makcik Timah adalah seorang yang bergelar dan ada nama. Walaupun jarak umur yang agak ketara dengan Maya tetapi dia masih bujang dan segak. Ramai yang memuji-muji ketampanan Dato' 'S' dan wajahnya persis Dato' 'K' suami penyanyi tersohor Siti Nurhaliza. Dato' 'S' adalah anak tunggal dalam keluarga berada dan beliau adalah ahli perniagaan berjaya dan sudah menyandang gelaran Dato' dalam usia lewat tiga puluhan. Demi kasih dan taat setia seorang anak kepada kedua ibubapa, Maya sanggup terima lamaran Dato' 'S' dan dia tidak ingin mengulang sejarah lama yang pernah Ina calitkan. Dia berharap, agar pengorbananya ini dapat membersihkan maruah kedua ibubapanya yang pernah tercemar akibat dari simbahan aib Ina dan Mawiz dulu.
Kini, tiba giliran Ina menepung tawar satu-satunya adik kesayangan di atas singahsana mewah yang hampir menjadi miliknya dulu. Ketika itu hatinya menangis, menangis kerana gembira dan menangis mungkin juga terkilan dan menyesal akan kesilapan semalam. Namun, dia harus akur dengan takdir Tuhan dan dapatkah dia menerima dengan lapang dada untung nasib Mawiz yang bakal menjadi driver kepada adik ipar sendiri!. Sambil menyeka airmata, Ina senyum dalam tangis dan cuba bermonolog dalam hati...
" Oh Tuhan! berilah aku kekuatan, sesungguhnya takdir dan rezeki ini bukan untukku, aku pasrah".....
caiittt...setakat datuk k tu,,x la ensem mana pon...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
la...cm2 je cteny....
simple gle....