BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Ogos 21, 2008
Cerpen : Rahsia Hati
Faiez Arieff


--ooOoo--
ARISSYA MELIA, bila terpandangkan senyuman manis yang diukir bibir merah semulajadi itu membuatkan hatinya seakan mencair. Cukup sopan gerak gerinya, tudung yang dipakai biasanya dikemaskan hingga menutupi separuh dada. Farisy hanya merenung gadis itu dari jauh, bagaikan merenung bintang, tidak kesampaian untuk digapai. Matanya masih lagi terarah pada pintu, walaupun sudah lama kelibat gadis yang melalui kaki lima kelasnya menghilang.

Pertemuan pertama mereka adalah semasa Minggu Ta'aruf sedang berlangsung. Di mana gadis sedikit berisi itu menjadi Jawatankuasa Ta'aruf. Manakala Farisy Firman adalah pelajar tahun satu yang baru mendaftar di kampus itu. Pertama kali terpandangkan wajah lembut itu membuatkan jantung Farisy berdebar, terasa seolah-olah Melia itu jodohnya. Terbayang dia akan duduk bersebelahan dengan Melia di hari persandingannya kelak. Terasa manisnya saat–saat membesarkan anak bersama.

Farisy Firman tersenyum, hatinya girang kerana sudah sekian lama kelibat itu tidak bertandang secara realiti. Dalam minggu-minggu terakhir semester itu dia tercari-cari wajah kesayangan yang selalu bertamu dalam fantasi fikiran melalui angan-angan juga mimpi. Begitu bodohkah aku, mengharapkan kasih darinya. Kepalanya digelengkan, cinta tidak mengenal batas usia. Senyuman sumbing terukir di bibir. Aku dah jatuh cinta ke? Ish jauh benor angan-angan. Belajar satu sem pun belum abeh lagi.

Akhirnya tamat juga kelas yang terakhir untuk hari itu. Lantas Farisy meluru keluar menuju kantin. Mencari senyuman yang selama ini dirindui, tidak terhapus rindunya walaupun bayangan bibir merah terukir senyuman itu sering terlayar di mata. Melilau Farisy mencari wajah tersebut. Kehampaan mula bertandang, kelibat yang dicari entah ke mana menghilang.

Dengan kehampaan, Farisy berjalan perlahan menuju perpustakaan. Sekadar menghabiskan masa yang tersisa. Jika pulang ke kolej kediaman pastinya akan merebahkan badan di atas katil bertilam empuk lalu mengundang mata untuk terpejam akhirnya sudah hilang dari dunia nyata. Lebih baik ke perpustakaan, dapat juga mengulang kaji atau membuat rujukan.

Rak buku ditinggalkan setelah memperoleh buku yang dihajati. Dia mahukan privacy, kerana itulah dia memilih partition untuk seorang di bahagian hujung berhampiran tingkap. Matanya terarah pada sepasang pelajar di luar perpustakaan. Arissya Melia? Farisy pasti tidak tersilap pandang. Arissya Melia sedang bersama seorang jejaka tinggi lampai. Farisy tidak dapat menangkap apa yang dibincangkan oleh mereka. Dari apa yang dimati, Melia seolah tidak berpuas hati.

Farisy masih lagi memerhatikan tindak tanduk pasangan itu. Tidak tertanam pun niat di hati untuk mencampuri urusan hidup seseorang. Tetapi kerana Melia berada di situ membuatkan dia berasa tertarik untuk mengetahui adegan seterusnya. Mulut mereka seolah tidak bergerak, hanya tangan yang bergerak seolah-olah sedang berinteraksi menggunakan bahasa isyarat. Bisu ke? Pekak ke? Aiseh... takpelah, bukan hina pun bercinta dengan gadis pekak atau bisu. Dan dia pasti cinta yang akan dihulurkan benar-benar ikhlas bukan atas dasar simpati.

Wajah jejaka itu masih lagi bersahaja. Melia pula menunduk. Tiada lagi gaya interaksi antara mereka. Jejaka itu menyentuh bahu Melia lalu mula menggerakkan tangan setelah Melia memandangnya. Ah sudah, sah la diorang ni pelajar istimewa kat sini. Farisy menggaru kepala yang tak gatal. Mampukah aku untuk menahan sabar bercinta dengan Melia yang cacat. Adegan itu berakhir apabila jejaka itu meninggalkan Melia begitu saja, manakala Melia pula terduduk di bahu jalan. Mungkin sedang mengalirkan air mata. Kurang ajar punya jantan, takde hati perut, kau buat Melia aku sedih yer.

Buku-buku ditinggalkan terdampar di atas meja bersama nota tertulis 'Akan Kembali' supaya tiada yang datang mengganggu tempatnya. Masa ni la peluang untuk membuktikan bahawa dialah hero sejati. Menyelamatkan gadis-gadis dari jantan-jantan keparat. Farisy tersenyum lebar, peluang untuk mendekati Melia pada hari itu takkan dilepaskan. Senyuman di bibir kian surut, Melia yang dilihat sebentar tadi sedang duduk di bahu jalan telah tiada. Alahai kemana la hilang buah hati pengarang jantung aku ni. Farisy kembali masuk ke perpustakaan dengan senyuman kelat. Akulah jantan yang tewas, tewas untuk merapati gadis impian. Kenapalah perlu ada hari sebegini?


--ooOoo--
PINTU kayu dibuka setelah memulas tombol. Esakan masih lagi belum reda. Air mata masih lagi bersisa. Melia membuka pintu bilik lalu meletakkan beg dan membiarkannya tersandar di dinding. Langkahnya menuju bilik mandi. Memandang wajah sayu di cermin sejurus selepas membasuh raut itu. Tiada lagi linangan air mata. Tiada lagi sedu sedan. Dia harus memastikan semua itu kerana sebentar lagi ahli-ahli rumah itu akan pulang dari kampus. Pasti dia perlu menjawab semua soalan yang diajukan tanpa rela.

Tiada tugasan yang perlu disiapkan. Tiada laporan makmal yang perlu dibereskan. Melia menuju ruang tamu bersama baldi kecil berisi air dan sehelai kain lap. Dia perlu menyibukkan diri dengan apa jua tugas, supaya tidak terfikir untuk menangis. Dan pastinya Melia akan membersihkan setiap pasu-pasu kecil yang menghiasi rumahnya ketika dia sedang bersedih hati.

Satu persatu dari puluhan pasu kecil diambil lalu dibersihkan dengan berhati-hati. Dengan membuat tugas sebegitu dia akan tenang, fikirannya juga tidak tertumpu pada kisah sedih pada petang tadi. Jejaka yang difikirkan boleh menyayangi sehingga hujung nyawa terpaksa dilupakan lantaran jejaka itu terlalu lemah untuk menentang pilihan keluarga.

Pintu rumah terbuka perlahan, dua susuk tubuh melangkah masuk terperanjat dengan tingkah laku Melia yang sedang khusyuk membersihkan pasu-pasu kecil. Hampir setiap ceruk rumah yang menjadi milik Melia setelah kakaknya menurut suami yang bertugas di Melbourne,Australia dihiasi dengan pasu-pasu kecil yang memenuhi rak. Susuk tubuh yang baru masuk itu berpandangan sesame sendiri, mereka pasti rakan serumah mereka itu sedang kecewa.

Rakan serumahnya hanya berjaya meneka perasaan Melia ketika itu. Apa sebab jauh sekali untuk diketahui kerana Melia tidak pernah langsung bercerita mengenai masalahnya pada mereka. Sudahnya mereka hanya memerhati setiap kali Melia membuang habuk pada pasu, juga kadang-kadang seluruh rumah dibersihkan. Melia senang sebegitu, akhirnya dia akan terlena keletihan setelah melakukan semua kerja tersebut.

Matanya tertumpu pada gambar yang berbingkaikan kayu berada di atas meja kecil bersama pasu kesayangannya. Gambar sepasang kekasih yang bertenggek di atas batu besar sedang kaki mereka terendam di dalam aliran sungai. Jelas terpancar keceriaan pada wajah mereka yang dihiasi dengan senyuman. Memori bersama di Hutan Lipur Gunung Belumut memang tidak boleh dilupakan. Pada masa itulah Melia menerima lamaran untuk menjadi kekasih.

Harapan kasih yang disemai akan kekal selamanya, tidak kesampaian, segala kisah cinta antara mereka berakhir tadi. Bingkai gambar itu ditelangkupkan. Dia tidak mahu lagi memandang gambar itu sebagaimana dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu lagi. Hatinya terlampau lemah untuk menidakkan rasa cintanya terhadap lelaki itu. Melia meneruskan kerja, sudah hampir separuh pasu-pasu kecil itu dibersihkan.

Tubuhnya yang keletihan setelah membersihkan rumah pada petang itu direbahkan ke atas katil queen size. Terasa bagaikan tilam empuk yang menyambut tubuhnya sedang melakukan beberapa urutan. Segar seketika rasanya. Melia memandang kipas yang baru saja dibersihkan, kelihatan berkilat. Kipas siling yang berputar perlahan itu membuatkan dirinya berasa khayal lalu matanya terlelap dalam keletihan. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada hari esok bagi melepakan ingatan terhadap lelaki idaman hati.


--ooOoo--
PAGI itu merupakan pagi yang bersejarah buat Farisy. Tidak pernah dia bangun seawal itu jika tiada kuliah. Jam enam setengah pagi sudah bersiap untuk ke Masjid yang bersebelahan dengan kolej kediamannya. Melilau ke kampus setelah menunaikan solat subuh yang biasanya dilakukan bersendirian di dalam bilik. Berjalan tanpa tujuan bersama PVC case yang digunakan untuk menyimpan nota dan tugasan.

Setibanya di kantin Farisy terpandang pada sudut yang agak sunyi, wajah idaman hati wujud di hadapan mata. Farisy mengerdipkan matanya beberapa kali bagi memastikan wajah itu bukan hanya khayalan. Akhirnya dia yakin, lantas merapati Melia yang sedang bersendirian. Cuba digagahkan hatinya untuk berhadapan dengan Melia buat kali pertama. Bersama dada berdebar dan jantung yang berdegup kencang Farisy meneruskan langkah,

Kini Melia berada hanya beberapa sentimeter saja. Farisy cuba menarik perhatian Melia untuk memandangnya, lalu duduk di sebelah Melia setelah mendapat persetujuan. Jantungnya masih lagi berdegup kencang. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Agak lama Farisy membisu, memerhatikan Melia yang sedang membelek buku nota. "Saya sebenarnya ada sesuatu nak cakap ngan awak. Saya sukakan awak." Ish… beraninya aku, takpelah bukannya dia boleh dengar.

Melia terus menatap buku nota di hadapannya. Tidak mengendahkan langsung kata-kata Farisy. Dengan wajah tanpa perasaan, Melia menulis nota kecil.

"Dah lama saya nak jumpa awak untuk beritahu semua ni. Tapi ada aje halangannya." Farisy meneruskan kata, dia yakin Melia tidak mendengarinya walaupun jarak mereka begitu rapat. "Saya benar – benar mahu awak jadi teman saya. Serius. Saya sebenarnya tak berani nak cakap pada awak. Tapi bila saya tau awak tak boleh dengar, tu yang buat saya berani untuk cakap face to face."

Melia berpaling ke arah Farisy. Seolah-olah dia mendengari apa yang Farisy suarakan. Semua gerakan tangannya terhenti, merenung wajah Farisy sedalamnya. "Siapa kata saya tak boleh dengar?"

Ternganga Farisy dibuatnya. Gadis yang disangkakan bisu, merdu suaranya. Gadis yang disangkakan tidak mendengar, sempurna telinganya. Terbit pula perasaan malu kerana semua luahannya yang disangka tidak didengari dapat diterima dengan jelas oleh Melia. Namun dia bagaikan tak percaya semua itu, dia mahukan kepastian. "Abis tu, hari tu awak dengan lelaki tu? Kenapa guna bahasa isyarat?"

Gadis bermata bundar itu membisu. Terkenangkan peristiwa petang itu membuatkan hatinya terusik. Namun semuanya disembunyikan. Dia tidak mahu Farisy meneka apa yg sebenarnya berlaku. "Hari tu saya sakit tekak, tak boleh keluar suara. Telinga kurang dengar sebab selesema. Sebab tu guna sign language."

Farisy terdiam mendengar penjelasan Melia. Masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi. Namun dirinya masih lagi gagah untuk bertentang mata dengan Melia, seketika cuma, Melia melarikan pandangannya, kembali pada nota di tangan. "Yang awak sibuk sangat pasal cerita tempohari tu kenapa?" Tutur Melia antara dengar atau tidak.

"Saya tak sibuk pun pasal cerita tu. Cuma cerita tu la yang buatkan saya yakin awak pelajar istimewa kat kampus ni. Sebab tu saya berani untuk... er... untuk..."

"Untuk apa? Berani untuk kata saya ni pekak, bisu? Begitu?" Nada geram berbaur dalam kata – kata Melia yang memintas suara Farisy.

"Bukan macam tu. Saya berani untuk meluahkan isi hati saya."

Dari pemerhatiannya, Melia sudah dapat meneka bahawa Farisy adalah pelajar tahun satu. Melia memerhatikan kad pelajar Farisy dengan teliti bagi memastikan telahannya benar. "Awak junior saya. Masuk sini lepas SPM kan? Saya dah tahun akhir, masuk sini pun lepas setahun result STPM. Cuba awak congak berapa jarak umur kita?"

"Memang saya dah tau jarak umur kita ajak jauh. Tapi semua tu bukan penghalang dalam kebahagiaan."

"Maaf, saya rasa awak salah orang. Bukan saya untuk awak ajak berbicara pasal cinta." Melia mula rasa rimas. Dia terus bangun dan berlalu meninggalkan Farisy. Kisah lalu membuatkan dia serik untuk membuka hatinya kepada lelaki. Memang dia mengaku, tidak semua lelaki sama. Dia perlukan masa untuk bersendiri. Untuk mengubati luka di hati. Usia juga menjadi alasan utama bagi Melia menolak pelawaan Farisy.


--ooOoo--
SUARA M Nasir mengusik jiwanya. Terasa dia yang seharusnya menyanyikan lagu tersebut buat Melia. Farisy tersenyum sendiri, nak menyanyi ke? Mana la reti nyanyi lagu keroncong. Usahkan keroncong, kalau nyanyi lagu lain tak ubah katak panggil hujan. Mungkin benar tiada ruang untuk aku di hatinya. Berlambak perempuan yang cun melecun kenapa la perempuan yang layak dipanggil kakak ni juga aku kejar.

Kata orang hati dah suka tak boleh nak dielak, hati dah sayang usia bukan penghalang. Itu kata orang, tapi dia, Farisy merasakan Melia bukanlah di kalangan orang yang berpendirian sedemikian. Begitu sukar untuk melenturkan hati perempuan itu. Mungkin dia masih perlukan masa untuk melupakan semua yang telah berlaku. Gelojoh sangat aku ni, sabar la kalau iye pun. Hish, perempuan macam tu mana boleh sabar untuk menyambar. Mesti kena jadi pendahulu sebelum ada yang crossline.

Terkebil-kebil mata Farisy di dalam gelita. Sememang sudah tabiatnya, tidak boleh tidur dalam keadaan terang benderang, sedangkan dalam gelap pun mata tak mau lelap. Tiada lain yang berputar di minda selain dari agenda untuk merapatkan diri dengan gadis pujaan, Arissya Melia. Farisy bangun menuruni anak tangga untuk menuju dapur setelah bosan lama termanggu menanti lena yang belum lagi mahu bersua sehingga mengundang rasa dahaga.

Pintu peti sejuk sebesar almari pakaian itu dibuka, agak lama juga dia terpaku sebelum menutup kembali. Tak elok malam-malam minum air sejuk, cukuplah minum air masak je, orang kata boleh awet muda. Hish, asyik-asyik dengar kata orang aje, untuk kebaikan apa salahnya. Farisy tersenyum setelah air diteguk menuruni tekak sehingga menghilangkan dahaga. Dia bagaikan sedang menonton perbahasan, padahal perang bahas itu hanya berlaku di dalam hatinya.

"Ewah, senyum sampai tak sedar orang datang." Farisy tersentak mendengar suara yang tidak asing baginya. Wajah Fadhil Imran, anak kedua dalam keluarganya itu dipandang sekilas. Senyuman kini adalah hadiah buat Fadhil, ikhlas.

"Datang macam tikus takut kucing terjaga macamana orang nak sedar." Botol berisi air masak disuakan ke arah Fadhil yang sedang mengambil mug.

Fadhil menahan botol tersebut sebagai tanda dia menolak. "Mana main air takde rasa." Fadhil tertawa kecil lalu mengangkat tangan kiri yang sedang memegang beg plastik berisi botol. "Jom mabuk." Tawa yang terhenti bersambung kembali.

Kata-kata Fadhil membuatkan Farisy terperanjat. Mabuk? Biar betul abang aku ni. Diamati label botol yang masih berada di dalam plastik dengan teliti. "Cheh, ingatkan Carlsberg ke Tiger ke, rupanya Root Beer je."

"Mana boleh telan sume tu. Haram." Fadhil masih lagi dengan tawanya. "Tapi ni bukan sembarangan Root Beer tau. Ni Root Beer Float."

"Apa kaba awek yang Bang Ngah cite dulu tu?" Farisy saja menukar topik. Lama tak bertemu dengan Fadhil membuatkan dia tertinggal segala kisah abang yang dirasakan sporting itu.

Raut wajah Fadhil berubah. Senyuman diwajahnya memudar. Fadhil cuba menyerikan wajahnya kembali dengan senyuman hambar. "Kitorang dah putus."

Jawapannya ringkas, tapi cukup memeranjatkan Farisy. Selama ini dia hanya mengetahui yang positif sahaja, tak pernah mendengar kekurangan teman wanita Fadhil. Walaupun tidak pernah berjumpa, Farisy yakin perempuan itu cukup pakej untuk bergelar isteri. "Kenapa putus?" Farisy tidak menyedari mengapa mulutnya gatal bertanyakan hal tersebut.

"Bang Ngah dah bertunang. Tok Chik yang beria nak Bang Ngah bertunang dengan calon pilihannya." Fadhil meneguk air yang sudah berada di dalam mug. "Dah bukan jodoh kitorang kot." Suasana sepi seketika, Farisy tidak tahu bagaimana untuk menyerikan kembali keadaan. Fadhil mengangkat muka, bertentang mata dengan Farisy. "Hah, kau plak macamana? Dah dapat ke budak bisu yang kau ceritakan dulu."

Tak terduga Fadhil bertanyakan perihal tersebut. Mungkin untuk mengubah hala perbincangan bagi membolehkan suasana ceria kembali. Farisy terdiam, rasa malu mula muncul. Macamana kalau Bang Ngah tau Melia tak pekak dan bisu. Macamana kalau Bang Ngah tau yang aku dah termalu di depan Melia. Hu hu.

"Orang tanya dia, senyap je. Nape ni? Berita sedih gak ke?"

Farisy tersengih. "Dia tak bisu."

"Abis tu? Pekak?"

"Pun tak. Dia sempurna sifatnya."

"Ha... dah tu?"

"Cuma masa tu orang ada luahkan pada dia. Iyelah, mana la orang tau yang dia tak pekak, tak bisu, orang pun terjah je la. Berani je sebab ingatkan dia tak dengar. Sekali dia marah daaa... dia kata dia dah tua tak layak untuk orang muda."

Fadhil kembali ketawa. "Padan muka. Kau pun satu, yang sebaya dengan bakal akak ipar tak jadi kau tu gak yang kau nak."

Farisy hanya mampu tersengih. Kata-kata Fadhil mengembalikan ingatannya pada Melia yang betul-betul sebaya dengan bekas teman wanita Fadhil. "Alah... cinta tak mengenal usia."

"Cinta tak mengenal usia konon. Kau tu baru je lepas final exam untuk semester satu. Lambat lagi la ooi nak fikir pasal kawen-kawen ni."

"Eleh, orang bukan nak kawen dengan dia sekarang. Cuma nak ikat biar takde orang yang cop." Farisy termanggu lagi. "Entah apa yang dia buat sekarang ni. Dah kerja kot."


--ooOoo--
HAMPARAN rumput menghijau terbentang di hadapannya merawat mata yang keletihan akibat seharian merenung monitor komputer. Hembusan angin sederhana kuat menampar badannya, sekaligus membuatkan tudungnya terlipat. Arissya Melia mengemaskan tudung bewarna cream tersebut. Dia berseorangan tatkala itu, baginya cukup mendamaikan, tanpa keriuhan suara teman serumah yang kadangkala bercakaran hanya kerana saluran TV.

Melia tersenyum sendiri. Setelah bekerja baru terasa betapa indahnya zaman pengajian di kampus. Rasa rindu mula menyapa hati, bukan untuk sesiapa tetapi untuk semua kenangan yang dilalui. Setelah berlalunya peperiksaan akhir, tamatlah tugasnya sebagai pelajar di kampus yang baginya terlalu istimewa dan paling disayangi.

Ingatannya terputar kembali, wajah Farisy tiba-tiba muncul di maya fikiran. Kenapa aku boleh terkenang pada dia. Mungkin aku patut memberi dia peluang, tapi dia terlalu muda. Perang minda bermula, dirinya kini bagaikan terbahagi dua, seperti perdebatan, ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Sekali lagi senyuman menghiasi bibirnya, seakan terhibur dengan perdebatan tersebut.

Melia bangkit dari duduknya lalu berjalan perlahan menyusuri laluan simen yang disediakan. Dia bersyukur masih ada lagi kehijauan walaupun berada di bandar yang penuh dengan kawasan industri. Baginya kehijauan adalah simbol ketenangan, dia juga percaya ramai yang gemarkan kehijauan bagi mencari ketenangan.

Udara sekeliling dihirup sedalamnya, seketika kemudian udara yang terkumpul dalam paru-paru dihembus perlahan. Masih segar, pohon-pohon hijau menganugerahkan oksigen yang banyak untuk manusia di sini meneruskan hidup. Suara teriakan kanak-kanak menandakan Melia kini hampir dengan kawasan permainan. Melia memberhentikan langkah, menonton gelagat anak-anak kecil bermain gelongsor, buaian dan permainan lain di padang yang berlantaikan pasir putih. Bibirnya mengukir senyuman, hatinya terhibur dengan suasana sebegitu.

Langkahnya diteruskan, kini Melia berjalan menyusuri tebing tasik. Sesekali matanya merenung ke arah tasik yang beriak kecil akibat tiupan angin, damai, tidak boleh dibeli dengan Ringgit Malaysia ataupun dengan Dolar Singapura. Bibirnya tidak putus dengan senyuman, menyerikan lagi bibir merah tanpa bahan pewarna tambahan. Melia berhenti melangkah, berdiri memeluk tubuh memerhatikan permukaan tasik yang bagaikan sedang berentak mengikut irama semulajadi.

Setelah puas menikmati hidangan mata yang mendamaikan, Melia mula bergerak menjauhi tasik. Mula mengatur langkah menuju ke kawasan tempat letak kenderaan. Perodua Kelisa berwarna biru berkilat dirapati. Kereta kepunyaan kakaknya masih lagi dijaga rapi sehingga kini. Melia meloloskan badannya ke tempat pemandu. Pintu ditutup rapat, enjin kereta menderum setelah kunci diputarkan. Tombol gear masih lagi pada kedudukan P.

Melia menyandarkan badannya. Stereo kereta dihidupkan, berkumandang lagu nyanyian Anuar Zain yang menjadi lagu tema filem Cinta. Lirik yang penuh puitis itu membuatkan hatinya tersentuh. Hatinya masih lagi sukar untuk terima yang dirinya ditinggalkan. Sedikit sebanyak membuatkan dirinya kalut meneroka imbauan kenangan untuk mencari memori indah bersama wajah yang dicintai. Melia memejamkan matanya, tangannya terkulai di atas peha, masih lagi tidak menganjakkan kedudukan tombol gear.

Matanya dibuka, perlahan tangannya menarik tombol gear mengubah kedudukannya dari P ke D. Sengaja dia meletakkan kereta itu pada keadaan hadapannya menghadap jalan keluar. Kedudukan tersebut membolehkan Melia mengeluarkan kereta tanpa melakukan banyak anjakan pada tombol gear. Melia memandu keluar dengan tenang. Dia tidak perlu berkejar untuk pulang ke rumah, tiada siapa atau apa-apa pun yang menanti.


--ooOoo--
BUNYIAN yang dikeluarkan dari pembesar suara televisyen menyambut kepulangannya. Melia berjalan menuju pintu setelah keretanya dikunci. Perlahan pintu yang tidak berkunci itu dibuka. Tanpa bicara, dia terus melangkah ke biliknya. Rakan serumahnya yang sedang tekun menonton hanya memerhatikan gerak-geri Melia sekilas, juga tanpa bicara. Bukannya mereka tidak sebulu, tetapi tiada apa yang perlu disuarakan. Melia mencapai tuala dari penyidai yang diletakkan di sudut bilik. Melangkah malas menuju ke bilik mandi yang terletak di biliknya.

Terasa sedikit segar setelah badannya disirami air pancuran. Bertambah segar apabila haruman lavender merangsang deria bau. Melia merebahkan badannya yang sudah dibaluti pakaian. Tilam empuk menyambut badan Melia dengan lembut. Matanya dipejamkan, bayu tiruan yang terhasil dari kipas siling membelai lembut seluruh tubuhnya. Suasana sebegitu membuatkan Melia sedikit tenteram.

Melia berbaring dalam keadaan itu beberapa ketika sebelum dia bangkit lalu mendapatkan laptop yang berada di atas meja. Kabel UTP yang tersedia menghubungkan laptop dengan ADSL modem dikemaskan. Ikon berlambangkan musang memeluk bumi diketik dua kali. Paparan browser Mozila Firefox mendominasi ruangan skrin. Dengan lancar jemarinya menaip alamat 'www.tokeikedai.net.my'. Laman forum itu seringkali menjadi penghibur Melia.

Kadangkala Melia bertindak tak ubah seperti seorang kaunselor memberi pandangan dan nasihat kepada kemusykilan yang dihantar pengunjung, lebih-lebih lagi di bahagian Anjung Cinta. Kerana itulah dia digelarkan Dr Love oleh moderator. Melia tersenyum sendiri apabila selesai menghantar pandangannya. Sendiri bercinta pun separuh jalan lagi mahu nasihat orang, takpe yang penting kita berkongsi pengalaman, tak gitu.

"Kak Melia, ade parcel untuk akak." Sayup suara itu tetapi jelas didengari. Mungkin kerana pintu tertutup membuatkan gelombang bunyi tersebut terpaksa melalui medium penghantaran yang jauh.

"A minute." Melia bangkit mempersiapkan diri sebelum keluar dari bilik. Selendang biru gelap dicapai dan digunakan untuk melitup kepalanya. "Kenapa tak ambilkan aje?"

"Orang tu kata penerima sahaja."

Melia mengangkat bahu. Kenapalah menyusahkan aku. Tak boleh ke wakilkan. Matanya merenung ke arah pemuda yang membelakangkan pintu masuk. Mungkin malu untuk menjengah setelah mengetahui semua penghuni rumah adalah bukan muhrim. "Ya encik."

Pemuda yang mengenakan uniform serba hitam itu berpaling lalu menghadiahkan senyuman kepada Melia. "Puan Arissya Melia binti Abdul Aziz?"

"Bukan. Maaf." Muka Melia serius, tetapi hatinya tergelak kecil. Mentang-mentang aku dah tua, pandai-pandai je panggil aku puan.

Serba salah dibuatnya. Salah alamat ke. "Saya berada di alamat yang betul kan?" Pemuda itu menunjukkan butiran penerima kepada Melia.

Melia mengangguk. "Alamatnya betul."

"Takde orang yang bernama Arissya Melia ke kat sini?"

"Ada. Tapi Cik Arissya Melia bukan Puan Arissya Melia. Sebab tu saya kata bukan tadi."

"Oh. Iye ke? Maaf."

Pintu kayu itu dirapatkan setelah pemuda tersebut berlalu pergi. Melia membelek bungkusan kecil yang baru diperoleh, sedang kakinya melangkah ke arah bilik. Sape yang bagi ni? Farisy kot? Eh, taklah, ni dari KL. Melia berteka-teki sendirian, alamat pengirim yang tertera membuatkan dia tertanya-tanya. Setahunya tiada kenalan dari bandaraya itu.

Bungkusan yang diterima itu diletakkan di sudut meja. Tidak terlintas untuk membukanya. Melia menumpukan perhatian kembali pada laptop. Laman forum masih lagi terpapar di skrin, topik-topik yang tertera disemak satu persatu, mencari topik yang memerlukan bantuannya. Melia bersandar seketika, matanya terpandang bungkusan misteri di sudut meja, lantas mencapainya.

Tanpa niat untuk membuka, Melia membelek bungkusan itu. Digoncangkan sedikit, tiada bunyi kedengaran. Ah, buka aje la, tak buka tak tau. Melia membuka bungkusan itu dengan berhati-hati, tiada kesan koyak langsung, itulah prinsipnya jika membuka hadiah. Balutan kertas coklat terbuka sudah, kotak kecil berwarna putih menanti tangan Melia untuk dibuka.

Perlahan penutup kotak itu dibuka. Sebiji pasu kecil yang diikat dengan riben merah pada lehernya berada di dalam kotak tersebut bersama sekeping nota. 'Maaf...' hanya itu saja yang tertulis pada nota kecil itu. Bertambah berserabut fikiran Melia dengan nota sebegitu. Siapa yang harus dimaafkan? Diakah? Tak mungkin, dia kini bahagia bersama tunangnya.

Melia mengeluarkan pasu kecil itu lalu berbaring di atas tilam. Cantik, cam tau-tau je aku suka pasu. Biarlah sapepun, thanks yer, kalau ade bagi la lagi, ehehe. Melia tersengih sendiri, membiarkan pasu kecil itu menemani tidurnya. Mana tau dapat jumpa dengan pengirimnya dalam mimpi, moga-moga hensem. Ish, gatalnya anak dara ni. Sekali lagi Melia tersengih.


--ooOoo--
'NAK kawan ngan awak, boleh?'. Melia meletakkan kembali nota kecil tersebut di atas meja. Nota kecil bersebelahan dengan nota yang baru diletakkan pula diambil. 'Harap awak sudi terima pasu ni... juga hati saya.' Matanya menjeling ke arah nota kecil yang berderetan di atas mejanya. Genap dua minggu sejak kiriman pertama, berderet empat belas biji pasu kecil di rak berhampiran dengan meja.

Hari ini hari yang ke enam belas. Sejak semalam Melia menanti, namun sehingga petang itu, kiriman tidak lagi muncul. Melia mendengus. Tula, sape suruh hantar tiap-tiap hari, kan aku dah rindu. Hantar la lagi, last pun takpe, janji kenalkan diri, senang nak ucap terima kasih. Melia bangkit mendapatkan pasu-pasu kecil yang berderetan. Diambil pasu yang terakhir, merenungnya dengan teliti. Sapelah yang bagi, alamat sama tapi tak pernah kenal pulak.

"Kak Melia, ada orang nak jumpe." Melia mengangkat muka, merenung wajah rakan serumahnya itu. Sepertinya mahu diabaikan saja orang yang cuba mengganggu proses penyiasatannya. "Guess what... dia bawak pasu."

Kata-kata itu membuatkan Melia tersentak, apa yang diharapkan seringkali berlaku. Mungkin juga yang datang itu pengirim misteri yang dicari-cari. Atau hanya orang suruhan yang menurut perintah. Perasaan ingin tahu yang menebal mendorong Melia untuk bertemu dengan tetamu tersebut.

"Assalammualaikum Melia." Wajah Farisy yang tenang di muka pintu membuatkan Melia terkedu. Farisy menghulur pasu kecil ke arahnya. "For you." Melia menyambut pasu tersebut bersama senyuman di bibir. "Saya tahu awak suka pasu." Sedikit terkejut dengan frasa yang dituturkan Farisy.

"Macam mana awak tau semua ni? Alamat saya? Dan tau yang saya sukakan pasu?" Farisy tersengih membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

Senyuman mekar sebelum Farisy berdehem. "Apa kata kita cerita kat luar. Tak manis kalau saya lama-lama kat sini." Farisy mengimbas kawasan sekeliling. "Lagipun kaki saya dah lenguh. Bukannya nak ajak duduk, apatah lagi nak bagi air."

Melia tersenyum, malu juga dengan kata-kata sinis dari Farisy. "Awak tunggu saya bersiap." Langkah Melia yang diarahkan ke bilik terhenti seketika. Dia berpaling kembali merenung wajah Farisy. "Janji yer, pi tempat ramai orang." Farisy hanya mengangguk, Melia meneruskan langkahnya. Dia pasti Farisy takkan lakukan apa yang tidak patut.


--ooOoo--
ROJAK buah terbiar di atas meja. Perutnya masih lagi kenyang, tak mungkin dapat diisi walaupun hanya dengan makanan yang tidak berat sebegitu. Fikiran Melia menerawang jauh, terfikir seolah-olah Farisy dapat membaca gerak hatinya. Mungkinkah hatiku dicipta untuknya, sehinggakan dia dapat meneka apa yang tersirat di hati. Tapi, dia lebih muda dan sukar untuk hati ini menerimanya.

Farisy merenung wajah Melia. Keadaan Melia yang tidak menyedari persekitaran membolehkan Farisy meneroka segenap wajah wanita di hadapannya. Dari wajah itu orang lain boleh tersilap teka umur Melia, orang lain takkan percaya Melia sudah menjangkau suku abad. "Jauhnya terbang. Tak larat saya nak kejar."

Senyuman inilah yang aku rindui. Sekarang ni dah susah la nak nampak senyuman ni kat kampus. Farisy memberi ruang untuk Melia bersuara. Suasana menjadi sepi apabila Melia hanya tersenyum. Melia berdehem lalu mula membuka mulut. "Awak tak jawab lagi soalan saya."

"Soalan yang mana? Camne saya tau alamat awak dan awak sukakan pasu?" Melia mengangguk, baginya itu sudah cukup untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Farisy tersenyum, sengaja membiarkan Melia berteka-teki. "Kalau kita sayangkan seseorang tu, kita akan usaha untuk mengetahui segalanya tentang dia."

Melia berasa terharu dengan jawapan itu. Tetapi hatinya masih lagi tertutup untuk mana-mana jejaka ketika itu. "Maafkan saya, saya tak patut tinggalkan awak macam tu je hari tu."

"So... that's mean?" Farisy menjongketkan kening.

"That's mean nothing." Melia mengalihkan pandangan, merenung ke arah rojak buah. Seketika kemudian wajah Farisy diamati, matanya dapat menangkap riak kecewa pada wajah itu. Namun Farisy cuba menyembunyikannya dengan senyuman. "But, let us be friend."

Jawapan itu membuahkan rasa gembira di hati Farisy. Kawan pun takpe la, kira oret la dari tak dapat langsung. "Thanks." Farisy menghirup ais kisar tembikai susu, aliran tersebut membuatkan tekaknya terasa nyaman. "Itu pun dah cukup."

"Pandai betul awak ambil hati saya. Dengan cara ni, saya susah nak tolak permintaan awak." Melia tersenyum lagi. Terasa lucu pula kerana pasu dia terpujuk untuk menerima Farisy. Soal rasa hati, tiada pula wujud sesuatu yang pelik.

"Kenapa?" Timbul sedikit perasaan ingin tahu. Farisy masih lagi merenung wajah itu. Mungkin selepas ini wajah itu hanya bertamu di ruangan angan dan juga mimpi. Untuk berjumpa selalu, mungkin ada halangan.

"Sebab saya dah janji, saya akan layan pengirim misteri sebaik mungkin. Saya tak agak pun awak. Cuti sem lepas awak kat KL ke?" Melia memalingkan mukanya, terasa malu direnung sebegitu. Sudah lumrah, perempuan dihadiahkan dengan perasaan malu yang lebih daripada lelaki oleh Maha Pencipta. Dan itulah yang menjadi pelindungnya.

Farisy turut mengalih pandangan. Dia tahu perbuatannya tadi membuatkan Melia tidak selesa. Tetapi tiada cara lain untuk mengubat rindu yang terpendam di hati. "Takde la. Saya dapat bantuan dari abang saya. Dia duk kat KL."


--ooOoo--
PEPOHON bambu berentak mengikut tiupan angin menjadi halwa mata yang menyamankan saraf optik. Kehijauan dan kedamaian, memang cukup sinonim baginya. Melia merenung pula wajah Farisy yang duduk bersebelahan dengannya. Senyuman diberikan kepada pemuda itu, manja. Rona merah mula menyelimuti wajah Farisy. Melia mengeratkan lagi genggaman tangan mereka. Tanpa berbicara, Melia mengalihkan pandangannya ke arah Selat Tebrau.

Giliran Farisy pula memerhatikan wajah berkulit putih kemerahan. Dia amat menyenangi penerimaan Melia kini. Malah dia berasa amat bahagia berada di sisi Melia dengan layanan Melia seumpama itu. Farisy tersenyum sendiri, terasa sedikit malu kerana belum pernah bersentuhan tangan dengan perempuan seperti itu.

Farisy berdehem membuatkan Melia memusingkan kepala untuk menatap wajahnya. "Kite ada suprise untuk awak."

Melia mengangkat kening mendengar pernyataan Farisy. "Oh really?" Senyuman manjanya masih lagi melekat di bibir. Merenung wajah Farisy sedalamnya, menanti ketika Farisy untuk meneruskan kata.

Renungan Melia membuatkan dirinya terpana. Hilang kata untuk meneruskan bicara. Tak pernah Melia merenung sebegitu. Jika sebelum ini hanya bersahaja saja, tapi kali ini renungannya bagaikan mengandungi maksud untuk dirungkaikan. Farisy tersenyum setelah kembali ke dunia realiti, menggerakkan bibir untuk memulakan tutur kata. "Jeng... jeng..." Sebuah kotak kecil berikat riben merah disuakan ke arah Melia.

Terkedu Melia seketika. Beberapa detik selepas itu tangannya meraih kotak tersebut denagn lembut. Perlahan riben yang mengikat kotak itu dibuka. Giliran penutup kotak pula dibuka setelah ikatan riben terurai. Sepotong kek tiramisu terletak kemas di dalam kotak tersebut. Melia berasa teruja dengan kejutan itu. Dia memang menggemari kek tersebut dari dulu lagi.

"Suka?"

"Suka sangat, my favorite. Terima kasih."

"Takkan terima kasih je?" Tangan Melia yang sedang mencubit kek tiramisu terhenti. Muncung bibirnya dihalakan ke pipi Farisy.

Macam tau-tau je. Alamak, malunya. Farisy memejamkan matanya. Seketika kemudian dia merasai sesuatu mengenai pipinya, tapi tidaklah selembut bibir Melia. Dirasakan seolah satu tamparan hinggap di situ, tapi tak lah sekuat mana. Takkanla Melia sanggup menampar aku, tak mungkin. Lantas membuka matanya.

Tiada lagi wajah Melia, yang ada cuma wajah seorang wanita yang amat dikenalinya. "Umi... buat ape kat sini?" Farisy memandang sekeliling, mencari wajah Melia yang sebentar tadi menjadi pemandangan indah di matanya. Gambaran persekitaran indah Teluk Danga juga berubah menjadi halaman rumahnya.

"Eh... kamu pulak yang tanya umi. Patutnya umi yang tanya kamu. Dah senja-senja buat ape kat hammock ni?" Puan Khairiah kehairanan melihat Farisy dalam kebingungan.

"Ambik angin la umi." Farisy menjawab dalam keadaannya masih lagi mamai. Juga masih tercari-cari Melia walaupun menyedari dia bukan lagi berada di Teluk Danga.

Puan Khairiah tersenyum melihat gelagat anak bujangnya itu, lucu juga. "Yela la tu amik angin. Dah, bangun. Tak elok tido senja-senja ni. Dah solat ke belum?"

"Solat ape umi?" Farisy mengenyeh matanya. Keletihan memandu membuatkan dia tertidur pada petang itu. Ish, mimpi rupanya, kalau betul kan best.

"Ha... tengok, kan da nyanyuk tu... solat asar la sayang."

Farisy menyeringai. Terasa malu bila umi memanggilnya begitu. "Huh... dah."

"Dah la tu, asyik berangan je, da nak maghrib ni. Meh masuk." Puan Khairiah mula melangkah masuk setelah tuturnya berakhir.


--ooOoo--
BAGASI yang tidak begitu besar dimuatkan pada tempat duduk belakang. Farisy bersalaman dengan Puan Khairiah lalu mengucup tangan, pipi serta dahi wanita itu. Tangannga beralih pula pada Encik Fauzi yang berada di sisi uminya. Farisy tak melepaskan peluang untuk mengucup tangan ayahnya.

"Jaga diri baik-baik. Jangan lupa solat." Tak putus nasihat itu diberikan pada setiap kali anak-anaknya mahu bergerak ke destinasi masing-masing. Tidak kira siapapun mereka pasti nasihat itu juga diterima.

"Ni untuk belanja. Jimat sikit." Encik Fauzi menghulurkan sekeping not lima puluh ringgit. "Ayah tau tak cukup untuk sebulan. Elaun bulan ni ayah dah transfer, tapi inter-bank kena tunggu dua hari."

"Terima kasih ayah. Umi doakan orang selamat sampai." Farisy tersenyum merenung umi yang sudah lali dengan perpisahan sebegitu.

"Jaga kereta akak kamu tu elok-elok. Jangan bagi calar." Jarang benar Encik Fauzi memberi ingatan, kecuali apabila difikirkan penting. Farisy yang sudah berada di dalam kereta hanya mengangguk.

"Kalau bagi orang moto kan senang. Tak yah pinjam-pinjam kereta orang lain." Farisy merungut walaupun dia tahu dia takkan dapat apa yang dimahukan itu.

"Umi kamu yang tak nak kamu naik moto. Dia takut kamu merempit nanti." Puan Khairiah menjeling ke arah Encik Fauzi.

"Yelah... yelah... orang jalan dulu." Farisy melambaikan tangan, menukar gear lalu menekan pedal minyak. "Assalammualaikum."

Kebosanan mula menjengah jendela hatinya. Farisy tidak betah memandu seorang diri tanpa teman yang menghibur. Stereo kereta yang dihidupkan tidak cukup untuk menghalau kebosanan. Farisy mengeluh kecil. Matanya terpandang kawasan rehat yang terdapat medan selera di dalamnya. Tanpa membuang masa, Farisy membelok masuk ke perkarangan kawasan rehat tersebut. Bukan kerana lapar, hanya untuk menghilangkan rasa bosan.

Farisy memberhentikan kereta berhampiran dengan kerusi dan meja medan selera. Badannya disandarkan, masih lagi tidak bergerak keluar dari kereta. Gambaran wajah Melia menerpa layar minda. Terasa rindu dengan gadis itu. Biarpun seringkali bertemu pada hujung minggu, kesempatan itu masih tidak dapat mengurangkan rasa rindu tersebut. Hubungan mereka bertambah baik membuatkan Farisy bersemangat untuk meneruskan pengajian.

Stereo kereta dimatikan. Farisy membuka pintu kereta lalu keluar mendapatkan bangku yang paling hampir. Malas untuk berjalan jauh. Setelah memesan minuman, mindanya terkenangkan Arissya Melia. Dia tak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan gadis itu menjadi miliknya. Bagi Farisy, Melia umpama merpati, berani menghampiri tetapi terbang apabila mahu ditangkap.

Farisy masih tak pasti sama ada dia berjaya memiliki Melia. Walaupun mereka agak rapat pada ketika ini, itu bukan jaminan yang Farisy akan berjaya menawan hati Melia. Dia tahu faktor usia menjadi penghalang hubungan perasaan. Sukar untuk Melia menerima jejaka yang lebih muda untuk menjadi pasangan hidup. Sekali lagi keluhan dilepaskan, setiapkali diajak berbicara soal hati pasti Melia akan mengelak. Farisy tak tahu bagaimana cara untuk memujuk Melia. Pintu hati Melia terlalu utuh untuk dirempuh masuk.


--ooOoo--
PEMANDANGAN pada hari itu sama seperti di dalam mimpinya, cuma pada realiti ini Melia tidak manja seperti yang tergambar di layar ilusi. Farisy memandang pepohon bambu yang meredupkan suasana. Tiada bicara yang terungkap. Hanya bunyi desiran angin yang melalui celah-celah rumpun buluh kecil kedengaran tatkala itu.

Melia masih menganyam jari-jemarinya. Wajahnya bersahaja, hanya senyuman menghiasi bibirnya. Tidak tahu apa yang patut dikatakan atau arah yang perlu dituju walaupun dia yang beria mempelawa Farisy untuk keluar bersama. Sepanjang perjalanan ke Teluk Danga juga dibaluti kesepian, tiada perbualan antara mereka. Masing-masing menumpukan pada pandangan masing-masing, cuma sesekali pandangan mereka bertentang lalu berbalas senyuman.

Bibirnya dikemam, seketika. Melia berdehem sebelum memandang ke arah Farisy. Pemuda itu seolah-olah menanti Melia membuka mulut untuk berbicara. Melia hanya tersenyum, tiada hasrat untuk berkata-kata. Mindanya gagal untuk memikirkan apa yang perlu diluahkan.

Farisy membalas senyuman. "Dah penat duduk kat sini ke?"

Keningnya berkerut, takkan duduk pun penat. "Takde la. Cuma tak tau nak buat apa. Takkan nak isi masa sepanjang hari dengan duduk kat sini?"

"Betuk gak." Farisy berfikir sejenak. Hanya deruan angin saja yang kedengaran. "Orang yang ajak keluar sepatutnya yang ada cadangan."

"Tapi buat masa ni otak saya blur. Tak tau nak buat apa atau nak ke mana." Melia merenung Farisy, kelihatan Farisy hanya menjongket bahu. Melia merasai sesuatu yang kurang enak mengganggu sistem penghadamannya. Isk, belum diisi lagi rupanya kau perut. "Kita pi makan dulu la. Pastu baru fikir nak pi mane."

"Fastfood or slow food."

"Tak kisah mana-mana. Tapi, rasa cam teringin plak nak makan Sundae."

"Mc D ek... Kalau tak silap saya, Mc D ade kat CS (City Square)." Melia mengeluarkan kunci kereta dari saku seluar lalu dihulurkan pada Farisy. Pemuda itu mengerti maksud Melia, walaupun tiada lisan meniti bibir Melia. "Apa kata kita pegi naik bas. Kalau nak parking kat sana takut takde, kalau ada pun, mesti mahal. Lagipun malas la nak drive."

Melia menyimpan semula kunci keretanya ke dalam saku. Tanpa banyak bicara dia hanya menurut dengan hati yang rela. Kata Farisy ada benarnya, lebih baik mengurangkan kos dari menambah risiko. Kemudahan percuma yang ada digunakan sepenuhnya. Melia beriringan dengan Farisy menuju ke perhentian bas yang berhampiran.

--ooOoo--
TIDAK sukar untuk mendapatkan bas bas di situ kerana semua yang melaluinya pasti akan menuju ke Johor Bahru City Square. Dengan masa yang tidak mencapai sejam, mereka sudah turun dari bas yang mereka naiki dari Danga Bay. Apa yang perlu dilakukan kini hanya berjalan beberapa meter untuk sampai ke kompleks membeli-belah yang dinamakan City Square. Farisy mengusap kepalanya, terasa sakit bagaikan sesuatu menyucuk. Dia mengetap bibir, memejamkan mata seketika untuk menahan sakit. Berkali-kali juga perlakuan yang sama dibuat, namun rasa sakitnya tidak juga berkurang.

Melia menyedari kelakuan aneh Farisy. Hanya memerhatikan tanpa berbicara. Tangan Farisy dicapai lalu digenggam erat apabila Farisy gagal mengimbangi koordinasi badanya dengan betul. "Farisy, nape dengan awak?"

Kening Farisy berkerut, tangannya tak lepas dari mengusap kepala. "Entah la. Tetiba je sakit kepala. Kita singgah kedai jap. Nak beli Panadol." Tuturnya bagaikan dengar dengan tidak, tersekat-sekat.

Melia menggelengkan kepala. Membawa Farisy ke kedai yang berhampiran. Terfikir rasionalnya mereka menaiki bas. Tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi jika Farisy tiba-tiba sakit kepala ketika memandu. Melia membuka pintu peti sejuk lutsinar setelah yakin air minuman isotonik 100 plus terdapat di dalamnya.

Setelah selesai berurusniaga, Melia mendapatkan Farisy kembali. Farisy kehairanan, tiada Panadol yang diminta sebaliknya hanya setin air minuman di dalam genggaman Melia. Dibiarkan persoalan minda sepi tanpa jawapan, hanya menurut Melia yang meneruskan perjalanan.

Restoran makanan segera yang menjadi tujuan sudah kelihatan. Melia mendapatkan meja kosong di luar bangunan kompleks itu. Farisy hanya menurut dan terus duduk tanpa bicara. "Awak nak makan apa?" Farisy masih lagi memandang wajah Melia tanpa keinginan untuk menjawab soalan yang ditujukan. Melia menjongketkan kening, sebagai tanda menanti jawapan bagi soalannya.

"Saya ikut awak je." Farisy mengusap dahi, mungkin sakit kepalanya belum berkurang. "Kita kan sehati sejiwa." Melia mencebik bibir dan terus berlalu untuk memesan makanan.

Beberapa minit kemudian Melia menghampiri meja bersama dulang yang berisi makanan. "Belum hilang lagi sakit kepala awak?"

"Belum." Farisy memerhatikan Melia yang duduk bertentangan mengalihkan Big Mac, kentang goreng, Sundae dan gelas minuman dari dulang ke atas meja.

Melia membuka tin muniman isotonik tersebut dan menuang kandungannya ke gelas kertas kosong sehingga separuh penuh. Kemudian air mineral yang baru dibeli pula dituangkan ke gelas yang sama sehingga penuh. Tingkah-lakunya membuatkan Farisy semakin hairan. Melia menghulurkan gelas kertas tersebut kepada Farisy. "Minumlah, mana tau boleh hilang sakit tu."

Farisy menyuakan gelas itu ke mulutnya. Terasa kurang yakin untuk menelan campuran minuman tersebut. "Tunggu apa lagi? Minum je la, rasanya memang agak pelik."

Saranan Melia dituruti. Tak lah pelik sangat rasanya. Tak pernah aku minum air macam ni, ubat ke ni? Farisy meletakkan kembali gelas kosong ke atas meja. "Sedap. Dari mana awak belajar petua ni?"

"Sedap ke?" Melia tertawa kecil. Saja la tu nak ambil hati, Melia tersenyum kembali "Dari internet. Tak sehat kalau kita asyik bergantung pada paracetamol."

"Oh, selalu ke awak buat camni?"

"Saya pun jarang minum, kalau sakit kepala saya lebih suka rendam kaki dalam air suam."

"Isk. Banyaknya petua dia." Melia tersipu lantas mengukir senyuman agar perasaan itu berkurangan. Farisy turut tersenyum. Dunia mereka sepi tanpa berbalas bicara ketika itu. Hanya berbalas renungan dan senyuman. Alangkah bahagianya kalau setiap hari aku disambut dengan senyuman begini. Senyuman Farisy kian melebar tatkala melayan halusinasi minda.


--ooOoo--
FARISY merenung wajah wanita di hadapannya. Lembut wajahnya, sedap mata memandang. Tidak sarat dengan solekan, memang sesuai jadi calon isteri. Dalam rumah sendiri pun bertudung, betul-betul jaga aurat. Pandangannya dialihkan melepasi tingkap, hiasan simenfero berbentuk tumbuhan menghiasi air terjun buatan, mendamaikan.

Bibir wanita itu tidak putus dengan senyuman. Sunyi mendominasi suasana, lantaran wanita itu agak pemalu untuk memulakan bicara. Farisy juga tidak tergerak hati untuk bertanya menjadikan suasana sepi, sehinggakan bunyi kicauan burung sayup kedengaran. Usahkan berbicara, untuk berlawan senyum pun Farisy berasa kekok.

"Sorry, tetiba plak kena layan call client." Fadhil kembali duduk di sebelah Farisy setelah memasukkan telefon bimbit ke dalam saku seluar. "Kenapa senyap je? Tak nak kenal-kenal dengan bakal ipar ke?"

Farisy tersenyum, wanita itu juga. Entah apa mimpi Fadhil membawa Farisy menemani ke rumah tunangnya, sudah hampir dua bulan ikatan itu terbina. "Tak tau nak mula la Bang Ngah. Malu pun ada."

"Kena biasakan, nanti pun kau kena bersemuka dengan Kak Alia juga." Fadhil sendiri tidak terlalu kerap berlawan mata dengan Alia Maisarah. Mungkin menghormati keperibadian wanita itu, atau mungkin untuk mengelakkan jemu. Bukan kerana membenci suratan yang sudah tertulis.

"Takpelah, nanti-nanti biasala." Alia bersuara supaya bakal iparnya tidak begitu janggal berada di situ.

Fadhil melihat jam tangan sekilas. "Nampaknya abang kena beredar dulu. Tak manis kalau lama-lama kat sini. Ni pun saja singgah sebab Farisy belum pernah jumpa Alia lagi. Sampaikan salam pada ayah ibu."

Farisy bangun menuruti Fadhil yang menuju ke kereta. Entah kenapa, dia kerap pulang ke kampung pada semester kali ini, sedangkan dirasakan lebih seronok jika berada di kampus. Seronok kerana seringkali menemani Melia berkunjung ke taman rekreasi berhampiran untuk merehatkan minda, bertukar cerita dan bergurau senda.

Hubungan yang terjalin kian akrab membuatkan Farisy berasa bahagia. Mungkin Melia sedang belajar untuk menerima seseorang yang lebih muda untuk dijadikan pasangan hidup. Farisy tersenyum sendiri, tak menyangka sehingga tahap itu jangkauan akalnya. Sehinggakan tidak menyedari kereta yang dinaiki sedang bergerak menjauhi rumah papan yang penuh dengan suasana kampung.

"Ai, senyum sendiri nampak." Suara Fadhil jelas ke pendengaran membuatkan Farisy menoleh ke arahnya. Fadhil tersenyum tanpa beralih pandangan. "Boleh share?"

"Takde apa. Cuma teringat kenangan manis je."

"Manis macam mane? Macam gula tebu ke macam madu."

Farisy tersengih, terkeluar sedikit tawanya. "Susah nak bayangkan. Hari tu orang tengok wayang dengan dia, cerita Tentang Bulan. Duduk couple seat."

"Isk. Bahaya tu. Ada buat apa-apa ke?"

"Takde la. Orang turunkanla hand rest tu kan takut dia rasa tak selesa, tapi tak lama lepas tu dia naikkan balik dia kata lebih selesa kalau takde hand rest tu."

Fadhil tertawa seketika, mindanya terfikir sesuatu yang mungkin tak terjadi, tetapi boleh terjadi. "Dia dah syok kat kau kot. Sebab tu dia lebih suka duduk dekat tanpa halangan."

"Takkan la, dulu dia beria tolak." Farisy tersenyum lagi, kali ini mindanya terfikir sesuatu yang tapi mungkin sukar untuk menjadi realiti. "Tapi, kalau betul la macam Bang Ngah kata, bestnya." Tawa kecil menjadi penamat kata.


--ooOoo--
PERJALANAN yang ditempuh oleh berdua beradik itu lancar tanpa sebarang halangan. Fadhil menjalankan tanggungjawab yang diamanahkah, membawa Farisy pulang ke rumah sewa dengan selamat. Kali ini perjalanan mereka mengambil masa yang lama kerana Fadhil beria-ria mahu menemukan Farisy dengan Alia Maisarah, jodoh yang ditentukan keluarga.

Farisy memandang ke arah Fadhil, sedikit kagum melihat ketabahan Fadhil menempuhi halangan hidup, mungkin tidaklah sebesar mana. Luka di hati boleh dirawat sehingga sembuh, parutnya tetap ada. Tapi bagi Farisy berbaloi juga jika mendapat seorang suri seperti Alia. Bagi Farisy, Alia bukannya seorang perampas, Alia adalah seorang anak yang taat pada kedua orang tua. Farisy yakin Alia tidak mengetahui cerita tentang hati yang berlaku dalam hidup Fadhil.

Kereta diberhentikan, inersia membuatkan badan Farisy terdorong sedikit. Lantaran itu segala imbasan memori terlayar di minda serta-merta hilang. Farisy menjengah ke luar tingkap, bagi memastikan lokasinya. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk meneliti, Farisy sedah mengetahui yang kini mereka berada di stesen minyak berhampiran dengan rumah sewanya.

Kelisa biru yang diberhentikan berhampiran menarik minatnya. Dia pasti bahawa dia mengenali isi perut kereta itu. Seorang gadis bertudung biru muda keluar dari kelisa biru tersebut bersama dompet di tangan menuju ke kaunter. Senyuman terukir di bibir, walaupun tak bertemu secara langsung, itupun sudah cukup untuk memadam rindu yang terpendam.

Langkah Melia terhenti, dia mengamati wajah lelaki yang sedang merenung ke arahnya. Betulkah dia? Atau pelanduk dua serupa? Melia masih tidak bergerak, berdiri kaku seolah semua ototnya kekejangan. Pertemuan yang tidak dirancang membuatkan perasaan Melia berbaur. Rindu, marah, geram, sayang semuanya laksana rojak. Terasa ingin sekali bersama pemuda itu, biarpun untuk kali terakhir.

Fadhil terpaku dan masih merenung wajah gadis bertudung biru muda. Bagaikan tidak percaya tubuh yang dibaluti dengan kemeja t lengan panjang biru gelap dan seluar panjang hitam berada di hadapannya. Keayuan wajah itu tidak luntur, sama seperti dulu. Namun keadaan semasa menjarakkan hubungan di antara mereka kini.

Tiada apa-apa bicara. Tiada berbalas khabar. Mereka meneruskan langkah masing-masing melepasi antara satu sama lain sambil berbalas senyuman tanpa mengetahui apa maksud yang tersirat di sebaliknya. Mereka gagal memahami diri mereka sendiri, perasaan sayang masih tersemat di dada. Perasaan yang sepatutnya dilepaskan pergi, terbit kembali dengan pertemuan tanpa direncanakan itu.

"Bang Ngah. Perasan tak pempuan tudung biru yang senyum pada Bang Ngah tadi?" Farisy menepuk bahu Fadhil yang sedang menghalakan muncung pam ke lubang tangki kereta.

Fadhil mengangguk, acuh tak acuh. Tidak mahu adiknya menyentuh soal itu lagi. "Kenapa dengan dia?"

"Dia tu la yang orang selalu cerita tu."

Fadhil terpana, persamaan peribadi yang disangkakan pelanduk dua serupa meleset. Individu yang diceritakan Farisy adalah individu yang pernah dilukai olehnya. Fadhil merenung wajah adiknya yang berseri itu sedalamnya. "Iye ke? Lawa gak. Sape namanya?" Sengaja Fadhil mengutarakan soalan bagi mengelakkan Farisy menyesaki sesuatu.

"Arissya Melia." Jawapan ringkas itu membuatkan jiwa Fadhil bertambah libang-libu. Dia tak melarang untuk Farisy mendekati Melia, tapi apa perasaan Melia jika dia mengetahui Farisy mempunyai hubungan biologikal dengan insan yang pernah melukakan hatinya.


--ooOoo--
ARISSYA MELIA, insan itu kini berada di hadapan Fadhil. Pertemuan empat mata pada malam itu direncanakan oleh Fadhil bagi menerangkan hal yang sebenar. Fadhil tidak mahu Farisy turut terheret dalam pertemuan ini, kerana itu dia menghantar Farisy terlebih dahulu. Biarlah perempuan itu menghambur marah atau memukul badannya, dia tak peduli. Dia harus memberitakan segalanya walaupun pahit. Namun gadis itu menyepikan diri, berpeluk tubuh berdiri di tepi tebing membiarkan bayu mengerbangkan tudungnya.

Tubuh itu masih mendiamkan diri, membelakangkan Fadhil yang sedang mengatur ayat untuk memulakan bicara. Fadhil mula menghampiri, walaupun masih tiada ilham untuk berkata-kata. Fadhil berhenti dan berdiri bersebelahan dengan gadis yang pernah menganyam kenangan bersama.

Pandangan mata mereka bertentang, aliran jernih jelas kelihatan pada pori-pori pipi Melia. Fadhil menyeka aliran itu, segalanya berlaku dengan spontan. Fadhil terleka sebelum sedar yang dia tidak harus bertindak sedemikian. Tangan Fadhil yang terhenti ditepis oleh Melia dengan lembut. "Im tau, Lia rasa macam nak tumbuk-tumbuk je Im." Suara Melia bergetar kerana tangisnya masih belum reda. "Tapi ada satu rasa yang menghalang. Rasa sayang Lia pada Im."

"Im, minta maaf." Terluncur bicara itu tanpa dikawal oleh Fadhil Imran. Dia tahu barisan kata itu adalah dialog paling bodoh. "Im tak seharusnya hantar wakil masa tu. Tapi Im tak kuat untuk menidakkan rasa yang sudah lama bercambah. Hati Im pasti akan berbalik pada Lia kalau Im yang jumpa Lia masa tu."

Melia menghembuskan nafas panjangnya. "Lia faham. Dan Lia tak sepatutnya mengungkit kembali rasa itu."

"Setiap orang punya hak. Im tak melarang." Deretan lampu-lampu jalan yang menjauh bagaikan bintang yang menjadi halwa mata. Fadhil mengukir senyuman tanpa berpaling. "Im berharap kita boleh berkawan. Im pasti Alia tidak melarang."

"Alia? Tunang Im ke?" Melia dapat mengagak walaupun nama itu asing baginya.

"Yer, Alia Maisarah." Fadhil merenung wajah Melia kembali. "Kami bertunang atas pilihan keluarga. Bukan Im sengaja nak ting..."

Melia terus bersuara suapaya menghalang Fadhil mengungkit kisah yang begitu payah untuk diabaikan. Kisah yang boleh menjeruk rasa dan mengambil masa yang lama untuk mententeramkan hati. "Terima kasih pelawaan Im tu. InsyaAllah kita boleh jadi kawan sejati. Kalau takde apa-apa lagi saya nak balik ni."

Fadhil seakan faham dengan perasaan Melia. "Harap-harap macam tu la." Jam tangan direnung, agak lewat pada kala itu. Tak manis hanya mereka berdua sahaja di kawasan yang gelap, sunyi dan terpencil. Boleh mendatangkan fitnah. "Terima kasih kerana memahami keadaan Im."

Masing-masing mendapatkan kereta lalu membuka pintu kereta serentak. Fadhil memerhatikan Melia yang sedang meloloskan diri. "Sebelum terlupa, Im nak bagitau..."


--ooOoo--
ARISSYA MELIA memandang wajahnya di cermin. Terngiang lagi kata-kata Fadhil sebelum mereka berpisah, bagi Melia itulah kali terakhir mereka berjumpa. Kejutan yang bagi Fadhil hanya satu pernyataan membuatkan Melia berubah fikiran. Sampul surat berwarna putih dikeluarkan dari laci. Kali ini dia nekad untuk melanjutkan pelajaran di seberang laut, ini semua kerana apa yang diberitahu Fadhil.

Melia menghubungi kakaknya di Melbourne, bagi menyatakan keputusan yang telah dibuat. Kakaknya berasa gembira kerana Melia akan tinggal bersama kelak. Setelah meletakkan gagang telefon, Melia mencapai sehelai kertas putih. Dia harus meninggalkan nota bagi mewakili diri untuk meluahkan rasa hati. Melia tahu dia tidak seharusnya menggunakan cara sebegitu, namun kesempatan yang ada membataskan. Juga hatinya tidak begitu kuat untuk berhadapan.

"Farisy Firman,

Saya memohon maaf kerana saya perlu melanjutkan pelajaran ke seberang laut. Awak tak perlu bertanyakan di mana atau apa jua soalan lain kerana saya tidak dapat memberikan jawapan.

Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersemuka dengan awak untuk menyatakan hal ini. Kesempatan yang saya ada telah dipenuhi dengan melengkapkan diri untuk ke sana.

Terima kasih kerana sudi membuang masa bersama saya.

Saya harap sangat awak tak bertanyakan apa jua tentang hati. Apa yang di hati saya biarlah menjadi rahsia hati saya.

Arrisya Melia"

Nota bersaiz A5 itu dilipat lalu dimasukkan ke dalam sampul surat putih. Tertera nama dan alamat rumah sewa Farisy pada sampul surat itu. "Im nak bagitau, Farisy Firman tu adik Im." Bergema suara itu di telinganya, bagaikan sedang menerima secara langsung dari mulut Fadhil. Bukan membenci, juga bukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Melia takut perhubungan yang dijalinkan bersama Farisy akan menyebabkan pertemuan dengan Fadhil.

Sebolehnya dia tidak mahu berhadapan dengan Fadhil lagi, cukuplah sekadar teman bicara melalui apa jua media asalkan tidak bertemu. Pandangannya beralih pada deretan pasu kecil bersebelahan dengan meja computer, lima belas kesemuanya. Pasu kecil yang melembutkan hatinya untuk meluangkan masa melayani karenah Farisy. Bibirnya mengukir senyum, biarlah apa yang aku rasa ini menjadi rahsia hatiku.
posted by BLOGGER @ 6:00 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 21/8/08 11:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    borink..mula mcm best pastue melaret..lps tue trgantung lak..mcm mna ngn farisy..hish!!!

     

  • At 22/8/08 1:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la crita ni..tp ksian kat farisy kan..

     

  • At 22/8/08 12:35 PTG, Blogger eyerien said…

    permulaan citer about farisy then ending psl melia.....so ape kesudahannye kat farisy..pnjg citer dah ok tp syg nmpk t'gantung lak..btw it's a good try...hopping for the next story...

     

  • At 22/8/08 2:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terlalu pjg...boring nak bc..
    cian kt farisy..kena t'gal cam2 je...

     

  • At 24/8/08 5:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tlalu bjela2.. kurgkn ckit n pjgkn jln cite.. pgunaan bhs dh nice..

     

  • At 31/8/08 11:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    betul2...agak bejela-jela...pa ni wat novel je lah penulis...apepun jalan citer boleh tahan, bahasa pun ok...keep it up

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group