BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Ogos 15, 2008
Cerpen : Masih ada sinar
umiraudhah
ummuyasmeen@yahoo.com

Sudah hampir 2 jam aku mengemas barang-barang milikku untuk kubawa bersama ke rumah ibu. Rumah sewa ini tidak lagi sesuai kudiami. Anida sudahpun berpindah selepas melangsungkan pernikahan dengan Azhan. Akhirnya aku terpaksa juga menerima pemergian Anida sebagaimana aku merelakan pemergian Mas, Laila dan Shima sebelumnya. Berat sungguh untuk kutinggalkan rumah yang kudiami hampir 12 tahun ini.Kalau tidak kerana desakan ibu, pasti aku terus saja tinggal di sini.Walaupun sendirian, kemesraan jiran-jiran pasti tidak menyukarkan hidupku.

" Terima kasih Mak Lang. Saya minta maaf kalau saya ada buat salah pada Mak Lang sekeluarga." Sedih juga detik perpisahanku dengan Tuan rumah yang kuanggap seperti keluarga sendiri. " Mak Lang pun sama, Fida. Sedih juga bila tahu kamu jadi pindah. Siapa la lagi yang nak sembang dengan Mak Lang ni." " Takpe la Mak Lang, senang-senang saya datang ziarah Mak Lang.Lagipun, tempat kerja saya tak jauh dari sini." Tiba-tiba aku jadi bertambah sebak mengenangkan kebaikan Mak Lang selama ini.Kupeluk Mak Lang sebelum menyerahkan kunci rumah. Selama 12 tahun kunci itu kubawa ke mana-mana, hari ini ia kembali ke tangan tuannya. Selamat tinggal semua!

Kumuatkan barang-barang ke dalam kereta Proton Wira milikku. Tidak banyak yang perlu kuangkut memandangkan Abang Ha sudahpun mengangkut sebahagiannya petang semalam. Kuucapkan selamat tinggal pada jiran-jiran. Kuhadiahkan mereka pokok-pokok bunga yang kujaga sekian lama sebagai tanda kenangan. Cuma dua pasu yang kubawa bersama. Bunga ros dan bunga melur hadiah dari Kak Ema yang berpindah ke Pontian bulan lalu.


Perjalanan hampir satu jam dari Kuantan ke rumah ibu di Pekan terasa singkat kerana aku asyik melayan kenangan sepanjang tinggal di rumah sewa itu. Bagiku itulah tempat tinggal paling sempurna selepas rumah ibu. Aku punya teman-teman yang baik, jiran-jiran yang peramah dan paling penting rumah itu dekat dengan tempat kerjaku. 12 tahun bukanlah masa yang singkat..." Sudahla Fida, baliklah tinggal dengan ibu. Tak elok Fida tinggal sorang-sorang. Lagipun, ibu dah lama tinggal berdua dengan ayah." Teringat aku pujukan ibu untuk entah ke berapa kalinya sewaktu ibu bertandang ke rumah sewaku minggu lalu. Aku faham tentang kebimbangan ibu terhadap anaknya yang seorang ini. Aku yang memasuki usia 40 tahun bulan lalu bukanlah budak mentah yang boleh diarah itu dan ini. Tapi kegusaran ibu ada asasnya kerana dalam usia selewat ini, aku masih sendiri. Siapalah yang dapat menjenguk sakit peningku. Temanku hanyalah rakan-rakan sekerja selain jiran-jiran. Abang Ha dan dua adik perempuanku semuanya sudah berkeluarga dan tinggal jauh. Cuma Abg Ha yang tinggal berhampiran rumah ibu. Itupun, kesibukan tugas sebagai pegawai polis menghalangnya untuk selalu menziarahiku.

Aku sampai ke destinasi yang dituju. Kuparkir kereta bersebelahan kereta ayah. Ibu sudah lama menunggu kerana menuntut janjiku untuk menemaninya ke klinik. Kesihatan ibu tidak begitu baik kebelakangan ini. Sakit dalam perutnya makin teruk. Walaupun ibu sudah pun kubawa bertemu pakar, tiada penyelesaian segera untuk masalahnya itu. Semalam, ibu mengadu sakit lagi. Memang tepatlah keputusanku untuk berpindah ke rumah ibu. Dapatlah aku menjaga ibu sepenuhnya.

*****************************
Ketekunan menaip soalan peperiksaan terganggu bila pintu pejabatku diketuk orang.. "Masuk.." Ringkas aku mempelawa."Cikgu Fida, Encik Hamdi ni, nak daftar anak." Nurul, kerani sekolah terpacul di depan pintu diikuti seorang lelaki lingkungan usia 40-an. Bersamanya, dua orang remaja yang aku kira tentulah anaknya yang dimaksudkan Nurul tadi."Assalamualaikum, saya Hamdi. Saya bercadang untuk mendaftarkan anak saya di sekolah ni. Yang ini Danial, tingkatan 3 dan seorang lagi ni, Danish, tingkatan satu." Encik Hamdi memulakan bicara sejurus aku mempersilakannya duduk. " Tiada masalah bagi kami untuk terima anak encik. Yang penting, tiada masalah disiplin sewaktu di sekolah lama. Sebelum ni sekolah di mana ya?"" Sek. Men. Sri Gombak. Sebelum ni kami tinggal di Gombak.Saya baru saja berpindah kerja di sini."

Aku mula membelek rekod peribadi pelajar yang baru mendaftar tadi.Tugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah swasta begini memang menuntut aku sibuk sepanjang tahun. Kemasukan pelajar baru tidak mengira waktu.

Mohd Danial dan Mohd Danish. Ayahnya, Dr Hamdi Harun seorang doktor di Hospital Pakar Kuantan. Ibunya..Anita Abu Hanifah. Mm...Macam kukenal nama ini. Ya Allah! Masakan aku lupa...teman sekelas sewaktu menuntut di UiTM dulu. Amboi..bahagianya dia! Kahwin dengan doktor dan punya anak-anak yang dah pun besar panjang. Pantas kudail nombor telefon yang tertera pada borang pendaftaran Danial. Ternyata Anita memang tidak berubah walaupun hampir 15 tahun tidak bersua dengannya. Dia masih seorang yang periang seperti dulu. Ada saja cerita menarik darinya.Bersembang tidak sampai 15 minit pun, pelbagai cerita dapat kami kongsi bersama. Rup-rupanya, dia Cuma punya 2 anak. Tiada rezeki lagi katanya. ( Rezekilah tu. Aku ni...suami pun takde!)
*****************************

Sudah 3 bulan aku tinggal bersama ibu. Rutin harian berulang alik ke tempat kerja agak memenatkan. Sesudah Subuh aku sudah bersiap untuk bertolak. Lewat petang baru sampai ke rumah. Banyak sekali kerja rumah yang tidak beres. Tambahan pula, ibu kurang sihat. Patutlah sahabat-sahabat yang sudah berkeluarga mengeluh panjang bila ada mesyuarat selepas waktu sekolah. Bila pulang lewat, banyaklah kerja terbengkalai. Mana sempat nak buat semuanya. Aku yang bujang ni pun, kelam kabut dibuatnya. Bila fikir balik, inilah lebihnya orang bujang. Lebih sikit cuma..kekurangan yang banyak tu tak tertampung pun!

Hari ini aku pulang awal kerana pelajar sedang menduduki peperiksaan. Sesudah solat Zohor semuanya dibenarkan pulang. Kucuri masa yang ada untuk pergi menziarahi Shima yang baru bersalin anak sulung. Dia amat terkejut menerima kunjunganku. Shima yang usianya 12 tahun lebih muda dariku hanya setahun tinggal menyewa sekali sebelum berpindah setelah berumahtangga. Kulihat dia bahagia tambahan pula kini dikurniakan anak yang comel. Kupangku bayi Shima. Terasa kekok namun dapat kuselami perasaan gembira Shima bila dapat menimang anak sendiri.Kucium berkali-kali pipi anaknya. Sayu, sedih, cemburu...semuanya ada. Adakah aku masih punya peluang untuk menimang cahayamata? Aku mula bertanya pada diri.Setahuku, usia lebih 35 tahun adalah usia berisiko sekiranya mengandung. Lagipun, biasanya agak sukar untuk mengandung kerana kurang subur. Apapun, itu semua hanyalah teori semata-mata. Kuasa Allah, siapalah yang dapat menghalang...

Aku tidur awal malam itu kerana agak keletihan. Dalam perjalanan pulang dari rumah Shima tadi , keretaku tiba-tiba rosak. Padahnya, 2 jam aku bertamu di bengkel . Mujur saja kerosakannya tidak serius. Tak dapat kubayangkan jika terpaksa bersesak dalam bas hitam putih yang sekian lama menjadi pengangkutan awam menghubungkan Kuantan dan Pekan. Hi..serik rasanya. Salahku juga yang terlupa meminta bantuan Abg Ha melihat masalah keretaku itu. Aku manalah pandai hal-hal tentang kereta. Apa yang penting, isi minyak...jalan.

Lenaku terganggu tatkala terdengar suara ibu mengerang di bilik sebelah. Jam di telefon bimbitku menunjukkan pukul 2.15 pagi Segera aku bangun menuju ke bilik ibu. Ayah ada didapur sedang mengisi air dalam "beg air panas". Ingin diletak di perut ibu katanya. " Fida, mak dah tak tahan ni...bawa mak pergi hospital." Ibu mengerang kesakitan. Segera kupanaskan enjin kereta dan bersiap lebih kurang. Kubantu ayah memapah ibu ke kereta. Kupecut kereta meredah kepekatan malam. Kudail nombor Abang Ha. Tidak diangkat. Biarlah. Akan aku maklumkan padanya kemudian.

Terus saja ibu dibawa ke wad kecemasan. Keadaannya makin teruk sehingga ibu hampir tidak sedarkan diri. "Ya Allah! Selamatkanlah ibuku!" Aku tak putus-putus berdoa agar tidak ada perkara serius berlaku. Hampir sejam menunggu, akhirnya doktor memaklumkan bahawa keadaan ibu kembali stabil. Alhamdulillah.Hanya itu yang layak
kuucapkan. Ibu dihantar ke wad pemerhatian sebelum kemudiannya dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Kuikut ibu hingga ke wad. Ayah hanya diam sejak tadi. Mungkin kerana terkejut dan terlalu bimbang dengan keadaan ibu. Abang Ha datang dua jam kemudian setelah mebaca mesej dariku. Kusuruhnya membawa ayah pulang bila keadaan ibu beransur baik.

Kusangka ibu segera dibenarkan pulang keesokan harinya. Malangnya, ibu masih ditahan untuk pemerhatian lanjut. Sakit dalam perutnya tidak dapat dikesan. Doktor makin buntu dan minta aku bersabar. Keadaan ibu tidaklah cukup baik untuk membenarkan aku kembali bertugas. Ja dan Ina yang segera pulang menjenguk ibu sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Mereka punya anak-anak yang bersekolah. Aku saja nampaknya yang sesuai menunggu ibu. Tak mengapalah kerana ibu pun lebih selesa denganku.

Malam keempat ibu di wad, suhu badan ibu tiba-tiba naik terlalu tinggi. Kujerlun kepala ibu dengan tuala basah, panasnya tidak juga surut. Dalam pejam, mulut ibu meracau menyebut namaku. "Ibu..bertahanlah. Sebut nama Allah banyak-banyak. InsyaAllah semuanya akan baik." Aku cuba menenangkan. Ibu meracau lagi. " Fida, maafkan ibu..maaf nak..."Ibu terus meracau . Kupeluk ibu cuba menenangkan. Ibu terjaga. Tangannya memaut kemas lenganku. " Fida, ibu minta maaf nak..banyak menyusahkan Fida". Pipiku mula basah dengan air mata . Kenapa ibu terlalu merendah diri ? Aku ni kan anaknya. Tiada sedikitpun salah ibu yang kupendam. Malah aku yang selalu buat ibu marah. Aku yang patut merayu-rayu mohon ampun dari ibu. Apa salah ibu padaku? Puas kufikirkan. Adakah kerana ibu menggagalkan rancangan perkahwinanku dengan Ikmal dulu dikira ibu bersalah padaku? Dah lama aku lupakan semuanya sebagaimana Ikmal melupakan aku bila kuminta dia menangguhkan perkahwinan kami. Permintaan ibu ialah supaya aku bernikah sekembalinya Ija dari United Kingdom. Perkahwinan kami ingin disekalikan dengan perkahwinan Ija. Ikmal yang tidak mahu menunggu. Akhirnya dia putuskan pertunangan kami. Ija pula tidak jadi nikah di Malaysia. Ayah akhirnya terbang ke UK mewalikan pernikahannya. Adakah kerana itu ibu? Fida tak terkilan ibu...Ibu adalah segalanya bagi Fida.

"Maafkan ibu nak.."Apa lagi ibu? Ibu tak pernah salah di mata Fida walaupun dulu ibu menghalang pernikahan Fida dengan En Azmi, majikan sewaktu bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di Kuala Lumpur. " Takkan Fida sanggup bermadu? Walaupun usia dah tua, janganlah bermadu Fida..Fida bukan takde rupa.Adanya jodoh kamu nanti.."" Ibu, apa salahnya bermadu. Lagipun, isterinya setuju. Dia pun mampu". Aku membela diri. " Madu tu banyak pahit dari manisnya!" Ibu makin berang dengan keputusanku untuk menjadi isteri ke dua En Azmi." Bermadu tu pahit bagi orang yang tidak faham syariat dan tidak nampak kebaikan yang banyak disebaliknya. Kalau suami pandai mengendalikan, isteri pula faham kedudukan dan peranannya, tiada masalah besar bu..Yang penting kahwin kerana Allah, bukan kerana nafsu." Aku mengharapkan ibu faham, tapi hampa saja. Aku tidak salahkan ibu kerana mungkin ibu pernah menyelami sakitnya menjadi isteri ke dua seperti arwah nenek. Sedikit pun aku tidak kecil hati kerana ibu adalah segalanya bagiku.

Ibu akhirnya terlena bila kuurut kaki dan tangannya. Kubacakan Al-Quran agar ibu kembali tenang. Sunyi betul malam itu sebagaimana sunyinya hatiku sekian lama tidak berkongsi cerita dengan ibu.

Keadaan ibu tiba-tiba kritikal hingga berkali-kali tidak sedarkan diri. Sejak pukul 4 pagi ibu mengadu sakit perutnya tidak tertanggung lagi. Aku mula cemas, dan kudail semua nombor keluargaku yang lain. " Fida, ibu rasa ibu dah tak lama ni.Ibu minta maaf banyak-banyak pada Fida. Ibu doakan Fida ada jodoh...maaf semua..." Ibu cuba berkata-kata walaupun suaranya tenggelam timbul kerana menahan sakit. " Ibu, mengucap bu...." Abang Ha mula bimbang dan mencadangkan agar membawa ibu ke hospital pakar di Kuantan. Doktor membenarkan memandangkan tiada apa yang dapat dilakukan lagi terhadap penyakit misteri ibu.
***********************************
Di bawah jagaan Doktor Hamdi, suami Anita..aku rasa lebih yakin dan selesa. Ibu pun beransur baik . Hari ke dua di hospital pakar itu, ibu bersarapan dengan agak berselera dan mula meminta aku membacakannya surat khabar. Itulah ibu. Dalam usia 65 tahun, masih mengikuti perkembangan semasa. Sisa usianya dihabiskan dengan membaca. Memang sejak muda hingga pencen guru ibu suka membaca. Petangnya selepas solat Zohor, ibu minta kubacakan Al-Quran serta terjemahan untuknya. Dia minta aku baca surah Mariam yang diawal surahnya menceritakan kisah Nabi Zakaria yang Allah kurniakan zuriat walaupun sudah tua dan isterinya mandul. Kata ibu, aku juga punya harapan jika rajin berdoa kerana kasih sayang Allah maha luas. Aku hanya tersenyum mendengar celoteh ibu. Rupa-rupanya itulah pesanan terakhir ibu bila ibu disahkan meninggal dunia sewaktu aku sedang membeli kuih-muih untuk ibu petang itu. Ibu meninggal selepas selesai menunaikan solat Asar. Air mataku mengalir laju sewaktu Abang Ha mengkhabarkan berita sedih itu padaku . Terpana dengan berita yang baru kuterima aku tidak mampu untuk memandu. Kutahan teksi dan terus saja ke hospital. Kujinjit kuih tako dan bingka ubi yang kubeli, segera berjalan mendapatkan bilik ibu. Tak guna lagi aku berlari kerana ibu tak mungkin kembali. Begitu mudah ibu pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku memeluknya untuk kali terakhir. Ibu, adakah Fida memang ditakdirkan terus sendiri? Ibu yang jadi teman Fida pun sudah pergi. Selama 40 tahun Fida dimanja ibu, dan Fida masih perlukan semua itu. Ibu! Semoga ibu tenang di sana..dan semoga Fida akan lebih tabah menghadapi hari mendatang tanpa ibu di sisi..

******************************
Setahun ibu pergi, ayah pula menyusul kemudiannya. Memang ditakdirkan aku akan terus sendirian. Kesibukan dengan tugas dan program sekolah melupakan aku pada semua kekusutan yang sesekali menjengah jendela hidupku. Aku senang begini. Jika ditanya "bila nak nikah?"" Jawapanku, "tolonglah carikan kalau ada." Dalam usia begini siapa yang sesuai untukku? Kalau ada lelaki bujang lingkungan umur 40-an, tentu saja inginkan wanita yang jauh lebih muda ataupun selewat-lewatnya usia 30-an. Siapa nakkan andartu seperti aku. Kalau ada pun, hanyalah duda ataupun suami orang. Kedua-duanya mengundang risiko yang lebih kurang sama, menyakitkan kepala! Melainkan jika ada duda ataupun suami orang yang baik dan beriman. Akan kufikirkan...

Ada juga yang mencadangkan nama, tapi semua tidak kukenali. Malu bercampur bimbang. Aku bukannya muda lagi untuk memulakan suatu perhubungan dengan tujuan mencari keserasian. Kalau tak jadi? Buang masa ....Terima kasihlah sahabat atas keperihatinan kalian....InsyaAllah, kalau ada jodoh, akanku jemput satu sekolah meraikannya...

*****************************
Tiba-tiba aku rasa teramat sakit. Kesakitan yang tidak tertanggung lagi. Ya Allah! Berikan aku kekuatan....Perutku memulas-mulas. Kesakitannya seperti ingin tercabut semua urat sarafku. Berkali-kali kubaca salawat syifa’. Kubaca segala ayat yang terlintas di hatiku. Tidak pernah lagi aku diuji dengan kesakitan sebegini hebat! Ya Allah! Adakah ajalku sudah tiba. Ampunkan segala dosa-dosaku ya Allah.........Dalam kekalutan itu jururawat dan doktor cuba menenangkan. Aku akur saja kerana aku sudah tiada upaya. Buatlah apapun yang terbaik asalkan beban yang kutanggung ini segera dapat kulepaskan. Ternampak-nampak wajah arwah ibu yang tersenyum melambai-lambai padaku. Ibu! Tunggu Fida bu! Fida nak ikut ibu....

"Tahniah Puan Norafida. Puan selamat melahirkan bayi perempuan yang comel. "Suara doktor yang menyambut kelahiran bayiku menerjah cuping telingaku. " Alhamdulillah.Terima kasih abang! " Kugenggam tangan suamiku.. Air mataku mengalir laju.Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku suami yang baik. Kugenggam tangan Anita, wanita yang sanggup berkongsi kasih denganku. Terima kasih Anita. Terlalu besar pengorbananmu demi memberi ruang aku merasai nikmat menjadi seorang wanita sempurna. Hanya Allah yang layak membalas semuanya..
posted by BLOGGER @ 6:08 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 16/8/08 12:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    asl cm plik je cte nie...tetb dpt ank lak...bhgian ats ok dh ..ending cm nth ape2

     

  • At 16/8/08 12:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    asl cm plik je cte nie...tetb dpt ank lak...bhgian ats ok dh ..ending cm nth ape2

     

  • At 16/8/08 1:08 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehehhe... lawak aje cite nieyh. mengarut aje. xdak kne mngena ngn tajuk lsg.. mcm monolog ngn diri sndiri. eh silap mcm bace diary org je. kekekeke~

     

  • At 16/8/08 10:04 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    knape tetiba plak dia kahwin ngn laki anita? knape? bnyk yg x faham la..

     

  • At 16/8/08 10:49 PG, Blogger zue_amin said…

    apesal ending die pelik???...
    tetibe dpt anak??
    O_o??...
    aalooo...wat happen???...

     

  • At 16/8/08 6:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok ape cite ni. Nilah style penulisan..setiap penulis ada cara tersendiri.

     

  • At 21/8/08 10:58 PG, Blogger eyerien said…

    ok ape citer ni...skali skale heroinnye lain dr yg biasa...mmg shbt sejati tol r...tp ak bkn t'golong dlm shbt yg mcm anita tu...x sanggup sehhhhh

     

  • At 28/8/08 4:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite dah best, tp xbgtau pun cmner bley kawen, bile kawen, cmner kawan dier bley baik ati bg dier kawen ngn laki tu..pening jgk fikir...

     

  • At 7/10/08 10:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aik..awat lain macam ja crita ni? tapi bulehla.. tapi lagi satukan x sronok la bermadu..awatla anita tu baik sangat?isk..isk..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group