Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Ayah..Ibu mana?? " soal si kecil. Aku merenung wajah layu anakku. Aiman...apalah yang mampu ayah buat untuk menghilangkan rindu di hatimu sayang...rintih hatiku. Maria...awk kat mana??kenapa awak sanggup buat macam ni Maria?apa salah saya?apa salah Aiman? Tak sayang ke awak pada anak kita?buah cinta kita?rezeki dan harta yang Allah bagi untuk kita, amanat yang Allah serahkan pada kita? Maria awak lupakah pada janji kita Maria.... " Ayah..." tersentak aku dari lamunan ku. " Ye sayang..Aiman nak apa? Aiman nak makan?" soal ku lembut. Aiman hanya mengelengkan kepalanya. " Aiman nak ibu..." rengeknya lagi. " Kita pergi rumah nenek ye sayang. Kita jumpa atuk dengan nenek. Aiman main-main dengan Kak Nisa ye" pujuk ku lagi. Harap-harap menjadilah. Aku dah buntu memujuk anak ku ini. Sejak dua bulan yang lalu Maria pergi meninggalkan aku tanpa sebab, aku bagai hilang arah tujuan. Manakan hendak menjaga Aiman, manakan aku perlu bekerja, siapa nak menjaga anakku. Siapa nak menjaga makan pakai ku. Sedangkan selama sepuluh tahun ini semua Maria lah yang menjadi "Lady Boss". Dialah yang memastikan semuanya berjalan dengan lancar, segala keperluan di rumah dialah yang akan pastikan lengkap, aku hanya perlu mencari duit dan semuanya Maria akan uruskan. Apa salah abang Maria....terguriskah hatimu selama ini? Abang punya silapkah Maria? Kenapa tidak kau berterus terang Maria? Kita boleh berbincangkan, selama ini kita selalu berbincang. Kenapa tiba-tiba Maria? Kenapa?? Semua itu hanya berlegar dalam benakku, tiada satupun mampu ku utarakan. Bagaimana mungkin kuluahkan sedangkan hanya aku dan Aiman yang mukim di rumah sepi ini, sesepi hatiku kini.. ----- " Sham.." " Ye mak" " Kamu masih tak dapat hubungi Maria?" " tak lagi mak. Sham sendiri dah tak tahu mana lagi Sham nak cari. Semua kawan-kawan dia Sham hubungi, mama dan papa pun dah tak tahu siapa lagi diorang nak bertanya." " Kamu dah cuba hubungi abang Maria di Australia?" " Dah..abang Hamka cakap Maria tak de hubungi dia dah lama dah. Dia sendiri terkejut bila dapat tahu Maria dah tinggalkan saya" ada sayu di hatiku. Maria.... " Sabarlah Sham..ni dugaan untuk kamu. Mak pun tak tahu pertolongan apa yang boleh mak bagi. Aiman tu kamu tinggallah dekat sini, biar mak yang jaga. Kalau tinggal dengan kamu nanti dia rindu pulak dekat ibunya. Dekat sini dia ada jugak kawan-kawan, lama-lama lupalah nanti dia pada Maria" pujuk mak. Aku tahu mak sakit hati bila Maria meninggalkan aku dan Aiman. Maria bukanlah menantu pilihan keluarga ku, tapi aku berkeras, aku tetap ingin Maria menjadi suri hidupku. Bagi ku dialah segala-galanya. Akhirnya keluarga ku menurut kemahuan ku memperisterikan Maria. Tapi kenapa ini balasan Maria atas segala yang telah ku pertaruhkan untuk hidup dengannya... " Mak...Sham minta maaf sebab tak dengar cakap mak dulu. Sham dah lukakan hati mak dan abah. Maafkan Sham mak" ujar ku tiba-tiba, kukucup tangan ibuku. " sudahlah Sham...mak dah lama maafkan kamu. Kamukan anak mak...kamu jangan pulak fikir mak tak restu perkahwinan kamu, dah lama mak restui kamu dan Maria." Jawab ibu dengan linangan air mata. ----
Salam... Abang maafkan Maria, rasanya Maria dah tak mampu menipu diri sendiri, Maria tak bahagia bersama abang. lupakan Maria, halalkan makan minum Maria, maafkan segala kesilapan dan kesalahan Maria. Maria minta abang lepaskan Maria, abang jagalah Aiman. Maria tak perlukan kalian lagi.
Maria.
Aku menangis lagi, setiap kali surat yang ditinggal Maria aku baca pasti air mata lelaki ku ini murah sekali. Entah dimana silapku, hingga Maria berubah hati.
" Tahniah! Pn Maria dan En Hisham akan menjadi ibu dan ayah" ujar Doktor Malik sambil menghulurkan tangan. " Terima kasih doc, terima kasih banyak-banyak" ucapku gembira. Ya Allah akhirnya setelah sekian lama kau hadiahkan juga kepada ku cahaya mata yang aku impi-impikan selama ini. " mulai saat ini Pn Maria kena jaga pemakanan, jaga kesihatan apa lagi di awal usia kandungan, jangan buat kerja berat dan yang penting makan setiap ubat yang saya beri mengikut masa yang ditetapkan" " Terima kasih sekali lagi doc" " abang..Maria bahagia bang. Akhirnya kita akan dapat anak. Dah lama Maria tunggu bang. Maria nak jadi seorang wanita yang sempurna, selama ni Maria rasa Maria tidak sempurna sebagai wanita" luah Maria sebaik sahaja kami berada didalam kereta. " Maria..abang tak pernah anggap Maria tak sempurna. Maria cukup sempurna bagi abang, tapi pastinya abang gembira dengan kehadiran si kecil kita nanti" sedikit memujuk aku berkata. Memang selama ini Maria selalu merasa dia tidak sempurna untuk ku. Manakan tidak perkahwinan kami telah pun menjangkau usia 7 tahun tapi kami masih tidak mempunyai cahaya mata. Alhamdulillah Allah telah makbulkan doa ku selama ini. " Terima kasih sayang " ucapku pada Maria. Maria tersenyum bahagia. ----- " abang..Maria rasa Maria dah cukup hari dah. Tapi kenapa masih tak bersalin lagi yer?" soal Maria padaku. " Mana kad klinik , biar bang tengok due date" Maria menghulurkan kad ditanganya. " Erm..lagi 2 hari...esok lusa la kot.." kataku menyedapkan hati isteri kesayangan ku. Maria memasamkan mukanya bila mendengarkan jawapan dari ku. " Ok..kita pergi klinik sekarang yer...kita jumpa doctor Malik" pujuk ku lagi. Segarit senyum di bibirnya.
Sesampai di klinik .... " Salam..doc" sapaku. " Silakan duduk, ada yang boleh saya bantu" " Macam ni doc, my wife risau dengan kandunganya. Due date lagi 2 hari tapi dia masih tak bersalin lagi" doktor Malik sekadar tersenyum. " Puan..puan jangan risau ye. Kadang-kadang ada yang cepat melahirkan, ada yang lambat. Insyaallah malam ni atau esok puan akan terasa nak bersalin" aku memandang wajah isteriku. Dia tersipu-sipu. Malulah tu, tadi orang cakap muka nak muncung cam itik. " Ok doc..thanx..isteri saya dia tak puas hati kalau tak dengar dari mulut doktor sendiri" saja aku mengusik isteri ku. Tiba-tiba " Abang..doc..ada air keluar...." Jerit Maria. " Ok..Puan Maria jangan panik ye...nampaknya dah sampai masanya" ujar doktor Malik. Maria di naikkan ke atas stretcher dan di bawa ke labour room. " Hello...Mama...Maria di hospital sekarang, mama datang ye"
Lagu Sempurna kedengaran. Hish! Jauhnya lamunan ku. Pantas ku capai handphone " Salam..." aku memberi salam kepada pemanggil " Abang" " Maria...mana Maria pergi? Kenapa Maria tinggalkan abang? kenapa Maria? Maria dekat mana? Maria ok? Maria sihat?" bertubi-tubi soalan dari mulutku, tetapi hanya tangis Maria yang kedengaran dihujung sana. " Abang...Maria nak abang lepaskan Maria sekarang jugak" " Tapi kenapa Maria...apa salah abang..." sekali lagi air mata lelaki ku mengalir kerana Maria. " Maria...tak bahagia bang. Maria dah bosan dengan kehidupan kita. Maria inginkan kebebasan" " kenapa setelah ada Aiman??Maria tak sayangkan Aiman?" " Aiman anak abang, abang yang inginkan dia, bukan Maria. Ceraikan Maria, Maria ingin berkahwin dengan kekasih Maria." " Maria betul rela? " soal ku tenang, mencari kekuatan diri. " Ye" " tapi kenapa Maria menangis??" soalanku tak berjawab, kedengaran gagang diletak. ---- Sham..maafkan Maria...aku tersedu sendiri. lebih dua bulan yang lepas di rumah mak mertua ku mengadakan kenduri doa kesyukuran untuk kami seisi keluarga, lagipula suami ku dinaikkan pangkat. Apabila semua tetamu beransur pulang aku ke bilik untuk melihat putera kesayanganku, semasa melalui bilik mertua terdengar perbualan mereka.. " abahnya..Sham dah naik pangkat lagi. Saya nak suruh dia kahwin lagi satulah, dia pun dah terlebih dari mampu" bagai ada arus elektrik mengalir dalam badan ku. Serta merta air mata ku jatuh, namun kaki ku terus terpaku. " Eh! Kenapa pulak Milah...apa kurangnya Maria tu.." " memang tak ada kurangnya..tapi saya tetap nak jugak si Sham berkahwin dengan Salina tu..kesian saya tengok dia sampai sekarang tak kahwin gara-gara Sham kahwin dengan Maria" tanpa rasa bersalah mertua yang kuanggap ibuku sendiri menutur kata. Mak..bukankah mak juga seorang wanita. Tergamaknya mak menutur kata yang mencarik hati wanita ini. " Milah..Sham tak kan setuju, lagipula tak de kurangnya Maria tu. Awak nak cucu, dah ada cucu pun sekarang. Apalagi alasan awak..." sedikit marah abah bersuara. " yelah, dah bertahun-tahun baru ada sorang. Orang lain cucu dah berderet, saya baru merasa satu je" terdengar rungutan dari ibu mertua ku. " Awak ni...syukurlah dengan kurnia dari-Nya..jangan ditarik balik..." terdengar keriutan dari pintu bilik mak dan ayah, namun aku masih lagi terkaku disitu dengan rembesan air mata. Ada riak terkejut di wajah mereka. " Maria, apa Maria buat dekat sini" aku hanya tertunduk tanpa dapat menahan sebak yang semakin membukit dihati. " Maria dah dengar semuanya ayah, mak. Maafkan Maria, bukan niat Maria mencuri dengar" jawab ku sambil tangan mak dan ayah ku capai dan kucium sejenak. " Maria...abah minta maaf..abah tak berniat nak lukakan hati anak abah ni" " Alah..abang ni..biarlah lagipun dia memang bukan pilhan saya" tersentak aku dengan pengakuan dari mulut ibu mertuaku. " Milah! Jangan sampai Sham terdengar...." Aku memotong kata-kata abah " tak pe bah, Maria paham, biarlah Maria mengalah" Itulah kali terakhir aku dirumah ibu mertua ku. Sebaik sahaja subuh menjenguk diri aku keluar dari rumah meninggalkan insan yang menjadi tunggak hidupku, meninggalkan pelengkap jiwa ku. --- Perkahwinan ku dan Salina selamat dilangsungkan, Maria tidak dapat kujejaki. Panggilan yang kuterima dulu adalah yang pertama dan terakhir. Keluarga mertua ku datang semasa majlis perkahwinan ku berlangsung, ada sayu di wajah mama dan papa. Salina memang isteri yang baik menjaga aku sebaik mungkin tapi sayangnya tak ada rasa kasih dalam hati ini untuknya, hanya rasa tanggungjawab dan hormat yang membuatkan rumah tangga kami kekal harmoni. Mak adalah orang yang paling gembira bila Salina akhirnya menjadi menantunya. Kini Aiman punya mammy baru maka lengkaplah kekurangan anakku itu. Aiman sudah pun berusia 7 tahun bermakna telah 5 tahun Maria tidak dapat kukesan dan hingga kini aku belum sekali menjatuhkan talak padanya malah aku juga tidak menerima apa-apa surat dari pihak Maria. " bang.." panggilan dari Salina mengejutkan aku. " Lin..ada apa Lin?" " Ada surat, tak tahu pulak siapa pengirimnya. Tak bersetem pulak tu, Lin tak berani nak buka lagipula bukan untuk Lin" surat dihulur kepada ku. " Lin masuk dulu bang, nak tengokkan Aiman" aku sekadar menganggukkan kepala. Surat ku buka, tulisan tangan yang cukup ku kenal.
" Salam...kehadapan suamiku Mohd Hisham dan puteraku Mohd Aiman...
Maria minta maaf andai kehadiran surat ini mengganggu kebahagiaan abang sekeluarga. Maria ucapkan semoga berbahagia untuk abang dengan kak Salina. Maria doakan kebahagiaan abang dari kejauhan. Tujuan Maria bukanlah untuk merampas kebahagiaan itu cuma Maria ingin abang ketahui satu hal, semasa Maria meninggalkan rumah kita dulu, Maria berbadan dua dan Maria selamat melahirkan Marlissa. Jika abang ingin melihat Marlissa datanglah ke Australia, Marlissa kini dibawah jagaan abang Hamka dan memang selama ini Maria bersama dengan abang Hamka. Maria juga yang minta di rahsiakan semua tentang Maria dari abang malah dari mama dan papa. Abang apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Maafkan Maria.
Love; Maria" ----- Pertemuan antara aku dan abang Hamka membuatkan aku rasa semakin terluka. Sampainya hati mak melakukan Maria begitu. Tiadakah kasih buat isteri ku itu, tiadakah sekelumit sayang untuk menantunya itu, seperti mana sayangnya dia pada Salina. Anak ku Marlissa sudah pandai berkata-kata, dia seriras Maria, apalagi rambutnya yang ikal dan hitam lebat persis sekali ibunya. sayang sekali insan yang kurindui tak kunjung jelma. Maria benar-benar menjauhkan diri dari ku. Maria abang akan bawa kamu pulang kepangkuan keluarga kita sayang. Hatiku tekad, senekad sewaktu aku mengahwininya dulu. " Mak..Sham ada perkara nak bincangkan dengan mak " tutur ku lembut walaupun dalam hatiku bergolak. Akhirnya persemukaan antara aku dan mak menjadikan hubungan kami kembali retak seperti mana dulu. Mak berkeras dengan keinginannya bermenantukan Salina walaupun hingga kini Salina tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia mengandung sedangkan alasan mak dulu ingin aku berkahwin dengan Salina selain dari menjadi pengganti ibu kepada puteraku ialah untuk mendapat lebih ramai cucu supaya lebih meriah keluarga kami. Aku tak mengerti kenapa mak yang juga seorang wanita mampu menyakiti hati wanita lain. Aku kesal dengan apa yang berlaku. Maria, abang berjanji Maria akan kembali pada abang. ---- Abang mengertilah apa yang Maria buat semata-mata untuk abang. Aiman maafkan ibu sayang. Ibu sayang Aiman, Aimanlah permata hati yang ibu tunggu selama ini tapi sayangnya ibu perlu berkorban demi orang yang telah ibu anggap emak. Hati ku merintih bila terkenangkan Aiman, walaupun aku sedar Kak Salina akan menjaganya tapi hati ibu mana yang mampu menahan derita bila terpaksa berjauhan dengan anak sendiri, hanya dari kejauhan Aiman ku perhatikan. Segala yang ku katakan pada Hisham hanya penipuan semata-mata, aku tidak pernah menetap dengan abang Hamka, aku masih di KL malah dekat sekali jarak kami, cuma aku lebih bijak mengelak dari dia. Bertahun-tahun aku menjauhi hidupnya, tetapi akhirnya aku sedar melihat tidak sama dengan benar-benar memberikan. Aku rindui kasih Hisham dan aku rindu pada putera kami. Merampas semula kasih mereka, itu tak mungkin tapi bagaimana kasih ku yang dirampas??? Hati ku berperang sendiri, Marlisaa juga perlukan kasih seorang ayah, Malissa juga perlukan keluarga yang sempurna bukan pincang seperti sekarang. Akulah ibu dan akulah bapa. Sanggupkah aku merampas seorang anak dari ibunya seperti mereka merampas anakku dari aku yang juga seorang ibu?? Merobohkan tempat untuk aku berteduh selama ini?? ---- " Maria???" " Abang...Maafkan Maria bang..Maafkan Maria..." " Ya..abang tak pernah sekali pun marahkan Ya. Abang yang sepatutnya minta maaf pada Ya, abang yang sepatutnya menjaga Ya" tubuhnya kuraih kedalam pelukan. " Sham..bawalah Maria balik..cukuplah apa yang telah kamu berdua lalui, mulakan semula hidup kamu,lupakan apa yang berlaku" ujar abang Hamka. " Tapi bang..Mak tak suka Maria.." gusar Maria bersuara. " Ya..dengar sini sayang. Mak bukan tak suka cuma dia kesian pada Salina. Maafkan mak ye sayang. Ya balik dengan abang ye, kita besarkan Aiman dan Marlissa sama-sama." Pujukku pada Maria. " Kak Salina macam mana??boleh ke dia terima Maria?" soal Maria tenang namun dapat aku rasakan ada sendu dihati isteriku itu. " Ya bagaimana?Ya sanggup terima Salina sebagai madu? Bukanlah abang ingin menyakiti hati Ya, tapi Salina juga isteri abang, dia juga tanggungjawab abang. Abang harap Ya paham..." lemah suara ku menuturkan kata-kata. " Ya, sanggup bang. Ya rela" ucap Maria dalam esak. ---- Kepulangan aku dari Australia kali ini memberi impak besar dalam keluarga ku terutama sekali Aiman. Aiman tampak keliru, dia seperti tidak bisa memilih antara Maria dan Salina. Meski selama ini aku mahupun Salina tidak pernah menyembunyikan siapa ibu kandungnya. Maria tenang menerima penerimaan Aiman, sama seperti penerimaan Marlissa pada ku pertama kali bertemu. Mak pula seakan tidak boleh menerima yang Maria kembali semula bersamaku, abah sebaliknya menerima dengan tangan terbuka begitu juga Salina. Baru kini aku sedar yang Salina mempunyai hati yang mulia, dan aku sebagai suami seharusnya memberinya kasih sayang sama seperti aku menyayangi Maria, dia juga berhak seperti Maria. Terasa kerdil diri ini bila melihat ketulusan Salina. Khabar gembira ini kusampaikan kepada mama dan papa, ternyata mereka gembira walaupun mereka sedar dengan hakikat yang Maria terpaksa dimadu. Ku rahsiakan apa yang berlaku untuk kebaikan semua, lagi pula ini adalah permintaan Maria sendiri. Betapa aku dikurniakan isteri-isteri yang berhati suci. " Mak, Sham minta maaf kerna sekali lagi Sham melukai hati mak, tapi mak cubalah pahami hati Sham. Sham berjanji Sham tak kan sia-siakan Salina mahupun Maria" perlahan ku capai lembut tangan tua itu. Aku genangan air dikolam matanya. " Sham..mak minta maaf pada Sham dan Maria jugak, mak tahu mak bersalah, tapi tak terniat dihati mak untuk meruntuhkan rumah tangga kamu. Mak cuma ingin...." " Dahlah mak, perkara dah lepas tak perlu diungkit. Maria juga minta maaf kerana menderhaka pada mak, sedangkan Maria sedar yang ibu mertua itu sama tarafnya dengan ibu kandung. Maafkan Maria mak" pantas Maria memotong kata-kata mak. Tubuh Maria dirangkul kejap, terdengar sedu sedan dari ulas bibir tua ibuku. Suasana rumah menjadi hening melihatkan adegan yang berlaku. ---- Setahun berlalu...
" Ya!! Lin!! Aiman!! Lisa!! Mari turun makan, ayah masak special hari ini" panggil ku pada kekasih-kekasih hati ku kini. Tenyata untuk mengecap bahagia bukan semudah itu, apabila telah Allah janjikan sesuatu yang baik buat kita bukanlah kita boleh kecapi tanpa melalui dugaan darinya. Sesungguhnya dialah sebaik-baik perancang. Ya Allah aku bersyukur dengan limpahan kasih sayang mu, aku bersyukur atas kurniaan mu yang tak terhingga ini. Amin....
bagus sekali... ada jalan cerita.. dan saya rasa boleh di jadikan novel... dan panjangkan sikit kaitan peristiwa ke peristiwa.. dan tambahkan debaran klaimax cerita.. saya bagi 4 bintang utk cerita ini.
bagus ...ada jalan cerita... dan mudah di fahami... tapi klaimax kuren sikit laaa... tambahkan sedikit jalan cerita dan klaimax supaya lebih menarik... baguss. boleh di jadikan novel. saya bagi 3 bintang.
ececeh..bagi bintang macm geng starz ke pe nih.hehe..nway i like dis story.sdeh gak..tp saya anti madu2 nih coz skrg ssh nk cari laki yg btol2 adil..bkn cam zaman nabi Muhammad dulu..huhu
kpd dr cinta..... citer ni sy bg bintang coz utk menghargai jasa penulis... semoga penulis akan terus menulis cerita yg lebih hebat ... tak kan kite nak bagi 5 bintang kot..... dan kpd putri balqis ... jadikan ape yg ada sbg panduan dan jadilah mcm isteri2 dlm citer ni.. innssaallah akan aman dan bahagia dan kekal abadi,, amminnnnn.....
well..frankly speaking criter ni bolehlah..x memboringkan pun..tp betullah saye memang x suke bile dier ade 2 wives! cinta seorang isteri hanya untuk suaminya tapi hati suaminya pule terpaksa dibahagi dua dan bukan untuknya semata-mata..sedeykan? seorang suami nak berlaku adil pada seorang bini pun susah inikan pule untuk dua istri!! mampukah seorang lelaki yang hanya insan biasa itu?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad! like it!