BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Ogos 21, 2008
Cerpen : Bila Dua Hati Berbicara
cHE


Angin petang bertiup perlahan seolah-olah mengalunkan suatu lagu indah. Air di tasik sesekali berkocak menandakan hadirnya kehidupan makhluk ciptaan tuhan di dasarnya. Bunyian kicaun burung kekadang memecahkan kesunyian petang. Dan turut kedengaran sahutan bunyian cengkerik yang seolah-olah menggambarkan wujudnya satu persaingan antara mereka. Suasana yang mendamaikan ini menjadi pilihan kepada mahasiswa mahupun mahasiswi untuk merehatkan minda. Sejak tadi lagi kelihatan mereka berjalan-jalan sambil berborak kosong. Ada juga yang duduk bertenggek di tepian tasik. Memerhatikan gelagat-gelagat manusia yang pelbagai ragamnya. Di suatu sudut kelihatan dua insan yang sedang leka merenung irama air di tasik. Sesekali mereka memandang sesama sendiri. Kelihatan suatu penyeksaan dan penanggungan yang maha hebat terbit dari sinar mata pandangan itu.

" Awak!!! Saya dah beritahu pasal hubungan kita kat mama. Saya juga dah terangkan kat mama apa yang telah berlaku kat awak." Fatiha memulakan bicara.

Fazhan menghela nafas panjang. Ditenungnya wajah Fatiha dengan nada yang sayu. Setelah lama mendiamkan diri, dia bersuara.

" Apa kata mama? Dia menghalang tindakan saya kan?

" Awak, mama tidak pernah menghalang hubungan yang terjalin antara kita. Dia merestui hubungan kita. Tapi…" Fatiha hilang kata-kata.

" Tapi apa Fatiha? Apa? Teruskan kata-kata awak…" Balas Fazhan dengan nada mengharap.

Fatiha diam sejenak. Dia menarik nafas yang panjang. Cuba mengumpulkan tenaga. Kelihatan berat benar lidah dia untuk menuturkan bicara yang seterusnya. Dia melemparkan pandangan jauh-jauh ke tengah tasik. Tasik buatan manusia di kolej itu.

"Awak…Kenapa awak tak mahu mengulang pengajian? Mungkin awak akan mendapat keputusan yang lebih baik selepas ini. Kenapa awak? Mama terkejut bila mendapat tahu keputusan peperiksaan awak yang sangat teruk tu. Awak tahu tak mama menganggap hubungan ni yang menjadi punca utama kepada kemerosotan keputusan peperiksaan awak. Awak… Awak mengulang pengajian ya!!! Mana tahu keputusan awak akan lebih baik nanti." Sambung Fatiha panjang lebar.

" Fatiha, dengar sini. Saya dah buat keputusan untuk tidak mengulang pengajian ni. Saya dah penat. Saya rasa itu bukan penyelesaiannya. Awak sendiri tahukan yang saya mendapat tawaran untuk belajar di Indonesia selama lima tahun. Kursus yang ditawar pun memang merupakan kursus yang saya idam-idamkan selama ni. Saya takkan mengsia-siakan peluang ni." Balas Fazhan kemudian.
" Tapi awak, kursus itu tiada jaminan pekerjaan. Pengajian penulisan dan kesusasteraan melayu. Itu kursus sastera. Persoalannya, berapa ramai yang berjaya hidup senang jika menceburi bidang tu? Saya faham perasaan awak. Saya tahu awak memang berminat dalam bidang kesusasteraan sejak dulu lagi. Tapi, masa depan awak tidak menentu. Saya rasa lebih baik awak mengulang pengajian. Mungkin awak bakal mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya bergelar seorang doktor seperti saya sedikit masa lagi. Awak…Saya akan sentiasa menyokong awak. Please…Awak mengulang ya!!!" Nasihat Fatiha bersungguh-sungguh.

" Tidak Fatiha! Tidak!!! Saya tetap dengan keputusan saya. Biarlah awak seorang saja yang bergelar doktor. Saya tidak berminat. Maafkan saya." Balas Fazhan memuktamadkan keputusannya.

" Tapi awak…Macam mana dengan hubungan kita? Takkan awak nak tinggalkan saya begitu saja? Lima tahun cukup lama awak. Awak tak sayangkan saya ke?" Air hangat mula bergenang di tubir mata Fatiha.

Dalam tangisan yang semakin menjadi-jadi, dia menambah. " Mama minta saya lupakan awak andai awak meneruskan niat untuk menyambung pengajian di sana. Katanya, lima tahun adalah tempoh yang sangat lama. Banyak perkara yang bisa berlaku. Dia juga tidak mempercayai kesetiaan awak terhadap saya. Mungkin di sana nanti awak akan ketemu dengan orang lain. Dan saat itu, awak akan buang saya jauh-jauh dari hati awak."

Fazhan merenung mata Fatiha. Terbit kata pengharapan di sebalik sinaran mata itu. Pengharapan yang sangat tinggi. Mengharapkan insan yang tersayang tidak meninggalkanya dan berada dekat di bayangan mata ini. Fazhan mencari-cari kata yang sesuai untuk dituturkan. Dia diam sejenak. Lidahnya kelu tiada mampu berbicara.
Setelah agak lama membisu, dia gagahkan diri untuk bersuara.

" Fatiha, tenung dan percayalahlah kataku ini. Ketahuilah yang saya sangat mencintai awak. Saya takkan lupakan hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama ini. Percayalah Fatiha. Saya sangat menyayangi awak. Dan sejujur hati saya, saya akan mempertahankan perasaan ini. Walau apapun yang berlaku, awak tetap di hati saya. Saya sanggup berpisah buat sementara. Fatiha, tolonglah faham. Ini peluang keemasan saya untuk mengembangkan bakat saya dalam bidang ini. Saya janji, suatu hari nanti, saya akan menjadi seorang penulis terkenal. Ini bidang saya. Dunia saya. Selama ni, saya dipaksa mengambil bidang perubatan oleh kedua orang tua saya. Dan sekarang, lihat apa yang telah terjadi pada keputusan peperiksaan akhir saya." Panjang penjelasan yang keluar dari mulut Fazhan pada petang itu.

Fatiha merenung mata Fazhan. Mungkin mencari sinar keikhlasan di sebalik mata itu.
" Awak…Saya anggap kata-kata awak itu sebagai satu janji. Suatu hari nanti, saya akan tuntut semua janji-janji ini.", Balas Fatiha dengan kata yang penuh makna tersirat.

----------------------------

Suasana di malam graduasi kolej pada malam itu begitu meriah. Mahasiswa dan mahasiswi kelihatan mengenakan pakaian yang begitu bergaya. Mungkin kerana malam ini adalah malam terakhir bagi mereka. Senyuman jelas terukir di bibir. Kelihatan pasangan-pasangan bahagia mengambil gambar kenang-kenangan bersama. Mungkinkah ikatan kasih yang dibina selama berada di sini akan berkekalan jua saat perpisahan berlaku nanti? Itulah persoalan yang sering meruntun dalam benak fikiran mereka. Esok, perpisahan itu bakal terjadi. Mereka akan berpisah dan seterusnya membawa haluan masing-masing. Ada yang telah pun ditawarkan pekerjaan. Ada juga yang menunggu tarikh untuk ditemuduga. Apa yang pasti ialah kehidupan sebagai remaja di kampus akan ditinggalkan. Mereka bakal melangkah ke dunia baru. Dunia kehidupan dewasa yang menemukan mereka dengan kehidupan bermasyarakat dan sudah pasti segala perangai dan kerenah di zaman remaja akan dilupakan. Memulakan kehidupan baru yang lebih matang sudah semestinya mencabar dan menguji kekuatan setiap ciptaan yang bergelar manusia.

Acara pada malam itu sememangnya diatur sejak awal lagi. Berbagai acara seperti persembahan koir, nyanyian, bacaan sajak, dan pertunjukan pentas bakal menemui para mahasiswa mahupun mahasiswi pada malam itu. Fazhan pula telah pun bersiap sedia untuk menyampaikan satu persembahan istimewa. Dia bakal menyanyikan sebuah lagu. Lagu yang dicipta sendiri olehnya. Mungkin lagu ini bakal didendangkan buat insan tersayang dalam hatinya. Buat Fatiha…

" Lagu ini ku tujukan buat insan tersayang yang sentiasa ku cintai. Ketahuilah wahai sayangku, aku amat mencintaimu. Aku akan merinduimu di sana. I love you Fatiha…

Terimalah Janji Perpisahan…"

Janji perpisahan
Kudendangkan pada malam yang hening
Moga kau mendengarnya
Moga kau menghayati bait-bait liriknya

Ku tabur
Satu janji perpisahan
Agar kau kenang
Sepanjang pemergianku

Duhai sayangku
Jangan kau tangisi pemergian daku
Jangan kau ratapi perpisahan ini
Kerana aku sentiasa di sisi
Menemanimu
Walau bayangmu tiada di mataku

Ku janji
Suatu masa nanti kan ku kembali
Dekat di sisi dirimu
Kan ku bawamu
Ke lembah cinta yang kita bina sedikit masa lalu
Kan ku temanmu
Di kala tawa dan duka yang menjelma

Suatu janji perpisahan
Ku tinggalkan di sini
Agar menemani citramu
Saat pemergian aku nanti
Ku janji
Suatu saat nanti kitakan bersatu…


Di suatu sudut, kelihatan seorang gadis berkebaya biru tunduk merenung lantai yang kosong. Menghayati bait-bait lagu yang meniti di bibir Fazhan. Suasana dewan yang tadinya bising dan riuh-rendah dengan gelak tawa kini bertukar menjadi sepi. Sunyi. Mungkin mereka turut menghayati bait-bait lagu indah yang mengandungi suatu janji yang keluar dari hati yang ikhlas. Gadis berkebaya itu pula masih menunduk. Tiada berani olehnya untuk menatap wajah Fazhan yang berada di atas pentas. Hatinya sebak. Air jernih yang tadinya hanya bergenang di kelopak mata kini mulai turun membasahi pipi. Itulah air mata sebuah cinta. Mungkinkah air mata itu akan mengalir dan terus mengalir? Mungkinkah duka itu akan terus hadir dalam hati dua insan ini? Hati Fazhan mahupun Fatiha? Atau duka itu bakal bertukar sebuah kegembiraan? Hanya masa yang menentukan kesudahannya.


5 TAHUN KEMUDIAN


" Abang!!! Tolong belikan novel terbaru karya Fathan Pujangga ye!!! Urm.. Tajuk novel tu ‘Antara Dua hati’. Tolong beli ya!!!

"Abang ada mesyuarat hari ni. Kalau pagi mungkin tak sempat. Petang bolah kot."

"Alaa, abang ni. Tolong la beli. Fatiha teringin sangat nak baca karya terbaru dia. Semua karya-karya dia best tau. Abang je yang tak pernah nak baca."

" Abang ni mana la ada masa nak baca benda-benda yang macam tu. Kerja kat pejabat tu bertimbun tau. Ni pun abang tengah sibuk nak uruskan pasal projek syarikat kita kat Sepang tu. Tapi Fatiha jangan bimbang ya!!! Abang akan belikan novel yang Fatiha pesan tu. Untuk isteri abang yang tersayang, abang sanggup buat apa saja tau." Tuan Helmi sempat bergurau dengan isterinya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Kemudian, kereta itu berlalu meninggalkan Fatiha dan kondominium mewahnya. Fatiha hanya mampu tersenyum dari jauh. Melihat suaminya menghilang di kejauhan.
Fatiha dulunya bekerja sebagai doktor di salah sebuah hospital kerajaan di Bangi. Namun, sejak menjadi isteri kepada Tuan Helmi tiga tahun yang lalu, dia telah berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatiannya kepada keluarga. Kehidupannya boleh dikategorikan sebagai mewah. Tuan Helmi memiliki sebuah syarikat yang membekalkan aksesori kereta yang terbesar di Malaysia. Tuan Helmi juga mempunyai pengaruh yang besar terutama dalam sektor korporat. Sedikit masa lagi mungkin beliau bakal bergelar seorang usahawan Melayu yang cukup berjaya. Hal itu tidak mustahil jika dilihat dari segi pencapaiannya dalam bidang korporat pada waktu ini.
Fatiha yang hanya menguruskan hal ehwal rumah tangga kekadang sunyi kerana ditinggalkan bersendirian. Mulai dari saat itulah dia meminati novel dan boleh dikatakan setiap hari novel-novel dari penulis tempatan mahupun antarabangsa akan menjadi temannya. ‘Fathan Pujangga.’ Seorang penulis yang kian meningkat naik dalam bidang kesusasteraan di negara ini. Setiap karya dari beliau begitu menyentuh hati dan sanubari. Fatiha sememangnya tidak pernah ketinggalan untuk mendapatkan setiap karya terbaru dari penulis itu. Namun, sehingga ke saat ini, wajah Fathan Pujangga tidak pernah dilihatnya. Malahan nama sebenar beliau juga seolah-olah dirahsiakan. Mindanya sering bertanya siapakah Fathan Pujangga. Hatinya pula bagaikan membuak-buak untuk mengenali penulis itu dengan lebih rapat.
" Fathan Pujangga. Siapakah kau?" Inilah persoalan yang sering meruntun fikiran Fatiha sejak dia membaca karya pertama penulis itu.

-------------------

" Abang!!! Teman Fatiha pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka esok ya!!!"

"Buat apa?"

Abang tak baca ke risalah tentang Fathan Pujangga time abang beli novel terbaru dia ni?
Risalah ni ada disertakan bersama novel yang abang beli petang tadi tau."

"Iya…Abang tau. Tapi risalah tu tentang apa? Abang perasan cuma tak sempat nak baca je."

"Esok, Fathan Pujangga adakan sidang akhbar kat Dewan Bahasa dan Pustaka. Nak promosi novel terbaru dia ni laa. Jom la kita pergi ya bang! Fatiha dah lama teringin nak jumpa dia. Kita pergi ya!!!" Fatiha berkata penuh pengharapan.

" Urm…Mungkin abang boleh pergi. Tapi lewat sikit kot. Macam ni laa. Fatiha pergi dulu, dan kalau sempat, abang akan menyusul kemudian. Esok abang ada mesyuarat. So, kalau mesyuarat tu habis awal, boleh la abang pergi ya sayang!!!"

" Urmm, tak pe la bang. Kalau abang sempat, abang pergi la". Balas Fatiha seolah-olah merajuk.

KEESOKANNYA…

Suasana dewan dipenuhi dengan para wartawan dan orang ramai sejak awal pagi lagi. Masing-masing kelihatan teruja kerana inilah kali pertama mereka akan menatap wajah seorang penulis yang semakin terkenal ini. Sebelum ini, Fathan Pujangga sentiasa merahsiakan identiti beliau yang sebenar. Dan inilah kali pertama beliau membuat kemunculan sulung di khayalak ramai. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri atas tindakan ini. Karya-karya Fathan Pujangga sememangnya mempunyai nilai artistik yang tersendiri. Malahan karya-karya itu juga begitu menyentuh hati dan sanubari. Ramai pembaca yang mengakui mereka kekadang menangis tatkala membaca babak-babak sedih yang dimuatkan dalam karya beliau. Pendek kata, karya beliau cukup hebat kerana bisa meninggalkan kesan mendalam dalam hati setiap pembaca.

Fatiha dari pagi lagi sampai di dewan tersebut. Matanya melilar mencari bayang itu. Bayang Fathan Pujangga. Dari semalam hatinya berdebar. Dan semalam juga tidurnya tiada lena. Berbagai persoalan yang menjelma dalam kotak fikirannya. " Siapakah Fathan Pujangga? Mengapa hati ini bagai memberontak untuk menemui mu? Siapa kau Fathan?"

" Tuan-tuan yang dihormati sekalian, sebelum sidang akhbar diadakan, kita bakal mendengar sedikit ucapan dari saudara Fathan Pujangga. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berasa cukup bertuah kerana saudara Fathan bersetuju untuk menyampaikan sepatah dua kata pada pagi ini. Sebelum itu, kepada pihak wartawan, diharap anda semua tidak mengutarakan soalan semasa ucapan dari saudara Fathan sebentar lagi. Pihak wartawan hanya dibenarkan mengemukakan soalan semasa sidang akhbar yang bakal berlangsung selepas tamat ucapan dari saudara Fathan nanti. Jadi,tanpa melengahkan masa, saya selaku pengerusi majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya menjemput saudara Fathan Pujangga naik ke atas pentas untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan…"

Mata Fatiha tepat memandang ke susuk tubuh itu. Direnungnya wajah pemuda itu. Dalam dan semakin dalam. Bibirnya bagaikan ingin mengungkapkan sesuatu. Namun, suaranya bagaikan tersekat di halkum. Dadanya pula mulai berdebar kencang…

" Assalamualaikum…

Terima kasih saya ucapkan terutama kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, para wartawan dan hadirin sekalian.

Cinta. Cinta itu ibarat sebuah nakhoda. Dilepaskan ia di laut di malam hari, kekadang di subuh yang hening, dan kekadang di petang tatkala senja bakal menjelma. Di dalamnya, seorang kelasi ditugaskan untuk mengemudi akan nakhoda itu. Di dalamya juga ada seorang puteri jelita yang sedang beradu. Mungkinkah nakhoda itu akan sampai ke destinasinya? Atau mungkinkah nakhoda itu bakal karam di pertengahan laut? Dek alunan ombak yang mengganas?

Saudara…
Nakhoda itu ibarat cinta. Kelasi itu ibarat jejaka. Dan puteri itu umpama gadis. Laut itu ibarat perjalanan dalam percintaan. Dan ombak itu umpama dugaan mahupun cabaran
Andai si kelasi tiada mampu mengemudi nakhoda itu, nakhoda itu akan karam ditelan alunan ombak yang menggila. Umpama si jejaka yang tidak bisa mengatur perjalanan cintanya bersama si gadis.

Cinta yang kita bina semestinya akan menghadapi berbagai rintangan mahupun dugaan. Ibarat sebuah nakhoda yang mengharungi ombak di pertengahan laut yang dalam.
Andai si jejaka bersama si gadis tadi mampu mengharungi semua ini, mereka adalah pasangan yang bakal menemui kebahagiaan kelak. Namun, andai si jejaka dan si gadis ini tiada bisa mengharungi rintangan ini, sesuatu yang sangat mendukacitakan bakal berlaku kepada mereka.

Saudara dan saudari sekalian…
Mungkin sangat sukar untuk anda semua memahami kata-kata saya ini. Namun, suatu hari nanti, saya yakin anda semua bakal berada dalam situasi ini. Situasi dalam sebuah nakhoda, melalui suatu perjalanan jauh di pertengahan lautan, ditemani alunan ombak yang kian mengganas, dan saat itu anda mungkin berperanan sebagai kelasi atau juga mungkin sebagai seorang puteri jelita.

Fikir-fikirkan…

Wassalamualaikum…"


Semua warga dewan terdiam. Mata mereka tepat dihala ke susuk tubuh pemuda itu. Pemuda yang bergelar Fathan Pujangga. Kelihatan muka mereka berkerut-kerut. Seolah-olah mencari-cari jawapan kepada ucapan yang telah meniti di bibir Fathan sebentar tadi.
Fatiha yang sejak tadi khusyuk mendengar ucapan itu kini kelihatan menekupkan muka. Mengapa?

" Fazhan, rupa-rupanya kau selama ini yang bergelar Fathan Pujangga. Patutlah hati ini bagaikan tidak menentu. Lama aku menunggumu Fazhan. Mengapa baru sekarang kau hadir? Mengapa Fazhan? Ahh.. Sungguh puitis ucapanmu sebentar tadi. Bagaikan merobek-robek hati dan perasaanku. Aku sangat merinduimu…" Fatiha berbicara di dalam hati.

Fatiha menunggu sehingga sesi sidang akhbar berakhir. Namun, dadanya makin kencang berdebar. " Bagaimanakah untuk aku menghadapinya nanti? Sanggupkah aku menatap wajah itu kembali? Apa yang perlu aku ceritakan padamu Fazhan? Semuanya sudah berubah. Aku kini milik orang. Adakah kau masih menantiku? Ahh… Moga kau sudah ada penggantinya."
Sesi sidang akhbar berakhir. Fatiha perlahan-lahan berjalan menghampiri pemuda yang berkot coklat itu. Hampir dan semakin hampir. Dan pemuda itu kini berada di depannya. Darahnya bergemuruh. Suara bagaikan tersekat di kerongkong. Digagahi dirinya untuk menyebut nama itu. Nama yang sudah lama tidak meniti di bibir manisnya. Namun, suaranya masih tersekat. Digagahi mulutnya lagi untuk mengucapkan nama itu. Akhirnya…

" Kura-kura "…
" Ahh, mengapa nama ini pula yang meniti di bibirku?" Getus hati kecil Fatiha.

Namun, pemuda itu berpaling ke arah suara tadi. Diangkat kepalanya untuk menatap wajah itu. Wajah yang lima tahun menjadi kerinduan hatinya. Kerinduan jiwanya.

" Arnab??? Fat…" . Bicara Fazhan tersekat.

" Kura-kura??? Faz…" Fatiha juga tiada mampu meneruskan bicara. Masing-masing diam. Namun, mata mereka kini kian bertentang. Mungkin memori lama menggamit kembali. Memori sebuah cinta.

" Fatiha ke ni?"

" Iya awak… Ni Fatiha. Fatiha @ Arnab!!!"

" Fatiha… Ni Fazhan. Fazhan @ Kura-kura!!!"

Akhirnya mereka bersuara kembali disambut tawa riang di bibir. Kini tahulah Fatiha insan yang kini berada di hadapannya ialah Fazhan. Insan yang paling dicintainya sejak zaman berada di universiti lagi. Begitu juga dengan Fazhan. Setelah lima tahun memendam kerinduan, akhirnya rindu itu kini terubat. Di depannya sekarang ialah Fatiha. Fatiha yang dia kenali semasa berada di universiti lagi. Dan Fatiha itu jugalah yang dia cintai dari dulu sampai ke saat ini.
Mereka beredar mencari satu tempat duduk. Mungkin ada banyak perkara yang ingin dibicarakan.

" Hebat ya awak sekarang! Terkenal! Siap buat sidang akhbar lagi." Fatiha memulakan butir bicara.

" Ahh… Tak de lah hebat sangat. Sidang akhbar ni pun semata-mata nak promosi novel terbaru ni je. Fatiha apa cerita sekarang? Eh… Silap! Dr. Fatiha!" Balas Fazhan sedikit bergurau.

Fatiha tersenyum panjang.
" Fatiha memang bergelar seorang doktor pun. Tapi itu dulu. Sekarang dah berhenti. Ada masalah sikit." Fatiha menyembunyikan hal sebenar tentang dirinya.
" Emm… Akhirnya tercapai juga ya cita-cita awak untuk menjadi seorang penulis. Tahniah!"
Fazhan mengukir senyum di bibir. Senyuman itu turut terukir di tebing hatinya. Riang dan gembira kerana kerinduan yang selama ini amat menyeksakan jiwa dan perasaan kini terubat.

" Emm… Ingat lagi ya Fatiha pada ‘Arnab dan kura-kura ’…" Fazhan cuba mengungkit kenangan lampau.

Setelah mendengar perkataan ‘arnab dan kura-kura ’ itu, Fatiha tertawa. Fazhan yang mendengar tawa Fatiha sebentar tadi turut tersenym memanjang. Mungkin kedua-dua perkataan itu mengingatkan mereka kepada sesuatu yang sangat melucukan.

" Mana boleh lupa. Dulu awak selalu panggil saya ni arnab. Arnab kiut laa. Arnab comel laa. Macam-macam." Fatiha mengomel mengingatkan kenangan itu.

" Oo… Pandai ya mengata orang. Fatiha pun sama laa. Panggil Fazhan ni kura-kura. Kura-kura jalan slow laa, kura-kura kaki panjang laa, yang paling lucu kura-kura kepala besar." Fazhan pula membalas.

Mereka tertawa riang bersama. Mengingatkan kembali memori itu. Sejak dulu lagi, panggilan itu cukup sinonim antara mereka. Panggilan itu jugalah yang membuatkan mereka semakin rapat. Dan seterusnya menjalinkan sebuah ikatan percintaan yang tulus dan suci. Menurut Fazhan, panggilan ‘arnab’ sangat sesuai untuk Fatiha kerana Fatiha mempunyai gigi hadapan yang sedikit besar seperti gigi seekor arnab. Panggilan ‘ kura-kura’ kepada Fazhan pula kerana Fazhan seorang pelajar yang seringkali datang lewat ke kuliah. Disebabkan hal itulah, Fatiha menggelarnya ‘ kura-kura’. Mungkin bagi sesetengah orang panggilan seumpama itu tidak sesuai diungkapkan kepada orang tersayang. Namun, lain bagi mereka. Panggilan itulah yang mendekatkan hati antara mereka. Dan panggilan itu jugalah yang menjadi kenangan terindah yang mana sehingga ke saat ini kenangan itu masih segar dalam dakapan memori.

" Saya memang suka baca novel awak. Semua novel-novel awak ada dalam simpanan saya tau. Novel pertama awak tu tajuk ‘ Janji Perpisahan ’, macam kisah kita je. Lagu ‘ Janji Perpisahan’ yang awak nyanyikan time malam graduasi dulu pun awak turut muatkan dalam novel tu kan?" Fatiha berbicara seolah-olah ingin menduga sesuatu.

" Iya!!! Memang novel tu adalah adaptasi dari kisah percintaan kita. Lagu Janji Perpisahan yang ada dalam novel tu juga adalah lagu yang saya nyanyikan dulu. Kenapa awak tanya? Balas Fazhan.

" Tak ada apa-apa. Tapi kenapa Fathan Pujangga? Bukan Fazhan Pujangga?" Fatiha masih dalam kehairanan.

" Oh…Sebenarnya nama Fathan Pujangga tu adalah gabungan bagi nama kita. Fazhan dan Fatiha. So, jadilah Fathan. Pujangga tu saja je tambah." Balas Fazhan dengan nada yang bersungguh-sungguh.

Fatiha menelan air liur tatkala mendengar kata-kata itu. Sungguh tiada disangka olehnya yang Fazhan sanggup melakukan semua ini. Belum pun sempat Fatiha berbicara kembali, tiba-tiba satu suara garau yang cukup dikenalinya mencelah.

----------------------------

" Bukan main mesra lagi Fatiha dengan budak pujangga tu tadi. Siapa dia tu? Macam dah lama kenal je." Tuan Helmi seolah-olah cemburu.

" Apa yang abang merepek ni? Mesra apanya? Fatiha borak-borak je laa. Takkan tu pun salah." Fatiha seolah-olah kurang senang dengan kata – kata suaminya sebentar tadi. Sebelum ini, Fatiha cukup hormat suminya. Walaupun pernikahan mereka bukanlah bertunjangkan sebuah cinta, namun sebagai seorang isteri Fatiha sentiasa mengormati suaminya yang bakal menjangkau umur 50 tahun pada tahun hadapan. 20 tahun lebih muda darinya.

" Abang tau. Tapi macam ada something yang Fatiha sembunyikan dari abang sejak berjumpa budak tu tadi. Abang ada kat dalam bilik ni pun Fatiha buat tak tahu je. Fatiha jangan cuba nak menipu abang. Abang dapat baca dari lirikan mata Fatiha tu. Bagitahu abang apa yang Fatiha sembunyikan."

" Abang, tolong jangan paksa Fatiha boleh tak?"Fatiha naik berang.

" Abang tanya Fatiha ni. Apasal nak marah pulak? Abang tanya siapa budak pujangga yang jiwang karat tu?" Kali ini Tuan Helmi tidak mampu bersabar lagi. Amarahnya kian menggila.

" Baik! Kalau abang nak tahu sangat, Fatiha boleh beritahu. Fathan Pujangga tu bekas kekasih Fatiha masa kat universiti dulu. Dah lima tahun kitorang tak berjumpa." Balas Fatiha dengan nada yang semakin tinggi.

" Oh… Ni kira cinta lama berputik kembali la ya!!!" Tuan Helmi seolah-olah menyindir sambil mencebikkan bibir.

" Apa yang abang merepek ni? Dah la bang. Fatiha nak tidur. Good night!!!" Fatiha mematikan bicara. Walaupun dia sedar kata-kata suaminya itu ada juga bernasnya.

Tuan Helmi memandang isterinya dengan hati yang geram. Kemudian, dia keluar dari bilik itu menuju ke satu tempat yang tiada di ketahui…

-----------------------------------

Hati, mengapa berat dugaan yang terpaksa kau tanggung?
Menangislah kau wahai hati
Tiada apa yang akan berubah
Dia bukan milikmu lagi
Tangisilah andai kau terdaya
Mungkin itu sebaik-baiknya buatmu…

Fazhan menutup diarinya. Dia merenung ke luar jendela. Tiupan angin pada pagi itu begitu damai. Namun hatinya tidaklah sedamai itu. Kerinduan yang selama ini ditanggung akhirnya terubat. Terubat pula hanyalah seketika. Dan kerinduan itu kini bertukar pula kepada penderitaan. Penderitaan yang cukup hebat yang terpaksa ditanggungnya. Bayangan wajah Fatiha kini sentiasa bermain di tubir matanya. Lirikan manja mata itu, senyumannya, gurau sendanya, tawa riangnya bagaikan terngiang-ngiang di telinga Fazhan. Kekadang terbayang juga raut wajah suami Fatiha yang dia ketemui pagi tadi. Kelihatan seperti seorang yang sangat berwibawa. Berkot hitam dan bertali leher. Rambutnya yang disikat rapi kelihatan tidak menampakkan usianya yang sebenar.

" Fatiha… Mengapa kau khianati janji kita? Bertahun lamanya ku cuba tetapkan hati ini. Demi kau Fatiha. Aku tutup pintu hati ini buat insan lain. Mengapa begitu mudah kau lupakan semua kenangan kita? Kenangan yang kita bina sedikit masa lalu? Mengapa Fatiha? Mengapa begitu cepat hati kau berubah? Lupakah kau pada janji-janji ku? Lupakah kau pada mahligai cinta yang kita bina dulu? Mengapa Fatiha? Mengapa?". Berbagai persoalan meruntun jiwa Fazhan.

----------------------

Fatiha pula tiada lelap tidurnya. Dicuba agar mata itu terpejam dan lena. Namun, perasaan mengantuk masih belum menyelubungi dirinya. Fatiha bangun. Membuka jendela di biliknya. Dia kemudian melemparkan pandangan jauh-jauh ke luar tingkap. Dipandangnya di satu sudut. Kelihatan bayangan Fazhan sedang melambai-lambai ke arahnya. Ditolehnya pula di satu sudut lain. Kelihatan pula bayangan Fazhan berdiri sambil memandang tepat ke arahnya.
" Ahh… Mengelamun pula aku…" Getus hati kecil Fatiha.
" Fazhan, maafkan aku. Aku sebenarnya masih mencintai kau. Tiada pernah walau sesaat hati ini beralih kasih. Aku setia mencintaimu. Aku betul-betul rindukanmu. Tapi, keadaan yang menyebabkan semua ini berlaku. Andainya kau mengetahui hal sebenar, mungkin kau akan mengerti. Fazhan. Tahukah kau betapa lama aku menderita kerana berpisah dengan kau? Tahukah kau apa yang mama telah lakukan demi memisahkan aku dan kau? Memisahkan hubungan tulus antara kita. Ohh… Aku perlu menemuimu Fazhan. Dan menceritakan hal sebenar. Agar penanggungan yang ku tanggung lamanya ini kau ketahui. Biarlah kau mengetahui hal sebenar. Agar semua sangkaan buruk kau terhadapku akan berakhir." Fatiha berbicara lagi di dalam hatinya.

------------------------

" Fazhan…" Fatiha memulakan bicara.

" Buat apa lagi kita bertemu? Awak dah jadi milik orang. Berdosa tau awak datang menemui saya ni." Balas Fazhan dengan nada tegas.

" Saya tahu. Tapi kita kena bincang."

" Bincang? Bincang apa lagi. Tiada apa yang bisa berubah Fatiha. Biarlah hatiku yang terluka. Pergilah pulang. Mungkin suami Fatiha sedang menunggu."

" Fazhan, percayalah semua ini berlaku kerana rancangan mama. Rancangan untuk memisahkan kita." Fatiha mula membuka rahsia itu.

" Rancangan ? Rancangan apa?" Fazhan mula kehairanan.

" Fazhan, sebenarnya, selepas awak bertolak ke Indonesia, saya telah berpindah rumah.
Mama pula menghalang saya untuk menghubungi awak bagi memaklumkan hal ini. Berpuluh surat saya ingin pos kat awak. Namun, mama bertindak mengambil semua surat-surat itu sebelum sempat diposkan lagi. Mama kemudian mengugut saya supaya tidak lagi menulis surat untuk awak. Selepas itu, perniagaan mama merosot. Syarikat terpaksa menanggung hutang yang sangat tinggi jumlahnya. Mama tiada jalan lain selain bertindak menjual syarikat tersebut. Namun, belum pun sempat dijual, Tuan Helmi mengesyorkan kepada mama agar menggabungkan syarikatnya dengan syarikat dia. Lagipun syarikat mereka berdua menjalankan perniagaan yang sama. Setelah setahun beroperasi, syarikat mereka mula menunjukkan keuntungan yang memberangsangkan. Mama begitu terhutang budi dengan Tuan Helmi. Bagi membalas jasa Tuan Helmi, mama bersetuju untuk menikahkan saya dengan Tuan Helmi. Saya memang tidak bersetuju. Tapi kata mama, seandainya Tuan Helmi tidak menolong syarikat mama, mungkin kini mama dan saya hidup merempat. Lagipun hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat sangat besar. Walaupun syarikat tersebut dijual sekalipun, hutang itu mungkin belum dapat dibayar.
Fazhan, hal inilah yang menyebabkan saya bersetuju untuk berkahwin dengan Tuan Helmi. Saya terpaksa. Saya buat semua ni demi mama." Panjang penjelasan Fatiha. Air jernih mula bergenang di kelopak matanya. Diseka dia akan air mata itu.

" Fatiha…" Fazhan hilang kata-kata.

" Awak.. Ketahuilah sehingga ke saat ini hati saya tidak pernah berubah. Sejujur hati saya, saya memang masih mencintai awak. Saya sangat merindui awak. Tapi, maafkan saya atas semua yang telah berlaku. Wanita lemah seperti saya ini tiada terdaya untuk melawan kata-kata dan kehendak mama. Maafkan saya. Mungkin semua ini sudah tertulis. Awak jaga diri baik-baik ya!!! Lupakanlah saya. Mungkin cinta kita setakat di sini sahaja. Assalamualaikum…" Fatiha bangun dan kemudian berlalu pergi. Walaupun langkahnya itu kelihatan tenang, namun gelodak hati ini tiada siapa yang tahu.

Fazhan tiada mampu berbuat apa-apa. Dia hanya sekadar merenung susuk tubuh itu berlalu pergi. Dan menghilang di kejauhan.
" Fatiha…" Ungkap Fazhan perlahan. Tanpa disedari, air mata lelakinya turut keluar membasahi pipi. Air mata sebuah cinta. Bukankah air mata seorang lelaki itu tinggi nilainya?

--------------------------

Tuan Helmi merenung tajam mata Fatiha sebaik Fatiha melangkah masuk ke dalam rumah. Hatinya bagaikan membara. Sejak tadi lagi dia mencari Fatiha. Namun, Fatiha tiada. Dia bertanya pula kepada Pak Mat. Tukang kebun di rumahnya. Namun, tukang kebun itu hanya menggelengkan kepala.

" Fatiha!!! Fatiha pergi mana? Dari tadi lagi abang cari." Bentak Tuan Helmi sebaik sahaja Fatiha berada di depan matanya.

Fatiha menunduk. Takut untuk menatap raut wajah suaminya itu.
" Erkk…Maafkan Fatiha bang. Fatiha ada telefon abang tadi. Tapi setiausaha abang cakap abang tengah mesyuarat. Fatiha pula dah janji dengan kawan. Kalau tunggu abang siap bermesyuarat, takut lewat sangat. Tapi Fatiha ada tinggalkan pesanan kat setiausaha abang."

" Kawan? Kawan mana? Si mamat pujangga tu kan ? Fatiha ingat abang tak tahu? Abang nampak dengan kedua biji mata abang ini tadi!!!"

" Maafkan Fatiha bang. Ada perkara yang terpaksa Fatiha selesaikan dengan dia tadi."

" Perkara? Perkara apa? Rancang sesuatu untuk berpisah dengan abang? Lepas tu kahwin dengan mamat tu kan?" Tuan Helmi mula menuduh. Mukanya merah padam.

Fatiha mula hilang kesabaran. Tiada pernah dia terfikir untuk melakukan perkara seumpama itu. " Abang!!! Selama ini ada ke Fatiha melawan cakap abang? Ada ke bang? Selama ni Fatiha menurut semua kehendak abang. Abang minta Fatiha berhenti kerja kat hospital tu, Fatiha berhenti. Walaupun Fatiha tidak cintakan abang semasa menerima abang dulu, namun Fatiha melakukan semua tugas Fatiha sebagai isteri. Tapi hari ini, abang tuduh yang macam-macam kat Fatiha. Fatiha mengaku memang Fatiha jumpa dia. Tapi, itu adalah pertemuan yang terakhir. Selepas ini, Fatiha takkan jumpa dia lagi."

Tuan Helmi menghela nafas panjang. Kemudian… " Ooo..Selama ini Fatiha tidak pernah cintakan abang? Habis kenapa Fatiha terima pinangan abang? Sebab harta abang kan? Fatiha pandang pada harta abang kan?" Tuan Helmi menuduh lagi.

" Abang!!! Sampai hati abang tuduh Fatiha seperti itu. Tahu tak Fatiha lakukan semua ni demi abang dan mama. Fatiha korbankan cinta Fatiha buat Fazhan. Fatiha terima abang. Abang sedar tak semua ni?"

" Ooo… Fatiha bangga la dengan semua pengorbanan Fatiha tu? Jangan lupa Fatiha. Kalau abang tidak menolong syarikat mama Fatiha dulu, mungkin hari ini mama dan Fatiha jadi peminta sedekah tau!!!"

" Abang!!!" Fatiha menangis teresak-esak mendengar penghinaan itu. Penghinaan yang keluar dari mulut suaminya sendiri.

Beberapa minit kemudian…" Fatiha, rasanya sudah tiba masa untuk abang beritahu hal yang sebenar." Nada Tuan Helmi tiba-tiba menurun.

Fatiha menoleh ke arah suaminya. Hatinya tiba-tiba diburu keresahan.

" Sebenarnya, Fatiha adalah isteri abang yang kedua. Abang menipu mama Fatiha dulu. Abang cakap yang isteri abang dah meninggal. Sebenarnya dia masih hidup sehingga ke hari ini. Maafkan abang Fatiha…"

Fatiha terasa bagaikan ingin pengsan mendengar pengakuan itu. Air mata yang ditahan sejak tadi kini mulai keluar menuruni pipinya yang merah. Terasa bagaikan sembilu menyusuk-nyusuk sehingga ke tulang sumsumnya. Dia menatap kembali wajah Tuan Helmi. Tuan Helmi pula hanya mampu menunduk ke lantai. Tiada berani untuk menoleh wajah Fatiha yang sedang menangis itu.Adakah ini balasan kepada seorang wanita yang berkorban demi ibu dan suaminya? Adilkah manusia menghukum seorang wanita yang lemah dan baik seperti ini? Bukankah wanita yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain adalah wanita yang sejati?
Tangisan Fatiha masih belum reda. Hatinya bagaikan hancur luluh. Sakit.

" Fatiha… Maafkan abang…" Suara itu kedengaran lagi di cuping telinga Fatiha. Kali ini suara itu makin sayu dan perlahan nadanya. Mungkin rasa bersalah menyelubungi diri Tuan Helmi.
Tiada mampu lagi Fatiha untuk mendengar suara itu. Kini, kebencian mula menguasai diri. Kebencian terhadap suaminya, Tuan Helmi mula membuak-buak. Hatinya yang menangis selama ini tidak pernah pun diketahui oleh suaminya itu. Kini, suaminya sendiri pula yang melukakan hati dan perasaan Fatiha.
" Mengapa abang lakukan semua ni? Kenapa abang tipu Fatiha? Pernahkan selama ini Fatiha menipu dan berbuat sesuatu yang salah di belakang abang? Pernahkan bang? Pernahkan Fatiha menghina abang? Mengapa bang? Mengapa abang tidak pernah menghargai semua pengorbanan Fatiha? Hati Fatiha terluka bang. Mama paksa Fatiha supaya berkahwin dengan abang. Fatiha terima walaupun di hati ini ada seorang insan yang amat Fatiha cintai. Fatiha lakukan semua ini demi abang. Demi mama. Tenung mata Fatiha bang. Air mata ini takkan mengalir andai hati ini tidak terluka". Fatiha bangun dan berlari keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan dan dia terus menghilang bersama kereta yang dipandunya. Tuan Helmi pula tiada daya untuk mengejar. Kakinya bagaikan diikat sesuatu. " Fatiha… Berdosakah aku?" Tuan Helmi bermonolog sendirian.


SEJAM KEMUDIAN…

" Hello… Boleh saya bercakap dengan Tuan Helmi bin Tuan Bahari?" Tuan Helmi mendengar suara gemersik dari corong telefonnya sebaik sahaja mengangkat gagang telefon itu.

" Iya… Saya Tuan Helmi. Encik ni siapa? Dan ada hal apa?. Balas Tuan Helmi.

" Tuan Helmi. Saya Dr. Kamal. Diharap tuan bersabar ya! Isteri Tuan Helmi kemalangan jalan raya dan kini dia dirawat di hospital kami. Minta Tuan Helmi datang ke sini segera boleh?"

Gagang telefon terlepas dari tangannya. Dia tiba-tiba rebah. Terasa lemah longlai urat sarafnya. Di matanya kini hanya terbayang wajah Fatiha.

" Fatiha…"

------------------------------

" Doktor, bagaimana dengan keadaan isteri saya?" Tanya Tuan Helmi sebaik tiba sahaja di hospital.

" Tuan Helmi! Isteri Tuan Helmi banyak kehilangan darah. Pihak hospital tidak dapat mencari darah tambahan buat isteri Tuan Helmi kerana darah dia adalah darah jenis O. Pihak hospital kekurangan darah simpanan jenis itu. Isteri Tuan Helmi pula memang memerlukan darah tambahan dengan seberapa yang segera. Kalau terlambat, pelbagai risiko buruk yang bakal kita tanggung nanti. So, kita memerlukan seorang penderma darah dengan seberapa kadar yang segera."

" Kalau begitu, doktor boleh ambil darah saya?"

" Boleh! Tapi, kami perlu menjalankan pemeriksaan terhadap darah tuan dulu untuk memastikan darah tuan sesuai untuk didermakan."

----------------------

" Maafkan kami tuan. Darah tuan adalah darah jenis A. Dan semestinya tuan tidak boleh menderma darah tuan kepada isteri tuan." Kata Dr. Kamal selepas pemeriksaan itu.

" Habis, macam mana ni doktor?" Tuan Helmi mulai cemas.

" Dr. Helmi! Sya sedia mendermakan darah saya." Tiba-tiba satu suara yang tidak dikenali mencelah perbualan antara mereka.
-------------------------------

Fazhan merenung wajah Fatiha yang masih pucat itu. Sudah hampir tiga hari Fatiha tidak sedarkan diri. Digenggamnya tangan Fatiha. Kemudian dikucupnya tangan yang halus itu. Tanpa disedari, air mata Fazhan menitis di pipi Fatiha. Tiba-tiba…

Fatiha membuka matanya perlahan.

" Awak…" Suara Fatiha kedengaran perlahan di cuping telinga Fazhan.

" Fatiha…Awak dah sedar Fatiha. Syukurlah…" Fazhan tersenyum girang sambil mengesat air matanya yang menitis di pipi Fatiha.

" Awak, apa yang dah berlaku? Macam mana awak boleh berada di sini? Soal Fatiha sedikit kehairanan.

" Fatiha… Fatiha terlibat dalam kemalangan. Selepas sahaja kita berjumpa tempoh hari, saya mengikut Fatiha sehingga ke rumah Fatiha. Selepas itu, saya lihat Fatiha keluar dari rumah dengan tergesa-gesa. Saya jadi hairan. Saya ingatkan ada something yang buruk berlaku. So, saya pun ikutlah kereta Fatiha. Fatiha memandu laju sangat-sangat. Tiba-tiba, pabila sampai di satu selekoh, ada sebuah kereta datang dari arah sisi kereta Fatiha. Namun, Fatiha tidak menyedari akan hal itu. Fatiha terus juga memandu. Saya menjerit ke arah Fatiha. Tapi, Fatiha tak dengar. Akhirnya, kereta Fatiha dirempuh.
Saya kemudian bergegas membawa Fatiha ke hospital. Menurut kata doktor, Fatiha kehilangan banyak darah. Pihak hospital pula kekurangan darah simpanan jenis O iaitu darah jenis darah Fatiha. Tuan Helmi ingin menderma darah untuk Fatiha. Tapi, tak boleh kerana darahnya jenis A. Selepas itu, barulah saya ingat yang kita ni mempunyai darah jenis yang sama. Jadi, pihak hospital mengambil sedikit darah saya untuk didermakan pada Fatiha." Panjang lebar penjelasan Fazhan.

" Abang…" Fatiha tiba-tiba menyebut nama itu setelah melihat Tuan Helmi masuk ke dalam bilik hospital itu.

" Memang benar kata Fazhan tu Fatiha. Kalau bukan kerana jasa baik Fazhan, mungkin sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku kepada Fatiha." Tuan Helmi mula bersuara. Kemudian, dia berjalan perlahan ke arah Fatiha dan Fazhan. Seperti ada sesuatu yang ingin dilakukannya. Fatiha dan Fazhan merenung kelakuan orang tua itu. Kemudian, Tuan Helmi memegang tangan Fatiha. Dipegangnya pula tangan Fazhan. Kemudian disatukan kedua tangan itu.

-------------------------------

" Abang, mana anak-anak kita ni ya!! Dari tadi lagi ayang cari tau". Tanya Fatiha kepada suaminya Fazhan.

" Ayang ni…Tu haa…Tengok si along tu, asyik duk bermain dengan arnab kesayangan dia tu aje. Ada ke patut arnab yang tak sakit pun dikatakan sakit. Nak ikut jejak langkah ayang untuk jadi doktor kot." Gurau Fazhan kepada isterinya.

" Habis tu, si angah tu pula balik-balik duk mengadap komputer je. Nak buat cerita la. Cerpen la. Novel la. Umur baru setahun jagung. Nak ikut jejak langkah awak la tu." Tambah Fatiha pula disambut gelak tawa antara mereka.


Bila dua hati berbicara
Lautan cinta bakal diharungi
Bila dua hati berbicara
Senafas kasih bakal dihembus
Bila dua hati berbicara
Semerbak rindu akan menjelma
Bila dua hati berbicara
Ungkapan sayang bakal berkumandang
Bila dua hati berbicara
Sebuah cinta suci bakal terpatri…

Karya oleh,
cHE

--------------------------
Terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa menyokong aku untuk terus berkarya. Ini adalah cerpen aku yang ke 6. Semoga anda semua terhibur. Bagilah komen dan kritikan. Kerana aku mengharapkan semua itu dari anda semua…Wassalam…
posted by BLOGGER @ 6:06 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
25 Comments:
  • At 21/8/08 9:41 PTG, Blogger saadah said…

    sweet..

    n love it..

    good try..
    bt byk2 lg..

    sedeyh gak ble fatiha kwn len..

    but ending dye mnarik..

    congrate..

    =)

     

  • At 21/8/08 11:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih sgt citebye sampai nangis saya, begitulah adat bercinta....kena setia pd yg satu

     

  • At 21/8/08 11:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    blehla...ending leh thn r..

     

  • At 22/8/08 12:26 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    TAHNIAH!!!cerita yg menarik..buat lg tau..sy nak baca lg hasil karya awak.=)SMILE

     

  • At 22/8/08 7:23 PG, Blogger rose emely said…

    sweet...
    tapi olahan ayat dlm dialog kurang menarik...
    anyway, good try
    keep it up!!! =)

     

  • At 22/8/08 10:04 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    beznyerr..sy 1st time bace novel awk,but it's very nice!congrates...I like it!

     

  • At 22/8/08 10:22 PG, Blogger eyerien said…

    congrate...after 6 cerpen this is the most matured story from u..really like it...thumb up

     

  • At 22/8/08 2:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    not bad...

     

  • At 22/8/08 3:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita menarik...tapi ending pada sebelah kisah je tapi bg kisah xsuami tak tahu.....kisah ni menarik...tahniah...usaha lagi...

     

  • At 23/8/08 9:26 PTG, Blogger Cikgu Eta said…

    cerita menarik tp panjang sgt.. tak sabar nak tunggu ending bila baca.

     

  • At 25/8/08 11:00 PG, Blogger deen said…

    Bagus.... sedap... mantap... sedih .. kecewa ... suka ...duka... merana... fuuuu... semua ada .. saya sangat suka pada cerita awk... moga2 awk akan terus jadi seorg penulis yg berjaya.. dan jgn lupe buat bnyk2 lg.. lagi sedih .. dan lagi gebat.... Congrate....... drp 5 bintang .. saya bagi 4 bintang utk awk...

     

  • At 26/8/08 8:37 PTG, Blogger sha said…

    wow,how sweet your story...i really loved..i rse u mmg bbkat dlm bidang nie so go go cayo!!!!!!

     

  • At 27/8/08 2:13 PTG, Blogger Unknown writer said…

    best yer. cool.

     

  • At 27/8/08 8:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bel nak update cite baru

     

  • At 29/8/08 1:46 PTG, Blogger hidayah said…

    Not bad...quite interesting story..keep it up.

     

  • At 29/8/08 11:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan cite ok tp gaya bahasa n penulisan x menarik terlalu skema n kureng feel nak baca

     

  • At 31/8/08 1:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sory la nk ckp, act cite ni xde la besh sgt pon~ jln cite dia ntah pape.. cm xlogic sgt la.. bahasa n penulisan dia skema sgt n wat pembaca xde feel sgt.. so, hopefully ur nex coming novel will be much much better than dis.. matangkan jln cerita n baiki bahasa n dun wat terlalu skema.. nnt ilang feel~ dats all 4m me.. keep it up~!

     

  • At 2/9/08 12:48 PG, Blogger Dunia Sebelah Fara said…

    hmm..
    i can feel it...
    tp sy xblh terima yg suami fatiha blh lepaskan die utk fazhan...
    make it more strong..
    teruskan usaha..

     

  • At 3/9/08 10:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x best pun....

     

  • At 3/9/08 2:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    kite dr kecik suke bace novel n cerpen...
    ape2 pon bawaan citer awak menarik...
    all the best...

     

  • At 4/9/08 6:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam,
    idea awak bagus tetapi too good to be true. plot cerita dari satu senario ke satu senario lain agak melompat. penceritaan pun agak longgar seperti mulanya kat bahagian atas cakap fatiha tinggal di kondo yang mewah, tup tup kat bawah cakap tuan helmi tanya tukang kebun. macam pelik la sikit kat situ. ending consider OK la. awak ada bakat, so buat yang lebih baik. saya sedia baca kat sini......usaha lagi.

     

  • At 7/9/08 1:16 PTG, Blogger kuku said…

    TERLALU BANYAK PENGGUNAAN PENGIKAT KATA AKIBATNYA IDEA PENULIS KURANG JELAS> MANAKALA ENDINGNYA LEMAH DI MANA JELAS SEBENARNYA PENULIS HARUS MENINGALKAN KESAN PEMBACA MEMPERSOALAKANNYA>

     

  • At 7/9/08 9:29 PTG, Blogger kunang senja said…

    good try...jgn putus asa tau..
    msti best ag kalo wat ag len kali..hehe

     

  • At 7/9/08 10:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..
    cte ni gne bahasa yg tlalu skema..
    no mood 2 finish it o read d whole story..
    erm..tp jln cte ok...
    bes..
    juz bhs..
    kurg sket...
    huhuhuhu...
    mayb bleh wat gne bhs yg lbh mnarik n sempoi..
    ok try harder k...
    wslm

     

  • At 15/9/08 12:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jln citer yg nenarik,ringkas,santai dan sng difahami...teruskan berkarya!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group