Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Udara pagi telah menyapa tubuh kecil si manis anak kepada datuk Aziz yang sedang duduk termenung ditepi kolam renang.Entah mengapa hari ini badanku terasa malas hendak ke kolej.Terdetik di dalam hati alya yang sedang menghirup udara pagi."Alya.......Alya......"jerit pembantu rumah Datuk Aziz memanggil Alya.Sedang maksom mencari Alya,datuk Aziz menyapa pembantu rumahnya "mengapa menjerit pagi-pagi ni mak som?lalu mak som menjawab sapaan datuk Aziz,"Oh datuk,selamat pagi.Saya sedang mencari cik Alya.Dari tadi saya memanggil tapi tiada jawapan.Saya mencari cik Alya didalam bilik dia tak ada.Tak mungkin cik Alya sudah pergi ke kolej,sebab kereta cik Alya masih ada di depan.Sedang datuk Aziz dan maksom berbual tiba-tiba muncul sekujur tubuh kecil di hadapan mereka."apa yang sedang dibualkan ini papa?Tanya Alya kepadaayahnya."Ini ha mak som,dari tadi mencari kamu sampai risau dia dibuatnya.Lalu dengan riak muka yang pelik Alya menanyakan pada maksom."kenapa maksom cari saya?saya sedang duduk di kolam renang sambil menghirup udara pagi la maksom.Dengan muka yang masih kelihatan cemas maksom terus memegang tangan Alya."Tak ada apa-apa,tadi maksom cari cik Alya didalam bilik untuk mengajak sarapan bersama tapi tak nampak pun cik Alya didalam bilik.Itu yang maksom risau sangat tu.Biasanya kalau Cik Alya hendak ke kolej atau kemana-mana mesti cik Alya beritahu dengan maksom dulu.datuk Aziz dan Alya terus ketawa mendengar cerita maksom yang dari tadi asyik menunjukan riak muka yang seakan cemas itu.Semenjak Ibu Alya meninggal maksom dan datuk Aziz la tempat Alya menumpang kasih.Ibu Alya telah meninggal dunia sejak umur Alya 2 bulan lagi.Dia menghidap kanser rahim yang serius.Sebelum Alya dilahirkan doktor telah menyarankan datin Azreen menggugurkan kandungan,ini kerana kamdungan tersebut akan menjejaskan kesihatan datin Azreen.Tanpa memikirkan diri sendiri,datin Azreen telah menolak saranan doktor dan memberitahu supaya perkara tersebut dirahsiakan dari pengetahuan datuk atau sesiapa pun.
Roti yang tadinya berwarna putih kini telah disapu jam berperisa coklat oleh Alya."Tak pergi kelas ke hari Alya?Tanya datuk."Hari ni malas la nak ke kelas papa.Alya nak berehat dirumah.Sebab badan rasa tak sedap la."kenapa Alya demam ke?Nanti papa bawakan ke klinik ye."tak payah la papa.Alya cuma nak berehat saja hari ni.Mungkin semalam Alya tidur lewat sebab study sampai pukul 2 pagi tadi.Minggu depan dah exam."kalau macam tu lepas makan nanti Alya masuk tidur dan berehat.Nanti menjejaskan kesihatan Alya pula.Dengan mengangkat tabik pada papanya Alya terus menjawab"baik bos.arahan di terima".Banglo yang tadinya riuh rendah dengan suara anak beranak dan telatah maksom kini kembali sunyi.Datuk telah perg ke pejabat dan Alya telah kembali ke bilik. Jam di dinding telah menunjukan pukul 1 tengahari.Alya mengesat matanya yang baru terjaga dari tidurnya.Dia melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri.Selepas mandi badan terasa cergas.Alya turun mencari maksom yang dari tadi tidak kelihatan.Surat-surat yang diletak diatas meja dibuka satu persatu oleh Alya.Tiba-tiba mata Alya ternampak satu sampul surat yang setemnya datang dari Switzerland.Sedang asyik membaca isi surat itu maksom menjerkah Alya dari belakang."hai cik Alya baca surat dari buah hati ke?Dengan senyum yang manis Alya menjawab"ye......surat dari buah hati,Shah hantar surat la maksom.Alya dan Shah telah lama berkawan.Sejak dari sekolah menengah lagi.Shah telah sambung belajar ke Switzerland sejak mendapat keputusan terbaik semasa di tingkatan enam.Sejak dari itulah hubungan Alya terputus dengan Shah.Alya hanya akan mendapat surat dari Shah dua kali sebulan.
Sejak Shah ke luar negara,Alya tidak pernah berjumpa dengan Shah.Hanya surat menjadi penganti diri dikala rindu menyelubungi diri Alya."apa pulak isi surat kali ini?tanya maksom kepada anak datuk Aziz.Dengan perasaan yang penuh gembira Alya menjerit sekuat hati"yahoooooo..........Shah nak balik minggu depan maksom.Dalam surat ni dia kata dia dah habis belajar disana.Sekian lama saya menunggu akhirnya shah pulang jua.Selama lapan tahun Alya menanti saat-saat kepulangan buah hatinya."My Baby You..are the reason i could fly,and cause of you...i don't have to wonder why..tiba-tiba telefon bimbit Alya berbunyi menyebabkan Alya tersentak dari lamunan."helo siapa nie?"Alya menjawab pangilan."hai you tak cam ke suara i yang macho ni?"Alya terdiam seketika untuk mengingat suara siapakah yang menelefonnya."kalau tak salah i la,ini mesti josh ye?"pandainye you meneka suara i.kalau macam ni la you boleh la masuk pertandingan mengecam suara.Haaaa....haaaa...."kedua-dua mereka ketawa."kenapa you call i ni?ada hal penting ke josh.dan yang paling penting mana you dapat no i ni?". "halo my dear no you ni bukan susah sangat i nak dapatkan.Sudah tentu la i dapatkan dari kawan baik you si zety tu."Ohhh...jadi you mintak dari zety la ni.I ingatkan you cari dari yellow pages."kenapa you tak datang kelas hari ni.you tak sihat ke?"mmmhhh....pasal tu ke.I ingat ada apa yang penting sangat.I sihat,cuma hari ni i tak ada mood nak pergi kelas.Lagipun malam tadi i tidur lewat"."Oooo....i ingat u demam.Oh ya minggu depan we all nak buat birthday party untuk karen.You nak join we all tak?"."Minggu depan i tak boleh la.I ade hal.Tak pela you all buat ajela.lagipun tanpa i pun you all akan sambut jugakan."Ala tak seronok la kalau you tak ade Al.Lagipun we all nak sambut dekat Port Dikson.Kenapa pulak you tal boleh join.Papa you tak kasi ke?Atau pun you ade date ngan boyfriend you."tak ade tal Josh.I nak sambut kawan i yang baru balik dari swis.That's why i cannot join u all to celebrate birthday party Karen."Kawan ke boyfriend Al?"Kawan la Josh.You ni kalau tak usik i satu hari tak sah kan."Ok la Al nanti kita jumpa esok.Bye.
Hari berganti hari,Alya menhitung waktu.Dia tidak sabar untuk menyambut Shah yang akan tiba tidak lama lagi.Kedengaran suara wanita yang bercakap dari balai ketibaan,memberitahu penerbangan dari Swis sudah tiba.Hati Alya makin berdebar.Adakah Shah sudah semakin kacak dari dulu atau adakah shah akan terkejut melihat aku nanti.Pelbagai persoalan sedang bermain dibenak hati Alya.Sekujur tubuh sedang berjalan di depan Alya dengan membawa bagasi dan sebuah patung besar."Maafkan saya,kalau tak salah awak ni Alyakan?Sapa lelaki tersebut.Dengan muka yang kemerah-merahan kerana malu Alya menjawab "Ye saya Alya.Awak ni Shah ke?Alya tidak menyangka lelaki tampan yang sedang berdiri di depannya adalah lelaki yang ditunggu sekian lamanya.Didalam kereta Alya tidak berkata apa-apa.mungkin kerana hendak membiasakan diri dengan Shah.Biasanya mereka hanya mengantikan surat sebagai diri masing-masing,tiba hari ini mereka bersua setelah kian lamanya."Awak apa khabar?"dua-dua menanyakan soalan yang sama.Shah dan Alya tersipu malu."Alya semakin cantik sekarang.Shah ingatkan Alya macam dulu.berpakaian simple aje."kenapa shah tak suka ke Alya macam ni?jawab Alya."Eh tidak la,Ok la macam ni.Shah suka."Ala Shah pun apa kurangnya,dah semakin kacak.rambut pun dah berubah colour."sindir Alya pada Shah."Rambut saja yang berubah,tapi hati Shah tetap sama macam dulu.Setealh rancak berbual akhirnya Shah dan Alya tiba didepan rumah datuk kamal."Assalamualaikum........mummy.....daddy....." walaikumsalam."Eh Shah,bila kamu sampai?Kenapa tak cakap yang kamu akan balik hari ini.Buat terkejut mummy aje la.""Ala saja Shah tak nak beritahu mummy.Shah nak suprisekan mummy and daddy.Daddy mana mummy?"Biasa la Shah,Daddy hari minggu macam ni pergi main golf la."Oh ya ni Shah kenalkan Alya Bin datuk Aziz.Dia yang jemput Shah Dari airport tadi."Asaalamualaikum,auntie apa khabar?"Dengan sopannya Alya menghulurkan tangan pada ibu Shah."Alhamdulillah,auntie sihat.Maafkan auntie sebab Shah menyusahkan Alya.Kalau auntie tau Shah balik hari ni boleh suruh pak hasan jemput kat airport."Tak pe la auntie lagi pun Alya sendiri yang nak jemput Shah."Jemput la masuk Alya.Nanti kita makan tengahari sama-sama."Tak pe la auntie Alya ada hal petang ni."ok la kalau macam tu malam ni alya datang rumah auntie kita dinner sama-sama.Auntie nak masak special malam ni sempena menyanbut kepulangan shah.Sebelum pulang Shah sempat memberikan sebuah patung yang dibeli dari Swis.Alya memecut laju kereta terus pulang kerumah.
"Dum"pintu kereta di tutup dengan rapat."Alya,mari kita minum petang bersama"sapa datuk Aziz."Papa ada hal yang nak dibincangkan dengan Alya." "Ok.papa turun dulu nanti lepas mandi Alya turun ye.Alya membelai patung yang diberikan oleh Shah kepadanya tadi.Tiba-tiba telefon bimbit Alya berdering."hello sayang you suka tak bear yang belikan tu?Alya menjawab "I betul-betul suka.Terima kasiah ye Shah.Susah-susah aje you belikan bear ni."Tak pe.itu aje yang i mampu belikan.Jangan lupa malam ni.Jangan tak datang pulak."Ok,i tak lupa.Alya bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri.Datuk Aziz telah lama tunggu anak kesayanganya di meja tepi kolam renang.Kelibat anaknya masih tidak kelihatan.Setelah lama menunggu kelibat Alya turun melangkah anak tangga."hai papa,ada apa yang nak dibincangkan.macam penting sangat je."Alya papa telah lama fikirkan hal ni.Papa harap Alya dapat mempertimbangkan hajat papa ni."Apa dia papa"Alya merenung tajam mata papanya."papa berharap Alya dapat meneruskan perniagaan papa kelak.Papa sudah tua Alya.Papa sudah tidak larat lagi.Harap Alya faham apa yang papa cakapkan ini.Wajah Alya tiba-tiba berubah"tapi papa,Alya rasa Alya tidak layak lagi untuk mengantikan papa di syarikat.Kenapa papa tidak serahkan pada pakngah saja untuk menguruskannya."Kalau boleh papa nak anak papa sendiri yang uruskan.Lagipun papa susah nak percayakan orang lain untuk uruskan syarikat papa ini."Nantilah papa Alya fikirkan.Lagipun Alya tak boleh beri kata putus sekarang.Jam di tangan menunjukan pukul 6.30 petang.Alya harus bersiap untuk kerumah Shah.Selepas solat magrib Alya ke rumah Shah.Alya memakai skirt berwarna merah hati dan blaus berwarna putih.Rambutnya disisir rapi dengan sebentuk sepit rambut berwarna merah."Hai anak papa cantik-cantik ni nak kemana ni?Tegur datuk Aziz."Oh lupa Alya nak beritahu papa yang Shah dah pulang ke Malaysia.So malam ni mummy Shah jemput Alya makan malam di rumahnya.Di luar kedengaran deruman enjin kereta dimatikan."Itu mungkin Shah sudah sampai.Alya pergi dulu ye papa."sebelum melangkah keluar Alya sempat bersalaman dengan papanya"Hati-hati ye sayang,jangan balik terlalu lewat.kirim salam pada mummy and daddy Shah.
Alya kini sudah pun tiba di rumah Shah.Alya bersalaman dengan mummy and daddy Shah."papa Alya kirim salam pada auntie and uncle""waalaikum salam.Kalau macam tu mari kita makan.Dari tadi auntie dh hidang.Nanti sejuk tak sedap pulak.Di meja makan Alya hanya menunduk sahaja."Alya ambik la lauk tu jangan la malu-malu,tak lama lagi nak jadi keluarga ni juga."Merah padam muka Alya dibuatnya."Sorry la Al,daddy i memang macam tu.suka menyakat." Eh apa pulak betul la,kalau Shah dah serius nanti daddy and mummy bawa rombongan meminang untuk Shah.Dengan perasaan yang malu Shah menjawab"daddy nanti la dulu.masih terlalu awal.lagi pun Shah baru aje balik ke Malaysia."Semasa dalam perjalan pulang Alya lebih banyak membisu.Sepatah ditanya sepatah dijawab.Entah kenapa malam ini hatiku bercelaru.Memikirkan tentang harapan papaku.dalam masa yang sama memikirkan tentang hubungan dengan Shah.Adakan aku sudah bersedia untuk memikul semua beban ini.Setibanya dirumah Alya terus membersihkan diri dan terus tidur.Keesokan harinya seperti biasa Alya bersiap untuk ke kolej."good morning papa,selamat pagi maksom"sapa Alya.walaupun penuh dengan masalah Alya tetap ceria.dia tidak pernah menunjukan yang dia ada masalah.Selepas sarapan dia terus ke kolej."Hai Alya.Rugi you tak join we all semalam.Seronok.""Entah la Alya ni,kenapa you tak nak join we all.rugi tau."I ada hal la semalam zety.sorry la karen.Happy belated birthday and nah hadiah untuk you."Selepas habis kelas Alya dan kawan-kawan nya sekali lagi celebrate birthday karen McDonald.Tengah rancak mereka ketawa tiba-tiba kedengaran telefon Alya berdering "halo sayang you kat mana?Jom kita keluar hari ini." "sorry la Shah hari ni tak boleh la,lagi pun i tengah celebrate birthday kawan i.Esok aje la kita keluar ek." Dengan nada yang sedih Shah menjawab "Ye la kawan lebih penting,i ni tak pentingkan."Ala jangan la macam tu Shah.Cuma hari ni aje.Ok."Ok la wahai permaisuriku"Shah mematikan talian."hai pakwe you marah ke you keluar dengan kita ni Al?" Tak la.mana ada.pandai-pandai aje la you ni Josh".
Shah sudah pun 5 bulan berada di Malaysia.Dan Alya sudah pun bersetuju untuk mengantikan papanya di syarikat."So macam mana kerja di sini cik Alya?"tegur seorang kakitangan yang bekerja di syarikat datuk Aziz iaitu Adrean."Hai saya Adrean,saya duduk disebelah bilik cik Alya"."Oh ye ker.Hai saya Alya ank kepada datuk Aziz.Maaf saya masih baru disini,kalau ada masalah boleh la saya tanya dengan awak ye Adrean."Dengan sepantas kilat Adrean menjawab "Oh tak menjadi masalah.kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu insyaallah." Shah kini bekerja di syarikat daddynya di bahagian pentakbiran manakala Alya bekerja dengan papanya dibahagian audit dan account.Sejak masing-masing bekerja Alya dan Shah sudah jarang berjumpa.Ini kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya."hai cik Shah.sudah waktu makan tengahari pun masih sibuk ke?kalau cik Shah tak sempat keluar biar saya tolong belikan untuk cik Shah."Ika mempelawa Shah.Ika adalah pembantu Shah di pejabat.Sejak akhir-akhir ini ika cuba merapatkan diri dengan Shah."Terima kasih ajelah Ika,nanti saya keluar makan sendiri.Lagipun kerja saya ni dah nak siap."My Baby You...are the reason i could fly,And cause of you i don't have to wonder why.......sekali lagi terdengar lagu itu berkumandang dicorong radio di dalam kereta Alya.Dihatinya teringat akan Shah yang sudah lama tak dihubunginya."Apa khabar shah sekarang ek?Masihkah dia meyimpan perasaan terhadapku lagi?Alya terfikir akan pelawaan ibubapa Shah yang ingin dia dijodohkan dengan Shah.Lamunan Alya terhenti seketika apabila sebuah kereta membunyikan hon kereta di sebelah keretanya.Tingkap kereta dibuka untuk melihat kereta yang membunyikan hon itu.Dia melihat orang yang berada didalam kereta itu adalah Adrean."Hai Alya.Awak nak kemana tu?Jom kita pergi makan dulu."ok kita jumpa kat restoran depan simpang tu"Kereta mereka membelok memasuki lorong tersebut.:Ye cik nak order apa?"tanya pelayan restoran."tolong kasi saya nasi goreng seafood dan orange jus".Adrean memandang Alya."hei saya baru nak order,awak dah order makanan yang sama.kita ni mempunyai citarasa yang sama ek?"."Secara kebetulan la Adrean".Oh ya awak dari mana nak kemana ni cik Alya?"Ala tak payah la berencik-encik dengan saya Adrean.Just call me Al aje.I dari office nak balik rumah.You?."I dari office juga.I nampak kereta you kat traficlight tadi,itu yang i hon you".Selepas rancak berborak Alya dan Adrean pulang kerumah masing-masing.
Matahari yang memancar terus kebilik Shah membuatkan Shah terjaga dari tidurnya.Dia melangkah ke bilik mandi untuk bersiap ke pejabat.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 pagi.Pagi ini Shah ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah.Selesai saja mesyuarat dia harus ke Putrjaya untuk berjumpa dengan klient disana.Ika ada mengikut sama dengan Shah.Didalam kereta Ika ada menyatakan untuk makan malam dengan Shah.Tapi Shah telah menolak dengan alasan dia sudah mempunyai kekasih.Shah tidak mahu Alya kecewa.Tiba-tiba Shah teringat akan janjinya untuk bertemu dengan Alya malam nanti.Krinnnggg....kringgg....Cik Shah,Cik Alya telefon."OK tolong sambungkan ketalian saya".Shah...Alya mintak maaf malam ni kita terpaksa batalkan dinner la.Coz i ada dinner dengan klient dari Japan nak datang.Malam esok la kita dinner ye.harap you tak kisah".Dengan nada yang lemah Shah menjawab :Tak pe la Alya.Lain kali aje la,lagi pun you nak jumpa klient bukan nak jumpa boyfriendkan".Shah memanggil Ika masuk kebiliknya."Ika sudi tak awak temankan saya makan malam hari ni? Dengan pantas Ika menjawab"I tak kisah Cik Shah.Kalau you yang ajak seribukali saya boleh."Ok la malam ni saya jemput awak kat rumah pukul 8 malam.Ika dengan perasan yang gembira terus keluar dari bilik Shah.Dia ada perancangan yang tidak baik untuk memikat hati Shah.Tepat jam 8 malam Shah sudah pun tiba dihadapan condo Ika."hai lawa awak malam ni Ika"."Oh ye ke.Terima kasih cik Shah.Sampai di restoran yang sering dikunjungi Shah dan Alya dia terus memesan makanan.tanpa disedari Shah,Ika telah memasukan pil tidur kedalam air yang diminum Shah ketika dia ke tandas.Semasa dalam perjalanan pulang kepala Shah terasa pening.Dia memberhemtikan kereta dibahu jalan.Ika menanyakan Shah dengan riak muka terkejut."Cik Shah kenapa ni?Kenapa berhenti kat tepi jalan ni? Shah menjawab"Entahlah kepala saya tiba-tiba pening.Boleh awak drive kereta ni tak Ika?.Ika terus beralih tempat duduk dengan Shah dan membawa pulang ke condo Ika.Sampai saja di rumah,Ika terus mambaringkan Shah diatas tilam dibiliknya.Keesokan harinya Shah dapati Ika sedang berada dalam dakapanya."Ya allah apa yang telah aku lakukan malam tadi?Adakah aku telah terlanjur dengan Ika?mengapa semua pakaian aku.........Oh tidak jika benarlah aku telah.........aku telah mengecewakan hati Alya."Shah bangun dan terus memakai pakaiannya.Ika tersedar dan memberi senyuman pada Shah keranantelah berjaya mengenakan Shah."Ika apa yang telah awak lakukan pada saya ni?Ika menjawab"Mana ada saya buat apa-apa.Cik Shah yang nak tidur dengan saya malam tadi.Cik Shah yang paksa saya".Shah terus beredar dari situ.Hari ini aku telah melakukan salah yang paling besar.Maafkan aku Alya.Aku tak berniat untuk melukan hatimu sayang.Seharian aku mengurungkan diri di dalam bilik.mummy memanggil untuk makan bersama pun aku tak hiraukan panggilan mummyku.Akhirnya aku telah fikir untuk melupakan apa yang terjadi pada malam itu.
Tepat jam 8 malam aku dan Alya keluar dinner bersama.Setelah sekian lama tidak berjumpa dengan Alya terpancar cahaya kerinduan diwajah Alya dan Shah."Auntie and uncle sihat ke?dah lama tak jumpa mereka"."Mummy and daddy i sihat.Diaorg ada tanya pasal you.So macam mana niat mummy i nak datang meminang you,ok tak?"Shah i rasa buat masa sekarang i tak fikir lagi la pasal kawin ni.Nanti la dulu.Masih terlalu awal lagi untuk kita fikirkan semua ini.Lagipun i baru aja kerja dekat syarikat papa i tu.Masih terlalu banyak komitmen yang harus difikirkan buat masa ini.I harap you faham dan sanggup tunggu sepertimana i sanggup menunggu you dulu".Selepas makan malam Shah dan Alya terus pulang kerumah.Hari ini Ika telah mengingatkan kembali kisah malam itu dengan mempelawa aku kerumahnya.Entah kenapa sejak akhir-akhir ini hubungan aku dan Ika semakin intim.Aku seakan lupa dengan Alya.Ketika sedang asyik memilih barang-barang dengan Ika tiba-tiba Alya menyapa aku."Hai Shah,you dengan siapa ni?Patutla sekarang you seakan mahu mengelak dari i".Alya beredar dari situ sambil Shah mengejar dari belakang."Alya...Al....tunggu bagi i jelaskan semuanya.Pleasa Alya".Tanpa menghiraukan pangilan Shah,Alya terus masuk kedalam kereta dan terus berlalu dari shopping mall itu.Dalam perjalanan Alya menitiskan airmata sambil mendengar lagu sampai hati nyanyian spring.Malam itu Alya tidak keluar dari biliknya.Dia hanya memerap didalam bilik sejak pulang petang tadi."Cik Alya..Cik Alya......jom la keluar makan.Jangan la macam ni nanti perut masuk angin".Sedang maksom memanggil Alya datuk Aziz muncul di depan pintu."kenapa ni maksom?'Ni ha cik Alya dari tadi tak keluar bilik risau maksom dibuatnya."Alya keluar sayang....kenapa ni.Alya tak sihat ke?Jom papa bawa pergi klinik"."tak pa la papa.Alya ok je ni.cuma pening aje".Datuk Aziz dan maksom terus beredar dari situ setelah mendengar jawapan Alya tadi.Krinnggg.....kriinnnnggg....telefon Alya berdering dari tadi namum tidak dijawab pangilan Shah.
Kini Alya ingin cuba melupakan Shah.Tiba saja dipejabat diatas meja Alya terdapat sejambak bunga bewarna pink dengan kad memohon maaf dari Shah.Hati Alya mudah untuk memaafkan Shah."Mungkin ini hanya dugaan untukku".Hati Alya berbisik sendiri.Petang itu Alya dan Shah bertemu.Shah menerangkan segalnya pada Alya.Setelah dipujuk lembut oleh Shah akhirnya Alya telah memberi peluang kedua padanya.Malam itu Shah telah membuat persiapan candlelight dinner untuk meyambut ulangtahun yang ke-6 sempena dia dan Alya telah menjadi pasangan kekasih.Malam telah berlalu dengan suasana yang sungguh romantis dengan bersaksikan bintang di langit."Selamat pagi papa,selamat pagi maksom.Hari ni kita nak sarapan apa ek?"Alya kelihatan gembira."hai anak papa hari ni happy nampak.Ada apa-apa ke berlaku malam tadi?"Dengan riak muka yang selamba Alya menjawab"Ohhh......sungguh dasyat.Malam tadi tahi bintang telah jatuh kebilik Alya la papa".Maksom yang berdekatan dengan Alya terus ternganga mendengar cerita Alya.Suasana pagi itu sungguh riuh rendah dek kerana telatah maksom dan Alya.Datuk Aziz hanya membiarkan sahaja pembantu rumahnya melayan kerenah anak tunggalnya dan terus ke pejabat.Di dalam riuh rendah mereka di dapur kedengaran telefon bimbit Alya berbunyi."hello Al,how are you?"tanya Josh"Hei Josh,I ok jer.Mana you pergi dah lama tak call i?""I masih di sini.You tu yang makin sibuk sejak keluar kolej hari tu"."So ape cerita?Masih ditempat lama lagi ke?"Lantas Josh menjawab "Oh i masih di tempat lama.Dan masih join ngan budak-budak tu lagi.hari minggu ni we all nak buat reunion,you nak join tak?" "Ok jugak.Nanti kejap i check diary nak tengok i free tal this week.Ooooo.....nampaknya i tak de plan lain.So i join you all la.Nak jumpa kat mana Josh?"Alya menunjukkan minatnya."Ok kalau macam tu nanti you tunggu we all dekat Istana hotel,jam 8 malam"."Ok kita jumpa nanti.Bye".Jam di pejabat telah menunjukkan pukul 10 pagi."hai lambatnya masa berjalan hari ni.Malas sungguh nak buat kerja."Alya mengeluh malas."tok.....tokk...."pintu bilik Alya diketuk."Masuk"sahut Alya dengan nada yang malas."Cik Alya nanti lunch kita pergi makan sama ya".Adrean mempelawa Alya yang sedang bersandar di kerusinya."La Adrean,kan saya dah cakap jangan panggil saya cik.Panggil saja Alya bolehkan.Ok la nanti tengahari kita jumpa".Tengahari itu restoran kak nory sungguh penuh dengan manusia yang sedang menjamu selera.Mereka masing-masing tidak menghiraukan orang disekeliling mereka.Ini kerana lauk-pauk yang dimasak oleh kak nory sungguh enak.Termasuklah sepasang kawan sepejabat iaitu Adrean dan Alya.Sedang asyik menjamu hidangan tengahhari,tiba-tiba mata Alya terpandang sepasang kekasih sedang rancak berbual disudut meja restoran tersebut.Dalam hati Alya terdetik"mungkin orang lain kot,tak mungkin Shah.Dia dah berjanji dengan aku yang dia tak akan buat hal di belakang aku.Lupakan aje la"."Kenapa Alya?Apa yang sedang awak pandang tu?"Alya tersentak sebentar selepas ditegur oleh Adrean."Oh tak ade apa-apa.Saya sedang berfikir apa bahan yang dicampur dalam ayam bakar ni.Sedap betul".Alya mengelak dari diketahui oleh Adrean.Selepas saja makan tengah hari Adrean menyambung kembali kerja-kerja yang belum disiapkan lagi.Alya yang sedang duduk dikerusi asyik berfikir mengenai pasangan kekasih yang berada di restoran itu tadi.
"hello sayang malam ni you datang rumah i ye.I boring la.U temankan I ye sayang".Ika menelefon Shah yang sedang mandi."Ok.Nanti kita jumpa".Selesai saja mandi Shah terus bersiap untuk ke rumah Ika pada malam itu.Sedang asyik bersiap Shah tersentak dek kerana deringan yang memecah kesunyian bilik tidurnya."hello Shah,malam ni kita keluar ye.I boring la.Lagipun kita dah lama tak jumpa".Dalam nada yang teragak-agak Shah menjawab"Oh malam ni tak boleh la sayang,I letih sangat.Malam esok la kita keluar.Bolehkan?I hope u understand"."Tak pela kalau macam tu kita keluar esok ajelah".Alya mematikan telefon dengan nada yang kecewa.
Dalam perjalan kerumah Ika tanpa disedari Shah,Alya telah terserempak dengan kereta Shah di persimpangan menuju ke rumah Alya.Diketika itu Alya yang didalam perjalanan pulang dari kedai berhampiran rumahnya.Hati Alya berbisik sendiri"Hai apa shah buat dekat kawasan kondo ni?Tadi aku call ajak keluar dia tak mau".Alya terus mengekori Shah dari jauh untuk melihat siapakah yang Shah ingin jumpa malam-malam ni.Setibanya di tempat letak kereta tetamu Shah memberhentikan kereta dan terus menaiki lif yang berada di sebelah parking tersebut.Alya hanya melihat ditinggkat berap lif itu berhenti.Ternyata lif itu berhenti di tinggkat 10.Kemudian Alya menaiki lif menuju ke tinggkat 10.Bila tiba saja di tinggkat tersebut Alya tidak tahu pintu manakah yang dimasuki oleh Shah.Dari luar Alya hanya mendengar dari pintu ke pintu untuk mengecam suara Shah.Alya tiba didepan pintu yang bernombor A1-10.Dari luar pintu itu Alya telah mendengar suara Shah."Ternyatalah itu suara Shah.Suara perempuan mana pulak yang mesra memanggil nama Shah."Hati Alya berbisik."Adakah Shah telah menduakan aku.Tak mungkin,tak mungkin.....".Untuk mengetahui tentang perkara yang sebenar Alya memberanikan diri untuk masuk saja kedalam rumah itu.Tanpa disangka sekujur tubuh yang sedang bermesraan di atas sofa adalah seorang lelaki yang selama ini disayangi dan dipercayai."sampai hati awak melakukan perbuatan yang terkutuk ini Shah.Selama ini saya menyayangi awak dan mempercayai awak,ini balasan yang saya terima.Terima kasih Shah diatas apa yang telah awak berikan pada saya.Semoga berbahagia".Dengan linagan airmata yang bercucuran kepipi gebu,Alya melangkah kaki dengan penuh kekecewaan.Alya melangkah tanpa menghiraukan panggilan dari Shah.Terasa langkah Alya bagaikan lemah dan kaku.Dalam perjalanan pulang kerumah airmata Alya tidak putus kerana terbayang-bayang wajah Shah di dalam matanya.Sampai saja dirumah Alya menutup pintu biliknya dengan kuat dan menghempaskan badannya ketilam.Hatinya bagai dirobek-robek oleh sesuatu yang menyakitkan.Entah kenapa malam itu menjadi malam yang paling pahit dalam hidup Alya."My baby you...are the reason i could fly,And cause of you i don't have to wonder why...."telefon Alya berdering.Alya tidak menjawab panggilan itu dan terus mematikan talian.
Sejak kejadian malam yang pahit itu,Alya menjadi seorang yang happy ke seorang yang pendiam.Dia tidak banyak bercakap.Tidak kira dengan siapa,dirumah mahu pun di pejabat."Alya sejak kebelakangan ini papa tengok Alya sering termenung.Kenapa sayang?Alya ada masalah ke?Beritahulah papa".Sambil mengesat airmata dipipi Alya bertanya pada papanya."Papa kalau hati kita dilukai seseorang yang kita sayang pasti sakitkan papa?"."mesti la sayang.Nak-nak pula orang yang kita sayang tu kita percaya dekat dia seratus-peratus,Kenapa Alya tanya macam ni.Siapa yang telah melukai hati anak papa ni?".Datuk Aziz bertanya dengan tegas."tak adalah papa.Alya just tanya pendapat papa aje.Oh ye papa Alya dah fikir masak-masak,Alya nak sambung belajar di Uk.Dan Alya nak melupakan segala kenangan yang boleh membuat Alya rasa tertekan disini".Alya sekali lagi menitiskan airmatanya.Datuk Aziz menyapu airmata anaknya dengan sapu tanggannya."Papa tak kisah, asalkan Alya bahagia dan gembira papa turutkan aje.Bila Alya hendak berangkat kesana?"."Minggu depan papa.Semua Alya sudah uruskan.Tempat tinggal.pasport dan kolej yang bakal Alya belajar nanti papa.Tak usahlah papa risaukan sangat.Lagipun Alya pergi dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar di Lim Kok Wing dulu".
Tiket penerbangan,pasport dan segala kelengkapan telah tersedia.Alya memyerahkan sebuah kotak yang berisi kenangan dia bersama Shah dahulu kepada maksom untuk diserahkan kepada Shah nanti."Semua penumpang yang ingin berlepas ke United Kingdom sila masuk ke balai berlepas sekarang".Kedengaran sayup-sayup suara wanita yang membuat pengumuman untuk para penumpang untuk masuk ke balai berlepas."Papa...maksom...Alya masuk dulu ye.Nanti kalau dah sampai sana Alya akan telefon papa.Maksom jangan lupa tolong jagakan papa untuk Alya ye.Dan sampaikan salam Alya pada Shah ketika maksom hendak pulangkan barangnya nanti".Alya bersalaman dengan papa dan maksom sebelum berangkat.Mereka sempat berpelukan dan Alya menitiskan airmata kegembiraan dan kesedihan kerana segala kenangan yang lalu bakal dilupakan.Alya merenung keluar jendela sambil matanya melihat kabus-kabus yang kelihatan putih dan suci.Sedangkan dia sedang membawa segala kedukaan yang tersimpan didalam hatinya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan