BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Julai 11, 2008
Novel : Saya sayang awak 3
Pemuja Rahsia a.k.a INA SUBIR
melvina_teh@yahoo.com

Saya pernah katakan pada diri saya. Andai satu hari nanti saya bertemu dengan awak di mana-mana, saya akan berdiri megah di hadapan awak dan dengan tenangnya saya akan memberitahu bahawa saya cukup bahagia walau tanpa awak di sisi saya. Banyak yang pernah saya rancang. Pernah saya terfikir untuk menghina awak di tengah orang ramai agar awak tahu perasaan saya. Saya mahu tahu apa yang awak telah lakukan pada saya. Tapi kenapa semua berlaku tidak seperti yang saya rancangkan?

Tangisan dan jeritan awak di luar bilik saya membuatkan saya semakin hiba. Kenapa awak datang? Selama lima bulan ini, saya cuba kuatkan diri saya. Saya cuba untuk bina semula keyakinan diri saya tapi kehadiran awak membuatkan luka saya semakin parah. Awak buat saya menangis walaupun saya dah berjanji yang saya tak sesekali akan tunjukkan kelemahan saya pada awak. Saya akan berubah. Saya takkan jadi macam dulu lagi. Tidak lama kemudian saya terdengar jeritan awak. Awak dibawa pergi oleh pengawal keselamatan.

Saya buka pintu apabila Mama ketuk pintu bilik saya. Saya terus peluk Mama sehingga saya tertidur. Bila saya buka mata, awak ada di sisi saya. Mata awak merah. Awak nampak tak terurus. Saya terus duduk di atas katil. Saya tak pandang awak. Awak pun tak bersuara. Lama kita saling membisu. Sesekali saya jeling pada awak tapi awak tundukkan kepala. Bila awak dongakkan kepala, saya larikan pandangan. Saya tak nak awak nampak saya tengok awak.

Awak panggil nama saya. Saya sengaja tak berikan respons walaupun awak menyebut nama saya buat kali kedua. Saya takut saya lemah kalau dengar kata-kata awak. Awak satu-satunya lelaki yang buat saya lemah dan tunduk pada awak ... Entah buat kali ke berapa awak memohon kemaafan. Awak menangis di hadapan saya. Alangkah murahnya air mata awak. Saya ingin percaya pada ucapan maaf awak ... Tapi saya takut saya terluka lagi.

Saya diamkan diri. Saya tak tahu apa yang saya harus katakan. Saya tak dapat maafkan awak. Perasaan saya dah mati. Hari itu awak ada di sisi saya sepanjang hari. Sepanjang hari jugalah saya tidak pedulikan awak. Sewaktu makan tengahari, awak bukakan botol air saya tapi saya tak minum pun. Saya minta Mama ambilkan yang baru. Saya benci tengok awak berbaik dengan saya. Sebab setiap kali awak berbaik dengan saya, setiap kali itulah awak akan lukakan saya.

Doktor Zikri datang sewaktu kita makan tengahari. Saya nampak mata awak menyorot memandang Doktor Zikri. Saya benci tengok jelingan mata awak. Saya rasa macam nak simbah air dalam cawan ni kat awak. Awak memang pandai menyakitkan hati orang! Tapi saya pelik jugak ... Doktor Zikri pun pandang awak lain macam. Ahh, saya tak peduli!

Bila Mama nak balik, awak katakan pada Mama awak nak temani saya. Saya terus hempas dan kunci pintu. Saya bukan budak kecik untuk ditemani sewaktu tidur. Saya tak perlukan awak, tak sesekali lagi saya akan perlukan awak. Saya duduk di atas katil. Saya tak tau apa yang saya rasakan. Bila awak ada di depan mata, saya rasa benci, marah. Saya beristighfar panjang apabila pintu bilik saya diketuk. Awak tak balik rupanya. Tapi saya tak buka pintu.

Esoknya saya terbangun apabila awak ketuk pintu bilik saya. Kenapa awak tak balik lagi? Awak tidur di mana agaknya ya? Saya tak buka pintu. Seketika kemudian awak ketuk lagi. Kali ni awak sempat berpesan supaya saya bangun dan tunaikan solat subuh. Terpampan saya dibuatnya. Saya terasa macam ada orang tampar pipi saya. Kepala saya tunduk. Kalaulah awak tau ... Awak ... Saya dah lama tinggalkan solat.

Dalam masa lima bulan ini, saya tak sedar tentang apa-apa. Saya hidup dalam dunia saya sendiri. Kata Mama, awalnya keadaan saya sangat teruk. Saya perlu diberikan sedatif supaya saya tidur. Sebab setiap kali saya bangun, saya akan menjerit-jerit dan hilang kawalan. Kalau saya tak hilang akal pun, saya akan menangis sepanjang hari. Awak tau tak apa yang saya rasa? Saya rasa saya terdengar tangisan bayi. Kemudian saya terdengar suara seseorang menuduh dan melukai perasaan saya. Saya dihantui tangisan bayi ... tapi saya tak tahu bayi siapa sehinggalah Mama beritahu saya tentang Muhammad Islam.

Keadaan saya makin teruk. Saya tak mampu nak terima sebarang makanan. Minum pun jarang sekali. Kebanyakan masa saya habiskan dengan menangis atau berbaring di atas katil. Saya lupa pada semuanya. Yang saya ingat hanyalah tuduhan awak dan Muhammad Islam. Kadangkala saya usap perut saya dan tertanya kenapa Muhamamd Islam diambil dari saya? Terlalu besarkah dosa saya awak sehingga begini sekali hukuman yang perlu saya terima? Adakah semuanya salah saya? Selama ini, saya seorangkah yang bersalah?

Awak datang merayu pada saya supaya memaafkan awak. Saya boleh maafkan awak, kalau itu yang awak mahukan. Namun biarpun bibir saya mengungkapkan kemaafan, untuk melupakan apa yang telah berlaku, saya rasa mustahil, awak. Tak semudah itu. Saya tak mungkin dapat lupakan apa yang telah berlaku. Luka di hati ini tak mungkin sembuh dengan mudah.

Setiap malam saya mengerjakan solat sunat taubat. Saya tahu saya salah kerana pergi tanpa mendapat keizinan awak. Saya mengaji Al-Quran setiap malam kerana saya mahu mendapat zuriat yang baik. Saya mahu Muhammad Islam menjadi sebaik dan seunggul agama Islam. Saya tak dapat terima hakikat Muhammad Islam diambil pergi dari saya. Saya tak sempat nak tengok Muhammad Islam dengan mata saya sendiri. Awak boleh faham perasaan saya? Sakit hati saya apabila awak tinggalkan saya tak sama dengan sakitnya kehilangan seorang anak. Saya lebih sanggup awak yang mati daripada Muhammad Islam ... Kejam ke kalau saya berfikir begitu?

Azan subuh berkumandang. Hati saya terasa sayu. Suasana sepi menggigit hati saya. Suara bilal yang melaungkan kalimah kebesaran Illahi yang mendayu-dayu membuatkan air mata saya bertakung. Sudah lama saya tak sedar tentang hidup saya. Terlalu lama saya hanyut dalam kenangan. Di sejadah itu saya tunduk memohon ampun dari ALLAH.

Awak banyak bercakap dengan saya tapi saya tak jawap. Hari itu saya mengenakan tudung sewaktu Doktor Zikri datang untuk membuat rawatan. Dia nampak terkejut. Awak juga. Selama ini saya lupa tentang segalanya. Solat, aurat ... saya lupakan ALLAH kerana meratapi pemergian Muhammad Islam sedangkan ada hadis Rasulullah di mana Rasulullah bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi, \"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.\"

Saya terkejut sebab selama ini Mama menangis meminta saya banyak bersabar namun tidak pernah sekali tangisan Mama singgah di hati saya. Tetapi pesanan awak yang sekali itu menusuk jiwa saya, seakan membangunkan saya dari lamunan yang panjang. Walaupun saya tak memaafkan awak tapi saya harus berterima kasih. Pelik rasanya bila kenapa begitu mudahnya saya mendengar kata-kata awak. Awak seakan-akan masih lagi menguasai hidup saya, membuatkan saya menurut segala kata-kata awak. Mengapa saya begini?

Doktor Zikri banyak bertanya tentang diri saya dan perasaan saya. Saya jawab dengan lancar. Kata Doktor Zikri, saya juga sudah mula senyum. Betul ke? Selama ni saya tak senyum ke? Saya tak tahu apa yang berlaku selama lima bulan saya di sini melainkan menangis dan terus menangis. Kata Doktor Zikri juga, saya sudah mula tenang. Betul ke? Saya hanya senyum. Tengahari itu saya keluar berjalan-jalan di sekeliling hospital. Awak setia menemani di sisi saya.

Saya lihat orang-orang yang senasib dengan saya. Banyak yang lebih teruk dari keadaan saya. Ada yang langsung tidak bercakap dengan mata yang sembap. Apa agaknya yang lebih menyedihkan daripada kehilangan seorang anak? Kenapa saya lemah sehingga saya lupa pada Pencipta? Melihat situasi itu, saya jadi insaf. Saya menangis lagi. Awak usap belakang saya tapi saya tepis tangan awak. Saya tak nak awak dekat dengan saya ... Saya tak nak awak nampak air mata saya.

Mama datang membawa pakaian untuk saya. Bila Mama datang, saya menangis lagi. Saya mohon ampun pada Mama kerana saya dah susahkan Mama selama ini. Petang itu, awak dan Mama pulang ke Kuala Lumpur. Saya peluk, cium tangan Mama. Saya tahu awak nak saya salam tangan awak tapi saya sengaja buat tak faham. Belum tiba masanya. Lagipun saya tak tahu status saya dalam hidup awak. Kalau saya bukan lagi isteri awak, haram menyentuh tangan awak.

Bila awak dan Mama pergi, saya terasa sepi. Cuma nurse yang bertugas sahaja yang menemani saya. Doktor Zikri cukup memahami saya. Dia adakan pelbagai ujian untuk saya. Dia kata keadaan saya dah semakin baik tapi dia masih perlu beri rawatan. Saya cuma senyum. Doktor Zikri selalu temankan saya. Hampir setiap hari. Kadang-kadang dia bawa saya semasa dia berikan rawatan pada pesakit lain. Dia banyak ceritakan keadaan saya semasa saya dalam rawatan. Saya hanya menjadi pendengar setia.

Hujung minggu, awak datang lagi. Kali ini Mama tak datang bersama tapi Mama bekalkan awak dengan masakan Mama. Sedap betul. Dah lama saya tak makan masakan Mama. Semasa kita makan bersama, Doktor Zikri datang. Riak wajah awak berubah. Wajah awak tegang. Mata awak semacam je pandang saya dan Doktor Zikri. Saya salah tafsir agaknya tapi awak memang nampak lain.

Sebelum awak balik, awak bagi saya handphone. Awak kata ini cara supaya kita dapat berhubung. Saya buat tak layan. Nak berhubung buat apa? Tak ada alasan untuk kita saling berhubung. Walaupun saya tolak tapi awak biarkan handphone atas meja. Awak senyum je bila awak tinggalkan handphone tu. Tiga minit lepas awak keluar dari bilik saya, handphone berbunyi. Ada message.

‘Saya rindukan Ariana.’ Awak yang hantar. Saya tak tahu kenapa saya tersenyum baca message awak. Pelik ... Saya terasa bahagia sesaat. Kemudian saya sedar kembali. Saya beristighfar dan biarkan message itu. Malam tu berkali-kali handphone tu berbunyi. Kuat pulak tu. Volume level 5. Awak ingat saya pekak ke? Awak hantar message tu setiap kali awak berhenti untuk berehat. Awak beritahu awak di mana dan awak rindukan saya. Bila awak sampai di rumah, awak beritahu bahawa awak rindukan kehadiran saya di rumah kita. Penipu!

Sejak hari tu, awak la penghantar setia message untuk saya. Boleh dikatakan sepanjang hari awak akan hantar. Pagi sewaktu Subuh, awak akan hantar message suruh saya bangun tunaikan solat. Kemudian awak beritahu saya awak mahu memandu ke pejabat, awak sudah tiba di pejabat, awak sedang makan tengahari, awak sedang berehat selepas solat Asar. Jika awak perlu pulang lewat, awak tidak lupa beritahu saya. Awak tak pernah lupa ingatkan saya supaya menunaikan kewajipan dan awak tak pernah lupa katakan yang awak rindukan saya. Awak tipu, kan?

Minggu seterusnya, awak bawa saya keluar. Buat kali pertamanya saya bercakap dengan awak. Saya tanya awak nak bawa ke mana tapi awak tak jawab. Awak senyum pahit sepanjang perjalanan. Dah lama saya tak keluar melihat dunia. Excited rasanya tapi awak hancurkan segalanya. Awak buat saya sedar kembali tentang kita. Sepanjang perjalanan pulang, saya langsung tak pandang awak atau bercakap dengan awak. Perasaan benci saya datang kembali. Sampai di bilik, saya hempaskan pintu.

Kenapa awak bawa saya jumpa Muhammad Islam? Apa tujuan awak buat saya sedih? Kenapa awak suka sangat seksa perasaan saya? Awak tak tau ke perasaan saya? Awak ingat saya suka-suka hilang akal? Awak ingat saya berlakon untuk dapatkan perhatian awak ke? Sepanjang malam saya menangis. Saya teringat kembali apa yang telah terjadi, apa yang awak dah lakukan pada saya. Kenapa awak kejam sangat dengan saya?

Saat kaki saya melangkah ke arah kubur Muhammad Islam, saya teringat waktu saya berjaga di tengah malam. Saya bacakan surah-surah terpilih dan menunggu azan subuh berkumandang. Hampir setiap malam saya buat begitu. Selepas menunaikan solat subuh saya akan berbual dengan anak kita. Saya ceritakan tentang awak, tentang kita. Saya banyak berpesan pada Muhammad Islam supaya menjadi orang yang penyabar kerana api amarah itu pemusnah segalanya.

Perasaan saya mula gundah gendala. Saya mula abaikan awak lagi. Kebanyakan masa saya habiskan dalam bilik, duduk di sejadah, menghadap Illahi. Saya cuba untuk mengusir ratapan hati saya jauh-jauh. Pagi itu entah bagaimana, awak ada di dalam bilik saya. Bila saya terbangun, awak sedang menggenggam erat tangan saya. Awak terbangun dari tidur. Awak minta maaf tapi awak tak berganjak? Saya cuma mendiamkan diri.

"Kita solat berjemaah, Ariana." Pinta awak. Terkedu saya dibuatnya. Saya lihat jam di dinding. Sudah pukul lima pagi. Saya hanya mengangguk. Sementara menanti azan subuh, awak mengaji dan mengerjakan solat sunat. Entah solat sunat apa awak buat ... Awak buat solat sunat taubat ke? Sebab suara awak bergetar sewaktu membaca surah Al-Fatihah dan lama awak sujud. Bacaan doa awak juga panjang. Sesekali saya terdengar esakan kecil. Kenapa awak menangis?

Saya teringatkan saat kita solat berjemaah seperti dulu. Selesai solat, awak palingkan badan menghadap saya. Saya tak tahu apa saya harus lakukan. Awak hulurkan tangan supaya saya menyalami tangan awak. Saya teragak-agak untuk sambut huluran awak. Awak katakan saya masih isteri awak dan tak pernah sekali pun awak lepaskan saya. Air mata saya mengalir. Entah untuk apa. Saya tak seperti dulu lagi. Kini air mata saya cepat mengalir. Hati saya mudah tersentuh.

Awak belai pipi saya, lama. Kita terhanyut dibuai perasaan. Bibir awak menyentuh dahi saya. Kucupan awak membuat saya terasa syahdu tetapi kemudian awak terus bangun. Saya terkapar sendirian. Perasaan malu menguasai diri saya. Awak keluar dari bilik saya tanpa sepatah kata. Saat matahari menunjukkan sinarnya, awak datang ke bilik saya dengan dua bungkus nasi lemak dan beberapa jenis kuih. Awak beli kuih puding jagung kesukaan saya. Mungkin Mama yang beritahu awak.

Awak langsung tak bersuara hari itu. Awak mengekor saya ke mana saja, seperti bayang-bayang saya. Selepas solat zuhur, awak meminta izin untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya membiarkan. Saya duduk di dalam bilik selepas awak pulang. Kenapa saya terasa sepi? Berkali-kali saya belek handphone saya. Kenapa tak ada message dari awak? Kenapa awak tak call saya? Awak kat mana sekarang?

Saya selalu keliru dengan perasaan saya sendiri. Setiap kali awak di sisi saya, saya akan mendengus benci tetapi apabila awak jauh, kenapa hati saya menyebut nama awak? Saya terus mengambil wuduk dan mengerjakan solat Isyak. Saya tak mahu dibelenggu oleh perasaan keliru lagi. Yang paling saya resahkan, saya tak mengerti apa perasaan saya pagi tadi. Kenapa saya menangis bila awak beritahu saya masih lagi isteri awak? Saya menangis kerana sedih ke? Atau saya menangis kerana gembira? Dan kenapa saya terbang jauh ke langit biru bila awak membelai saya?

Kata Doktor Azim, keadaan saya sudah semakin baik. Saya boleh pulang, menjalani kehidupan seperti dulu lagi. Dua hari kemudian Mama datang dan saya pulang. Saya tak beritahu awak pun. Untuk apa awak tahu? Saya tinggal bersama Mama. Dua minggu kemudian awak datang ke rumah. Awak datang bersama sejambak mawar putih dan puding jagung. Awak, Mama dan saya duduk di halaman rumah sebelum Mama meninggalkan kita berdua. Saya tahu Mama sengaja memberi ruang untuk kita berbicara.

Awak ajak saya pulang ke rumah kita. Ke sisi awak. Ke kehidupan lama kita. Perasaan saya yang sememangnya tidak tenang berubah menjadi marah. How could you? Berani awak ajak saya kembali ke sisi awak setelah apa yang awak lakukan pada saya? Saya hanya diamkan diri. Saya cuba kawal amarah saya. Tapi bila awak ulang permintaan awak buat kali kedua, saya tak mampu nak kawal perasaan saya lagi. Saya meninggikan suara memarahi awak. Saya luahkan segalanya yang saya rasakan selama ini. Awak hanya tunduk ke lantai. Saya benar-benar marah sampai saya rasa nak hempas kerusi kayu kat awak.

Untuk apa saya kembali ke sisi awak? Supaya awak boleh sakiti saya lagi? Supaya kita boleh hidup bersama seperti dulu di mana saya terpaksa memendam rasa dan membiarkan awak berbuat sesuka hati awak? Saya bukan bodoh nak kembali ke masa dulu. Saya bukan tak ada akal untuk kembali ke sisi awak dan membiarkan perasaan saya dilukai lagi! Awak kata awak nak tebus kembali kesilapan awak dulu. Kalau awak betul-betul nak tebus kesilapan awak, kembalikan Muhammad Islam. Hanya Muhammad Islam yang boleh tebus kesilapan awak tu!

Saya larikan diri ke dalam bilik. Sebelum saya hilang kewarasan, lebih baik jangan biarkan saya nampak muka awak. Malam itu awak hantar message pada saya. Panjang lebar message dari awak. Kata awak, awak sudah berfikir tentang kita. Awak tidak akan melepaskan saya dan awak mencuba segalanya supaya kita kembali bersama. Saya mendengus. Mudahnya cara awak berfikir. Awak sangkakan hidup ini semudah awak melukai saya, ya?

Sejak hari itu hampir setiap hari awak datang ke rumah Mama selepas pulang bekerja tapi tak sekali pun saya keluar menemui awak. Berkali-kali Mama memujuk tapi saya anggap saya tidak mendengar apa-apa. Biarlah. Kali ini saya tak mungkin akan termakan dengan pujukan awak lagi. Bak kata Izzah dulu, trick murahan. Biar apa sekali pun cara awak gunakan, saya akan pastikan awak tidak berjaya mendapat kemaafan dari saya. Awak boleh beli jiwa Mama dan semua ahli keluarga saya tetapi bukan jiwa saya.

Pernah sekali Mama dan Papa keluar meninggalkan saya sendiri di rumah dan tidak lama kemudian awak datang. Saya tahu awak yang rancangkan semua itu. Mustahil Mama dan Papa akan keluar apabila mereka tahu awak akan datang. Saya kuncikan diri di dalam bilik. Awak ketuk pintu bilik saya tapi saya halau awak pergi. Awak beritahu awak akan duduk di luar bilik saya. Saya intai melalui ruang di bawah pintu dan saya lihat awak duduk di pintu.

Awak bercakap melalui pintu itu. Awak luahkan segalanya yang awak rasakan. Tentang arwah nenek awak, tentang DIya dan tentang Rie. Saya tak nafikan saya rasa bersalah tentang Rie itu bukan alasan untuk saya memaafkan awak. Mana mungkin saya memaafkan awak. Sekeping surat yang awak selitkan melalui bawah pintu saya koyak begitu saja. Sudahlah. Tak ada sekelumit perasaan sayang saya pada awak lagi. Saya bodoh kerana menyayangi lelaki seperti awak.

Doktor Zikri datang melawat saya. Dia baik, tak seperti awak. Dia melayan saya dengan lemah-lembut, dengan penuh sopan. Setiap bait bicaranya ikhlas dan tulus. Dia sukakan saya. Dia berterus-terang tentang perasaannya. Saya terdiam. Saya tak tahu apa yang saya harus katakan pada Doktor Zikri. Saya cuma senyum. Selepas dia memberitahu saya perasaannya, dia bertemu Mama dan Papa. Dia meluahkan hasrat untuk mengahwini saya.

Saya teringatkan awak. Saya pandang Doktor Zikri yang sedang tekun mendengar penjelasan Mama dan Papa. Saya rasa Doktor Zikri tahu yang saya masih terikat dengan perkahwinan kita tapi dia masih mahu bersama saya. Saya hanya mendiamkan diri dan masuk ke dalam bilik. Saya akui Doktor ZIkri baik, jauh lebih baik dari awak. Tapi hati saya masih tertutup untuk menerima kehadiran orang lain. Semuanya kerana awak buat saya jadi fobia dan takut untuk bersama orang lain.

Mama dan Papa tidak beritahu awak tentang hasrat Doktor Zikri. Saya juga hanya mendiamkan diri. Biarlah awak tidak tahu tentang Doktor Zikri. Sejak hari itu Doktor Zikri kerap menghubungi Mama untuk bertanya tentang saya sehinggalah satu hari saya terima panggilan dari Doktor Zikri. Dia ceritakan pada saya perasaannya apabila bertemu dengan saya buat kali pertama. Katanya, perasaan itu jauh lebih indah daripada saat dia bersama bekas isterinya.

Doctor Zikri sudah pernah berkahwin sebelum ini. Katanya dia yang bersalah kerana gagal membimbing bekas isterinya sehingga bekas isterinya terlanjur bersama lelaki lain. Tanpa sepatah bicara, dia menceraikan bekas isterinya. Saya tak tahu apa yang saya harus katakan atau lakukan. Saya benar-benar tak tahu. Saya keliru dengan situasi yang sedang berlaku. Saya rasa macam tak percaya saya sedang jadi rebutan sedangkan sebelum ini tidak pernah ada seorang lelaki pun yang sudi memandang saya.

Setiap hujung minggu Doktor Zikri akan datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk bertemu saya. Dengan rasa berat hati dan terpaksa saya keluar bersamanya. Saya tak tahu apa yang membuat saya rasa berat hati. Mungkin kerana saya tidak suka keluar bersama dia atau mungkin kerana saya memikirkan status saya. Saya masih seorang isteri kepada Muhammad Nizam. Dan sebagai seorang isteri, saya tidak seharusnya keluar bersama lelaki lain.

Setiap kali saya keluar bersama Doktor Zikri, jauh di sudut hati saya ada perasaan risau yang wujud. Saya risau kalau awak ternampak saya bersama Doktor Zikri. Entah apa yang awak fikirkan nanti. Dan mungkin lebih teruk, entah apa yang awak akan lakukan pada saya dan Doktor Zikri. Saya tahu awak tidak sukakan Doktor Zikri. Saya cuba tepis perasaan itu jauh-jauh tapi tak berdaya.

Setiap kali keluar bersama, Doktor Zikri pasti akan meluahkan perasaannya. Dia cintakan saya, dia ingin bersama saya, dia ingin saya menemani dia setiap hari hingga dia mati nanti. Dia juga sering beritahu yang dia bukan mengambil kesempatan. Saya hanya mampu berjanji yang saya akan berfikir tentang niatnya. Entahlah awak ... Susah untuk saya berfikir. Semuanya bercelaru. Saya sendiri tak tahu apa yang saya mahukan dalam hidup saya.

Satu hari semasa Doktor Zikri menghantar saya pulang, awak ada di rumah. Awak nampak terkedu melihat saya dan Doktor ZIkri. Saya sekadar mengucapkan salam kepada Mama dan Papa lalu masuk ke dalam bilik. Saya langsung tidak keluar sehinggalah awak dan Doktor Zikri pulang. Awak berdua hampir bergaduh rupanya. Dari awal saya jangkakan ini akan berlaku.

Semasa saya sedang berbaring, awak call saya. Saya tak pernah angkat phone call dari awak. Berkali-kali awak mencuba sebelum awak menghantar message merayu supaya saya menjawab panggilan dari awak. Akhirnya saya jawab, tapi tak sepatah perkataan pun keluar dari bibir saya. Awak kata awak sedang sedih. Awak kecewa lihat saya dan Doktor Zikri keluar berdua sedangkan saya tak sanggup nak lihat wajah awak pun. Dari hujung talian saya dengar suara awak ... Awak menangis. Awak minta maaf lagi kerana awak berasa kecewa sedangkan awak tak sepatutnya berasa begitu. Awak bersalah pada saya.

Saya dengar luahan hati awak tapi tak satu pun singgah di hati saya. Saya membatukan diri. Saya tak nak ungkit balik perasaan saya semasa kita tinggal bersama dulu. Saya tak pernah persoalkan apa yang awak lakukan sebelum ini. Semuanya kerana saya anggap antara kita sudah tidak ada apa-apa. Semuanya sudah berakhir antara kita. Yang ada hanyalah ikatan yang belum terputus. Semasa mendengar luahan hati awak, saya tekadkan janji dalam diri saya. Ikatan perkahwinan ini perlu diputuskan.

Tanpa pengetahuan Mama dan Papa saya menguruskan urusan tuntutan fasakh. Jika awak tak mahu ceraikan saya, biar saya mohon diceraikan. Saya diminta untuk bertemu dengan kaunselor untuk berbincang tentang masalah kita tapi saya menolak. Saya sudah tekadkan hati. Saya tak mahu terbelenggu dengan ikatan antara kita lagi. Saya mahu bebas.

Sejak hari tu, awak seakan menjauhkan diri. Awak seakan benar-benar berjauh hati dengan saya. Message dari awak tak panjang lebar macam dulu lagi. Bukan setakat tu je. Awak hantar message lewat daripada biasanya. Biasanya awak akan hantar message sebelum subuh. Tapi kini awak hantar message pada pukul 6.30 pagi. Saya sangkakan awak lewat bangun tapi saya tahu awak sengaja. Awak mula buat lagi trick murahan awak tu. Awak sengaja menjauhkan diri untuk menduga saya, kan? Sudahlah awak ... Trick murahan awak tu takkan ada kesan pada saya.

Papa tak lagi bising-bising kerana awak terlalu kerap datang ke rumah. Mana tidaknya ... Kini awak datang hanya dua kali seminggu. Itu pun tak lama. Biasanya hampir setiap hari kereta awak terpacul di pagar rumah saya. Bila saya dengar bunyi enjin kereta awak je, saya mesti terus lari masuk dalam bilik. Tapi sekarang ... Sampai ke malam awak tak datang. Bagus juga awak tak datang. Tak payahlah saya lari masuk ke dalam bilik lagi.

Doctor Zikri call saya hampir setiap malam. Saya suka berbual dengan Doktor Zikri. Pengetahuannya tinggi. Setiap kali berbual dengan dia, ada saja info baru yang saya belajar. Dia buat saya ketawa dan geli hati. Tapi sebaik saja dia mula meluahkan rindunya, saya terdiam. Entahlah ... Saya tak suka dengar dan saya tak suka dia merindui saya. Kenapa, ya? Mungkin sebab saya tak suka dia. Mungkin sebab tak ada rindu di hati saya untuk dia. Mungkin juga ... Ahh! Tak mungkin!

Mana mungkin saya rindukan awak ...

Tapi awak nampak berubah. Dalam masa seminggu awak datang setiap hari dan ada sehari awak tidur di rumah saya membuatkan saya rasa ingin muntah. Benci saya melihat lagak awak yang mesra. Mudahnya awak ya? Awak datang bila awak nak datang dan awak pergi bila awak nak pergi. Mana pergi janji manis yang awak taburkan tu? Huh! Awak cuba hampiri saya sepanjang hari Ahad itu. Tapi saya buat tak endah. Boleh dikatakan saya langsung tak keluar dari bilik.

Satu hari, awak datang. Terkejut saya tengok awak tiba-tiba ada kat belakang saya. Selamatlah saya boleh cover. Kalau tak dah lama saya menjerit. Tak sempat saya nak lari, awak pegang tangan saya. Saya terasa macam kena gigit semut. Terkejut. Saya mendengus. Awak kata awak nak bercakap dengan saya. Dengan langkah dan gaya yang kasar, saya keluar dari rumah dan duduk di halaman.

Awak nak ke luar negara. Ada kursus yang awak perlu hadiri. Bukan seminggu dua. Lapan bulan awak harus pergi. Lamanya. Saya terdiam tapi saya cuba berlagak tenang, seakan kata-kata awak langsung tak memberikan kesan. Awak genggam tangan saya. Dan awak luahkan apa yang tersirat di minda awak.

"Ariana masih boleh terima saya lagi?" Tanya awak. Saya terpana. Soalan apa yang awak tanya tu? Berani awak tanya soalan macam tu! Awak ingat awak tak buat apa-apa pada saya ke? Awak buat saya macam patung, awak pukul saya dan hina cinta saya, awak bunuh anak kita then awak senang-senang minta maaf? Sampai mati pun saya takkan terima awak! Saya mendengus kuat.

"Saya tak minta Ariana beri jawapan sekarang. Boleh Ariana fikirkan dalam masa lapan bulan ni? Bila saya balik nanti, kalau Ariana tak dapat terima saya, saya akan bebaskan Ariana. Itu janji saya." Bicara awak yang perlahan membuat saya terkedu. Jantung saya seakan berhenti berdegup. Lepaskan saya? Entah kenapa ... Air mata saya bertakung. Saya terasa seolah awak memang sudah melepaskan saya. Saya cuba percaya apa yang saya dengarkan tapi payah saya rasakan. Kenapa? Kenapa awak nak buat macam ni?

"Saya minta Ariana tunggu lapan bulan ni je. Ariana fikirlah baik-baik. Apa jua keputusan Ariana nanti, saya akan terima sebab saya tahu Ariana hanya memikirkan yang terbaik untuk kita. Saya akan tetap sayangkan Ariana tak kira apa pun yang akan berlaku kelak." Awak kucup tangan saya lalu bangun. Awak mengucapkan salam dan berlalu pergi, meninggalkan saya termangu sendirian di halaman rumah.
posted by BLOGGER @ 7:27 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 11/7/08 7:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aduh....sedihnyer... klu blh hapi ending ek... x mau la sad ending...sedih tau... huhuhuh.... good job...

     

  • At 11/7/08 7:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waa..sedih nye..terusik kjap..huhu
    touching lak..hehe..nway..cpt2 la smbung..cant wait..best!

     

  • At 11/7/08 11:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite nie besh!siyes.x rugi bace

     

  • At 16/7/08 12:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedey giler...
    aHhhh. sambung ah cepat

     

  • At 27/9/08 1:35 PG, Blogger Miss Anis. said…

    weyh...
    nangis aku siot!!!
    happy ending taw..

     

  • At 17/3/09 11:25 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cte ni plot die mnarik...tp klu aku jd pompuan tuh aku xmau terima laki yg hti dia dah ada pda org lain..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group