BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 23, 2008
Novel : Cinta 99 Hari 17
Ratubulan
ratu.bulan.antasya@gmail.com

17: JOM DATING ^_^

Buku-buku yang dipegangnya terjatuh ke lantai apabila terlanggar seseorang semasa melalui satu selekoh ke kiri di kaki lima. "Sorry," ujar Natasya kepada pelajar lelaki yang bertembung dengannya itu. "Eh, bukan ke kau yang buat pengumuman untuk pikat Blue hari tu?" tanya Natasya namun Asraf hanya mendiamkan diri. Angguk tidak. Geleng pun tidak. "So, saya Natasya," dia menghulur salam perkenalan.

Ashraf tidak berkata apa dan segera berlalu meninggalkan Natasya dengan wajah yang selamba. Sombong. Ah, memang inilah sikapnya bila ada perempuan cuba menghampirinya. Kalau boleh dia mahu menghindari kaum hawa err… kecuali Blue.

"Wei Blue," sapa Ashraf tiba-tiba menghempas buku-bukunya di atas meja yang menjadi tempat biasa Blue bersarapan pagi. Dia sudah lama perhatikan, Blue akan datang awal dan menikmati sarapan pagi di kantin sebelum kelas bermula.

Blue yang sedang menjamah nasi goreng buatan ibunya hampir tercekik apabila ada seseorang menyapanya. Tidak cukup dengan itu mejanya di hentak dengan buku-buku teks. Dia terbatuk-batuk kecil sambil mencapai air yang dihulurkan oleh seseorang. Setelah tekaknya lega, dia mengangkat kepala.

"Kau nak aku mati ke Roswell?!" ujarnya separuh menjerit. "Nasib baiklah aku tak tercekik kalau tak lepas aku mati aku datang cekik kau pulak!"

"Ala baru tercekik belum mati lagi," balas Asraf selamba sambil duduk berhadapan dengannya.
"Yang kau ni nak apa? Tak pernah tegur aku kat sekolah, pastu tiba-tiba tegur aku."

"Sebab aku tiba-tiba teringatkan kaulah," jawab Asraf dengan wajah selamba menyebabkan Blue yang sedang meneguk air tersedak buat kali kedua. "Laa… baru aku cakap aku teringatkan kau, kau dah tersedak. Tu belum terkena ayat power aku lagi."

Blue menarik nafas panjang dan kembali menghembusnya ke udara kembali. Dia memandang Roswell. Masuk kali ini, kali kedua dia hampir mati kerana Roswell.

"Power hotak kau. Kau tak nampak ke aku tengah makan? Kalau kau nak bagitahu yang kau teringatkan aku ke, nak bagi ayat power ke, nak bagi ayat-ayat jiwang ke, atau ayat-ayat cinta ke tolonglah bagi selain masa makan aku," Blue merenung tajam. Entah apa kenalah dengan mahkluk asing sorang ni.

"Ah, lantaklah. Wei, kau ada kira hari tak?"

"Hari apa?"

"Perjanjian kita tulah."

"Kenapa pula kena kira hari?"

"Sebab aku tak kiralah sebab tulah aku tanya kau."

"Kenapa pula aku kena kira?" tanya Blue lagi.

"Bukan ke kau yang kena kira."

"Bila masa pulak aku kena kira?"

"Apa-apalah asalkan kau kena kira."

"Hah?! Mana adil."

"Keputusan aku muktamat! Kau kira hari, lepas tu bagitahu aku."

"Tapi...."

"Keputusan aku muktamat," ujar Ashraf sambil mengenyit mata kepadanya. Blue serta-merta terdiam. Dia kaget. Malah dia seolah kehabisan kuasa untuk melawan pandangan mata Asraf. Sehinggalah Asraf berlalu pergi, dia masih lagi kaget.

Baru dia perasan tadi, Roswell memiliki mata hijau yang cantik dan masa dia mengenyit mata tadi, ahhhh… cutenyaaaaa….

Dia tersenyum bersendirian.

‘Eh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa pula aku mesti kata mata Roswell tu cantik dan cute walaupun emm… memang cute. Okey Blue, kau dah tak normal. Kau dah kata Roswell tu cute. C.U.T.E. Dan ini memang sesuatu yang tak normal. Kau sepatutnya cakap, mata Hafiz lagi cute dari Roswell!’ detis hatinya.

"Ah!" Blue yang mengalami jiwa kacau berlalu dari situ sambil hatinya berperang. Sebelah hatinya sokong Roswell dan sebelah lagi sokong Hafiz.

"Tak guna punya Roswell, mesti dia buat sesuatu pada aku ni."

********

"Apa putus?!" tanya Hafiz yang terkejut dengan permintaan Natasya yang tiba-tiba memanggilnya untuk bertemu dan lagi terkejut, Natasya mahu memutuskan hubungan mereka berdua.

"Abang, Tasya dah fikir masak-masak. Tasya tak mahu hubungan abang dengan Blue goyah kerana kehadiran Tasya. Tasya juga tak mahu ada perasaan cemburu terhadap Blue lagi. Tasya sayangkan abang tapi Tasya tak sanggup jadi orang ketiga," ujar Natasya dengan baik mengatur ayatnya.

"Orang ketiga? Tasya, abang pilih Tasya sebab abang sukakan Tasya dan hubungan abang dengan Blue hanyalah setakat hubungan adik beradik. Abang sukakan Tasya, bukan Blue."

"Tapi Blue sukakan abang."

"Blue memang macam tu," Hafiz mengeluh lemah. "Blue mudah jatuh cinta. Kalau dia nampak seseorang yang menyayanginya dia akan jatuh cinta dengan orang itu. Abang kenal Blue sejak kecil lagi sebab tulah abang tahu. Lagipun Blue tu masih mentah lagi, abang yakin yang dia hanya meminati abang tapi bukan menyintai abang," ujar Hafiz cuba meyakinkan Natasya.

"Tapi hakikatnya Blue memang sukakan abang. Kalau tidak, dia takkan memalukan dirinya depan orang ramai untuk memikat abang semula. Abang mesti tak perasan sebab kami sama-sama perempuan dan Tasya dapat rasa apa yang Blue rasa bila Tasya rampas orang yang dia sayang. Jadi, sebab itulah Tasya nak minta putus dengan abang sebab Tasya tak mahu dianggap sebagai perampas hak milik orang lain," kata Natasya dengan pandangan yang sayu. "Tasya sayangkan abang tapi dalam hal ini, Tasya tak mahu bermusuh dengan orang sebab kalau Tasya bermusuh dengan orang, Tasya akan lupa dunia. Tolonglah faham."

"Tasya, berapa kali abang nak cakap. Blue masih mencari jalan cintanya. Dia masih mentah lagi sebab dimatanya dia hanya ada abang. Dia tak nampak dunia lain."

"Memanglah di matanya hanya ada abang tapi…."

********

"Tapi sekarang si Roswell tu macam dah melekat kat mata aku ni," ujar Blue menarik nafas lemah. Dia menongkat kedua-dua dagunya sambil Dahlila dan Sakinah berpandangan antara satu sama lain.

"Kau dah gila ke Blue? Roswell kat mata kau? Habis Hafiz kau nak campak mana? Lagipun takkanlah kau dah lupa permainan gila kau yang nak pikat Hafiz semula. Hey, kau ada masa lebih kurang 66 hari lagi tau."

"Hah?! 66 hari?"

"Ya Allah, kau tak kira ke?"

"Tak. Kenapa? Aku perlu kira ke?" tanya Blue sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Oh ya, aku perlu kira sebab Roswell suruh aku kira tadi. Berapa? 66 hari? Okey, aku nak beritahu Roswell yang kami hanya ada 66 hari untuk jalankan projek."

Belum sempat Dahlila bertanya mengenai projek yang dimaksudkan oleh Blue, Blue sudah berlari meninggalkan mereka. Keduanya hanya berpandangan. Pelik betulah dengan Blue sejak akhir-akhir ini, sering kali sebut pasal Roswell.

Roswell itulah, Roswell inilah.

*******

"66 hari?" tanya Roswell lagi. Masuk kali ini sudah hampir 10 kali Roswell bertanya dan hampir 10 kali jugalah dia menjawab sambil mengangguk.

"Hoi, kau ni pekak ke apa. Nak berapa kali aku ulang perkataan ‘iyalah’ sambil mengangguk?! Sekali lagi kau tanya soalan yang sama, aku bocorkan bola keranjang kau tu," ujar Blue yang geram dengan apabila Roswell asyik menjaring bola.

Roswell hanya tersengih.

"66 hari? Hah, aku akan selesaikan dalam masa 65 hari saja," ujar Ashraf sambil tersengih lagi. Pening kepala Blue apabila Asraf asyik tersengih-sengih. Macam ada sesuatu yang sedang difikirnya.

"Kenapa 65 hari?" tanya Blue hairan.

Ashraf berlalu ke tepi gelangang yang sunyi itu dan meneguk air mineral botol besar yang dibawanya. Kemudian kedengaran keluhan berat darinya. Wajahnya kembali serius. Ini baru pertama kali Blue melihat Asraf dengan wajah yang serius.

"Kau pernah dengar tak, yang manusia ni sejak lahir lagi sudah ada matlamat mereka sendiri?"

"Destinasi."

"Yup. Destinasi," Asraf perbetulkannya. "Dan kau tahu tak apa destinasi kau?"

Blue hanya mengangkat bahu. "Aku tak pernah terfikir lagi," jawabnya sambil duduk tidak jauh dari Asraf. "Kau pernah fikir?"

"Tak pernah tapi aku terpaksa fikirkannya sekarang."

"Apa kau fikir?"

"Aku fikir…," dia memandang Blue. Mata bertentang mata. Hijau bertentang biru dan biru pula bertentang hijau. "… aku rasa kita…," jantung Blue berdegup pantas bila Asraf bercakap dengan nada yang lembut di tambah pula dengan pandangan romantic Asraf. Seolah-olah matanya sudah terkena panahan asmara dari mata Asraf. "… patut pergi dating. Jom pergi dating," ujar Asraf acuh tak acuh.

"Hah?!" Blue tersentak di saat itu, Blue yang terasa dipermainkan merampas bola keranjang dari tangan Asraf dan membalingnya tubuh sasa Asraf. Tepat kena perut Asraf. "Huh, padan muka," ujarnya yang mula angina satu badan sebelum berlalu dari situ tanpa memperdulikan Asraf yang mengerang kesakitan.

"Huh, ada ke patut dia cakap nak pergi dating? Gila apa?! Nasib baiklah aku tak terpedaya dengan pandangan romantic dia tu. Kalau tidak… huh, tak tahulah aku nak letak muka ni kat mana. Pergi dating?! Hey, aku dengan Hafiz pun tak pernah pergi dating, aku nak pergi dating dengan kau? Jangan haraplah! Memang makhluk asing betul. Sia-sia saja aku layan budak tu," rungut Blue sehinggakan dia sendiri tidak tahu apa yang dicakapnya. Apa yang penting hatinya sakit sekali.

Kakinya berhenti melangkah. Badannya di paling ke belakang. Kembali memandang Asraf yang masih lagi terduduk di tepi gelangang cuma yang bezanya, Asraf langsung tidak ketawakannya tapi sebaliknya, Asraf duduk mendiamkan diri memerhati bola keranjang di tangannya seolah-olah sedang berfikir sesuatu.

Tak!

Mungkin lebih daripada itu. Dia kelihatan sedang memikirkan masalahnya.

Ashraf mengeluh lemah sambil mengurut dahinya yang bagaikan hendak pecah memikirkan perbualannya dengan Kak Mira malam tadi.

"Kenapa?" tanya Ashraf sebaik sahaja Kak Mira menghampirinya yang sedang duduk menonton televisyen setelah menjawab satu panggilan diluar. "Siapa telefon?"

"Kak Maria," jawab Kak Mira pendek.

Dia mengangguk faham.

"Kak Maria ada tanya pasal Boy juga dan akak jawab Boy tak de apa-apa yang perlu dirisaukan."

"Tapi Kak Maria tak percaya," dia menyambungnya. "Orang tak fahamlah dengan Kak Maria tu. Entah apa yang dia tak puas hati dengan hidup orang. Semuanya dia nak kawal sehinggakan orang menetap kat kampung pun dia nak pasang spy. Orang bukannya buat benda yang tak baik. Orang just mahukan hidup orang sendiri," Asraf menarik nafas lemah. Kontrol televisyen tadi di campak ke tepi.

"Kak Maria tu bukannya tak percaya tapi Kak Maria cuma melaksanakan amanat arwah papa dan mama. Jaga Boy. Itulah amanat papa sebelum papa menghembus nafasnya yang terakhir. Masa tu Kak Maria masih remaja lagi. Oleh sebab dia paling tua dan belum berkeluarga papa serahkan segalanya pada Kak Maria sebab Kak Syafa pada masa tu sudah berkeluarga dan duduk jauh di Australia sana."

"Tapi Kak Maria tak patut buat macam ni."

"Boy, Boy dah lupa masa Boy sakit?"

"Orang tahu tapi…."

"Tolong lakukannya demi Kak Maria dan kami semua."

"Orang tak sedia lagi. Nak mewarisi perniagaan arwah papa bukannya satu kerja yang mudah. Kak Mira kena faham. Memang orang nak tolong Kak Maria tapi bukan sekarang."

"Boy, Kak Mira bukannya suruh Boy uruskan perniagaan arwah papa lagipun kami semua tahu belum masanya lagi. Boy masih belum cukup bersedia lagi."

"Habis tu?"

Kak Mira sekali lagi mengeluh lemah.

"Kami nak Boy pujuk Kak Maria supaya terima pinangan Abang Sham."

"Hah?!"

Kenapa aku pulak yang kena pujak Kak Maria yang bagaikan singa kelaparan tu? detis hati Asraf yang dari tadi asyik mengurut dahinya. Kak Maria ni pun satu, dah orang nak pinang tu terima sajalah. Ini bagi orang sakit kepala. Lagi-lagi alasan yang sama.

‘Boy masih belum sedia’

‘Boy masih mentah lagi’

‘I kena jaga Boy’

‘Boy buat masalah lagi, jadi I tak boleh terima pingangan you’

Ah!!! Semua tu alasan lamalah! Dan lagi, tak boleh ke kalau tak jual nama Boy. Nampak sangat yang aku ni adik yang perlu dilindung setiap masa!

Satu lagi masalah, macam mana aku nak pujuk Kak Maria?

‘Mungkin inilah masanya,’ detis hatinya.

Ashraf Danish mengeluarkan handsetnya. Dia mendail nombor yang sudah terlekat di kepalanya. Panggilannya di sambut tidak lama selepas itu.

"Yes, Ashraf Danish. Jangan kata kamu timbulkan masalah lagi," suara perempuan yang lewat 30-an bergema di gegendang telinganya.

"Tak."

"So?"

"I just wanna to say… yes, I’m ready… for everything…."

"You are not ready."

"Yes I’m ready."

"Ok then, seperti biasa… kita buat satu taruhan."

"Okey," jawab Ashraf yang semamangnya tidak boleh kalah dengan Kak Maria.

"Ajak budak tu pergi dating."

"Hah?!" Ashraf terkejut besar dengan cabaran Kak Maria yang pelik. "Budak mana?"

"That girl yang kamu cuba pikat tulah. Siapa lagi."

"Err… Kak Maria tahu?" tanya Ashraf.

"Ashraf Danish. Semua rahsia kamu ada dalam genggaman akak. Bukan saja rahsia malah kelemahan kamu juga. So, if you are ready, ajak budak tu pergi dating."

"Tapi apa kena mengena ajak Blue pergi dating dengan semua ni?"

"Sebab kalau nak ajak seorang perempuan pergi dating pun kamu tak boleh nak buat, bagaimana kamu nak meyakinkan akak yang kamu benar-benar dah bersedia nak ambil tanggungjawab akak? Just think about it and by the way, akak takkan terima pujuk rayu kamu suruh akak terima pinangan Abang Sham."

Panggilan di putuskan oleh Kak Maria.

"Dating? Dengan Blue?" dia mengeluh lagi.

**********


"Blue, boleh kita bercakap sikit?" kata Natasya yang tiba-tiba datang bertandang ke rumahnya pagi-pagi sabtu yang sepatutnya menjadi hari untuk merehatkan mindanya dari masalah-masalah di sekolah tapi telah diganggu dengan ketukan pintu biliknya oleh ibunya yang sememangnya tidak suka anak dara tidur di siang hari.

"Laa… kau ni tak de masa lain ke nak berbual ‘mesra’ dengan aku? Kenapa pula kau datang time pagi-pagi yang indah ini," Blue menarik nafas lemah menghampiri meja makan yang sudah terhidang beberapa bungkus nasi lemak yang dibeli di gerai Mak Leha oleh ayahnya.

"Adik, kenapa cakap macam tu? Tak baik tau," ibunya yang berumur awal 40an yang sudah selesai membasuh pinggan menyampuk. "Kawan kamu tu datang pagi-pagi lagi nak jumpa kamu tapi kamu cakap macam tu," tambah ibunya lagi.

Blue hanya tersenyum palsu.

Kawan? Ibu, kalau ibu nak tahu sebab dia nilah, orang tersesat kat KL tu tau. Dan lagi satu, si Natasya ni bukan kawan orang tapi musuh hidup dan mati orang.

"Tak pelah mak cik. Actually, Tasya datang sini sebab nak minta maaf. Tasya dah sebabkan anak mak cik tersesat kat KL masa rombongan hari tu. Masa tu Tasya memang cemburu dengan Blue sebab tulah Tasya buat sesuatu tanpa berfikir panjang dan sekarang Tasya rasa menyesal sangat."

"Tak pelah Tasya, mak cik dah maafkan Tasya."

Ibu! Pantas dia memandang ibunya yang masih berlagak selamba.

"Ala, masa remaja macam ni memang kita berfikiran cetek. Dulu mak cik dengan arwah mamanya pun macam tu juga. Macam musuh. Pantang berjumpa. Lebih-lebih lagi kalau berebut lelaki kacak. Macam-macamlah yang berlaku masa tu sampai ada yang nak dibuang sekolah pun ada. Tapi bila dah meningkat dewasa, bila dah kenal dunia ni, kami jadi kawan baik juga."

Natasya mengangguk faham.

Huh, itu zaman ibu dengan arwah mama. Sekarang ni zaman Blue vs Natasya. Lain. Remaja zaman sekarang bukannya remaja dulu. Jahat-jahat pun tak pernahlah dajalkan orang sampai ditinggalkan kat kota Kuala Lumpur tu, Blue mencebik marah.

"Ibu nak pergi ke pekan beli ikan jap. Kamu berdua duduklah berbincang ye. Jangan kamu main bom bom pula. Kang musnah rumah mak cik ni karang."

Natasya sekadar tersenyum.

"Hah, kau nak cakap pasal apa ni?" tanya Blue sambil menuang air kopi di cawannya.

"Aku datang sebab nak minta maaf pasal kejadian hari tu. Memang aku mengaku, aku sengaja tinggalkan kau di sana sebab aku cemburu sangat dengan kau."

"Natasya, aku gembira sangat yang kau datang rumah aku sebab nak minta maaf tapi kalau kau datang nak beritahu yang kau dengan Hafiz dah putus bukankah lagi baik. Sejuk hati aku," ujarnya sebelum meneguk air kopi.

"Memang kami dah putus," beritahu Natasya. Serentak itu air yang diminum oleh Blue tersembur keluar dari mulutnya. Nasib baiklah tiada sesiapa dihadapannya kalau tidak dapatlah rasa nikmat air kopi tambah air liur basi Blue.

"Apa? Apa kau kata?" tanya Blue sekali lagi. Mungkinkah dia salah dengar?"

"Aku dah breakup dengan Abang Hafiz," beritahu Natasya lagi.

Blue masih lagi terdiam. Barangkali berfikir adakah dia sedang bermimpi ataupun mimpi mempermainkannya?

"Aku memang akui aku sukakan Hafiz sejak kali pertama kami bertentang mata. Masa tu aku memang tak tahu langsung yang abang Hafiz couple dengan kau. Ya. Memang ada gossip yang mengatakan kau adalah girlfriend abang Hafiz tapi bila aku tanya abang Hafiz, dia menafikannya so, aku ingat korang berdua hanyalah setakat kawan karib tapi selepas kejadian di kantin tu aku rasa tertipu. Walaupun di hadapan kau aku berlagak selamba tapi sebenarnya aku rasa sedih sangat sebab aku dah merampas hak orang lain. Tapi aku sayangkan Abang Hafiz."

"So, kenapa breakup dengan dia?"

"Aku sendiri pun tak tahu. Sejak hari tu, aku rasa macam dah jadi jahat. Aku tetap nak merampas Abang Hafiz dari kau. Lagi aku takut bila kau asyik cuba memisahkan kami. Aku jadi takut sehinggakan aku hilang pertimbangan. Aku sanggup buat apa saja untuk memilik abang Hafiz dan sejak kejadian di Kuala Lumpur tu, aku mula sedar yang aku ni sudah semakin jahat. Aku tak mahu jadi perempuan jahat. Jadi, sebab itulah aku ambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Abang Hafiz."

"Dengan semudah tu?"

Geleng.

"Ia tak mudah Blue. Tapi aku tak mahu diri aku hilang kawalan."

"So, Hafiz macam mana?"

Natasya mengangkat bahu.

"Dia mesti sedih kalau kau putuskan hubungan."

"Aku tak rasa begitu. Sepanjang hubungan kami berjalan, Abang Hafiz asyik bercakap pasal kau saja. Dia masih ambil berat tentang kau cuma dia tak tunjukkan pada kau. Kalau kau nak tahu dia pernah cuba mengugut Ashraf supaya menjauhi kau. Dia sanggup buat apa saja demi kau tapi kau saja tak nampak."

"Aku nampak… dia pernah bagi warning kat aku juga jauhi Asraf tapi aku tak endahkannya."

"Kenapa?"

"Private. Tapi mungkin Abang Hafiz buat begitu sebab nak lindungi kau."

"Dia bukan nak lindungi aku tapi dia buat begitu sebab nak lindungi maruah dia. Aku kenal Hafiz sejak kecil lagi, Tasya dan aku tahu sangat perangai dia macam mana. Dia tu tak mahu orang lain lebih darinya."

"Blue tak baik tau cakap macam tu. Dia tukan kawan kau."

"Ini adalah kenyataan Tasya. Aku cakap apa yang tersirat dihati aku dan aku juga pernah cakap lepas benda ni di hadapannya. Aku tak suka berpura-pura sebab arwah mama aku cakap orang yang berpura-pura selalunya akan kecundang dalam hidup."

Natasya terdiam. Kata-kata Blue tadi seolah-olah ditujukan kepadanya. Benar kata Hafiz yang Blue ni terlampau pandai. Sukar hendak percaya dari mulut orang.

"Aku tak tahulah apa masalah kau dengan Hafiz tu tapi walauapapun aku dah berjaya memisahkan korang berdua. Tapi itu tak bermakna aku betul-betul dah berjaya sebab tujuan asal aku adalah memikat Hafiz semula. Kalau korang dah putus pun tapi hati Hafiz hanya ada kau, tak guna jugakan?"

Natasya mengangguk.

"Jangan risau, aku boleh tolong kau."

Okey, ada sesuatu yang tak kena di sini. Tak mungkin Natasya ni hendak tolong aku. Mungkin budak ni ada rancangan nak membalas dendam ni. Tak pe. Tak pe. Aku nak tengokan saja sehinggalah aku dapat tahu apa yang sedang di rancangnya.

**********


Ashraf sekali lagi menarik nafas lemah. Dia kebuntuan. Sejak dari malam semalam dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. Rasanya macam hendak meletup saja televisyen dirumahnya itu terbuka lebih dari 48 jam tanpa tutup-tutup.

Semuanya gara-gara melayan drama-drama cinta tidak kiralah dari versi bahasa orang putih hinggalah ke filem Hindustan. Kalaulah kedua kawan karibnya itu tahu yang dia sedang menonton drama-drama jiwang mesti mereka berdua akan ketawakannya 10 hari 10 malam.

Dia mengambil cover DVD drama Full House yang sedang ditontonya sekarang. Rasanya kalau tidak silap telinganya mendengar Blue pernah mention tentang drama Full House dan bukan saja Blue malah masa drama korea itu meletup kat tv Malaysia dulu, semua peminat-peminat drama korea terutama sekali perempuan bercakap akan kelucuan yang dipertontonkan dalam cerita itu.

"Kenapalah perempuan ni suka sangat cerita-cerita macam ni hah? Dan kenapa pula Kak Aliya hantar VCD yang berbeban ni kat aku hah?" dia mengaru kepalanya sambil memerhati sebuah lagi kotak bersaiz tv 49 inci yang masih lagi belum terusik. Juga di dalamnya terdapat VCD dan DVD drama-drama dan filem-filem pelbagai bahasa.

"Takkanlah Kak Maria bagitahu yang lain pasal taruhan tu. Tak juga sebab Kak Maria ni memang bukan jenis banyak mulut. Lagipun Kak Aliya tu psiko sikit. Susah nak agak apa yang dia tengah buat. Tak mungkin dia tahu pasal ni dan nak tolong aku dengan bagi cerita-cerita percintaan yang dramatis ni. Hisy, tak mungkin."

Asraf menggeleng.

Tidak lama selepas itu dia dikejutkan dengan bunyi enjin kereta berhenti di perkarangan rumahnya. Asraf berlalu membuka pintu rumahnya.

"Hai Baby Boy!!!" jerit seorang gadis yang melambai ke arahnya dengan riangnya.

"Habislah," hanya itu saja yang terlafaz keluar dari mulutnya sambil memerhati Kak Aliya yang tua setahun darinya memunggah barang dari bonet kereta.

"Hai," kata Kak Aliya sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan membawa beberapa lagi kotak bersama dengan beg lattop. "Ah, selesanya dapat jejak ke tanah air," dia mengeliat membetulkan otot-ototnya setelah dua jam memandu dari Kuala Lumpur tadi.

"Kenapa Kak Aliya ke sini?" tanya Asraf yang masih lagi terkejut dengan kedatangan seorang lagi kakaknya itu.

"Haaa… Boy dah buka kotak ni," Kak Aliya tidak menjawab langsung pertanyaan adik bongsunya itu tapi sebaliknya bergegas menghampiri kotak yang penuh VCD dan DVD di dalamnya itu.

"Kak Aliya hantar ke sini ingatkan untuk orang…."

"Kalau kotak ni dah terbuka… ini bermakna Boy dah tengok cerita-cerita ni," ujar Kak Aliya lagi seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri. "Boy!"

Ah, dah mula dah.

"Manalah orang tahu. Kak Aliya tak cakap pun apa-apa. Tiba-tiba orang terima dua kotak ni. Ingatkan Kak Aliya sengaja beli untuk orang. Jadi, orang buka la."

"Hah, sampai hati Boy tengok cerita ni dahulu dari Kak Aliya. Ini mana adil!"

Kan dah mula dah.

Ashraf menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kak Aliya sudah menarik muka sambil memerhati VCD dan DVDnya dengan sayu.

Lepas ni mungkin….

"Kak Aliya tak kira, akak mahu Boy masak sesuatu untuk Kak Aliya untuk menebus kesalahan Boy."

Dah agak dah….

"Kak Aliya nak makan apa? Kat rumah ni cuma ada mee segera saja."

"Mee segera? Ah, tak mau. Hari-hari Kak Aliya makan mee segera sampai dah muak dah. Emm… akak teringin nak makan western food pulak ari ni. Boy masak Chicken Chop ye dengan Western Burger yang Boy selalu buat tu," dia mengenyit matanya sambil berlalu duduk di sofa mengadap televisyen.

Ashraf hanya sekadar mengangguk walaupun dia sebenarnya malas hendak memasak tapi memandangkan gadis itu adalah Kak Aliya dia terpaksa menurut.

"Tapi orang kena pergi ke pekan dulu beli barang."

"So apa lagi?"

Ashraf tersengih-sengih.

"Pinjam kereta."

Kak Aliya membaling kunci keretanya kepada adiknya itu. "Jaga baik-baik kereta tu. Kalau ada sikit bercalar akak tuntut bayaran dari Boy nanti."

********

"Lepas ni kena beli ayam dengan daging cincang," ujar Asraf setelah mengira barang-barang yang diperlukannya lagi. Dia menutup kembali bonet keretanya semula dan berlalu masuk ke pasar ikan untuk mencari ayam dan daging.

"Pak cik daging sekilo," ujarnya kepada peniaga daging itu.

"Pak cik ibu saya ada beli daging tadi tapi dia terlupa nak ambil katanya. Ada ke daging yang tertinggal?" celah seseorang di sebelahnya. Suara macam kenal tapi….

"Ada-ada. Ibu kamu kata nak tengok sayur minta pak cik jagakan daging tapi sampai sekarang tak muncul-muncul," pak cik itu menghulur daging yang sudah tersedia dalam plastic.

"Ibu dah bayarkan?"

"Dah."

"Wei, mata kucing," sapa Ashraf yang agak terkejut bertemu dengan Blue di pasar. Selalunya kalau dia pergi pasar dia tidak pernah bertemu dengan gadis itu tapi hari ini macam jodoh pula. Tiba-tiba dia teringatkan Kak Maria mencabarnya mengajak Blue dating. Terus bulu romanya meremang.

"Hey Roswell," Blue hanya tersenyum paksa dan berlalu dari situ. Dari jauh tadi dia memang sudah perasan akan Asraf yang berkeliaran di pasar tapi sengaja dia tidak mahu menegur.

"Datang bulan ke budak tu," dia hanya sekadar menggeleng. Pelik betul dengan Blue sejak beberapa hari ini. Sejak dia cuba bergurau dengan Blue dengan mengajaknya pergi dating, sejak itu Blue selalu menarik muka dengannya.

"Tu bukan datang bulan tapi tu namanya datang merajuk," pak cik yang jual daging itu pula menyampuk. "Hah ni daging yang kamu nak."

Hisy pak cik ni macam tahu-tahu saja.

Tanpa membuang masa lagi dia membayar duit daging yang dibelinya dan berlalu mencari daging ayam pula.

Blue menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menjadi tidak tentu arah. Masalah betul. Sudahlah kepalanya sarat dengan teka-teki mainan Natasya dan kini ibu dan ayahnya pula buat hal. Dia ke kiri dan ke kanan tapi semua langkahnya bagaikan orang gila. Dia kembali berpatah balik tapi sebaik sahaja kelibat Roswell tidak kelihatan dia berpatah balik sehinggalah dia terlanggar dada bidang seseorang.

"Sorry, sorry," ujarnya meminta maaf berkali-kali.

"Kau ni kenapa hah? Macam cacing kepanasan je aku tengok," kata satu suara yang macam suara Roswell pun ada. Roswell?! Serta merta dia mendongak memandang gerangan orang yang dilanggarnya itu.

"Hey," sapanya cuba berlagak selamba. "Tak de apa-apa."

"Kau balik dengan siapa?" tanya Asraf.

"Hah?"

"Aku tanya kau balik dengan siapa, pekak," tanya Asraf separuh menjerit.

"Balik dengan pak cik teksilah. Tepilah, nanti aku terlepas teksi karang," dia menolak Asraf ke tepi. Baru beberapa tapak dia berjalan dan tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. "Hey, kau free tak malam ni?" tanya Blue setelah mengumpul semua tenaganya untuk bertanya soalan itu.

"Free agaknya," ujar Asraf acuh tak acuh. Pelik. Kalau dalam drama, kalau ada seseorang tanya pada seseorang soalan tu mestilah seseorang itu nak ajak dating tapi… sepatutnya bukan Blue yang bertanya.

"Kalau free datang rumah aku malam ni, ibu dan ayah aku jemput makan malam kat rumah kami," kata Blue sambil berdoa dalam hati Asraf tidak dapat datang ke rumahnya. Tapi kalau Ashraf kata begitu…

"Kalau Ashraf tak datang, ibu tak mau masak sebulan," ujar ibunya ternyata cuba mengugutnya mempelawa Asraf datang makan malam di rumahnya itu.

"Oh, tengoklah."

"Please say yes!" gertak Blue membuatkan Asraf sedikit terkejut. Entah hantu mana pula yang rasuk Blue pagi-pagi ni? "Kalau kau tak datang, ibu aku kata dia tak mahu masak selama sebulan. Bukan saja tak mahu memasak malah ibu nak pegi honeymoon dengan ayah dan tinggalkan aku seorang diri di rumah."

"Apa kena mengena dengan aku pula?"

"Kau nak datang ke tak nak?"

"Err… kalau aku datang kau nak buat apa?"

"Hah?"

"Okeylah, macam nilah. Kita buat pertukaran. Kalau aku datang rumah kau malam ni, kau kena dating dengan aku."

"Hah?!"

"Macam mana?"

Blue menggaru kepalanya. Kenapalah dia selalu dikelilingi oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan akan kelemahannya? Ah, dating dengan Roswell?

"Yelah, yelah aku dating dengan kau. Tapi kalau kau tak datang malam ni aku cincang-cincang daging kau esok!"

Serta-merta Asraf tersenyum lebar. Tiba-tiba dia rasa lapang sesangat. Macam satu beban sudah hilang dibahunya. Huh, selesai satu masalah. Lepas ni boleh buktikan pada Kak Maria yang dia berjaya ajak Blue dating.

"Rupanya senang je ye nak ajak kau dating," dia tersenyum lebar.

Blue pula mencebik tidak puas hati.

"Okeylah, disebabkan kau dah ubah fikiran aku akan hantar kau balik rumah."

"Kau nak hantar pakai kereta sorong budak tu lagi ke?"

"Tak. Kali ni aku bawak kapal angkasa," balas Ashraf sedikit memerli.

********

"Emm… sedapnya," ujar Kak Aliya bersandar kekenyangan di sofa setelah menjamah masakan adik bongsunya itu. Ashraf menggaru kepalanya. Habis licin Burger dan Chicken Chop yang dimasaknya dimakan oleh Kak Aliya seorang.

"Perut apa la tu," dia menarik nafas lemah.

"Boy, tolong bawakan segelas air kosong. Hauslah," jerit Kak Aliya dari ruang tamu kepadanya yang baru sahaja selesai membasuh pinggan mangkuk di dapur. Dia hanya menurut.

Sebaik sahaja dia menjejak ruang tamunya, kakinya tiba-tiba kaku di situ. Matanya memandang kertas-kertas berselerakkan di hujung pintu hadapan sehinggalah ke tepi kakinya. Itu belum lagi masuk VCD dan DVD yang berlonggokkan di tengah-tengah ruang tamu rumahnya. Sofanya sudah ditolak ke tepi.

"Nah air," dia menghulur segelas air yang diminta oleh kakaknya itu.

"Thanks, sweetheart."

"Kak, apa akak buat?"

Kak Aliya tersenyum manis.

"Actually akak dah terfikir destinasi hidup akak."

"Apa dia?"

"Menjadi penulis novel dan sekarang akak tengah berusaha untuk menulis novel pertama."

"Oh," Ashraf mengangguk faham. Lagipun dia tahu sangat yang Kak Aliya memang hantu novel sejak kecil lagi sehinggakan Kak Maria marah sebab pelajaran Kak Aliya merosot sebab baca novel.

"Dan kenapa akak datang sini?"

"Sebab sini tenang dan mudah akak nak carik idea."

"So, berapa lama akak akan duduk sini?"

"Selamanya."

Ashraf terdiam. Tiba-tiba dia rasa macam sesak nafas. Selamanya? Ini bermakna Kak Aliya akan tinggal bersama dengannya selamanya?! Oh tidak! Habislah hidup aku selamanya!
posted by BLOGGER @ 12:08 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 23/7/08 9:07 PG, Blogger AisyHumairaAdha said…

    kenapa la pnjg sgt novel ni...bila nak endingnyer ni?jenuh menunggu...klu buku novel 2 ari je dh abis baca...cepatla skit abisnyer...

     

  • At 23/7/08 12:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    makin ari makin best..
    kpd penukis..
    T.Q sbb buat citer yg best ni..
    tp mcm panjang lg kn..

     

  • At 24/7/08 11:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alah cepatlah sambung..x sabar ni..lambat lagi ke hbs nye...

     

  • At 24/7/08 5:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu.. cite ni mmg best tp arini try masuk kat blog penulis nih, xleh plk.. kuciwa.. nk tau ending cite ni plizz :(

     

  • At 25/7/08 11:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    makin best r....pe rahsia???
    xsbr nk tggu ending dye...
    tp npe episod kali ney, pjg sgt ek?

     

  • At 20/8/08 1:06 PG, Blogger Unknown said…

    eemmm...
    menarik anyway best of luck....
    lagi satu dah namanya novel?memang la panjang klu beli kat kedai ada 25 bab jer pastu setiap bab 1 muka surat..sapa nak beli?x ke rugi..
    anyway best try and best of luck to the writers..
    (pendek marah..panjang marah susah writer nak concentrate...)
    jangan mare....(",)

     

  • At 20/9/08 10:54 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    boley ar stakat layan...
    tp rase cam dh bercelaru cite ne.
    x der jln asas.terabur dh tgk.
    si roswell umur 16thn=form 4.
    akak aliya tua setahun bermakna =17 thn.patotnya spm.tp dh ader kereta,bru blik luar negri,anyway,layannn jerrr

     

  • At 17/11/08 1:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dah namenye novel, mestila panjang adik oii..kalu xnk pnjg baca la cerpen...to writer,congrates,best sgt ct ni..

     

  • At 20/11/10 11:17 PG, Anonymous cahaya said…

    assalamualaikum.. ratu bulan nie bkn ader blog sendiri kew???? aper ek blog ratu bulan....

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group