Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Motosikal yang dinaiki oleh Azrizal menapak di sebuah rumah kembar dua bernombor A7032 yang terletak di Lorong Tok Sira 17. Selepas memarking motosikalnya, Azrizal melangkah ke kamar tidurnya di belakang. Dahulu, rumah itu hanya ada tiga buah bilik. Bilik depan iaitu bilik utama dihuni oleh kedua-dua ibu bapa Azrizal, bilik tengah dihuni oleh kakak dan adik perempuan Azrizal dan bilik belakang dihuni oleh Azrizal sendiri bersama abangnya. Sejak kakaknya berkahwin, dua bilik ditambah bagi keselesaan mereka. Oleh itu, setiap seorang daripada mereka mempunyai sebuah bilik dan mereka bebas menghias bilik itu mengikut citarasa mereka sendiri. Namun, pengubahsuaian itu dirasakan tidak berbaloi kerana sekarang mereka semua sudah membawa haluan masing-masing. Ibu bapa Azrizal, Encik Ariffin dan Puan Farhana hanya bekerja makan gaji. Kesibukan tugas membuatkan mereka jarang-jarang berada di rumah. Abang Azrizal, Ahmad Andrian Haris, berusia 27 tahun. Akibat kecewa atas kegagalan rumah tangganya yang hanya mampu bertahan selama dua tahun, Andrian mengambil keputusan membawa diri ke Australia dan bekerja di sana. Kakak Azrizal, Ainul Nazian, 24 tahun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada cuti sekolah yang lalu dan kini menetap di negeri kelahiran suaminya di Kota Bharu, Kelantan. Adik Azrizal, Aina Nabila pula sedang menuntut di sekolah berasrama penuh Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur. Hanya Azrizal yang tinggal di rumah itu.
Bulan di malam hari Datang dengan anginnya yang dingin Ku tekad ‘kan teruskan Apa yang dijuangkan Untuk mencapai semua impian Usah kau gentar dengan cabaran Ker'na itulah takdir kita
Do you remember that ol' lullaby Ingatan yang lama ku kan lupa Telah ku tinggalkan Akan ku tuliskan memori buatmu Semua lelaki lonely soldier boy Katakan pada dunia lonely soldier boy Cahaya mentari yang datang kembali
Bila hati curiga Jantung berdegup dengan lajunya Pejamkan saja mata tenang buat seketika Harus kau ingati bila… Bila semua telah tiada Hargai masa silam kita
Lagu ‘Lonely Soldier Boy' nyanyian Hujan menerjah ke gegendang telinga sebaik-baik saja radio itu dipasang. Azrizal menguatkan suara radio itu ke tahap maksimum lalu dia menghilang ke bilik mandi. Sepuluh minit kemudian, dia lengkap berbaju T dan berseluar track sebelum mengambil tempat di hadapan komputer. Tangannya menekan suis komputer. Serta-merta talian internet disambungkan. Dia terus menaip laman web myspace. Selepas mengisi emel dan kata laluan di ruang log in, dia melihat status kawan-kawannya di situ. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat sahabat baiknya online. "Hai, Riz!" sahabat itu menyapanya. "Hai… Lama tak dengar cerita. Macam mana cuti sekolah? Seronok?" Azrizal membalas sapaan itu. "Bolehlah. Awak macam mana? Pergi mana cuti hari tu?" "Tak pergi mana pun. Paling jauh pun, balik kampung saja." "Kampung di mana?" "Kampung di JB. Awak pula buat apa cuti hari tu?" "Tak buat apa. Duduk rumah saja." "Duduk rumah saja? Tak bosan ke? Tak balik kampung?" "Bosan juga. Tapi nak buat macam mana, ayah saya tak benarkan saya keluar. Kadang-kadang bosan juga asyik terperap saja dalam rumah ni." "Tak apalah. Mungkin ayah awak bimbangkan keselamatan awak." "Saya tahu tapi sekali-sekala saya pun nak merasa juga melepak bersama kawan-kawan saya di luar." "Mungkin awak rasa agak terkongkong tapi bagi saya, ayah awak cuma mahukan yang terbaik untuk awak. Terus-terang saya cakap, saya cemburu dengan awak." "Awak cemburu dengan saya? Kenapa pula?" "Yalah, ayah dan mak awak begitu mengambil berat pasal diri awak. Tak macam mak ayah saya. Mereka tidak pernah nak ambil tahu pasal saya. Saya pun jarang-jarang jumpa mereka walaupun kami tinggal di bawah bumbung yang sama. Agaknya saya dah masuk tingkatan lima pun mereka tak sedar." "Takkan sampai macam itu sekali?" "Memang susah nak percaya tapi itulah hakikatnya." "Tapi awak masih ada ramai kawan kan? Tak macam saya. Kalau dah selalu berkurung dalam rumah ini, kawan-kawan pun dah malas nak ajak saya keluar sebab mereka tahu mesti ayah saya tak bagi saya keluar." "Tak apalah. Sekurang-kurangnya kurang sikit risiko awak untuk terlibat dengan benda-benda yang tak elok kan?" "Mungkin. Eh, kita cakap pasal benda lainlah. Awak dah dengar ke lagu yang saya bagi tu?" "Dah. Terima kasih." "Best tak?" "Best! Saya tengah dengarlah ni. Boleh saya tanya?" "Apa dia?" "Kenapa awak minat sangat dengan Hujan?" "Sebab lagu dia orang unik dan universal. Ada lagu untuk abang, ada lagu untuk kakak, lagu untuk ibu dan macam-macam. Bukan cinta kepada kekasih semata-mata. Saya juga kagum dengan mereka kerana mereka berani mengutuk sikap hipokrit Amerika terang-terangan dalam lagu ‘Ludah Amerika'." "Nama band dia orang pun simple dan catchy kan?" "Betul tu. Pertama kali saya dengar nama Hujan, saya dah tertarik. Yalah, di Malaysia ni kan tak banyak band yang guna nama Melayu sebagai nama band mereka." "Saya pun setuju dengan pendapat awak." "Awak pula macam mana? Dah dapat nama yang sesuai untuk band awak?" "Belum. Mungkin ‘Ribut' agaknya. Hehe…" "Kenapa tak letak nama ‘Taufan' saja?" "Hehe… Kami tak berapa aktif sangatlah. Masih dalam proses belajar. Lagipun kami belum dapat cari vokalis lagi. Awak berminat?" "Saya? Kalau saya jadi vokalis band awak, alamatnya hancurlah band awak tu. Lagipun mak dengan ayah saya tak berapa berkenan sangat dengan bab bab hiburan ni. Pantang bagi dia orang kalau anak-anak dia orang terlibat dengan bidang ni." "Adik-beradik awak ada yang terlibat dalam bidang hiburan ke?" "Kalau secara serius tu tak adalah tapi kalau setakat menyanyi di acara sekolah tu bolehlah. Itu pun mak ayah saya tak tahu. Kalau tak, habislah. Kami nak tengok konsert pun, mereka tak benarkan." "Bagus betul mak dan ayah awak." "Riz!" Sedang Azrizal ralit melayan internet, tiba-tiba kedengaran suatu suara memanggilnya di luar rumah. Azrizal mengerling jam di sebelah kanan bawah pada skrin komputernya. Pukul lima setengah? Azrizal tersentak. Tak sedar sudah lebih dua jam dia berbual dengan sahabat internetnya itu. "Sorry, saya kena pergi sekarang. Kawan saya dah datang." "Okaylah. Saya pun tak nak ganggu awak. Kalau ada peluang, saya teringin nak tengok persembahan awak." "InsyaAllah. Okay. See you," Azrizal meminta diri kepada sahabat onlinenya itu lalu meluru ke ruang hadapan. "Chap, Ball, jom!" Azrizal mengajak teman-temannya itu ke biliknya. "Riz, sunyi saja rumah kau. Kau tinggal seorang ke?" tanya Shafik. Rumah itu sunyi bagai tiada penghuni. "Biasalah. Bukan kau tak tahu mak dan ayah aku tu," Azrizal sudah biasa ditinggalkan sendirian. Ibu bapanya selalu sahaja pulang lewat. Kadang-kadang sudah pukul tujuh pun mereka masih belum pulang. Asyik kerja sahaja tapi tak juga kaya. Mujur teman-temannya, Shafik dan Iqbal sering ke sini. Jadi, tidaklah Azrizal berasa sunyi sangat.
Cakera padat lagu Hujan itu digantikan pula dengan cakera padat sebuah band indie Malaysia yang lain, Meet Uncle Hussain.
Lalala… hari-hari kerja! Lalala…bosan dengan kerja! Lalala…hidup harus kerja!
Shafik terangguk-angguk menghayati rentak lagu ‘Lalala…kerjalah!' itu sementara Iqbal pula leka melayari internet di komputer Azrizal. "Nah," Azrizal menghulur cakera padat itu kepada Shafik. Shafik mengambil cakera padat itu daripada Azrizal. "Hujan?" Shafik membaca nama band yang tertera di cakera padat itu. "Band mana ni?" "Malaysialah. Band indie," jawab Azrizal. Band indie adalah istilah yang digunakan bagi sebuah band yang menggunakan modal sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana syarikat rakaman. Dari penghasilan lagu, proses rakaman, pemasaran dan lain-lain. Pendek kata, semuanya sendirilah! "Kau dah dengar? Best ke?" "Best jugalah. Cubalah kau dengar," Azrizal mencapai gitarnya di sisi katil lalu memainkan suatu melodi. Gitar itu adalah pemberian pak ciknya, yakni abang kepada ibunya. Gitar itu adalah hadiah berikutan keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan PMR dulu. Hanya pak ciknya itu yang memahami minat dan cita-citanya. "Tengok sini," Iqbal mengambil cakera padat itu daripada tangan Shafik, melihat sekilas lalu diserahkan semula kepada Shafik. "Aku pinjam dulu ya," ujar Shafik. "Pinjamlah tapi jangan lupa pulangkan balik," balas Azrizal. "Aku tahulah. Ball, kau tengok apa tu?" Shafik melihat Iqbal. Entah apa yang dilihatnya di internet itu sampai langsung tidak menoleh ke kiri, ke kanan mahupun ke belakang. "Aku tengah tengok idaman aku ni," ucap Iqbal. "Awek ke? Cun tak?" "Cun," Iqbal sengaja mengumpan perhatian Shafik. "Aku nak tengok juga," Shafik bangkit menghampiri Iqbal dengan penuh teruja. "Mana? Cis! Aku ingatkan gambar awek tadi. Rupanya gambar drum." "Aku rasa aku tak sebut pun perkataan ‘awek' tadi." "Kau saja nak kenakan aku kan?" "Rilekslah. Cuba kau tengok drum ni. Buat aku geram saja. Oh, drum! Bilakah aku dapat memilikimu?" "Dalam mimpi!" kata Shafik geram. "Dahlah. Bagi aku guna pula. Dah lama aku tak buka friendster aku." "Kau ada friendster ke?" "Apa? Kau ingat aku ni kolot sangat ke?" "Memang pun. Orang sekarang dah tak main friendsterlah. Orang sekarang layan myspace." "Tak kisahlah apa-apa pun. Tepilah," Shafik menarik lengan Iqbal agar berganjak dari komputer itu. Namun Iqbal enggan. Maka berlakulah insiden tarik-menarik antara mereka berdua. Azrizal tidak mengendahkan teman-temannya itu. Dia memejamkan mata sambil menjiwai irama yang dialunkan oleh jari-jemarinya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
NIce ONe!
well done!
ayat dia pun bgs..
mudah fhm..
Upload r the next episode lagi!
~DiNi~